Tuesday, December 7, 2010

Lelaki Ego vs Gadis Misteri 1


Damisya terkekeh-kekeh ketawa setelah Puan Hasnah, ibunya menghabiskan bicaranya. Damisya memandang wajah ibunya.

“Apa yang ibu merepek ni? Ibu serius ke?” soal Damisya bersama sisa tawanya.

Puan Hasnah menepuk peha anaknya sedikit kuat. Geram hatinya apabila Damisya menganggap kata-katanya sekadar gurauan.

“Ibu serius tau. Ingat ibu main-main ke? Kalau angah tak percaya, ibu suruh Mak Cik Aisyah cakap dengan angah sendiri,” kata Puan Hasnah tegas.

Damisya gelak lagi. “Bu, kelakar okey…. Mak Cik Aisyah tu main-main je… Manalah si Zahim tu nak kat angah ni. Entah-entah dia dah ada awek… apalah ibu ni.”

“Hisy, budak ni… orang cakap betul-betul… dia main-main pulak. Baik!! Angah tak percaya, ya? Hmm, ibu suruh Mak Cik Aisyah cakap dengan angah…”

Riak wajah Damisya terus berubah. Ibunya tampak serius. “Bu, betul ke nie? Janganlah main-main. Tak kelakar lah…”

“Eh… ibu serius la… ingat perkara nikah kahwin ni main-main ke. Suka hati angahlah nak percaya ke tak.”

Damisya menggaru kepalanya. “Bu… takkan lah… Takkan ibu nak kahwinkan angah dengan Zahim? Ibu pernah tengok ke kitorang cakap? Cakap pun tak pernah… tiba-tiba nak kahwin. Merepek betul.”

“Tulah angah ni. Nama je jiran. Mulut tu berat sangat nak tegur si Zahim. Kenal dah dua belas tahun. Tapi tak pernah nak bercakap. Cuba le mesra sikit dengan jiran. Ni tak… sombong je.”

Puan Hasnah dah mula membebel. Damisya melepaskan keluhan panjang. Terpaksa tadah telinga. Tak dengar karang, berdosa pulak.

“Alah, bu… Angah mana ada sombong… Angah tegur je Mak Cik Aisyah tu. Mak Cik Kiah pun angah tegur. Si Zahim tu… takkanlah angah tiba-tiba nak tegur. Malulah bu. Dia pun sombong je. Ibu tak bolehlah salahkan angah je.” Damisya cuba berlembut.

Puan Hasnah mendengus. “Malu konon. Angah sebenarnya ada hati kan dengan dia? Macam ibu tak tahu.”

Damisya tersentak. Riak muka cuba dikawal. Dia memandang ke arah lain. “Hisy, ibu ni… merepek je. Sejak bila pula angah ada hati dengan dia? Ibu ni asyik tengok drama je. Nilah jadinya. Fikir bukan-bukan,” nafi Damisya.

“Apa-apalah angah…. Ibu dah penat cakap dengan angah. Ibu bukan nak kahwinkan angah cepat-cepat. Si Zahim pun masih belajar lagi. Ibu nak angah kawan je dengan dia. Salah ke?”

Damisya merenung wajah ibunya yang seakan-akan berjauh hati dengannya. Tangan ibu disentuh lembut.

“Yelah bu… Angah kawan dengan dia. Kalau angah cakap tak nak pun, ibu tetap suruh kan… dah nasib badan,” seloroh Damisya.

Puan Hasnah digeletek rasa lucu dengan nada Damisya. Dia tergelak halus. “Macam nilah anak ibu. “

Zahim melangkah masuk ke dalam rumah setelah mengunci keretanya. Dia baru saja berjumpa teman-teman lamanya. Dah lama tak jumpa mereka. Tengah cuti semester ni, memang seronoklah kalau dapat lepak dengan kawan-kawan kat kedai kopi. Sembang-sembang kosong.

“Im, lambat balik… lama mama tunggu Im,” ucap Puan Aisyah sewaktu Zahim baru saja melangkah masuk.

Zahim memandang mamanya yang sedang duduk di sofa sambil menonton drama di Astro Prima. Langkah di atur ke situ. Punggung dihempas berdekatan mamanya. Kunci kereta diletak atas meja kopi.

“Mama tunggu Im? Kenapa ma? Ada hal penting ke?” soal Zahim sopan.

Puan Aisyah menarik nafas. Dia cuba mencari ayat yang sesuai. Wajah Zahim, anak tunggalnya di pandang. Bibirnya sedikit bergerak-gerak.

“Err… macam ni…” Puan Aisyah berhenti seketika.

Zahim memandang mamanya pelik. “Ada apa ni ma? Macam serius je. Mama nak cakap apa?”

“Hmm… Im kenalkan anak Mak Cik Hasnah depan rumah ni? Si Isya tu…”

Zahim terdiam sebentar. Kemudian, perlahan-lahan kepalanya di anggukkan. “Isya?? Ermm.. kenal ma… tapi tak pernah tegur pun. Jumpa pun jarang. Kenapa ma?” soal Zahim bersahaja.

Puan Aisyah menarik nafas. “Macam ni… mama dengan papa dah bincang dengan Mak Cik Hasnah dan Pak Cik Hamidi…”

“Bincang apa ma?” soal Zahim setelah lama mamaya mendiamkan diri.

Puan Aisyah memandang anaknya. “Kami dah sepakat nak satukan Im dan Isya. Ma―”

“What?? Mama nak Im kahwin dengan Isya?? Nonsense… Apa yang mama cakap ni? Mama sedar tak apa yang mama cakap ni? Kenal pun tak, tiba-tiba nak kahwin. No! No! And NO!!” bentak Zahim sedikit tinggi.

Terperanjat Zahim mendengar berita yang disampaikan oleh mamanya. Kahwin? Umur dia baru 23 tahun. Ijazah pun tak lepas lagi. Kerja lagi la… Ni tiba-tiba nak suruh kahwin. Gila! Memang gila.

“Zahim!! Mama serius tau. Keputusan mama muktamad. Mama tahulah Im masih study. Mama nak Im kenal je dengan dia dulu. Lepas tu bertunang. Kemudian, lepas dapat ijazah, Im kahwin dengan dia. Bukan mama suruh kahwin tahun ni jugak.” Nada Puan Asiyah turut naik.

Zahim memandang mamanya dengan pandangan tak puas hati. “Apa mama ni? Asal mama atur hidup Im? Ni hidup Im la ma… Biarlah Im yang tentukan,” keluh Zahim. Nadanya sudah mengendur.

“Mama tak kira. Im kena ikut cakap mama. Mama nak yang terbaik buat diri Im. Macam mama tak tahu Im tu tengah bercinta dengan perempuan yang tak cukup kain tu. Menyampah mama tengok gambar Im berkepit dengan dia,” kata Puan Aisyah, datar.

Zahim tersentak. “Ma…Mama buka laptop Im eh? Mana mama nampak gambar Im ni?” soal Zahim sedikit berang bila privasinya dicerobohi.

Puan Aisyah mencebik. “Salah ke mama bukak laptop Im?”

Zahim melurutkan rambutnya ke belakang. ‘Mama ni… pandai-pandai je..,’ getus hati Zahim.

“Hmm, mama tak kira. By hook or by crook, cuti ni, Im kena keluar dengan Isya. In fact, Im tak boleh keluar without Isya. Faham?” Kata Puan Aisyah tegas. Kunci kereta di atas meja kopi, dicapai. Dia mahu menyimpan kunci kereta itu.

Sekali lagi Zahim tersentak. Mamanya sudah keterlaluan. “Apa ni ma? Im tak sukalah. Im penat tau. Balik je, mama pulak cakap macam ni.”

Puan Aisyah menjeling Zahim. “Mama nak naik, tidur… Esok, Im bawak Isya keluar.”

Damisya melangkah menuju ke kereta Proton Persona SE yang sudah berada di hadapan rumahnya. Dengan selamba, dia membuka pintu kereta itu. Sebelum itu, sempat dia mengukirkan senyuman buat ibunya yang sedang berdiri di pintu rumah.

Setelah Damisya sudah masuk ke dalam kereta, dia menutup pintu kereta. Dia memandang lelaki di sebelahnya. Wajah lelaki itu kelat. Damisya cuba mengawal dirinya. Mengawal debar di dada. Pertama kali naik kereta dengan lelaki ini. Pertama kali juga dia keluar dengan lelaki yang bernama Zahim ini.

“Hai… Assalamualaikum,” tegur Damisya selamba.

Zahim diam. Tidak memberi sebarang reaksi. Wajahnya masih kelat. Dia mula menurunkan brek tangan. Gear ditukar. Zahim mula memandu, meninggalkan kawasan perumahannya.

“Tak jawab dosa…” Selamba je Damisya berkata. Macam cakap dengan kawan lama sahaja.

Zahim mendengus kecil. “Aku dah jawab dalam hati ar. Sibuk je kau ni.”

Terlepaskan gelakan dari mulut Damisya. “La… manalah aku tahu kau dah jawab dalam hati. Aku tak dengar la. Sorry eh…”

Zahim menjeling Damisya di sebelahnya. ‘Nama pun jawab dalam hati, memanglah tak dengar. Otak tak centre betullah budak ni. Dah tu gelak pulak,’ desis hati Zahim.

“By the way, kenapa kau ajak aku keluar tiba-tiba ni? Angin takde, ribut takde, tiba-tiba ajak aku keluar. Pelik, pelik,” tutur Damisya dengan nada yang sama.

Zahim menjeling Damisya lagi. Terlepas dengusan kecil dari mulutnya. “Kau jangan nak pura-pura tak tahu eh. Jangan nak tunjuk baik sangat kat sini. Takkanlah kau tak tahu kenapa aku ajak kau keluar? Aku pun tak ingin tau nak keluar dengan kau ni. TERPAKSA tahu tak?” Zahim menekankan perkataan ‘terpaksa’.

Damisya tarik sengih. Dia meletakkan jari jemarinya di dagu. Lagaknya seperti sedang memikirkan sesuatu. “Erm… jap eh… aku fikir-fikir dulu.” Dia berjeda sebentar. “Oh… OMG… macam mana aku boleh lupa ekh? Ni mesti tak lain tak bukan, plan parents kita kan?” tanya Damisya seperti orang bodoh.

“Hah… tahu pun kau,” kata Zahim sedikit tinggi.

Geram juga hatinya melihat respon Damisya yang macam orang tak betul ni. Perempuan macam ni ke yang mamanya nak? Perempuan kurang siuman…

Damisya gelak lagi. Kali ini lagi kuat. Seolah-olah mereka baru saja berbual sesuatu yang lucu.

Bertambah geram Zahim apabila mendengar gelakan dari Damisya. “Yang kau gelak macam orang gila ni kenapa? Not funny okay…”

Damisya menekan perutnya. Tawanya masih bersisa. “Bukan apa… aku ingat ibu aku main-main je semalam. Nak prank aku. Tak tahu pulak betul-betul. Lawak-lawak…”

Zahim menjeling Damisya. Rasa macam nak cekik-cekik je perempuan ni. Orang tengah serius, dia boleh pulak gelak-gelak. Lama-lama, masuk Tanjung Rambutan la si Damisya ni.

“Pasal ni la aku ajak kau keluar hari ni tahu tak? Aku nak bincang dengan kau pasal rancangan mengarut ni,” kata Zahim kasar.

Damisya mengangguk kecil. “Okey.”

Zahim mengerutkan dahinya. Damisya di pandang sekilas. “That’s it??”

Damisya yang kurang mengerti, memandang Zahim, meminta penjelasan.

“That’s it? Just okay?” jelas Zahim.

“Yelah… kau nak macam mana lagi? Okey je lah,” balas Damisya selamba.

Zahim mendengus. “Huh… menyampah aku. Kau ni kan… aku dah pening kepala dok fikir pasal ni, kau boleh pulak tenang je…”

Damisya hanya mencebik. Nak pening kepala fikirkan hal ni pun buat apa? Mereka takkan berkahwin punya. Takkan. Damisya tak boleh berkahwin. Rancangan gila ni pun takkan berlaku. Buat apa nak fikirkan lagi.

Damisya menyisip air minumannya perlahan-lahan. Lega sikit tekaknya setelah dibasahi dengan air Milo Iced. Hilang terus rasa dahaga.

“Can we start now?” soal Zahim sambil memandang Damisya.

“Okay, shoot…”

“Aku tak nak kahwin dengan kau.”

“Okay, fine.”

Zahim memandang Damisya, lama. Dahinya berkerut. “Tu je?”

“Yelah… dah kau tak nak kahwin dengan aku… Takkan aku nak paksa kot,” balas Damisya selamba.

“Okey, settle… Aku tak nak kahwin dengan kau dan kau pun okey je. Sekarang aku dah lapar. Aku nak makan.”

Damisya dengan muka selamba hanya mengangguk.

Zahim memanggil pelayan untuk memesan makanan. Tadi, mereka hanya memesan minuman.

Damisya menyuakan sudu ke dalam mulutnya. Suapan yang terakhir. Dia memandang Zahim. Dari tadi asyik main mesej je. Kacau betul. Nak makan pun susah. Sakit mata Damisya apabila dia melihat Zahim asyik menekan keypad handphone dari tadi. Lepas tu, bising pulak handphone si Zahim tu. Berbunyi je. Ada mesej masuk.

Bukannya Damisya cemburu. Tapi dia memang tak suka bila waktu makan, ada orang layan handphone. Agak-agak la. Abahnya pun selalu je marah adik dia sebab bila time tengah makan sekeluarga, boleh pulak adik dia dok main mesej. Memang pantang Pak Cik Hamidi tu. Time makan, makan… jangan nak main mesej.

Disebabkan sudah terbiasa dengan didikan abahnya, Damisya mula rimas bila melihat Zahim asyik berbalas mesej. Entah dengan siapa la tu. Hilang selera Damisya. Terganggu. Tambah pula ringtone mesej Zahim, lagu rock. Bising betul. Bunyi biasa sudah. Ni siap nak lagu. Mesej je pun.

Damisya mengambil tisu di atas meja. Mulutnya dilapkan. Tiba-tiba muncul seorang gadis cantik di meja mereka. Gadis itu meletakkan tangannya di atas bahu Zahim. Damisya agak tersentak. Dia memandang gadis itu.

“Hai, sayang…,” ucap gadis itu lembut.

Zahim mendongak, memandang kekasih hatinya. Dia bingkas dari duduknya. “Hey, honey. So, I nak kenalkan dengan cousin I…Isya… And Isya, ni my sweetheart, my only love, Zara.”

Gadis yang bernama Zara tersenyum lebar. Suka agaknya bila Zahim kata my sweetheart, my only love. Zara menghulurkan tangan pada Damisya.

“Hai…,” ucap Zara ramah.

“Hai..”

Damisya memaksa dirinya mengukirkan senyuman walaupun Damisya pelik dengan insiden yang berlaku di depan matanya. Sejak bila pula dia jadi sepupu Zahim?

“Okey… jom lah honey. You kata nak tengok wayang tadi.” Zahim memandang Damisya pula. “Kau tak kisahkan jalan sorang-sorang. Aku nak temankan girlfriend aku ni tengok wayang. Pukul lima, jumpa kat kereta,” kata Zahim sedikit kasar.

“Owh… okey… Have fun. Jangan tinggalkan aku pulak. Nanti…. Mama kau tanya…,” balas Damisya selamba dan agak sinis.

Zahim menjeling Damisya. Nak sakitkan hati orang jelah perempuan ni. Menyampah betul. Tanpa sepatah bicara, dia terus membawa Zara pergi dari situ. Lama-lama pun buat apa. Buat sakit hati je.

Damisya menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Satu keluhan panjang dilepaskan. Entah-entah tadi Zahim main mesej dengan Zara. Patutlah muka tu berseri-seri je. Senyum tak lekang.

Ada ke patut Zahim tinggalkan dia kat sini? Selamat dekat Dataran Pahlawan (shopping complex). Boleh dia ronda-ronda. Cuci mata. Kalau Zahim tinggalkan kat ceruk hutan ke, apa ke… tak ke naya. Nak buat apa kat situ. Lama lagi kot nak pukul lima. Ada empat jam lagi.

Tapi… cantik juga awek Zahim. Cun melecun. Lagi cantik dari dia. Rambut gadis tu cantik beralun. Wajah dia pun walaupun agak gelap, tetapi manis. Macam Aishwarya Rai. Mata dia bulat. Memang padan pun dengan Zahim.

Damisya menarik nafas dalam. Apa yang dia fikir ni? Hmm… Milo Iced yang masih berbaki, disedut sehingga habis. Selendang dibetulkan. Jam tangan dikerling. Dah pukul 2.10 petang. Lebih baik dia menunaikan solat di surau dulu. Baru window shopping. Dia mula mengangkat punggung.

Baru saja kaki Damisya ingin melangkah keluar dari kafe, seorang pekerja perempuan menahannya.

“Maaf kak. Akak belum bayar lagi,” ucap pekerja perempuan itu.

Tergamam Damisya. Sangkanya, Zahim sudah pun bayar. Buat malu je. Damisya senyum segaris.

“Owh… akak lupa pulak.”

Damisya terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Dia menyebutkan nombor mejanya pada pekerja di kaunter.

“RM 11.50,” sebut pekerja itu.

Damisya mengerutkan dahinya. Biar betul? “Err, dik, akak order dua set lunch tadi.”

“Yang satu set tu dah dibayar. Lelaki yang duduk di meja akak yang bayar. Tapi untuk akak punya, dia kata akak bayar sendiri,” jelas pekerja itu.

Damisya mengetap bibir. Kedekut betullah Zahim ni. Dengan perasaan geram, dia menghulurkan wang pada pekerja itu.


6 comments:

zura asyfar said...

slm..intro yg best..

miza_misza said...

hihihi...interesting..:)

vanilla_ice said...

wahhh wahhh . LE vs GM la weyhh . harus aku bace cite ni smpai ending . idea kkk ko dgn kau ni x prnh kering la . bravooo !~

pipvz devil said...

waaaa..siot pnye jntn..kedekut nk mamposss..hahaha..i like mng 1pmulaan y mnarik..mbuatkn ku xsbr mnanti..

cactaceous opuntia said...

ha...gilak r itu laki...dekuk

ferica said...

cam best jer...
must keep on read LEvGM..
hehe