Thursday, May 26, 2011

Musuhku, Suamiku 12

Rafeeqi meluruskan pinggangnya. Badannya terus disandarkan pada kerusi emuk di biliknya. Dahi dipicit perlahan. Sebagai CEO Damai Indah, masanya terlalu banyak dihabiskan untuk memajukan perniagaan keluarganya. Hari ini saja, dia bersama pekerjanya sudah berjaya mendapat dua projek besar.

Matanya melirik kepada pokok bonsai yang berada di sisi meja. Serta merta dia terbayangkan wajah manis Insyirah. Bibirnya mengukirkan senyum. Pokok bonsai itu pemberian dari Insyirah. Dia menjaga pokok itu seperti nyawanya sendiri. Dia masih ingat lagi kata-kata Insyirah.

“Jaga pokok ni baik-baik tau. Anggap pokok ni Syira… Jangan bagi pokok ni mati. Boleh sayang?”

Rafeeqi menarik nafas kemudian dihembus. “I akan jaga pokok ni baik-baik sayang. I tak akan biarkan pokok ni tinggalkan I seperti mana I biarkan you tinggalkan I.”

Tiba-tiba, Rafeeqi terbayangkan pula wajah Lysa Lafisya. Entah mengapa dia dapat rasakan Lysa Lafisya seperti marahkannya. Tapi kenapa? Sudah dua hari Lysa Lafisya menjauhkan diri darinya. Memanglah dulu mereka jarang berbual. Tapi sekarang ni… Bila Rafeeqi tanya, Lysa Lafisya langsung tak jawab. Terus masuk bilik. Pelik betul. Kini, Rafeeqi seolah-olah tinggal seorang diri di apartment miliknya. Rumahnya terasa sunyi.

Rafeeqi meraup wajahnya. “Ya Allah, kenapa aku boleh fikirkan dia pulak?” Nafas dihela berat. “Maafkan I, Syira.. You jangan risau. I akan betulkan keadaan. I tak sepatutnya berkahwin dengan Lysa. I tak patut pentingkan harta dari janji I pada you. I akan ceraikan Lysa, Syira. I cintakan you seorang. Tiada siapa dapat gantikan tempat you. Itu I boleh jamin. Mudah-mudahan cinta kita sampai ke syurga, baby.”

Rafeeqi terus mengemas mejanya. Dia melirik ke arah jam. Sudah pukul 5.15. Dia sudah berjanji dengan Ameer untuk bermain tenis di tempat biasa.

PETANG SABTU, seperti yang telah dijanjikan Lysa Lafisya dan Ilham menonton wayang di Sunway Pyramid. Sebelum menonton, mereka makan dulu di Kenny Rogers Roasters. Mereka belum makan tengahari lagi walaupun jam sudah menunjukkan angka tiga.

“Thanks sebab belanja,” ucap Lysa Lafisya.

Ilham tarik senyum. “No sweat… Baru dapat gaji kan…”

“Yelah… berkepuklah duit Am sekarang.”

“Eceh! Dia pun berkepuk jugak. So, sementara nak tunggu wayang mula, Lys tak nak shopping ke?”

Lysa Lafisya menggeleng. “Malaslah. Kita duduk sini dululah. Perut Lys dah kembung ni. Macam nak meletup.”

Ilham gelak kecil. “Mana taknya. Dari tadi asyik dok refill air. Baguslah tu… minum air gas banyak-banyak. Kejap lagi beli air mineral dengan popcorn je.”

Lysa Lafisya cuba menahan gelaknya. Dia tersenyum-senyum.

“Kenapa pulak ni? Salah ke apa yang Am cakap?”

Terhambur juga tawa yang cuba ditahannya. “Tak… Am cakap macam nenek-nenek… Kelakar.”

Ilham sudah membesarkan matanya. “Nakalnya Lys ni… Am cubit baru tahu.” Bibir Ilham terus menguntumkan senyuman lebar. Dia merenung anak mata Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya berdebar bila Ilham merenungnya sebegitu. “Err… kenapa Am pandang Lysa macam tu?”

“Dah lama Am tak dengar Lys gelak macam ni..”

Lysa Lafisya terdiam. Dia tunduk memandang lantai. Dia bermain dengan tangannya.

“Lys… are you happy?” soal Ilham perlahan.

Lysa Lafisya pandang Ilham bersama kerutan di dahi. Dia tidak faham apa yang Ilham maksudkan.

“I mean… are you happy with your marriage?” ulang Ilham bersama renungan.

Lysa Lafisya mengetap bibir. “Kenapa Am tanya? Of course I’m happy,” bohong Lysa Lafisya.

Ilham menyebak rambutnya ke belakang. “Jangan tipu Am, Lys… Lys boleh bohong semua orang… Lys boleh gula-gulakan mereka dengan cerita palsu Lys… Tapi bukan Am. Am kenal Lys walaupun baru dua tahun kita berkawan…”

Lysa Lafisya terdiam. Sungguh, dia rasa tidak selesa saat ini. Dia tidak sangka Ilham akan membicarakan perihal rumah tangganya.

“Am tahu… Lys kena tangkap basah,” ucap Ilham perlahan.

Sponton, Lysa Lafisya memandang Ilham. Matanya membulat dan mulutnya sedikit terlopong. “Macam mana Am tahu?”

Ilham menyandarkan badannya di kerusi. “Am jumpa Dieya… I know there’s something going on between both of you… Maaf kalau Lys ingat Am masuk campur urusan peribadi Lys…. tapi.. Am curious. Am pelik bila Dieya tak datang office kita lagi. Dulu kan dia rajin lunch dengan kita. Time wedding Lys pun dia tak datang.”

Lysa Lafisya memaksa dirinya untuk mengukirkan senyuman. Kini, Ilham sudah tahu rahsia di sebalik perkahwinannya. Lysa Lafisya menguatkan dirinya untuk memandang Ilham.

“Am, can we drop the subject… Lys tak nak cakap pasal tu.”

Ilham mengangguk. “Yeah, sure… Am cuma nak Lys tahu, Am akan sentiasa percayakan Lys. Am tak percaya Lys nak kan harta Feeqi. Am tahu Lys tak suka Feeqi. Tu yang Am pelik bila Lys kahwin dengan dia. Kalau Lys needs someone, Am ada. Ingat tu!”

Lysa Lafisya terharu. Ilham percayakannya. Kenapa Nadieya tidak percayakannya seperti Ilham?

“Am, thanks…”

“Hey.. jangan ucap thanks pada Am. Am akan buat apa saja untuk orang yang Am sayang.”

Lysa Lafisya tersentak. Dia menelan air liur. Sayang?

“Err… maksud Am… sayang as a friend.” Ilham membetulkan katanya apabila melihat reaksi Lysa Lafisya.

“Kita gerak sekarang la Lys.. Wayang nak mula dah ni,” ucap Ilham.

Lysa Lafisya bangkit dari kerusinya. Begitu juga Ilham. Ilham menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Waktu itu, mata Lysa Lafisya bertembung dengan sepasang mata milik Rafeeqi. Dia menelan air liur. Ameer yang berada di hadapan Rafeeqi turut memandangnya. Lysa Lafisya berasa sedikit berdosa kerana keluar dengan lelaki lain sewaktu dia masih bergelar isteri. Lysa Lafisya terus mengalihkan pandangannya.

BETUL KE TU PAKWE LYSA?” tanya Ameer sambil memandang Rafeeqi.

Rafeeqi menjongketkan bahunya sambil mengacau airnya. “Mana aku tahu. Yelah kot… Tapi kau sendiri kata dia lesbian.”

Ameer tarik sengih. “Well, bro… Kau tak jealous ke?”

Rafeeqi berhenti mengacau airnya. ‘Jealous? Untuk apa? Biarlah Lysa dengan hidup dia. Satu hari nanti dia dan Lysa Lafisya tidak akan ada sebarang ikatan. Dia akan lepaskan Lysa Lafisya. Sudah lama dia berfikir. Dia tidak akan mendera Lysa Lafisya, menyekat Lysa Lafisya untuk merasai sedikit kebahagian walaupun gadis itu memerangkapnya. Dia bukan lelaki zalim.

Ya, dia marah! Dia marah sewaktu Lysa Lafisya memerangkapnya namun apabila sudah tinggal sebumbung dengan Lysa Lafisya, dia dapat rasakan bukan Lysa Lafisya yang memerangkapnya. Dia ingin mencari kebenaran. Lantas, dia sudah mengupah penyiasat persendirian untuk menyelidik rahsia di sebalik kes tangkap basahnya.

“Woi, bro… Yang kau termenung kenapa? Teringatkan bini lesbian kau tu ke?”

Rafeeqi memandang Ameer. “Wei, agak-agak ar… Dia tu isteri aku. Walaupun aku tak cintakan dia, aku tak suka dengar kau panggil dia lesbian.”

Ameer terlopong. “Whoa… Bro, kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Yang kau dok panggil dia lesbian tu boleh pulak.”

“Sudahla, Meer… Tak payah lah cakap pasal dia…”

MALAM ITU, Lysa Lafisya menunggu Rafeeqi pulang sambil menonton cerekarama di TV3. Lysa Lafisya ingin memberi sesuatu kepada lelaki itu. Dia nekad. Dia harus serahkan juga pada lelaki itu.

Lysa Lafisya memandang ke arah pintu apabila dia mendengar pintu gril di buka. Pasti Rafeeqi sudah pulang. Lysa Lafisya kembali memandang kaca televisyen, menanti Rafeeqi masuk ke dalam rumah.

“Assalamualaikum,” ucap Rafeeqi perlahan.

Lysa Lafisya menjawab salam dalam hati.

Rafeeqi memandang Lysa Lafisya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Dia mendekati Lysa Lafisya lalu punggungnya dihempaskan ke atas sofa.

“Dah lama balik?” soal Rafeeqi cuba memancing minat Lysa Lafisya untuk berbicara dengannya. Maklumlah, sudah beberapa hari Lysa Lafisya tidak mahu berbicara dengannya.

Lysa Lafisya tidak menjawab pertanyaan Rafeeqi. Sebaliknya dia, meletakkan sepucuk sampul surat di atas meja di hadapannya.

Rafeeqi memandang sampul surat tersebut. Dahinya sedikit berkerut. “Apa tu?”

Tanpa memandang Rafeeqi, Lysa Lafisya menjawab, “Duit sewa rumah ni termasuk api air. Aku harap RM 700 tu cukup. Kalau tak cukup, aku boleh tambah.”

Rafeeqi terkedu. “Hisy, tak payahlah bayar…”

“No! Aku tetap nak bayar. Aku tak nak terhutang budi pada kau. Kalau kau tak kisah dengan harga sewa tu, aku masuk bilik dulu.”

Lysa Lafisya sudah berkira-kira untuk bangun. Namun, soalan dari Rafeeqi menghentikan niatnya.

“Kau marah aku ke?”

Lysa Lafisya diam. Dia tidak mahu menjawab soalan itu.

“Kau nampak lain sejak akhir-akhir ini… Kenapa? Atau kau tak boleh tunggu tempoh yang aku berikan? Kau nak aku lepaskan kau sekarang?” teka Rafeeqi.

Lysa Lafisya tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba Lysa Lafisya terasa ingin menghamburkan kemarahan dan kekecewaannya sekarang. Sudah lama dia simpan dalam hati. Dia memandang Rafeeqi tajam.

“Aku tak kisah kalau kau nak panggil aku lesbian. Kawan-kawan panggil aku lesbian. Aku tak kisah. Tapi aku malu bila kau sebarkan fitnah ni pada keluarga kau. Aku malu. Perlu ke kau bagitahu Auntie Solehah yang aku ni lesbian? Aku ada maruah jugak! Kalau kau nak tuduh aku ni lesbian, kau tuduhlah. Aku dah lali. Tapi tolong jangan sebar fitnah ni pada orang lain!” Nada Lysa Lafisya sudah mula meninggi.

Rafeeqi tersentak. Dia dapat lihat badan Lysa Lafisya menggigil menahan marah. Terus kelu lidah Rafeeqi.

Lysa Lafisya menunding jari ke arah muka Rafeeqi. “Selama ni aku sabar je bila kau gelar aku lesbian. Bertahun-tahun kau dan kawan-kawan kau panggil aku lesbian. Malukan aku dekat U. Satu U ingat aku ni lesbian. Sekarang kau nak biarkan semua kaum kerabat kau tahu yang aku ni lesbian. Kenapa? Supaya mereka pandang rendah pada aku? Jijik pada aku?”

Lysa Lafisya cuba menenangkan dirinya. “Kau dengar sini Feeqi… Aku masih lagi berpegang teguh pada ajaran Islam. Aku masih berpegang pada Lima Rukun Islam dan Enam Rukun Iman. Aku tak akan sesekali jadi seperti kaum Nabi Luth yang melakukan hubungan sesama jenis. Cukuplah aku bersabar dengan kau selama ni. Aku masih ada iman. Selepas ni, jangan kau fitnah aku lagi.

“Rasulullah pernah bersabda, Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah. Hentikanlah kerja tak berfaedah kau ni. Sudah sudahlah malukan aku. Aku tak tahu kenapa kau bencikan aku. Aku tak pernah buat salah kat kau. Salah ke kalau aku sayang Dieya? Salah ke kalau aku protect Dieya? Aku anggap Dieya tu adik aku. Aku tak ada sesiapa kat dunia ni kecuali Dieya dan umi. Salah ke kalau aku caring pada dia? Kau pun tahu Dieya tu lembut, senang kena buli… Dulu, Ameer suka buli dia kan? Salah ke kalau aku nak jaga adik aku? Salah ke kalau kami berpelukan?”

Lysa Lafisya mendengus. “Kau tak akan faham perasaan anak yatim macam kami. Kau ada segalanya. Kau dapat kasih sayang yang secukupnya dari mummy dan daddy. Tapi kami? Kami terpaksa menumpang kasih umi. Kau ingat aku tak sedih ke bila kasih sayang aku pada Dieya disalahertikan oleh kawan-kawan kita masa dekat U dulu? Sudahlah Feeqi. Manusia macam kau hanya mampu menabur fitnah.”

Lysa Lafisya terus bangun dan menuju ke dalam biliknya. Dia cuba menenangkan dirinya. Lega hatinya setelah meluahkan segalanya.

Rafeeqi terpempan. Sungguh dia tidak sangka dia telah membuat fitnah. Dia rasa berdosa tambah-tambah lagi bila mengenangkan sabda Rasulullah, ‘Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah.’

Astaghfirullah Al-Azim. Rafeeqi mengucap panjang. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Selama ini, dia sudah berdosa pada Lysa Lafisya dan Nadieya. Rafeeqi bagaikan baru tersedar dari mimpi. Kini, sudah terang lagi nyata, Lysa Lafisya bukan lesbian seperti mana yang pernah digosipkan satu masa dulu.

Rafeeqi melangkah ke bilik Lysa Lafisya. Dia ingin meminta maaf. Sungguh, dia rasa berdosa. Berdosa yang amat. Tangannya teragak-agak untuk mengetuk pintu. Dia berfikir sebentar.

‘Esok sajelah aku minta maaf. Sekarang Lysa masih marah lagi. Biarlah dia tenangkan diri dulu,’ fikir Rafeeqi.

Sementara di dalam bilik, Lysa Lafisya duduk di atas katil sambil memeluk lututnya. Badannya masih mengigil. Selendang masih di atas kepala. Dia terus membenamkan wajahnya ke lutut.

‘Jangan menangis, Lysa… Jangan jatuhkan air mata kau sebab lelaki tak guna tu,’ kata Lysa dalam hati.

‘Aku tak akan menangis. Tak akan. Aku kuat.’ Makin kuat Lysa Lafisya memeluk tubuhnya. ‘Ma, Pa…. Isya dah janji tak akan nangis selepas ma dan pa tinggalkan Isya… Sampai sekarang Isya tak nangis ma, pa… Tapi sekarang Isya tak kuat… Isya lemah… Dieya benci Isya… Isya dah tak kuat lagi. Tolong Isya, ma, pa…’

Lysa Lafisya cuba menahan dirinya dari menangis. Dia tidak mahu mengalirkan air matanya. Setitis air mata yang gugur beerti dia sudah gagal dan dia lemah. Lysa Lafisya tidak mahu menjadi insan yang lemah.


18 comments:

Anonymous said...

wuu. harap-harap lepas ni semua kebenaran terbongkar. dapat bersihkan nama dua-dua belah pihak.

grr. grr. nangis je lah lysa. sian lysa. lepaskan aja sakit kat hati tu. tak yah nangis depan orang. nangis diam-diam sudah lah.

Ema Emaharuka said...

Hohoho cian Lysa..
Feeqi cepat pujuk Lysa.,
kapan yea Feeqi cmbru...

Akak mau lagik, next he:-)

umi kalsom said...

kesian :'(
feeqi, pls pujuk lysa.

Anonymous said...

padan dgn muka si rafeeqi ni.menyampahlah akak pulak dgn dia ni.tapi apa2 pun cite ni best.tabahkan hati lysa.buang jauh2 je si feeqi tu.tak apa ilham ada.

idA said...

Beratnya dugaan yg ditanggung Lysa..apa yang diluahkann itu mmg benar..Tak boleh kah mamat poyo tu,,lupakan kekasih lamanya..yg da meninggal tu..
Tak faham akak ..tapi bijak jugak mamat poyo to suruh investigate ..pasal tangkap basah..
Just nak tau..adakah dia da terjatuh cinta kat Lysa..

blinkalltheday said...

hai mamat poyo nih!!org yg da pegi xkan kmbali lagi..hrgai org yg di depan mata,wahai mamat poyo!!tp,sweet la mamat poyo nih..like2

just KD said...

mencik giler ngan ameer,huh!..

afifah said...

kesian lysa...apapun mesti hati dah tenang sikitkan sebab dah luahkan segalanya..

harap cepatlah terbongkar hal sebenar..biar hubungan feeqi dengan lysa berjalan lancar..

best kak!!

terima kasih utk n3 ni.. ^_^

YONG JIAO XIU said...

huhuhu sedihnya..
amik ko feeqi. tu dia siap kena kutbah lagi, klo tak insaf tak tau la aku. huhuhu.
hmmm boleh kot aku bersorak tuk lysa n ilham.hehehe go ilham go. chaiyok!
hmm jap lagi kita akan tahu sapa yg buat dajal kat depa 2org ni.
hmm awat aku sentiasa rasa tak cukup panjang ni...huhuhu cpt ye post next entry, hari ni 1 lagi ye. hehehe.

Anonymous said...

zuera, cpt smbg n3 x sbor nie nak tahu kesudahan.... kalu boleh dlm satu hari msk banyak2 n3...hahahaha

apa YANG ku rasa said...

kebenaran sudah diperoleh:)
next please.

Seorg wanita... said...

Huhu..Lysa berusaha x ngalirkan air mata.. tapi yg bacer ni pulak yg turut sama nak nangis.. huhu.. sian Lysa.. atleast dia luahkan apa yg dia lalui selama ini disebabkan fitnah yg Rafeeqi buat.. tuduhan tanpa bukti.. Semoga Rafeeqi insaf dan berubah dan juga dapat bukti siapa yg perangkap dia & Lysa..

Rohaida Rahman said...

adusssss mcm2 hal dah ni :-( ...
Rafeeqi, u got to do sumting ASAP!!
if he can pujuk Lysa & they berbaik & accept each other flaws, sure semua akan settle i.e. Ilham akan jarakkan diri, Ameer will shut his b@#$%* mouth & Dieya akan berbaik balik...
c'mon Rafeeqi, chaiyok chaiyok hihi..

cik n.haliban said...

cian lysa....huhuhu

x nak mereka baik terus...

biar feeqi tu menyesal sangat2 dulu... biar insyirah sudah tak jadi persoalan lagi.,.

oh yeah~ chaiyok!!!

norli said...

Best citer ni..keep up the gudwork..
hari2 akak ternanti2 smbgn.....
semoga idea awak mencurah2...sentiasa...ameen..

Anonymous said...

Fuhhh setia sungguh bulat ni kan

Yang sudah tu sudah la bulat.Cubalah awak hargai Lysa sebagai isteri.Jangan menyesal di kemudian hari.

diahperi said...

sapa2 pun sedih bila suami sendiri menabur fitnah mengatakan isterinya seorg lesbian..seorg suami sepatutnya membela nasib si isteri ni dah terbalik..kesian lysa...bila kenyataan dah terbongkar apakah waktu tu baru feeqi nk menyesal..sy rasa yg memerangkap diorg adalah kerja Ameer..sabar lysa ada hikmah diseblik apa yg berlaku...

Anonymous said...

Next n3 please,,..!!!
Udah 3 hari ternanti-nanti smbngan citer ni