Wednesday, December 1, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -SE 1-


Special Edition 1

Selesai sudah majlis persandingan Ezo dan Kyra. Ezo menarik nafas lega. Badannya mula terasa penat. Mata mula rasa mengantuk. Ramai juga tetamu yang hadir. Dalam sepuluh ribu jugaklah. Maklumlah, mereka dikenali ramai. Ramailah jemputannya.

Majlis diadakan di rumah Kyra. Dari pagi sampai ke malam, ada saja tetamu yang datang. Terpaksa Ezo dan Kyra melayan tetamu walaupun masing-masing sudah penat.

‘Manalah Kyra ni pergi? Tadi kata jumpa kawan. Lepas tu terus hilang,’ gumam Ezo sendirian.

Dia mula menaiki tangga. Kyra sudah berada di bilik barangkali. Rumah mereka yang tadinya meriah dengan suara manusia, kini sunyi sepi. Semua tetamu sudah pulang. Begitu jua keluarga Ezo. Tan Sri Haidar pula sudah tidur di biliknya. Kesian Tan Sri Haidar. Penat melayan tetamu dari pagi tadi.

Dengan penuh berhati-hati, Ezo membuka pintu bilik Kyra. Dia memerhati keadaan sekeliling. Kosong. Kakinya sudah melangkah masuk. Bunyi deruan air membuatkan soalan Ezo terjawab. Kyra sedang mandi.

Songkok di atas kepala, ditarik. Tiba-tiba matanya terpaku pada katil mereka. Katil yang telah dihiasi cantik untuk pengantin baru. Namun, bukan itu yang menarik hati Ezo untuk memandang ke situ tetapi sepucuk surat bewarna merah jambu dan juga sekuntum mawar merah yang menarik hatinya.

Bersama senyuman di bibir, Ezo mula mendekati katil. Dia duduk bersebelahan dengan kedudukan surat itu. Ezo mula rasa tak sabar. Tak sabar untuk membaca surat itu. Pasti saja dari isterinya.

Tangan Ezo mula mencapai surat di sebelahnya. Surat itu dibuka dengan penuh cermat. Sekeping kertas dikeluarkan. Ezo mula membaca isi kandungan surat itu.

Buat suamiku yang tercinta, Erwan Zakwan Omar…

Assalamualaikum abang…

Pertama sekali, Kyra nak ucapkan terima kasih pada abang kerana sudi terima diri Kyra seadanya. Kyra banyak kekurangan. Tetapi, Kyra berharap abang akan pimpin Kyra ke jalan yang benar.

Mengenali abang, merupakan perkara yang tak pernah terlintas dalam diri Kyra. Kyra tak sangka kita akan berkenalan dan akhirnya jatuh cinta.

Abang ingat lagi pertemuan pertama kita? Maafkan Kyra, bang. Kyra banyak menyakiti hati abang. Bila dikenang semula, Kyra malu. Kyra rasa bersalah. Teruknya perangai Kyra kan?

Kehadiran abang dalam hidup Kyra, telah merubah diri Kyra. Kyra tersedar. Kyra bagaikan baru terjaga dari mimpi. Dan sewaktu Kyra sudah mula sedar, Kyra ingat abang sudah tinggalkan Kyra.

Tapi ternyata tidak. Buktinya kita sudah pun sah menjadi suami isteri. Kyra gembira sangat, abang.

Saat abang mengucup dahi Kyra buat pertama kali, Kyra rasakan masa seakan terhenti. Badan Kyra terasa sejuk dan nyaman. Jantung Kyra berdebar. Kalaulah abang tahu…

Kyra tak nak tulis panjang-panjang. Kyra cuma mahu mengucapkan terima kasih pada abang kerana menerima diri Kyra. Kyra cintakan abang setulus hati Kyra.

Kyra harap hubungan kita akan kekal sehingga ke akhir hayat dan yang paling penting, diredhai Allah SWT. Abang pimpinlah Kyra. Kyra yakin abang akan menjadi ketua keluarga yang baik. Bawalah Kyra ke jalan yang lurus. Kyra masih lemah, abang.

Akhir kata, Kyra cintakan abang. =)

Ezo mengukirkan senyuman lebar. Tidak sangka Kyra akan menulis surat cinta padanya. Hati Ezo terusik. Badannya yang letih terus terasa segar.

‘Kyra, Kyra… tak sangka kau tulis surat cinta untuk aku. Tapi… bila masa pulak kau tulis ya? Sempat pulak kau menulis… walaupun surat ni simple dan pendek, aku suka,’ bicara hati Ezo.

Ezo membaringkan badannya. Bibirnya tidak henti-henti senyum. Hatinya benar-benar gembira. Bunyi pintu dibuka, membuatkan Ezo menghalakan wajahnya ke bilik air. Kyra keluar dari bilik air tanpa memandangnya. Ezo tarik sengih. Malu agaknya.

Kyra yang sudah lengkap berpakaian tidur, pura-pura tak nampak Ezo. Dia malu. Dia perasan reaksi Ezo sewaktu membaca surat itu. Dia intip di sebalik pintu. Apabila melihat senyuman Ezo, Kyra turut mengukirkan senyuman.

Kyra melangkah ke meja solek. Masih tidak menghiraukan Ezo. Langkahnya tiba-tiba terhenti. Badannya ditarik ke belakang, lembut. Dalam sekelip mata, Ezo memeluknya dari belakang. Jantung Kyra mula mengepam laju.

Ezo mendekatkan wajahnya ke wajah Kyra. Pipi Kyra dicium lembut. “Terima kasih sayang for such a great love letter. I do love it,” bisik Ezo lembut ke telinga Kyra.

Kyra memusingkan badannya, memandang Ezo. Mata Ezo direnung dalam. Bibirnya mengukirkan senyuman. “Abang suka?” soal Kyra tanpa rasa malu.

Ezo mengecilkan matanya. Badan Kyra ditarik agar mendekatinya. “Abang? Abang suka dengar bila sayang panggil abang ‘abang’. Pandai ya sayang ni. Tak payah disuruh pun dah tahu,” usik Ezo sambil mencuit hidung Kyra manja.

“Kita dah kahwin kan? Kyra kenalah hormat abang. Abang kan suami Kyra… So, abang suka tak dengan hadiah Kyra tu?”

Ezo mengangguk laju. “Of course sayang. Abang tak expect langsung… abang suka. Terharu. Abang pun cintakan Kyra. Sangat. Abang cintakan Kyra kerana Allah. Abang pun berharap hubungan kita akan diredhai Allah,” ujar Ezo sambil membelai rambut Kyra.

“InsyaAllah, bang,” balas Kyra lembut.

“Err, tapi kan…” Sengaja Ezo menghentikan bicaranya. Biar Kyra tertanya-tanya.

Kyra menunggu dengan sabar. Namun Ezo hanya membisu. Mata Ezo masih lagi merenungnya.

“Tapi apa bang?” soal Kyra setelah lama menunggu.

Ezo gelak halus melihat riak wajah Kyra yang tak sabar menanti. Tangannya masih membelai rambut Kyra. “Abang… abang peliklah. Bila masa sayang tulis surat tu?”

Kyra turut tergelak. Ingatkan apa lah tadi. “Abang rasa bila?” duga Kyra.

Ezo menjongketkan bahunya. “Entah… kita kan sibuk tadi. Alah… cakap jelah… bila sayang tulis?” pujuk Ezo manja.

“Tadilah. Sebelum Kyra mandi. Waktu tu, abang sibuk kemas rumah.”

Ezo mencubit pipi Kyra. Cubit manja je. Mana boleh cubit betul-betul. “Patutlah dia lesap je. Tak tolong abang pun.”

Kyra gelak kecil. “Sorrylah. Kyra nak tulis surat tu… Kyra nak bagi abang.”

Ezo mengucup dahi Kyra. “Terima kasih sayang… thanks for everything. Thanks for being my wife. Thanks for being my sunshine. Thanks for making my life full with joy, colourful and happiness. Thanks for accept me for who I am. Thanks for your concern. Thanks for your―”

Cupp!

Kata-kata Ezo terhenti apabila bibir Kyra melekat pada bibirnya. Tindakan yang sunggu drastik. Ezo terkaku. Dia tak sangka. Benar-benar tak sangka Kyra akan bertindak seberani ini. Bibir mereka bertemu buat beberapa saat. Ezo dapat merasakan perasaan cinta Kyra padanya.

Kyra menjauhkan bibirnya. Senyuman malu menghiasi wajahnya. Kyra tunduk, merenung lantai. Dia sendiri tak sangka dia akan mencium Ezo. Semua berlaku dengan pantas. Kyra tak sedar. Dirinya bagaikan didorong satu kuasa. Tapi kuasa apa? Kuasa cinta?

“Wow!! I didn’t expect that. Nice… so nice,” ucap Ezo separuh terperanjat.

Kyra mengetap bibir. Dia mencubit lengan Ezo. “Abang cakap banyak sangat,” rungut Kyra.

“Lah… salah ke?”

Kyra diam. Perlahan-lahan, dia mengangkat wajahnya. Mata Ezo direnung semula. “Abang… Kyra tak pandai masak.”

Ezo memeluk pinggang Kyra. “Abang tak kisah. Boleh belajar kan?”

Kyra mengangguk perlahan. “Kyra tak tahu kemas rumah, tak tahu basuh baju, tak tahu sidai baju, tak tahu basuh pinggan, tak tahu buat air, tak tahu masak nasi, tak tahu—”

“Amboi!! Lepas kahwin baru nak cakap ya. Banyaknya yang Kyra tak tahu. Isy, isy, isy… teruknya. Kalau abang tahu, abang tak naklah kahwin dengan Kyra,” seloroh Ezo mematikan kata-kata Kyra.

Kyra terkedu. Ayat terakhir Ezo membuatkan Kyra berkecil hati. Dia menundukkan wajahnya semula.

Ezo mula perasan sesuatu. Mata Kyra yang tadinya bercahaya sudah bertukar suram. Dia tersalah kata ke?

Ezo memegang dagu Kyra lembut. Kepala Kyra dinaikkan supaya memandangnya. “Sayang merajuk ke? Kenapa?” soal Ezo separuh berbisik. Keningnya ternaik sedikit.

Kyra diam. Bibirnya diketap. Matanya memandang tempat lain. Dan entah mengapa, kolam matanya mula berair. Kyra sendiri tidak faham dengan dirinya. Kenapa sensitif sangat?

Ezo mula gelabah. “Sayang, kenapa ni? Apa salah abang? Abang salah cakap ke? Abang gurau je. Tak ada niat lain. Abang tak kisah kalau sayang tak tahu apa-apa. Yang penting, Kyra ada inisiatif untuk belajar.”

Ezo meraih Kyra ke dalam pelukannya. Belakang badan Kyra diusap dengan penuh kasih sayang. Lama mereka berpelukan. Hati Kyra mula terubat. Argh!! Mengapa hati dia sensitif ni? Ezo bergurau pun tak boleh.

Kyra menrungkaikan pelukan. Bibirnya dipaksa mengukirkan senyuman walaupun sukar. “Sorry… Kyra sensitive pulak.”

“Hmm, tak apa… Kyra terasa ya dengan kata-kata abang?”

Kyra angguk perlahan. Jujur.

“Sorry,” ucap Ezo sambil mencium hidung Kyra.

Ezo merenung Kyra. “Bila kita nak tidur? Dah pukul tiga pagi ni?” tanya Ezo sambil tersenyum nakal.

Kyra mendekatkan hidungnya dengan badan Ezo. Badan Ezo dibau. “Hisy, busuknya… macam kambing jantan. Pergi mandi dulu. Tak ingin Kyra tidur dengan abang yang busuk ni.”

Ezo menarik muncung. “Mana ada busuk. Pandai je. Sampai hati samakan abang dengan kambing jantan,” rajuk Ezo berpura-pura.

Kyra tergelak. Tangannya memukul-mukul badan Ezo. “Dah, dah… jangan nak merajuk pulak. Pergi mandi.”

“Yelah, yelah… temankan abang mandi, ya?”

“Eh, apa pulak… Kyra dah mandi. Dah wangi. Abang tu pergi sana. Busuk!” Kyra menutup hidungnya.

Ezo menarik hidung Kyra. Geram! “Kiss dulu,” pinta Ezo.

Kyra tidak beri sebarang respon. Dia buat-buat tak tahu je.

Ezo masih lagi menunggu.

Beberapa minit kemudian, Kyra mengalah. Dia mencium pipi Ezo pantas. Kemudian, dia terus menuju ke katil. Badannya direbahkan di situ. Wajah Ezo langsung tidak dipandang.

Ezo memegang pipinya yang dicium Kyra. Senyuman lebar meniti di bibirnya. Dengan wajah yang gembira, Ezo masuk ke dalam bilik air. “Jangan tidur dulu… abang ada hadiah buat sayang,” tutur Ezo sebelum menutup pintu.

Kyra tarik sengih. Matanya masih terasa segar. Sementara menunggu Ezo mandi, Kyra mula berangan. Macam-macam yang dia berangan. Kadang-kadang dia tergelak.

Sepuluh minit kemudian, Ezo keluar dari bilik air bersama tuala di pinggang. Merah pipi Kyra apabila melihat badan Ezo yang putih melepak. Dia cuba menahan getar di dada.

Ezo senyum simpul. Dia menuju ke beg rodanya. Baju-baju Ezo belum dikemaskan. Ezo mengambil baju tidur dan seluar tidurnya. Dengan selamba, dia menyarungkan baju di badannya. Begitu juga seluar. Kemudian, dia mengambil sesuatu dari begnya dan mendekati Kyra yang sedang membelakanginya.

“Kyra…,” panggil Ezo lembut.

Ezo memanjat katil. Dia bersila di situ.

Kyra memusingkan badannya, menghadap Ezo. Dia menukar posisi. Dari baring, sekarang duduk, berhadapan Ezo.

Ezo senyum menggoda. Tangannya yang disorokkan dikeluarkan. Kotak empat segi dibuka dan ditunjukkan pada Kyra. Seperti yang dijangkakan, mulut Kyra terlopong, matanya membulat dan tangannya melekap di dada.

“Khas buat sayang. Set barang kemas ni, abang yang reka tau. Penuh dengan kasih sayang. Cuba tengok rantai ni.” Ezo mengeluarkan seutas rantai leher dari kotak ditangannya. “Rantai ni dihiasi dengan berlian berwarna pink. Pink symbolize romantic love… a gentler symbol of love, than the fiery, passionate red. Abang combine color pink with diamond jewelry and hasilnya tadaa… terciptalah romantic pink diamond jewelry, the unique and ultimate gift for my loved one,” terang Ezo dengan penuh perasaan.

Kyra memandang Ezo. Matanya bersinar-sinar. Terharu. Sangat terharu. Dia terus memeluk Ezo. “Terima kasih abang,” ucap Kyra. Air matanya jatuh setitis dek kerana terharu. Boleh tak kalai Kyra anggap Ezo ni romantic, sweet, caring, kind-hearted? Inilah Kyra rasa pada Ezo. Mungkin pada orang lain tak… tapi bagi Kyra, Ezo lah segalanya.

Sejak Kyra dan Ezo disatukan, mereka memutuskan untuk berpindah dari rumah Tan Sri Haidar. Mereka ingin hidup berdikari. Tan Sri Haidar agak berat hati untuk melepaskan Kyra, namun, dia terpaksa akur. Ezo merupakan suami Kyra.

Perkahwinan mereka sudah pun berusia enam bulan tetapi mereka masih lagi tidak dikurniakan cahaya mata. Umi Ezo sudah tidak sabar-sabar nak menimbang cucu. Tapi… belum ada rezeki.

Sejak akhir-akhir ini Ezo selalu pulang lewat. Bila Ezo pulang, Kyra sudah tidur. Mana taknya. Ezo selalu balik pukul 12 malam. Mata Kyra pun dah mengantuk. Acap kali Ezo pulang lambat. Sudah berminggu-minggu. Kyra mula berjauh hati. Dia tahu Ezo sibuk dengan projek mega syarikatnya tetapi tak bolehkah Ezo membahagikan masa untuk dirinya?

Kyra merindui Ezo. Kyra merindui Ezo yang dulu. Dia sedih melihat hubungannya dan Ezo. Hari-harinya ditemani kesunyian. Kyra sibuk juga tetapi tidaklah seperti Ezo. Hampir setiap malam Kyra menangis kerana rindukan Ezo. Dia mahu Ezo yang dulu. Kenapa Ezo berubah?

Kyra sudah pun pandai memasak. Walaupun masakan Kyra biasa saje tetapi Ezo tetap meminati masakan isterinya. Minggu lepas, apabila Ezo berjanji untuk pulang awal dan makan bersama, Kyra bertungkus-lumus menyediakan makan malam. Dia tergesa-gesa pulang dari ofis. Namun, Ezo memungkiri janji itu. Sewaktu Kyra sudah menyediakan segalanya dan menunggu kepulangan Ezo dengan penuh sabar, Ezo menghubunginya dan memberitahu dia akan pulang lewat.

Kecewa Kyra waktu itu. Walaupun Ezo sudah memujukknya, Kyra masih terasa. Cuma dia tidak tunjukkan saja. Kyra hanya memendam perasaan. Dia tidak mahu dicop sebagai isteri mengada-ngada.

Ezo membuka pintu biliknya. Wajahnya tampak letih. Dia asyik balik lambat saja. Kesian Kyra. Dia memandang Kyra yang sudah pun lena. Sungguh!! Ezo rasa bersalah pada Kyra. Sangat bersalah. Dia mengabaikan Kyra. Semuanya kerana projek Permata Salji-nya.

Ezo mendekati katil. Dia duduk di berdekatan dengan Kyra. Dahi Kyra dikucup lembut. ‘Ya Allah, rindunya aku pada isteriku ini… Maafkan abang, Kyra…’ desis hati Ezo.

Ezo bingkas. Dia menuju ke bilik air. Tuala dicapai. Beberapa minit kemudian, Ezo sudah lengkap berpakaian. Dia naik ke katil. Badannya dibaringkan, mengiring. Pinggang Kyra dipeluk kemas. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Kyra. Pipi Kyra dicium penuh kasih.

Ciuman Ezo membuatkan Kyra terjaga. Matanya terpisat-pisat. “A..abang… abang dah balik?” soal Kyra mamai.

Ezo mengangguk bersama senyuman. Rambut Kyra dibelai. Kemudian, pipi Kyra diusap. Mereka tidak bersuara.

Kyra mula terasa sebak. Sudah lama Ezo tidak membelai rambutnya. Dia jadi rindu. Dia mendekatkan wajahnya. Matanya berair. Senstif betul Kyra ni. Dia sedih… Dia merindui Ezo. Terlalu rindu.

“Kenapa sayang menangis?” soal Ezo cemas.

Kyra menggeleng perlahan. Bibirnya diketap.

“Sayang marah abang ya?” soal Ezo lembut.

Diam.

Ezo memeluk Kyra. Kepala Kyra melekap pada badan Ezo. Ezo mencium ubun isterinya. “Maafkan abang sayang. Abang selalu balik lambat. Abang abaikan sayang. Tapi lepas ni, abang janji abang takkan pulang lambat. Projek abang dah tamat. Lepas ni kita pergi bercuti ya?” pujuk Ezo sambil mengusap lengan Kyra.

“Kyra rindu abang. Rindu sangat,” ucap Kyra dalam sendu.

Ezo menjauhkan badannya dengan Kyra. Wajah Kyra ditatap. Air mata Kyra diseka lembut. Dia bersimpati dengan isterinya. “Abang pun rindu sayang. Maafkan abang ya?”

“Hmm… abang janji lepas ni tak buat lagi macam ni?”

Ezo angguk. “Abang janji sayang… abang pun rindukan sayang. Abang rindu masa kita bergurau senda. Semuanya salah abang. Abang minta maaf.”

Kyra mengukirkan senyuman nipis. “Kyra maafkan abang. Kyra faham… abang sibuk dengan kerja… bukan sibuk dengan benda lain.”

Ezo meraih semula tubuh Kyra. Baru dia sedar, dia terlalu merindui isterinya. “Kita pergi bercuti, nak tak?”

Kyra angguk laju. Dah lama tak bercuti dengan Ezo.

“Sayang nak pergi mana?”

“Paris,” jawab Kyra laju.

Ezo mengerutkan dahinya. “Paris??”

Kyra ukir senyum. “Kyra nak jumpa umi dengan Ju sekali. Abah pun. Dah lama tak jumpa mereka. Rindulah. Boleh kan bang?”

“Boleh, sayang.”

Makin lebar senyuman Kyra. Dia membalas pelukan Ezo. Hatinya mula terubat. Dia begitu sayangkan Ezo. Masakan dia mahu memarahi Ezo. Syukur, Ezo sudah kembali padanya. Ezo yang dia rindui sudah pulang. Dia berdoa pada Allah agar hubungan mereka akan kekal sebegini. Gaduh-gaduh tu asam garam rumah tangga. Kalau tak gaduh, hambar la pulak hubungan mereka.


2 comments:

Rissa said...

Best dan romantik....

zura asyfar said...

zuera : aku tak tau pun ade SE cite ni..dhla aku bc SE 4 dl br SE 1..tu mcm pelik je td..hehe..kau tak tdo ek post cite ni..hmm, rugo aku bukak lewat, td pn aku takleh tdo jugak..ape2 pn best SE ni..tau tak, blog kau ni kecoh je kat area cni :)