Tuesday, May 24, 2011

Musuhku, Suamiku 10

Seminggu sudah berlalu. Hubungan Lysa Lafisya dan Rafeeqi masih seperti dulu. Tiada perubahan. Cuma mereka sudah tidak berperang mulut lagi. Mereka juga sudah jarang berjumpa. Kadang-kadang mereka tidak berjumpa langsung. Terasa sunyi saja rumah itu seminggu ini.

Lysa Lafisya melayari internet di dalam biliknya sementara Rafeeqi menonton Transporter 3 di ruang tamu. Masing-masing buat hal sendiri. Hujan turun dengan lebat di luar. Sudah seminggu hujan turun tak henti-henti.

Tiba-tiba perut Rafeeqi berbunyi. Dia memegang perutnya. Perutnya belum diisi lagi. Mana tidak berbunyi. Rafeeqi menjeling meja makan. Hampa hatinya apabila melihat meja itu kosong saja.

Dia bangun dari duduk, menuju ke dapur. Ingin mencari makanan. Peti ais dibuka. Sebiji kek coklat menarik perhatiannya. Terliur dia apabila melihat kek tersebut. Dia memang gemarkan kek coklat.

“Mesti Lysa yang beli… Boleh ke aku makan?” Rafeeqi berfikir-fikir sebentar. “Makan jelah… kalau dia marah, aku belikan yang baru. Aku dah lapar ni.”

Terus Rafeeqi keluarkan kek itu dari peti ais. Kemudian, dia memotong sebahagian kek itu dan diletakkan di atas piring. Dia kembali semula ke ruang tamu dan mula menjamah kek coklat yang baru dipotongnya.

“Hmm… Sedap… Mana Lysa beli, ya?” Rafeeqi terus menjamah kek tersebut. Tak cukup dengan sepotong, dia memotong lagi kek itu.

Lysa Lafisya meluruskan tangannya. Hidungnya diurut perlahan. Tekaknya terasa kering. Dia bangun dan menuju ke dapur selepas menyarungkan tudung di kepala. Dia masih berpegang dengan prinsipnya. Rambutnya tidak harus ditayangkan pada Rafeeqi walaupun halal.

Peti ais dibuka. Matanya terbeliak apabila melihat kek coklat yang dibuatnya tinggal separuh. Dia terus memandang Rafeeqi yang sedang duduk di ruang tamu. Peti ais ditutup. Terlupa terus dia tujuan asalnya ke dapur. Dia mendekati Rafeeqi yang membelakanginya itu. Membulat matanya melihat Rafeeqi sedang menjamah kek untuk Puan Izzati itu.

“Feeqi!” panggil Lysa Lafisya sedikit terjerit.

Rafeeqi yang sedang menikmati keenakan kek coklat itu, terkejut. Hampir tercekik dia. Rafeeqi berpaling ke belakang. Lysa Lafisya sudah pun bercekak pinggang.

“Kenapa kau makan kek aku?”

Rafeeqi sengih. “Ah… Sorrylah… Aku lapar… Tak apa… Esok aku beli balik.” Rafeeqi memandang kaca tv semula.

Lysa Lafisya mengumam. Dia bergerak ke depan. Kini Rafeeqi sudah berada di depannya. “Tepilah… Aku nak tengok tv… Bukan tengok kau.”

“Kek tu tak boleh dibeli. Aku yang buat… Aku buat untuk umi. Esok birthday umi. Kenapa kau makan? Penat aku buat,” adu Lysa Lafisya.

Rafeeqi tergamam. “Kau yang buat? Kau buat sendiri kek ni?”

“Yelah… Hisy, sudahlah… Baik aku buat balik kek tu. Kalau lapar, cakaplah. Boleh aku masak. Ini tak… diam jer…,” bebel Lysa Lafisya sambil menuju ke dapur semula.

Dia mula mengeluarkan bahan untuk buat kek. Mujur ada butter satu buku lagi. Gula disukat.

Rafeeqi menelan air liurnya sebelum ke dapur. Dia melihat Lysa Lafisya sedang menyediakan bahan-bahan untuk buat kek. Rafeeqi terus duduk di kerusi menghadap Lysa Lafisya.

“Sorry… aku tak tahu kau yang buat. Aku tak tahu kek ni untuk umi. Kau nak aku tolong ke?”

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi sekilas. “Tak payah. Aku boleh buat sendiri. Kau pergilah depan.”

Rafeeqi menggeleng. “Aku nak tengok kau buat kek ni. Sedap kek kau. Aku makan lagi boleh?” soal Rafeeqi sambil tersengih.

“Makan le.. tapi tinggalkan aku sikit.”

“Wokey bos…”

Rafeeqi terus menuju ke peti ais. Kek coklat dipotong lagi. Kemudian dia duduk semula di tempat tadi. “Esok birthday umi?”

“Hmm…”

Rafeeqi mengangguk kecil. Lysa Lafisya lincah membuat kerjanya. Rafeeqi hanya memerhati.

“Kenapa?”

Rafeeqi menjungkitkan keningnya. “Kenapa apanya?”

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi. “Err… tak.. kenapa kau tanya? Kau…err… kau..” Lysa Lafisya mengeluh. Dia menyambung kembali kerjanya. “Tak ada apa-apalah.”

Rafeeqi mengerutkan dahinya. “Apa yang kau nak cakap sebenarnya?” soal Rafeeqi sambil merenung Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya menghela nafas. Ditatap wajah Rafeeqi. Sukar untuk dirinya mengucapkan apa yang bermain di minda. Dia takut Rafeeqi tidak suka.

Rafeeqi dapat mengesan sesuatu. Ada sesuatu yang Lysa Lafisya ingin ucapkan. Matanya terus merenung wajah Lysa Lafisya yang sedang gelisah itu. “Lysa.. Kau nak cakap apa?” soal Rafeeqi lembut berharap Lysa Lafisya akan melontarkan apa yang berada di fikirannya.

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi. “Hmm… It’s just.. Esok birthday umi… I mean, Could it by any chance kau sambut birthday umi?” Lysa Lafisya memerhatikan reaksi Rafeeqi. “Err… kalau kau busy, tak apa… It’s just…hmm… umi selalu tanya pasal kau. But, it’s okay.. Aku faham.”

Rafeeqi mengunyah perlahan. “Pukul berapa?” soal Rafeeqi datar.

Rafeeqi sedar, sejak dia bernikah dengan Lysa Lafisya, dia tidak pernah melawat Puan Izzati. Pasti wanita itu tertanya-tanya dan pasti Lysa Lafisya terpaksa mencipta seribu satu alasan. Dia faham situasi yang dialami Lysa Lafisya. Kadang-kadang dia juga tertekan apabila daddy dan mummy-nya asyik bertanyakan Lysa Lafisya.

“3 petang,” jawab Lysa Lafisya.

“Kat Teratak Nur Qaseh?”

Lysa Lafisya mengangguk. Dia seolah-olah sedang bermimpi. Sungguh, tak pernah terlintas di fikirannya Rafeeqi sanggup meraikan birthday uminya. Lysa Lafisya terharu.

Rafeeqi senyum nipis. “Esok kita pergi sama-samalah.” Dia terus meletakkan piring ke dalam singki sebelum masuk ke dalam bilik.

Perlahan-lahan Lysa Lafisya mengukirkan senyuman. Dapat dia bayangkan, Puan Izzati pasti gembira esok. Terlalu kerap wanita itu bertanyakan tentang Rafeeqi sehingga Lysa Lafisya tidak tahu alasan apa yang perlu diberikan. Lysa Lafisya terus menyambung kerjanya.

KEESOKAN HARINYA, Rafeeqi dan Lysa Lafisya sama-sama menuju ke Teratak Nur Qaseh dengan menaiki kereta Rafeeqi. Lysa Lafisya memandang Rafeeqi. Dia mahu mengucapkan terima kasih namun lidahnya kelu.

“Kenapa kau asyik pandang aku? Ada yang tak kena ke?” soal Rafeeqi pelik. Dia perasan dari tadi Lysa Lafisya memandangnya.

Lysa Lafisya tergamam. “Err… tak… aku.. Hmm, thanks,” ucap Lysa Lafisya dalam kekalutan.

Rafeeqi memandang Lysa Lafisya sekilas. Dahinya berkerut sedikit. “For what?”

“Sebab sudi sambut birthday umi.”

Rafeeqi terdiam sebentar. “Small matter je. Hari ni aku tolong kau… Esok lusa kau tolong aku.”

Lysa Lafisya menganguk perlahan, mengiakan kata-kata Rafeeqi di dalam hati. Kemudian, mereka hanya sepi. Tiada bicara dari mereka berdua.

20 minit kemudian, mereka tiba di Teratak Nur Qaseh. Rafeeqi dan Lysa Lafisya keluar dari kereta. Tangan kiri Lysa Lafisya memegang kotak kek yang dibuatnya semalam. Rafeeqi menghampiri Lysa Lafisya. Dia mempamerkan senyuman manis buat gadis itu.

“So, kita kena start berlakon kan?” soal Rafeeqi sambil menggenggam lembut jemari Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya tersentak. Dapat dia rasakan seperti arus elektrik mengalir ke badannya. Namun, Lysa Lafisya cuba mengawal dirinya. Ini hanya lakonan, Lysa Lafisya mengingatkan dirinya. Dia memaksa dirinya mengukirkan senyuman.

Mereka kemudian melangkah ke Teratak Nur Qaseh. Yana dan Laila yang sedang melukis di luar rumah terus menjerit kegembiraan apabila melihat Lysa Lafisya.

“Yeah, yeah… Kak Lysa datang…,” ucap Yana.

“Kak Lysa… siapa sebelah akak tu?” soal Laila sambil memandang Rafeeqi.

Rafeeqi senyum. Dia mendekati budak kecil itu. “Abang suami kak Lysa. Adik siapa nama?”

Laila senyum lebar. “Laila.” Laila terus menyalami tangan Rafeeqi dan Lysa Lafisya. Yana mengikuti dari belakang.

“Umi mana?” tanya Lysa Lafisya.

“Umi kat dalam. Akak bawak apa tu?” Yana bertanya.

Lysa Lafisya tersenyum nipis. “Ni kek untuk umi… Kita sambut birthday umi sama-sama yer.”

Yana dan Laila sudah tersenyum gembira. Mereka terus mengikuti Lysa Lafisya dan Rafeeqi yang sudah masuk ke dalam rumah.

“Assalamualaikum, umi,” ujar Lysa Lafisya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Puan Izzati memandang Lysa Lafisya. Senang hatinya apabila melihat Rafeeqi turut hadir. Tersenyum Puan Izzati.

“Selamat ulang tahun, umi. Lysa doakan umi panjang umur dan dimurahkan rezeki. Lysa sayang umi.” Lysa Lafisya terus memeluk Puan Izzati.

Rafeeqi menyalami tangan Puan Izzati. “Selamat ulang tahun, umi… Umi sihat?”

Puan Izzati tersenyum gembira. Hampir minitis air matanya melihat Lysa Lafisya dan Rafeeqi. “Umi sihat. Kamu berdua dari mana ni?”

“Rumah… Umi, Lysa ada buatkan kek untuk umi. Jom kita makan sama-sama.”

“Terima kasih Lysa… Susah-susah je… Kamu potonglah.. Bagi adik-adik kamu makan. Umi dah makan kek tadi. Nadieya yang buat. Tekak umi ni dah tak boleh terima kek lagi. Manis. Biasalah dah tua,” ucap Puan Izzati tanpa sedar dia sudah mengguriskan hati Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya cuba mengawal riak wajahnya. Dia tidak mahu mempamerkan rasa kecewanya. “Hmm, baiklah umi.. Nanti Lysa simpankan sikit untuk umi.”

Lysa Lafisya terus bergerak ke depan dan memanggil adik-adiknya untuk menjamah kek yang dibuatnya. Rafeeqi mengikut isterinya. Dipandang wajah Lysa Lafisya. Dia tahu isterinya pasti kecewa.

Setelah melayan adik-adiknya, Lysa Lafisya duduk di kolam ikan. Matanya memandang ikan koi yang berada di dalam kolam. Kolam buatan manusia ini sumbangan dari Puan Sri Maziah. Lysa Lafisya memang gemarkan tempat ini. Cantik.

Lysa Lafisya cuba memujuk rasa kecewanya. Dia tahu uminya tidak berniat. Tapi… dia buat kek itu untuk umi. Dia tahu umi gemarkan kek coklatnya tetapi umi tidak mahu merasa walau sedikit pun keknya.

“Boleh aku duduk kat sini?” soal Rafeeqi.

Lysa Lafisya tersedar dari lamunan. Dia mendongak, memandang Rafeeqi. Senyuman nipis dihadiahkan buat Rafeeqi. “Hmm…”

Rafeeqi terus melabuhkan punggungnya di sebelah Lysa Lafisya. “Hmm… Kau sedih?”

Lysa Lafisya menggeleng perlahan. “Kenapa pulak aku nak sedih…”

Rafeeqi senyum kecil. “Aku tahu… Takpelah Lysa… Kalau umi tak nak makan kek kau, aku ada. Aku suka kek kau. Umi tak ada niat tu. Biasalah… Dia dah tua. Mana boleh makan manis-manis.”

Lysa Lafisya mengukirkan senyuman. “Jomlah masuk. Berbual dengan umi. Dia dah lama nak jumpa kau.”

PINTU BILIK Lysa Lafisya diketuk dari luar. Dia yang sedang tekun memeriksa fail projek mengangkat wajahnya sedikit untuk melihat siapa yang berada di luar. Arahan masuk diberikan bersama senyuman nipis.

Ilham masuk ke dalam bilik lalu duduk di hadapan Lysa Lafisya. Lysa Lafisya memandang Ilham. Sudah lama lelaki ini tidak berjumpa dengannya. Nama saja satu pejabat. Lysa Lafisya dapat merasakan Ilham sengaja ingin melarikan diri darinya. Sejak Ilham tahu Lysa Lafisya sudah mendirikan rumah tangga, Ilham tidak lagi lunch dengannya.

“Busy ke?” Soalan pertama dari Ilham.

“Kinda… So, what’s up? Lama tak nampak,” usik Lysa Lafisya.

Ilham tarik sengih. “Hmm, temankan Am lunch boleh?”

Lysa Lafisya melirik ke arah jam. “Hmm, okey jugak. Kat mana? Tempat biasa?”

“Mana lagi kalau bukan situ. Jom.”

Mereka sama-sama menuju ke Restoran Ombak yang berdekatan dengan pejabat.

“So, how’s your life?” soal Ilham setelah selesai menjamah makanannya.

Lysa Lafisya senyum nipis. “Okey… Macam biasa. Am?”

“Am okey… Hmm, Lys… Sabtu petang ni Lysa free tak?”

Lysa Lafisya berfikir sebentar. “Free rasanya. Kalau Lys tak ada benda nak buat, biasanya Lys pergi rumah umi. Kenapa?”

“Jom tengok wayang dengan Am. Dah lama kita tak keluar sama-sama.”

Lysa Lafisya mengetap bibir. Keluar dengan Ilham? Tapi sekarang dia isteri Rafeeqi. Berdosakah jika dia keluar dengan Ilham? Argh, sudah tentu.

“Err, Am faham… Lys dah jadi isteri orang tapi… kita keluar sebagai kawan tak salah kan?”

“Hmm… cerita apa?”

Ilham sudah senyum nipis. “The Green Hornet. Action movie. I bet you’ll like it. Lys kan suka cerita macam ni. Kita tengok 3D yer.”

“Am belanja?”

Ilham angguk.

“Okey.”


12 comments:

umi kalsom said...

rasa kecewa pulak lysa keluar dengan ilham.

Rohaida Rahman said...

hehehehe mesti lawak muka Rafeeqi masa kena jerkah dgn Lysa masa tgh makan cake...
and and and Rafeeqi tetiba ada perubahan baik ni, boleh terus menerus jd baik tak? baik perangai & baik dgn Lysa jgk, ok kan....
one more thing, to Ilham: please la yea, tepi sikit, jgn kacau isteri org, tak baik tau....

cactaceous opuntia said...

oh man...pliz jgn kluar ngn ilham..ala..kalau da cerai btol len la lysa..tanak2...tanak la kluar ngn ilham...

nursya said...

am nie...
xkn nk msk jarum kot...
lysa jgn lupa bgtau rafeeqi...
kang ader lak yg slh paham kang...

Anonymous said...

yeay... drg dh ader tande nk baek2.. tp npe tetine ilham tu ajk lysa kuar lak.. msti feeqi jeles nnti...hehehhe

Anonymous said...

best la cite ni teruskan usaha k

just KD said...

best wlaupon slow je mood diorang tuh..

I atieQah Nur I said...

comei ja budak2 ni..hehhe

ipkudcci said...

maaf la ye sy ni tk tau nk kasi komen yg membina,yg sy tau suke dn x suke je....
I LIKE..
hahahahaha......

Seorg wanita... said...

Mcm understandinglah pulak Rafeeqi lately.. may b sbb makan kek coklat sedap yg Lysa buat without permission.. :-)

Eemm..perlu ke Lysa kuar gan Ilham g tgk wayang??? even as friend.. kalau g Teratak Nur Kaseh, atleast Ummi bolehlah tegur2 Lysa sbb masih kuar dgn Ilham walaupun dah jadi isteri org... Kalau Rafeeqi tau, camner??

dreamygirl said...

kalo rafeeqi tau,harap2 dia jealous..he2..-p

YONG JIAO XIU said...

keluar..keluar gak, tp igt gtau husband tu dulu tau. hehehe i still sokong ilham. sorry...but i always choose second hero lah. asyik je kena tindas gan 1hero.