Tuesday, May 17, 2011

Musuhku, Suamiku 3

Tepat jam 6 pagi, Lysa Lafisya bangkit dari tidurnya. Entah pukul berapa dia terlena semalam. Langkah diatur menuju ke bilik air, ingin mengambil wudhu’. Beberapa minit kemudian, dia keluar dari bilik air. Setelah lengkap memakai telekung, dia mula menunaikan solat subuh.

Usai menunaikan solat, dia mula tidak senang duduk. Apa yang perlu dia lakukan? Haruskah dia menyediakan sarapan? Ah, canggung sungguh Lysa Lafisya setelah bergelar isteri kepada Rafeeqi.

Lysa Lafisya duduk berfikir di sofa. Perlukah dia menyediakan sarapan buat si Rafeeqi itu? Apa yang perlu dia buat sekarang? Bosannya. Akhirnya, Lysa Lafisya memutuskan untuk mengemas ruang tamu rumah Rafeeqi. Badannya masih terasa sakit namun dia tidak mahu memanjakan dirinya. Bukannya sakit sangat pun. Kalau dia sekadar duduk, lagi dia rasa pedih. Lebih baik dia buat kerja.

Jam 10 pagi, segalanya telah siap dikemas. Sarapan juga sudah dibuat. Lysa Lafisya memutuskan untuk membuat sarapan untuk dirinya saja. Untuk apa dia buat untuk Rafeeqi. Lelaki tak guna itu! Walaupun Lysa Lafisya tahu dia harus menjaga makan minum Rafeeqi, namun hatinya terasa berat untuk berbuat begitu untuk lelaki yang bernama Rafeeqi.

Sebelum manjamu selera, Lysa Lafisya membersihkan dirinya terlebih dahulu. Dia menuju ke kamar mandi. Pakaian dan tuala turut di bawanya. Kemudian, barulah dia menjamu selera.

Sewaktu dia sedang enak menjamu roti bakar bersama air milo, loceng rumah berbunyi. Dia mula berfikir sama ada mahu buka atau tidak. Ini bukan rumahnya. Loceng berbunyi sekali lagi. Kali ini, dia bangun dan menuju ke arah pintu. Pintu dibuka sedikit, kepalanya meninjau keluar.

Senyuman manis dilemparkan. Namun, hatinya terselit rasa bimbang. Dia terus membuka pintu. “Auntie Maziah…” Lysa Lafisya terus menyalami tangan wanita lingkungan 50-an itu.

“Uncle pun ada sekali. Jemputlah masuk,” pelawa Lysa Lafisya ramah.

“Hisy, Lysa ni… dah jadi menantu pun, nak panggil autie uncle lagi. Panggil je daddy mummy,” tegur Puan Sri Maziah.

Tan Sri Hasyim tergelak halus. “Betul tu Lysa. Panggil je daddy. Jangan segan-segan. Lysa dah pun jadi menantu kami.”

Lysa Lafisya tersenyum malu. “Maaf mummy, daddy. Jemputlah masuk. Nak jumpa Feeqi ke?”

Tan Sri Hasyim dan Puan Sri Maziah duduk di sofa yang menjadi tempat tidur Lysa Lafisya semalam. Mata Puan Sri Maziah meliar memerhatikan sekeliling. Nampak kemas saja rumah anak bujangnya. Pasti Lysa Lafisya yang mengemas. Nak harapkan Rafeeqi, memang tak lah.

Lysa Lafisya terus ke dapur apabila pertanyaannya dibiarkan sepi. Dia mula mengisi air milo yang dibancuhnya ke dalam dua cawan. Lalu, dibawa cawan itu ke depan dan dihulur kepada ayah mentua dan ibu mentuanya.

“Jemput minum daddy, mummy.”

“Duduklah Lysa. Takkan Lysa nak berdiri je,” kata Tan Sri Hasyim.

Lysa Lafisya akur. Dia duduk di sofa single. Hatinya sedikit berdebar. Sungguh, dia tak tahu apa yang perlu dibualkan. Jika dulu dia mengenali Auntie Maziah sebagai penyumbang terbesar Teratak Nur Qaseh. Kini wanita itu merupakan ibu mentuanya.

“Feeqi tidur lagi ke Lysa?” soal Puan Sri Maziah.

Lysa Lafisya terkedu. Manalah dia tahu. Dari tadi, lelaki itu belum keluar dari biliknya. Akhirnya, Lysa memutuskan untuk mengangguk saja.

Tiba-tiba mata Puan Sri Maziah terperasankan sesuatu. Lama matanya memerhati. “Kenapa dengan bibir Lysa tu?” tanya Puan Sri Maziah. Dia mula mengesyaki sesuatu.

Secara spontan, tangannya meraba bibir. Kalut Lysa Lafisya sebentar. “Err, ni… tak ada apa-apa lah mummy.”

Puan Sri Maziah tak puas hati dengan jawapan Lysa Lafisya. Dia terus bangun dan merapati menantunya itu. Bibir Lysa Lafisya disentuh lembut.

“Feeqi pukul Lysa kan?” teka Puan Sri Maziah, yakin.

Tan Sri Hasyim turut memerhatikan bibir Lysa Lafisya. Saat itu, Lysa Lafisya hanya mampu berdiam diri.

Puan Sri Maziah terus menarik lengan baju Lysa Lafisya ke atas. Ya Allah! Teperanjat Puan Sri Maziah apabila melihat lengan menantunya lebam-lebam.

“Apa nak jadi ni, bang? Awak tengok apa yang anak kita dah buat kat Lysa. Masya-Allah!” Nada Puan Sri Maziah sudah naik satu oktaf.

Tan Sri Hasyim menggelengkan kepalanya. Mengucap panjang dia. Kesian dia melihat Lysa yang dari tadi hanya menundukkan wajahnya.

Puan Sri Maziah terus menuju ke bilik anaknya. Diketuk pintu itu berkali-kali. “Feeqi, buka pintu ni cepat,” arah Puan Sri Maziah. Tangannya masih ligat mengetuk pintu.

“Apa yang kau bising-bising ni?” marah Rafeeqi mamai. Dia tidak sedar mummy berada di hadapan.

Makin menyinga Puan Sri Maziah. “Bising kau kata. Kau keluar sekarang!”

Membulat mata Rafeeqi sewaktu melihat mummynya. Sangkanya, Lysa Lafisya yang mengetuk pintu biliknya. Dengan langkah bersahaja, dia keluar dari bilik seperti yang disuruh.

“Apa mummy ni… Pagi-pagi dah bising,” rungut Rafeeqi.

“Hisy budak ni… Kau tengok apa yang kau dah buat kat Lysa.”

Rafeeqi menjeling Lysa Lafisya. Makin geram hatinya. Pasti perempuan itu yang mengadu. Dasar perempuan tak guna! Sikit-sikit mengadu, sikit-sikit mengadu. Siap kau lepas ni, rungut hati Rafeeqi.

“Apa yang Feeqi buat? Feeqi tak buat apa-apa pun,” jawab Rafeeqi selamba.

“Tak buat apa-apa Feeqi cakap? Habis tu, kenapa bibir Lysa berdarah? Kenapa lengan dia lebam? Feeqi pukul dia kan?” tengking Tan Sri Hasyim. Baru kini dia bersuara.

Rafeeqi mula naik angin apabila Tan Sri Hasyim mula masuk campur. “Ya! Memang Feeqi yang pukul dia. Puas hati daddy dengan mummy? Sekarang apa daddy dengan mummy nak buat? Nak pukul Feeqi? Pukullah. Feeqi dah tak kisah. Untuk pengetahuan mummy dan daddy, perempuan ni yang lempang Feeqi dulu. Mummy ingat dia ni baik ke? Dia ni lesbian tau mummy. Mummy tak kenal dia. Mummy tak tahu. Dia lesbian! Anak mummy kahwin dengan lesbian!”

Pang!!

Tangan Puan Sri Maziah melayang ke pipi kiri Rafeeqi. Sekali lagi Rafeeqi ditampar.

“Mummy!!” jerit Rafeeqi. “Feeqi tak sangka mummy sanggup tampar Feeqi demi perempuan lesbian tu. Sampai hati mummy. Mummy dah tak sayangkan Feeqi agaknya. Mummy lebih sayangkan perempuan lesbian tu. Siapa anak mummy sekarang? Feeqi atau dia? Daddy pun sama saja. Tergamak daddy ugut Feeqi. Daddy tahukan Feeqi cintakan Insyirah. Sampai bila-bila Feeqi takkan lupakan dia. Sampai hati daddy buat Feeqi macam ni. Feeqi kecewa dengan mummy dan daddy,” Rafeeqi meluahkan rasa terkilannya.

Rafeeqi terus mencapai kunci keretanya dan keluar dari rumahnya. Tan Sri Hasyim dan Puan Sri Maziah terpempan mendengar luahan anak mereka. Hati mereka tersentuh tatkala mendengar nama Insyirah meniti di bibir anak mereka. Sementara Lysa Lafisya pula hanya mampu berdiam diri. Dia mula rasa bersalah.

“Ya Allah! Maziah, kenapa dengan awak ni?” soal Tan Sri Hasyim risau sewaktu melihat isterinya rebah ke lantai.

Lysa Lafisya memandang Puan Sri Maziah. Dia terus mendapatkan emak mentuanya. “Mummy… bangun mummy.”

“Lysa telefonkan ambulan. Mummy Lysa kena heart attack ni. Cepat Lysa.”

Lysa Lafisya mengangguk. Telefon bimbitnya terus dicapai.


7 comments:

ihaaz said...

rasa cam pendek je..
x puas bace..

hehe.. takpe..
sye tunggu next entry

Ema Emaharuka said...

Alalala mcm2 terjadi dgn keluarga diorang ne:-)
siapa ye insyiarah tU..
Akak nak lagik, ema tak saBar menunggu:-)

YONG JIAO XIU said...

hohohoho siapa yg buat khianat hantar rafiqi kat bilik lysa ni?
apa bakal berlaku?
insyirah kekasih fiqi...kawin 2 ke nanti ni hehehe

♥ Adinda ♥ said...

alaaa...cm pendek jer n3 nie...ermmmm...wt le pepanjang sikit..hehehe...xsbr nk tggu nxt n3...post cepat2 ek...plzzzz...cian lys kn...jht tau feeqi 2...eeeee!!

just KD said...

.huh,xguna tol la rafeeqi tuh...

Anonymous said...

salam..... nak comment sikit kalau panggilan lelaki untuk tan sri ... yang perempuan sepatutnya puan sri.... bukan datin sri ... kalau datin sri untuk dato sri ok .....tq.... sorry

Zuera said...

Annonymous, waalaikumsalam.
Yeah, i noticed... ingat nak tukar ari 2... tp kemalasan yg melampau.. hehe.. bt nw i think i shud... ok, ok.. sy tukar.. thx ya...