Wednesday, December 1, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -SE 2-


Epilog… (walaupun tak ada prolog)

Sebulan kemudian….

Kyra mendekati Ezo yang sedang menonton TV di ruang tamu. Hari ini hari minggu. Hari di mana mereka menghabiskan masa bersama tanpa gangguan kerja. Hari ini wajah Kyra tampak berseri-seri. Senyumannya panjang sehingga ke telinga.

“Abang…”

Ezo memandang Kyra bersama senyuman di bibir.

Kyra mengambil tempat di sebelah Ezo. Tangannya menunjukkan sesuatu pada Ezo. “Hadiah buat abang,” ucap Kyra lembut. Kyra cuba mengawal perasaan.

Ezo memandang tangan Kyra. Kasut baby? Buat apa Kyra bagi dia kasut baby? “Apa ni sayang? Abang mana muat…”

Kyra buat muka bosan. Lembap juga suami dia ni. Kyra cuba memaniskan mukanya. Tak boleh moody. Tengah gembira ni.

“Abang… cubalah teka kenapa Kyra bagi abang kasut baby ni.”

Ezo pandang Kyra pelik. Buang tebiat ke Kyra ni. “Sayang… apa yang sayang cuba sampaikan ni?”

Kyra menghela nafas. Sah!! Lembap betul suami dia. Kyra senyum lagi. Wajah Ezo dipandang dengan penuh perasaan. Mata Ezo direnung.

“Kyra pregnant!!”

Ezo blur sekejap. Dia mengangguk perlahan. “Oh… pregnant… ingatkan apa tadi.” Ezo memandang skrin TV semula. Tapi buat seketika cuma.

Ezo memandang Kyra semula. Wajahnya jelas menunjukkan Ezo terperanjat. “What?? Pregnant? You mean, mengandung? Sayang mengandung?” soal Ezo bertalu-talu.

Kyra mengangguk. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

“Kyra akan jadi ibu, abang akan jadi ayah?” soal Ezo lagi.

Kyra angguk lagi.

Ezo tergelak gembira. Dia meraih Kyra dalam pelukan. “Terima kasih Kyra… I’m so happy.”

Ezo meleraikan pelukan. “Tapi bila sayang pergi check?”

“Adalah… dah lapan minggu baby ni. Kyra sengaja nak surprise kan abang… Tapi abang ni lembap sangatlah nak faham.”

“Alah… siapa suruh sayang berkias dengan abang. Bagi kasut baby pulak. Lain kali straight to the point.” Ezo membela dirinya.

Kyra mencebik.

“Dah bagitahu umi?” soal Ezo

“Belum.”

“Kita cakap sama-sama ya? Umi mesti gembira,” kata Ezo.

Kyra kuntum senyum. Hatinya sungguh bahagia kini. Penantiannya sudah berakhir. Dia mengucapkan syukur pada Allah SWT kerana mengurniakan seorang bayi buatnya dan Ezo.

“Abang tak sabar nak tunggu baby lahir. Thanks sayang,” ucap Ezo lagi. Kemudian, bibirnya mendarat pada pipi Kyra.

Setelah itu, Ezo mengambil handphone dan mula membuat panggilan ke luar negara. Dia menghubungi keluarganya dan memberitahu berita gembira ini. Umi tak sabar nak balik Malaysia. Setelah menghubungi keluarga Ezo, mereka menghubungi Tan Sri Haidar.

Kini, mereka semua tidak sabar-sabar menantikan kelahiran anak sulung Kyra dan Ezo. Ezo memanjat syukur ke hadrat Ilahi. Termakbul jua doanya. Sudah lama dia menanti detik ini. Dia bakal menjadi ayah. Gembiranya Ezo.

Inilah kisah Kyra Nurailiz Haidar dan Erwan Zakwan Omar. Seorang gadis ego sudah berubah hanya disebabkan penangan cinta dari lelaki misteri. Mereka cukup bahagia walaupun kadang-kadang badai datang melanda. Lumrah kehidupan berumah tangga. Banyak onak duri yang perlu ditempuhi. Namun, mereka lalui dengan tabah. Kini, mereka dan juga keluarga mereka tidak sabar-sabar menantikan kelahiran anak pertama Kyra dan Ezo. Mudah-mudahan mereka akan diredhai Allah dan dikurniakan lebih ramai cahaya mata. Setiap hari, mereka akan berdoa pada Allah, memohon keredhaan dari-Nya.

Bak kata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31. Maksud ayat tersebut ialah, Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’

Mereka juga mengamalkan bacaan surah Yunus ayat ke-31. Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

Assalamualaikum my lil cute sis

From: Ezo

To: julia_missju@yahoo.com

Assalamualaikum….

Apa khabar orang Paris? Tengah sarat mengandung eh? InsyaAllah abang dan Kak Kyra serta putera kami, Islah Najmin, akan berangkat ke Paris minggu depan. Abang doakan adik sihat dan juga kandungan tu.

Jangan nak mintak yang bukan-bukan pulak kat sana… nak durian lah, petai la, sambal belacan la, kerisik la… Kesian Faris nanti. Mana nak cari semua tu. Tapi kalau adik nak, adik cakap dengan abang. InsyaAllah abang boleh bawa dari Malaysia. Err, tapi durian tak boleh la. =)

Emel yang lepas, adik tanya keadaan Islah kan? Hmm, dia dah pandai cakap sekarang. Laju pulak tu. Mulut asyik pot pet pot pet je. Penat abang dengan kak Kyra nak layan. Umur baru empat tahun tapi dah macam mak nenek. Asyik cakap je. Abang pun tak faham apa yang dia cakap.

Abang attach gambar dia ya. Kirim salam dekat umi dan abah. Faris jugak. Suruh umi masak special bila abang datang nanti. Miss y’all. Kak Kyra cakap dia rindu dengan adik. Tak sabar nak jumpa adik. Adik pun mesti rindu dia kan?

Okeylah, adik. Abang nak layan Islah. Dari tadi tak ada orang layan dia. Kak Kyra tengah masak kat dapur. Assalamualaikum.

End of special post. Hope you guys enjoy reading. Leave your thoughts ‘bout this special post. Love you all. Kalau ada salah ejaan, tegur eh… nanti aku betulkan. Aku memang malas nak check spelling. Tu kerja kakak aku. Sebab tu aku lambat edit. TS@C, aku edit lagi lama dari aku taip. Haha.

P/s: To Farhana Hussien, ingat tak pasal kasut baby tu. Time tu, kita tengah lepak kat ruang tamu, baru je abes exam LAW 3, nak tunggu dinner… kita kan berborak pasal ‘macam mana nak bagitau suami yang kita mengandung’. And kasut baby tu idea kau. Kau kata comel sangat. Kau ingat tak aku kata, ‘wah, boleh buat novel ni’? Hmm, aku da pun buat apa yang aku cakap. Hope kau tak marah sebab aku curik idea comel kau. Haha. Peace no war.

18 comments:

.:kiwi:. said...

Yeah!! Great ending!!
Thanks Zuera!! ^^

Hanna Iha said...

suke3x~...
thanz writer..

Nina Aziz said...

ske la zuera special episode nie!!!

~ZYX~ said...

suke2..happy ending..
tp..dorg da batalkan kontrak tu ke..?xde cite pon..

Zuera said...

Thx to all of u.
Oh ya, pasal kontrak tu ya. its automatically revoke when they confessed their love. Maaf sebab aku tak explain as i tot u'll understand that. My mistake.

2 make a simple explanation, kontrak mereka tu, antara mereka. Since, mereka sudah jatuh cinta, kontrak itu dianggap tak sah. Abaikan saja kontrak itu. Tiada tindakan undang2 akan diambil.

I guess, i still have 2 explain in d story kan? Sorry, lupa~~. =)

cactaceous opuntia said...

terbaek

pipvz devil said...

waaa..sungguh x ku sngka..brpe ari xbuka blog ni..siap da 2 n3 cite ezo n kyra..i like..tbaek woook..gua caya sma lu beb..btol2 holeeyaooo..mohahaha..dlm taman bunga mekar n mewangi(maknenye hapy giler ar 2)hahaha..

nanieZACK. said...

Wahhh! comel sangat2. hee. baru prasan SE niee. Nanti buat novel pulakk. confirm nanie beli. haha :D

Superbb <3

AAS said...

Hi Zuera!

Owh future lawyer ke? pautlah hebat je, buat part gaduh2.. owh anyway, sebab I alrdy promised you b4 to leave a comment here! So I'll write it long..special 4 you dear! hehehe.. Ok seriously novel ini best, penuh dengan segala pengajaran dan contoh yang baik.. Novel yang nampak simple dan tak berat, sesuai dibaca untuk semua peringkat umur. wish I have a copy of this novel. Memang menarik and sooooooo GOOD! that's y Shakespears said 'Power of pen' but this bit diff 'Power of Keyboard!' hehe.. Sy dah baca dr mula2 samapi habis! Zuera memang berbakat lah, jgn down keep writting! I'll support u! Keep it up! Your imagination run wild when it comes to story! I love the way you write! NICE! Crossed finger for you! and I pray the best for you May Allah bless you all the time! take care ~ AAS

Anonymous said...

zura!!!!..(saya kembali!)
..cuke cgt2 citer nie!!!..
ade suke+syedeh+klkar+tchng+felng..ahh..
in other word..all in 1..ahak~..I LIKE!
tpi syedeh sbb dh abeh..sobsobsobbb..:(
p/s:will gonna miss u ezo n kyra!!..:))

Anonymous said...

congrats friend....best bce cter ni......me likey this story....congrats again...post byk2 lg k...

Anonymous said...

great story n ending terhibur hati bila baca ada part yg lucu boring pun hilang thaniah

Anonymous said...

cita awk best..start cita ni sy ingt awk nk truskn pkhwinan diaorg secara k0ntrak 2..yg sy belajar akd nkah pkhwnan k0ntrak xsah jika tetapkn temp0h pkhwinan n penceraian serta byaran skali.ada perbahasan ulamak tntang hal ni..nsib k0ntrak diaorg batal klu x xsah la diaorg kwen.he2..saje je nk kgsi ilmu..kdg2 kita nk wt cita kna amik berat gk pasal hkum kn?insyallh dgn penulisan blh gk brdkwh dgn cara yg awk wat skrg ni..g00d luck!-aisyah-

n.haliban said...

sangat suke citer ni. walaupun a bit stereotype, tapi sgt sweet~~~ ske.ske. ^^

iman najjwa said...

the best gler r....even pende..tapi larat jugak nk habes kan budak nie...hehehehehe..bez sgt!!!!keep it up!!!hehehe..best gilerrrrr!

aneez_mizuki said...

salam kak zuera......actually nie 1st time baca karya akk......lps baca suamiku, musuhku.....

lps 2 tertarik nk baca cerita nie....
really nice story kak....best sgt3....byk pengajaran sungguh cerita akk...... i like.....

ala kak salah ejaan biasa la... u have a great idea to writing this story.... i really enjoy n feeling for every single word....

u want know something?? saya ade test tau kak kol 1 ptg nnt...but i cant stop read this story...... hehehe akk berjaya ganggu konsentrasi saya dgn cerita nie hehehe

p/s nk request boleh x kak??? akk bukukan la cerita...best sgt kak.....boleh saya simpan buat koleksi....... maaf yer kalo comment panjang sgt......

luv u kak zuera.......

Anonymous said...

hye :D sye baru bace sekarang .wlopon dha lme , cume sye baru tjumpe blog nie :) besh sgt ctew nie , sye bace dri awl smpai abes , kekadang boleh gelak sensowang .. n nk mnanges bace yg part kyra kne mwah nan ezo .. btw , best sgt ctew nie xD

ena rin said...

so sweet best sgtttt