Monday, April 25, 2011

My-Bloody-Hell-Senior! 2

Alamak! Aku dah lambat ni. Dah pukul 9.30 pagi. Latihan start pukul 9. Haisy… Terbangun lambat pulak aku hari ni. Tulah Dira… siapa suruh tidur lepas Subuh tadi.

Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik kelab kami. Kaki ku terus melangkah ke kerusi kosong yang berada di sebelah Lela. Namun, belum sempat aku melabuhkan punggungku, satu suara menegurku.

“Nadira Ismail!” panggil presiden kami. Siapa lagi kalau bukan senior Farhan.

Langkahku mati di situ. Aku memalingkan wajah, menghadapnya. Alamak! Tegangnya muka dia. Tak macam semalam. Cis… pasti malapetaka akan menimpa aku.

“Ni salah seorang yang tak berdisplin dalam kelab kita. Sudahlah semalam dia ponteng, lepas tu hari ni dia datang lambat pula. Apa nak jadi? Saya tak nak awak ikut perangai dia. Saya dah cakap awal-awal lagi… Kalau kamu nak masuk kelab ni, kamu kena bagi full commitment. Jangan main-main,” kata senior Farhan tegas.

Aku mengigit bibir. Muka aku dah merah nie. Malu la wei. Semua orang pandang kot. Yang si Farhan ni pun satu… Aku backhand karang. Selamba dia je nak kutuk aku.

“Nadira!” panggil senior Farhan lagi.

“Ya, presiden,” sahutku perlahan.

“Kenapa awak datang lambat?”

Aku tersengih-sengih. “Sorry, presiden.. terbangun lambat,” jawabku jujur.

“Bangun lambat??”

Aku mengangguk perlahan.

“Jumpa saya lepas ni di padang,” arah senior Farhan tegas.

Kemudian, dia memandang ke arah lain. “Okey.. yang lain boleh teruskan latihan. Kita ada seminggu je lagi untuk practice. Ingat tue. Linda, awak conduct latihan hari ni. Saya nak settlekan masalah dengan Nadira.”

Lela menarik lenganku. “Wei, asal kau lambat?” soal Lela separuh berbisik.

“Kan aku dah cakap… aku bangun lambat.”

“Tulah… siapa suruh kau balik rumah. Balik je la hostel. Tahu la rumah kau dekat,” rungut Lela.

Sengaja aku tidak pulang ke hostel semalam. Aku tak bersedia nak jumpa Lela dan Izzi semalam.

“Amacam date kau semalam?? Mesti syok kan? Sampai bangun lambat…,” usik Lela.

Aku garu kepalaku yang dilapik dengan selendang. “Weh… Aku chow dulu ar. Tu… presiden nak jumpa aku,” dalihku.

Tanpa menunggu respon dari Lela, aku terus mengatur langkah.

Dari jauh aku lihat senior Farhan sedang berdiri di bawah pokok. Hisy, apa yang dia nak buat nie? Cuak pulak aku. Muka dia tegang. Menakutkan betul. Takkan dia nak suruh aku lari kat padang nie kot.

Aku berdehem setelah berada di belakang senior Farhan. Pandanganku dihalakan ke bawah.

Senior Farhan hanya berdiam diri. Dia masih lagi memandang depan.

Ni, apa kes pulak? Diam jer. Lenguh kaki aku berdiri lama-lama kat sini. Aku berdehem lagi. Kali ini, senior Farhan memandangku sekilas.

Wa seh! Muka dia dah tak tegang la. Dah manis. Pelik, pelik… Sekelip mata berubah. Kenapa yerk?

“Nah…,” ucap senior Farhan sambil menghulurkan sesuatu.

Aku melihat benda yang berada di dalam pegangannya. Kotak hadiah la!

“Erk.. untuk apa?” soalku bodoh.

“Semalam kan birthday kau… Aku belikan lah hadiah untuk kau. Kalau aku tak beli, kau kata aku kedekut.”

Aku menjongketkan kening. Apa kena mengena pulak. Ada aku kisah ke kalau dia tak bagi aku hadiah? Macam lah kami ni rapat sangat.

“Eh… takpelah presiden.. Saya tak kisah pun. Kalau presiden tak bagi saya hadiah, saya tak cakap pun presiden ni kedekut.”

Senior Farhan memalingkan badannya. Tegak menghadapku. “Tak payah panggil aku presiden. Kita kan kat luar. Panggil aku presiden bila kat dalam bilik tu jer.”

Aku angguk kecil. “Baik presiden.”

Senior Farhan mendengus. “Tengok….”

“Tengok apa?”

“Kau panggil aku presiden lagi. Hisy…”

“Oh… sorry, sorry.”

Pelik betul la si Farhan nie. Apa yang dia nak sebenarnya ekh? Aku ingat dia nak marah aku tadi.

“Ambiklah hadiah kau nie.”

“Tak naklah. Nanti girlfriend…” Erk, nak panggil dia apa ekh? Awak? Kau? Senior? Abang? Yuck… Mana aku tau nak panggil dia apa? Selama ni panggil presiden jer. Aku tak pernah jumpa dia kat luar melainkan semalam. Tu pun terserempak. Kebetulan je kami berada di tempat yang sama.

Senior Farhan memandangku, menunggu aku melafazkan bait seterusnya.

“Nanti girlfriend kau marah aku pulak. Kau bagi jelah hadiah tu kat dia.” Hah… Kau-Aku jer… kan senang? Dia pun asyik ber’Aku-Kau’… hehehehe…

“Dia tak kan tahu punya. Ambiklah…,” ucapnya.

Aku geleng. “Tak nak….”

“Kalau kau tak nak, aku baling hadiah nie,” ugut senior Farhan.

Aku memandangnya, seolah-olah mencabar dia. Dia mengigit bibir. Kemudian, dia mula bersedia untuk melemparkan kotak hadiah itu ke tengah padang.

“Eh… jangan-jangan,” tegahku. “Bak sini lah. Membazir jer kalau buang.”

Senior Farhan tersenyum lebar. “Kan senang…”

Aku mencebik. Hadiah di tangannya ku ambil. “Lebih baik aku bagi Izzi hadiah nie. Next week, birthday dia,” ucapku selamba.

“What??”

Aku tersengih-sengih.

“Tak boleh!! Kau tak boleh bagi dia.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab aku tak bagi…”

“Well, hadiah ni milik aku sekarang. Suka hati aku la nak buat apa. Kau tak boleh halang aku.”

Senior Farhan memandangku geram. “Aku beli hadiah ni untuk kau. Bukan untuk Izzi or anyone else. Don’t you know how to appreciate it?” soal senior Farhan seakan marah.

Selepas menghabiskan ayatnya, senior Farhan terus berlalu pergi.

Lah… marah ke? Atau merajuk? Leceh betul lah mamat seorang nie. Aku bukannya apa. Senior Farhan tu dah la popular. Lepas tu, girlfriend di, si Syakila tue… Siapa tak kenal dia. Kalau ada orang cuba pikat si Farhan, dia kerjakan perempuan tu cukup-cukup. Erk, sebenarnya dia tak de la pukul ke, lempang ke… cuma dia akan lawan guna mulut. Dia akan suruh perempuan tu stay away from Farhan. Cara dia agak lembut tapi terselit kekasaran. Aku tahu la. Izzi pernah cerita.

Al-kisahnya macam nie… Satu hari ni, ada la junior baru, minat gila kat senior Farhan. Siapa tak minat si Farhan nie. Handsome wei. Kacukan mat saleh. Rambut dia perang sikit tau. Asli punya. Aku pun minat si Farhan nie. Tapi minat biasa je lah. Tak adalah kemaruk sangat. Sebab dulu aku kan ada Syakir. Huhuhu… Sedih pulak bila sebut nama dia.

Okey, okey… Balik semula pada cerita asal. Junior yang minat pada Farhan nie, tak silap aku nama dia Fazira. Si Fazira ni dengan beraninya jumpa si Farhan. Dia nak ajak si Farhan temankan dia tengok wayang. Memang berani betullah si Fazira ni kan. Lepas tu, bila si Syakila dapat tahu, terus jer dia pergi cari si Fazira. Nak tahu dia kata apa?

‘Hey, Fazira kan?’ soalan pertama dari Syakila, lembut je dia soal. ‘Akak dengar Fazira minat Farhan Iskandar. Betul ke? Hmm… Fazira kenal kan siapa akak? Akak bukan nak cari gaduh dengan Fazira… tapi akak nak bagi nasihat sikit. Dia tu kepunyaan akak. Kami dah lama bersama. Tak payahlah Fazira buang masa nak pikat dia. Sebab dia tak akan layan. Kalau dia layan pun, dia just simpati pada Fazira. Dia kan peramah. Tu la masalah dia. Peramah sangat. Mana orang tak salah faham. Akak bukan apa Fazira… akak tak nak Fazira makan hati. Lagipun, as a human being, akak pun tak suka orang kacau Farhan. Kalau Fazira berada di tempat akak, apa Fazira rasa. Carilah orang lain.’

Lembut je kan cara si Syakila ni warning. Hahaha. Sebenarnya, dia tak suka orang ganggu si Farhan. Alah… normallah tue. Mesti dia jeles. Tapi kan, aku rasa tak perlu lah nak warning nie. Hehehe. Macam si Syakila ni takut jer si Farhan tinggalkan dia. Kalau dia yakin Farhan sukakan dia, biar jelah. Takkanlah Farhan nak dump dia kalau betul si Farhan tu sayang dia, kan? Kan? Eh, memandai je aku nie. Tapi apa-apa pun ini kisah setahun yang lepas. Sekarang aku tak tahu lah. Tak dengar sebarang gossip pasal dorang pun. Hehe. Entah-entah dah putus.

Aku masuk semula ke dalam bilik kelab kami. Waktu itu Team A sedang berdebat dengan Team B. Aku duduk di sebelah Lela. Kami menjadi penonton sementara menunggu giliran kami berdebat.

Sempat juga aku mencari kelibat senior Farhan. Saja je nak tengok dia. Okey atau tak. Tapi tak jumpa pulak. Hehe. Tiba-tiba Lela menyiku lenganku.

“Wei, ceritalah pasal date kau,” gesa Lela.

Aku mendengus. “Tak ada yang special pun. Kitorang dah putus. Puas hati?” soalku geram. Rimas pulak aku bila si Lela asyik soal aku jer.

“Putus?” soal Lela sedikit menjerit.

Natijahnya semua orang pandang kami. Dan waktu itulah aku perasan senior Farhan yang sedang berborak dengan Khairil. Dia menjeling ke arah kami sebab kami sudah berbuat bising.

“Asal kau jerit? Kan presiden dah marah… Adui, kau nie…”

“Sorry, sorry… Aku terperanjat la wei… Korang dah putus? Kenapa?”

“Alah… normallah…”

“Normal kau kata… Kau okey ke nie?” soal Lela risau.

“Kau tengok aku tak okey ke?” soalku pula.

Lela kerut dahi. “Aku tengok okey jer… tapi takkan kau cool jer? Wei, dia dah tinggalkan kau la. Takkan hati kau ni keras macam batu… kau tak sedih ke wei.”

Ni yang aku lemah nie. Si Lela ni memang la. Ingat aku ni stone cold ker? Mestilah aku sedih. Berkotak-kotak tisu aku guna semalam. Selamat mata aku tak bengkak hari ni. Tapi takkan aku nak tunjuk kat dia yang aku sedih sebab Syakir tinggalkan aku. Jatuh la saham aku sebagai budak tough.

“Wei, kalau kau nak nangis, kau nangis jer. Aku ada. Aku tahu kau sedih. Kau lepas jelah apa yang kau rasa. Aku tahu kau sayang sangat pada Syakir tue.”

Aku tepuk peha Lela. “Bengong la kau.”

“Lela... kalau nak borak sila keluar,” tegur senior Farhan keras.

Terus terdiam si Lela. Aku menarik nafas lega. Thanks a lot Farhan sebab selamatkan aku dari si Lela nie. Kalau si Lela cakap lagi tadi, dah tentu air mata aku ni mengalir dengan derasnya. Aku tengah kuatkan hati aku nie. Janganlah ingatkan aku pada Syakir. Tolonglah.

3 comments:

cactaceous opuntia said...

ok..ingteresting..sje je benti bg suspen tw...ish...farhan tu hensem cm spe2 ke x...ke lg hensem dr sape2..bley jd kayu pengukur..haha...kalau ltak gmba lg best...heheh..ade feel kate org...^^

Anonymous said...

cam best je,smbg lg ye!..hihiii..

vanilla_ice said...

oke, sudah suke sme farhan xD