Tuesday, December 14, 2010

Lelaki Ego vs Gadis Misteri 8 (Final)

Setelah lama berfikir, menimbang baik dan buruk, meminta petunjuk dari Tuhan Pencipta, Damisya mula membuat keputusan. Dan keputusan itu pasti mengembirakan keluarganya.

Seperti dijangka, Puan Hasnah yang paling gembira sewaktu Damisya memberitahu dia sudah bersedia untuk dibedah. Puan Hasnah terus menarik Damisya dalam pelukannya. Aliff yang sudah kembali ke Universiti Malaya turut gembira apabila dikhabarkan berita gembira ini. Begitu juga dengan Bella dan Tuan Yusoff.

Tuan Yusoff terus menguruskan prosedur untuk pembedahan Damisya. Duit boleh dicari… tapi nyawa anaknya? Tuan Yusoff sanggup mencari duit untuk rawatan anaknya. Lagipun, sudah ada yang sudi menghulur. Tuan Yusoff, pada mulanya ingin menolak kerana dia malu. Namun, apabila Zahim beria-ia mahu menghulur bantuan kewangan kepadanya, dia tidak dapat menolak. Dia nampak kesungguhan di mata Zahim. Dia tahu Zahim ikhlas.

Damisya duduk di bilik sambil mendengar radio. Seminggu lagi. Seminggu saja lagi sebelum dia dibedah. Damisya sudah bersedia. Dia berasa senang melihat keluarganya sudah kembali ceria.

Sedang dia mengelamun, dia teringatkan Zahim. Sudah lama tidak jumpa Zahim. Zahim menyepikan dirinya semula. Merajuk ke Zahim?

Kata-kata Bella bermain-main di fikirannya.

It hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel.

Dia akui dirinya menyintai Zahim tetapi… bagaimana pula dengan Zahim?

“I… I… I like you. Because I like you.”

“Isya, I’m serious. Deadly serious. I like you. Sejak peristiwa di hospital tu, aku… aku selalu berfikir pasal kau. Aku sayang kau. Aku suka kau. Hari-hari aku fikir pasal kau. Aku tak jumpa kau sebab… sebab aku keliru. Sekarang aku dah tak keliru. I know what I feel and it is I LIKE YOU. I LIKE YOU, Isya.”

Zahim hanya kata dia suka Damisya. SUKA! Bukan cinta. Apa maksud Zahim? Zahim suka padanya sebagai apa? Damisya keliru. Sebab tu dia tak dapat balas ucapan Zahim.

Damisya bergerak ke jendela. Dia memandang luar. Memandang rumah Zahim. Ingin mencari-cari kelibat Zahim. Dia selalu mengintai Zahim dari kamarnya. Senyuman meniti di bibirnya. Zahim sedang membasuh kereta.

Damisya mendekati Zahim. Dia berlagak biasa. Umpama tiada apa yang pernah berlaku antara mereka.

“Hai, Assalamualaikum… basuh kereta ke?” soal Damisya selamba.

“Waalaikumsalam… taklah… aku tengah main gitar.”

Dengan selamba juga Zahim menjawab. Dia tidak memandang Damisya, langsung!!

Meletus tawa Damisya. “Pandai pulak kau menjawab sekarang ni ekh? Asal kau dah lama tak jumpa aku? Merajuk ke?” soal Damisya sambil menjongketkan keningnya.

Zahim mencebik. “Penting ke kalau aku jumpa kau?”

Damisya gelak lagi. “Alalala… cik abang… merajuk eh.. burok benor muka kamu tu.”

Zahim menjeling Damisya. Boleh pulak Damisya main-main?

“Alah, bro… relax sudah. Ni aku nak bagitahu… aku buat pembedahan tu. Next week aku pergi HKL.”

Zahim diam. Dia sudah tahu. Dia dan Tuan Yusoff yang menguruskan prosedur rawatan.

“Okeylah… aku cau dulu. Kau pun macam malas nak layan aku je.”

Damisya terus meninggalkan Zahim.

Zahim terkedu. Dia hanya memandang Damisya yang sedang meninggalkan dirinya.

‘You know nothing about what I feel, Isya,’ kata hati Zahim.

Hari pembedahan Damisya tiba jua. Kini, Damisya hanya perlu menunggu masa untuk dirawat. Dia ditempatkan di dalam wad buat sementara. Wajah keluarganya dipandang. Dia tersenyum.

Di sebalik senyuman, terselit kekecewaan kerana Zahim tiada di sisi. Marah sangat ke Zahim padanya? Merajuk kah Zahim? Tak sudi ke dia jenguk Damisya?

Sekali lagi, dia teringat kata-kata adiknya.

It hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel.

Baru Damisya tersedar. Dia tidak pernah memberitahu Zahim tentang perasaannya. Perasaan dia terhadap Zahim. Semuanya sebab malu. Dia malu untuk memberitahu Zahim. Dan dia akui, dia rasa terseksa kerana memendam rasa.

Andai kata pembedahan itu tidak akan berjaya dan dia akan mati, tentu saja Zahim tidak akan tahu tentang perasaannya.

Damisya mula gelisah. Dia menyesal. Menyesal kerana tidak memberitahu Zahim.

“Bu…”

Puan Hasnah memandang Damisya. “Ya, angah… angah sakit ke?”

“Err, Zahim… dia tak datang ke?”

Baru saja Puan Hasnah ingin menjawab pertanyaan Damisya, muncul dua orang jururawat.

Masa untuk rawatan Damisya sudah pun tiba. Dia mula berjalan menuju ke bilik pembedahan. Hatinya sedikit kecewa. Zahim tiada. Tiada bersamanya.

Sewaktu kaki Damisya mahu melangkah masuk ke dalam bilik pembedahan, namanya dilaung. Terus Damisya berpaling. Zahim. Zahim sedang berlari ke arahnya.

“So…sorry… I’m late…”

Damisya senyum. “Better late than never.”

Zahim turut tersenyum. “Good luck. Im nak tengok wajah Isya yang ceria. Be strong, okay.”

“Okay… Before that, I wanna tell you something.”

“Apa dia?” tanya Zahim laju.

“I love you.”

Damisya terus masuk ke dalam bilik pembedahan. Dia berasa lega kerana telah meluahkan perasaannya. Dia tidak mahu tahu reaksi Zahim. Cukuplah sekadar Zahim sudah tahu perasaannya.

Zahim tercenggang. Dia bagaikan bermimpi. Damisya kata I love you? Biar betul? Zahim mencubit pipinya. Sakit. Maksudnya dia tidak bermimpi.

“Abang Im… betullah apa yang abang Im dengar. Angah memang suka abang Im. Cintakan abang Im,” kata Bella.

Zahim berpaling. Tidak sedar ahli keluarga Damisya berada di situ. Dia mula rasa malu. Apa yang dia mampu buat hanyalah tersengih.

Damisya tersenyum lega. Dia sudah meluahkan rasa hatinya pada Zahim. Sempat juga Damisya mengarang sesuatu di fikirannya. Mungkin ini adalah kali yang terakhir dia dapat berfikir seperti ini. Dan, mungkin juga kali yang terakhir dia akan bersama dengan insan yang tersayang. Hati Damisya mula berbicara sendiri.

‘I smile as I know that your heart has been protecting me

Just smile at me like this moment

I will remember your warm smile until it’s done

Now I can feel you. The only person that I love, is that someone is you.

Not too long ago that I have realized it

No matter what the results would be

Even if I die, no one can’t replace you in my heart.’

Damisya membuka matanya perlahan-lahan. Matanya menangkap raut wajah Puan Hasnah yang sedang tersenyum lega.

“Ya Allah… Syukur, angah dah sedar. Along, panggil doktor… Angah dah sedar,” kata Puan Hasnah ceria.

Damisya tersenyum. Dia sedar dia sudah selamat. Selamat menjalani pembedahan. Matanya meliar. Wajah Tuan Yusoff, Bella, Puan Aisyah dan suaminya dipandang bersama senyuman manis. Akhir sekali, pandangan Damisya terhala pada seraut wajah. Senyumannya makin melebar. Begitu juga si dia. Mereka saling berpandangan. Tiada kata yang terucap. Hanya hati mereka yang berbicara.

Doktor Syamil melangkah masuk. Dia mula memeriksa keadaan Damisya. Damisya hanya menurut.

Seketika kemudian, Doktor Syamil mengukirkan senyuman nipis. “Everything is okay. Tapi kami perlu memeriksa Cik Damisya beberapa jam kemudian. Lepas tu, baru Cik Damisya dibenarkan pulang.”

“Baiklah doktor,” ucap Tuan Yusoff.

Puan Hasnah memeluk anaknya lembut sejurus pemergian Doktor Syamil. Pipi anaknya dicium.

“Angah dah sembuh,” ucap Puan Hasnah.

Damisya mengangguk perlahan. Di dalam hati, dia mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada dirinya. Dia bersyukur. Walaupun kos rawatan tinggi, namun rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT mampu membayar kos rawatannya. Semuanya sudah diatur. Damisya sangat bersyukur. Dia tidak pernah menyangka ketumbuhan di otaknya mampu dibuang.

Tiba-tiba mata Damisya menangkap renungan lembut dari mata Zahim. Tersenyum simpul Damisya. Dia teringatkan peristiwa sebelum dia masuk ke bilik pembedahan. Argh… malunya.

Tuan Yusoff berdehem. “Err, kita keluar dulu la… Nampaknya ada orang nak bermadu kasih di sini,” gurau Tuan Yusoff sambil mengeyitkan matanya pada Zahim.

Zahim tersenyum malu.

“Iyalah… Kita keluar dululah…,” sokong Puan Aisyah pula.

Akhirnya Damisya ditinggalkan berdua bersama Zahim. Zahim mendekati katil Damisya sambil tersenyum menggoda.

Damisya pula sudah mengubah posisinya. Dari baring, dia kini sedang duduk. Matanya tidak lepas dari memandang Zahim.

“Hey… thanks datang. Ingat kau tak nak datang tadi…” ucap Damisya selamba dengan nada ceria.

Zahim tersengih, mempamerkan barisan giginya yang putih. “Mestilah datang.”

Damisya mengecilkan matanya. Merenung dalam kolam mata Zahim. “Eh… kau menangis eh? Mata kau berair la…”

“Mana ada…”

“Ya… jangan nak tipu… tu… mata kau berair… kau menangis eh? Sebab aku ke?” soal Damisya bersahaja.

Zahim tergelak halus. Dia mengangguk perlahan. Mengaku. Untuk apa dia menafikan perasaannya. Buang saja egonya. Memang dia menangis disebabkan seorang gadis bernama Damisya.

Damisya turut tergelak. “Sayang jugak kau pada aku ya… How sweet.”

“Of course Im sayang pada Isya… Im risau tau tadi. Even Im tahu rawatan tu akan berjaya but I’m still worried. Im tak nak kehilangan Isya.”

Damisya berkerut dahi. “Kau bahasakan diri kau, Im? Dan kau panggil aku Isya? Wow… what a surprise my man… Mana pergi kau-aku… musykil, musykil.”

Zahim ingin menyentuh tangan Damisya namun dia menarik semula tangannya. Dia tahu Damisya tidak suka disentuh sesuka hati. Dia hormat pendirian Damiysa.

“Salah ke Im cakap macam tu?” soal Zahim sambil menjongketkan keningnya.

Damisya tergelak lagi. Kepalanya digeleng-geleng perlahan.

Zahim hanya senyum. Dia memandang Damisya. Sebuah senyuman manis terbias di wajahnya. “Isya… boleh tak Isya cakap sekali lagi?” soal Zahim penuh romantis.

“Hah? Cakap? Cakap apa?” tanya Damisya blur.

“Alah.. yang tadi tu. Before Isya masuk bilik pembedahan.”

Pipi Damisya mula terasa pijar. Dia memandang tempat lain. “Tak… Isya tak cakap apa-apa.”

Damisya mengigit bibir. Dia terbahasakan dirinya Isya. Ah.. ni semua sebab Zahim. Terikut pula. Malunya.

Zahim senyum lagi. Manis sekali senyumannya. “Please… Cakap sekali lagi… Please,” rayu Zahim.

Damisya menarik nafas dalam, mencari kekuatan. Wajah Zahim dipandang. “I love you. I love you Zahim. But I know you don’t love me. It’s okay. It’s just I want you to know my feeling. That’s it,” Damisya berkata dalam satu nafas.

Zahim tersentak. “Siapa cakap Im tak cintakan Isya?”

“You.”

“What? When? Im dah cakap kan? Isya yang diam je.”

“Maksud kau, time kau datang rumah aku tu? Time kau kata you like me?” tanya Damiysa ingin kepastian.

“Yeah… And please call me Im… Tak nak guna kau-aku lagi. Im nak guna Im-Isya. Okey?”

Damisya tergelak kecil. “Whatever… Waktu kau datang rumah aku tu, kau kata kau suka aku. Kau suka aku, okey…? Suka … bukan cinta. You said you LIKE me. Not you LOVE me.”

“What’s the different?”

“Like and Love is different thing okay…”

Zahim ketawa kecil. “Sebab ni Isya diam hari tu? Isya diam sebab Isya confused Love and Like?”

Damisya diam. Tidak memberi respon.

Zahim ketawa lagi. “Isya, Isya… Im ingat Isya tak ada hati pada Im… Now I know what did you feel.”

Damisya tergelak sinis sambil mengangguk. “Yeah… Now you know.”

“Okeylah… Im nak minta maaf sebab Im guna perkataan Like. Bukan Love. Im akui waktu tu Im takut nak cakap cinta. Im masih ragu-ragu dengan perasaan Im. Semuanya berlaku dengan pantas. Im tak tahu sejak bila Im suka Isya. Tapi Im yakin Im dah mula sukakan Isya dan Im nak Isya dirawat. Im nak Isya sembuh. Im takkan kata cinta sebelum Im benar-benar yakin perasaan Im pada Isya. Apa yang Im rasa sekarang ni sangat berbeza. Im tak pernah rasa macam ni.”

Damisya diam. Dia masih memandang Zahim.

Zahim mengukirkan senyuman kecil. “But… Bila Isya cakap you love me, masa tu baru Im sedar yang Im pun cintakan Isya. Im menyesal sebab Isya yang cakap dulu. Sepatutnya, Im yang cakap dulu. Kalaulah Isya tahu apa yang Im rasa masa tu… You know what, baby? You totally drive me crazy. Im yakin yang Im cintakan Isya. I love you. Dan perasaan Im pada Isya bukan main-main. Im yakin, benar-benar yakin that you are my true love. I love you, baby. I do.”

Damisya terkesima mendengar bait-bait cinta dari mulut Zahim. Dia tak tahu nak cakap apa. Apa yang dia tahu, dia gembira, hatinya terasa berbunga-bunga.

“I’m speechless.”

Zahim senyum segaris. “Just tell me… do you love me?”

“Yeah…” Damisya menjawab bersama senyuman di bibir.

“Will you be my wife?”

Damisya mengecilkan matanya. Kepala digeleng perlahan. “No…”

“What?? But why??”

Damisya gelak kecil. “Isya tak nak jadi isteri kepada Im je… Isya nak jadi ibu kepada anak-anak Im, menantu pada mak cik Aisyah dan pak cik Aziz, Isya nak jadi nenek kepada cucu-cucu kita, moyang kepada cicit-cicit kita.”

Zahim ikut gelak. Hidung Damisya dicuit. “Nakalnya dia ni. Okey, okey… Im betulkan ayat Im…”

Zahim membetulkan tekaknya. Dia berdehem-dehem. Kemudian, dia merenung Damisya.

“Damisya…. Will you marry me, be my wife, be a mother to my son, be a daughter-in-law to my parents, so forth?”

Damisya tergelak lagi. Kali ini lebih kuat. “Yes, I do.”

Zahim tersenyum kegembiraan. “Thanks, baby…”

“Welcome, bunny…”

Zahim mengerutkan dahinya. “What did you call me? Bunny?”

Damisya tertawa lagi.

Zahim menggelengkan kepalanya. “Isya memang suka gelak kan? Tak pernah tak gelak.”

“Because I love to…. Isya kan happy go lucky… I’m strong okay… I’m tough.. Tak macam Im… nangis tadi,” ejek Damisya bersahaja.

“Yelah… dia kuat, kita lembik… kita nangis sebab dia pun salah…,” rajuk Zahim.

Ketawa kecil. “Alah, bunny… janganlah merajuk. Burok!”

Zahim mencebik.

“Even you are bunny, I’m still love you…”

Zahim mengukirkan senyuman lebar. Disebabkan geram dengan perangai Damisya, dia mencubit pipi Damisya. “Padan muka… Nakal lagi.”

“Adui… sakitlah.”

Giliran Zahim pula mentertawakan Damisya.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Keluarga mereka semua menyerbu masuk.

“Amboi, amboi, amboi… gelak sakan nampak,” ucap Puan Hasnah.

“Macam mana ni Hasnah? Nampaknya plan kita macam menjadi je?” tanya Puan Aisyah bersama senyuman lebar.

Puan Hasnah mengangguk.

Semua yang ada mempamerkan senyuman kegembiraan. Bella menepuk tangan kerana dia gembira di atas kegembiraan kakaknya. Dia tahu Damisya sudah lama mencintai Zahim. Dia ada mata. Dan dia mampu menafsirkan segalanya.

Damisya dan Zahim juga tersenyum gembira. Dua hati bakal disatukan. Keluarga mereka juga tidak melarang, malah merestui. Hari ini Damisya sungguh gembira. Mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

~THE END~

Monday, December 13, 2010

Lelaki Ego vs Gadis Misteri 7

Sudah tiga hari Damisya ditahan di wad. Hari ini dia sudah dibenarkan pulang. Sepanjang Damisya berada di hospital, keluarganya bergilir-gilir menemaninya. Along Damisya turut pulang, melawat Damisya. Puan Aisyah juga selalu menziarahi Damisya sambil membawa makanan kegemaran Damisya. Zahim pula…. Sejak peristiwa lewat malam itu, Zahim tidak lagi mengunjunginya.

Timbul rasa pelik dalam diri Damisya. Dirinya ternanti-nanti kedatangan Zahim. Namun, hampa. Zahim tetap tidak datang sehingga hari ini. Mahu saja Damisya bertanya pada Puan Aisyah tapi dia malu. Dia hanya mampu berdiam diri. Mungkin Zahim sibuk. Damisya cuba menyedapkan hatinya.

Pintu bilik Damisya ditolak dari luar. Muncul Bella bersama Puan Aisyah.

“Isya sihat hari ni?” soal Puan Aisyah prihatin.

Damisya senyum nipis. Dia masih memandang pintu bilik, mengharapkan si dia akan muncul. Tetapi… lain yang diharapkan, lain pula yang muncul. Aliff yang muncul, along kepada Damisya. Damisya cuba menyembunyikan kekecewaannya.

“Sihat je mak cik… Along, ibu dengan abah mana?”

“Jumpa doktor kejap.”

“Doktor, penyakit anak saya tu, tak boleh disembuhkan ke?” soal Puan Hasnah.

Doktor Afiqah tersenyum nipis. “Boleh… saya sendiri sudah mencadangkan pada Damisya supaya menjalani pembedahan… tetapi dia tak nak. Dia mahu meneruskan hidup tanpa menjalani pembedahan.”

“Kalau dia tak buat pembedahan, apa akan jadi doktor?” soal Tuan Yusoff pula.

Doktor Afiqah mengeluh. “Ketumbuhan di kepalanya akan membesar dan dia akan bertambah sakit. Kebiasaanya, dia akan terasa kebas, muntah-muntah, pening kepala, sukar untuk melihat dan dia akan cepat lupa.”

Tuan Yusoff dan Puan Hasnah saling berpandangan.

“Macam nilah… saya nasihatkan Damisya buat pembedahan. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, kita ada satu rawatan yang mudah untuk membuang ketumbuhan dalam otak. Rawatan ini dikenali sebagai pisau X, pembedahan terapi tiga dimensi atau stereotaktik radiosurgeri (SRS).”

Tuan Yusoff memandang Doktor Afiqah.

“Rawatan ini tidak melibatkan sebarang torehan di kepala. Tiada parut luka yang akan ditinggalkan. Memandangkan ketumbuhan di kepala Damisya tiga sentimeter, dia boleh menggunakan kaedah ini.”

“Bagaimana dengan peluang pembedahan ini? Anak saya akan selamat?” soal Puan Hasnah.

Doktor Afiqah mengangguk. “Menurut Persatuan Radiosugeri Sedunia 2003, kadar kejayaan rawatan ini mampu mengecutkan ketumbuhan sebanyak 100 peratus. Ketumbuhan Damisya masih kecil lagi. Seeloknya dia lakukan pembedahan secepat mungkin,” nasihat Doktor Afiqah.

“Baiklah… saya rasa itu yang terbaik buat anak saya. So, bila pembedahan boleh dilakukan?”

“Maaf… peralatan canggih untuk merawat ketumbuhan otak tiada di hospital kami. Di Malaysia, hanya ada beberapa buah hospital saja yang ada peralatan canggih ini. Saya cadangkan Damisya dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Saya boleh uruskan prosedur pembedahan,” jelas Doktor Afiqah.

Tuan Yusoff mengangguk-angguk.

“Bang, kita tanya Isya dulu la. Nanti marah pula si Isya tu.”

“Kenapa pulak? Kenapa dia nak marah?” soal Tuan Yusoff.

Doktor Afiqah mengukirkan senyuman. “Encik Yusoff dan Puan Hasnah berbincanglah dulu.”

Damisya mengeluh panjang. Badannya disandarkan di sofa rumahnya. Dia memandang abah dan ibunya.

“Ibu… angah tak nak kena bedah.”

“Kenapa angah tak nak?” soal Puan Hasnah lembut.

“Kalau angah bedah pun, belum tentu angah boleh hidup…”

“Siapa cakap? Abah dah tanya doktor tadi.”

Aliff dan Bella hanya menjadi pedengar. Tidak mahu masuk campur.

“Abah… angah selesa macam ni. Biarlah…”

“Sampai hati angah cakap macam tu. Ibu nak angah buat pembedahan tu. Ibu nak angah sembuh.”

Damisya tarik nafas dalam. “Angah takutlah ibu… Angah tak nak kena bedah.”

“Angah… pembedahan tu tak susah pun. Sekarang, kita sudah ada teknologi canggih. Abah dah tanya doktor tadi. Dia cakap, angah hanya perlu berbaring di atas katil. Rawatan tu dalam 30 minit je. Angah pun tak perlu tinggal wad… kena pantau sehari je. Lepas tu, angah dah bebas.”

Damisya mengeluh lagi. Dia tahu. Dia tahu rawatan ini. Doktor Afiqah pernah memberitahunya. Kepalanya tidak perlu ditoreh. Kata-kata Doktor Afiqah mula bermain di mindanya.

“Sistem ini menggunakan alat pengukur 3-dimensi dan komputer perancang yang digandingkan dengan alat pemecut linear. Ini bagi membolehkan, sinaran X yang dihasilkan merawat penyakit terbabit secara berkesan dan efisien. Berbeza dengan "pisau" pembedahan biasa, kaedah ini tidak menyebabkan pendarahan. Ini kerana ia menggunakan pancaran sinaran jitu seperti X-ray yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar,” jelas Doktor Afiqah.

Sebelum rawatan diberi, pesakit akan menjalani ujian imbasan analisis oleh pasukan yang bertanggungjawab mengendalikan misi ini. Perancangan teliti perlu dilakukan untuk menghasilkan pelan rawatan sinaran. Ini bagi membolehkan terapi sinaran ini dapat ditujukan betul-betul tepat pada sasaran yang ingin dirawat.”

“Pesakit perlu menggunakan bingkai khas yang dipasang di kepala. Bingkai ini, akan dipinkan di kepala tanpa menembus tempurung kepala bagi memudahkan proses rawatan yang memerlukan ketepatan kedudukan. Bingkai yang telah digunakan akan dibuang. Pakar radioterapi dan fizik akan mengira jumlah cahaya yang akan digunakan untuk merawat penyakit yang dihidapi.”

“Setelah mereka benar-benar yakin, dan dengan kebenaran pakar bedah otak, pakar radiologi dan radioterapi, pakar terbabit dibenarkan "menembak" ketumbuhan tersebut dari bilik khas. Komputer juga akan digunakan untuk mengawal pergerakan mesin supaya tembakan dapat dilakukan dengan tepat.”

“Angah… apa yang angah fikir tu?”

Suara Puan Hasnah menyedarkan Damisya dari lamunan. Untuk kali ke berapa, dia mengeluh lagi.

“Keputusan angah muktamad. Angah tak nak dibedah.”

Damisya terus bangun dan menaiki tangga. Walaupun dia tahu dia masih ada harapan, Damisya tetap tidak mahu menjalani rawatan. Dia ada sebab. Sebab kenapa dia tidak mahu menjalani rawatan ini.

Seminggu telah berlalu. Damisya masih berkeras tidak mahu menjalankan pembedahan. Tuan Yusoff dan Puan Hasnah sudah puas memujuk, namun Damisya masih dengan keputusannya. Aliff dan Bella juga sudah penat memujuk.

“Angah… adik tahu apa yang angah fikir,” kata Bella sewaktu mereka sedang minum petang di hadapan televisyen.

Damisya memandang Bella. “Apa yang adik cakap ni?”

Bella tertawa halus. “Dengar sini baik-baik. Adik cakap sekali je. Akak dengar dan cuba fahami.”

Dahi Damisya berkerut, pelik dengan sikap adiknya. Namun, dia masih mengangguk.

“It hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel.”

Damisya terdiam. Otaknya cuba memproses kata-kata Bella. Ayat Bella diulang lagi dalam hati. 'It hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel.'

Bella senyum nipis. Dia mendekatkan bibirnya pada telinga Damisya. “Kalau angah suka abang Im, angah kena bagitahu dia. Jangan pendam.”

Kemudian, Bella meninggalkan Damisya. Terpingga-pingga Damisya di sofa.

Sedang Damisya mencerna kata-kata Bella, kedengaran orang memberi salam. Dia bangkit dan melangkah ke pintu. Salam dijawab perlahan. Zahim. Terkesima Damisya. Sudah lama dia tidak melihat Zahim.

“Hai,” tegur Zahim bersama sengihan.

“Hai…”

“Err, aku nak cakap dengan kau kejap, boleh?”

Damisya mengangguk-angguk. “Masuklah…”

“Kat luar jelah.”

Damisya hanya menurut. Dia dan Zahim duduk di kerusi yang ada di laman rumah. Mereka duduk berhadapan.

“Lama tak nampak kau. Kau ke mana?” soal Damisya.

Zahim tersengih. “Aku… aku… hmm, ada hal sikit. Sorrylah…”

“No probs… so, kau nak cakap apa ni?”

Zahim menarik nafas. Dia memandang Damisya. “Ibu kau cakap, kau tak nak buat pembedahan. Kenapa?”

Damisya memandang tempat lain. Keluhan kecil keluar dari bibirnya. “Susah nak cakap… Complicated.”

“Make it simple then.”

“Alah… aku happy dengan hidup aku. Aku redha. Sudah ketentuan Ilahi. Aku kenalah terima,” kata Damisya bersahaja.

“Isya… tak salah kalau kita mencuba. Kau tak boleh mengalah. Kau tahu tak… sekarang ni, kau macam dah mengalah untuk hidup.”

Damisya memandang Zahim. “Aku bukan apa. Aku tak nak bebankan family aku. Family aku biasa-biasa je. Kau ingat kos pembedahan tu murah ke? Beribu-ribu tahu tak? Mana nak cari duit Zahim oi…”

“Lah… itu yang kau risaukan. Abah kau tahulah nak cari duit. Kalau pasal duit, kau tak perlu risau. Yang penting, diri kau tu… Kau tak kesian ke kat ibu kau… Dia nak sangat kau buat pembedahan. Family kau semua sayang kau. Kami semua sayang kau. Please, Isya… Kalau kau sayang kami semua, buatlah pembedahan.”

Damisya terdiam. Dia cuba memikirkan kata-kata Zahim. Memang benar apa yang dikatakan Zahim. Belakangan ini, ibu dan abahnya muram saja. Dia tahu setiap malam ibunya menangis. Damisya turut terasa sebak. Damisya memandang Zahim. Entah mengapa, mulutnya gatal ingin menyoal sesuatu.

“Kenapa kau nak aku buat pembedahan?” soal Damisya selamba.

Zahim tergamam. Bibir diketap. Halkumnya bergerak-gerak. Matanya pula menentang mata Damisya.

“I… I… I like you. Because I like you,” luah Zahim gugup.

Rahang Damisya jatuh. Matanya terkebil-kebil. Namun, dia masih memandang Zahim.

“Isya, I’m serious. Deadly serious. I like you. Sejak peristiwa di hospital tu, aku… aku selalu berfikir pasal kau. Aku sayang kau. Aku suka kau. Hari-hari aku fikir pasal kau. Aku tak jumpa kau sebab… sebab aku keliru. Sekarang aku dah tak keliru. I know what I feel and it is I LIKE YOU. I LIKE YOU, Isya.”

‘Like? Apa maksud Zahim?’ tanya Damisya dalam hati.

Zahim dan Damisya masih bertentangan mata. Zahim menantikan bicara dari Damisya. Namun, Damisya hanya mendiamkan diri. Lama Zahim menunggu. Hatinya mula tidak keruan.

“Isya… say something please,” rayu Zahim.

Damisya menelan air liur. “Err… I don’t know…”

“What did you mean by you don’t know?”

Damisya diam lagi. Bibirnya digigit. Lama Damisya menyepikan dirinya. Damisya tak tahu nak kata apa. Dia kelu. Dia tak sangka. Tak sangka Zahim akan mengucapkan suka dan sayang buat dirinya. Dia benar-benar tak sangka. Dan… apa maksud Zahim? Suka? Suka yang macam mana? Sayang… Sayang yang macam mana? Damisya tidak mahu salah sangka. Dia bukan suka Zahim. Dia cinta Zahim. Sudah lama dia memendam rasa. Sejak zaman sekolah lagi. Cuma dia yang malu.

Zahim mengeluh. Dia menunduk perlahan. Terpamer wajah kecewa di wajahnya yang tampan.

“Okey… Aku faham.”

Zahim mengangkat punggung. Dia terus melangkah, ingin pulang ke rumahnya. Respon dari Damisya sungguh mengecewakannya. Dia pasti, pasti dengan perasaannya pada Damisya. Apa yang dia rasa bukannya palsu. Ia benar. Dia sendiri tidak percaya, dia ada perasaan lain pada Damisya.

Oleh itu, dia terus melarikan diri Damisya. Berhari-hari dia melarikan diri. Dia berperang dengan perasaan sendiri. Setelah lama berfikir dan setelah meminta petunjuk dari Tuhan yang Esa, dia akur. Akur dengan perasaannya terhadap Damisya. Perasaannya terhadap Damisya begitu berbeza dari perempuan-perempuan yang pernah menjadi kekasihnya.

“Zahim… wait… five minutes,” panggil Damisya.

Langkah Zahim terhenti. Dia memandang Damisya. Lemah saja pandangannya itu.

“I’m sorry… Aku… aku confused… Kau cakap kau—”

“Tak apa. Aku faham,” potong Zahim laju.

Dia terus berlalu pergi, meninggalkan Damisya terpingga-pingga.

Malam itu Damisya mengurungkan dirinya di dalam bilik. Dia mula berfikir. Berfikir tentang dirinya, tentang keluarganya dan tentang Zahim. Wajah Puan Hasnah yang murung menerjah kotak fikiran Damisya. Kemudian, diganti pula dengan Tuan Yusoff yang mempamerkan senyuman palsu. Wajah Tuan Yusoff diganti pula dengan wajah Aliff dan Bella.

Damisya mengeluh. Dia teringatkan bicara Zahim.

“Kau tak kesian ke kat ibu kau… Dia nak sangat kau buat pembedahan. Family kau semua sayang kau. Kami semua sayang kau. Please, Isya… Kalau kau sayang kami semua, buatlah pembedahan.”

Pembedahan? Perlu ke dia dibedah? Damisya tidak pernah memikirkan perkara ini. Damisya sudah pun menerima takdir Ilahi. Namun… wajah murung keluarganya membuatkan Damisya mula sebak. Sanggupkah dia menghampakan harapan keluarganya? Dia sayang keluarganya. Siapa tak sayang keluarga sendiri.

Dan setiap kali memikirkan kematian, sudah tentu Damisya akan bersedih. Walaupun dia sudah redha dengan nasibnya, tetapi dia masih bersedih. Dia selalu berfikir… jika dia tiada, apa akan terjadi pada ibu, pada abah, pada along dan pada adiknya? Akankah mereka meratapi pemergiannya?

Air mata Damisya menitis lagi. Dia memeluk tubuh. Setelah lama melayan perasaan, Damisya menyeka air matanya. Dia mula berisgtifar. Dia tak sepatutnya melayani perasaan. Dia harus meminta petunjuk dari Allah SWT.

Laju saja kaki Damisya menuju ke bilik air. Dia ingin menunaikan solat sunat. Bila hati kita tidak tenang, dekatkan diri dengan Allah SWT. Hanya DIA yang dapat membuatkan diri kita tenang.