Thursday, July 22, 2010

Rahsia Hati--- Bab 19 ~END~

Sekarang sudah bulan Mac, tak lama lagi keputusan SPM akan keluar dan Naufal akan balik. Sudah tentu Naufal ingin mengambil result SPM. Aku menanti dengan sabar. Aku hanya terperap di dalam rumah. Aku tiada teman untuk keluar bersama. Sofea kini berada di Singapura, tinggal bersama mak longnya. Aku bersendirian di sini. Malam-malam, aku asyik menangis apabila aku teringat saat aku bersama dengannya.

Aku sangat merindui detik itu! Apa yang sedang dia buat sekarang? Sihatkah dia? Kenapa dia tidak menghubungiku?

Keputusan SPM akan diumumkan lusa namun Naufal masih belum pulang. Sofea pun sama. Tapi Sofea ada menghubungiku. Katanya, dia akan pulang esok. Malam baru sampai Melaka. Setiap kali mama Hanim telefon, dia tak pernah bercakap tentang Naufal. Aku pula segan mahu bertanya. Mungkin Naufal akan balik esok. Yang penting, aku dapat berjumpa dengannya lusa.

Hari yang di tunggu tiba juga. Aku melonjak gembira bila aku mendapat 10 A. Naufal turut mendapat 10 A. Aku mengucapkan syukur. Tercapai juga cita-citaku. Papa dan mamaku memelukku sambil mencium kedua-dua belah pipiku.

Mataku meliar mencari Naufal. Tapi hampa. Tidak kelihatan. Yang aku jumpa Sofea. Sofea menghampiri ku bersama Ikram. Sofea menyalami mamaku. Ikram pula menyalami papaku.

“Tahniah Leya,” ucap Sofea dan Ikram serentak.

Aku mengukirkan senyuman. “Tahniah jugak kat korang berdua. Korang pun dapat straights A’s. Ramai pelajar batch kita dapat straight A’s kali ini. Hampir enam puluh orang. Penat pengerusi majlis menyebutkan nama tadi.” Aku memberi komen. “Err, korang nampak Naufal tak?” soalku perlahan. Tidak mahu papa dan mamaku mendengarnya.

Ikram dan Sofea menggeleng. “Dia tak contact aku pun,” kata Ikram. Aku mengeluh hampa. Tiba-tiba, aku ternampak Mama Hanim. Aku berlari anak berjumpa mama Hanim.

“Ma..” Aku memanggil. Mama Hanim menoleh. Bila terpandangkan aku, dia mengukirkan senyuman.

Mama Hanim memelukku sambil mengucapkan tahniah kepadaku. Aku turut mengucapkan tahniah buat Naufal. “Naufal mana, ma?” soalku.

“Dia masih di London. Mama pun tak tahu bila dia nak balik. Mama kamu mana?”

Aku menunjukkan jariku ke arah mama. Aku kecewa. Kenapa Naufal tidak balik lagi? Aku mulai sebak. Sofea mendekatiku. Aku memandangnya. Ikram turut mampir.Mama Hanim pula menuju ke arah mama ku.

“Naufal tak balik lagi. Dia ada kat London,” ucapku dan saat itu juga air mataku mengalir. Aku sedih. Sangat-sangat sedih. “Penat aku tunggu dia. Setiap hari aku tunggu. Setiap hari aku ingatkan dia. Aku rindukan dia. Aku nak jumpa dia. Kenapa dia tak balik lagi?” Aku meluahkan perasaanku tanpa segan silu lagi. Aku sangat kecewa.

“Err, Leya.. Kau sukakan dia ke?” soal Ikram teragak- agak.

“Ya, aku suka dia. Aku suka dia dah lama. Tapi aku ingat Naufal tak suka aku. Dia ada ramai peminat.” Aku memberitahu rahsia hatiku.

“Then, Faris?” soal Sofea pula.

Aku sudah teresak-esak. “Aku dah berpisah dengan dia. Sebelum SPM lagi, aku tidak berhubung dengan dia. Cuma waktu birthday aku, dia nak celebrate dengan aku. Time tu aku kecewa dengan Naufal sebab aku ajak dia keluar pada hari jadi aku dengan alasan aku nak keluar dengan dia buat kali terakhir, tapi dia tolak. Aku terima Faris dulu sebab dia baik, aku senang dengan dia. Lagipun, Naufal pernah kata kami dah macam sekeluarga. Dia sayang aku. Aku ingat dia sayang aku sebagai ahli keluarga so aku buang jauh-jauh perasaan aku. Aku tak nak kecewa.” Aku menjelaskan perkara sebenar sambil merenung lantai.

Tiba-tiba, aku dengar sesorang berdehem. Aku mendongak. Tak mungkin! Aku tergamam. Naufal kini berada di depanku. Dia memakai topi yang aku berikan dulu. Naufal menghampiriku. Aku kaku.

“Hai.. Long time no see. Kau sihat?” soal Naufal tenang.

Aku terdiam. Lidahku kelu. Aku segan. Sudah tentu Naufal telah mendegar pengakuanku sebentar tadi. Aku memandang bawah.

“Kau tak nak cakap dengan aku ke? Kau macam nak luahkan sesuatu je?”

Aku mengigit bibirku.

“Kau tak sudi pandang aku pun. Penat aku datang sini guna pintu Doraemon. Tak apalah. Aku balik dulu. Kau tak suka pun aku balik,” rajuk Naufal. Dia melangkah pergi.

Aku pantas mendongak lalu memanggilnya. Naufal berhenti melangkah. Aku mendekati Naufal. “Kau suka aku?” soalku sambil memandangnya.

Naufal merenungku. “Kau rasa?” duga Naufal.

“Aku tahu kau suka aku sebab aku pun suka kau.” Aku menjawab penuh yakin. Entah dari mana aku dapat keberanian ini.

Naufal mengukirkan sebuah senyuman. “Aku suka kau. Aku sayang kau. Jadi girlfriend aku nak tak?”

Aku mengangguk sambil tersenyum gembira.

Hari ini hari yang cukup bermakna buatku. Aku dan Naufal meraikan kejayaan kami di Kenny Rogers. Papaku yang berlanja. Kedua-dua ibu bapa kami turut meraikan. Terlerai sudah rinduku pada Naufal. Segala gurau senda Naufal yang ku rindui terlerai juga.

Naufal sudah kembali seperti dulu kala. Aku sangat gembira. Tiba-tiba aku teringat, kenapa mama Hanim mengatakan Naufal belum balik lagi? Lalu aku memandang mama Hanim. “Mama Hanim.” Aku memanggil dengan panggilan penuh kerana kedua-dua mamaku berada di situ. Mama Hanim memandangku.

“Kenapa mama kata Naufal belum balik lagi?” soalku.

Kemudian, semua yang ada ketawa mendengar. Aku pelik. Naufal turut ketawa.

“Sorry lah, Leya. Mama dah berpakat dengan Naufal,” jawab Naufal.

Aku memandang Naufal yang sudah terkekek ketawa. Maknanya ini semua rancangan dia? Jangan-jangan Sofea dan Ikram turut berpakat. Mereka tiba-tiba saja hilang tadi. “Bila kau balik sini?” Aku menyoal.

Naufal menjuihkan bibir. “Dah jadi girlfriend Naufal pun masih beraku kau,” rungut Naufal di hadapan ibu bapa kami.

Malunya aku. Menyedari semua mata memandangku, aku membetulkan kata. “Err, bila Naufal balik sini?”

Naufal tersenyum. “Dah seminggu.”

Aku merenungnya. “Seminggu? Sampai hati Naufal tak contact Leya. Dahlah Naufal tak pernah call Leya. Tak pernah online.”

Naufal mengaru kepalanya. “Sorry.” Itu sahaja yang keluar dari mulut Naufal.

Tiba-tiba mama Hanim bersuara. “Kalau Leya nak tahu, Naufal ke London sebab nak jauhkan diri dari Leya. Katanya Leya tak suka pada dia. Mama dah lama tahu Naufal suka Leya. Hmm, dia merajuklah tu sampai larikan diri ke London.

“Mama!” Naufal menjerit kecil. Mukanya merah mungkin segan denganku. Aku sudah tergelak kecil.

“Mama Farah cakap kat mama, Leya asyik duduk dalam bilik. Kadang-kadang nangis.” Mama Hanim bekata lagi. Kemudian mamaku mencelah. “Mama tahu Leya rindukan Naufal. Mama yang bagitahu Naufal bila dia balik sini.”

Aku memandang mamaku. “Mama dah tahu Naufal sudah balik?” Mama mengangguk. “Kenapa mama tak bagitahu Leya?”

“Naufal suruh mama rahsiakan.”

Aku memandang Naufal dengan perasaan geram. Dia buat muka selamba. Lalu, aku mencubitnya.

“Papa tak kisah kamu nak bercinta. Asalkan pandai jaga diri. Kamu pun dah besar. Lagipun papa suka tengok Naufal dan Leya,” kata papa Riz. Papaku turut membenarkan kata-kata papa Riz.

Aku tersenyum dalam hati. “Err, bila papa Riz pindah balik ke Melaka?”

“Mulai sekarang, kami duduk di sini semula. Urusan papa di sana sudah selesai,” jelas papa Riz.

Aku mengukirkan senyuman. Maknanya aku boleh berjumpa Naufal setiap hari. Gembiranya aku.

Saat ini, aku berada di taman rempah. Naufal mengajakku jalan-jalan di Bandar Melaka pada malam minggu. Di Taman Rempah, kami mengelilingi Sungai Melaka menaiki bot. Aku sungguh gembira dapat keluar dengan Naufal sebagai girlfriend dia. Sungguh aku tak sangka Naufal yang sangat kacak itu menyukai aku. Aku sangat bertuah.

Kemudian, kami window shopping di Jonker Walk. Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Jonker Walk selalunya sesak kerana ada pasar malam. Pasar malam ini bukanlah pasar malam yang biasa. Selalunya barang yang di jual di sini sangat menarik. Contohnya, accessories perempuan, sandal yang cantik dan binatang peliharaan. Teringat aku pada Sofea yang membela hamster. Minat betul Sofea dengan hamster.

Setelah window shopping di Jonker Walk, Naufal mengajakku berjalan sepanjang Sungai Melaka. Aku hanya menuruti kehendaknya. Tiba-tiba Naufal berhenti melangkah. Dia memusingkan badannya menghadapku.

“Leya, hulurkan tangan sekejap,” pintanya.

Aku mengerutkan dahi. “Kenapa?”

Naufal tersenyum. “Hulurkan jelah. Banyak soal la Leya ni,” rungut Naufal.

Aku mencebik namun aku tetap menghulurkan tanganku padanya. Tiba-tiba Naufal meletakkan sesuatu pada tapak tanganku. Aku tekejut dengan tindakan Naufal itu lalu tanpa membuang masa, aku melihat tapak tanganku. Sebentuk cincin. Aku terkedu.

“Ni cincin untuk couple. Naufal beli kat Jonker Walk tadi. Kalau Leya sayang Naufal, Naufal nak Leya pakai cincin ni. Once Leya tanggalkan cincin ni means that our relationship is over,” ucap Naufal.

Tak dapat nak gambarkan perasaanku saat ini. Lalu, aku mengukirkan sebuah senyuman yang manis buat Naufal. Aku menyarungkan cincin itu pada jariku. Naufal yang sedar dengan tindakanku turut mengukirkan sebuah senyuman.

Rahsia Hati--- Bab 18


Sudah sebulan lebih Naufal berada di London. Rinduku padanya sudah menggunung. Hari yang ku lalui, hambar. Tiap-tiap hari aku menonton rakaman yang aku rakam sewaktu Naufal menyayi lagu cuba. Aku mulai suka lagu itu. Menyesal pula kerana aku hanya merakam detik itu. Gambar Naufal sekeping pun aku tak ada. Aku agak terkilan.

Aku menantikan panggilan dari Naufal namun tiada. Dia juga tidak online. Aku kecewa. Kenapa dia tidak menghubungiku. Mama Hanim ada juga menghubungiku. Kenapa Naufal buat aku macam ini.

Hubunganku dengan Faris semakin hambar. Aku tiada perasaan padanya lagi. Baru aku sedari, aku sebenarnya menyayangi Naufal lebih dari seorang abang. Dalam masa sebulan ini, aku asyik memikirkan kata-kata Sofea dan Ikram.

Kadang-kadang untuk mengelakkan bosan, aku bermain piano. Aku jarang keluar rumah. Aku hanya keluar bila aku ada latihan kereta. Aku kini sedang memohon Lesen D iaitu lesen kereta.

Hujung minggu ini, Faris mengajakku keluar. Aku nekad ingin memutuskan hubungan dengannya. Aku berlaku tidak adil jika aku masih bersamanya sedangkan aku asyik merindui Naufal.

Aku menuju ke rumah Sofea selepas berjumpa Faris. Aku sudah pun berpisah dengan Faris. Kini, aku ingin bertemu Sofea. Mahu menuntut penjelasan dari Sofea. Perasaan ingin tahuku membuak-buak di tambah pula rinduku pada Naufal. Sofea menyambut dingin kedatanganku.

“Aku nak cakap sikit dengan kau, boleh?” tanyaku perlahan.

Aku memandang Sofea penuh mengharap. Dia mengajakku ke biliknya. Aku mengikuti langkah Sofea.

“Aku dengar kau demam panas hari tu.. Kau dah okay ke?” tanya Sofea.

Aku tersenyum. Masih prihatin Sofea terhadapku walaupun Sofea bertanya dalam nada yang tegas. Tapi, aku curiga. Mana Sofea tahu? “Aku dah okay. Hmm, mana kau tahu?”

“Bukan urusan kau. Kenapa kau datang sini?” soal Sofea sambil duduk di atas katilnya.

Aku duduk berhadapan dengan Sofea. “Kau kawan aku sejak Form 1. Kawan rapat aku. Tetapi kenapa kita jadi macam ni? Kenapa kau benci aku? Kau marahkan aku ke?” Aku bertanya kepada Sofea. Aku harap selepas ini hubungan aku dan Sofea semakin pulih.

Sofea terdiam. Aku mulai sebak. “Cakaplah. Kenapa kau benci kat aku? Apa aku dah buat? Aku nak tahu,” desakku dengan suara yang lirih.

Sofea tetap membisu. Aku mula menangis. Aku pun tidak tahu kenapa aku mudah menangis belakangan ini. “Aku sayang kau, Sofea. Aku rasa kehilangan sangat. Kau dan Naufal tiba-tiba menyisihkan aku. Aku pelik. Kenapa Sofea?” Aku bersuara lagi.

Sofea masih tidak memberi reaksi. Hanya mendiamkan diri. Aku berusaha memujuknya. “Aku terasa bila kau tak rehat dengan aku. Kau sisihkan aku. Kau asyik bersama Nina. Asal kau buat aku macam ni? Jahat sangat ke aku ni? Beritahulah aku. Aku rindu sangat kat kau. Aku rindu saat kita bersama. Aku sangat rindukan Naufal. Aku rindu sangat kat dia. Dah lama aku nak keluar jalan-jalan dengan Naufal sebab aku rindu saat itu. Tapi Naufal semakin menjauhkan diri. Aku kecewa. Aku lagi kecewa bila aku tak ada kawan untuk kongsi apa yang aku rasa. Kau dah benci aku. Sekarang, Naufal dah tak ada. Aku rindu kat dia. Tapi kat siapa aku dapat kongsi apa yang aku rasa.” Aku merintih kesedihan. Segala yang aku rasa, aku luahkan pada Sofea.

Aku sudah teresak-esak. Tiba-tiba, dapat aku rasakan Sofea memelukku. Aku memandangnya sambil menangis.

“Maafkan aku, Leya. Aku… aku pun rindukan kau.” Sofea turut sebak.

Aku merenggangkan pelukan sambil menyeka mataku. “Kenapa kau buat aku macam ni Sofea?” soalku ingin tahu.

Sofea melepaskan satu keluhan berat. Dia teragak-agak untuk menjawab. “Err, actually Ikram ada bagitahu aku rahsia Amirul. Hanya aku dan Ikram tahu.” Sofea berterus terang.

Aku merenung Sofea. Rahsia apa? Aku menunggu Sofea menyambung bicaranya. Tidak lama kemudian, Sofea menyambung katanya. “Actually, Amirul dah lama suka kat kau.”

Aku terlopong. Tidak percaya. “Sejak bila?”

“Sejak kecik lagi. Dia sangat sayang kat kau sejak kecik. Dia suka sakat kau. Tak silap aku, masa kau sekolah rendah, Amirul asyik nak berkepit dengan kau. Kata Ikram, apa yang kau buat dia nak ikut sebab dia nak setiap waktu bersama kau. Dia sayang kat kau. Dia nak protect kau. Macam abang protect adik. Amirul kata waktu kau kecik, kau selalu sakit. Badan kau keding gila.”

Aku terkedu mendengar cerita Sofea. Jadi, Naufal mengikut segala perbuatan ku sebab nak menjagaku? Bukan ingin berlawan denganku seperti yang ku sangka selama ini? Tiba-tiba aku teringat detik aku bersama Naufal di taman. Aku pernah bertanya kenapa dia mengikuti apa yang aku buat. Katanya, dia ada sebab tersendiri. Inilah sebabnya? Aku terkedu.

Sofea menyambung ceritanya. “Bila dah semakin besar dia mula suka kat kau. Tapi, kau asyik cari pasal dengan dia. Nak bergaduh saja. Untuk menarik perhatian kau, dia buat benda yang kau tak suka. Sampailah kau benci dia. Kau selalu kutuk dia depan aku. Sebenarnya, dia tak ada niat pun nak berlumba dengan kau. Dia tak minat piano tapi dia terpaksa masuk sebab kau. So, dia kenalah work hard. Dia berusaha gigih. Dia pun tak sangka cikgu piano kau suka kat dia.” Sofea menarik nafas. Aku menantikan kata-kata seterusnya.

“Waktu kau berlagak depan dia pasal kau dapat ranking pertama waktu Form 4, dia geram sangat. Dia tercabar. Katanya, kau ego, tak boleh kalah dan macam-macam lagi lah. Sebab tu, dia ajak kau bertaruh untuk jawatan monitor. Ingat tak waktu tu kau geram sangat? Kau kalah so kena jadi hamba kau. Time baju dia kotor, dia termarah kat kau. Dia tak dapat kawal kemarahan dia. Sebab time tu ada budak kutuk kau. Kau pernah cakap Ikram sengaja letak kaki kat situ kan?”

Aku mengangguk laju. Kemudian, Sofea bercerita kembali. “Ikram tak sengajalah. Dia tak perasan kau nak jalan kat situ. Dia rasa bersalah sangat. Amirul pula dah tak tahu nak buat apa bila kau menyepikan diri. Atas nasihat Ikram, dia ajak kau berdamai. Ada satu hari Ikram terlepas kata, kau marah. Amirul advise kau. Tapi sejak tu, kau tak tegur Amirul lagi. Ikram rasa guilty so that dia berpakat dengan aku. Time aku dengan kau kat Dataran Pahlawan. Tengok cerita Kung Fu Dunk.”

Aku mendengar cerita Sofea dengan 1001 rasa. Macam-macam yang aku fikirkan. Kenyataan yang tidak pernah ku sangka.

“Hmm, Amirul sangat gembira bila kau dan dia dah semakin rapat. Memang itu yang dia nak. Ingat tak pasal mamat misteri yang kau selalu cakap kat aku?” soal Sofea.

Aku mengangguk. Lalu, Sofea menyambung bicaranya. “Amirul sanggup ponteng latihan semata-mata nak tengok kau bermain di padang. Aku cemburu betul dengan kau. Amirul sangat sayangkan kau. Tapi kau dah kecewakan dia. Tu yang buat aku marah. Aku geram kenapa kau sanggup buat dia macam tu.”

Sofea membetulkan duduknya sambil memeluk sebuah bantal. “Apa yang aku dah buat?” soalku.

Sofea menepuk dahi. “Takkanlah kau tak tahu. Kau boleh selamba badak pergi jumpa dia then cakap kau suka kat laki lain. Kalau kau kat tempat dia, apa yang kau rasa? Ikram bagitahu aku kau jumpa Faris kat stadium. Nak tahu tak kenapa atlet handal macam Amirul boleh kalah sewaktu acara kedua dia? Dia ternampak kau dengan Faris. Emosinya terganggu. Ikram yang memang dah tahu kenapa Amirul kalah, halang kau dari jumpa Amirul.”

Aku mengingat kembali detik itu. Ya, memang agak pelik Naufal boleh jauh ke belakang sedangkan dia juara pecut. Paling teruk pun dia akan berada dekat dengan peserta lain. Namun, pada saat itu, Naufal jauh ke belakang.

“Then, kau pulak dengan selamba bagitahu kau dah couple dengan si Faris. Amirul kata kat Ikram, kau sangat gembira. Frust gila Amirul time tu. Sebab tu lah aku menjauh daripada kau. Aku kesian kat Amirul. Hmm, kalau kau nak tahu apa yang dia rasa sepanjang kau jadi girlfriend Faris, kau cuba dengar lagu Cuba nyanyian Faizal Tahir. Amirul suka sangat lagu ni. Cuba kau hayati lirik lagu ni. Ni je yang aku tahu.”

Sungguh, aku sangat terperanjat dengan cerita Sofea. Aku tidak sangka selama ini Naufal menyukaiku. Aku terus pulang ke rumah setelah mendengar cerita Sofea. Aku mencari lirik lagu Cuba di intenet lalu aku ‘Print’ lirik itu. Aku mendengar lagu Cuba sambil menghayati liriknya. Selama ini aku hanya mendengar lagu ini.

Cuba kau dengar, Cuba kau cuba

Diam bila ku cuba tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada, Bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara, setia ku mendengar

Agar tenang kau merasa.

Siapa, sebenarnya aku padamu

Mungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu

Dan bila tiada lagi teman bermain

Kau pulang mendapatkan aku, Itulah aku padamu.

Cuba kau lihat, Cuba kau cuba

Renung ke mata aku bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada, Bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri

Dan bila kau jemu, setia ku menunggu

Agar senang kau merasa

Siapa, sebenarnya aku padamu

Mungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu

Dan bila tiada lagi teman bermain

Kau pulang mendapatkan aku

Itulah aku

Maafkan kerna ku tak pernah

Melintas tuk menulis padamu

Salahkan ku

Tak mungkin lagi aku meminta

Untuk kau mendengar, untuk kau melihat ke mataku

Siapa, sebenarnya aku padamu

Mungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu

Dan bila tiada lagi teman bermain

Kau pulang mendapatkan aku

Itulah aku padamu.

Aku memasang lagu ini dua kali dan aku menangis. Adakah ini yang Naufal rasakan? Aku menonton semula rakaman Naufal bernyanyi. Dan aku menangis lagi. Patutlah dia menghayati lagu ini. Kenapa aku tak sedar? Aku menceritakan segala kegembiraanku bersama Faris kepada Naufal.

Tentu Naufal sakit hati. Patutlah dia mula berubah. Mengapa Naufal tidak memberitahuku? Argh, dia selalu kata dia sayang padaku. Tapi aku yang anggap Naufal sayang aku sebagai adik. Bodohnya aku!

Naufal, aku nak jumpa kau. Aku pun suka kat kau. Baliklah. Aku merintih sendirian. Aku ingin bertemu dengan Naufal. Cepatlah pulang.

Sejak mengetahui Naufal menyukai diriku, aku mengurungkan diri dalam bilik. Aku memikirkan sikap kejam ku pada Naufal. Dan aku paling kesali, saat aku berjanji dengannya untuk ke Pantai Puteri. Aku yang mengajaknya tapi aku juga yang mungkir janji.


Rahsia Hati--- Bab 17


Keesokan harinya, aku bersiap-siap untuk bertemu papa Riz dan mama Hanim. Err, Naufal juga. Aku rasa berdebar-debar pula ingin bertemu mereka. Naufal dah nak pergi. Aku takkan dapat jumpa dia dalam tempoh tiga bulan.

Tiba-tiba, aku terdengar mama menjerit namaku. Lalu, aku keluar dari bilikku lalu turun ke tingkat bawah.

“Cepatlah, Leya. Papa Riz dah nak bertolak tu,” gesa mama.

Aku keluar rumah akhirnya. Saat itu, aku lihat Ikram, Sofea, Afiq, Jason, Nina turut datang untuk bertemu Naufal. Naufal sedang berbual dengan mereka. Aku berpura-pura tidak melihat mereka. Aku menuju ke arah mama Hanim.

“Ma, Leya tak tahu pun mama nak pindah. Malam tadi baru Leya tahu,” ucapku setelah menyalami mama Hanim.

“Lah, mama ingat Naufal dah beritahu. Bertuah punya budak. Maaflah Leya.” Mama Hanim memelukku tiba-tiba.

Aku membalas pelukannya. “Tinggal sorang je mama Leya.” Aku berjenaka.

Mama Hanim ketawa. Ketawa mama Hanim menarik perhatian Naufal untuk memandang belakang. Saat itu, mataku bertentang dengan matanya. Aku menjadi sebak tiba-tiba. Tidak mahu melayan perasaan sedih yang hadir, aku melarikan pandangan.

Papa Riz menghampiriku dan mama Hanim. Aku menyalami tangannya. “Bawa kereta berhati-hati, ya papa Riz,” pesanku.

Papa Riz tersenyum. Papa Riz mengusap rambutku kasar seperti Naufal. Aku terkedu. Sudah lama Naufal tidak berbuat begitu.

“Kamu tu.. jaga rumah ni baik-baik.” Papa Riz memesan pula.

Aku mendongak memandang papa Riz. “Papa ni, bukannya nak suruh Leya jaga diri baik-baik. Ada ke patut suruh Leya jaga rumah baik-baik,” rungutku.

Papa Riz dan mama Hanim tergelak. “Papa gurau jelah. Jaga diri baik-baik, ya Leya. Jangan buat papa dan mama risau. Dulu bolehlah mama Leya minta Naufal nasihatkan. Sekarang Naufal dah tak ada. Pandai-pandai jaga diri. Leya dah jumpa Naufal ke belum?” soal papa Riz.

Lambat-lambat aku menggeleng.

“Hisy, Leya ni. Pergi jumpa cepat. Papa Riz dah lambat ni. Tak sempat Leya nak berbual dengan Naufal nanti.”

Aku hanya membisu. Tercegat di depan papa Riz. Macam mana aku nak jumpa Naufal? Takkan nak pergi sana. Seganlah. Menyedari aku masih tercegat di depan papa Riz dan mama Hanim, mama Hanim memanggil Naufal ke mari.

“Papa dah nak bertolak ni. Kamu belum jumpa Leya pun lagi,” ucap mama Hanim ketika Naufal menghampiri kami. “Bang, mari jumpa Farah dan Azman. Tinggalkan budak berdua ni.” Mama Hanim memberikan ruang untukku bercakap.

Jantungku berdegup kencang. Mama Hanim dan papa Riz sudah meninggalkan kami berdua. Kini tinggal kami sahaja. Aku mengetap bibir. Tidak tahu nak kata apa.

“Err, thanks sebab bagi aku jaket tebal tu.” Naufal memulakan bicara.

Birthday aku semalam, tapi aku yang bagi dia hadiah. Dia tak beri aku hadiah pun. Di tangannya kosong. Jangan-jangan dia lupa birthday aku semalam. Aku melepaskan keluhan kecil.

“Sorry eh, kalau aku ada buat kau kecik hati.” Naufal berkata lagi.

Aku memberanikan diri memandangnya. Baru aku perasan Naufal memakai topi yang ku hadiakan dulu. Aku tersenyum. “Aku pun nak minta maaf. Mana tahu kata-kata aku ada menyinggung perasaan kau. Sorry. Anyway, thanks ‘cuz wearing that cap.”

Aku menoleh memandang ke arah lain. Tidak sanggup lagi memandangnya. Bagai nak terkeluar jantungku.

Naufal menarik nafas dalam lalu menghembusnya. “Err, take care. Jangan bersedih. Make yourself happy.” Naufal memberi nasihat.

Aku mengangguk. “Kau pun jaga diri kat tempat orang. Kirim salam kat nenek kau. Kalau free, call lah aku. YM ke.”

Kemudian kami sepi. Hanya berdiri. Masing-masing tidak tahu nak cakap apa. Tiba-tiba papa Riz panggil. Dia sudah mahu bertolak. Aku dan Naufal menghampiri kereta.

“Thanks ‘cuz sudi hantar aku.” Naufal bersuara tiba-tiba.

Aku menoleh ke arahnya. Aku mula sebak. Namun aku cuba mengawal diri. “You’re welcome.”

Kemudian Naufal menuju ke arah temannya. Naufal memeluk semua kawan lelakinya. Aku memandang ke arah mereka. Naufal sedang berkata sesuatu kepada Nina, kemudian Sofea. Tidak lama kemudian, Naufal menghampiriku yang sedang berdiri berhampiran pintu kereta.

“Take care. Aku sayang kau,” ucap Naufal perlahan sambil mengusap kepalaku lembut.

Aku tersentak. Naufal mengucapkan sayang seperti dulu dan dia mengusap kepalaku. Ah, terlalu lama aku tidak merasai detik ini. “Aku sayang kau juga,” ucapku antara dengar atau tidak.

Naufal melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta yang di pandu papa Riz mula menjauh. Aku terkaku memandang kereta papa Riz. Naufal sudah pergi. Air mata yang cuba ku tahan sejak tadi tumpah juga. Pantas, aku menyekanya.

“Leya, papa dan mama masuk dulu,” beritahu mama.

Aku hanya mengangguk. Nina, Jason dan Afiq mula mengundurkan diri. Kini hanya tinggal aku, Sofea dan Ikram. Aku memandang ke arah Sofea yang sedang menghampiriku. Aku menghadiakan sebuah senyuman buat mereka.

“Nah,” ucap Ikram sambil menghurkan beg kertas yang dipegangnya dari tadi. “Hadiah birthday kau dari Amirul.” Ikram menjelaskan.

Aku terpempan. Naufal ingat birthday aku. Kenapa dia tidak mahu memberikannya sendiri tadi. Aku mengambil beg kertas itu dari tangan Ikram sambil mengucapkan terima kasih. “Kenapa dia tak bagi kat aku sendiri?” soalku ingin tahu.

“Habis tu, dah kau keluar dengan boyfriend kau, macam mana dia nak bagi,” kata Sofea sinis.

“Sukalah kau. Amirul Naufal yang kau benci, yang kau kata ego, sombong, berlagak tu dah melarikan diri ke London sebab kau.” Ikram menempelak pula.

Aku tersentak. Apa maksud Ikram? Naufal melarikan diri ke London? Sebab aku? Bukankah dia ke London kerana ingin tinggal bersama neneknya. “Kenapa kau kata macam ni?” soalku pelik.

Ikram ketawa sinis. “Nak tanya lagi. Sendiri fikirlah.”

“Kau tahu tak Amirul dah banyak sakit hati dengan sikap kau tapi dia masih layan kau. Dia tu manusia biasa juga. Ada tahap kesabarannya sendiri. Ada ego juga. Bila dia tak layan kau, kau marah. Kau cakap kami sisihkan kau. Fikirlah sebab apa? Sebab kau juga.” Sofea membentak.

Aku terdiam. Mereka tahu pasal ni? Argh, sudah tentu Naufal beritahu Ikram dan Ikram beritahu Sofea.

“Kalau kau nak tahu, Naufal pergi London sebab nak larikan diri dari kau. Dia dah tak tahan dengan kau. Kau anggap dia macam patung. Bila kau nak, kau cari. Tak nak, kau buang. Dia bukan patung. Dia manusia jugak. Ada perasaan. Sampai hati kau buat dia macam ini,” marah Ikram lagi.

Aku hanya membisu. Tidak faham apa yang mereka maksudkan. Aku tak mampu berkata apa-apa.

“Jom Ikram. Tak payah layan perempuan kejam macam dia ni,” kata Sofea kejam.

Mereka sudah berlalu pergi. Aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang longlai. Aku menuju ke bilikku bersama hadiah Naufal. Sampai sahaja di bilik, air mata yang ku tahan sejak tadi, mengalir laju. Aku bersandar di pintu. Aku terduduk di situ.

Naufal sudah pergi. Aku tak dapat melihatnya lagi. Aku dah tak dapat bergelak tawa bersamanya. Tiada lagi teman bermain. Aku mengeluarkan hadiah pemberian Naufal.

Sehelai selendang yang sangat cantik dan sebuah pemain MP4 model baru. Ada sepucuk surat di dalam beg kertas ini. Lalu, aku membuka surat itu.

Leya,

Happy Belated Birthday! Aku yakin kau akan dapat surat ini pada hari aku berangkat ke London. Maafkan aku sebab aku tak dapat sambut birthday kau. Maafkan aku juga kerana bersikap dingin dengan kau saat kau datang ke rumah aku. Pada hari kita habis jawab paper SPM. Aku tak berniat buat kau berkecil hati cuma aku ada problem sikt waktu itu. Sorry sebab aku tak bawa kau untuk celebrate hari kita tamat SPM. Ikram yang ajak aku keluar. Mungkin kau sedar yang dia tidak berapa menyenangi kau. Mungkin kau tak tahu kenapa dia bersikap begitu.

Percayalah, kau tak salah apa-apa. Sorry sekali lagi sebab aku menolak cadangan kau waktu kau ajak aku keluar pada hari Ahad. Aku sedar birthday kau pada hari Ahad. Dan aku yakin kau akan celebrate dengan Faris. Aku tak nak kau tersepit antara aku dan Faris. Waktu kau menangis pada petang Sabtu, aku rasa bersalah sangat. Maafkan aku meninggalkan kau begitu saja. Kau ada tanya aku, apa salah kau? Trust me, kau tak salah apa-apa. Jangan fikirkan sangat, ya.

Lama-lama, okaylah si Sofea tu. Sorry 4 everything. Terimalah hadiah aku ni. Lawa kan selendang tu. Harap kau suka. Kau manis sekali bila bertudung. Hmm, MP4 tu… aku dah masukkan lagu yang aku suka. Dengarlah kalau sudi. Hee.. Jangan delete! Hmm, last but not least, take care. Aku sayang kau.

L.o.L

Amirul Naufal

Aku sungguh terharu membaca suratnya. Naufal terlalu baik. Aku sayang kau juga. Sekarang tentu Naufal masih berada dalam kereta. Aku mencapai telefonku, ingin menelefonnya. Namun nombor Naufal tidak aktif. Dia offkan phone. Aku mengeluh hampa. Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata Ikram dan Sofea sebentar tadi. Apa maksud mereka?

Naufal larikan diri sebab aku? Tapi kenapa. Aku dikatakan menganggap Naufal umpama patung. Bila masa aku buat Naufal macam patung? Siapa yang boleh menjelaskan tuduhan yang dilemparkan mereka padaku? Naufal sudah pergi. Sofea? Ikram? Aku mengeluh. Tak mungkin mereka ingin menjelaskan padaku. Benarkah kata Sofea bahawa Naufal selalu sakit hati denganku? Bilakah jawapan aku akan terjawab.

Aku bangun menuju ke katilku. Aku genggam selendang pemberian Naufal. Aku mendengar lagu yang Naufal masukkan ke dalam MP4 yang di berikannya. Aku tersenyum. Lagu pertama ialah lagu Faizal Tahir, Cuba. Tergambar semula saat Naufal menyanyikan lagu itu untuk aku. Mujur aku rakam. Boleh juga aku mainkan semula. Di mana ya video camera aku?

Aku bangun lalu cuba mencarinya. Beberapa minit kemudian, aku sudah menemukan video camera milikku. Aku menonton semula detik indah itu. Aku tersenyum melihat Naufal yang begitu menghayati lagu itu.