Monday, April 25, 2011

My-Bloody-Hell-Senior! 1

Sudah ku duga, detik ini pasti akan terjadi. Sudah ku agak, semua ini pasti akan menjadi kenyataan. Aku masih melangkah tanpa hala tuju. Entah untuk kali ke berapa, aku melepaskan keluhan. Kenapa? Kenapa dia sanggup buat aku macam ni? Kenapa dia pilih hari ini untuk memberitahuku? Kenapa? Lupakah dia? Hari ini merupakan hari ulang tahun ku yang ke-21.

Disebabkan dia, seminggu aku berada dalam keadaan tidak tentu arah. Disebabkan dia, aku mula mencari pakaian yang sesuai untuk temu janji kami hari ini. Disebabkan dia, aku sanggup ponteng latihan debat di kolej. Semata-mata untuk berjumpa dengan dia, aku sanggup lakukan apa saja. Tetapi…. Ini balasan yang aku dapat.

Seminggu yang lepas, dia mengajakku untuk berjumpa. Hatiku melonjak gembira tika itu. Mana taknya, sudah empat bulan kami tidak ketemu. Maklumlah, dia kini berada di Perak, melanjutkan pelajaran di sana sedangkan aku… Aku masih di sini, di negeri kelahiranku, Melaka. Jarak yang jauh membuatkan hubungan kami semakin renggang.

Handphone? Ya, aku sedar dan aku tahu, kami boleh saja saling menghubungi, kalau tak pun, mesej. Tapi… Entahlah… Mungkin masing-masing sibuk.

Syakir. Sudah empat tahun kami menjalinkan hubungan. Sejak bangku sekolah lagi. Aku sangat menyayangi dirinya. Empat tahun bukan satu tempoh yang pendek. Dalam sekelip mata, status ku berubah. Dari ‘In a Relationship’ kepada ‘Single’.

Arghh!! Aku rasa ingin menjerit saja. Aku tahu… waktu ini pasti akan tiba. Aku tahu… saat ini pasti akan menjelma. Saat di mana dia memutuskan hubungan kami. Sikap dingin dari dia menunjukkan dia sudah bosan denganku. Aku sedar. Dia sudah jarang menghubungiku. Kalau aku call pun, dia diam jer. Tak bagi respon sangat. Aku bagi mesej pulak, dia jarang balas.

Tapi, kenapa dia memilih hari ini? Kenapa?

Sejam yang lepas…

“Dira, saya rasa lebih baik saya berterus terang dengan awak,” ucap Syakir perlahan.

Aku baru saja melabuhkan punggung. Senyumanku yang mekar makin menghilang apabila mendengar nada Syakir yang seakan-akan ingin mengkhabarkan berita buruk. Aku mula cuak. Namun terselit juga, satu teori. Adakah dia ingin kenakan aku? Maklumlah, hari ni kan birthday aku.

Aku cuba berlagak selamba. “Apa dia?”

Entah mengapa, aku tidak boleh menahan diriku dari senyum. Gembira sangat sebab dapat jumpa dia kot. Makin handsome. Hehe. Untuk menyembunyikan senyumanku yang ‘over’, aku memandang ke tempat lain.

“Saya rasa lebih baik kita tamatkan hubungan kita.”

Spontan, aku memandangnya. Hilang terus senyumanku. Mataku sedikit membesar. Namun, seketika kemudian, aku mula mengukirkan senyuman. Mesti Syakir nak kenakan aku.

“What do you expect?” soalku selamba.

Syakir merenungku pelik. “Hah??”

Aku gelak halus. “Well, awak nak saya buat reaksi yang macam mana? Terkejut, marah, sedih?”

Syakir kelihatan masih blur.

“Syakir, Syakir… Saya dah lama kenal awak lah… Stop it! Jangan nak mainkan saya,” sambungku lagi.

“I’m serious, deadly serious!” ucap Syakir tegas sambil menatap mataku.

Entah kenapa, aku mula rasa lain. Pandangan mata Syakir. Aku tahu maksud pandangan itu. Pandangan di mana dia serius, tak main-main. Dadaku mula berdebar.

Aku menarik nafas. “Okay… so, awak serius sekarang? Awak nak kita putus? Seriously?” soalku. Nadaku sudah berubah.

Syakir pantas mengangguk.

Aku memandang Syakir, lama. Aku cuba berlagak cool. Bibir diketap, menahan diriku dari mengalirkan air mata. Setelah lama merenung dia, aku menarik nafas, mencari kekuatan.

“Kenapa?”

Syakir menarik nafas dalam. “I don’t know.. Its just that….”

“Awak ada perempuan lain?” soalku selamba.

Syakir terdiam. Lama.

“Dira… I’m so sorry… Saya nak cakap dengan awak face to face pasal hal ni, sebab saya nak jelaskan pada awak yang―”

“Awak tinggalkan saya sebab perempuan lain?” potongku.

Syakir geleng. “No! Bukan sebab dia… Dira, let me be honest. Actually, hubungan kita dah hambar. Awak pun sedar kan. Kita jauh. Saya―”

Aku tersenyum sinis. “Tak apa, Syakir. Saya faham. Tak payah explain. So, antara kita dah tak ada apa-apa. Better I make a move. Assalamualaikum.”

Aku terus bangun dan keluar dari restoran Station Kopitiam. Tidak betah aku berlama di situ. Mahu saja air mataku gugur. Aku tidak mahu dia melihat air mataku. Pasti dia akan bersimpati padaku.

Aku memandu ke Dataran Klebang. Sengaja aku tidak pulang terus ke kolej. Malas aku. Pasti saja Izzi dan Lela akan bertanyakan temu janjiku dengan Syakir. Malu aku pada Izzi dan Lela. Beria-ia aku bersiap pagi tadi, semata-mata ingin bertemu Syakir.

Macam mana nak cakap pada Izzi dan Lela?

‘Aku dah putus….’

‘Aku dengan Syakir dah tak ada apa-apa. Kami kawan jer.’

Haisy… Malas lah aku nak fikir. Balik nanti, baru aku fikir.

Setelah memakirkan kereta Satria Neo-ku, aku melangkah keluar. Cuaca agak mendung hari ini. Perlahan-lahan, aku melabuhkan punggungku di atas pasir. Mataku memandang ke arah laut. Aku cuba mengosangkan fikiranku.

Satu minit, dua minit, tiga minit….

Air mataku mengalir jua. Argh… ini yang ku benci. Kenapa perlu aku menangis? Tak guna kau, Syakir… Selamba je kau minta putus dengan aku. Aku benci kau Syakir. Aku setia kat kau, tapi kau main-mainkan aku. Geramnya aku.

Kenapa tadi aku tak marah dia? Kenapa aku blah macam tu je? Sepatutnya aku maki hamun si Syakir tak guna tu. Aku benci Syakir, benci!!!

Aku menekup mukaku dengan tangan. Walaupun hatiku hebat mengutuk Syakir, namun air mata ini tetap degil. Tetap mahu mengalir. Aku benci Syakir sebab buat aku menangis.

Setelah lama aku berkeadaan seperti itu, aku mengangkat wajahku. Sisa air mata, aku seka perlahan-lahan. Nafas ditarik dalam seolah-olah mencari kekuatan, dan perlahan-lahan aku hembuskan.

“Kau nangis ke?” soal satu suara.

Aku terkedu. Pantas aku menoleh. Terlopong mulutku tatkala mataku melihat sekujur tubuh milik senior Farhan, Presiden Kelab Debat di kolejku.

“Asal kau nangis?” soal senior Farhan.

Aku memandang depan semula, cuba berlagak biasa. Senior Farhan sudah pun duduk di sebelahku.

“Lela kata kau demam. Okey je aku tengok. Tak macam orang demam pun. Tapi macam orang baru mati laki,” seloroh senior Farhan.

Aku menelan air liur. Adui… Kantoi… Apa aku nak jawab kalau senior Farhan tanya kenapa aku tak pergi latihan debat tadi? Mati aku! Jalan yang terbaik adalah mendiamkan diri. Maka, aku hanya membisu.

Senior Farhan menolak bahuku perlahan. “Kau kenapa? Sedih semacam jer.”

“Tak ada apa-apalah…,” jawabku perlahan.

“Tipu!! Beria-ia aku tengok kau nangis tadi…”

Aku menoleh ke arahnya. “Mana ada… memandai je cakap orang nangis. Ni Dira la… Dira mana pernah nangis.”

Senior Farhan tergelak kecil. “Ceh!! Tak pernah nangis konon! Habis tu, yang tadi tu apa? Ketawa?”

“Hisy… orang dah cakap dah… orang tak nangis. Degil betul la..,” bentakku.

“Kalau tak nangis, kenapa mata tu merah? Masuk habuk?” tempelak senior Farhan.

Aku terkelu.

“Takkan nak cakap pedih sebab potong bawang kot?” sindir senior Farhan.

Aku terus bangun. Malas nak layan. Banyak-banyak tempat, kenapalah dia pilih untuk ke sini. Cis… tak guna… Dia nampak aku nangis.

“Nak pergi mana tu?” soalnya sedikit kuat.

“Balik!”

“La… cepatnya balik… Meh la nangis lagi… boleh aku pujukkan.”

Aku terus berpaling dan memandang senior Farhan yang sedang tersengih. Tajam mataku menikam wajahnya. Geram betul aku dengan dia. Sudah la aku geram dengan si Syakir. Nampaknya, senior Farhan sengaja mengundang marahku.

“Whoa… marah nampak…. Chill la.. Meh la duk sini… temankan aku.”

Aku mencebik. “Malas nak layan. Orang nak balik.”

“Pergilah balik. Tenangkan fikiran. Esok pagi ada latihan. Kalau aku tengok kau tak ada, siap kau. Dah la kau ponteng hari ni.”

Aku mengetap bibir. Geramnya!!

“By the way, happy birthday!” Laung senior Farhan.

Langkahku mati tiba-tiba. Dia tahu birthday ku? Aneh! Macam mana dia tahu. Terselit perasaan suka di hatiku. Sekurang-kurangnya, masih ada insan yang mengingati tarikh lahirku selain keluargaku, Lela dan Izzi.

“Thanks,” laungku pula.

9 comments:

fieda said...

bestttt

vanilla_ice said...

Bagus betul skarang dh hupdate. Sambung lg cepat :D

HirumaKecil said...

Cerita best.. OK... nice.. Sorry, but i don't like the font that u currently use.. It's spoil my mood to read.. hope you can make it bold....

Virtual Writer said...

Suka... >.<

.:kiwi:. said...

"La.. cepatnya balik... meh la nangis lagi.... boleh aku pujukkan"
haha XD like this part...

Zuera dah start menaip lagi... suka²! ^^ truskan lagi dan lagi ye :D

nea_124 said...

baru start baca..mcm best jer,,nk brgrk ke bab 2 plak =)

princess ugly duck said...

salam..baru jer nak baca cter ni...nampak best jer..

iman najjwa said...

best2..pendahuluan yg menarik...akan ku bace yg seterusnya....

edna nana said...

best n menarik..