Friday, December 10, 2010

Lelaki Ego vs Gadis Misteri 4

Petang Isnin, Damisya pergi ke rumah Puan Aisyah bersama sedikit kuih donut yang baru dibuatnya. Sengaja dia buat lebih. Bukan untuk bodek Puan Aisyah ya. Dia memang selalu menghulurkan kuih-muih pada Puan Aisyah.

“Terima kasih la Isya. Susah-susah je,” ucap Puan Aisyah, waktu itu mereka berada di dapur.

Damisya senyum nipis. “Sama-sama… Isya ikhlas bagi mak cik. Mak cik kan suka makan donut.”

“Hahaha…macam tahu-tahu je isya nie…erm, macam mana Isya dengan Im? Dia okey ke? Selalu je keluar berdua. Ada apa-apa ke ni?” serkap Puan Aisyah.

Damisya sedikit tersentak. Debaran kecil mula terasa tatkala Puan Aisyah menyebut nama Zahim. Namun, dia cuba mengawal diri.

“Err… okey, mak cik. Dia baik. Dia selalu belanja Isya makan. Hah… ni, gelang ni… dia yang bagi,” ucap Damisya sedikit ceria sambil menunjukkan gelang di tangannya.

“Betul ke ni? Dia layan kamu dengan baik ke?”

Damisya angguk lagi. “Betullah mak cik. Takkan Isya nak tipu. Dia okey je. Tak banyak karenah.”

“Owh… Isya dah jatuh cinta la ni?”

“Ah? Jatuh cinta?” soal Damisya gugup.

Puan Aisyah ketawa kecil. “Jatuh cinta dengan Zahim. Isya suka dia?”

Pipi Damisya mula terasa panas. “Hisy, mak cik ni. Ke situ pulak. Tak adalah. Kami kawan je. Isya anggap dia macam kawan Isya. Hmm, okeylah mak cik. Isya balik dulu. Nanti ibu bising pulak.”

“Hah, yelah…”

Zahim menuruni tangga satu persatu. Tekaknya mula rasa dahaga. Langkah di atur ke dapur. Tiba-tiba telinganya menangkap perbualan mamanya bersama seorang perempuan. Suara perempuan itu cukup dikenalinya. Zahim menghentikan langkah. Dia cuba mengintai. Damisya. Dia nampak Damisya bersama ibunya. ‘Apa yang Isya buat kat sini?’ soal hati Zahim. Zahim mula memasang telinga.

“Hmm… macam mana Isya dengan Im? Dia okey ke? Selalu je keluar berdua. Ada apa-apa ke ni?”

Zahim terkesima mendengar soalan mamanya. Dia takut jika Damisya menceritakan hal yang buruk-buruk tentang dirinya.

“Err… okey, mak cik. Dia baik. . Dia selalu belanja Isya makan. Hah… ni, gelang ni… dia yang bagi.”

Zahim menelan air liur. Sangkaannya meleset. Damisya tidak memburukkan dirinya. Pernah ke Zahim belanja Damisya? Setahu dia, sepanjang perkenalan mereka, tidak pernah pula Zahim belanja Damisya. Zahim mendengar lagi perbualan mereka.

“Betul ke ni? Dia layan kamu dengan baik ke?”

“Betullah mak cik. Takkan Isya nak tipu. Dia okey je. Tak banyak karenah.”

Hati Zahim mula berdetik. ‘Kenapa Isya berbohong demi dirinya?’ Dalam diam, Zahim mula rasa suka. Suka pada Damisya yang baik hati. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyuman nipis.

“Owh… Isya dah jatuh cinta la ni?”

“Ah? Jatuh cinta?”

Puan Aisyah ketawa kecil. “Jatuh cinta dengan Zahim. Isya suka dia?”

Zahim bagaikan tercuit tatkala mendengar soalan mamanya. Dia mahu tahu jawapan Damisya.

“Hisy, mak cik ni. Ke situ pulak. Tak adalah. Kami kawan je. Isya anggap dia macam kawan Isya. Hmm, okeylah mak cik. Isya balik dulu. Nanti ibu bising pulak.”

“Hah, yelah…”

Zahim berasa sedikit kecewa mendengar jawapan Damisya. Damisya hanya menganggap dirinya sebagai kawan.

‘Argh… apa yang kau fikir Zahim oi…’

Setelah Damisya keluar dari rumahnya melalui pintu belakang, Zahim dengan selamba melangkah ke dapur. Dia menuju ke peti sejuk. Air kosong dituang dalam cawan lalu diteguk rakus. Tangannya mula mencapai donut di atas meja.

“Sedap ma… bila masa mama buat?” soal Zahim pada Puan Aisyah.

Puan Aisyah memandang Zahim. “Ah… tu… Isya yang buat. Sedap kan? Untung siapa yang dapat Isya tu.”

Kunyahan Zahim terhenti. Dia mula merasai sesuatu.

Sekali lagi Damisya terpaksa menemani Zahim. Hatinya terasa berat ingin menemani Zahim. Belakangan ini, dia sering diserang sakit yang sama. Setiap pagi dia akan muntah. Kepalanya pula terasa sakit yang amat.

Namun, melihat muka Zahim yang kelihatan mengharap, Damisya gagahkan dirinya juga. Zahim nak tengok wayang. Demi memujuk Damisya, Zahim sanggup belanja tiket wayang. Alah… hari ni kan Rabu. Murah je. Enam ringgit je. Patutlah sanggup bayarkan. Zahim tu kan kedekut Haji Bakhil. Damisya masih ingat lagi peristiwa di kafe. Boleh pulak Zahim bayar untuk diri dia je. Memang kedekut.

Zahim membeli tiket pada pukul empat setengah petang. Sementara itu, mereka berjalan-jalan sekitar Mahkota Parade. Damisya ikut je. Mulanya dia malas nak ikut Zahim. Dia nak jalan sorang-sorang tetapi Zahim tak bagi. Zahim suruh ikut dia. Leceh betul. Selama ni, setiap kali Damisya teman Zahim, Damisya buat hal sendiri je. Sekarang lain pulak.

Sedang mereka berjalan, kaki Damisya terasa kebas. Langkahnya terus terhenti. Tanpa sedar, dia memegang lengan kiri Zahim.

Bagai terkena arus elektrik, Zahim terus berpaling, memandang Damisya. Jantung Zahim terus berdegup kencang.

“Eh, kenapa you pegang tangan boyfriend I ni?” soal Zara sedikit marah, geram melihat perbuatan Damisya. Sudahlah waktunya bersama Zahim diganggu.

Zahim tersedar. Dia terus menarik tangannya. “A’ah… apasal kau pegang tangan aku, hah?” kata Zahim spontan.

Damisya cuba mengawal riak dengan tersengih. “Hehe… Sorrylah… Aku saja je nak try… tengok couple tu macam best je pegang tangan… aku pun nak try jugak.” Damisya gelak.

Dia memandang Zara dengan mimik muka yang comel. “Jangan marah eh…”

“Kau ni… dah gila eh? Dah buang tabiat?” balas Zahim kasar.

Damisya tidak menjawab. Kakinya masih terasa kebas. “Err… kita berdiri kat sini kejap eh. Lenguh la… Penat jalan dengan korang ni.”

“Baru jalan sikit dah penat. Hmm, mengada-ngada. Aku nak jalan lagi. Nak beli barang. Kan honey?”

Zahim memandang Zara. Zara tersenyum nipis. Mereka terus berjalan tanpa menghiraukan Damisya. Zara memaut lengan Zahim.

Tiba-tiba Zahim terasa sesuatu. Dia berpaling ke belakang. Dia lihat Damisya masih di tempat tadi. Tidak bergerak. Dahi Damisya berkerut-kerut, bagaikan menahan sakit. Penat sangat ke? Tapi asal diri je?

Zahim terus berpatah balik. Dia mendekati Damisya. Zara ditinggalkan.

“Eh, kenapa kau ni? Tak larat sangat ke?” soal Zahim risau.

Damisya yang sedang menahan sakit sedikit tersentak apabila Zahim berada di depannya semula. Dia mempamerkan riak muka selamba.

“Eh… kau… Asal kau patah balik ni? Kau pergilah temankan Zara tu. Marah pulak dia nanti. Aku nak rest kejap. Nanti aku follow korang balik.”

“Hmm… takpe lah… Aku temankan kau kejap. Penat sangat eh?”

Damisya menggeleng laju. “Eh, tak adalah. Aku okey je. Jom, jom… kita jalan. Nanti, Zara merajuk pulak. Kau tu sanggup ke nak pujuk dia. Aku jugak yang kena nanti. Yelah, kau tu mesti marah aku. Hah, apa tunggu lagi? Jomlah.”

Damisya sudah mengorak langkah. Mujur kakinya sudah okey. Kalau tak, susah juga. Dia menarik lengan Zahim supaya mengikutinya.

‘Perempuan ni kan… sekejap nampak macam sakit, sekejap macam hyperactive pulak. Membebel je. Pelik aku,’ desis hati Zahim.

Damisya melepaskan tangan Zahim setelah berada di hadapan Zara. Mereka terus berjalan. Lama-lama, mata Damisya pula yang terasa kabur. Dia sudah tidak nampak benda di hadapannya. Semuanya nampak kabur. Argh… semakin teruk ni. Damisya cuba melawan sakitnya.

Sekali lagi Damisya memaut lengan Zahim. Zahim terus berpaling ke belakang. Pelik dengan Damisya. Suka sangat pegang lengan dia tiba-tiba.

“Hisy, kau ni kenapa?” soal Zahim.

“Ah? Oh… tak ada apa-apa… aku saja je. Bosan,” ujar Damisya bersama gelakan palsu.

Zahim mendengus. Dalam hati, dia berasa sangat pelik dengan sikap Damisya hari ni. Dah la muka pucat.

Damisya terus mencari ubat di dalam beg galas setelah Zahim memandang depan semula. Ubat terus ditelan begitu saja. Dia ingin mengurangkan kesakitan yang di alaminya. Dia sedar. Dia sedar bahawa kesihatannya semakin buruk. Namun, dia berdoa semoga tiada apa-apa akan berlaku.

Hampir jam empat setengah, mereka menuju ke Golden Screen Cinema yang terletak di Dataran Pahlawan.

Di dalam panggung, Damisya duduk di sebelah kiri Zara, manakala Zahim duduk di sebelah kanan Zara. Wayang belum bermula. Damisya menjamah Mashed Potato yang dibelinya.

Setengah jam kemudian, Damisya mula rasa tidak selesa bila dia terasa pehanya di raba. Dia mendekatkan diri dengan Zara. Rimas dia dengan lelaki yang duduk di sebelah kirinya. Tangan tu merayap je. Lepas tu, buat-buat tersentuh bahu. Meremang bulu roma Damisya.

Disebabkan tidak tahan, dia mula mencari idea. Dia memandang ke arah Zahim. Sebelah Zahim perempuan. Dia terus mengeluarkan handphone dari beg galas. Mesej mula ditaip. Selamat dia ada nombor Zahim. Itu pun Zahim yang mintak. Konon senang kalau Zahim nak apa-apa.

+ Wey, tukar tempat… aku rimaslah.

-Asal pulak?

+ Ni ha… ada mamat gatal kat sebelah aku. Main raba-raba pulak.

Zahim tergamam membaca mesej dari Damisya. Dia terus memandang Damisya. Matanya memberi isyarat untuk menukar tempat. Akhirnya, Damisya dan Zahim bertukar tempat.

Perbuatan mereka menganggu konsentarasi Zara.

“Kenapa y’all tukar tempat?” soal Zara pada Zahim.

“Lelaki sebelah ni… gatal sangat.”

Zara mengangguk kecil. Kemudian, dia kembali menatap skrin.

Damisya berasa lega. Terlepas satu azab… tetapi bala yang lain pulak datang. Penglihatannya kembali kabur. Dia tak nampak apa-apa. Akhirnya dia hanya melelapkan matanya.

Sementara Zahim, dia asyik memerhati Damisya dari ekor matanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mahu memandang Damisya. Wajah Damisya yang sedang lelap itu, menimbulkan rasa asing dalam diri Zahim. Zahim tidak dapat menumpukan perhatiannya pada skrin.

Dia mula terbayang saat-saat dirinya bersama Damisya, saat Damisya memujinya di hadapan mama… semua bermain-main di minda Zahim.

Seketika kemudian, Zahim tersedar. Dia meraup wajahnya. ‘Ya Allah, apa yang aku fikir ni? Aku kan sudah ada Zara.’

“Sayang, you kenapa ni?” soal Zara pelik melihat tingkah Zahim.

Zahim pamer senyuman palsu. “I’m okay.”

Walaupun jam sudah menujukkan angka dua belas tengah malam, mata Zahim masih segar lagi. Dia duduk di balkoni, mengambil angin malam. Dia memandang rumah di depannya, rumah Damisya. Dia mula berfikir, ‘mana satu bilik Isya agaknya?’

“Zahim, Zahim… kau dah angau ke? Isya jugak kau ingat… Zara tu nak campak mana,” omel Zahim sendirian.

Sedang Zahim mengelamun, rumah Damisya yang tadinya gelap gelita, tiba-tiba terang benderang. Timbul rasa pelik di hatinya. Jam tangan dikerling. Satu pagi.

Zahim memandang rumah Damisya. Pintu rumah itu tiba-tiba terbuka. Muncul seorang perempuan. Bella, adik bongsu Damisya. Mata Zahim terpaku pada Bella yang agak kelam kabut.

Bella menuju ke rumahnya. Salam diberikan. Zahim terus menjawab salam dan menyuruh Bella menunggunya. Dia bergegas turun ke bawah. Pintu rumah di buka.

“Ada apa ni Bella?”

“Abang… tolong, bang… angah… angah pengsan,” ucap Bella terketar-ketar.

Tergamam Zahim mendengar bicara Bella. “Pengsan? Isya pengsan?”

Bella mengangguk. “Tolong bang… abah tak ada kat rumah. Abah outstation. Along pulak kat UM. Tolong bang…”

Zahim mengangguk. Dia terus menuju ke rumah Damisya bersama Bella. Hati Zahim sudah kurang enak. Rasa semacam je. Macam-macam bermain di fikirannya. Kenapa Damisya pengsan? Sebab dia ke? Dari pagi tadi dia tengok Damisya kurang sihat, tetapi dia ajak juga tengok wayang. Perasaan cemas dan bersalah mula menghantui Zahim.

6 comments:

yana aryana said...

teruk ke sakit isya...???

Nina Aziz said...

mcm teruk sgt je isya tu...huk3...

Anonymous said...

isya skit pew??? huhu~

aiRiNa_aiNuN said...

ish suspen la plak...

~ZYX~ said...

suspen je...sian isya...die sakit ape...?

pipvz devil said...

aik..smcm je pnykit c isya ni..jgn ko buat heroin nyer mati udah cik zuera oiii..t mrwong x suda..dsaat menanti taon baru..hampppeeeehhhhh..