Tuesday, May 31, 2011

Musuhku, Suamiku 14

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi yang sedang menjamah makanannya. Nasi dihadapannya dibiarkan sepi. Pelbagai persoalan bermain dimindanya. Dari pagi tadi, kelakuan Rafeeqi sungguh aneh. Dia tidak sangka Rafeeqi akan pulang untuk makan tengahari bersamanya. Lelaki itu siap membungkuskan makanan untuk mereka berdua. Mujur, Lysa Lafisya belum masak.

Malam ni pula, Rafeeqi dengan baik hatinya keluar membungkuskan makanan. Selalunya, kalau lelaki itu malas keluar, dia akan memaksa Lysa Lafisya masak untuknya. Kalau lelaki itu makan di luar pulak, jangan harap dia akan bungkuskan untuk Lysa Lafisya. Tapi sekarang ni, di depan matanya terhidang Nasi Goreng Kampung kegemarannya yang dibeli oleh Rafeeqi. Lepas tu, boleh pulak si Rafeeqi makan semeja dengannya. Aneh sungguh!

“Asal kau pandang aku macam tu?” soal Rafeeqi setelah menyedari dirinya diperhati oleh Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya terkejut. Dia melarikan pandangan ke arah lain. “Tak ada apa-apa.”

“Makanlah nasi tu… favourite kau kan?” Rafeeqi menjongketkan keningnya.

“Err… mana kau tahu aku suka makan Nasi Goreng Kampung?” tanya Lysa Lafisya ingin tahu.

Rafeeqi tersenyum sinis. “Dah kau tu orang kampung… mestilah fovourite kau Nasi Goreng Kampung.”

Gulp! Lysa Lafisya menelan air liur. Kurang asam! Lysa Lafisya menjeling Rafeeqi. Boleh pulak Rafeeqi menghina dirinya. Dia terus menjamah nasi gorengnya. Wajah Rafeeqi tidak dipandang langsung.

Bibir Rafeeqi mengukirkan senyum apabila melihat reaksi Lysa Lafisya. Lama- kelamaan, senyumannya bertukar kepada gelakkan kecil. Kepalanya digelengkan perlahan. “Aku guraulah…,” ucap Rafeeqi bersama tawa.

Lysa Lafisya mengetap bibir. Lah… Dia kenakan aku rupanya, omel hati Lysa Lafisya. Pun begitu, Lysa Lafisya tetap tidak memandang Rafeeqi. Dengan selamba, dia menjamah nasinya.

“Aku selalu tengok kau makan nasi ni… Kalau kat luar pun, kau selalu order Nasi Goreng Kampung. So, aku agak jelah… Aku tak tahu nak order apa untuk kau,” jelas Rafeeqi.

Dahi licin Lysa Lafisya berkerut. “Makan kat luar? Kita ada makan kat luar ke? Setahu aku, aku tak pernah keluar pergi kedai makan dengan kau.”

“Kau ni nyanyuk ke apa? Habis tu, dulu yang kita temankan Ameer dengan Dieya dating tu apa? Macam tak pernah pulak makan dengan aku. Selalu pulak tu kita jadi peneman si Ameer dan Dieya,” balas Rafeeqi.

“Oh….” Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Lysa Lafisya. Fikirannya terus melayang teringatkan kenangan dia bersama Nadieya. Dulu, atas permintaan Nadieya, dia menemani gadis itu untuk bertemu kekasih hatinya, Ameer.

Rafeeqi dapat mengesan sesuatu. Dia merenung wajah lembut milik Lysa Lafisya. “Kau dengan Dieya… dah tak okey ke?”

Lysa Lafisya hanya mampu mengukirkan senyuman nipis. Perlahan-lahan dia mengunyah makanannya.

“Sebab kes kita?” Rafeeqi tidak dapat menahan dirinya dari bertanya. Dia ingin tahu.

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi. “Okeylah. Aku dah kenyang. Aku masuk bilik dulu. Terima kasih belikan makanan untuk aku.”

Tanpa menunggu balasan dari Rafeeqi, dia terus ke singki untuk membasuh tangan. Kemudian, dia terus menghilangkan diri ke dalam bilik.

Rafeeqi mengeluh. Lysa Lafisya masih tidak berubah. Masih seorang yang perahsia. Dia tahu sikap gadis itu. Gadis itu lebih suka memendam dari meluahkan. Walaupun dahulu dia membenci Lysa Lafisya, namun dia tahu serba sedikit perihal gadis itu. Bila difikir semula, Rafeeqi tidak tahu kenapa dia membenci Lysa Lafisya.

KEESOKAN HARINYA, Lysa Lafisya hanya duduk di rumah, menonton televisyen. Balutan di kepalanya sudah dibuka. Rafeeqi yang membawa dia ke hospital pagi tadi. Mujur luka di kepalanya tidak teruk.

Sejak akhir-akhir ini, Rafeeqi begitu baik melayan dirinya. Dan dia akui dia senang dengan sikap Rafeeqi itu. Tiada lagi benci antara mereka. Kadang-kadang, apabila Rafeeqi memandangnya, dia dapat merasakan sesuatu. Dia tidak pasti apakah itu. Yang penting, jantungnya akan berkocak setiap kali Rafeeqi merenungnya.

Handphone Lysa Lafisya berbunyi. Tangannya terus mencapai handphone yang terletak di meja bulat di sisinya.

“Assalamualaikum, umi…,” ucap Lysa Lafisya lembut setelah menjawab panggilan.

“Waalaikumsalam… Lysa, kamu accident ya?” Nada Puan Izzati terselit kebimbangan.

Lysa Lafisya mengerutkan dahi. Mana umi tahu?, fikirnya. Dia memang tidak mahu memberitahu Puan Izzati tentang kemalangan yang menimpa dirinya. Dia tidak mahu membimbangkan Puan Izzati. Lagipun, dia cedera ringan saja. Cuma keretanya saja yang tenat.

“Lysa… kamu dengar tak?” soal Puan Izzati apabila Lysa Lafisya hanya menyepikan diri.

“Err… ada umi…”

“Kenapa accident tak bagitahu umi? Lysa cedera tak? Sakit kat mana? Kejap lagi umi lawat Lysa ya,” ucap Puan Izzati senafas.

“Eh, umi… tak payahlah. Susahkan umi je. Lysa okey.. Cedera ringan je. Tadi pun dah jumpa doktor.”

Lysa Lafisya terdengar Puan Izzati mengucapkan syukur. Kemudian, dia dengar bunyi keluhan.

“Kenapa Lysa rahsiakan dari umi? Bila accidentnya? Kalau si Hanis tak nampak kamu tadi, sampai sekarang, umi tak tahu. Sampai hati Lysa ketepikan umi,” rajuk Puan Izzati.

Hanis, pekerja Teratak Nur Qaseh ternampak Lysa Lafisya dan Rafeeqi di hospital. Terkejut Hanis apabila melihat dahi Lysa Lafisya yang berbalut. Waktu itu Lysa Lafisya sedang masuk ke dalam bilik untuk bertemu doktor. Hanis terus menyoal Rafeeqi tentang keadaan Lysa Lafisya. Mulanya, Hanis berniat mahu menunggu sehingga Lysa Lafisya keluar. Bukannya dia tidak kenal Lysa Lafisya. Tetapi tiba-tiba dia mendapat panggilan kecemasan dari Teratak Nur Qaseh. Oleh itu, terpaksa dia bergegas pulang. Setelah menyelesaikan halnya, dia pun bertemu Puan Izzati untuk memberitahu perihal Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya menelan air liur. “Umi… bukan niat Lysa nak rahsiakan dari umi.. Lysa tak nak bimbangkan umi… Umi jangan risau, okey..”

“Kamu ni Lysa… hampir gugur jantung umi bila dengar kamu accident. Kamu kat mana sekarang ni?”

“Lysa kat rumah… Dapat MC.”

“Kejap lagi umi sampai yer Lysa. Lysa nak pesan apa-apa tak?”

“Umi… umi kan tak sihat? Baru dua hari lepas umi kata umi selalu pening. Macam mana umi nak drive? Macam nilah, lepas ni… Lysa datang sana. Lysa pun dah okey ni.” Lysa Lafisya memberi cadangan.

“Kamu datang dengan Feeqi ya?”

Lysa Lafisya mengetap bibir. Lambat-lambat dia jawab, “Ya, umi.”

Rafeeqi merehatkan badannya di sofa rumahnya. Dia baru saja pulang dari bertemu client. Sengaja dia tidak pulang semula ke pejabat. Semua kerja sudah diselesaikan. Lagipun, dia boss. Apa yang nak dihairkan?

“Awal balik?” soal Lysa Lafisya memandangkan baru pukul 5 petang. Selalunya nak dekat maghrib baru Rafeeqi balik. Itu pun yang paling awal.

Sebentar tadi, dia keluar dari bilik untuk membasahkan tekak. Sewaktu melihat tubuh Rafeeqi yang sedang terbaring di sofa, cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik untuk menyarungkan selendang. Sampai saat ini, dia masih menjaga auratnya. Auratlah sangat. Entah mazhab mana dia ikut. Lysa, Lysa…

Rafeeqi mencelikkan matanya. Senyuman terukir di bibirnya. Dia terus menukar kedudukannya. Dari posisi baring, kini dia dalam posisi duduk.

“Saja je… Ada rasa sakit kat mana-mana tak?” soal Rafeeqi prihatin.

Lysa Lafisya meletakkan secawan air Nescafe panas di atas meja untuk Rafeeqi. Pertama kali, Lysa Lafisya membuatkan minuman untuk Rafeeqi setelah lelaki itu pulang dari kerja. Sebelum ni, tak ada pulak. Sebenarnya, dia ada agenda tersembunyi. Kemudian, dia duduk di sofa berkembar, berdekatan dengan Rafeeqi.

“Aku okey je… Minumlah air tu,” ucap Lysa Lafisya lembut.

Rafeeqi menyisip air Nescafenya berhati-hati. Panas! “Thanks…”

Keadaan menjadi sunyi buat seketika. Lysa Lafisya cuba menyusun kata. Dia ingin meminta tolong dari Rafeeqi. Tapi dia tak tahu dari mana nak mula.

“Esok kau cuti kan?” soal Rafeeqi.

Lysa Lafisya yang sedang berfikir, sedikit tersentak. Wajahnya jelas kelihatan blur. “Apa dia?”

“Esok kau cuti kan?” ulang Rafeeqi bersahaja sambil menyandar badannya.

Perlahan-lahan Lysa Lafisya mengangguk. Sepatutnya, esok dia sudah boleh kembali bekerja. MC yang dia dapat hanya untuk semalam dan hari ini. Tetapi awal-awal lagi dia sudah meminta cuti untuk hari esok untuk menghadiri kenduri di rumah Auntie Solehah. Rafeeqi yang menyuruhnya meminta cuti pada hari esok.

“Kalau macam tu, malam ni kita bertolak ke Melaka. Aku dah call Auntie Solehah. Dia dah sediakan bilik untuk kita. And not to worry, kita tidur asing macam biasa.”

Lysa Lafisya mengetap bibir. Dia memikirkan Puan Izzati. ‘Macam mana ni? Macam mana nak cakap dengan dia?’

“Ah, lupa pulak aku… before kita ke Melaka, kita singgah dulu rumah umi kau. Kau tak bagitahu dia yang kau accident eh?” Rafeeqi memandang Lysa Lafisya.

Kening Lysa Lafisya ternaik sedikit. “Macam mana kau tahu?”

Rafeeqi tidak segera menjawab pertanyaan Lysa Lafisya. Dia meneguk lebihan Nescafenya yang sudah sejuk. “Umi call aku tadi.. Dia tanya pasal kau. Pergilah siap. Lepas maghrib, kita bertolak.”

Lysa Lafisya hanya mengangguk kecil.

LYSA LAFISYA memeluk tubuhnya yang kesejukan. Penghawa dingin sudah pada tahap satu. Tetapi dia masih terasa sejuk. Shawl yang dibaluti ke tubuhnya tidak mampu menghilangkan rasa sejuknya.

Sekarang, dia dan Rafeeqi sedang menuju ke Melaka. Setelah bertemu dengan Puan Izzati, mereka terus memulakan perjalanan ke Melaka. Waktu itu jam sudah menunjukkan angka 9.30. 11.30 malam pasti mereka akan sampai ke Melaka.

Lysa Lafisya mengetap bibirnya. Dia benar-benar kesejukan. Masakan dia mahu menyuruh Rafeeqi mematikan penghawa dingin. Kasihan pula pada lelaki itu. Lysa Lafisya cuba menguatkan dirinya melawan kesejukan yang mencengkam dirinya sehingga ke tulang hitam. Dia cuba melelapkan matanya.

Rafeeqi mengerling ke arah Lysa Lafisya yang tampak seperti cacing kepanasan. “Sejuk ke?”

Tanpa menunggu balasan dari Lysa Lafisya, dia terus mengambil kot miliknya di tempat duduk belakang lalu dia menutup badan kecil Lysa Lafisya dengan kot. Lysa Lafisya sedikit tersentak. Dia memandang Rafeeqi yang sedang fokus pada pemanduannya.

“Thanks,” ucap Lysa Lafisya perlahan.

Rafeeqi hanya mempamerkan senyuman.

Wangian yang lembut dari kot Rafeeqi membuatkan Lysa Lafisya tidak dapat melelapkan matanya. Dia sudah tidak kesejukan namun wangian itu pula menganggu dirinya. Lalu, Lysa Lafisya hanya memandang depan.

“Err… Boleh aku tanya something?” soal Lysa Lafisya. Dia ingin mencari jawapan pada persoalan yang sering membelengunya beberapa hari ini.

“Shoot,” balas Rafeeqi selamba.

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi. “Kenapa kau tiba-tiba je baik dengan aku?” Dengan berani Lysa Lafisya menyoal.

Rafeeqi tarik sengih. “Takkan buat baik pun tak boleh?”

Lysa Lafisya angkat bahu. “Well, macam pelik pulak… Kita..,” Lysa Lafisya menunding jari ke arahnya dan Rafeeqi, “Kita ni.. yang dulunya musuh, asal jumpa nak bertekak, sampai keluar ilmu tae kwan do aku kat kau.. tiba-tiba boleh berbaik… Kau tak pelik ke?” Lysa Lafisya menyuarakan kepelikannya.

Rafeeqi ketawa halus. “Apa yang nak dipelikkan? Manusia kan boleh berubah. Kalau semalam benci, hari ni boleh jadi sayang. Kalau semalam jahat, hari ni boleh jadi baik. Kalau semalam sayang, hari ni boleh jadi benci. Kalau semalam jahil, tak semestinya hari ni jahil juga. Dan, kalau semalam, alim, tak semestinya hari ini alim juga. Itulah putaran hidup. Kadang-kadang kita berada dilandasan yang betul dan kadang-kadang kita tersasar. Tetapi semuanya boleh diubah jika kita ada tekad.”

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi dengan pandangan yang sukar untuk percaya kata-kata tadi keluar dari mulut seorang lelaki bernama Rafeeqi bin Tan Sri Hasyim. Dia menepuk tangan. “Wow! I’m impressed.”

Rafeeqi tersengih lagi. Dia menggelengkan kepalanya. Dikerling Lysa Lafisya sekilas. “Tak boleh tidur ke? Dari tadi gaya macam nak tidur je.”

Lysa Lafisya mencebik. “Mata ni degil pulak. Tak apalah. Aku teman kau drive.”

“Bagus jugak. Ada pun teman berbual. Aku ingat kau dah bisu tadi.”

Lysa Lafisya menjeling ke arah Rafeeqi. Ada je nak usik aku, gerutu Lysa Lafisya.

“Kau pernah pergi Melaka?” soal Rafeeqi.

“Tak pernah… Eh, pernah, pernah… rombongan sekolah waktu aku Form 3.”

“Sekarang, Melaka dah lain… nanti aku bawak kau jalan-jalan ronda Melaka,” ucap Rafeeqi.

Lysa Lafisya sedikit teruja. “Betul ni?”

Rafeeqi mengangguk pasti. Tersenyum lebar Lysa Lafisya apabila melihat anggukan Rafeeqi.

“Kau selalu ke pergi Melaka?” tanya Lysa Lafisya sekadar ingin berborak.

“Selalulah jugak. Dulu, aku pernah duduk sini. Lama jugak. Masa tu, Auntie Solehah duduk rumah lama dia. Oh ya, lupa nak bagitahu kau. Sekarang ni, kita nak pergi rumah baru Auntie Solehah tau. Dia baru je pindah. Tu yang dia beria nak buat kenduri. Belakang rumah dia ada pantai. Best kan?”

Aku mengangguk setuju. “Mesti cantik kan rumah Auntie Solehah?”

“Memang cantik. Auntie Solehah ada e-mail aku gambar rumah baru dia. Dia beli dua buah rumah. Mulanya, rumah dah lama. Usang. Lepas tu, dia renovate. Memang cantiklah hasil kerja Uncle Shah. Uncle Shah yang design rumah tu. Aku bet kau mesti terpegun punya. Siap ada kolam renang lagi.”

Lysa Lafisya setia mendengar cerita Rafeeqi. Mereka berbual sehingga tiba ke rumah Auntie Solehah.


15 comments:

BlueApple said...

bagus bagus bagus...hubungan sudah mula baik...Chaiyok!Rafeeqi...Chaiyok!Lysa...sorang lagi tertinggal..tpi yg ni sye kasi special Chaiyok!ganbatte!Fighting!kak zuera..heheheh :D

♥Aleeya Liya♥ said...

owh..harap2 sgt lysa ngan rafeeq..sesuai sgt diorang tuh..

insyirah said...

i'm the first!!
yeayyyyyyyy..

♥ Adinda ♥ said...

sukee nyer feeqi n lysa dh mula nk berbaik..suke3...hopefully feeqi leh trime lysa...n lupakan arwah awek dia...next plzzz

~aI_Da~ said...

best2..cptlah smbg..

YONG JIAO XIU said...

OWH TAK JADI la lysa gan ilham?hmmm sedih...tapi takpe la. ikut penulis lah,asal sy blh bc novel ni.hehehe nak harap sy menulis, tak mungkin berlaku.

Ema Emaharuka said...

So sweEtnya Feeqi..
Ternyata pRhtian jugak dgn Lisya...

Best best..
Ema nak lagik kak;)
next..

Anonymous said...

Sila2 sambung...xsabar nk baca yg seterusnya...:)

Anonymous said...

best lah, rafeeqi ngan lysa dah baik sesama sendiri. keep on touch doing the N3's S good S U can.
chio! chio! good luck...

enun ngokngek said...

erm .. best .. best .. best .. lagi .. lagi .. lagi .. rafeeqi nk jdi bek dop strg .. h0od0ow ~ !!

Rohaida Rahman said...

yeayyyyy dah nak baik, suka suka....
maintain cool & baik yea Rafeeqi, jgn buat hal... Lysa pun pls do the same yea...

Seorg wanita... said...

Suker bangat sama Feeqi yg makin caring sama Lysa... suker..suker..

Makin relaks dan tolerate among each other.. betul kata Feeqi, segalanya boleh berubah..yg bagus, bila berubah jadi makin baik.. :-)

Hopefully depa makin mesra & romantis.. lebih2 lagi dgn adanya Auntie Solehah nanti yg memang sayangkan both of them.. mesti dia buat sthing agar depa tak berpisah nanti.. Thanks Zuera.. :-)

Anonymous said...

teruskan! suka la....

Anonymous said...

best sgt n3 kli nie tp npe tgk feeqi 2 cm x de dupdap...dupdap je kt lysa frust la cmni klo lysa je yg dupdap sorg2....anyway next plezzzz

Anonymous said...

best sgt n3 kli nie tp skit frust la coz lysa sorg je yg asyik rse dupdap...dupdap feeqi x de pon...anyway next plezzzz.....!!!