Monday, May 16, 2011

Musuhku, Suamiku 2


Dua hari yang lalu….

Angin pantai Port Dickson menampar-nampar halus pipi Lysa Lafisya dan juga Nadieya. Nadieya merupakan kawan yang paling rapat dengan Lysa Lafisya. Malah, Lysa Lafisya sudah mengangap Nadieya sebagai adiknya. Mereka mula berkenalan sewaktu Lysa Lafisya ditempatkan di rumah anak yatim Teratak Nur Qaseh.

Sewaktu mula-mula ditempatkan di rumah anak yatim itu, Lysa Lafisya berasa amat canggung. Dia hanya menyendiri. Satu hari, Nadieya menegurnya. Sejak itu mereka berkawan baik. Disebabkan Nadieya muda setahun darinya, Lysa Lafisya mengangap Nadieya sebagai adiknya. Dia amat sayangkan Nadieya sehinggakan dia sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Nadieya lima tahun lalu.

Nadieya merupakan seorang yang lemah lembut, baik hati, sopan santun, manja, cantik dan manis orangnya. Namun, Nadieya sering dibuli. Dan yang akan menyelamatkan Nadieya ialah Lysa Lafisya. Lysa Lafisya selalu melindungi Nadieya.

“Kak Lys, thanks sebab temankan Dieya ke sini,” ucap Nadieya sambil memeluk bahu Lysa Lafisya manja.

Lysa Lafisya tersenyum lembut. “No hal lah.. Untuk Dieya, semuanya boleh. Kalau Dieya happy, akak pun happy. Dieya memang nak bercuti kat sini dengan Ameer kan?” usik Lysa Lafisya.

Ameer merupakan teman lelaki Nadieya. Sebenarnya, Lysa Lafisya malas untuk mengikut Nadieya dan Ameer bercuti di sini. Bukan apa. Pertama, dia malas nak ganggu hubungan Nadieya dan Ameer. Lagipun, dia sedar, Ameer tidak menyenangi dirinya. Ameer seolah-olah tak suka jika Nadieya rapat dengannya. Kedua, dia tak suka bila Rafeeqi ikut sama. Dia benci Rafeeqi. Lelaki itu gemar menyakiti hatinya. Namun, Nadieya beria-ia memujuknya supaya ikut sama. Tak sampai hati pula ingin menolak permintaan Nadieya.

Dehaman seseorang menyebabkan Lysa Lafisya dan Nadieya berpaling ke belakang. Nadieya mempamerkan senyuman manis tatkala matanya memandang Ameer.

“Ameer… marilah join kami,” ajak Nadieya.

Ameer senyum tawar. Dia menjeling Lysa Lafisya sekilas. Lysa Lafisya faham akan jelingan itu. Dia terus bangkit. Pasir di punggung dikibas perlahan. “Dieya… akak balik dulu yer. Tak nak lah ganggu korang Puang,” gurau Lysa Lafiesya.

“Kak Lys, take care.”

Lysa Lafisya hanya mengangguk kecil. Dia terus menuju ke hotel penginapannya. Mengantuk pulak matanya.

“BOS, anjing dah masuk jerat,” beritahu Pian setelah menghubungi bosnya.

“Bagus, Pian. Kucing kat mana sekarang ni?”

“Kafe bos. Amacam? Guna Plan C ke bos?”

Lelaki yang dipanggil bos itu tergelak sinis. Rancangannya bakal berjaya. “Ya, Pian. Guna Plan C. Bertindak dengan pantas, Pian. Aku tak nak rancangan kita gagal macam dulu. Faham?”

“Faham bos.”

Talian dimatikan.

BUNYI LOCENG bersama ketukan di pintu bilik, mengganggu lena Lysa Lafisya. ‘Mesti Dieya ni. Tak bawak kad bilik la tue,’ fikir Lysa Lafisya dalam hati. Dengan keadaan masih mamai, Lysa Lafisya membuka pintu.

“Assalamualaikum, cik! Kami pegawai pencengah maksiat dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Kami terima aduan cik sedang berdua-duan dengan lelaki bukan mahram.”

Terpana Lysa Lafisya. Matanya terus terbuka luas, memandang lima orang pegawai di depannya. Hilang terus rasa kantuknya sebentar tadi. Pencegah maksiat?

“Maaf tuan… Saya rasa kamu semua sudah salah faham. Saya tinggal sorang je dalam bilik ni. Kawan saya, Dieya, dia keluar. Tak ada siapa dalam bilik ni selain saya tuan,” jelas Lysa Lafisya.

“Kami harap cik dapat beri kerjasama. Izinkan kami masuk untuk buat pemeriksaan,” ucap salah seorang dari pegawai pencegah maksiat itu.

Lysa Lafisya mengangguk setuju. Buat apa dia mahu takut. Sememangnya dia hanya bersendirian saat ini. Lysa Lafisya terus mencapai tuala untuk menutup rambutnya. Baru dia sedar bahawa rambutnya tidak ditutup.

Belum sempat pegawai itu melangkah masuk, satu suara garau kedengaran dari dalam bilik. “Ameer, apa yang bising sangat tue?”

Lysa Lafisya terkedu. Dia terus memandang ke arah suara itu. ‘Ya Allah! Rafeeqi! Apa dia buat kat dalam bilik aku?’ Kepala Lysa Lafisya terasa berat bagaikan batu besar menghempap kepalanya. Tiba-tiba dia rasa dunianya gelap dan tak lama kemudian, dia mula tak sedarkan diri.

LYSA LAFISYA membuka matanya. Berpeluh-peluh dahi Lysa Lafisya. Ngeri benar mimpi yang dialaminya. Dia ditangkap khalwat dengan Rafeeqi, musuh utamanya. Lysa Lafisya menghela nafas lega. Mujur saja itu mimpi.

Matanya meliar memandang keadaan bilik hotelnya. Hatinya mula terasa pelik. ‘Kenapa bilik ni nampak pelik? Besar bilik ni… Tak macam dekat hotel pun.’ Lysa Lafisya mula berfikir sendirian.

“Lysa… kamu dah bangun?” soal satu suara yang cukup Lysa Lafisya kenal. Suara Pengetua Teratak Nur Qaseh merangkap umi angkatnya.

Dia memandang Puan Izzati. “Umi… Bila umi sampai? Lysa kat mana ni umi?”

“Umi baru je sampai. Lysa kat rumah Auntie Maziah,” terang Puan Izzati, cuba mengawal gelodak perasaannya. Tidak pernah terlintas di fikirannya, anak angkatnya yang paling dia sayang, ditangkap khalwat.

Berkerut dahi Lysa Lafisya. “Kenapa kita ada kat rumah Auntie Maziah, umi?”

Auntie Maziah atau lebih tepat Puan Sri Maziah merupakan penyumbang terbesar Teratak Nur Qaseh. Wanita itu selalu menyumbang tenaga dan wang ringgit buat penghuni di rumah Teratak Nur Qaseh sejak Lysa berusia 15 tahun lagi.

Puan Izzati terdiam. Dia tidak mampu menjawab pertanyaan Lysa Lafisya. Berat bibirnya untuk menyebut perkataan khalwat.

“Umi… tadikan Lysa mimpi buruk. Takut Lysa umi… Lysa kena tangkap khalwat. Umi tahu dengan siapa?” tanya Lysa Lafisya.

Puan Izzati sekadar menggeleng. Terselit perasaan pelik di hatinya apabila melihat sikap Lysa Lafisya.

“Rafeeqi, umi. Umi ingat tak lelaki yang Lysa selalu beritahu umi? Yang selalu sakitkan hati Lysa tu, umi. Ya Allah!! Seramnya, umi.”

Puan Izzati mengigit bibir. Kenapa dengan Lysa? Sudah gilakah anak angkatnya itu. Puan Izzati mula risau. Dia memengang bahu Lysa Lafisya. Nafas ditarik. “Lysa… dengar cakap umi. Lysa tak mimpi. Memang Lysa ditangkap khalwat dengan Rafeeqi di Port Dickson.”

Lysa Lafisya terkedu. Matanya merenung bola mata Puan Izzati, mencari kebenaran dari kata-kata wanita itu. Biar benar? Lysa Lafisya cuba mengingati semula kejadian sewaktu dia ditangkap khalwat. Lama-lama baru dia ingat. Hati Lysa Lafisya terasa perit. Dia ditangkap khalwat? Wajah Lysa Lafisya nampak kaku namun tiada siapa tahu hatinya berperang hebat. Macam-macam yang dia rasa saat ini. Kecewa, sedih, malu dan macam-macam lagi. Semuanya bercampur baur.

Puan Izzati memegang tangan Lysa Lafisya lembut. Dia kenal benar dengan anak angkatnya itu. Pasti sekarang Lysa Lafisya sedang berperang dengan perasaannya. Setiap kali Lysa Lafisya ada masalah, dia tak akan menangis tetapi dia akan simpan semua perasaannya di dalam hati.

Lysa Lafisya memandang Puan Izzati. “Umi…” Lysa Lafisya bangkit dari pembaringannya. “Umi… Lysa minta maaf. Tapi Lysa tak buat umi. Lysa tak tahu dia ada dalam bilik tu umi. Umi percayakan Lysa kan?” soal Lysa Lafisya.

Puan Izzati mengigit bibir. Ya, dia percayakan anak angkatnya ini. Lysa Lafisya tak mungkin melakukan sesuatu yang melanggar syariat Islam. Namun, hatinya tetap pedih apabila Lysa Lafisya ditangkap khalwat. “Umi percayakan Lysa. Umi percaya. Lysa jangan risau. Anak umi takkan buat perkara tak senonoh.”

Lysa Lafisya berasa sedikit lega. Tiba-tiba dia teringatkan Nadieya. Di mana Nadieya? Selamatkah Nadieya? “Umi… Dieya mana umi? Umi nampak Dieya tak?”

“Dieya ada kat rumah. Lysa jangan risau.”

“Lysa dah sedar?”

Lysa Lafisya memandang ke arah pintu. Auntie Maziah sedang berjalan ke arahnya. Lysa Lafisya mengangguk. “Kenapa Lysa ada kat rumah auntie?” soal Lysa Lafiya lembut.

Sememangnya hubungan Lysa Lafisya dan Auntie Maziah agak rapat. Auntie Maziah suka berborak dengannya. Dan hari ini, pertama kali Lysa Lafisya menjejakkan kakinya ke rumah Auntie Maziah walaupun sudah beratus kali Auntie Maziah menjemputnya.

“Lysa… sebenarnya auntie mak kepada Rafeeqi,” jelas Auntie Maziah sambil duduk di birai katil.

Mata Lysa Lafisya membulat. Auntie Maziah merupakan emak kepada musuhnya? Sangat kebetulan. Anak lelaki yang Auntie Maziah ingin kenalkan kepadanya ialah Rafeeqi? Kepala Lysa Lafisya kembali terasa berat. ‘Ya Allah, besarnya dugaan engkau kepadaku,’ rintih Lysa Lafisya.


9 comments:

YONG JIAO XIU said...

wah.. suka...suka.
post dulu comment ni sebab nak jadi org pertama sentiasa hehehe, 2minit lepas zuera post this entry. thanks n confirm best punya ni.

....nuyuE... said...

best2...xsbar nk tggu sambungan yg strusnya..:)

YONG JIAO XIU said...

cepat pos entry baru ye. tak sabar2 nak tau ni.

Eiymah@Fatin Farehah said...

Sayapun! tak sabar sangat2 nak tahu cerita selanjutnya! to writer congrtaz! novel awak ni mmg best! first impression pun dah bagus sgt! Teruskan berkarya ye..=0

itu_aku +_^zue said...

adoyai...xpe2
yg penting kawen..
hahaha..skunk memang musim org kawen ke?

just KD said...

..tgkap khalwat n kawen,hurmmmm...next plizzz!..

.:kiwi:. said...

ok smakin menarik... truskan lagi Zuera~! V(^_^)

fara said...

best sgttt!!!
smbg lg k zura... =)

Seorg wanita... said...

Best! Nasib baik mak mertuanya baik... mesti semua org ingat Lysa ni lesbian sbb rapat sgt dgn Nadieya...

saperlah yg perangkap Rafeeqi ni?? sian Lysa..