Saturday, December 4, 2010

Teman Serumah atau Cinta 5


-Blog Version- (Lebih proper dr P2U. ^^)

Masalah! Jam ditangan aku kerling. 7.20 pagi. Adui, kelas pukul 8 ni. Ada presentation lagi. Kelas Madam Jue pulak tu. Matilah aku. Hai, kereta… Time macam ni lah kau nak buat hal. Kenapa tak esok lusa je?

Kenapa tak boleh start enjin ni? Waktu macam ni lah kau nak meragam. Takkan aku nak naik bas? Mesti lambat sampai kampus. Nak tunggu bas lagi. Dahlah biasanya sekarang jammed. Aku mencuba lagi. Kali ini dengan lafaz basmallah. Berharap enjin boleh start. Namun, keadaannya masih sama. Tak boleh!

Peluh sudah merenik di dahi. Aku dah macam cacing kepanasan. Buntu! Aku mana tahu pasal kereta ni. Mataku tiba-tiba terpandangkan kereta yang diparkir sebelahku. BMW Z4. Kereta Izzat.

“Fir, kenapa tak pergi lagi ni?” soal Izzat yang tiba-tiba muncul.

Tahu-tahu sahaja yang aku sedang berfikir tentang dia. Pandangku terarah pada Izzat. “Kereta aku… enjin tak boleh start,” aduku lemah.

“Hah? Tak boleh start? Berapa lama kau tak service?” Izzat bertanya sambil meghampiriku.

“Tak pernah.”

Mata Izzat membesar. “What??”

“Apa?” tanyaku lemah. Tiada mood untuk berkelahi. Fikiranku memikirkan macam mana aku nak pergi kampus.

Izzat mengeluh. “Jom naik kereta dengan aku,” ajak Izzat.

“Then kereta aku ni?”

“Aku uruskan. Nanti aku panggil mekanik. Now, take your stuff and put it in my car. Pergi kampus dengan aku je.”

Aku tidak memberi sebarang respon. Kaki ku bagaikan dilekat dengan gam.

“Jomlah,” ajak Izzat lagi.

Aku memandangnya takut-takut. “Nanti orang nam-”

“Oh my God! Fir, boleh tak untuk sekali ni kau jangan fikir pasal orang lain?” bentak Izzat geram.

Aku terdiam.

“Dah 7.30 pun. Kan kau ada presentation hari ni? Suka hati kau lah. Kau tak nak naik tak apa. Aku pergi sorang. Aku tak nak lambat.”

Aku mengetap bibir. Betul juga kata Izzat. Sekarang dah pukul 7.30 pagi. Macam mana aku nak pergi kelas? Pasti aku akan lewat. Ponteng? Memang tak lah. Awal-awal lagi Madam Jue dah pesan yang dia nak surat kalau ada yang tak datang kelas dia. Akhirnya, aku naik juga kereta Izzat.

“Kelas kau habis pukul berapa?” soal Izzat sewaktu kami dalam perjalanan ke kampus.

“Empat.”

“Tunggu aku. Kelas aku habis pukul lima. Kita balik sama-sama.”

“Hmm….”


Langkahku kaku. Mataku tertancap pada sekujur tubuh tidak jauh daripadaku. Dia sedang tersenyum. Dan senyumannya diberikan untuk aku. Aku membalas senyumannya. Langkahku atur menuju ke arahnya. Aku tak sangka dia akan datang ke kampus ku. Bila dia balik?

“Hai,” tegurnya.

Aku tersenyum simpul. “Hai. Bila balik? Tak bagitahu pun,” rajukku.

Si dia tergelak kecil. Aku senang mendengar gelakannya. “Surprise!”

Aku memukul lengannya. Perlahan. Sesungguhnya aku merindui dia. Disebabkan rindu yang melaut, aku tidak tahu ingin berkata apa. Aku hanya mahu menatap wajahnya. Wajah yang ku rindui.

“Sayang, you marah ke? I nak surprise kan you. You tak happy ke?”

Ah, Fizwan. Masakan aku tidak gembira. Dua minggu Fizwan. Dua minggu kita tidak bertemu. Pasti sahaja aku gembira melihat kau dihadapanku kini.

Aku menggelengkan kepala. “I happy la. I terperanjat tau. Tiba-tiba you kat depan I. Bila you balik?”

“Pagi tadi. I pun baru je sampai Melaka. I miss u badly, sayang. That’s why I terus jumpa you.”

Aku tersenyum gembira. “I miss you too.”

“Ada kelas lagi ke?”

Aku menggeleng. Mataku terpaku pada laman wajahnya. Tidak memandang tempat lain lagi. Umpama dunia ini milik kami berdua sahaja.

“Jom jalan-jalan. I nak spend my time with you today. Nak lepaskan rindu I pada you. Kita tengok wayang.”

Fizwan mula melangkah menuju ke keretanya. Kami berjalan beriringan. Hari ini aku akan luangkan masa bersama Fizwan. Sungguh aku rindu dia.

Seronok! Itulah yang aku rasa saat ini. Gembiranya dapat berjumpa Fizwan. Kami menonton wayang. Ah, sudah lama tidak menonton wayang bersamanya. Mujur aku dapat kawal diri. Jika tidak, sudah lama aku memeluk badan Fizwan. Fizwan menghantarku pulang tepat jam 11. Sewaktu aku melangkah masuk ke rumah, aku terpandangkan Izzat yang sedang menonton televisyen.

“Hai, tak tidur lagi ke?” soalku bersahaja.

“Tak mengantuk. Pergi mana tadi?” Izzat tidak memandangku. Matanya hanya pada kaca tv.

Aku tersenyum kecil. “Dating. Iwan dah balik. Tadi kitorang keluar tengok wayang,” jawabku ceria.

“Ohh…”

“Hmm, aku nak mandi dulu.”

Aku terus menuju ke bilikku. Ingin menyegarkan diri dan menunaikan solat. Aku meletakkan barang-barangku di atas katil. Tudung di buka. Kemudian aku mengambil tuala dan menuju ke bilik air. Mujur bilik aku ada bilik air sendiri. Tak perlu mandi di luar bilik. Bilik air di luar biasanya digunakan oleh Izzat.

Setelah selesai mandi dan menunaikan solat, aku keluar dari bilik. Tekak yang dahaga membuatkan aku mengatur langkah ke dapur. Sewaktu ingin menuju ke dapur, baru aku perasan dua bungkus polisterin. Dahiku berkerut. Namun, kakiku masih melangkah ke dapur. Aku mengambil air di dalam peti ais dan menuang air ke dalam gelas.

Izzat tak makan lagi ke? Kenapa sampai dua bungkus? Jangan-jangan…. Jangan-jangan dia tunggu aku. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Aku menepuk dahi sendiri. Macam mana aku boleh lupa? Ya Allah! Apa yang aku dah buat ni? Izzat dah pesan tunggu dia. Sepatutnya aku balik dengan dia. Mesti dia tunggu aku.

Aku terus melangkah ke ruang tamu. Muka Izzat biasa. Tidak tegang, tidak marah. Matanya masih pada skrin tv tapi aku yakin fikirannya tidak pada tv. Aku duduk di sebelahnya.

“Izz…” panggilku perlahan.

Izzat tidak memberi sebarang respon.

“Izz, sorry sangat. Aku lupa. Betul-betul lupa. Kau tunggu aku eh?”

Izzat membetulkan duduknya. “Hmm, ingat nak makan sama tadi.”

Aku makin rasa bersalah. Izzat langsung tidak memandangku. “I’m so so sorry, Izz. Aku betul-betul lupa kau suruh aku balik dengan kau. Bila aku keluar kampus je aku nampak Iwan. Terus aku lupa Izz. Sorry sangat. Lama kau tunggu aku?”

“Adalah dua jam,” jawabnya bersahaja.

Jawapannya membuatkan aku makin rasa bersalah. Dua jam? Pasti dia mencari-cari aku. Aku rasa bersalah sangat.

“Handphone kau mana? Aku call tak dapat pun,” tanya Izzat. Datar.

Ah? Handphone? Adui, handphone aku off tadi sebab ada kelas Mr. Mazlan. Memang kalau kelas dia aku off handphone. Takut! Lupa pula aku nak on balik. “Err, aku off. Lupa nak on. Izz, sorry eh. Kau mesti marah kan?”

Izzat membisu. Aku mengetap bibir. Macam mana ni? Aku tahu Izzat marah tapi dia simpan dalam hati. Aku tahu aku salah. Tapi aku betul-betul lupa. Bukan sengaja.

“Izz… Jom makan. Kau belum makan kan?” Aku cuba memujuk sambil mengoyangkan tangannya sedikit.

Izzat geleng. “Aku tak lapar.”

“Alah, janganlah macam tu. Aku rasa bersalah ni.” Tangan Izzat ku tarik untuk mengikutiku ke meja makan.

Izzat menarik semula tangannya. “Fir, aku tak laparlah. Kau buang je makanan tu. Aku ingat kau nak makan.”

Aku menarik nafas. “Izz… janganlah macam ni. Jomlah makan. Aku tahu kau marah aku.”

“Aku tak marah.”

Aku mendengus. Geram pula aku. “Kau ni… janganlah jadi budak kecik. Aku cakap sorry, sorrylah. Aku tak sengaja kan. Nak buat macam mana? Lagipun dah lama aku tak jumpa Iwan. Mestilah aku keluar dengan dia,” bentakku.

Aku sudah hilang kesabaran. Dari tadi Izzat hanya memandang skrin tv. Respon dia negative. Geram aku dibuatnya.

Izzat tersentak. Dia memandangku. “Yang kau nak marah-marah ni kenapa? Sepatutnya aku yang marah,” tutur Izzat dengan nada yang sedikit tinggi.

Izzat bangun dari duduknya. “Aku tahu kau dah lama tak jumpa Iwan. Jumpalah. Aku tak marah pun.”

Aku terdiam. Izzat sudahpun masuk ke dalam biliknya. Tinggallah aku di ruang tamu bersendirian. Aku mengetuk kepalaku. Apalah bengap sangat aku ni? Yang aku marah kenapa? Kan dah gaduh sekarang? Aku bangun, menuju ke meja makan. Bungkusan makanan itu ku ambil dan ku bawa menuju ke bilik Izzat. Pintu bilik Izzat ku ketuk.

“Izzat, bukalah pintu ni. We need to talk. I’m so sorry.”

Sepi. Aku menunggu seketika. Namun, pintu masih belum dibuka. Aku memujuknya lagi. “Izz… jom makan. Kalau kau tak nak makan, aku pun tak nak makanlah. Aku belum makan lagi. Lapar ni,” bohongku. Padahal aku sudah makan bersama Fizwan tadi.

Tiada respon. “Izz, bukalah. Kalau kau tak nak makan, kau temankanlah aku makan. Aku lapar ni. Kau tak sayang aku ke? Kau nak aku sakit?” umpanku.

Masih sama. Izzat tidak membuka pintu itu. “Izz, aku minta maaf sangat. Aku tahu aku tak sepatutnya marah kau. Maafkan aku sebab marah kau. Maafkan aku sebab buat kau tunggu aku. Maafkan aku sebab tak call kau. I’m so so sorry. Bukalah pintu ni. Jom makan sama-sama.”

Lama aku menunggu respon dari Izzat. Pintu masih belum dibuka. Aku melepaskan keluhan berat. “Kalau kau tak nak keluar tak apa. Aku tahu kau marah. Aku akan tunggu kau sampai kau buka pintu. Aku tunggu Izz.”

Aku duduk sambil menyandarkan badanku pada dinding di sebelah pintu bilik Izzat. Bungkusan makanan ku letakkan disebelahku. Kakiku lunjur. Hilang semua penatku. Nasib baik kelasku pukul 10 pagi sampai 12 pagi sahaja esok. Aku tiada kelas petang pada hari Jumaat.

“Izz, aku tak suka kita gaduh macam ni. Aku tahu aku salah Izz. Tapi aku tak suka kita gaduh,” bicaraku.

“Marahlah aku Izz. Pukullah aku. Tapi janganlah kau diamkan diri kau macam ni. Aku tak suka. Aku terseksa Izz,” tuturku lagi sambil bersandar.

“Izz, perut aku dah berbunyi ni. Kau tak kesiankan aku ke? Kau pun lapar kan?” pancingku.

Aku melepaskan keluhan. Aku melurut rambutku ke belakang. Serabut betul otakku. Entah mengapa aku rasa sangat bersalah pada Izzat. Aku tak akan tenang selagi dia tak pandang aku dan senyum padaku. Aku kenal Izzat. Kalau dia marah, dia suka pendam. Apa yang dia rasa, semuanya dia pendam. Dia tidak suka berkongsi. Kadang-kadang aku tengok Izzat gembira tapi sebenarnya dia sedang bersedih. Aku tahu setiap kali dia nampak nenek-nenek di jalan, dia akan teringatkan arwah neneknya. Aku tahu. Aku sedar. Tapi Izzat tak pernah beritahuku.

“Izz… bukalah pintu ni,” pujukku dengan suara yang perlahan.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Aku mendongak sambil mengukirkan senyuman. Izzat sudah membuka pintu. Dia memandangku. Aku tak tahu macam mana nak tafsirkan pandangannya itu. Sungguh, aku tak pandai baca apa yang berada di fikiran Izzat.

“Bisinglah kau ni,” ucap Izzat seakan marah.

Izzat keluar dari bilikknya. Bungkusan makanan di ambil dan dibawanya. Dia menuju ke meja makan. Aku berdiri. Mengikuti langkahnya dari belakang. Izzat mengeluarkan isi makanan di dalam polistrin dan letakkan ke atas pinggan. Kemudian dia memanaskan makanan itu di microwave. Izzat tidak memandangku. Aku hanya melihat tingkahnya.

Izzat mengeluarkan karton jus apple dan dituangkan ke dalam gelas. Gelas itu diletakkan ke atas meja makan. Dia memandangku. “Tak nak duduk ke?” Izzat bertanya.

Aku tersengih. Kemudian aku duduk di meja makan. Microwave berbunyi. Izzat mengambil makanan dan diletakkan di hadapanku. Kemudian dia mengambil sudu dan garfu buatku. Terharunya.

“Takkan tak makan time keluar tadi?” soal Izzat sinis.

Aku tersentak. Kepalaku geleng. Bohong sunat. Tapi Eka kata white lie is still a lie. Apa-apa jelah. Asalkan Izzat tak marah. Izzat mula melangkah ingin menuju ke biliknya semula. Pantas aku memegang tangannya. Menghentikan langkahnya.

“Tak nak temankan aku makan ke?” soalku mengharapkan dia tidak akan masuk ke bilikya.

“Tak boleh makan sorang ke?” soalnya pula.

Aku menggeleng kecil. “Tak.”

Izzat mendengus. “Mengada-ngada.”

Aku tersengih. Izzat duduk di hadapanku. Tapi matanya tidak memandangku langsung. Hmm, marahlah tu.

“Kau tak nak makan?” tanyaku. Sengaja ingin berbual.

Aku makan perlahan-lahan. Dah kenyang. Tapi sekarang terpaksalah pura-pura makan.

“Tak nak,” jawabnya ringkas.

“Aku tahu kau lapar. Aku suapkan eh?”

Izzat mengeleng. Aku tidak hiraukan gelenggannya. Tanganku sudah pun menyuakan sudu ke mulutnya. Izzat memandangku pelik. Aku mengerutkan dahi.

“Apa?” soalku pelik. Namun, aku tersedar. Takkan nak share sudu dengan dia. Tak pernah pula kami berkongsi sudu. “Opps… Sorry, sorry… Lupa pulak. Takkan nak share sudu kan. Jap… Aku ambil sudu lain.”

Aku sudah mahu meletakkan sudu ke pinggan namun gerakan tanganku terhenti bila Izzat memegang lenganku. Mataku memandangnya. Pelik dangan tingkahnya. Lenganku didekatkan dengan mulutnya. Dan… Izzat menyuapkan sudu di tanganku ke mulutnya.

Aku terlopong. Mataku terkebil-kebil. Biar betul! Kami berkongsi sudu! Izzat memandangku bersahaja sambil mengunyah.

“Kenapa? Terperanjat? Aku tak kisah share sudu pun. Tapi kau tak suka kan? Mesti kau geli nak makan pakai sudu tu,” tutur Izzat selamba.

Aku menelan air liur. Kata-katanya seperti mencabarku. Aku membalas pandangannya. “Taklah. Aku tak geli. Tengok ni,” kataku sambil menyuap makanan sambil menggunakan sudu yang sama.

Izzat mencebik. “Paksa diri ke? Geli cakap jelah geli,” provok Izzat.

Aku memandangnya tajam. Sudu di tangan ku letak di atas pinggan. “Kau ni kenapa? Tiba-tiba cari pasal. Aku tak paksa diri pun. Aku tak geli pun.” Aku bersuara lantang.

Izzat menyandarkan tubuhnya ke belakang. Dia menyilangkan tangan. Matanya masih merenungku. “Kenapa emo tiba-tiba ni?”

Aku mendengus. “Habis kau tu…”

“Calm down, Fir. Tadi kata lapar sangat. Makanlah,” tutur Izzat lembut.

Izzat ni peliklah. Sekejap macam orang yang tak ada hati perut, sekejap baik sangat. Suara pun lembut je. Pelik! Sungguh aneh! Memandangkan Izzat sudah bersuara lembut, aku cuba untuk menenangkan diri. Tujuan utama aku ialah ingin meminta maaf. Ingat tu!

“Kau pun lapar kan. Jomlah makan sekali. Aku panaskan makanan kau eh,” pujukku.

Izzat mendekatkan wajahnya. “Tak payah. Kita share makanan ni. Kau tak mampu habiskan, betul tak? Aku tahu kau tak lapar. Kau dah makan dengan Iwan kan?”

Alamak! Rahsiaku sudah bocor. Macam mana dia tahu. Aku menundukkan wajahku. Malu!

“Kau geli eh nak share makanan?” duga Izzat.

Aku memuncungkan mulut. “Mana ada… Sorry, aku tipu kau.”

Izzat tarik sengih. “Tak apa. Hmm, suap aku cepat. Tu pun kalau kau tak kisah.”

Aku tersenyum kecil. Lalu aku menyuapkan nasi goreng ke mulut Izzat. Kemudian, aku menyuapkan sesudu ke mulutku. “See! Aku tak geli pun. Aku tak kisah share makanan dengan kau. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe kita dah macam adik beradik. Aku tak pernah lagi share sudu dengan Iwan tau. Kau lah lelaki pertama.”

Izzat tersenyum senang. “Tapi kita bukan adik beradik. Kita husband and wife.”

“Whatever!”

Tiba-tiba aku teringatkan keretaku yang rosak pagi tadi. “Hmm, kereta aku macam mana?”

Izzat memandangku. Dia mengambil sudu ditanganku. Kemudian dia menyuapkan nasi ke mulutnya. “Aku dah hantar bengkel. Esok petang baru boleh ambil.”

Izzat menyuakan sudu pada mulutku. Giliran dia pula menyuapku. Aku membuka mulut. Entah mengapa aku suka dengan keadaan sekarang. Sweet sangat.

“Esok pagi ada kelas kan?” tanya Izzat.

Aku mengangguk. “Macam mana ni?”

“Pukul berapa kelas kau?”

“10 pagi.”

Izzat menyuapkan sesudu makanan ke mulutnya lagi. Aku pula menyisip air jus apple yang dituang oleh Izzat.

“Aku hantarkan kau esok,” ujar Izzat.

Hah? “Err, tak menyusahkan kau ke?”

Izzat hanya menggeleng.

“Esok kau tak ada kelas kan?”

“Tak apalah. Atau kau nak drive kereta aku tu?”

Aku pantas menggeleng. “Yelah, kau hantarkan.”

Izzat tersenyum kecil. “Good girl.”

Kemudian, dia menyuakan sesudu lagi padaku. Aku membuka mulutku. Perlahan-lahan aku mengunyah makanan. Tiba-tiba aku rasa sedap pula nasi goreng ni.

“Bestnya kongsi makanan macam ni. Lain kali kita share la. Baru syok nak makan,” tutur Izzat bersahaja.

Aku hanya tergelak. Izzat pula meneguk air di gelas yang ku minum tadi. Aku hanya menggeleng melihat perbuatannya. Aku tidak kisah berkongsi dengannya. Aku pun tidak tahu kenapa.

Setelah selesai makan dan mengemas meja, aku kembali ke bilik. Mood Izzat sudah baik. Sayangnya, terpaksa buang sebungkus nasi. Masing-masing dah kenyang. Aku mengeluarkan handphone dari beg. Aku mengaktifkan handphoneku semula.

Oh my God! 78 missed calls. 10 messages. Semuanya dari Izzat. Kesiannya dia. Pasti dia mencariku. Pasti dia risau. Sedangkan aku bersuka ria dengan Fizwan. Aku membuka mesej dari Izzat satu persatu.

Mesej pertama.

Fir, aku dah abes klas. Kau kat mana?

Mesej kedua.

Kau kat mana? Aku ada kat kereta.

Aku tunggu kau.

Mesej ketiga.

Fir, where r u? Dah satu jam aku tunggu.

Mesej keempat.

What happen 2 u?

Mesej kelima.

Fir, kenapa dengan kau ni?

Kau kat mana?

Mesej keenam.

R u okay? Aku risau ni…

Mesej ketujuh.

Dah pukul 7 Fir… Aku tak tahu kau kat mana..

Kau off hp… Aku balik dulu. TC.

Mesej kelapan.

Aku dah belikan makanan. Jaga diri.

Jangan balik lambat.

Mesej kesembilan.

Kenapa tak balik lagi? Kau ok ke?

Mesej kesepuluh.

Fir, aku risau ni. Kenapa tak balik lagi?

Dah malam ni.

Ya Allah! Kesiannya Izzat. Dia risaukan diriku. Lantas aku menghantar mesej padanya.

Izz, sorry. Aku dah buat kau risau.

Lain kali aku text kau dulu. Sry.