Tuesday, November 30, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -POV-


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gadis Ego vs Lelaki Misteri dah habis? Wah… cepatnya dah ending. Aku pun tak sangka. Cuma bila aku taip tu, tiba-tiba rasa dah ending. Part of me said its end perfectly. Part of me said the ending is not perfect. *chuckles*. Aku kan lemah nak buat ending. Untuk cerita TS@C, aku ambil masa dua minggu untuk taip ending.

As in my POV, (ini apa yang aku suka bila baca novel), bila mereka sudah confess, I love u, u love me, happy ever after, that’s it. Story habis. Ni bagi aku la. Sebab tu cerita aku macam ni. Aku malas nak baca bila part dorang dah bahagia sebab bagi aku dah meleret. Ni my POV je tau. Tak tau la kamu macam mana…

Untuk cerita Ezo ni… mari aku terangkan kenapa aku buat ending macam ni… Sebenarnya, aku nak buat sikit part dorang kahwin. And then Ezo bagi surprise. Naik helicopter. Huhu. Tapi kan… when it comes to this kind of part… aku akan jadi jiwang. Macam cerita TS@C. Sampai aku pun geli.. haha. Tak tau la kalau kamu rasa tak jiwang. Bagi aku cheesy sebab…. Entah. Aku muda lagi. Perasaan macam ni belum dirasai. So, tiada pengalaman.

Yup, aku pun ingat EP 24 will be the ending episode. But… no idea pulak. Nak buat pasal perkahwinan mereka. Aku decide nak buat ending dia pasal berita sebab orang lain tak pernag buat kan? Pernah ke? *Chuckles.* So, aku cuba la cipta lain dari yang lain. Dapat idea pun in sudden. Nak buat pasal berita persandingan instead of akad nikah tapi tak tau nak buat.

Mari kita lihat pandangan anda untuk cerita ini… (Kalau nak next entry/special entry sila jawab soalan yang diberikan) Luahkan saja pendapat anda. I wont get offence. ^^

1. Apa pendapat kamu tentang ending cerita ni? Tak cukup? Just nice? Okey la? Drastik?

2. Kamu nak special entry? Why? (Kena pujuk aku ya. Sebab aku macam tak nak buat. Haha)

3. Kamu rasa cerita ni okey tak? Lemah ke? Tak cukup konflik ke? Tak menarik ke?

4. Adakah kamu kecewa dengan ending cerita ni? Atau sebenarnya kamu nak lagi. Tak bestlah tiba-tiba habis. Nak lagi. Tak cukup? (Actually, aku keliru. Kamu tak suka ending dia ke atau kamu nak lagi.)

Ni je kot yang aku nak tanya. Cakap jelah apa yang kamu rasa. Kalau kecewa, cakap je. Yelah, kamu sudah follow cerita ni tetapi ending mengecewakan kamu. Sebab aku pun nak improve ending aku. Lemah sangat nak buat ending. Sebab aku malas nak tulis part mereka bahagia. Aku paling suka tulis part mereka gaduh. Haha. Best, best…

One more thing… aku ada idea baru. Idea akak aku. Sama macam cerita ni. Idea dia. From the moment she told me, aku asyik teringat je. Time akak aku cerita, aku tambah sikit plot cerita tu. Macam menarik. Kena dengan jiwa aku. Tapi tulah… pasal arrange marriage. Cakap dengan along, “along, kalau adik buat pasal ni, dah empat cerita adik buat pasal kahwin tanpa cinta. TS@C, GEvLM, Balqis and Rezza, lepas tu yang ni pulak..”

And my sis answered, “Yang ni dorang belum kahwin lagi. Baru dirancangkan je.”

Huhu. So, aku pun tak tahu lagi. Aku dah penat menaip. Passion untuk menaip Balqis dan Rezza sudah hilang. Tengoklah kalau aku rasa bosan. Aku menaip bila aku bosan. Sekarang ni, dah dua bulan aku menaip. Dah jemu pula.

Aku akan berehat for a while dari bidang penulisan. Aku akan jadi readers pula. Bila aku rasa bosan, aku akan sambung. Tapi untuk Balqis and Rezza tu, memang aku akan sambung bila aku cuti semester nanti. Sebab cerita tu panjang. Takkan sempat habis pun kalau aku buat sekarang.

Eh, walaupun aku dah tak tulis cerita baru, jangan lupa tau blog aku ni. Hehe. Hmm, aku jadi readers pula ya? Susah lah. Maxis dah tarik free internet. Dulu aku masuk internet free je. Time kat U, tiap-tiap malam aku baca novel on9 kat phone aku. Phone biase je pun. SE K770i. Mana ada duit nak beli canggih-canggih. Aku tak suka baca novel kat lappy. Susah. Even time aku taip cerita aku pun, aku rasa aku nak je print. Tapi mahal pula. Aku memang lemah nak baca benda panjang-panjang kat lappy. Kalau kena cari fact nak buat assignment, terpaksa aku copy n paste kat MS Word. Cantikkan tulisan. Kemaskan semua. Baru aku cari. Yelah, takkan nak print. Membazir betul.

Dulu aku baca dekat phone. Aku ingat lagi, aku addicted dengan cerita Dia Suamiku by Sis Isha. Aku baca sampai kan dalam kelas lecture pun, aku baca. Tapi kan time rest la. Nak gila ke kalau aku tak pay attention. Kelas penting tu. Kalau English tak pe la.

Nak pergi makan pun aku baca. Lama ar nak tunggu makanan sampai. So, aku pun baca novel on9. Kat phone senang. Bg aku la. Kat lappy aku memang tak boleh. Tak ada feel. Hehehe.

Kalau nak jugak baca, aku akan copy and paste kat MS Word. Macam yang aku buat kat cerita Vanilla Ice. Haha. (Vanilla, jangan lupa hadiah aku.) Tapi, aku bukan la nak copy and buat harta sendiri. Cuma nak bagi keselesaan pada diri aku bila baca. Hahaha.

Okeylah. Stop here. Aku membebel saja. Jangan lupa jawab soalan. Assalamualaikum.

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -23-


Recap~~~

Pintu bilik Kyra diketuk. Tidak lama kemudian, Yani melangkah masuk. Di tangannya terdapat surat khabar.

“Ada apa Yani?” soal Kyra lemah. Fikirannya sarat memikirkan tentang Ezo. Dia rasa pelik. Teramat pelik.

“Miss Kyra… saya bawakan surat khabar untuk Miss Kyra. Bakal suami Miss Kyra masuk surat khabar. Untung Miss Kyra dapat orang macam dia,” tutur Yani.

Hah? Makin pelik Kyra dibuatnya. Masuk surat khabar? “Give me the newspaper,” pinta Kyra.

Yani menghulurkan surat khabar di tangannya kepada Kyra. Kyra menyambutnya. “Thanks Yani. Awak boleh keluar.”

Yani senyum nipis sambil melangkah keluar.

Kyra memandang surat khabar di tangannya. Terbeliak mata Kyra memandang muka depan surat khabar Berita Harian. Wajah Ezo terpampang bersama abahnya. Tangan Kyra mula mengigil. Rahangnya jatuh. Badannya menggeletar. Terketar-ketar tangannya memegang akhbar itu.

Chapter 23- Segalanya terungkai.

“Pemilik Dream Shine pulang ke Malaysia,” Kyra membaca tajuk berita perlahan.

Di bawah tajuk itu, terpampang gambar Ezo dan abahnya. Dengan nafas yang tidak teratur, Kyra menyambung pembacaannya.

KUALA LUMPUR: Pemilik Dream Shine, Omar Guillaume bin Abdullah pulang ke Malaysia setelah bertahun-tahun menetap di Paris bersama keluarganya. Beliau merupakan pereka barangan kemas yang terkenal dan telah memenangi beratus-ratus anugerah seluruh dunia. Hasil rekaannya begitu unik dan kemas selain mempunyai sentuhan jiwa. Setiap lakarannya membawa maksud tertentu.

Kyra menelan air liur yang terasa kesat. Abah Ezo… abah Ezo merupakan pemilik Dream Shine? Dream Shine yang mempunyai cawangan di seluruh negara? Mulut Kyra sedikit terlopong. Dia meneruskan pembacaannya. Kyra mengecilkan matanya apabila nama Ezo ditulis.

Beliau pulang ke Malaysia demi melangsungkan perkahwinan anak lelaki tunggalnya, Erwan Zakwan bin Omar. Erwan Zakwan bin Omar, 28, merupakan CEO Dream Shine Malaysia. Bakal isteri kepada Erwan Zakwan bin Omar masih menjadi rahsia.

Dada Kyra turun naik. Surat khabar dihempaskan ke atas meja. Dengan kasar, Kyra bangkit dari duduknya. Kunci kereta di capai. Dengan langkah yang laju, Kyra keluar dari biliknya tanpa memesan apa-apa kepada Yani. Dia menuju ke keretanya.

Setelah berada di dalam kereta, Kyra memecut laju ke syarikat Dream Shine. Dari matanya, sudah jelas memberitahu perasaan Kyra waktu ini. Stereng kereta digenggam erat sehingga merah tangannya.

Kyra marah, Kyra geram, Kyra rasa tertipu. Ezo menipunya. Ezo mempermainkannya. Selama ini, Ezo hanya berpura-pura. Tak guna! Sepanjang perjalanan, fikiran Kyra mula terbayang waktunya bersama Ezo.

Dia selalu kata Ezo miskin, dia hina Ezo. Dia kutuk Ezo. Dia kata Ezo gigolo, pakai baju curi, perfume tiruan… Patutlah Ezo mampu memakai kereta Audi. Patutlah Ezo mampu membawanya ke restoran mewah. Ah!! Dia tertipu. Kyra rasa tertipu. Dan… duit yang Kyra beri pada Ezo, dia sumbangkan pula pada badan kebajikan. Apa maksud Ezo? Nak menghinanya?

Dua puluh minit kemudian, Kyra tiba di syarikat Ezo. Kakinya laju saja memasuki Dream Shine. Tanpa menghiraukan orang disekelilingnya, Kyra terus menuju ke kotak lif. Macam dia tahu saja bilik Ezo di tingkat berapa.

Pintu lif terbuka. Kyra melangkah masuk. Beberapa orang pekerja Dream Shine turut memasuki ruangan lif tersebut. Mata Kyra terpaku pada butang-butang nombor. Dia mahu ke tingkat berapa? Kyra buntu. Dia tak tahu.

Kyra memandang orang di sebelahnya. “Excuse me, may I know which floor Ezo’s room is?”

“Ezo?” soal lelaki yang berada di sebelahnya.

“Err, Erwan Zakwan Omar.”

Lelaki itu memandang Kyra pelik. Dia teragak-agak mahu menjawab pertanyaan Kyra.

Kyra mula rasa geram. “Could you please tell me? I have to meet him as soon as possible,” kata Kyra tegas.

Lelak itu sedikit tersentak. “15 miss,” jawab lelaki itu laju.

Tanpa ucapan terima kasih, Kyra terus menekan butang 15.

Kyra terus keluar dari kotak lif apabila sudah tiba di tingkat lima belas. Langkahnya laju mencari bilik Ezo. Bukan susah nak cari bilik Ezo. Ruangan ini hanya mempunyai sebuah bilik. Di hadapan pintu bilik itu, terpampang nama Ezo.

ERWAN ZAKWAN OMAR

CEO DREAM SHINE.

Tanpa mengetuk pintu, Kyra terus menerjah masuk. Terpinga-pinga setiausaha Ezo yang sedang leka menghadap skrin komputer. Dia terus bangkit dan ingin menghalang Kyra namun Kyra lebih pantas.

Ezo baru saja pulang dari mesyuarat bersama lembaga pengarah. Penatnya belum hilang lagi. Tiba-tiba biliknya diterjah. Terkesima Ezo apabila melihat Kyra. Ezo mula gelabah. Dia bangun dan mendekati Kyra. Fani, setiausaha Ezo bagaikan ingin menyatakan sesuatu. Ezo memberi isyarat untuk Fani meninggalkan mereka.

Mata Kyra mencerlung memandang Ezo. Dadanya turun naik. Bibirnya diketap kuat. Perasaan marahnya membuak-buak.

Ezo mula gelabah. ‘Macam mana Kyra tahu ni? Ah… tak guna. Pasti kerja media. Hancur rancangan aku,’ gumam Ezo.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Ezo.

Ezo tersentak. Pipinya yang putih mula bertukar merah. Kuat sungguh tamparan Kyra. Perit.

“Penipu! Awak kejam. Kenapa awak tipu saya?” marah Kyra lantang.

Ezo melekapkan tangan ke pipi yang baru saja menerima tamparan dari Kyra. “Kyra, I can explain. Saya tak tipu awak.”

“What kind of explaination you have, huh? Awak sengaja buat saya macam ni kan? Awak nak permainkan saya. Bodohnya saya. Saya tak sangka awak anak kepada pemilik Dream Shine. Selama ini, mesti awak ketawakan saya kan? Awak kejam. Awak main-mainkan saya. Puas hati awak sekarang? Puas? Saya dah tahu awak orang kaya. Malah lebih kaya dari saya. Puas hati awak? Gelaklah…” Suara Kyra makin lama, makin kendur. Tubir matanya mula berair. Dia menarik nafas, cuba menahan tangisan.

Ezo pantas menggelengkan kepalanya. “Kyra… awak dengar dulu penjelasan saya. Saya tak ada niat nak main-mainkan awak. Saya tak gelakkan awak. Kekayaan tak penting Kyra. Tu semua dunia je. Saya buat semua ni ada sebab.”

“Sebab? Sebab apa?” marah Kyra dalam sambil menahan tangis.

Ezo menghela nafas. “Kita duduk dulu ya? Bincang baik-baik.”

Kyra kaku di tempatnya.

Ezo buntu. Terpaksa dia pegang bahu Kyra dan bawa gadis itu ke sofa. Mujur berlapik. Ezo duduk di sebelah Kyra. Jauh sedikit kedudukannya.

“Kyra… saya nak minta maaf pada awak. Tapi saya tak ada niat langsung nak permainkan awak.” Ezo menarik nafas, mencari kekuatan. “Saya bukannya merahsiakan dari awak. Tapi cuba awak fikir semula. Awak yang cop saya sebagai orang miskin. Saya pakai baju berjenama, awak kata saya curi. Awak cop saya gigolo. Saya tak ada niat pun nak tipu awak. Awak yang anggap saya macam tu,” jelas Ezo.

Kyra mengetap bibir. Dia memandang Ezo. “Tapi, kenapa awak tak pernah beritahu saya? Kenapa awak diamkan je?” soal Kyra.

Ezo melurutkan tangannya ke rambutnya. Dia mengeluh kecil sambil memandang Kyra sayu. “Pernah ke awak tanya tentang saya? Pernah ke awak nak ambil tahu?”

Kyra mengangguk laju. “Saya pernah tanya awak. Saya tanya pasal family awak. Tapi awak tak cakap apa-apa pun.”

“Okey, fine! Tapi, kalau saya cakap pun, awak percaya ke?”

Kyra terdiam. Kelu lidahnya untuk membalas kata-kata Ezo. Dari nada Ezo, dia tahu Ezo terluka.

‘Aku percaya ke kalau dia cakap dia anak orang kaya?’ tanya Kyra dalam hati.

Ezo meraup wajahnya. “Penting ke semua ni? Saya manusia biasa je. Saya tetap saya. I am who I am. Ezo yang awak kenal dulu, sama dengan Ezo sekarang ni. Tiada beza pun. Saya tak pentingkan harta. Saya pentingkan kasih sayang. Saya sayang awak. Cukup setakat itu. Tidak perlu lihat harta.”

“Ke… kenapa awak terima tawaran saya dulu? Sedangkan awak anak orang kaya?” soal Kyra pelik.

“Because I was attracted to you. Awak ingat senang-senang ke saya nak bagi nombor phone saya pada perempuan yang tak kenal. Saya bagi pada awak sebab saya tertarik pada awak. Bila awak cadangkan tawaran tu, saya terima. Even saya akui, saya ada hidden agenda. Saya nak bersama awak, saya nak rapat dengan awak. Sebab tu saya terima offer awak. Dan saya akui, saya nak tundukkan sikap ego dan angkuh awak masa tu. Makin lama saya bersama awak, saya makin tertarik. Even awak selalu hina saya, kutuk saya… saya tak kisah. Cuma bila awak hina perasaan saya… saya tak dapat terima. Itu saje,” jelas Ezo penuh perasaan.

Kyra terkedu dan dalam masa yang sama, dia terharu. “Tapi kenapa awak masih rahsiakan dari saya? Kenapa awak tak berterus terang?”

Ezo senyum nipis. “Saya ingat nak buat kejutan untuk awak nanti. Saya nak beritahu awak pada hari pernikahan kita. Tapi awak dah tahu dulu.”

Kyra mula berubah rentak. Kalau tadi marah, sekarang mood dia sudah biasa je. Dia sedar akan kesilapan dirinya. Dia yang mulakan hal ini. Mulutnya gatal saja cop Ezo tu miskin. Pandai-pandai je menilai orang.

“Maaf… saya terburu-buru. Err, sakit tak pipi awak?” soal Kyra mula rasa bersalah.

Ezo buat muka keanak-anakan. Kepalanya dianggukan. “Perit tau. First time kena tampar,” adu Ezo.

“Sorry… saya over react. Maafkan saya. Awak tamparlah saya balik,” pinta Kyra bersungguh-sungguh. Dia rasa bersalah.

Ezo menggeleng laju. “Eh, tak nak saya. Awak ingat saya ni dayus ke nak tampar perempuan? Orang yang saya sayang pulak tu.”

Kyra tersengih. “You love me, don’t you?”

“Of course!! I love you more than you love me.”

“Macam mana awak tahu? Awak boleh ukur ke?”

Ezo tersenyum nakal. “Saya tak boleh ukur, but I know…. I love you more than you love me.”

Kyra menjongketkan keningnya. “Really?”

“Then, you love me more than I do?” soal Ezo nakal.

Kyra mengangguk perlahan.

“Wow… surprise.. You do love me?”

Kyra tersipu malu. “Yes I do. Okey, stop talking about this. Malulah.”

Ezo tersenyum-senyum. Bahagianya dia kini. Lega Ezo… marah Kyra tidak lama. Senang saja dia pujuk Kyra. Mudah saja dia tenangkan hati Kyra.

“Sayang, since you know who I am, I want to make a confession today,” ucap Ezo lembut.

Kyra mengerutkan dahi. Entah mengapa, dia berdebar pula. “What is it?”

“Cincin tunang yang awak pakai tu, saya yang reka. Khas untuk awak. The only one. Awak takkan jumpa kat mana-mana cincin tu.”

Mulut Kyra sedikit terlopong. Matanya merenung cincin di jarinya. Bibirnya menguntum senyum. Dia memandang Ezo semula. “Oh my God!! So sweet, Ezo. Thanks… thanks a lot.”

Ezo membalas senyuman Ezo.

“Dah tak marah lagi?” duga Ezo.

Kyra geleng. “Tak… happy.”

Ezo gelak halus. “Cool. Saya ada satu lagi confession.”

“Apa dia?”

Ezo menjauhkan dirinya. Bibirnya tersenyum nakal. “Actually, saya memang ada niat nak main-mainkan awak,” ucap Ezo jujur.

Kyra memandang Ezo geram. “Apa? Sampai hati awak…,” marah Kyra dalam nada sedikit manja.

Ezo terkekeh ketawa. “Awak tu… bongkak sangat. Sombong. Ego pulak tu. Sebab tu saya nak kenakan awak.”

“Yelah… saya ni jahat, sombong, prejudis, ego, bongkak… apa lagi?” soal Kyra dalam nada rajuk.

“Tapi saya tetap cintakan awak walau bagaimana pun sikap awak. I love you for who you are. Plus, awak dah berubah sekarang.”

Kyra menguntum senyum.

“Boleh saya tanya awak sesuatu?” tanya Ezo sambil mengecilkan matanya.

Kyra mengangguk.

“Apa yang membuatkan awak berubah?”

Kyra membuang pandang. Dia tidak mahu memandang Ezo. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berubah. Secara mendadak pulak tu. Dia dapat mimpi pelik dan kerinduannya pada Ezo yang buat dia berubah. Benarkah sebab ini.

Ezo menjongketkan kening kirinya. “Tak nak jawab?”

“Entahlah… dah dapat hidayah agaknya. Saya terasa nak berubah. Salah ke?”

“Taklah. Apa yang salahnya. Berubah kepada kebaikan.”

Kyra tersenyum manis. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. “Err, Ezo… kenapa awak dermakan duit pada Teratak Kasih atas nama saya?”

Ezo mengerutkan dahinya. “Mana awak tahu?”

“Saya dapat surat jemputan…”

“Awak pun dapat?”

Kyra mengangguk. “Yelah… kenapa awak derma atas nama saya?”

“Duit tu kan duit awak…”

“RM 100 ribu tu? Duit yang saya bank-in pada awak ke?” tanya Kyra ingin kepastian.

Ezo mengangguk.

“Tapi… tukan milik awak. Bukan duit saya.”

“Tu duit awak… saya saje je mintak lebih-lebih time awak tanya berapa saya nak. Saja nak tengok muka awak marah. Comel,” usik Ezo bersama sengihan nakal.

“Hisy… jahat!!”

Ezo tergelak kuat. Kelakar melihat muka Kyra. Sekarang, Ezo dapat merasakan kebahagian. Kebahagian bersama insan tersayang.

Mereka terus berbual sesama sendiri. Perbualan kali ini terasa istimewa buat diri Kyra. Kini, dia tidak lagi ragu dengan cinta Ezo. Dia yakin Ezo mencintainya sepenuh hati. Begitu juga dia. Dia mencintai Ezo. Terlalu mencintai Ezo.

“Apa agaknya reaksi daddy bila tahu awak ni pemilik kepada Dream Shine, bukannya pekerja. Mesti terperanjat macam saya kan?” soal Kyra setelah lama mereka berbual.

Ezo tarik sengih. “Daddy awak dah lama tahu.”

“Hah? Biar betul?” soal Kyra terperanjat.

Ezo mengangguk. “Daddy awak tahu sendiri. Bukan saya yang cakap. Cuma awak je… awak yang tak ambil berat pasal saya. Siapalah saya ni kan…,” ucap Ezo berpura-pura merajuk.

“Ceh, merajuk pulak. Hmm, awak… saya dah laparlah. Jom makan… dah tenghari ni,” ajak Kyra manja.

“Baiklah tuan puteri. Kita makan sama-sama ya. Malam ni tak payah makan sama-sama lagi,” gurau Ezo.

“Alah… malam ni lain. Sekarang lain.”

Ezo dan Kyra sama-sama tergelak. Wajah mereka jelas menunjukkan mereka tertalu gembira. Kalau dulu, Kyra membenci Ezo, kini tidak lagi. Dulu, pandangan Kyra penuh dengan kebencian. Sekarang, penuh dengan cinta.

Kini, hari-hari mereka ditemani dengan gurau senda, gelak tawa, ucapan cinta. Mereka terlalu bahagia. Berseri-seri muka mereka. Mereka tidak sabar menanti hari pernikahan mereka yang akan berlangsung pada 20 November 2010. Bukan saja mereka yang tidak sabar. Umi Ezo lagi tak sabar. Umi Ezo dan Julia yang beria-ia menguruskan perkahwinan mereka.

Kyra sudah rapat dengan keluarga Ezo. Umi dan Julia melayannya dengan baik. Abah pula… walaupun abah lebih suka diam, tetapi abah baik. Kadang-kadang abah buat lawak. Kelakar juga. Tan Sri Haidar turut selesa dengan keluarga besannya. Dia bersyukur. Tindakannya mengugut Kyra memang tepat sekali.

Dia tahu Kyra mengupah Ezo. Tan Sri Haidar licik orangnya. Awal-awal lagi, dia sudah mengupah penyiasat peribadi untuk mengintip pergerakan Kyra. Pada mulanya, dia marah. Tetapi apabila dia melihat Kyra dan Ezo, hati kecilnya yakin Kyra dan Ezo saling mencintai. Justeru, dia hanya menjadi pemerhati. Hasilnya, anaknya, Kyra dapat mengecap kebahagiaan. Inilah yang dipanggil cinta sejati.

Tan Sri Haidar dapat menarik nafas lega dengan melepaskan satu-satunya anaknya kepada Ezo. Dia suka Ezo. Ezo tidak pernah menyinggung perasaannya. Pandai ambil hati. Dia senang berbual dengan Ezo. Ezo merupakan seorang yang berpengetahuan luas.

Masing-masing tidak sabar Kyra dan Ezo disatukan. Begitu juga empunya diri. Mudah-mudahan, dengan izin Allah, mereka akan kekal bahagia selamanya. Amin.

Akad nikah CEO Dream Shine
2010/11/21

PUTRAJAYA: CEO Dream Shine, Erwan Zakwan Omar selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Kyra Nurailiz Tan Sri Haidar dengan sekali lafaz, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, semalam.

Erwan Zakwan Omar, 28, dan Kyra Nurailiz , 28, dinikahkan bapa pengantin perempuan, Tan Sri Haidar bin Yunus sambil disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali, dengan mas kahwin RM80 pada jam 11 pagi.

Erwan Zakwan Omar tiba kira-kira jam 11 pagi bersama sembilan dulang hantaran, manakala Kyra Nurailiz tiba 15 minit kemudian diiringi 11 dulang hantaran untuk pihak lelaki. Kedua-dua pengantin kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih pada majlis akad nikah.Turut sama memberi restu ialah ibu bapa Erwan Zakwan Omar.

Monday, November 29, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -SORRY-


Assalamualaikum and salam sejahtera.

Aku nak minta maaf untuk cerita Gadis Ego vs Lelaki Misteri. After this, I’ll explain. Jam menunjukkan pukul 5.10 am. Aku tak tidur lagi. Tunggu azan. Lepas solat baru tidur. *Jangan tiru aksi aku*

Mulanya aku nak cakap pasal entri terbaru GEvLM. Kamu sudah baca tak? Okey tak? Maklumlah… menaip pada pukul 2 pagi. Otak pun mereng sikit. Mesti pelik kan, kenapa cerita ni laju je aku post. Let me tell you why… sebab aku nak concentrate pada Balqis dan Rezza. Sejak Ezo menganggu hidup aku, Balqis n Rezza tak jalan je. Sebab GEvLM ni, pembaca selalu minta nex n3. Nevermind… aku tak kisah. Thanks for reading. Mula-mula pressure gak, tapi lama-lama da boleh cope with it.

Back to first subject. GEvLM ep 22. Eh, cheesy eh? Jiwang ke entri tu? Aku pakai taip je. Time kat bukit tu actually tak nak buat. Tapi kena gak buat sebab mestilah ada babak Kyra confess her feeling kan? Kan? So, kena buat jugak… Lilin n picnic di malam hari 2, langsung tak pernah terlintas di fikiran aku. Bila aku taip, aku perasan, cam over pulak. Jiwang kan? Oh no!! ada ke aku seorang yang jiwang karat? Nah!! I’m not. I guess so. Sorry kalau you guys tak suka. FYI, part dating cam 2, beralas kan kain 2, agak cliché dengan cerita aku iaitu Teman Serumah atau Cinta. Dalam TS@C, ada babak di mana Izzat dan Fir duduk dia atas kain sambil menghayati deruan ombak. Huhu. Hampir sama kan? Cuma setting je lain. Tapi tak sama sangat kot. Hehe. Kamu baca dan kamu nilai.

And then, ada kah terlalu drastik ep 22 ni? Well, aku memang nak cepat sampai ke babak ni. Babak ni memang perlu ada di ep 22. Nyatakan pendapat anda. Aku taip laju je. So, aku rasa cam drastik je. Leave your tots okey? =)

About d SORRY matter…

First, aku nak minta maaf kalau ada salah ejaan. Tegur aku eh? Sebab aku memang malas nak check. Kalau eng, boleh pakai check spellin n grammar… tapi malay kot… SORRY… Kadang-kadang MS Word auto-correct, aku tak perasan. Contoh: Ke apa, dia tukar kea pa. Byk lagi la.

Second, aku nak minta maaf sebab time aku buat cerita ni aku tak fikir pasal duration. Kyra nak kahwin bulan 11. Bulan lapan of cos bulan puasa. Tapi aku bantai je. Tak buat pun pasal bulan ramadhan. Padahal cerita ni bermula pada bulan 6. Lepas tu, Kyra ada tonton cerita Death Place… padahal cerita tu baru je keluar. N of cos bulan 11. Time aku buat babak Death Place 2, aku baru je tengok dengan BFF aku. So, aku nak minta maaf kerana kesilapan ini. Nak tukar leceh. Harap kamu semua dapat maafkan.

Honestly, ni first novel aku yg aku tak jaga masa. Pakai tibia ikut suka otak aku je. But dun worry… untuk TS@C, aku jaga masa… Ikut dengan elok… Untuk Balqis n Rezza pun sama. Ada buku yang mencatat tarikh mereka. Senang sikit. Takdelah hari ni rabu. Tiba-tiba kesokkan harinya Sabtu pula.

Maaf atas kesulitan. Maaf atas kesilapan. Maaf atas kelalaian. Maaf atas kecuaian. Maaf, maaf dan Maaf. Seribu kali maaf buat kalian semua.

Harap kamu semua tak kisah. Ikuti saja kisah itu tanpa ikut logik masa. Boleh ke?