Tuesday, December 7, 2010

Lelaki Ego vs Gadis Misteri 2

Tepat jam lima petang, Damisya sudah pun berada di tempat parkir. Dia menyandarkan badannya ke kereta Proton Persona SE milik Zahim. Matanya mula meliar, memandang sekeliling. Dia mencari-cari kelibat Zahim dan Zara.

Masa terus berlalu. Buat kali kelima, Damisya melihat jam di pergelangan tangannya. Dah pukul 5.30 petang. Maksudnya, sudah setengah jam dia menunggu Zahim. Damisya mendengus. Dah la panas. Nak tunggu kat dalam… takut tak nampak Zahim pulak. Ingat Dataran Pahlawan ni kecik ke? Dah la sesak. Lagi-lagi waktu puncak macam ni. Semua orang baru balik kerja.

Damisya mula gelisah. Dari tadi, sudah pelbagai posisi di ubah. Dari bersandar, dia mencangkung, kemudian berdiri tegak, jalan sekeliling… semua dia dah buat. Nak call Zahim… number phone lelaki tu, dia tak tahu pula.

Dia tetap menunggu dan terus menunggu. Matanya masih lagi mencari-cari bayang Zahim dan Zara. Jam tangan dilihat lagi. Untuk kali ke berapa pun, Damisya tak tahu. Jam sudah menunjukkan pukul enam.

‘Ni dah melampau. Sejam kot. Balik naik bas jelah. Kalau mama dia tanya, padan muka,’ gumam Damisya dalam hati.

Baru Damisya mahu meninggalkan kawasan parkir, dia ternampak Zahim dan Zara sedang mendekatinya. Lengan Zahim dipaut mesra oleh Zara. Riak wajah Zahim biasa saja. Tiada riak wajah bersalah langsung. Walhal sudah sejam Damisya menunggunya.

Damisya menarik nafas dalam. Kemudian dihembus. Hatinya cuba ditenangkan. Wajahnya dimaniskan sebaik mungkin. Dia memandang Zahim yang sudah pun berada di depannya. Riak mukanya selamba saja.

“Oii…Cepatnya kau sampai… Awal lagi ni… ada sejam lagi…. kau dah puas jalan ke??” Lengannya di angkat. Damisya membuat aksi orang melihat jam di pergelangan tangan. Matanya sengaja dibulatkan. Niat di hati ingin menyindir Zahim. “Eh, cuba kau tengok jam aku ni… Betul ke tak ni? Dah habis bateri ke jam aku ni ekh… pelik ar… asal kau awal... sejam pulak tu…”

Dengan selamba, Damisya menyuakan lengannya supaya dekat dengan Zahim. Dia mahu Zahim melihat jamnya. “Hah… ni… cuba kau tengok… Aku salah tengok ke…,” kata Damisya sesinis yang mungkin.

Zahim menjeling Damisya tajam. “Ek eleh… Kerek pulak…. Suka hati aku la… nak awal ke, nak lambat ke… Kalau dah tumpang tu, buat cara tumpang. Nak kecoh-kecoh pulak,” kata Zahim kasar.

“Sayang… tak baiklah you kata cousin you macam tu. Kesian la kat dia. Mesti dah lama dia tunggu,” tegur Zara lembut kepada kekasih hatinya, Zahim.

Zahim mendengus. “Biarlah. Dia ni mengada-ngada sangat. Menyampah I.”

Damisya buat muka tak ada perasaan. Dia buat tak tahu je. Malas nak layan Zahim. Tambahan pula, kepalanya mula terasa pening. Sejam berjemur di bawah pancaran matahari, membuatkan kepala Damisya mula berdenyut-denyut. Tetapi dia cuba kawal rasa sakitnya.

“Dah… apa tunggu lagi. Masuklah,” ucap Zahim tegas, mengarahkan Damisya supaya masuk ke dalam kereta.

“Nak masuk macam mana…. Kunci la,” marah Damisya perlahan.

Zahim terkedu. Malu! Marah orang tak tentu pasal.

“Ma… Im nak keluar ni… Kunci kereta mana ma?” tanya Zahim pada Puan Aisyah.

Saat itu Puan Aisyah sedang menonton televisyen di ruang tamu. Puan Aisyah hanya bersendirian. Abahnya, Tuan Yusoff tiada di rumah. Biasala… Jumpa kawan la tu.

Puan Aisyah mengalihkan pandangannya. Dia memandang Zahim. “Nak pergi mana ni? Dah malam pun nak keluar.”

“Nak jumpa kawan la ma… Dorang dah tunggu tu. Dah janji nak tengok bola sama-sama,” bohong Zahim tanpa rasa bersalah.

Puan Aisyah mencebik. “Hmm… kan mama dah kata, kalau Im nak keluar, Im kena ajak Isya. Kalau Isya nak keluar, mama bagi kunci kereta Im.”

“Apa mama ni… Im nak jumpa kawan-kawan Im… Lelaki je semua tu. Takkan Im nak bawak Isya… Dia tu perempuan. Buat masalah pulak nanti,” rungut Zahim.

“Eleh… macam mama tak tahu… Im nak jumpa perempuan tu kan… apa nama dia… Sara, Fara…”

“Zara la ma…,” potong Zahim lemah.

Puan Aisyah menangguk-angguk. “Hah… Zara… Im nak jumpa dia kan?”

“Mana ada ma…,” tipu Zahim lagi.

“Apa-apa jelah Im… Tapi Im tetap tak boleh keluar tanpa Isya. Kalau nak keluar jugak, naik je bas.”

Zahim tarik muka. Dia terus keluar rumah. Duduk di luar. Bengkak hatinya. ‘Apalah mama ni… Buat peraturan mengarut pulak,’ getus Zahim tak puas hati. Dia duduk di bangku yang ada di halaman rumah.

“Ingatkan dah settle bila si Isya tu tak nak kahwin dengan aku semalam. Rupanya belum… leceh betullah,” rungut Zahim.

Zahim memandang rumah dua tingkat di depannya. Rumah Damisya. Huh… Zara sedang menunggunya. Nak tak nak, dia tetap kena ajak Damisya keluar. Zahim terus bingkas. Dia mengatur langkah ke rumah Damisya.

Setelah beberapa saat memberi salam, muncul Puan Hasnah di depan pintu. Zahim mempamerkan senyuman kurang ikhlas.

“Mak cik… Isya ada tak?” soal Zahim. Sopan je bunyinya.

Puan Hasnah menguntum senyum. Suka hatinya apabila sudah ada perkembangan antara anaknya dan Zahim.

“Ada… kat dalam. Ada apa ni?” tanya Puan Hasnah ingin tahu.

“Owh… Im ingat nak ajak dia makan McD… Tekak ni tiba-tiba nak makan burger McD. Nak makan sorang-sorang, tak best pulak. Tu yang ajak si Isya ni,” jelas Zahim, yang sudah tentunya berbohong. Cuma part McD je betul Dia memang nak makan dia Mc Donald’s.

Puan Hasnah senyum lagi. “Oh… eloklah tu. Jap ya… Mak cik panggil dia.”

Zahim mengangguk. Puan Hasnah masuk ke dalam rumahnya semula. Beberapa minit kemudian, Damisya keluar tanpa selendang di kepalanya. Zahim agak terpaku melihat rambut Damisya. Tak pernah dia melihat Damisya tanpa tudung. Alah… berapa kali lah si Zahim ni jumpa Damisya… Tak hairanlah. Walaupun berjiran.

Damisya memang tak pakai tudung kalau setakat keluar rumah macam ni. Sidai baju pun, dia tak pakai tudung. Dengan selamba, dia mendekati Zahim yang berada di luar pagar rumahnya.

“Nak apa ni?” soal Damisya selamba.

Zahim tunjuk wajah kelat. “Pergi siap sekarang. Kita nak keluar,” arah Zahim tegas.

Damisya mengerutkan dahinya. “Apa kes ni? Asal kau ajak aku keluar. Dah rindu eh… semalam baru je keluar,” kata Damisya separuh mengejek.

“Euww… Rindu? Geli aku dengar. Aku nak keluar dengan Zara tahu tak,” marah Zahim perlahan, cuba mengawal suaranya agar tidak kedengaran keluarga Damisya.

“Nak keluar dengan Zara… Hah, keluar la…,” kata Damisya sedikit kuat.

Zahim terus meletakkan jarinya ke mulut. “Shh…. Perlahan la sikit. Suara nak kuat. Kalau mama aku dengar macam mana? Kalau mak cik Hasnah dengar macam mana? Kecoh la kau ni.”

Damisya mencebik. Dia tak ambik kisah pun. “Kau tu yang kecoh. Yang kau ajak aku keluar ni, apa kes? Kau kan… nak keluar dengan Zara. Keluar je la. Nak ajak aku, apa hal…”

“Masalahnya sekarang ni… aku tak boleh keluar rumah tanpa kau. Mama aku tak bagi aku keluar rumah tanpa kau. Faham? Dah… pergi siap. Dah lambat ni. Terhegeh-hegeh betul.”

Damisya ketawa lepas. “Apa? Mama kau tak bagi kau keluar?” Dia menyambung gelakkannya.

Entah apa yang lucu pun, Zahim sendiri tak tahu. Geram Zahim melihat gelakan Damisya. ‘Sah!! Perempuan ni gila.’ Zahim menyabarkan dirinya. “Kau diam boleh tak… pergi masuk cepat. Siap! Aku tunggu kat rumah aku. Kau je yang boleh ambik kunci kereta dari mama aku.”

Damisya gelak lagi. Kata-kata Zahim begitu lucu pada pendengarannya. Zahim kena kurung dengan Mak Cik Aisyah… Kelakar betul. Umur dah 23 tahun pun kena kurung.

“Padan muka kau…kena kurung…huh.. malas aku nak keluar. Dah malam ni. Kau naik jelah bas,” kata Damisya setalah ketawanya bersisa.

“Hello… aku tak pernah naik bas okey… apa kelas,” kata Zahim, berlagak.

Damisya mencebik. “Lantak kau lah. Aku malas nak keluar. Aku masuk dululah.”

“Eh, tunggu la kejap,” larang Zahim.

Damisya yang baru saja mahu meninggalkan Zahim, memandang Zahim semula. “Apa masalah kau ni?” soal Damisya malas.

“Keluar jelah. Jangan nak malas-malas. Kalau tak, aku cakap dengan ibu kau. Dia okey je tadi.” Zahim sudah mula mengugut.

Damisya menjeling Zahim. “Main ugut-ugut pulak…”

Zahim menjongketkan keningnya. “Apa?? Ingat aku tak berani ke?”

“Ingat aku takut ke? Cakap jelah…,” cabar Damisya sambil memandang Zahim.

Zahim mendengus. Tanpa menghiraukan Damisya, dia membuka pintu pagar rumah Damisya. Dia mula masuk ke dalam.

“Eh… kau nak buat apa ni?” soal Damisya sedikit kalut.

“Cakap dengan ibu kau lah…”

“Eh, tak payah… aku main-main je. Kau nak jumpa Zara kan?” soal Damisya.

Zahim mengangguk laju.

“Hah… jap… aku tukar baju dulu.”

Dalam perjalanan untuk mengambil Zara di rumahnya, fikiran Damisya ligat memikirkan sesuatu. Dia cuba mencari jawapan pada persoalan yang bermain-main di benak fikirannya sedari tadi.

“Aku pelik lah…,” ucap Damisya perlahan, memecahkan kesunyian.

Zahim yang sedang memandu, memandang Damisya sekilas. “Apa yang peliknya?” tanya Zahim bersahaja.

“Kenapa family kita rancang semua ni ekh?” tanya Damisya tanpa memandang Zahim. Dia memandang ke luar tingkap.

“Tulah… aku pun pelik. Terperanjat juga aku… tiba-tiba je mama kau suruh kahwin dengan kau,” balas Zahim dengan nada yang sama.

“Hah… samalah dengan aku…”

“Aku tak pernah terfikir langsung tau,” tambah Zahim.

“Samalah.. Aku pun tak pernah terfikir…”

Zahim menganguk kecil. “Tulah pasal… eh, jap… Apa yang kau tak pernah terfikir tu?”

“Entah,” jawab Damisya selamba diiringi gelakan kuat.

Zahim mengetap bibir, geram. Terasa dirinya dipermainkan oleh Damisya. “Kau ni kan menyakitkan hati betul… dahlah aku tak boleh keluar tanpa kau. Ni semua sebab kau tau. Menyusahkan betullah…,” bentak Zahim.

Damisya menhalakan pandangannya pada Zahim. “Apa kena mengena dengan aku pulak…”

“Yelah… kalau bukan sebab kau, aku boleh je jumpa Zara tanpa sebarang gangguan tau. Ni kau kena ikut pulak. Lepas tu, kau buat main-main pulak. Aku cakap, kau gelak. Cubalah serius sikit. Aku tak main-main tau,” kata Zahim dengan nada sedikit tinggi dan kasar.

Damisya ketawa lagi mendengar bicara Zahim. Dia cuba menahan tawanya tapi tak boleh. Lagi-lagi bila tengok wajah Zahim.

“Tengok!! Gelak lagi…,” marah Zahim.

Damisya menutup mulutnya. Dia cuba menghentikan tawanya. “Okey, okey… aku serius… apa yang kau kalutkan ni? Cuba kau bagitahu aku sikit…”

Zahim terdiam sebentar. “Erm… aku tak tahu la nak cakap macam mana… otak aku dah pening fikir benda ni tahu tak.”

“Lah… dah tak tahu nak cakap apa pulak… tadi beria-ia…” Damisya membetulkan posisi duduknya. “Macam nilah… Kau tak setuju kan dengan plan parents kita ni?” soal Damisya selamba.

Zahim mengangguk laju. “Hah… betul!”

“Kau dah ada Zara kan? Kau nak kahwin dengan dia kan?”

“Hah… betul, betul…”

“Kau tersepitkan? Tak tahu nak cakap macam mana kat parents kau kan? Tak tahu macam mana nak cakap dengan mama kau kan?”

“Hah… betul, betul, betul…”

Damisya gelak lagi. “Kan senang… Nak cakap benda ni pun susah. Apa lah kau ni. So funny okay…”

Zahim memandang Damisya seketika. Pelik dia dengan sikap Damisya ni. Biasa je. Cool. Lepas tu suka gelak. Benda tak kelakar pun nak gelak.

“Kau nak jumpa Zara tapi mama kau tak bagi kan?”

Zahim mengangguk saja kali ini.

“Mama kau suruh keluar dengan aku je kan?”

“Iya… berapa kali aku nak cakap ni,” bentak Zahim. Geram pula dengan sikap Damisya.

Damisya ketawa lagi. “Kesian betullah kau ni.. Nak jumpa awek pun tak boleh… hisy, hisy.. kesian, kesian.”

Zahim menjeling Damisya tajam. Sakit telinga mendengar nada ejekan Damisya.

“Whoa… janganlah marah… Relax sudah. Kau ni gelabah sangat la. Kalau kau nak jumpa Zara tu, jumpa jelah…”

“Hisy… berapa kali aku nak cakap. Aku boleh keluar dengan kau je. Hanya kau je boleh ambik kunci kereta aku dari mama aku. FAHAM?” bentak Zahim geram. Tak faham bahasa betul.

Damisya terkekeh-kekeh ketawa. “Padan muka kau. Aku tak nak masuk campur.”

Zahim menghadiakan jelingan maut pada Damisya. Keretanya sudah pun diberhentikan di depan rumah Zara.

“Dah… kau pergi duduk belakang. Semak je. Zara nak duduk depan.”

Damisya mencebik. Dia buat muka. Dengan selamba, dia membuka pintu kereta dan pergi ke bahagian belakang.

“Sayang… kita nak makan kat mana ni?” soal Zara setelah manutup pintu kereta.

Zahim menoleh ke kiri. “Kita makan kat McD nak tak? Cousin I tu… tak pernah makan McD… kesian kan…”

Zahim menjeling Damisya melalui cermin kereta. Sengaja dia ingin sakitkan hati Damisya. Perempuan tu asyik menyindir dia saje. Kali ini, biar dia pula kenakan Damisya. Bibir Zahim mula mengukirkan senyuman nipis, senyuman kemenangan.

“Owh… I tak kisah sayang. I ikut je… asalkan you ada,” balas Zara.

Damisya mencebikkan mulutnya. Meluat dia dengar kata-kata Zahim. ‘Oh.. dia kata aku tak pernah makan McD eh… Suka hati dia je cakap aku tak pernah makan McD. Ingat aku ni kuno sangat ke? Tengoklah nanti… Aku kenakan kau balik, Zahim oi…,’ desis Damisya dalam hati bersama perasaan geram.

6 comments:

cactaceous opuntia said...

haha...mmg xley bla

cik anna said...

hoho..menarik...
yg paling x bley bla nak g dating ngn gf kena bawak future wife sekali.
haru betul..huahuahua..

Zuera said...

haha... thx guys... tak bole blah kan... haha.. tp dis story pendek je tau... huhu....

Dr.LoVe said...

satu lg ceta best dr Zuera...i like

Anonymous said...

so sweet......luv it so much...nk lg miss zuera.....

Shahrul Izzuwan said...

Best2,isi karya ni ada unsur2 kelainan..menarik! Alang2 tu,sy jemput tuan punya blog n tetamu2 blog ni,yuk watch n k0men VIDEO2 sy b'karaoke/main gitar (kalau ada yg pakai boxer je n tak pakai baju tu,maaf la..hehe..) di laman YouTube sy.. Ni link nye, http://www.youtube.com/shahrulizzuwan