Saturday, December 11, 2010

Lelaki Ego vs Gadis Misteri 5

Zahim membawa Damisya ke hospital. Kelam-kabut dia tadi. Nak kejut Puan Aisyah lagi. Maklumlah, kunci kereta bersama Puan Aisyah. Puan Aisyah turut cemas apabila mendapat tahu Damisya pengsan. Dia mengikuti Zahim menghantar Damisya ke Hospital Putra bersama-sama Puan Hasnah dan Bella.

Zahim duduk di bangku hospital. Fikirannya bercelaru. Berita yang baru didengari benar-benar membuatkan hatinya rasa sakit. Dia tidak tahu bagaimana nak jelaskan perasaannya. Namun, saat berita itu disampaikan, hati Zahim bagaikan jatuh menyembah bumi. Wajahnya berubah terus. Puan Hasnah pula mengalirkan air matanya.

Kerana tidak dapat menahan kesedihan yang bertamu di hati, Zahim meminta diri. Dia duduk di luar. Mahu menenangkan dirinya. Mengapa dia perlu rasa begini? Mengapa dia perlu sedih? Itu Damisya. Yang sakit itu Damisya. Damisya bukan siapa-siapa baginya. Tapi kenapa dia harus sedih? Umpama orang yang dia sayang akan pergi meninggalkannya. Masalahnya, sayang kah dia pada Damisya?

Zahim meraup wajahnya berkali-kali. Hatinya berasa gundah gulana. Tidak tenteram. Bagaikan dihempap dengan benda yang berat saja.

‘Argh… aku sedih sebab Isya tu kawan aku. Isya kawan aku. Aku sedih. Siapa tak sedih kalau kawan dia sakit?’ nafi hati Zahim.

Sementara di dalam bilik, Puan Hasnah sedang menangis di samping Puan Aisyah dan Bella. Dia tidak boleh menerima berita yang disampaikan oleh Doktor Afiqah. Sejak bila anaknya sakit? Kenapa dia tak tahu? Kenapa?

Puan Aisyah turut berasa sedih. Dia cuba menenangkan Puan Hasnah walaupun hatinya turut berduka. Berita yang mereka dengari benar-benar memeranjatkan. Puan Hasnah hampir saja pengsan, namun selamat Puan Aisyah sempat memegang badan Puan Hasnah.

Damisya membuka matanya. Siling direnung. Lain macam je. Dia kalih ke tepi. Matanya menangkap wajah keluarganya. Tangan Damisya terus memegang kepala. Dia terasa sakit.

“Angah… angah okey ke?” soal Puan Hasnah risau.

Damisya mengangguk kepalanya. “Angah kat mana ni, bu?”

“Angah dekat hospital. Angah pengsan.”

Pengsan? Hospital? Jangan-jangan… ibu sudah tahu. Damisya mengetap bibir. Dia memandang wajah ibunya.

Puan Hasnah memegang tangan Damisya, lembut. “Angah… kenapa angah rahsiakan dari ibu?” soal Puan Hasnah sayu.

Damisya mula sebak melihat wajah sayu ibunya. Dia mengalihkan pandangan ke arah Bella dan abahnya. Semua mempamerkan wajah sedih. Ini yang dia tidak mahu. Dia tak nak semua orang sedih. Sudah ketentuan Ilahi. Dia sendiri sudah redha.

“Ibu… ibu janganlah sedih. Sudah tertulis nasib angah macam ni. Kita kenalah terima,” pujuk Damisya.

“Tapi angah kenalah bagitahu kami. Sampai hati angah rahsiakan hal ni dari adik, dari ibu, abah, along… Terperanjat tau bila doktor kata angah ada ketumbuhan otak,” kata Bella.

Damisya memandang Bella. “Angah… angah tak nak semua orang sedih,” ucap Damisya perlahan.

Tuan Yusoff mengusap rambut Damisya. Dia turut berasa sebak. Bergegas dia pulang dari Kuala Lumpur apabila menerima panggilan dari isterinya.

“Kenapa angah pendam kesedihan angah. Beritahulah kami. Sejak bila angah tahu angah sakit?” soal Tuan Yusoff lembut.

Kolam mata Damisya mula panas. Dia berasa sangat sedih apabila melihat wajah muram keluarganya.

“Tahun lepas… angah tahu tahun lepas.”

Puan Hasnah terus memeluk anaknya. Menitis air matanya. “Lamanya anak ibu rahsiakan dari ibu. Kenapa angah rahsiakan? Selama ni angah sakit, angah diam je. Bila ibu tanya kenapa muka angah pucat, angah kata penat. Kenapa angah tak berterus terang.”

Damisya diam. Tidak tahu ingin berkata apa. Lidahnya kelu.

“Sudahlah ibunya. Biarkan angah berehat. Dia penat tu,” kata Tuan Yusff.

Puan Hasnah melepaskan pelukan. Air mata diseka.

“Angah dengar sini ya… lepas ni, kalau angah sakit, angah kena cakap. Jangan pendam sorang-sorang. Biar kita kongsi sama-sama masalah ni.”

Damisya mengangguk. Gugur air matanya. Hatinya perit melihat wajah sedih ibunya.

“Angah janganlah sedih. Adik ada. Adik tak nak tengok angah sedih. Angah kan kuat,” kata Bella cuba menenangkan kakaknya.

Damisya tersenyum nipis bersama sisa tangisan di muka. “Angah sedih tengok korang semua sedih. Kalau adik tak sedih, abah tak sedih, ibu tak sedih, angah pun tak sedih.”

“Alala… okey, okey. Kami tak sedih lagi. Angah kena kuat tau. Adik ada… Angah jangan risau, angah mesti baik punya.”

Damisya tergelak halus melihat semangat adiknya walaupun dia tahu dia tidak akan pulih.

“Angah, ibu balik dulu tau. Malam nanti, ibu datang balik. Temankan angah. Angah tak boleh balik lagi. Kena duduk sini,” ucap Puan Hasnah.

Damisya mengangguk tanda faham. Dia menyalami tangan ibunya. Tuan Yusoff mendekati katil Damisya. Damisya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abahnya pula.

“Jaga diri elok-elok. Angah berehatlah dulu,” pesan abah pula.

Bella memeluk badan Damisya lembut. Bibirnya didekatkan pada telinga Damisya. Dia ingin membisikkan sesuatu.

“Angah… semalam kan.. eh, bukan… pagi tadi… time angah pengsan, abang Im yang bawak angah ke sini. Dia yang dukung angah. Muka dia kalut gila. Adik rasa kan… dia suka angah.”

Terkesima Damisya sebentar. Namun, cepat-cepat dia menyedarkan dirinya. Usah percaya usikan Bella. Bukannya betul pun. Dia juga yang akan merana akhirnya.

Pelukan Bella dan Damisya terlerai. Keluarga Damisya sudah pun pulang setelah berjam-jam menemani Damisya. Damisya yang berasa letih, cuba melelapkan matanya. Tetapi fikirannya mula memikirkan kata-kata Bella.

“Angah… semalam kan.. eh, bukan… pagi tadi… time angah pengsan, abang Im yang bawak angah ke sini. Dia yang dukung angah. Muka dia kalut gila. Adik rasa kan… dia suka angah.”

Zahim…

Zahim yang membawanya ke hospital? Zahim yang mendukungnya? Pipi Damisya mula terasa tebal. Dia malu. Argh… Zahim mendukungnya… Ya Allah, malunya dia. Tapi… Zahim sudah tahu ke perihal penyakitnya?

Pintu bilik yang tertutup rapat tiba-tiba saja terbuka. Spontan, mata Damisya terarah di situ. Wajah Zahim yang dilihatnya. Damisya mula mengawal diri.

“Eh, kau… hai… Assalamualaikum,” ucap Damisya pura-pura ceria.

Tanpa menjawab ucapan Damisya, Zahim duduk di sebelahnya. Wajah Zahim muram. Dia bagaikan sedang berfikir sesuatu.

“Kau datang sorang je ke? Mak cik Aisyah tak ikut?” soal Damisya masih dengan nada yang sama.

Diam. Tiada tindak balas dari Zahim. Zahim hanya merenung lantai.

Damisya memandang Zahim. Matanya dikecilkan. Pelik dengan sikap Zahim yang hanya berdiam diri. Dengan selamba, Damisya memukul bahu Zahim.

“Eh… kau ni kenapa? Ada problem dengan Zara ke? Kau nak jumpa dia tapi tak ada kereta eh?” teka Damisya.

“Tapi… macam mana pulak kau ada kat sini ekh? Kau naik apa?” tambah Damisya pabila Zahim masih membisu.

Damisya masih memandang Zahim. Tiba-tiba, Zahim mendongak, memandang Damisya. Lebih tepat lagi, merenung ke mata Damisya. Dalam. Renungan yang sukar dimegertikan namun membuatkan jantung Damisya berdetak kencang.

“Sejak bila kau tahu kau sakit?” soal Zahim lancar sambil merenung mata Damisya.

Damisya tergamam. Seketika cuma. Dia terus mengalihkan pandangannya. Gelakan halus kedengaran dari mulutnya. Sungguh janggal bunyi gelakan itu.

“Soalan apa ni…”

Zahim memegang tangan Damisya. “Answer me. Sejak bila kau tahu kau sakit?”

“Tahun lepas,” jawab Damisya selamba.

“Kenapa kau rahsiakan? Kenapa kau tak bagitahu ibu kau? Kenapa kau diam je? Kenapa semalam kau tak cakap kat aku yang kau sakit? Kenapa?”

Reaksi Zahim yang menyoal Damisya bertalu-talu mengundang tawa halus Damisya.

“Relax la bro… Aku okey…”

“Kenapa kau tak cakap dengan aku yang kau sakit? Kenapa kau rahsiakan?”

“Penting ke? Perlu ke aku beritahu kau? Alah… benda biasa je. Aku okeylah… kau tak payah la cemas sangat. Aku tahu… kau rasa bersalah kan? Sebab kau selalu bawa aku keluar… chill la… I’m okay with it. Indeed, aku happy bila kau ajak aku keluar.”

Zahim mengeluh panjang. Dia meraup wajahnya berkali-kali. “Kau kena bagitahu aku… and kau kena bagitahu family kau… Aku minta maaf… Minta maaf sebab paksa kau… paksa kau temankan aku keluar jumpa Zara… kau pengsan pun sebab aku kan? Semalam kau tak sihat… tapi aku ajak jugak kau keluar. So sorry. I’m so sorry.”

Damisya senyum nipis. “Wah… concern jugak kau kat aku ya… Kau sayang aku eh?” tanya Damisya tanpa segan silu.

Zahim sedikit gugup. Kepalanya digeleng tanpa sedar.

Damisya berasa agak kecewa namun dia cuba tabahkan hati. Dia tahu… sudah lama dia tahu Zahim tidak menyayanginya. Damisya gelak. Sebenarnya dia menggelakkan dirinya sendiri. Hanya dia yang menyayangi Zahim.

“Aku gurau jelah… alah… kau tak payahlah risau… Aku okey je.. memang selalu macam ni. Aku suka lah keluar dengan kau… teman kau keluar dating… aku suka tau. Aku suka bila kau happy,” kata Damisya bersahaja.

“Hah? Maksud kau? Kenapa pula kau suka bila aku happy?”

“Yelah… aku sayang kau… aku suka bila kau happy… suka tengok kau happy… salah ke? Kau… takkan selama kita keluar kan… I mean… selama aku temankan kau… takkan kau… kau tak mula rasa sayang pada aku ke? Sayang sebagai kawan… Mesti ada kan? Kan? Aku kan baik, comel, kelakar, happy go lucky… mesti kau sayang aku kan?” soal Damisya sambil tersengih-sengih.

Zahim memandang Damisya. Perempuan ni… biar betul? Main-main pulak. Sudah putus fius agaknya.

“Kau merepek apa ni? Aku sayang kau… Euww… Kurang siuman… Asyik gelak je 24 jam… sakit-sakit pun boleh gelak… apa lah… Tak ada kuasa aku nak sayang kau… Nanti, dengan aku-aku, masuk Tanjung Rambutan… Tak nak aku,” balas Zahim bersahaja.

Damisya tertawa. Kuat sungguh gelakannya. Umpama Zahim baru menari tarian Shin Chan di hadapannya. Damisya cuba menutup kesedihan yang bertamu di hatinya.

“Tengok!! Aku cakap, kau gelak lagi. Tak kelakar, okey… tak perlu gelak macam tu,” marah Zahim.

Makin galak gelakan Damisya. Kolam matanya sedikit berair. Bukan kerana gelakan yang melampau, tetapi air mata itu, air mata itu merupakan air mata kesedihan. Kesedihan yang cuba dia selindungi.

“Wei, serious la… jangan buat aku gelak. Aku tanya kau betul-betul ni… kau sayang aku tak? Takkan langsung tak sayang?” soal Damisya mencuba nasib sekali lagi.

Entah mengapa hari ini, Damisya begitu mengharapkan Zahim mengucapkan sayang padanya. Dia mahu dengar. Salah ke? Cukuplah sekadar Zahim ucapkan sayang sebagai sahabat. Damisya sudah berpuas hati.

“Aku dah cakap TAK… Tak la… kau ni tak faham ke… Aku langsung tak sayang kau… GILA!!”

Damisya gelak lagi. Sungguh!! Tawar dan hambar sekali gelakkan Damisya. Tidakkah Zahim sedar?

“Aku dengan Zara… mana lagi kau sayang?”

“Zara,” jawab Zahim laju.

Damisya mengangguk-angguk. Dia memandang tempat lain. Riak mukanya dikawal sebaik mungkin. Suasana sepi mula terasa. Zahim diam. Damisya diam.

Damisya cuba menumpukan perhatiannya pada skrin tv. Sementara Zahim pula… Dia memandang Damisya. Otaknya cuba mencerna apa yang berada di fikiran Damisya.

Mengapa Damisya begitu ceria? Tidakkah Damisya sedar bahawa nyawanya dalam bahaya. Damisya sakit. Tumor otak. Tidakkah Damisya tahu? Mengapa dia masih bisa tersenyum? Bisa tergelak?

“Isya…,” panggil Zahim, lembut sekali.

Damisya menelan air liur. Zahim memanggil namanya dengan nada lembut, bukan kasar seperti biasa. Hati yang sakit cuba disembunyikan. Dia memandang Zahim.

“Kau tak nak buat rawatan ke?”

Kening Damisya ternaik sedikit. “Rawatan?”

Zahim angguk.

Damisya senyum nipis. “Tak perlu kot… Belum tentu ketumbuhan tu akan hilang. Aku tak sanggup tempurung otak aku dibuka, ditoreh… eee… takutnya…”

“Apa yang kau nak takutkan… kau cubalah rawat… mana tahu kau akan okey,” nasihat Zahim.

“Susah la Im… Kau tak tahu family aku macam mana… Kau ingat kos rawatan murah ke? Aku tak nak bebankan family aku… Lagipun aku sudah redha… Tiada guna aku ratapi penyakit aku ni… Ketentuan Allah, Zahim… aku kena terima qada n qadar Allah. Lagipun, apa yang aku nak dalam hidup ni, semua aku dah dapat. Aku dah puas hidup, Zahim.”

Zahim merenung Damisya lembut. “Apa yang kau impikan?”

Damisya menarik nafas. “Aku nak family aku happy… Abah aku baru naik pangkat, ibu aku ada kawan baik… mama kau… along aku pulak, dah dapat sambung belajar kat UM, impian dia tu… Bella pulak… dia dapat 10 A dalam SPM dia… Kau pulak dah…” Kata-kata Damisya terhenti di situ. Bibirnya diketap.

“Aku?? Kenapa dengan aku?”

Damisya berdehem. “Err… kau… kau dah ada Zara… Kau cintakan dia… kau happy dengan dia… Kau akan bahagia bersama dia… lagipun, aku tengok… kau dengan Zara sepadan.”

“Apa kena mengena aku dengan impian kau?”

Damisya tarik sengih sambil menggeleng perlahan. “Tak ada apa-apa… Eh, mama kau mana?” Damisya menukar topik.

“Hah? Mama aku?? Owh… dia nak datang tadi tapi mak lang aku singgah rumah kejap. Mama aku layan mak lang aku kejap. Dia suruh aku lawat kau. Lepas mak lang aku balik, dia datang sini. Mama aku kirim salam,” balas Zahim.

“Waalaikumsalam… Owh… kau datang ni… sebab mama kau suruh la… kalau tak, memang kau tak datang kan?”

Zahim terkedu. Dia dapat rasakan Damisya seolah-olah berjauh hati dengannya.

“Taklah… aku memang nak datang sini… nak lawat kau,” kata Zahim.

“Sebab kau sayang aku kan? Kan? Cakaplah… mesti kau sayang aku even sebagai kawan… Aku kawan kau kan?”

Damisya masih lagi tidak berpuas hati. Dia mahu mendengar ucapan sayang. Dia nak sangat. Dia mahu dengar… sekarang juga. Mana tahu ajalnya akan tiba. Tidaklah dia kempunan.

Zahim menatap wajah Damisya. Sudah berulang kali Damisya menyoalkan soalan yang sama. Hatinya terusik. Dia mengusap rambut Damisya tanpa sedar. Senyuman nipis terukir dibibirnya.

“Aku sayang kau… sangat sayangkan kau… Kau kawan aku dunia akhirat. Aku sayang kau sebagai seorang sahabat,” ucap Zahim separuh berbisik.

Jatuh setitis air mata Damisya tatkala mendengar ucapan dari Zahim. Lantas dia seka air mata itu.

“Thanks…”

Zahim gelak halus. “Hey… ni kenapa nangis pulak ni? Terharu eh?”

Damisya ikut gelak. Dia menyelitkan rambut yang terjuntai di belakang telinga.

“Puas hati sekarang? Asyik tanya aku sayang kau atau tak je… rimas aku… mestilah aku sayang… walaupun sikit… kau kan kawan aku… kalau aku tak sayang kau, aku tak bawa kau pergi hospital tau… aku yang dukung kau. Badan kecik, tapi berat nak mampos,” rungut Zahim.

Damisya hanya tersengih. Biarlah… biarlah Zahim hanya mengatakan dia sayang sebagai kawan saja. Asalkan Damisya tahu Zahim meyayanginya. Cukuplah. Dia tidak mahu lebih.


8 comments:

Nina Aziz said...

T__T...
isy Zahim ni...sdar2 la isya tu mmg dh ske dkt die...

pipvz devil said...

waawaawaa..sedih gile..wehhh asl ko wt cite sedih..de y nk kne ni..babap kang..

~ZYX~ said...

sian isya sakit...sekurang2-nye zahim da ckp[ die syg isya tp die x tau isya mmg suke n syg gile kat die...

budakNebeng said...

sedihnya...

nur ainiza said...

zura!!!..
aaa..syedehnyer!!..menetas gak la mgenang an nseb si isya nie..huhuuuu..
NEXT???..(hehee..x sabo..:))

tone heart said...

cian kt isha........
sdeynyer....

Sungmin Aegyo said...

:'( omo, sdehnya.. saya nangis msa baca entry. plus msa isya kata mna tahu ajal sdah kesampaian.. adeh.. feeeling gila..pndaila kak zura, nnti nk blajarla, mcm mna kak zura bleh bwt citer yg feeling smpai mcm ni..

ziesha said...

okey part ni mmg wat aq sedey ye...