Monday, May 30, 2011

Musuhku, Suamiku 13

Keesokan harinya, Rafeeqi hanya duduk di rumah sambil menonton televisyen. Dia menolak ajakan Ameer untuk bermain tenis pagi Ahad ini. Fikirannya masih bercelaru. Perasaan bersalah masih menghantui diri. Dia mahu meminta maaf pada Lysa Lafisya. Namun, lepas Subuh, Lysa Lafisya sudah keluar.

Handphone Rafeeqi mengalunkan lagu menandakan ada panggilan masuk. Rafeeqi terus mencapai handphonenya. Nama pemanggil dilihat. Mummy. Terus dia menjawab panggilan itu. Salam diucapkan.

“Feeqi… tak nak datang sini ke? Dah lama Feeqi tak lawat mummy. Sampai hati Feeqi.”

Rafeeqi menggaru kepalanya. “Taklah, mummy… Feeqi busy sikit… Mummy sihat?”

“Hmm… Feeqi datanglah sini… Bawak Lysa sekali.. Boleh temankan mummy ni,” ucap Puan Sri Maziah.

“Daddy mana, mummy?”

“Daddy kamu tu main golf la… Apa lagi? Tinggal mummy sorang-sorang. Feeqi datang tau. Bawak Lysa.”

Rafeeqi menelan air liur. “Err, Lysa tak adalah mummy. Kejap lagi Feeqi datang.”

“Lysa ke mana? Ke rumah umi dia ke?”

“Yelah tu agaknya. Mummy, setengah jam lagi Feeqi sampai yer. Mummy masak sedap-sedap untuk Feeqi tau. Rindulah masakan mummy.”

“Hmm, yelah…”

Rafeeqi mematikan talian. Dia bersyukur kerana Puan Sri Maziah tidak bertanya lebih lanjut perihal Lysa Lafisya.

LYSA LAFISYA sibuk melayan adik-adiknya yang sedang membuat kerja sekolah. Sebentar tadi, dia sudah pun makan tengahari bersama umi dan adik-adiknya. Dia yang memasak hari ini. Sengaja Lysa Lafisya menyibukan dirinya. Dia ingin lupakan peristiwa semalam.

“Lysa…”

Lysa Lafisya menoleh ke arah Puan Izzati yang duduk di atas kerusi kayu. “Ya, umi..”

“Dah lama Dieya tak datang… Dia masih marahkan kamu ke?”

Lysa Lafisya menelan air liurnya. Dia menghela nafas berat. “Maafkan Lysa umi… Kalau bukan sebab Lysa, mesti Dieya selalu lawat umi… Ampunkan Lysa, umi.”

“Tak apalah Lysa… Umi faham. Kamu pun mesti sedih Dieya buat kamu macam tu.”

“Assalamualaikum,” ucap seseorang di luar rumah.

Lysa Lafisya dan Puan Izzati sama-sama menjawab salam. “Siapa datang tu Lysa? Cuba kamu tengok,” ujar Puan Izzati.

Lysa Lafisya terus bangkit. Dia menuju ke depan. Terukir senyuman di bibir Lysa Lafisya apabila melihat tetamunya itu. Dia terus menyalami tangan Puan Sri Maziah. Sewaktu dia kembali mendongak, matanya menangkap sesusuk tubuh di belakang Puan Sri Maziah. Terus mati senyumannya apabila melihat Rafeeqi.

“Lysa sihat?”

Lysa Lafisya memandang Puan Sri Maziah. Sebaik mungkin dia memaniskan wajahnya. “Sihat mummy… Dah lama mummy tak datang sini…”

“Mummy sibuk sikit… Kenduri kahwin banyak sangat. Minggu ni baru free. Tu yang mummy ajak Feeqi datang sini.”

Lysa Lafisya senyum nipis. “Masuklah mummy. Umi ada kat dalam tu.”

Puan Sri Maziah mengangguk. Kemudian, dia masuk ke dalam dan berjumpa dengan Puan Izzati. Tanpa menghiraukan Rafeeqi yang masih berdiri tegak, Lysa Lafisya mengatur langkah untuk menuju ke dapur.

“Lysa…,” panggil Rafeeqi perlahan.

Lysa Lafisya sedikit tersentak. Namun dia tetap meneruskan langkah menuju ke dapur. Dia tidak mahu memandang Rafeeqi. Entah mengapa, dia berasa benci pada lelaki itu. Lelaki yang telah meletakkan maruahnya di tangga yang paling bawah.

Di dapur, Lysa Lafisya sibuk mengacau air kopi untuk dihidangkan pada tetamunya. Rafeeqi hanya memerhatikan Lysa Lafisya. Nampaknya, gadis itu masih marahkannya.

“Err, Lysa… Aku.. aku nak minta maaf.”

Lysa Lafisya berpura-pura tidak dengar kata-kata Rafeeqi itu. Dia terus melakukan kerjanya tanpa memandang Rafeeqi.

Rafeeqi mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia terus mendekati Lysa Lafisya. Apa pun yang terjadi, dia harus meminta maaf. Selagi Lysa Lafisya tidak memaafkannya, dia tidak akan tenang. Bahu Lysa Lafisya terus dipegang.

Lysa Lafisya tersentak. Dia menjeling Rafeeqi. Berani sungguh lelaki ini menyentuhnya. “Jangan sentuh aku,” ucap Lysa Lafisya perlahan tapi kasar.

“Lysa… Stoplah kejap buat air tu. Aku nak cakap dengan kau.”

“Tak ada apa yang nak dicakapkan. Sekarang, pergi depan. Jangan ganggu aku.”

Rafeeqi memandang Lysa Lafisya. “Aku nak minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku tak sangka selama ini aku dah buat dosa kat kau. Aku tak sedar. Tolonglah Lysa… Maafkan aku. Aku tak akan tenang selagi kau tak maafkan aku. Aku tahu kata-kata aku melampau. Aku tahu. Maafkan aku.”

Lysa Lafisya menjeling Rafeeqi sekali lagi. “Kau ingat dengan kata maaf boleh kembalikan maruah aku semula?”

Tanpa menunggu jawapan dari Rafeeqi, Lysa Lafisya terus ke depan. Rafeeqi terkaku di tempatnya. Nampaknya Lysa Lafisya benar-benar marahkan dirinya.

HUJAN turun dengan lebat sejak tengahari tadi. Lysa Lafisya berhati-hati memandu di lebuhraya. Dia ingin pulang ke pejabat semula setelah bertemu client dari Teguh Berdiri. Hujan yang turun tidak henti-henti menyukarkan Lysa Lafisya untuk melihat keadaan di depannya.

Lysa Lafisya menekan brek sewaktu kereta di hadapannya berhenti secara tiba-tiba. Brek sudah ditekan sehabisnya namun kereta Personanya masih meluncur dan akhirnya… BUMM!!

Lysa Lafisya sudah melanggar kereta di depannya dan kereta belakangnya pula melanggar keretanya. Lysa Lafisya terdorong ke depan. Kepalanya terhantuk pada stereng kereta. Berdenyut-denyut kepalanya. Entah mengapa air-bag tidak berfungsi saat ini. Mulut Lysa Lafisya mengucap tanpa henti. Badannya sedikit terketar.

Bunyi hon dari kereta lain mula kendengaran. Lysa Lafisya cuba menghidupkan enjin keretanya yang mati akibat hentakan tadi. Dia berdoa enjinnya masih boleh dihidupkan. Selepas menghidupkan enjin, dia memandu keretanya ke bahu jalan.

Pemandu kereta Exora yang dilanggarnya keluar dari kereta. Lysa Lafisya memandang cermin sisinya. Pemandu kereta Proton Perdana yang melanggar keretanya juga sudah keluar. Akhirnya, Lysa Lafisya turut keluar dari kereta setelah mencapai payung yang diletakkan di dalam dashboard.

Dia melihat keadaan keretanya. Teruk sungguh kondisi keretanya. Boleh dikategorikan sebagai tenat.

“Cik tak apa-apa?” tanya seorang lelaki lingkungan 40-an merangkap si pemandu kereta Proton Perdana.

Lysa Lafisya memandang lelaki tersebut. “Saya okey… Macam mana ni cik?” soal Lysa Lafisya risau. Dia benar-benar ketakutan saat ini. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“Cik jangan risau… Perkara macam ni selalu berlaku… Maklumlah, hujan… Jalan licin. Dari tadi banyak kereta yang accident… Tiba-tiba saya pulak yang kena. Dah nasib.. Macam nilah.. Cik duduk dalam kereta… Call keluarga cik ataupun kawan cik.. Dahi cik tu pun berdarah.. Kena pergi hospital.”

Lysa Lafisya meraba dahinya. Terasa darah pekat mengalir. Sungguh, dia tidak sedar kepalanya berdarah. Lysa Lafisya terus masuk ke keretanya semula. Dia memandang lelaki tadi. Kini lelaki itu sedang berbual dengan pemandu kereta Exora.

Lysa Lafisya mengeluh. Kepalanya kembali berdenyut. Nak call siapa? Soal Lysa Lafisya dalam hatinya. Tidak mungkin dia akan menelefon Nadieya. Rafeeqi? Patut kah dia menelefon lelaki itu? Kepalanya digeleng. Tidak! Puan Izzati? Dia tidak mahu menganggu wanita itu. Erk, Ilham? Ya… Hanya Ilham yang mampu membantunya saat ini. Pantas, dia menelefon lelaki itu.

“Hello… Hello, Ilham…”

“Ya, Lys… Kenapa ni? Cemas je…”

“Am.. Am tolong Lys… Lys accident.”

“What? Kat mana?”

Lysa Lafisya terus memberitahu Ilham dia berada di mana.

RAFEEQI memakirkan keretanya di tempat biasa setelah memasuki perkarangan apartmentnya. Enjin kereta dimatikan. Dia menyandar lesu di kerusi keretanya. Terasa malas kakinya untuk keluar dari kereta. Batang hidungnya dipicit perlahan.

Sudah empat hari Lysa Lafisya tidak bercakap dengannya. Maafnya juga belum diterima. Selama empat hari juga diri Rafeeqi tidak tenang. Dia rasa bersalah. Sungguh! Dia bukanlah manusia yang kejam. Walaupun dia tidak sukakan Lysa Lafisya, tetapi dia sedar dia sudah membuat fitnah. Lysa Lafisya bukan lesbian. Dia tahu Lysa Lafisya tidak berbohong. Bertapa dosanya diri dia kerana memfitnah gadis itu.

Berkali-kali dia meraup wajahnya. Mudah-mudahan hari ini Lysa Lafisya sudi menerima maafnya. Rafeeqi membuka pintu kereta. Matanya terpandangkan Lysa Lafisya yang keluar dari sebuah kereta Honda City sewaktu dia sedang menutup pintu kereta.

Matanya terus melekat di situ. Seorang lelaki keluar dari kereta Honda City itu. Rafeeqi seperti pernah melihat lelaki itu. Ya. Lelaki itu lelaki yang pernah bersama Lysa Lafisya di Sunway Pyramid. Rafeeqi berasa pelik apabila melihat dahi dan tangan Lysa Lafisya berbalut. Muncul tanda tanya di hatinya.

Dia menelan air liur sewaktu dua pasang mata memandang ke arahnya, milik Lysa Lafisya dan juga lelaki itu. Lelaki itu mendekati Rafeeqi. Lysa Lafisya masih berdiri kaku di tempatnya.

“Assalamualaikum,” ucap lelaki yang kini berada di depannya. Lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Waalaikumsalam,” balas Rafeeqi sambil menyambut huluran salam lelaki itu.

“Saya Ilham, kawan sekerja Lysa.. Dia accident tadi… Tu yang saya hantar balik,” terang Ilham. Walaupun Ilham tahu rahsia perkahwinan Lysa Lafisya dan lelaki di hadapannya ini, dia masih kenal erti hormat. Lelaki di hadapannya ini ialah suami yang sah kepada Lysa Lafisya.

Rafeeqi mengangguk tanda faham. Dia menjeling Lysa Lafisya sekilas. Terjawab sudah persoalannya yang bermain di mindanya.

“Terima kasihlah sebab hantar Lysa balik,” ucap Rafeeqi berbudi bahasa.

Ilham mengukirkan senyuman nipis. “Kalau macam tu, saya balik dululah.”

Ilham kembali semula keretanya. Sebelum masuk ke dalam kereta, dia memandang Lysa Lafisya bersama senyuman meniti di bibirnya. “Take care, Lys.. Am balik dulu.”

Setelah Ilham hilang dari bayangan, Rafeeqi menghampiri Lysa Lafisya. Waktu itu, Lysa Lafisya sedang menuju ke lif. Dia berdeham.

“Accident kat mana?” soal Rafeeqi ingin tahu.

Lysa Lafisya mendiamkan dirinya. Dia masih tidak mahu bercakap dengan Rafeeqi. Dia pun tidak tahu sampai bila dia tidak mahu bercakap dengan lelaki itu.

Ting!

Pintu lif terbuka. Lysa Lafisya dan Rafeeqi masuk ke dalam kotak lif. Rafeeqi memandang Lysa Lafisya.

“Err… kau dah makan?” Rafeeqi menanti respon Lysa Lafisya. “Ka… kalau belum, aku boleh tolong belikan.”

Rafeeqi mengeluh berat. Lysa Lafisya masih tidak mahu bercakap dengannya. Dia sudah buntu. Akhirnya, dia hanya mendiamkan diri sehingga mereka masuk ke dalam rumah.

“Lysa…,” panggil Rafeeqi sewaktu Lysa Lafisya ingin masuk ke dalam biliknya. “Aku nak cakap dengan kau sekejap.”

Lysa Lafisya menghentikan langkahnya. Nafas ditarik. Tanpa sepatah kata, dia duduk di sofa. Entah kuasa apa yang mendorongnya untuk mengalah. Baru sebentar tadi dia mengeraskan hatinya.

Rafeeqi mengukirkan senyuman apabila Lysa Lafisya mula mendengar kata. Dia terus mengatur langkah mendekati Lysa Lafisya lalu mengambil tempat berdekatan gadis itu.

Rafeeqi menghela nafas. Dia merapatkan tangannya, tanda minta maaf. “Again and again, aku nak minta maaf kat kau. Selama ni, aku dah salah faham. Aku minta maaf. Aku salah. Aku berdosa. Tolonglah Lysa.. Jangan layan aku macam ni… Aku rasa bersalah sangat. Takkan kita nak macam ni sampai kita berpisah? Aku harap sangat kita dapat jadi kawan. Apa salahnya kalau kita berkawan? Kita dah tinggal sebumbung…”

Lysa Lafisya menyandarkan tubuhnya. Dia cuba memikirkan kata-kata Rafeeqi. Jauh di sudut hati, dia juga rasa kekok dengan situasi ini. Setelah lama berfikir, Lysa Lafisya menghela nafas berat.

“Okey! Aku maafkan kau.” Itu saja yang keluar dari mulut Lysa Lafisya.

Rafeeqi tersenyum lebar. “Thanks… Hmm, malam ni kau nak makan apa?” Rafeeqi cuba menarik minat Lysa Lafisya untuk berbual dengannya.

“Kau nak masak ke?” soal Lysa Lafisya sinis.

“Erk, taklah… Aku mana pandai masak… Aku belilah..,” ucap Rafeeqi bersama tawa.

“Kau belilah untuk kau… Aku tak nak makan…”

“Eh, kau kena makan… Kau kan tak sihat… Nak makan bubur tak?” tanya Rafeeqi prihatin.

Lysa Lafisya cuba menahan gelaknya. “Kau ingat aku demam ke? Aku luka sikit je ni. Kelakarlah kau ni…”

“La… Orang demam je ke yang boleh makan bubur? Apa salahnya kalau kau makan bubur.” Rafeeqi cuba mempertahankan dirinya.

“Okey, okey…. Hmm, kau belikanlah aku bubur… Bubur Ayam McD tau.”

“Ceh!! Demand pulak…”

Lysa Lafisya hanya tersenyum.

“By the way, kat mana accident tadi?”

“Highway… jalan licin.. brek pun tak guna… kereta tetap bergerak,” jawab Lysa Lafisya perlahan.

Rafeeqi berasa simpati apabila melihat balutan di dahi Lysa Lafisya. Tanpa sedar, dia menyentuh balutan itu. Lysa Lafisya tersentak. Dia memandang Rafeeqi. Dan pada masa yang sama Rafeeqi turut memandang Lysa Lafisya. Mereka bertentang mata buat seketika. Dada Lysa Lafisya tiba-tiba berdegup lebih kencang.

“Sakit tak?” soal Rafeeqi bersahaja.

Lysa Lafisya hanya mampu mengangguk. Dia melarikan pandangannya ke tempat lain. Tidak berani memandang Rafeeqi. ‘Ya Allah, kenapa dengan aku ni?’ rintih Lysa Lafisya dalam hati.

“Kereta kau macam mana?”

“Err… workshop…”

Rafeeqi mengangguk kecil. Dia mengalihkan tangannya dari balutan di dahi Lysa Lafisya. “Esok kau kerja ke?”

“Tak… dapat MC.”

“Owh… Hmm, okeylah… Aku nak mandi dulu.. Kejap lagi aku belikan bubur McD untuk kau,” seloroh Rafeeqi.

9 comments:

blinkalltheday said...

whoaaa,cepat tangkap cintan..go,go,go lysa go,,rafeeqi go,go...

Anonymous said...

lysa ada hati dgn rafeeqi...

YONG JIAO XIU said...

huhuhu kasi panjang sikit lagi. tak puas baca.
padan muka ilham tu, tu la len kali jgn nak bergosip, kang dah susah nak mtk maaf.
yes! bagus tul la lys ni, grenti igt Ilham. Ilham mmg mendatangkan ilham kat lys. Semoga cpt dorg bcerai n lys blh kawin gan Ilham.

idA said...

alahai..rasanya mamat poyo tu da boleh terima Lysa dan Lysa pun dapat menerima kemaafan Rafeeqi..bila pulak ya ..antara mrk akan terjatuh sayang..

umi kalsom said...

rafeeqi ni sweet dlm diam... :)
rindu kat entry ni... thanks writer.

afifah said...

lysa dah mula suka feeqi nampaknya..

haraplah feeqi tak kecewakan lysa..
thanks kak utk n3 ni ^_^

Ema Emaharuka said...

Hohoho tak mau diorg berpisah..

Sweet jugak yea, diorang berbaikkan..

Akak ema mau lagik, next kak:-)

Rohaida Rahman said...

dlm hati Lysa nak muncul taman laaa, ni yg best ni...
Rafeeqi, pandai2 layan aaa, kang sentap lagi Lysa tu, baru tau :-) ..

Seorg wanita... said...

Bagus gak Lysa buat Rafeeqi camtu.. bior dia rasa bersalah sgt dgn fitnah yg dia tabur pasal Lysa selama ini...dan berubah...

Lepas ni, hopefully Rafeeqi akan more concern and caring on Lysa.. dgn keadaan Lysa yg tgh sakit..may b they'll get closer to each other.. :-)