Wednesday, November 24, 2010

Teman Serumah atau Cinta 4

-blog version-



Bab 4

Semester kedua sudah bermula. Izzat sudah di semester keempat. Sekejap sangat masa berlalu. Sudah seminggu aku pergi kuliah. Sudah seminggu juga aku menjalankan rutin harianku. Mengejutkan Izzat, buat sarapan.

Hari ini, seperti biasa, setelah membuat sarapan, aku mengejutkan Izzat. Kelas dia pukul 10 pagi. Begitu juga denganku. Setelah mendengar suara Izzat, aku melangkah ke dalam bilikku. Ingin mandi.

Kami sarapan bersama. Ringkas sahaja sarapan hari ini. Telur hancur dan sosej.

“Fir, hari ni pergi kelas dengan aku la,” tutur Izzat.

“Gila apa?” Nadaku sedikit tinggi. Agak terperanjat dengan bicara Izzat.

“Asal pulak?” soal Izzat kembali dengan nada bersahaja.

“Kalau ada orang nampak kita pergi kampus sama-sama macam mana?”

“Cakap jelah kita kawan.”

Terlepas gelakan kecil dari mulutku. “Since when? Selama ni kalau terjumpa pun, buat-buat tak kenal.”

“Lah… Relax la… Tak ada siapa akan perasan. Naik jelah kereta aku. Boleh jimat minyak, jimat tenaga, jimat duit, jimat tempat parking dan yang paling penting, dapat kurangkan pencemaran.”

Aku mencebik. “Tak naklah. Kau kan popular kat kampus kita. Bawa kerata mewah. Kalah lecturer. Siapa suruh kau pakai kereta mewah.”

“Suka hati kau la. And for your information, aku tak ada kereta lain. Aku ada kereta tu je. Tu pun arwah nenek yang hadiahkan sempena perkahwinan kita tau. Kalau tak, aku tak ada kereta.”

“Mintalah dengan abah kau.” Aku membalas dengan selamba.

“Lecehlah Fir. Abah tak suka aku ada kereta time belajar. Ni pun selamat aku dah kahwin. Dapatlah aku kereta.”

“Whatever! Aku nak pergi kampus. Lambat pulak nanti. By the way, malam ini, kau makan kat rumah ke?”

Izzat mengelap mulutnya dengan tisu. “Rumah kot. Kau nak masak ke?” soal Izzat dengan senyuman nakal.

Aku tarik sengih. “Boleh. Aku bagi kau makan maggi. Nak tak?”

“Alah… Sikit-sikit maggi. Muak aku la.”

Aku bangun dari duduk. Ingin mengemas meja makan. Izzat sedang minum air Nescafe. “Janganlah nak mengeluh. Tu je yang aku tahu. Tunggu kau kahwin nanti. Mesti dapat makanan yang sedap-sedap. Tu pun kalau isteri kau pandai masak,” kataku sambil mengemas.

Izzat memandangku. “Eh?? Habis sekarang aku belum kahwin la? Kalau aku belum kahwin, kau ni siapa?”

“Housemate,” jawabku bersahaja.

Izzat tergelak kecil. “Apa-apalah. Malam ni, biar aku belikan makanan. Kita makan sama-sama okay?”

Aku mengangkat bahu. “Siapa cakap aku nak makan dengan kau? Aku nak makan kat luar lah malam ni,” bohongku. Sengaja aku ingin mengusiknya.

“Lah…. Ye ke? Tak apalah. Aku makan sorang,” balasnya dengan nada yang mendatar.

Aku sudah tersengih-sengih. Izzat memandangku pelik. Akhirnya, aku tergelak jua. “Aku tipu jelah. Malam ni aku makan kat rumah. Belikan aku nasi goreng paprik ayam.”

Izzat memandangku geram. Aku buat tak tahu sahaja.

“Eka, esok ada presentation ke?” soalku selepas tamat kuliah.

Eka yang sibuk mengemaskan buku-buku di atas meja hanya mengangguk.

“Presentation apa ekh?” soalku bodoh.

Eka berhenti mengemas. Dia menoleh ke arahku. “Kau ni memang tak berubah kan? Lupa je. Kalau pasal Iwan ingat je. Esokkan ada presentation Madam Jue.”

Aku cuba memerah otak. Menginggat semula presentation yang Madam Jue suruh buat. Lama berfikir baru aku ingat. “Ohhh…. Presentation artikel tu ke?”

Eka memandangku lagi. Barangnya sudah berkemas. Satu senyuman sinis dihadiahkan.

“Yes, Fir sayang… presentation tu. Habis, kau ingat yang mana?” soal Eka sinis.

Aku menyerigai. “Err, madam nak kita present esok ke?”

“Yes.”

Alamak! Aku tak cari artikel pun lagi. Nak ulas lagi. Hisy, serabut la. Tapi tak apa, malam ni boleh buat.

“Kau dah buat?” soalku pada Eka.

Eka mengangguk laju. Kemudian kami bangun dan menuju ke luar kelas.

“Kau selalu je siap dulu daripada aku,” keluhku.

“Biasa lah. Aku kan…. Kerja siap on time punya.” Eka memuji diri sendiri.

“Blek!! Masuk lif tekan sendiri.” Selamba sahaja aku mengutuk Eka. Sudah biasa. Si Eka pun tak ambil hati.

Eka selamba sahaja. “Memanglah masuk lif tekan sendiri. Kalau tak siapa nak tekankan.”

Eka ni, ada saje jawapannya. “Whatever! Malam ni kan aku boleh buat. Relax lah.”

“No small paper is allowed during presentation. Means kau tak boleh bawa note.”

Aku terlopong. Langkahku terhenti. “What??”

Eka tarik sengih. “Yes, darling. Kau kena tahu apa yang kau nak cakap. Kena hafal.”

Alamak!! Susahlah macam ni. Aku satu pun tak mula lagi.

“Fir, jom lunch. Lapar lah,” ajak Eka.

“Jomlah. Tempat biasa eh?” Aku bertanya dengan nada yang perlahan. Aku masih memikirkan tentang presentation esok.

Eka menganguk. Kami jalan beriringin ke kedai makan yang kami selalu pergi. Sewaktu di luar kampus, Eka memegang lenganku sambil digoyang-goyangkan. Aku memandangnya.

“Fir, fir… laki kau tu,” ucap Eka sambil menunjuk ke arah kanan.

Aku memandang arah yang ditunjuk oleh Eka. Ya, itu Izzat. Dan dia tidak berseorangan, tidak bersama kawan-kawannya… tetapi dia dengan seorang perempuan. Free hair. Jelas di mataku, Izzat sedang ketawa.

“Setahu aku, girl tu junior dia. Duduk sebelah rumah aku je,” beritahu Eka.

“Ohh….”

“Tak jealous ke?” duga Eka.

Aku mencebik. “Aku??? Aku jealous?? Salah oranglah. Buat apa aku nak jealous. Aku kan ada Iwan.”

“Dia kan husband kau. Si Iwan tu bukannya handsome pun. Izzat lagi handsome. Sesuai sangat dengan kau.”

Aku menepuk lengan Eka. “Janganlah sebut perkataan husband. Kalau orang dengar tadi macam mana?”

Hanya Eka dan Fizwan sahaja kawanku yang tahu aku sudah berkahwin. Memang tak ramai yang tahu pasal kami. Kami yang mahu hubungan antara kami dirahsiakan.


Setelah makan malam, aku membawa laptop ke ruang tamu bersama beberapa buah buku. Nak buat apa lagi? Prepare untuk presentation esoklah. Matilah aku! Madam Jue tu garang. Izzat pula, setelah makan dan membantuku mengemas dapur, dia masuk ke dalam bilik.

Aku mula mencari-cari artikel yang sesuai di internet. Cari artikel yang sesuai dengan jiwa aku. Orang kata kalau nak buat speech bebas, pilihlah tajuk yang dekat dengan hati kita. Apa dia ya? Hmm, cinta? Haha. Memanglah sekarang aku tengah bercinta tapi tak nak lah buat pasal cinta. Aku berfikir sejenak.

Friendship! Ya, aku suka tajuk ini. Persahabatan. Teringat pula pada kawan-kawanku di sekolah menengah dulu. Lama tak jumpa. Rindunya. Laju sahaja tanganku mencari artikel tentang persahabatan di internet.

Tidak lama kemudian, aku sudah pun jumpa arikel yang sesuai. How to maintain your friendship. Simple sahaja tajuk ni. Senang je nak deliver esok. Alah, Madam Jue pun nak simple presentation esok. Yang penting kitorang speaking. Subjek English kan. Biasalah tu. Lecture sampai 3 jam. Benda yang kena buat writing, listening, speaking… Bosan betul! Aku selalu tidur kalau kelas English. Tapi semester ni kan dapat Madam Jue yang garang. Tak beranilah nak tidur.

Aku membaca artikel itu sambil mencatat isi penting. Mataku tekun memandang skrin laptop. Tanganku laju menulis. Suasana yang sunyi membuatkan aku dapat menumpukan perhatian.

“Wow, tekunnya buat kerja,” tegur Izzat tiba-tiba dari belakang.

Badanku tergerak sedikit. Terperanjat! Mana taknya, tiba-tiba je dia ada kat belakang. Aku tak sedar pula bila dia keluar dari bilik. Tengah kusyuk buat kerja. Mana nak perasan?

Izzat sudahpun berada di depanku. Aku menjelingnya. Bibirku diketap. Aku membuang pandang. Memandang semula skrin laptop. Malu! Izzat ni memang tak makan saman. Berapa kali aku nak cakap. Pakailah pakaian yang sopan sikit. Dengan selamba, Izzat duduk disebelahku.

“Izz, berapa kali aku cakap… Pakai pakaian yang sopan. Ni yang kau pakai boxer je kenapa?” marahku tidak memandangnya.

Malulah! Tengok badan dia macam tu. Pakai lah singlet. Macam tak tahu je yang aku ada kat sini.

“Asal? Kau tergoda ke?” duga Izzat selamba.

Aku menjelingnya. Sempat pula dia mengeyitkan matanya padaku. Bibirnya terukir senyuman nakal.

“Tak ada maknanya.”

“Eleh, cakap jelah… Kau takut jatuh cinta pada aku yang jauh lagi kacak dari Iwan tu kan?”

Yerk, meluatnya aku dengar. Aku memandangnya sinis. Tidak meghiraukan yang Izzat hanya memakai boxer. “Hai, abang Izzat sayang intan payung, cik Fir yang comel lagi cantik ni, tak ada masa nak tergoda dekat abang Izzat yang kerek ni. Kalau aku pakai bikini depan kau, baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah.”

Izzat tergelak kecil. “Try me! Bikini ya. Tak sabar nak tengok.”

Aku menampar lengan Izzat. Geram dengan sikapnya. “Bengonglah kau ni. Takkan lah aku nak pakai bikini. Okay. Kalau aku pakai short pants dengan singlet macam mana? Mesti kau terpikat dengan kecantikan aku kan? Time tu kau telan air liur jelah. Aku tak akan layan kau.”

“Aku tak kisah pun. Aku suka. Pakailah macam tu.” Dengan selamba Izzat berkata.

Aku mengalihkan pandanganku dari laman wajahnya. Mataku kembali terarah pada skrin laptop. “Dahlah… malas aku nak layan orang yang tak reti bahasa macam kau. Buang masa aku saje. Pergi pakai baju atau singlet. Nak pakai seluar pendek pun tak apa. Asalkan bukan boxer. Aku ni pakai sopan je. Tracksuit dengan t-shirt lagi. Respectlah aku ni.”

Izzat mencubit pipiku. “Membebel je. Aku cium mulut kau karang baru tahu. Sikit-sikit bebel. Ni salah, tu salah…”

Aku menjelingnya tajam. Lama. Dia memandangku selamba. Akhirnya dia mengaku kalah dengan mengangkat kedua belah tangannya. Tanda mengaku kalah.

“Okay, okay… My princess… aku pakai pakaian yang sopan. Hari ni panaslah.”

Aku mencebik. “Pasanglah air-cond. Cerdik betullah.”

“Thanks. Aku memang cerdik pun. Kau baru tahu ke?”

“Weh, dahlah… Aku ada kerja ni. Aku kena present esok. Kelas aku pukul 8. Pergi tukar baju,” arahku.

“Yelah, yelah… mak nenek la kau ni. Hmm, esok kelas aku pun pukul 8.”

“Ada aku tanya?”

Izzat sudah bangun dari duduknya. “Ada masalah ke?”

“Perlu ke kau beritahu?” balasku.

“Tak perlu ke?”

Aku sudah meletakkan pen. Mataku memandangnya. Geramnya. Sehari tak cari pasal tak sah. Dari dulu sampai sekarang. Dan aku pasti akan kalah setiap kali kami berdebat. Dia memang pandai berkata sehingga lidahku kelu. Kepetahannya berkata-kata juga membuatkan dia pandai memujuk. Sejak dulu lagi dia selalu menenangkan diriku tatkala aku ada masalah dengan papa.


No comments: