Wednesday, May 25, 2011

Musuhku, Suamiku 11

Sejak pulang makan tengahari bersama Ilham, Lysa Lafisya leka membuat kerjanya. Jam sudah menunjukkan angka lima petang. Lysa Lafisya masih ditempatnya. Nak balik awal pun untuk apa. Bukan ada sesiapa menantinya. Lebih baik dia siapkan kerjanya.

Telefon bimbit Lysa Lafisya berdering. Tumpuan Lysa Lafisya terganggu. Dia mencapai telefon bimbitnya. Dahinya sedikit berkerut apabila melihat nama yang tentera di skrin telefonnya. Bulat. Siapa lagi kalau bukan Rafeeqi. Sejak mengetahui nama timangan lelaki itu, Lysa Lafisya terus menukar nama Rafeeqi kepada Bulat di telefon bimbitnya. ‘Kenapa pula dia menelefon aku?’ fikir Lysa Lafisya.

Dia terus menjawab panggilan tersebut. Salam diberikan.

“Lysa, kau balik lambat ke hari ni?” soal Rafeeqi.

“Hmm… Kenapa?”

“Auntie Solehah dengan suami dia nak datang rumah… Boleh tak kau masak? Auntie Solehah nak rasa masakan kau… Kalau kau banyak kerja, tak apalah.. Aku boleh bawak mereka makan kat luar.”

Lysa Lafisya menjeling jam di pergelangan tangan. “Hmm, tak apa. Aku balik sekarang. Bila Auntie Solehah sampai?”

“Auntie Solehah kata pukul 6 dia bertolak. Melaka dengan sini around 2 hours. Pukul 8 sampailah tu. Tak menyusahkan kau ke?”

“Hari tu kau dah tolong aku… Sekarang aku tolong kau pulak.”

“Hmm… Thanks. Err, satu lagi…”

“Apa dia?”

“Auntie Solehah nak bermalam kat rumah kita.”

“Hah?”

“Kenapa kau terperanjat ni. Relax la.”

“Auntie Solehah nak bermalam dekat rumah kita? Then, kita macam mana? Takkan nak biarkan Auntie Solehah tahu yang kita tidur bilik asing?”

Argh, sudah! Kisah aku sudah sama dengan kisah dalam novel yang Nadieya selalu cerita. Tak sangka, kini aku berdepan dengan situasi macam ni, desis Lysa Lafisya.

Rafeeqi gelak kecil. “Jangan risau. Dengan Auntie Solehah, kita tak perlu berlakon. Buat macam biasa je. Don’t worry.”

Berkerut seribu dahi Lysa Lafisya. Tak perlu berlakon? Pelik sungguh!

“Kau nak aku tolong kau masak tak?”

“Tak payahlah. Hmm, okeylah Feeqi.. Aku nak pergi Tesco. Nak beli ikan. Kita jumpa kat rumah. Assalamualaikum.”

LYSA LAFISYA menyalami tangan Auntie Solehah sambil pipi wanita itu dicium lembut. “Auntie sihat?”

“Alhamdulillah, sihat. Ni, suami auntie… Pangil je Uncle Shah. Masa majlis kamu hari tu, dia tak dapat datang.”

Lysa Lafisya menghadiahkan senyuman buat suami Auntie Solehah. Tangan lelaki itu disalam.

“Bulat mana?”

Lysa Lafisya tersenyum apabila Uncle Shah memanggil Rafeeqi, Bulat. “Dia mandi. Uncle dengan auntie duduklah dulu. Mesti penat kan.”

Auntie Solehah dan Uncle Shah duduk di sofa sementara Lysa Lafisya menuju ke dapur untuk menyediakan minuman. Kemudian, dia membawa minuman yang dibancuhnya ke depan. Saat itu, Rafeeqi sudah pun berada bersama Auntie Solehah dan Uncle Shah.

“Jemput minum, uncle, auntie…Feeqi,” ucap Lysa Lafisya teragak-agak.

“Terima kasih Lysa… Hmm, malam ni, auntie tidur sini. Lysa tak kisah ke?”

“Tak adalah auntie… Tidur jelah. Rumah ni pun ada bilik lebih,” balas Lysa. “Hmm, boraklah dulu dengan Feeqi. Lysa nak hidangkan makanan sekejap.”

Auntie Solehah bangun dari duduknya. “Biar auntie tolong.”

“Eh, tak apalah. Auntie mesti penat.”

“Hisy, mana ada penat. Bukan auntie yang drive. Uncle kamu yang drive.”

Lysa Lafisya tidak mampu berkata apa bila Auntie Solehah sudah pun menuju ke dapur, mendahului dirinya.

“La… Lysa ke yang masak ikan ni?” soal Auntie Solehah apabila melihat Ikan Siakap Goreng Cili.

“Hmm… Kenapa auntie? Auntie memang suka ikan ni ke?”

“Ni favourite si Bulat. Dia selalu suruh auntie masak setiap kali pergi Melaka.”

Lysa Lafisya hanya senyum kecil. Tangannya lincah menghidang makanan di atas meja. Setelah semuanya siap, Lysa Lafisya ingin ke depan untuk memanggil Rafeeqi dan Uncle Shah, namun Auntie Solehah menarik tangannya.

“Duduklah sini dulu.”

Lysa Lafisya menurut kata. Dia duduk di sebelah Auntie Solehah. Auntie Solehah memegang jari jemari Lysa Lafisya.

“Kamu berdua… belum ada perkembangan? Masih tidur bilik asing-asing?” soal Auntie Solehah.

Lysa Lafisya tersentak. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

“Maaflah kalau Lysa ingat Auntie masuk campur urusan rumah tangga Lysa dengan Bulat. Tapi, auntie faham Bulat. Maafkanlah dia. Dia belum dapat terima orang lain. Hatinya masih dengan kekasih lamanya. Walaupun sudah empat tahun arwah tinggalkan Bulat, tapi Bulat masih tak dapat lupakan arwah. Kamu banyakkan bersabar ye Lysa.”

Lysa Lafisya terkedu. Dia hanya mampu mengangguk. Dia tidak mampu mencerna apa yang cuba Auntie Solehah sampaikan.

“Malam nanti, auntie sambung lagi. Kamu pergilah panggil mereka. Kita makan sama-sama.”

NAK AKU TOLONG?” soal Rafeeqi sewaktu Lysa Lafisya sedang membasuh pinggan setelah selesai makan malam.

Lysa Lafisya menoleh ke belakang sekilas. “Tak apalah. Lagi sikit je ni. Kau pergilah depan.”

“Hmm…”

Rafeeqi terus ke depan, duduk bersama Auntie Solehah dan Uncle Shah. Dia tersenyum nipis. “Business okey, uncle?” soal Rafeeqi sambil duduk di sofa.

“Macam biasalah, Bulat…”

Rafeeqi tarik muka. “Uncle dengan Auntie ni kan… tak habis-habis panggil Feeqi, Bulat… Depan Lysa pun panggil Bulat. Malulah Feeqi,” rungut Rafeeqi.

Uncle Shah dan Auntie Aina tergelak. “Dah memang uncle panggil kau Bulat sejak kecil. Dulu time kau kecik, uncle selalu datang lawat kau, tahu tak.”

Rafeeqi menggaru kepala. “Tahu. Dulu uncle study kat UiTM Shah Alam dengan Auntie. Tiap-tiap minggu uncle dengan auntie datang lawat Feeqi. Waktu tu uncle dengan auntie belum kahwin lagi…. Feeqi dah hafallah cerita uncle tu… Bertahun-tahun Feeqi dengar cerita yang sama. Dah boleh hafal.”

Auntie Solehah dan Uncle Shah gelak lagi. “Eh, Bulat.. pandai si Lysa tu masak… Senang kau yer… Tak payah makan kat luar,” usik Auntie Solehah.

Rafeeqi hanya senyum nipis. Lysa Lafisya muncul dari dapur bersama buah mangga yang dibawa oleh Auntie Solehah dari Melaka. Mangga Delight, kata Auntie Solehah. Lysa Lafisya mempamerkan senyuman manis.

“Sedap mangga ni auntie. Manis,” ucap Lysa Lafisya.

Piring yang berisi mangga itu diletak di atas meja kopi. Rafeeqi terus mencapai sepotong.

“Hmm, sebenarnya auntie datang ni ada hajat.”

“Hajat apa tu auntie… Bunyi macam serius je. Syafiqa nak kahwin ke?” seloroh Rafeeqi.

“Tak adalah serius mana. Si Syafiqa tu baru 20 tahun. Calon pun belum ada. Nak kahwin apanya. Ni, auntie nak menjemput… 5 March ni, auntie buat kenduri. Datanglah. Boleh berkumpul ramai-ramai. Mak Long kamu dari Sarawak pun balik. Jangan tak datang pulak.”

Rafeeqi mengangguk kecil. “Lagi dua minggu kan? InsyaAllah…”

“Lysa pun datanglah sekali,” ajak Uncle Shah.

Lysa Lafisya mengangguk perlahan.

“Auntie dah ajak mummy?”

“Belum.. esok auntie pergi rumah mummy kamu tu.”

“Auntie ni… rajin sangat… Nak jemput pun sampai datang sini. Telefon jelah,” kata Rafeeqi.

“Itulah… Auntie kamu ni nak berjalan. Dah bosan duduk rumah. Si Syafiqa tu study kat UM. Adila dengan Fadzil pulak kat asrama.”

Rafeeqi tergelak kecil. “Patutlah asyik suruh Feeqi balik Melaka. Feeqi ni banyak kerja. Mana boleh selalu balik Melaka.”

“Bulat tu memanjang aje busy. Menyampah betul,” rajuk Auntie Solehah.

“La… merajuk pulak!”

Uncle Shah dan Rafeeqi ketawa melihat reaksi Auntie Solehah. Lysa Lafisya hanya memerhati sambil tersenyum nipis. Dia dapat rasa Rafeeqi tentu rapat dengan Auntie Solehah. Kalau tidak, takkan Rafeeqi tidak kisah Auntie Solehah tahu pasal rahsia perkahwinan mereka.

MALAM ITU, selepas solat Isyak, Auntie Solehah masuk ke bilik Lysa Lafisya. Mereka duduk di birai katil berhadapan dengan tingkap yang bercermin gelap.

“Kita sambung balik perbualan kita di dapur tadi ya?”

Lysa Lafisya hanya mengangguk walaupun dia tidak tahu tujuan wanita itu menceritakan perihal Rafeeqi.

“Bulat tu rapat dengan Auntie. Dia banyak share problem dia dengan auntie berbanding dengan mummy dia. Sebab tu Auntie banyak tahu pasal dia. Beberapa minggu yang lepas, dia ada datang rumah Auntie. Dia ceritakan masalah dia pada Auntie. Auntie tahu dia tertekan masa tu. Masa tu, baru auntie tahu kamu berdua tidur bilik asing-asing.”

Lysa Lafisya sedia mendengar. Dia hanya memandang Auntie Solehah yang lebih selesa memandang ke luar tingkap.

“Auntie tahu kamu berdua kahwin sebab kena tangkap khalwat. Mula-mula Bulat tak nak beritahu tapi akhirnya dia bagitahu jugak. Lagipun auntie tahu dia tak ada girlfriend. Dia tak ada perasaan cinta pada sesiapa selepas arwah pergi. Tup, tup.. Auntie dengar dia dah kahwin. Itu yang Auntie pelik. Tapi bila tengok Lysa tempoh hari, Auntie rasa lega.”

“Kenapa Auntie?”

Auntie Solehah tersenyum nipis. “Entah… Auntie suka tengok Lysa. Auntie yakin Lysa dapat buatkan Bulat lupakan arwah. Dah empat tahun Lysa… Auntie risau. Auntie risau dia tak kahwin-kahwin sampai ke tua. Dia sendiri cakap yang dia tak akan berkahwin. Dia tak nak khianati cinta dia pada arwah. Bulat terlalu sayangkan arwah. Lysa kenal arwah?”

Lysa Lafisya mengigit bibir. “Arwah tu Insyirah ke auntie?” tekanya.

Auntie Solehah mengangguk.

“Kenal. Tapi kenal macam tu jelah. Dia adik Ameer. Dulu Ameer satu U dengan Lysa. Tapi Insyirah U lain. Kalau pasal gossip percintaan Feeqi dan Insyirah, Lysa selalu juga dengar.”

Auntie Solehah senyum kecil. “Lepas arwah meninggal, Rafeeqi macam mayat hidup. Dia tangguh satu semester. Lysa tahu pasal tu?”

Lysa Lafisya angguk lagi. Semua tu dia tahu dari Nadieya dan teman-temannya. Biasalah. Kisah begini senang tersebar. Waktu itu, Lysa Lafisya turut bersimpati.

“Bulat duduk dengan auntie waktu tu. Auntie yang beri sokongan pada dia. Daddy dan mummy Bulat pun tak tahu nak buat macam mana. Kesian auntie tengok mereka. Sebab tu, auntie tawarkan diri untuk jaga Bulat. Lama juga Bulat nak pulih. Setengah tahun juga. Auntie tahu Bulat terlalu cintakan arwah. Lagi-lagi dia rasa bersalah sebab dia yang menjadi punca kematian arwah. Dia asyik salahkan diri.”

Auntie Solehah menghela nafas. Dia memandang Lysa Lafisya. “Apa perasaan Lysa pada Bulat?”

Soalan dari Auntie Solehah membuatkan jantung Lysa Lafisya berdegup tidak menentu. Dia tiba-tiba sukar untuk bernafas

“Tak apa, Auntie faham… Kalau Lysa tak nak jawab tak apa. Tapi auntie amat berharap kamu tak akan berpisah. Cuba Lysa kenal Bulat dengan lebih rapat. Pasti Lysa akan jatuh cinta pada dia. Walaupun dia tu macam kasar dan kejam, tapi dia baik.”

“Auntie… Lysa… Lysa tak boleh—”

Auntie Solehah meletakannya jarinya ke mulut Lysa Lafisya. “Jangan cakap macam tu. Kamu cuba dulu. Auntie nak tengok Bulat happy. Selama ni, walaupun kita nampak dia happy, dalam hati dia, siapa tahu. Dia masih bersedih. Malah, sewaktu dia dipaksa berkahwin dengan Lysa, hatinya berperang hebat. Dia tak mahu lepaskan hartanya saat itu. Oleh itu, dia bersetuju kahwin dengan Lysa. Kemudian, dia tersedar. Dia telah mengkhianati janjinya pada arwah. Sebab tu Bulat putuskan untuk melepaskan Lysa.”

Auntie Solehah menghela nafas berat. “Dia terikat dengan janjinya pada arwah. Sebab tu dia cuba sekat perasaannya pada perempuan lain. Tapi auntie tak nak Bulat terikat dengan arwah. Arwah dah tak ada. Auntie nak Bulat gembira. Lysa…” Auntie Solehah mengenggam tangan Lysa Lafisya.

“Lysa… Auntie harap Lysa boleh buat Bulat happy. Auntie yakin Lysa mampu buat Bulat lupakan arwah. Auntie berharap Lysa. Cubalah Lysa kenal Bulat.”

Lysa Lafisya terkedu. Dia menelan air liur berkali-kali. Terlalu besar permintaan Auntie Solehah. Dia terasa terbeban.

“Maafkan dia jika dia kata Lysa, lesbian. Dia belum sedar lagi tu. Walaupun Auntie baru kenal Lysa, auntie tak percaya bila Bulat kata Lysa lesbian. Lysa bukan lesbian kan?”

Lysa Lafisya tergamam. Sampai hati Rafeeqi memberitahu Auntie Solehah yang dia lesbian. Sampai hati Rafeeqi memalukannya, menjatuhkan maruahnya. Lysa Lafisya berkecil hati.

Perlahan-lahan Lysa Lafisya menggeleng. Dia perlu mempertahankan dirinya. Dia bukan lesbian. “Lysa masih berpegang dengan ajaran agama Islam, auntie. Lysa bukan lesbian. Lysa sedar ramai yang menganggap Lysa lesbian. Lysa dah biasa auntie. Yang penting, Lysa tahu Lysa bukan lesbian. Lysa tak sanggup dilakhnat Allah, Auntie. Lysa sayangkan Dieya sebab hanya Dieya yang Lysa ada selain umi Lysa. Lysa anak yatim, auntie. Lysa sebatang kara. Dieya dan umi saja yang rapat dengan Lysa. Lysa sayangkan mereka.”

Auntie Solehah menarik Lysa Lafisya dalam pelukannya. Dia sebak mendengar cerita Lysa Lafisya. Pasti Lysa Lafisya berkecil hati dengan soalannya.

“Maafkan Auntie, Lysa… Auntie tak berniat. Maafkan Auntie.”


13 comments:

Anonymous said...

salam,wahhh,tq banyak2 sbb post citer ni dgn cepat! nk lg!! ble la sibulat ni nk fall in love dgn lysa

I atieQah Nur I said...

bestnya..x sabaq nak baca 12 punya..hehe.tq for the very intresting story..keke

Anonymous said...

Bezzz lorh....
tpi cm pndek jep..
bile dorg nk jtuh cinte ni??

nur said...

nak lagi,,,,

Anonymous said...

best2...
nak lagi...
mesti best ada aunt yg camtu...
nak lagi...
hehehe...

umi kalsom said...

bulat... comel :)
nasib baik ada aunty solehah yg nak nasihatkan lysa.. hope lysa dapat ambil hati feeqi lepas ni :)

n thanks for the n3. :)

Ema Emaharuka said...

Alalala cian Lysa.

nobody said...

tak sabar nak baca episod-episod seterusnya

intan abd wahab said...

trimakaseh krn sudi mncoretkn cerita ini...teruskan...
bulat???jngn xcaye mmg ada...adik akak smpai skrg dipggil bulat wlwpn umurnya dh 36thn...

idA said...

rasanya perasaan sayang da nak mula bersemi pd pasangan ini..Harap harap mamat poyo tu bole lupakan arwah..cinta pertamanya..

Seorg wanita... said...

Best.. but touching sikit... both ada citer sedih... Lysa anak yatim piatu... Feeqi kehilangan Insyirah yg dia sayang... bestnyer ada makcik macam Makcik Solehah..yg begitu memahami dan dapat bagi nasihat kat both... suker.. nanti slowly both akan berubah.. comel jer dok panggil Bulat... :-)
thanks Zuera!

Rohaida Rahman said...

alahai sedih lak bab ni, & dpt tau kisah silam Rafeeqi buat kita jatuh kasihan lak pada dia...
tq Auntie Solehah, best betul ada seseorg yg sporting & understanding like her...
now, Lysa have to make a move, for better or worse.....

cik aoi bulat said...

hahah.bulat.nama saya pon bulat jgk.kawan2 sume pggil bulat.XD