Monday, December 13, 2010

Lelaki Ego vs Gadis Misteri 7

Sudah tiga hari Damisya ditahan di wad. Hari ini dia sudah dibenarkan pulang. Sepanjang Damisya berada di hospital, keluarganya bergilir-gilir menemaninya. Along Damisya turut pulang, melawat Damisya. Puan Aisyah juga selalu menziarahi Damisya sambil membawa makanan kegemaran Damisya. Zahim pula…. Sejak peristiwa lewat malam itu, Zahim tidak lagi mengunjunginya.

Timbul rasa pelik dalam diri Damisya. Dirinya ternanti-nanti kedatangan Zahim. Namun, hampa. Zahim tetap tidak datang sehingga hari ini. Mahu saja Damisya bertanya pada Puan Aisyah tapi dia malu. Dia hanya mampu berdiam diri. Mungkin Zahim sibuk. Damisya cuba menyedapkan hatinya.

Pintu bilik Damisya ditolak dari luar. Muncul Bella bersama Puan Aisyah.

“Isya sihat hari ni?” soal Puan Aisyah prihatin.

Damisya senyum nipis. Dia masih memandang pintu bilik, mengharapkan si dia akan muncul. Tetapi… lain yang diharapkan, lain pula yang muncul. Aliff yang muncul, along kepada Damisya. Damisya cuba menyembunyikan kekecewaannya.

“Sihat je mak cik… Along, ibu dengan abah mana?”

“Jumpa doktor kejap.”

“Doktor, penyakit anak saya tu, tak boleh disembuhkan ke?” soal Puan Hasnah.

Doktor Afiqah tersenyum nipis. “Boleh… saya sendiri sudah mencadangkan pada Damisya supaya menjalani pembedahan… tetapi dia tak nak. Dia mahu meneruskan hidup tanpa menjalani pembedahan.”

“Kalau dia tak buat pembedahan, apa akan jadi doktor?” soal Tuan Yusoff pula.

Doktor Afiqah mengeluh. “Ketumbuhan di kepalanya akan membesar dan dia akan bertambah sakit. Kebiasaanya, dia akan terasa kebas, muntah-muntah, pening kepala, sukar untuk melihat dan dia akan cepat lupa.”

Tuan Yusoff dan Puan Hasnah saling berpandangan.

“Macam nilah… saya nasihatkan Damisya buat pembedahan. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, kita ada satu rawatan yang mudah untuk membuang ketumbuhan dalam otak. Rawatan ini dikenali sebagai pisau X, pembedahan terapi tiga dimensi atau stereotaktik radiosurgeri (SRS).”

Tuan Yusoff memandang Doktor Afiqah.

“Rawatan ini tidak melibatkan sebarang torehan di kepala. Tiada parut luka yang akan ditinggalkan. Memandangkan ketumbuhan di kepala Damisya tiga sentimeter, dia boleh menggunakan kaedah ini.”

“Bagaimana dengan peluang pembedahan ini? Anak saya akan selamat?” soal Puan Hasnah.

Doktor Afiqah mengangguk. “Menurut Persatuan Radiosugeri Sedunia 2003, kadar kejayaan rawatan ini mampu mengecutkan ketumbuhan sebanyak 100 peratus. Ketumbuhan Damisya masih kecil lagi. Seeloknya dia lakukan pembedahan secepat mungkin,” nasihat Doktor Afiqah.

“Baiklah… saya rasa itu yang terbaik buat anak saya. So, bila pembedahan boleh dilakukan?”

“Maaf… peralatan canggih untuk merawat ketumbuhan otak tiada di hospital kami. Di Malaysia, hanya ada beberapa buah hospital saja yang ada peralatan canggih ini. Saya cadangkan Damisya dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Saya boleh uruskan prosedur pembedahan,” jelas Doktor Afiqah.

Tuan Yusoff mengangguk-angguk.

“Bang, kita tanya Isya dulu la. Nanti marah pula si Isya tu.”

“Kenapa pulak? Kenapa dia nak marah?” soal Tuan Yusoff.

Doktor Afiqah mengukirkan senyuman. “Encik Yusoff dan Puan Hasnah berbincanglah dulu.”

Damisya mengeluh panjang. Badannya disandarkan di sofa rumahnya. Dia memandang abah dan ibunya.

“Ibu… angah tak nak kena bedah.”

“Kenapa angah tak nak?” soal Puan Hasnah lembut.

“Kalau angah bedah pun, belum tentu angah boleh hidup…”

“Siapa cakap? Abah dah tanya doktor tadi.”

Aliff dan Bella hanya menjadi pedengar. Tidak mahu masuk campur.

“Abah… angah selesa macam ni. Biarlah…”

“Sampai hati angah cakap macam tu. Ibu nak angah buat pembedahan tu. Ibu nak angah sembuh.”

Damisya tarik nafas dalam. “Angah takutlah ibu… Angah tak nak kena bedah.”

“Angah… pembedahan tu tak susah pun. Sekarang, kita sudah ada teknologi canggih. Abah dah tanya doktor tadi. Dia cakap, angah hanya perlu berbaring di atas katil. Rawatan tu dalam 30 minit je. Angah pun tak perlu tinggal wad… kena pantau sehari je. Lepas tu, angah dah bebas.”

Damisya mengeluh lagi. Dia tahu. Dia tahu rawatan ini. Doktor Afiqah pernah memberitahunya. Kepalanya tidak perlu ditoreh. Kata-kata Doktor Afiqah mula bermain di mindanya.

“Sistem ini menggunakan alat pengukur 3-dimensi dan komputer perancang yang digandingkan dengan alat pemecut linear. Ini bagi membolehkan, sinaran X yang dihasilkan merawat penyakit terbabit secara berkesan dan efisien. Berbeza dengan "pisau" pembedahan biasa, kaedah ini tidak menyebabkan pendarahan. Ini kerana ia menggunakan pancaran sinaran jitu seperti X-ray yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar,” jelas Doktor Afiqah.

Sebelum rawatan diberi, pesakit akan menjalani ujian imbasan analisis oleh pasukan yang bertanggungjawab mengendalikan misi ini. Perancangan teliti perlu dilakukan untuk menghasilkan pelan rawatan sinaran. Ini bagi membolehkan terapi sinaran ini dapat ditujukan betul-betul tepat pada sasaran yang ingin dirawat.”

“Pesakit perlu menggunakan bingkai khas yang dipasang di kepala. Bingkai ini, akan dipinkan di kepala tanpa menembus tempurung kepala bagi memudahkan proses rawatan yang memerlukan ketepatan kedudukan. Bingkai yang telah digunakan akan dibuang. Pakar radioterapi dan fizik akan mengira jumlah cahaya yang akan digunakan untuk merawat penyakit yang dihidapi.”

“Setelah mereka benar-benar yakin, dan dengan kebenaran pakar bedah otak, pakar radiologi dan radioterapi, pakar terbabit dibenarkan "menembak" ketumbuhan tersebut dari bilik khas. Komputer juga akan digunakan untuk mengawal pergerakan mesin supaya tembakan dapat dilakukan dengan tepat.”

“Angah… apa yang angah fikir tu?”

Suara Puan Hasnah menyedarkan Damisya dari lamunan. Untuk kali ke berapa, dia mengeluh lagi.

“Keputusan angah muktamad. Angah tak nak dibedah.”

Damisya terus bangun dan menaiki tangga. Walaupun dia tahu dia masih ada harapan, Damisya tetap tidak mahu menjalani rawatan. Dia ada sebab. Sebab kenapa dia tidak mahu menjalani rawatan ini.

Seminggu telah berlalu. Damisya masih berkeras tidak mahu menjalankan pembedahan. Tuan Yusoff dan Puan Hasnah sudah puas memujuk, namun Damisya masih dengan keputusannya. Aliff dan Bella juga sudah penat memujuk.

“Angah… adik tahu apa yang angah fikir,” kata Bella sewaktu mereka sedang minum petang di hadapan televisyen.

Damisya memandang Bella. “Apa yang adik cakap ni?”

Bella tertawa halus. “Dengar sini baik-baik. Adik cakap sekali je. Akak dengar dan cuba fahami.”

Dahi Damisya berkerut, pelik dengan sikap adiknya. Namun, dia masih mengangguk.

“It hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel.”

Damisya terdiam. Otaknya cuba memproses kata-kata Bella. Ayat Bella diulang lagi dalam hati. 'It hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel.'

Bella senyum nipis. Dia mendekatkan bibirnya pada telinga Damisya. “Kalau angah suka abang Im, angah kena bagitahu dia. Jangan pendam.”

Kemudian, Bella meninggalkan Damisya. Terpingga-pingga Damisya di sofa.

Sedang Damisya mencerna kata-kata Bella, kedengaran orang memberi salam. Dia bangkit dan melangkah ke pintu. Salam dijawab perlahan. Zahim. Terkesima Damisya. Sudah lama dia tidak melihat Zahim.

“Hai,” tegur Zahim bersama sengihan.

“Hai…”

“Err, aku nak cakap dengan kau kejap, boleh?”

Damisya mengangguk-angguk. “Masuklah…”

“Kat luar jelah.”

Damisya hanya menurut. Dia dan Zahim duduk di kerusi yang ada di laman rumah. Mereka duduk berhadapan.

“Lama tak nampak kau. Kau ke mana?” soal Damisya.

Zahim tersengih. “Aku… aku… hmm, ada hal sikit. Sorrylah…”

“No probs… so, kau nak cakap apa ni?”

Zahim menarik nafas. Dia memandang Damisya. “Ibu kau cakap, kau tak nak buat pembedahan. Kenapa?”

Damisya memandang tempat lain. Keluhan kecil keluar dari bibirnya. “Susah nak cakap… Complicated.”

“Make it simple then.”

“Alah… aku happy dengan hidup aku. Aku redha. Sudah ketentuan Ilahi. Aku kenalah terima,” kata Damisya bersahaja.

“Isya… tak salah kalau kita mencuba. Kau tak boleh mengalah. Kau tahu tak… sekarang ni, kau macam dah mengalah untuk hidup.”

Damisya memandang Zahim. “Aku bukan apa. Aku tak nak bebankan family aku. Family aku biasa-biasa je. Kau ingat kos pembedahan tu murah ke? Beribu-ribu tahu tak? Mana nak cari duit Zahim oi…”

“Lah… itu yang kau risaukan. Abah kau tahulah nak cari duit. Kalau pasal duit, kau tak perlu risau. Yang penting, diri kau tu… Kau tak kesian ke kat ibu kau… Dia nak sangat kau buat pembedahan. Family kau semua sayang kau. Kami semua sayang kau. Please, Isya… Kalau kau sayang kami semua, buatlah pembedahan.”

Damisya terdiam. Dia cuba memikirkan kata-kata Zahim. Memang benar apa yang dikatakan Zahim. Belakangan ini, ibu dan abahnya muram saja. Dia tahu setiap malam ibunya menangis. Damisya turut terasa sebak. Damisya memandang Zahim. Entah mengapa, mulutnya gatal ingin menyoal sesuatu.

“Kenapa kau nak aku buat pembedahan?” soal Damisya selamba.

Zahim tergamam. Bibir diketap. Halkumnya bergerak-gerak. Matanya pula menentang mata Damisya.

“I… I… I like you. Because I like you,” luah Zahim gugup.

Rahang Damisya jatuh. Matanya terkebil-kebil. Namun, dia masih memandang Zahim.

“Isya, I’m serious. Deadly serious. I like you. Sejak peristiwa di hospital tu, aku… aku selalu berfikir pasal kau. Aku sayang kau. Aku suka kau. Hari-hari aku fikir pasal kau. Aku tak jumpa kau sebab… sebab aku keliru. Sekarang aku dah tak keliru. I know what I feel and it is I LIKE YOU. I LIKE YOU, Isya.”

‘Like? Apa maksud Zahim?’ tanya Damisya dalam hati.

Zahim dan Damisya masih bertentangan mata. Zahim menantikan bicara dari Damisya. Namun, Damisya hanya mendiamkan diri. Lama Zahim menunggu. Hatinya mula tidak keruan.

“Isya… say something please,” rayu Zahim.

Damisya menelan air liur. “Err… I don’t know…”

“What did you mean by you don’t know?”

Damisya diam lagi. Bibirnya digigit. Lama Damisya menyepikan dirinya. Damisya tak tahu nak kata apa. Dia kelu. Dia tak sangka. Tak sangka Zahim akan mengucapkan suka dan sayang buat dirinya. Dia benar-benar tak sangka. Dan… apa maksud Zahim? Suka? Suka yang macam mana? Sayang… Sayang yang macam mana? Damisya tidak mahu salah sangka. Dia bukan suka Zahim. Dia cinta Zahim. Sudah lama dia memendam rasa. Sejak zaman sekolah lagi. Cuma dia yang malu.

Zahim mengeluh. Dia menunduk perlahan. Terpamer wajah kecewa di wajahnya yang tampan.

“Okey… Aku faham.”

Zahim mengangkat punggung. Dia terus melangkah, ingin pulang ke rumahnya. Respon dari Damisya sungguh mengecewakannya. Dia pasti, pasti dengan perasaannya pada Damisya. Apa yang dia rasa bukannya palsu. Ia benar. Dia sendiri tidak percaya, dia ada perasaan lain pada Damisya.

Oleh itu, dia terus melarikan diri Damisya. Berhari-hari dia melarikan diri. Dia berperang dengan perasaan sendiri. Setelah lama berfikir dan setelah meminta petunjuk dari Tuhan yang Esa, dia akur. Akur dengan perasaannya terhadap Damisya. Perasaannya terhadap Damisya begitu berbeza dari perempuan-perempuan yang pernah menjadi kekasihnya.

“Zahim… wait… five minutes,” panggil Damisya.

Langkah Zahim terhenti. Dia memandang Damisya. Lemah saja pandangannya itu.

“I’m sorry… Aku… aku confused… Kau cakap kau—”

“Tak apa. Aku faham,” potong Zahim laju.

Dia terus berlalu pergi, meninggalkan Damisya terpingga-pingga.

Malam itu Damisya mengurungkan dirinya di dalam bilik. Dia mula berfikir. Berfikir tentang dirinya, tentang keluarganya dan tentang Zahim. Wajah Puan Hasnah yang murung menerjah kotak fikiran Damisya. Kemudian, diganti pula dengan Tuan Yusoff yang mempamerkan senyuman palsu. Wajah Tuan Yusoff diganti pula dengan wajah Aliff dan Bella.

Damisya mengeluh. Dia teringatkan bicara Zahim.

“Kau tak kesian ke kat ibu kau… Dia nak sangat kau buat pembedahan. Family kau semua sayang kau. Kami semua sayang kau. Please, Isya… Kalau kau sayang kami semua, buatlah pembedahan.”

Pembedahan? Perlu ke dia dibedah? Damisya tidak pernah memikirkan perkara ini. Damisya sudah pun menerima takdir Ilahi. Namun… wajah murung keluarganya membuatkan Damisya mula sebak. Sanggupkah dia menghampakan harapan keluarganya? Dia sayang keluarganya. Siapa tak sayang keluarga sendiri.

Dan setiap kali memikirkan kematian, sudah tentu Damisya akan bersedih. Walaupun dia sudah redha dengan nasibnya, tetapi dia masih bersedih. Dia selalu berfikir… jika dia tiada, apa akan terjadi pada ibu, pada abah, pada along dan pada adiknya? Akankah mereka meratapi pemergiannya?

Air mata Damisya menitis lagi. Dia memeluk tubuh. Setelah lama melayan perasaan, Damisya menyeka air matanya. Dia mula berisgtifar. Dia tak sepatutnya melayani perasaan. Dia harus meminta petunjuk dari Allah SWT.

Laju saja kaki Damisya menuju ke bilik air. Dia ingin menunaikan solat sunat. Bila hati kita tidak tenang, dekatkan diri dengan Allah SWT. Hanya DIA yang dapat membuatkan diri kita tenang.

1 comment:

Nina Aziz said...

isya operate je la....
sian dkt family anda...
zahim juga xterkecuali...