Tuesday, May 17, 2011

Musuhku, Suamiku 4

Sudah seminggu Puan Sri Maziah dirawat di hospital. Namun, tidak pernah sekali pun Rafeeqi menjenguknya. Jauh di sudut hati Puan Sri Maziah, dia berasa terkilan apabila Rafeeqi tidak datang melawat. Marah lagi kah anaknya?

Lysa Lafisya pula setia menjadi pengunjung tetap melawat ibu mentuanya. Sungguh, dia rasa bersalah. Setiap kali dia melawat Puan Sri Maziah, mulutnya tidak henti-henti mengucapkan maaf. Dia juga sedar bahawa ibu mentuanya ingin sekali berjumpa dengan Rafeeqi. Oleh itu, dia terus membuang egonya lalu menghubungi Rafeeqi. Namun, Rafeeqi tidak pernah mahu menjawab panggilannya. Lysa Lafisya tiada pilihan selain menghantar mesej kepada lelaki itu.

Setelah waktu melawat tamat, Lysa Lafisya memandu pulang ke rumah sewanya. Sejak pertengkaran hebat berlaku antara Rafeeqi dan ibunya, Lysa Lafisya memutuskan untuk tinggal semula di rumah sewanya.

Satu lagi masalah yang mengganggu fikiran Lysa Lafisya ialah Nadieya. Waktu Lysa Lafisya pulang ke rumah sewa mereka, Nadieya seolah-olah menjauhi dirinya. Serabut fikiran Lysa Lafisya memikirkan masalah yang dihadapinya. Pasal ibu mentuanya, pasal Nadieya dan juga pasal kerja. Tertekan Lysa Lafisya.

Setengah jam kemudian, Lysa Lafisya tiba di rumah sewanya. Waktu itu, dia lihat Nadieya sedang menonton tv. Lysa Lafisya terus merapati Nadieya. Dia melabuhkan punggung di sofa berdekatan.

“Dieya dah makan?”

Nadieya mengangguk.

“Dieya masak ke? Akak belum makan lagi ni. Laparlah,” rengek Lysa Lafisya ingin menarik perhatian Nadieya.

Sepi! Nadieya tidak menjawab pertanyaan Lysa Lafisya. Matanya terpaku pada kaca tv. Lysa Lafisya menghembuskan nafas berat. Matanya merenung Nadieya. Kenapa pula dengan adiknya ni? Dia ada buat salahkah? Lysa Lafisya terus bangun, lalu duduk di sebelah Nadieya. Belum sempat Lysa Lafisya ingin duduk, Nadieya bingkas bangun, ingin meninggalkan ruang tamu. Dengan pantas, tangan Lysa Lafisya memegang lengan Nadieya, ingin menghalang adiknya itu.

“Dieya… Kenapa ni? Kenapa Dieya elakkan diri dari akak? Akak ada buat salah ke?” soal Lysa Lafisya lembut.

Nadieya keras membeku. Dia tidak memandang langsung wajah Lysa Lafisya.

“Dieya, duduklah dulu. Kita bincang,” pujuk Lysa Lafisya.

Nadieya cuba menarik tangannya. Dia tidak betah untuk berlama di sini. Dia ingin masuk ke dalam biliknya.

Lysa Lafisya mengengam lengan Nadieya kemas. Perlahan-lahan dia menarik bahu Nadieya supaya menghadapnya.

“Dieya… akak tahu Dieya marahkan akak… Tapi kenapa Dieya? Sebab apa? Akak nak tahu.”

Nadieya mendengus. “Sudahlah kak… Dieya kecewa dengan akak.”

“Apa maksud Dieya?” Lysa Lafisya tidak mengerti apa yang cuba Nadieya sampaikan.

Nadieya memandang Lysa Lafisya. “Dieya kecewa dengan akak. Kecewa kak… Dieya tak sangka kakak yang Dieya sanjung selama ini sanggup melakukan maksiat,” luah Nadieya.

Lysa Lafisya terpempan. Rupanya ini penyebab Nadieya menjauhkan diri darinya. Lysa Lafisya berasa kecewa apabila Nadieya tidak mempercayai dirinya. Sangkanya, Nadieya mempercayainya. Lysa Lafisya terduduk di sofa. Dia meraup wajahnya.

“Sampai hati Dieya tuduh akak macam tu. Berapa lama Dieya kenal akak? Dieya tahu kan akak tak akan buat perkara macam tu? Lagipun, Dieya tahu kan akak memang bencikan Rafeeqi? Demi Allah, Dieya… Akak tak pernah buat perkara terkutuk tu. Akak masih ingat lagi pesanan umi. Akak pun tak tahu macam mana Rafeeqi boleh masuk bilik akak.”

Perasaan Nadieya mula terusik melihat kakak kesayangannya. Namun, kata-kata dari Ameer tergiang-giang di telinganya. Kata Ameer, Lysa Lafisya yang merancang tangkap khalwat itu kerana Lysa Lafisya inginkan harta Rafeeqi. Memang Nadieya tidak mahu percaya kata-kata Ameer tapi apabila melihat Lysa Lafisya tenang saja menghadapi kes tangkap khalwat antara Lysa Lafisya dan Rafeeqi, Nadieya mula mempercayai kata-kata Ameer.

Tanpa menghiraukan Lysa Lafisya, Nadieya terus naik ke biliknya. Di dalam bilik, air matanya menitis satu persatu. Hanya Tuhan saja yang tahu bertapa sedihnya hati dia melihat Lysa Lafisya ditangkap khalwat. Dia malu, dia kecewa. Kenapa kak Lys sanggup perangkap Feeqi, rintih hati Nadieya.

RAFEEQI melangkah masuk ke dalam wad di mana ibunya ditempatkan. Hatinya diserbu rasa bersalah. Dalam hati, dia menyumpah Lysa Lafisya. Semuanya berlaku disebabkan perempuan lesbian itu. Dia benci. Benci Lysa Lafisya.

Rafeeqi memandang wajah ibunya yang sedang lena. Perlahan-lahan dia duduk di kerusi berdekatan dengan katil. Tangan ibunya disentuh lembut. Puan Sri Maziah tersedar apabila dia dapat merasakan kehangatan di tangannya. Mata dibuka.

“Feeqi….”

Rafeeqi memandang Puan Sri Maziah. “Mummy… maafkan Feeqi mummy. Feeqi dah sakitkan hati mummy. Feeqi minta maaf. Feeqi tak ada niat nak berkurang ajar.”

Puan Sri Maziah tersenyum kecil. Akhirnya, dia dapat juga bertemu dengan anaknya. “Mummy dah lama maafkan Feeqi.”

Rafeeqi mengenggam erat tangan ibunya. “Mummy sihat?”

Puan Sri Maziah mengangguk. “Esok mummy dah boleh keluar dari hospital. Feeqi jemput mummy, ya.”

Rafeeqi menganggukkan kepalanya. Puan Sri Maziah mengelus lembut rambut anaknya. “Feeqi… mummy nak cakap sikit.”

“Cakaplah mummy…”

Puan Sri Maziah memandang anaknya. “Feeqi janganlah berkasar dengan Lysa. Kesian dia. Dia kan dah sah jadi isteri Feeqi. Feeqi layanlah dia baik-baik,” nasihat Puan Sri Maziah.

Rafeeqi mengeluh. “Mummy, kan Feeqi dah cakap. Dia tu lesbian. Berkali-kali Feeqi beritahu mummy… tapi mummy tak percaya pun.”

Puan Sri Maziah mengucap panjang. Pelik sungguh dia. Kenapalah Rafeeqi selalu mengatakan Lysa Lafisya itu lesbian? “Feeqi, tak baik fitnah Lysa tau. Dia tu bukan lesbian. Mana Feeqi tahu dia lesbian? Tak baik menuduh. Berdosa tahu tak.”

“Mummy tak kenal dia. Feeqi dah lama kenal dia… Sejak universiti lagi. Semua orang dah tahu dia tu lesbian.”

Puan Sri Maziah mengoyak senyuman. “Siapa kata mummy tak kenal dia? Feeqi ingat tak perempuan yang mummy nak kenalkan kat Feeqi?”

Dengan lemah, Rafeeqi mengangguk.

“Perempuan yang mummy cakap tu, Lysa la… Mummy kenal dia kat Teratak Nur Qaseh. Rumah anak yatim yang mummy selalu pergi. Kat sana mummy kenal dia. Baik budaknya. Mummy suka dia. Memang mummy ada berangan nak jadikan menantu mummy. Mummy gembira sangat waktu Feeqi lafazkan akad pada dia. Mummy rasa dah tiba masanya Feeqi lupakan Insyirah. Dah empat tahun dia pergi, Feeqi.”

Hati Rafeeqi bagaikan disiat sewaktu mendengar nama kekasih hatinya, Insyirah. Masakan dia mampu melupakan Insyirah. “Mummy tak faham… mummy tak kenal Lysa lagi. Feeqi dah lama kenal dia. Feeqi tahulah.”

“Kenapa Feeqi cakap dia lesbian?” soal Puan Sri Maziah ingin tahu.

Rafeeqi mengeluh. “Mummy, semua orang cakap dia lesbian. Feeqi pun dapat rasa dia lesbian. Dia layan seorang perempuan ni, macam kekasih dia je. Dieya nama perempuan tu. Mummy tak pernah nampak diorang bermesra. Kadang-kadang diorang cium pipi, peluk-peluk… geli tau mummy.”

Puan Sri Maziah tergelak mendengar bicara anaknya.

“Kenapa mummy gelak pulak?” tanya Rafeeqi pelik.

“Mummy kenallah siapa Dieya tu. Jauh betul Feeqi ni berfikir. Diorang tu bukan lesbian. Percayalah cakap mummy. Lysa anggap Dieya tu macam adik dia. Feeqi cubalah kenali Lysa. Mesti Feeqi faham kenapa Lysa layan Dieya macam tu. Mummy suka dengan Lysa. Dia budak baik walaupun dia tu macam kasar sikit. Tapi hati dia baik. Feeqi layanlah dia dengan baik.”

Rafeeqi mengaru kepalanya. Serabut otaknya saat ini. Puan Sri Maziah tidak memahaminya.

Puan Sri Maziah menggengam tangan anaknya. “Feeqi, itu je permintaan mummy. Tolong layan Lysa dengan baik. Bahagiakan Lysa. Cuba fahami Lysa. Mummy yakin lama-lama Feeqi akan jatuh cinta pada dia.”

Rafeeqi menelan air liur. Jatuh cinta pada Lysa Lafisya? Memang tidak pernah terlintas di fikirannya. Tak mungkin dia akan jatuh cinta pada Lysa Lafisya walaupun perempuan itu bukan lesbian.

“Feeqi boleh tunaikan permintaan mummy kan?” soal Puan Sri Maziah separuh merayu.

Rafeeqi terdiam. Tidak tahu mahu menjawab apa.

“Tak apalah Feeqi. Mummy tahu siapa mummy. Feeqi tak sayangkan mummy lagi. Biarlah mummy sakit tengok Feeqi layan Lysa. Mummy sedar siapa mummy ni. Mummy dah tua.” Puan Sri Maziah sengaja meraih simpati.

Rafeeqi memadang ibunya. “Apa yang mummy merepek ni?”

“Sudahlah Feeqi. Lebih baik Feeqi balik saja.”

“Yelah mummy. Feeqi janji.”

Puan Sri Maziah tersenyum lebar. “Macam nilah baru anak mummy.”

“Mummy ni memang sengaja tau. Suka ugut Feeqi,” rungut Rafeeqi.

Puan Sri Maziah tergelak halus.

SETELAH tamat waktu kerjanya, Lysa Lafisya menuju ke hospital untuk melawat Puan Sri Maziah. Kata Doktor Naim, esok Puan Sri Maziah sudah boleh pulang ke rumah. Lega hati Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya membuka pintu bilik Puan Sri Maziah. Baru saja dia mahu melangkah masuk, dia melihat Rafeeqi berada di dalam bilik itu bersama Puan Sri Maziah. Lysa Lafisya menutup semula pintu bilik itu. Akhirnya, Rafeeqi melawat juga ibunya. Lega hati Lysa Lafisya. Lysa Lafisya hanya duduk di kerusi berdekatan dengan bilik Puan Sri Maziah. Dia tidak mahu menganggu Rafeeqi dan Puan Sri Maziah.

Badan Lysa Lafisya disandarkan ke kerusi. Dia menghela nafas berat. Dia masih teringatkan kata-kata Nadieya pagi tadi sewaktu Lysa Lafisya menyediakan sarapan pagi.

“Sampai bila akak nak duduk sini? Akak kan dah ada suami. Duduklah kat rumah dia. Akak nak jadi isteri nusyuz ke? Sudahlah kena tangkap khalwat… akak nak tambah lagi dosa akak?”

Sungguh, Lysa Lafisya sangat terasa dengan kata-kata Nadieya. Dia tidak kisah jika orang lain menghinanya tetapi dia tak boleh terima jika kata-kata itu keluar dari mulut Nadieya. Sampai hati Nadieya menuturkan kata sedemikian. Nadieya sudah jauh berubah. Dia tidak kenal lagi Nadieya. Sedih hatinya melihat perubahan Nadieya.

Jika Nadieya sudah membuang dirinya, apa lagi yang Lysa Lafisya boleh lakukan. Dia terpaksa tabahkan hatinya. Dia sudah kehilangan adiknya. Apa lagi yang boleh dia lakukan? Nadieya sudah membencinya. Nadieya tidak percayakannya.

‘Baiklah Dieya. Akak akan pergi dari hidup Dieya. Akak harap Dieya akan bahagia dengan pemergian akak,’ kata Lysa Lafisya dalam hati.

“Lysa… kenapa tak masuk?”

Lysa Lafisya tersentak. Dia mendongak. Dia melemparkan senyuman kepada Tan Sri Hasyim. Tawar saja senyumannya itu.

“Marilah masuk Lysa,” ajak Tan Sri Hasyim.

Tan Sri Hasyim membuka pintu bilik Puan Sri Maziah. Barulah dia faham mengapa Lysa Lafisya hanya duduk di luar saja. Rupanya Rafeeqi ada di dalam.

Dengan langkah yang berat, Lysa Lafisya melangkah masuk. Dia cuba memaniskan wajahnya. Dia langsung tidak memandang wajah Rafeeqi. Malas dia mahu melihat wajah musuh utamanya itu. Menyampah!

Rafeeqi menjeling Lysa Lafisya. Semak betul perempuan tu. Buat apa dia datang sini. Sibuk je, gerutu hati Rafeeqi.

Puan Sri Maziah mengalihkan pandangannya pada Rafeeqi, suaminya dan Lysa Lafisya yang seakan menyorok di belakang Tan Sri Hasyim. “Lysa, marilah sini. Duduk dekat sebelah Feeqi ni, mummy nak cakap sikit,” ujar Puan Sri Maziah gembira. Tan Sri Hasyim pula tidak dilayan olehnya.

“Amboi, saya ni awak nak letak mana? Penat je saya datang bawak buah favourite awak,” rungut Tan Sri Hasyim.

Puan Sri Maziah tergelak. “Hisy, awak ni… janganlah merajuk. Saya nak cakap sikit dengan dorang nie.”

Tan Sri Hasyim senyum segaris. Dia menuju ke sofa di sudut hujung bilik, tidak mahu menganggu.

Sementara itu, Lysa Lafisya berasa serba salah. Kalau boleh dia tidak mahu duduk sebelah Rafeeqi. Namun apa dayanya, masakan dia mahu menbantah arahan ibu mentuanya. Lysa Lafisya melangkah berat ke arah kerusi kosong di sebelah Rafeeqi.

Memang ternyata bukan Lysa Lafisya sahaja yang berasa perasaan benci sebegitu, bahkan Rafeeqi juga. Jelingan tajam Rafeeqi menghala tepat ke mata Lysa. Lysa Lafisya mengetap bibirnya rapat. Ingat aku nak sangat duduk sebelah kau ke?, omel Lysa Lafisya dalam hati.

“Kamu berdua sayang mummy tak?” Mukadimah dari Puan Sri Maziah.

Serentak, Lysa Lafisya dan Rafeeqi mengangguk.

“Nak mummy sihat tak?”

“Mummy, mestilah Feeqi nak tengok mummy sihat. Apa yang mummy cuba sampaikan ni?” tanya Rafeeqi.

Puan Sri Maziah senyum. “Mummy nak kamu berdua buat perjanjian dengan mummy,” ucap Puan Sri Maziah lebar.

Lysa Lafisya menelan air liur. Perjanjian? Perjanjian apa pulak ni? Rafeeqi mengeluh berat.

“Mummy, kalau mummy nak sihat, mummy kena makan ubat. Apa kena mengena dengan perjanjian pulak?” Rafeeqi menyuarakan pendapatnya.

“Alah, kalau mummy nak sihat cepat, mestilah mummy kena happy. Barulah mummy cepat sembuh. Itupun kata dari doktor,” ulas mummy mahu mempertahankan rancangannya. Tan Sri Hasyim hanya menggeleng dan mengambil surat khabar hari ini yang berada di atas meja kecil itu untuk dibaca.

“Ada-ada je mummy ni. Jangan ada permintaan yang bukan-bukan sudah. Feeqi tak suka kalau mummy nak yang bukan-bukan.”

Rafeeqi menjeling sekilas ke arah Lysa Lafisya.

“Mummy cuma nak Lysa dan Feeqi berbaik-baik dan tinggal bersama semula. Cuba kenali hati budi masing-masing. Feeqi kenalah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Lysa pula kenalah jalankan tanggungjawab Lysa sebagai isteri,” beritahu Puan Sri Maziah.

“Apa??” Rafeeqi sedikit terjerit.

Lysa turut terperanjat mendengar permintaan Puan Sri Maziah. Tinggal serumah tu dia tak kisah. Tapi… jalankan tanggungjawab sebagai isteri? Tanggungjawab yang macam mana? Jaga makan minum Rafeeqi atau tanggungjawab yang lagi satu? Ah, dia tak sanggup! Tidak! Dia tidak rela menyerahkan mahkotanya pada Rafeeqi.


11 comments:

Ema Emaharuka said...

Alalala ciannye Lysa...
Menangis ema b'canya...
Yakinlah Lysa, nanti akan ada kebahagiaan uTk awak.!!.

Best best
next kak:-)

umi kalsom said...

bestttttt!!!! :)

cactaceous opuntia said...

eiii..keji la ameer tu...die ke yg jd dalang tuh..keji2...tp pesal rafeeqi tu ingat lysa les eh...

YONG JIAO XIU said...

hmm ni mesti kerja amar yg wat dorg kena tangkap kan? kesian lysa.

Rohaida Rahman said...

lepas nikah bergaduh bertumbuk...
takut lepas ni gaduh campak2 barang pulak...
uish, sabar2 Lysa yea....

Auni Amauni said...

baru ikut cite ni..hihi

best2..keep it up ye dik.. :) :)

sitinor said...

best sgt, nk lg...

just KD said...

..dok jeling mnjeling jer,esok2 jd juling plak diorang tuh...sian lysa,dieya pon xcayakan die..xsuke ameer!..

.:kiwi:. said...

sgt suka part Datin Maziah merajuk dgn Rafeeqi. haa~ chumilnya mereka. ;)

afifah said...

best!!
nak lagi..hehe.. ^_^

Seorg wanita... said...

O-o..Puan Sri & Tan Sri dah tau pengantin baru bergaduh... dahsyat tu.. Puan Sri mmg kenal Lysa, Rafeeqi je yg tak tau tu calon menantu dia... hehehe..