Thursday, December 9, 2010

Lelaki Ego vs Gadis Misteri 3

Damisya beratur di kaunter Mc Donald’s untuk memesan makanannya. Dia berada di depan Zahim dan Zara. Sengaja dia beratur di depan mereka. Malas matanya mahu melihat babak mesra Zahim dan Zara.

Cemburukah Damisya? Argh… walaupun dia sedar dirinya tak mungkin dan tak akan bersama Zahim, namun… untuk melihat Zahim bermesra dengan wanita lain, hatinya terasa sakit. Dia manusia juga. Ada hati dan perasaan.

Setelah orang di depannya berlalu pergi bersama dulang di tangan, Damisya melangkah setapak ke depan. Seorang pekerja perempuan mengukirkan senyuman dan meminta pesanan makanan.

“Hmm… saya nak Ayam Goreng McD, set large.. extra rib and extra wing… please replaced soft drink to Milo Iced… add on Sundae Cornetto Hot Fudge with extra topping. Tu je,” ucap Damisya lancar.

Pekerja perempuan itu mengangguk faham.

Zahim yang terdengar pesanan Damisya mencebik. ‘Perghh… minah ni… order sikit punya banyak. Lepas tu siap minta grill order. Tukar air semua. Extra topping la, extra rib la… Cerewet betul… Tapi….’ Dahi Zahim berkerut. ‘Macam mana la dia boleh order macam-macam ekh? Selalu pergi McD ke? Hisy, buat malu aku je cakap dia tak pernah makan kat McD...,’ monolog Zahim sendirian.

Sementara menunggu makanan yang dipesannya, Damisya menoleh ke arah Zahim. Keningnya terangkat-angkat. Tanda bangga. Nak berlagak la kononnya. Tadi kan Zahim kata dia tak pernah makan kat Mc Donald’s.

Setelah membuat pembayaran, Damisya terus mencari tempat duduk yang agak tersorok. Langkah terus di atur tanpa memandang Zahim. Dia buat tak tahu saja.

Zahim mengetap bibir. Geram. Geram dengan lagak Damisya yang perasan bagus tu. Benci, benci, benci.

“Sayang… orderlah. You nak makan apa?” soal Zara pada Zahim.

Zahim tersentak. Kemudian, dia memandang pekerja yang sudah menanti dia memesan makanan. Dengan nada sedikit kasar, dia mula memesan makanan untuk dirinya dan juga Zara.

Seketika kemudian, Zahim menatang dulang dan mencari tempat yang sesuai. Matanya ternampak belakang badan Damisya. Entah mengapa, kakinya laju saja duduk di tempat yang berdekatan dengan Damisya walaupun Damisya membelakanginya.

Zara mengambil tempat di depan Zahim. Namun Zahim masih lagi dapat melihat belakang badan Damisya. Hatinya terasa sangat geram dengan perlakuan Damisya. Mengapa dia perlu membenci Damisya? Zahim sendiri tidak pasti. Tetapi hatinya sakit dengan setiap perlakuan Damisya yang seolah-olah memperlekehkannya. Maruahnya tercalar.

Sundae Cornetto Hot Fudge sudah pun habis dimakan oleh Damisya. Ayamnya masih tidak berusik. Selalunya orang makan dessert last kan… tapi si Damisya ni dah melantak ais krim dulu. Nak buat macam mana… dah lama tak makan Sundae kegemaran dia. Extra topping lagi.

Tisu di atas meja dicapai. Mulut dilapkan. ‘Okey… makan ayam pulak. Sedapnya… dah lama tak makan,’ omel Damisya dalam hati.

Baru saja dia ingin mencapai ayam, tangannya terasa kebas. Kepalanya pula diserang rasa sakit tiba. Damisya cuba menenangkan dirinya. Dia cuba menggerakkan tangan perlahan-lahan.

Beberapa minit kemudian, tangan Damisya sudah hilang kebas. Dia membuka beg galasnya. Kepalanya masih pening. Dia mencari-cari ubat di dalam beg galas. Ubat tahan sakit di ambil. Kemudian, dia mula menelan ubat.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Dia cuba meredakan kesakitan di kepalanya. Air milo di sedut.

Zahim dan Zara berbual sambil menjamah makanan mereka. Kadang-kadang Zahim mencuri pandang Damisya. Matanya gatal mahu memandang ke situ. Sedang Zahim mengunyah French fries, matanya menangkap sepasang mata yang ralit memandang Damisya. Zahim mula rasa kurang enak. Pandangan lelaki itu penuh dengan maksud tersirat.

Mata Zahim memerhatikan lelaki tu. Sesekali matanya memandang Damisya pula, walaupun dia hanya nampak belakang badang Damisya. Zahim mengecilkan matanya apabila dia melihat badan Damisya sedikit mengigil. Pelik! Kenapa pula dengan Damisya tu? Sejuk ke? Tak adalah sejuk sangat.

Dahi Zahim berkerut. Apa yang Damisya ambil dari begnya? Zahim cuba memerhatikan perilaku Damisya. Ubat? Ubat apa tu?

Kunyahan Zahim terus terhenti tatkala matanya melihat lelaki tadi cuba menyentuh Damisya dari belakang. Secara spontan, dia terus bingkas. Langkahnya panjang menuju ke meja Damisya.

Belum sempat bahu Damisya disentuh, Zahim sudah pun menangkap lengan lelaki itu.

“Apa ni bro…,” kata Zahim kasar.

Lelaki itu terkejut lalu memandang Zahim yang memegang lengannya. Damisya yang baru saja hilang rasa pening turut tersentak. Dia menoleh ke belakang.

Matanya dibesarkan. Senyuman menghiasi bibirnya. Dia terus bangun. Dan menghadap dua orang lelaki. Zahim dan seorang lagi.

“Hey, Mike… what’s up yo…. Lama tak jumpa kau,” ucap Damisya sedikit teruja.

Zahim sedikit terkedu melihat reaksi Damisya. Lengan lelaki di sebelahnya dilepaskan.

“Yo, what’s up… tulah… lama tak jumpa kau… kau buat apa kat sini?” soal lelaki yang dipanggil Mike oleh Damisya.

Damisya tersengih-sengih. “Ni kan—“

“Tempat lepak kau. McD kan rumah kedua kau...” potong Mike.

Damisya mengangguk laju. Dia tergelak kecil. “Hah, betul, betul, betul.”

Mike ikut gelak. Ketawa Damisya dan Mike bersatu.

Zahim memandang Damisya dan Mike silih berganti. ‘Rumah kedua Isya? Minah ni memang suka lepak McD kot. Patutlah macam-macam dia order. Extra lagi,’ kata Zahim dalam hati.

Ketawa Damisya dan Mike masih lagi bersisa, membuatkan seseorang rasa tersisih.

“Eh… kejap… Apa kes ni? Kau kenal ke lelaki ni?” soal Zahim tak puas hati apabila dirinya tidak dihiraukan.

“Lah… kenallah… geng kamceng nie… kan Mike kan? Kan?” soal Damisya selamba.

Mike terus mengangguk laju. “A’ah… BFF ni…”

Damisya memandang Zahim sambil menjongketkan kening kanannya. “Asal kau tiba-tiba je kat sini…. Pergilah kat awek kau tu. Sibuk je…”

Muka Zahim merah, menahan malu. Malu dengan kata-kata Damisya. Malu juga kerana sudah salah faham. Dia terus meninggalkan Damisya dan kawannya. Dalam hati, Zahim bermonolog sendirian. Kenapa dia gelabah bila lelaki itu cuba menyentuh Damisya? Mengapa dia ke sana? Apa kena mengena dengan dia?

“Sayang… kenapa ni? Kenapa dengan cousin you?” soal Zara setelah Zahim duduk di tempatnya semula.

Zahim mempamerkan senyuman plastik. “Tak ada apalah… kawan dia je tu.”

Zara mengangguk perlahan walaupun dia berasa pelik apabila melihat tingkah laku Zahim yang tiba-tiba saja meninggalkannya dan pergi pada Damisya.

Setelah menghantar Zara pulang ke rumahnya, Zahim mula memandu pulang. Damisya sudah pun duduk di sebelahnya. Mata Zahim menjeling Damisya.

“Amboi… bukan main seronok kau eh… bergelak sakan dengan mamat cina tu. Mamat cina pun kau layan je kan… Huh…,” perli Zahim sinis.

Damisya memandang Zahim. “Eh, kau ni… suka hati aku la… nak gelak ke, nak apa ke… Salah ke aku kawan dengan orang cina… aku kacau kau ke? Tak kan?”

Zahim mengetap giginya, menahan geram. Sakit hatinya melihat Damisya bergelak tawa dengan lelaki di Mc Donald’s tadi belum hilang lagi. Kini, Damisya pula seolah-olah menghinanya. Egonya tercalar dengan bicara Damisya.

“Ya!!! Memang salah… kau tu orang melayu. Orang Islam. Yang kau kawan dengan orang cina tu buat apa? Agama dorang lain,” bentak Zahim.

Damisya memeluk tubuh. “Eh, kau ni… ada pulak macam tu… diskriminasi betul… Inilah masalahnya… Kalau semua orang fikir macam kau ni, macam mana negara kita nak aman? Racial discrimination la kau ni… Patutlah ada je isu perkauman. Orang macam kau ni lah yang buat negara kucar-kacir tahu tak?” balas Damisya dengan nada yang bersahaja.

“Come on lah… Jangan narrow minded sangat. Agama kita tak pernah melarang kita kawan dengan orang bukan Islam tau… kau ni… apalah. Macam budak-budak,” tambah Damisya lagi.

Berdesing telinga Zahim mendengar kata-kata Damisya. Bertambah pedih hatinya. Bertambah geram. Dia menjeling Damisya tajam.

“Kau ni kan… ada je jawapan kau kan… Menyakitkan hati betul,” kata Zahim kasar.

“Lah… betul apa? Betullah apa yang aku cakap tu… kau tu yang tak matang. Fikiran sempit.”

“Menyampah cakap dengan kau ni. Lebih baik aku dengar radio.”

Zahim membuka radio. Volume sengaja ditinggikan.

“Dah dia tu yang tak betul… nak angin pulak…. Emo betullah… aku kawan dengan Mike pun salah. Sibuk je,” gumam Damisya geram.

Zahim dengar kata-kata Damisya walaupun Damisya berkata perlahan. Dia diam sahaja. Malas nak layan Damisya. Dia sendiri tak tahu kenapa hatinya sakit bila Damisya melayan Mike mesra. Entah. Kenapa dia perlu marah pulak? Damisya tu bukan girlfriend dia pun. Girlfriend dia Zara.

Pagi Sabtu, Damisya diserang sakit kepala yang teruk. Terasa mencucuk-cucuk saja kepalanya. Sesekali dia berasa lemas. Damisya hanya berbaring di biliknya. Kepalanya terasa berat sekali. Tidak bermaya Damisya. Dua kali dia muntah pagi itu. Mujur saja dia sudah beransur pulih. Baru saja dia mahu berehat, Zahim datang ke rumahnya.

“Pergi siap cepat… aku nak keluar dengan Zara,” arah Zahim kasar tanpa menghiraukan wajah Damisya yang pucat.

“Malaslah nak keluar. Hari ni aku nak duduk rumah je,” jawab Damisya selamba, dengan muka selamba juga.

“Jangan nak mengada-ngada. Aku suruh siap tu, siap jelah. Aku dah lambat ni. Siap cepat.”

Damisya menjeling Zahim. Nak paksa-paksa pulak. “Aku kata tak nak, tak nak lah… kau tak faham bahasa ke?” bentak Damisya sedikit geram.

Zahim mula berang. Dia menunjukkan jarinya ke muka Damisya. “Kau… Kau jangan nak mengada-ngada. Aku suruh siap tu, siap jelah. Zara dah tunggu aku tau.”

Kemarahan Zahim membuatkan Damisya terkelu. Dia bagaikan baru tersedar dari mimpi. Muka Zahim yang bengis itu dipandang. Perasaan gerun mula menghambat diri. Damisya cuba berlagak tenang. Dia memandang Zahim selamba.

“Eleh… nak jumpa awek pun, nak bawa aku… hmm… kesian betul,” ejek Damisya.

“Kau ni kan… ni semua sebab kau tau… aku bagi kau lima minit untuk bersiap. Dah… aku balik dulu. Kalau kau tak datang rumah aku, siap kau… Lima minit… ingat tu.”

Damisya mencebik.

Dengan perasaan yang masih berapi, Zahim pulang ke rumahnya. Sementara menunggu Damisya bersiap, dia duduk di sofa.

Lima minit sudah berlalu. Namun, bayang Damisya masih belum kelihatan. Zahim menyabarkan dirinya. Memberi Damisya sedikit masa lagi. Dia sabar menunggu di situ.

Zahim mengetap bibir. Perempuan ni dah lebih la… Dah sepuluh minit dia tunggu. Dia terus bangun dan menuju ke rumah Damisya semula. Pintu pagar di buka selamba. Kemudian, dia mengetuk pintu rumah Damisya sambil memberi salam.

“Waalaikumsalam… ah… Zahim… ada apa ni?” soal Puan Hasnah.

Zahim memaniskan mukanya. “Mak cik… saya nak ajak Isya keluar. Dia mana, mak cik?”

“Owh… Isya… ada tu… kat dapur tengah makan… masuklah dulu,” jawab Puan Hasnah.

Zahim mengangguk. Dalam hati, dia mengutuk Damisya. ‘Aku tunggu dia, boleh pulak dia makan. Cis… kurang ajar punya perempuan.’

Puan Hasnah membawa Zahim ke dapur. Hampir tersedak Damisya yang sedang menjamah nasinya. Terbeliak mata Damisya.

“Zahim dah makan ke? Kalau belum, makanlah kat sini… Hah, angah… sendukkan nasi untuk Zahim ni,” kata Puan Hasnah.

Zahim senyum nakal. Masa ni lah nak kenakan Damisya. Dia terus duduk sebelah Damisya tanpa dipelawa.

“Boleh jugak mak cik… Lapar ni. Tengok lauk mak cik ni, terliur pulak saya.”

Damisya memandang Zahim, jengkel. ‘Eh, mamat ni… tak tahu malu betul.’

“Angah… sendukkan nasi untuk Zahim. Ibu nak ke depan. Cerita ibu dah start tu. Angah layan Zahim tau.”

Puan Hasnah terus meninggalkan mereka.

Damisya mencebik. Dia menjeling Zahim geram. Namun, dia sudah bergerak, mengambil pinggan lain untuk Zahim. Dalam terpaksa, dia menyendukkan nasi ke pinggan Zahim.

“Padan muka kau… aku suruh kau siap, boleh pulak kau makan eh,” kata Zahim.

“Suka hati aku la. Aku lapar. Yang kau sibuk nak makan kat sini buat apa? Bukan kau nak keluar dengan Zara ke? Makan le dengan dia.”

“Saja je… aku nak kau layan aku. Hah, tu, sendukkan aku lauk asam pedas tu. Lepas tu, aku nak ayam goreng tu. Bahagian peha tau,” arah Zahim bersahaja.

“Banyak songeh la kau ni. Mengada-ngada.”

Zahim hanya mempamerkan riak selamba. Dalam hati, dia berasa sungguh puas sebab dapat mengenakan Damisya.

Damisya memandang ke luar tingkap. Hari sudah pun malam. Kini dia berada di dalam kereta bersama Zahim. Zara sudah pun di hantar pulang. Badan Damisya terasa letih. Namun dia cuba berlagak biasa.

Sepanjang perjalanan, mereka hanya menyepikan diri. Damisya lebih senang melayan perasaan. Dia memandang lampu-lampu yang menghiasi Bandar Melaka. Lagu Unintended nyanyian Muse berkumandang di corong radio.

Sepuluh minit kemudian, kereta Zahim sudah pun berada di rumahnya. Damisya membuka seatbelt. Pintu dibuka. Sebelum keluar, dia berpaling, memandang Zahim.

“Terima kasih,” ucap Damisya perlahan.

Dia sangat penat. Tiada tenaga nak cakap kuat-kuat. Tambah pula, matanya terasa berat. Sudah mengantuk.

“Eh, kejap.” Zahim menahan Damisya dari keluar.

Damisya memandang Zahim semula. Dia menunggu bicara seterusnya dari Zahim.

Zahim mengambil beg kertas yang berada di tempat duduk belakang. Beg kertas itu dihulurkan pada Damisya, kasar.

“Nah… ambil ni. Untuk kau.”

Damisya mengerutkan dahinya. Tangannya perlahan-lahan mengambil beg kertas itu.

“Apa ni?” soal Damisya.

Tangannya sudah mengeluarkan isi beg kertas itu. Matanya yang kuyu tadi terus membulat. Gelang tangan silver yang dia nampak di Jusco tadi. Gelang tangan yang dia minat sewaktu menemani Zahim membeli rantai untuk Zara. Damisya memandang Zahim, meminta penjelasan. Hatinya terusik.

“Err… kau jangan nak fikir bukan-bukan. Aku saja je beli. Yelah… kita ni asyik keluar je. Tapi kau selalu balik dengan tangan kosong. Nanti ibu kau kata aku kedekut pulak,” jelas Zahim bersahaja.

Damisya mengukirkan senyuman. Matanya sedikit bercahaya. Entah mengapa, dia gembira dan terharu mendapat pemberian dari Zahim walaupun Zahim seolah-olah tidak ikhlas.

“Terima kasih.”

Zahim memandang tempat lain. Hatinya dijentik rasa sesuatu apabila melihat senyuman Damisya.

“Alah… lagipun aku tengok kau macam suka je gelang tu. Aku belilah.”

Damisya senyum lagi. “Thanks again. Aku masuk dulu. Good night.”

‘Good night,’ jawab Zahim dalam hati.


4 comments:

aiRiNa_aiNuN said...

best2...tp si isya tu sakit ape ea...
kerap je skit kepala...

Nina Aziz said...

isya skit ke??
mcm cpt sgt penat je....

Zuera said...

Isya sakit apa?? Kita tunggu dan lihat... mana tahu dia saje2 sakit, atau demam ke, apa ke...

Haha... kejam tak aku... Keke. Btw, thx 4 reading n comment. <3

mahira a.k.a miera said...

isya skit pe ekk..??
cian ar tgk keadaan dye..