Sunday, December 12, 2010

Lelaki Ego vs Gadis Misteri 6


Zahim mula memandu pulang. Sekarang baru pukul enam. Dia terasa malas nak balik rumah. Lantas, dia singgah di Dataran Klebang, mengambil angin pantai. Zahim keliru. Fikirannya agak berserabut. Hatinya sedikit tidak tenteram. Semuanya sebab Damisya.

Lautan yang luas dipandang. Punggungnya dilabuhkan di atas pasir tanpa sebarang lapik. Kakinya dibengkokkan. Peristiwa di hospital mula bermain-main di mindanya.

Aneh! Sungguh aneh. Penting ke ucapan sayang dari mulut Zahim? Kenapa Damisya kerap menyoalnya? Dan yang paling penting, sayangkah Zahim pada Damisya? Benarkah Zahim sayang Damisya sebagai kawan sahaja?

Zahim mengeluh panjang. Dia tiada jawapan. Dia tidak pasti dengan apa yang dia rasa. Sejak Damisya muncul dalam dirinya, Zahim mula keliru dengan perasaannya. Dia sendiri tidak pasti.

Zahim menghabiskan sisa-sisa petangnya di situ. Lama dia mengambil angin sehinggalah matahari mula terbenam. Dengan langkah perlahan, Zahim mula menuju ke keretanya.

Sewaktu Zahim membuka pintu kereta, matanya terlihat Zara. Zara tidak bersendirian. Dia ditemani seorang lelaki. Hati Zahim mula membara. Api cemburu mula meletus. Pintu yang sudah terbuka sedikit di tutup kasar. Dia mendekati Zara.

Zara tampak terkejut melihat Zahim. Tangan Zara yang memeluk lengan lelaki di sebelahnya, dileraikan dengan segera.

“Apa yang you buat kat sini Zara?” soal Zahim kasar.

Zara kelihatan panik. Sudah tiga kali dia tertangkap. “I… I keluar dengan kawan I.”

Zahim mendengus kasar. Alasan yang sama. Sudah lapuk. “Kawan? You jangan ingat I buta… I nampak you pegang tangan dengan dia tadi.”

“Relax la bro… apa nak kecoh-kecoh ni…,” sampuk lelaki di sebelah Zara.

Zahim memandang lelaki itu tajam. “Kau diam!! And you… Zara…” Zahim memandang Zara pula. Masih dengan pandangan tajam. “Mulai hari ini, kita tak ada apa-apa hubungan. Kita putus. I dah malas nak layan pembohongan you. You curang.”

Pada mulanya, Zara sedikit tersentak. Namun, seketika kemudian, dia memeluk lengan lelaki di sebelahnya semula. Bibirnya terukir senyuman nipis. “Okey, fine… Kita putus… For your information, I dah malas nak layan you. Dia lagi baik dari you. I sayang dia. You tak dapat puaskan I. Apa yang I nak, you tak boleh bagi,” kata Zara bersahaja.

Mendidih darah Zahim mendengar kata-kata Zara. Egonya seperti dipijak-pijak. Tanpa sebarang kata, dia terus berlalu. Meninggalkan Zara dan lelaki itu di situ. Dia terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju. Hari ini, dia dan Zara sudah tiada apa-apa hubungan. Titik.

Lewat malam, Zahim masuk ke dalam bilik Damisya. Entah mengapa, dia mahu melihat wajah Damisya. Sejak memutuskan hubungannya dengan Zara, Zahim merayau-rayau tidak tentu hala. Cuba menenangkan diri. Namun, semuanya tidak dapat menenangkan Zahim. Akhirnya, dia memutuskan untuk melawat Damisya walaupun jam sudah menunjukkan jam 12 tengah malam.

Sewaktu Zahim memasuki kamar Damisya, Bella sedang lena di sofa panjang yang terletak di penjuru bilik. Damisya juga sudah diulit mimpi. Wajah Damisya yang sedang tidur, direnung dalam. Perlahan-lahan, kerusi di sisi katil ditarik. Punggung Zahim dilabuhkan di situ.

Fikiran Zahim yang bercelaru sebentar tadi terus hilang tatkala melihat wajah Damisya. Aneh bukan? Tanpa sedar, Zahim mula mengengam tangan Damisya. Lembut. Tangan Damisya diusap-usap.

Seketika, Zahim tersedar. Tangannya ditarik semula. ‘Ya Allah, apa yang aku buat ni,’ desis Zahim.

Dia meraup wajahnya berkali-kali. Zahim mula termenung.

Damisya membuka matanya perlahan-lahan. Tidurnya diganggu. Tangannya dapat merasakan kehangatan. Dia terkedu apabila wajah Zahim yang dilihat sewaktu dia membuka mata. Damisya mengubah posisi. Dari baring, kini dia duduk.

Zahim hanya melihat Damisya tanpa perasaan. Tiada sebarang kata terluah dari bibirnya.

“Kau buat apa kat sini?” soal Damisya perlahan, tidak mahu menganggu tidur Bella.

Zahim diam.

Damisya dapat mengagak sesuatu. Wajah Zahim mengambarkan dirinya sedang bercelaru sekarang.

“Kau ada problem ke?” teka Damisya dan dia yakin tekaannya betul.

Sepi. Zahim merenung dinding. Renungannya sungguh lemah.

“Kan?? Kau ada problem… aku dah agak… dengan siapa? Mama kau? Zara?”

Zahim memandang Damisya lemah. “Zara… dia… dia ada lelaki lain,” ucap Zahim lemah.

Damisya termanggu seketika. Haruskah dia gembira dengan berita ini atau sebaliknya? Zara sudah ada lelaki lain. Maksudnya, Damisya ada peluang untuk memiliki hati Zahim. Namun… ‘Owh, Isya… apa yang kau fikir? Kau tak layak bersama Zahim. Sedar sikit.’

Damisya menarik nafas dalam. “Mana kau tahu dia ada lelaki lain?”

“Aku nampak tadi…”

“Alah… kawan je kot… entah-entah cousin dia.” Damisya cuba menenangkan Zahim.

Zahim menggeleng. Senyuman sinis terpamer di wajahnya. “Dah lama… dah lama aku nampak dorang bersama. Bila aku tanya, macam-macam jawapan dia bagi… Aku dah penat, Isya…”

“Kau sayang dia kan? Kalau kau sayang dia, kau kena percayakan dia.”

“Sudahlah Isya… Kau tak faham. Kitorang dah break pun. Dia sendiri mengaku tadi. Dia kata lelaki tu baik. Boleh bagi apa saja yang dia nak.” Zahim memandang tepat ke anak mata Damisya. “Isya… aku ni tak baik ke? Aku ni jahat ke?”

Damisya tarik sengih. Perlahan-lahan dia mengangguk. “Kau memang jahat.”

Zahim tergamam. Kepalanya ditundukkan. Hatinya bagaikan dirobek.

Terhambur ketawa halus dari bibir Damisya. Dia sudah terkekeh ketawa. “Kau memanglah jahat… Kedekut… Nak orang ikut cakap kau je…”

Damisya memandang Zahim bersama senyuman manis. “Tapi… kau… kau ada bila aku perlukan kau. Kau sudi bantu aku. Kau hantar aku pergi hospital walaupun kau tak suka aku. Kau sanggup tukar tempat dengan aku waktu tengok wayang. Kau baik. Dan kalau Zara cakap macam tu pasal kau, biarkan dia. Nobody perfect. Mungkin kau tak kena dengan taste dia. Tapi aku suka kau. Aku suka diri kau.”

Zahim mula mengukirkan senyuman lebar. Hatinya berbunga saat Damisya menuturkan bicara. Dia suka.

“Cuma….” Sengaja Damisya tidak menghabiskan ayatnya.

“Cuma apa?” soal Zahim laju.

Damisya sengih. “Kurangkan la sikit sikap Haji Bakhil kau tu. Sikit je… tak banyak.”

Meletus tawa Zahim. Dia faham maksud Damisya. Pasti sebab Zahim tidak membayar makanan tengahari Damisya sewaktu di kafe.

“Okey, okey… Fine… Aku tak kedekut okey… actually, bukan aku tak nak bayar lunch kau tu. Aku tengah sakit hati dengan kau. Asyik gelak je.”

“Yelah, cik abang sayang oi… kau tak kedekut. Aku tahu. Kalau tak, kau takkan belikan gelang ni kan? Bukannya murah gelang ni…”

Diam. Kesunyian mula menemani mereka. Hanya mata mereka yang bertentangan. Hati mereka saja yang berkata-kata. Dada Damisya mula berdebar.

Damisya berdehem. Dia berpaling ke arah lain. Dia tidak mahu hanyut. Hanyut dibawa perasaan cintanya pada Zahim. Sudah lama dia pendam dan biarlah perasaan itu terkubur bersama jasadnya nanti.

“So…”

“Aku…”

Mereka berkata serentak. Damisya memandang Zahim sambil menaikkan keningnya. Menyuruh Zahim menyambung katanya.

“Kau nak tidur ke?” soal Zahim.

Damisya junkit bahu. “Entah… tak mengantuk pulak. Kenapa?”

“Err, boleh aku temankan kau?”

Damisya terdiam. Kelu.

“Aku pun tak boleh tidur. Jom main game,” cadang Zahim.

Berkerut dahi Damisya. “Game? Game apa?”

Zahim berfikir-fikir sejenak. “Ha… jom main game I-Dare-U-Ans-Me.”

“Game apa tu? Tak pernah dengar pun…”

Zahim sengih. “Ni game aku dengan member aku. Saja-saja… time bosan, tak boleh tidur… Kitorang memang main game ni.”

“Owh… macam mana nak main game tu?”

“Aku tanya kau jawab. Kena jujurlah. Tak boleh tipu. Kalau kau tak nak jawab, kau kena denda,” terang Zahim.

“Kau je yang boleh tanya? Aku tak boleh ke?”

“Bolehlah… aku soal dulu, lepas tu kau… aku soal lagi, lepas tu kau.”

Damisya angguk. “Dendanya apa?”

“Hmm…” Zahim berfikir-fikir. “Okeylah… simple je denda dia. Kena jentik. Kat dahi. Okey tak?”

“Apa-apa lah… So, should we start the game?” Teruja pula Damisya ingin bermain permainan ini bersama Zahim.

“Aku mula dulu ya?” tanya Zahim.

Damisya sekadar mengangguk.

“Bila birthday kau?” Soalan pertama dari Zahim.

“29 Ogos.”

Zahim mengangguk-angguk. “Soalan kau pulak.”

“Kau… hmm, kau study apa?”

“Multimedia.”

“Alah… bosannya soalan… aku bagi soalan yang best sikit… Kenapa kau suka gelak sorang-sorang? Benda tak kelakar pun, kau gelak,” tanya Zahim.

Damisya gelak halus. “Entah, aku memang suka gelak.”

“Tittt…. Jawapan itu tidak diterima. Tak boleh jawab tak tahu atau entah. So, kau kena denda.”

Damisya mencebik. “Tadi tak cakap pun. Mana aci.”

“Aci je. Meh sini dahi tu.”

Dengan terpaksa, Damisya menyuakan dahinya. “Jangan sakit-sakit tau.”

Zahim sudah tersengih-sengih. Jarinya sudah bersedia menjentik Damisya. Satu, dua, tiga… PAP!

“Adui.. sakitnya.” Damisya mengosok-gosok dahinya.

Zahim tawa kecil. “Your turn dude.”

“I’m not a dude, I’m a babe.” Damisya membetulkan kata-kata Zahim.

“Okey, okey… Your turn babe.”

Damisya sengih. “Hmm, apa impian kau?”

“Kerja, buka syarikat sendiri, kahwin, ada anak, ada family yang bahagia.”

“Banyak nya impian…,” komen Damisya.

“So, kenapa petang tadi kau nak sangat tahu, aku sayang kau atau tak? Penting sangat ke? Aku peliklah.”

Damisya terdiam. Lama. Dia tunduk. Mukanya mula berbahang.

“Well, kau tak nak jawab?”

“I’ve no answer.”

“Meh sini dahi kau… kali kedua ni,” balas Zahim selamba.

Damisya memejam matanya. Dahinya berkerut, bersedia menerima jentikkan jari Zahim. Sakit kot.

Zahim sudah bersedia. Bersemangat dia ingin menjentik Damisya. Biar padan muka Damisya. Mesti sakit kan. Satu, dua…

Mata Zahim terpaku tiba-tiba. Jarinya yang sudah bersedia untuk menjentik Damisya ditarik balik. Wajah Damisya ditatap. Hatinya dicuit lagi. Satu rasa aneh mula menjalar dalam diri Zahim.

Damisya yang sudah bersedia, mula rasa pelik. Lamanya. Dia membuka mata kanannya sedikit. Damisya tersentak apabila Zahim hanya merenungnya. Bukan menjentiknya. Spontan, kedua-dua belah matanya terbuka.

“Asal kau ni?” soal Damisya gugup.

“Err… tak.. tak ada apa…”

“Kau tak nak jentik aku ke?”

“Eh, tak payahlah. Kau kan sakit. Tak baik pulak.”

Damisya mengangguk perlahan. Suasana sepi mula menemani mereka semula. Damisya cuba mencari-cari topik perbualan.

“Err… kau dah okey ke ni?”

Zahim pandang Damisya bersama kerutan di dahi. “Maksud kau?”

“Kau dengan Zara… kau dah okey ke? Dah tak sedih?”

“Hmm… Benda nak jadi… aku terima je…”

Mereka kembali diam. Damisya memandang ke arah lain. Takut nak memandang wajah Zahim. Dia mula rasa kekok. Bila Zahim mahu pulang?

Badan Damisya tersentak sedikit, terkejut. Zahim tiba-tiba saja mengenggam tangannya. Spontan, Damisya memandang Zahim. Matanya menangkap mata Zahim yang sedang merenungnya dalam. Bibir diketap.

Mata mereka saling bertentangan. Damisya mula rasa tidak selesa. Dia ingin menarik tangannya, ingin meleraikan dari genggaman Zahim. Namun hatinya terasa berat. Dia sedar itu merupakan satu dosa. Bersentuhan tangan dengan lelaki bukan mahram merupakan dosa. Namun….

Damisya mula berperang dengan dirinya. Antara nafsu dan dosa. Mata masih merenung Zahim namun fikirannya sedang berdebat.

Tiba-tiba mereka terdengar satu deheman. Serentak mereka berpaling ke arah deheman itu. Pegangan ditangan turut terlerai. Bella sedang memandang mereka sambil tersengih.

“Hehe… Bila abang Im datang?” soal Bella bersahaja.

“Err… baru je. Hmm, okeylah. Abang balik dulu.”

Tanpa memandang Damisya, Zahim meminta diri.

“Ewah, ewah… berkasih-kasihan dengan Abang Im nampak…,” usik Bella sambil mendekati katil kakaknya.

“Apa yang adik merepek ni?”

“Alah… Bella nampak…”


7 comments:

fikah said...

best.....suka222222....nak lagi tau....hari22 fikah on9..smata22 nak bca kak zuera punya nvel tau.....best sgt

Zuera said...

thx fikah... keep on reading yea...

nurul inani said...

assalam...
sume citer kak zuera best...
kalo blh ari2 nk online tapi kadang2 kat PD line x de...malam je ade...
kalo kat umah leh ah online...
hihihi...merepek lak...
keep it up, sis...

-geomaxrider-

i am a girl...my nickname only an illusion

zura asyfar said...

suwitt

aiRiNa_aiNuN said...

hohohoh..ad progress nampak...
ske2...

stone heart said...

suke2!!!!
so sweet...
nk lgi....
hehe

.:kiwi:. said...

suka!!! ^^