Saturday, December 11, 2010

Teman Serumah atau Cinta 6

Keesokkan harinya, seperti yang dijanjikan, Izzat menghantarku ke kampus dengan kereta mewahnya. Rupanya, Izzat ada discussion bersama teman-temannya. Aku menyuruh Izzat menurunkan aku di kedai gambar yang agak jauh sedikit dari kampus seperti biasa. Aku tidak mahu orang perasan. Dari situ, aku berjalan menuju ke kampus.

Aku terus menuju ke kelasku. Langkah dicepatkan. Mana taknya. Jam dah pukul 10. Harap-harap lecturer tak masuk lagi. Aku membuka pintu perlahan-lahan. Aku melihat keadaan kelasku. Bising je. Miss Laily tak masuk lagi la tu. Dengan selamba aku masuk ke dalam kelas. Eka sudah pun sampai. Aku menuju ke arahnya. Di sebelah Eka terdapat tempat kosong yang memang dikhaskan untukku. Eka selalu copkan tempat aku.

“Wei, asal lambat?” soal Eka sewaktu aku menghampirinya.

Aku tersengih. Aku duduk di sebelah Eka. Beg diletak atas meja.

“Berseri je muka. Tahulah dapat jumpa abang dia semalam,” usik Eka.

Aku memandang Eka. “Mana kau tahu?” soalku terperanjat.

“Aku nampak kau. Kau nak tahu tak semalam laki kau cari kau macam orang gila tau. Dia tanya aku mana kau,” beritahu Eka.

Aku terlopong. “Habis kau jawab apa?”

Eka mengangkat keningnya. “Well, aku kan kawan kau. Tak sampai hati pula aku nak cakap kat dia yang kau keluar dengan Iwan. Aku cakap aku tak tahu kau kat mana.”

“Kesianlah dia.”

Eka tergelak kecil. “Tahu pun. Yang kau tu curang kat dia lagi kesian tau.”

“Eka!!” jeritku. Aku tak suka Eka kata macam tu. Rasa macam diri aku ni jahat sangat.

“Hisy, kau ni. Dahlah. Aku minta maaf. Aku tahu kau tak suka aku cakap macam tu. Chill lah.”

Aku memandang Eka. “Jangan cakap macam tu lagi. Aku tak suka.”

Eka memegang tanganku lembut. “Okay, okay.”

Perbualan kami terhenti sewaktu Miss Laily melangkah masuk ke dalam kelas. Kelas yang tadinya bising macam kat pasar menjadi sunyi. Masing-masing hormatkan Miss Laily. Walaupun Miss Laily tak garang dan baik hati, kami tak pernah melawan kata dia. Kami senang dengan Miss Laily. Dahlah comel.

Tamat sahaja kelas, aku terus keluar. Aku tidak mahu Izzat menungguku seperti semalam. Eka memahami diriku. Dia tidak kisah aku meninggalkannya. Kebiasaannya, kami makan tengahari bersama.

Aku menuju ke luar kampus. Tak nampak Izzat pun. Takkan belum habis discussion. Pagi tadi dia yang suruh aku menunggu di luar kampus. Aku berjalan sekitar kampus. Mana tahu ternampak Izzat. Tiba-tiba aku ternampak Izzat di sudut hujung sana. Dia tidak nampakku. Sedang asyik berborak dengan seorang perempuan. Perempuan yang pernah aku dan Eka nampak.

Entah-entah itu Izyan. Izyan yang menelefon Izzat sewaktu kami di Pulau Sibu. Hisy, Izzat ni. Tadi kata discussion. Ni discussion ke dating? Hai, Fir… Jealous ke? Hmm, tak ada masa.

Lama lagi ke dia nak berborak ni? Kalau lama lagi, baik aku makan dengan Eka. Takkan nak call dia. Ganggu pula. Handphoneku berbunyi. Dari Fizwan. Aku terus menjawab panggilan itu. Salam diberikan.

“Sayang, you kat mana ni?” soal Fizwan selepas menjawab salamku.

“Kampus. You?”

“Hmm, samalah. Ada hal sikit. Sayang, malam ni free tak?”

Aku berfikir sebentar. Nak keluar ke tak malam ni? Izzat macam mana? Semalam baru baik.

“Sayang…” panggil Fizwan.

Aku tersedar. “Hmm, I tak tahu. Kenapa?”

“Kenapa you tak tahu? You ada hal ke? I nak bawa you ke birthday party kawan I,” terang Fizwan.

“Ohh… tengoklah dulu. I tak janji.”

“Sayang… kenapa ni? You tak nak temankan I ke?”

Aku menarik nafas. “No, it’s not like that. Okaylah, malam ni you ambik I,” putusku.

“Okay sayang. Bye. Love you.”

Aku memutuskan talian. Kemudian, aku memandang semula tempat Izzat dan perempuan tadi. Kosong. Mana mereka pergi ni? Mana si Izzat? Handphoneku berbunyi sekali lagi. Kali ini dari Izzat. Terus aku menekan punat jawab.

“Nak balik dah ke?” soal Izzat.

“Hmm… Kau kat mana?”

“Belakang kau je. Jumpa kat kereta,” arahnya.

“Hmm, okay.” Talian dimatikan.

Aku mengatur langkah ke kereta. Izzat sudah pun menungguku. Dia mengukirkan senyuman buatku. Senyumannya ku balas.

“Nak makan apa lunch ni?” soal Izzat sewaktu kami sudah meninggalkan kampus.

Aku mengangkat bahu. “Entah. Kau nak makan apa?”

“Nasi.”

Aku memandangnya sekilas. “Ek eleh, loyar buruk pula kau. Memanglah makan nasi.”

Izzat tergelak kecil. “Relaxlah. Hmm, kita makan kat restoran yang dekat dengan apartment kita lah. Nak makan ke bungkus?”

“Bungkus!” jawabku pantas.

“Asal?? Takut ada orang nampak ke?” duganya.

Aku hanya mengangguk.

Izzat mencebik. “Apa yang kau nak takutkan sangat. Kita tak buat salah pun. Lagipun, apartment kita tu jauh dari kampus tau. Restoran tu pun. Tak ada siapa nampaklah,” rungut Izzat.

“Kau ni… membebel je. Kita kenalah berhati-hati. Kalau jadi gosip macam mana? Aku tak kisah kalau Iwan dengar gosip ni sebab dia memang dah tahu pasal kita. Tapi kalau makwe kau dengar gosip tu macam mana?”

Izzat memandangku. Dahinya berkerut. Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke hadapan. “Bila masa pula aku ada makwe ni?”

Aku mencebik. Habis tu, perempuan tadi tu siapa? Mestilah girlfriend dia. Takkan mak dia. Pura-pura tak tahu pulak.

“Hei, Fir… serious lah… Siapa makwe aku ni? Setahu aku, aku ni single je. Cuma status aku sekarang husband kepada Musfira Azwany.”

“Tak ada apa-apalah.”

Aku malas ingin menjawab pertanyaannya. Takkan aku nak cakap perempuan tadi tu makwe dia. Nanti dia fikir lain pula. Biarlah aku tak jawab. Tak penting pun.

“Lah… Tak nak cakap pula.”

Aku hanya mendiamkan diri. Dua puluh minit kemudian, kami tiba di restoran. Aku keluar dari kereta diikuti Izzat.


Malam itu, aku mengikuti Fizwan ke rumah kawannya. Aku hanya berpakaian ringkas sahaja. Majlis dibuat di rumah. Cantik betul rumah kawan Fizwan ni. Menurut Fizwan, kawannya itu sekelas dengan dia. Fizwan mengajakku pergi ke suatu tempat. Aku mengikuti langkahnya. Ramai juga yang hadir malam ni. Rata-rata budak MMU.

“Sayang, kenalkan ini, birthday girl,” tutur Fizwan padaku.

Aku mengukirkan senyuman buat gadis dihadapanku. Sungguh cantik. Tangan ku hulur. Gadis itu menyambut huluran tanganku sambil membalas senyumanku.

“Shamira,” tutur gadis itu memperkenalkan diri.

“Musfira.”

“Nah. Hadiah untuk kau,” ujar Fizwan pada Shamira.

Shamira menyambut hadiah tu sambil tersenyum. “Terima kasih. Baiknya hati belikan aku hadiah. Cantik girlfriend kau,” puji Shamira.

Aku tersenyum malu bila dipuji begitu. Fizwan pula tergelak kecil. “Biasalah. Awek aku kan. Mestilah cantik. Aku kan handsome.”

Shamira mencebik. “Perasan!”

“Hai, Shamira,” tegur satu suara di belakang kami.

Serentak aku dan Fizwan berpaling ke belakang. Berderau darahku tatkala terpandangkan wajah Izzat bersama perempuan pagi tadi. Perempuan yang sama. Mataku dan mata Izzat bertentang. Pantas, aku melarikan pandanganku. Dadaku berdegup laju. Aku tidak tahu kenapa. Aku cuba mengawal diri.

“Eh, hai Izyan. Aku ingat kau tak datang tadi,” kata Shamira pada perempuan itu.

Izyan. Jadi benarlah perempuan itu Izyan. Dialah yang menelefon Izzat. Dialah buah hati Izzat. Kenapa hati aku tak senang?

“Hei, mestilah datang. Nah, hadiah kau. Special buat kau.”

Tiba-tiba, aku terasa tangan Fizwan memeluk bahuku. Aku memandangya pelik. Dia hanya mengangkat kening. Ah, aku sungguh tak selesa saat ini. Kenapa Fizwan tiba-tiba menyentuhku sedangkan selama ini dia tidak pernah menyentuhku. Walaupun berlapik, aku tetap tak selesa.

“Thanks, Izyan. Siapa dengan kau tu?” soal Shamira ingin tahu.

Izyan tersenyum lebar. Dia menarik lengan Izzat. Aku terperanjat. Mataku terpaku di situ. Aku cuba mengawal debaran di dada. Aku tersedar tatkala Fizwan mencuit bahuku.

“Kenalkan ni, Izzat. He is my special,” ucap Izyan.

Aku hampir terlopong. Mujur aku dapat kawal diri. Tiba-tiba Fizwan berbisik padaku.

“Sayang, are you jealous with your husband?” bisik Fizwan.

Aku memandangnya. Kepalaku geleng perlahan. Fizwan tersenyum kecil.

“Hey, I macam pernah nampak you lah,” tegur Izyan padaku.

Aku tersenyum hambar. “Err, belajar kat UiTM Bandar kan?”

Izyan terangguk-angguk. “Hah! Betullah tu. Nama you siapa?”

“Musfira.”

“Korang satu U ke? Hmm, by the way, Musfira, Izyan ni kawan saya time sekolah dulu,” jelas Shamira.

Aku hanya mengangguk. Tiba-tiba pandanganku jatuh pada Izzat. Dia nampak biasa. Tak terasa apa-apa ke dia? Sedangkan aku sudah rasa tak selesa di sini. Dia hanya memandang ke luar. Tidak dihiraukan aku di depannya sekarang.

“Wei, aku blah dulu eh. Nak jumpa member kita yang lain.” Fizwan meminta diri.

Fizwan membawaku ke tempat lain. Jauh daripada mereka. Tangan Fizwan masih di bahuku. Aku cuba melepaskan diriku dari pelukannya.

“Why?” soal Fizwan.

“I tak selesalah.”

Fizwan memandangku. “Tak selesa atau you takut husband you marah?”

Aku mendengus. Pandanganku tajam menikam Fizwan. “Apa you ni? You tak pernah sentuh I kan? Kenapa tiba-tiba peluk I?”

“Whoa… You dah marah nampaknya. You marah I atau you marah husband you? Yelah dia kan dah ada girlfriend,” provoke Fizwan.

“Kenapa dengan you ni?”

Aku terus berlalu meninggalkan dirinya. Fizwan mengekoriku dari belakang.

“Sayang…” panggilnya.

Aku buat tidak tahu sahaja panggilannya. Aku terus melangkah tanpa tujuan. Kenapa sukar untuk aku bernafas saat ini? Aneh!

“Sayang…” Fizwan menarik lenganku sekaligus menghentikan langkahku. Lenganku dilepaskan. “Sayang, I’m sorry. I cuma… I jealous dengan husband you tu. I’m sorry okay. You janganlah macam ni,” pujuk Fizwan.

“Hmm…”

“You dah tak marah kan?” soal Fizwan ingin kepastian.

Aku hanya mengangguk. Fizwan tersenyum. Kemudian dia mengajak aku berjumpa teman-temannya. Lama juga kami di rumah Shamira. Ada karaoke. Sesekali mataku terpandang Izzat dan Izyan. Mereka sangat mesra. Dan entah mengapa hatiku sakit tatkala melihat kemesraan mereka.

Fizwan menghantarku pulang pada pukul 11 malam. Sewaktu aku melangkah masuk ke rumah, rumah dalam keadaan gelap. Pantas aku membuka lampu. Aku tahu Izzat belum balik. Keretanya tiada di bawah. Ke mana dia pergi? Setahu aku dia dan Izyan dah pun meninggalkan rumah Shamira lebih awal dariku. Ah, biarlah mereka nak ke mana pun. Bukan urusanku.

3 comments:

Anonymous said...

best cerita dia..
first saya baca dkt penulisan2u..
cari2 sambungan tapi x jumpa..
then trgrk hati utk baca GEvLM..
alih2 terjumpa link blog nie..
GEvLM sgt2 best..
btw,xda sambungan ke teman serumah atau cinta..??ternanti2 ni..=)
>>>>>>nuramirah<<<<<<

Anonymous said...

bez gileeeeeeeerr st0ry ni..xde n3 bru keerrr???x sabar nk taw crta selanjutnya..

aby kogiruo said...

best nyer....
x sbar nk tngok smbungan die...
akak wat smbungan die cpat skit tau...