Wednesday, November 24, 2010

Teman Serumah atau Cinta 3

-blog version-


Bab 3

Setelah puas mengelilingi pulau ini, aku dan Izzat duduk di pantai sambil makan ais krim. Aku memandang laut. Permandangan yang cukup indah. Tak panas sangat. Redup sahaja. Beberapa orang pelancong, sedang bermandi-manda. Mengikut kata Izzat, pantai kat sini tak berapa seronok untuk mandi. Oleh itu, kami akan ke sebuah pulau yang kecil tidak jauh dari pulau ini.

“Izz, kau tak nak swimming ke?”

Izzat menggeleng. “Kenapa?”

“Aku nak.”

Izzat mengerlingku. “Esok jelah. I’m sure you won’t regret it. Pulau tu sangat cantik. Seharian kita kat sana. Don’t worry. Dari pagi sampai petang.” Izzat cuba meyakinkanku.

Aku memuncungkan mulutku. Dengan selamba, Izzat mencubit pipiku.

“Wey, sakitlah,” protesku.

Izzat hanya tergelak. Aku menarik muka. Masam. Aku bangun dari dudukku. Tak dapat swimming, tak apa. Aku nak main air. Langkah ku atur ke gigi air.

“Hey, marah ke?” soal Izzat.

“Tak… Suka.” Sinis.

Izzat melarikan tangannya ke atas rambutnya. “Good then.”

“Yes, great!” Aku berkata dengan nada yang cukup sarkastik.

Izzat tergelak melihat responku yang selamba. Aku mengigit bibir. Lalu aku memercikkan air ke arahnya.

“Wow, main air nampak. Siap la Fir,” tutur Izzat seakan mengugut. Izzat sudah tersenyum simpul.

Aku dapat agak apa yang akan dilakukan oleh Izzat selepas ini. Oleh itu, aku terus berlari jauh darinya. Izzat mengejarku. Kami seperti anak kecil yang main lari-lari. Kelakar! Tapi yang paling penting aku gembira. Begitu juga dengan Izzat.

Setelah bersiap untuk makan malam, aku keluar dalam bilik. Aku menjenguk bilik Izzat yang terbuka sedikit. Dia sedang solat. Aku memutuskan untuk menunggunya di sofa. Sewaktu aku ingin melangkah ke sofa, telefon bimbit Izzat berdering. Biarlah! Aku tak nak jawab panggilan Izzat. Aku melabuhkan punggungku. Sekali lagi, telefon bimbit Izzat berdering. Lama. Mungkin ada hal penting. Lalu aku mengambil telefon bimbit Izzat. Aku melihat nama si pemanggil. Izyan. Punat ‘answer’ ku tekan.

“Hello, sayang… You kat mana tu?” soal suara di sana, manja.

Berderau darahku. Aku menelan air liur. Girlfriend Izzat ke? Alamak! Nak jawab apa ni? Aku menarik nafas. Mencari sedikit kekuatan. Fikiranku ligat mencari helah.

“Hello… Hello… Sayang, you dengar tak?” soal Izyan lagi.

“Err… Maaf… Izzat sedang solat,” tuturku perlahan.

“Kau siapa?” soal Izyan seakan marah.

“Hmm…. Saya adik dia,” bohongku.

“Oh, adik dia… Sorrylah… Akak ingat siapa tadi.” Izyan bersuara lembut. Mungkin ingin menutup kesalahannya tadi.

“S’ok. Nanti saya suruh dia call akak balik. Assalamualaikum.”

Aku memutuskan talian.

Izyan? Sejak bila Izzat ada girlfriend ni? Baru bercinta kot. Tapi sejak bila? Izzat kan tak boleh jauh dari kerja dia? Pelik, pelik. Eh, yang aku ni sibuk nak tahu hal dia ni, apa kes? Gila! Biarlah dia dengan hidup dia, aku dengan hidup aku.

“Dah siap?” soal Izzat mengejutkan aku dari lamunan yang panjang.

Aku berdiri lalu menoleh ke arahnya. Kepala diangguk. “Hmm, Izz… Tadi Izyan call,” beritahuku.

Aku memandang tepat wajah Izzat. Ingin melihat reaksi dia. Reaksi dia tenang sahaja. Dia hanya mengangguk kecil.

“So, shall we? Aku dah lapar ni,” ucap Izzat.

“Jom.”

Eh, Izzat ni tak nak call Izyan balik ke? Handphone pun dia tak bawa. Marah pula si Izyan nanti. Kalau aku lah, si Fizwan buat macam ni, memang aku sedih. Aku mengikut langkah Izzat. Sepi antara kami. Angin malam sangat nyaman di sini. Aku berasa sedikit pelik apabila kami berjalan menuju ke pantai dan bukannya restoran.

“Kita nak ke mana?” soalku memecahkan kesunyian.

Diam.

Aku berdehem apabila Izzat hanya sepi. “Ehem, kita nak ke mana ni?”

“Ikut je.” Izzat menjawab selamba.

Aku mencebik. Nak ikut cakap dia sahaja. Geramnya! Sepanjang perjalanan, aku mengutuk Izzat dalam hati. Tidak lama kemudian, Izzat berhenti melangkah.Hampir sahaja aku melanggar belakang badannya akibat dari tindakannya yang berhenti tiba-tiba. Aku menjauhkan diriku dari Izzat. Mataku membesar. Mulutku terlopong. Oh my….

Aku memandang Izzat. Dia tersenyum ke arahku. Senyuman yang paling manis. “Surprise!”

“Oh my God, Izzat. So sweet,” ucapku dengan perasaan terharu.

Izzat masih tersenyum lebar. Aku turut mengukirkan senyuman. Mataku kembali memandang depan. Sebuah meja, dua buah kerusi, makanan di atas meja bersama lilin, di pantai. Aku seolah-olah bermimipi.

Izzat menarik tanganku. Aku di bawa ke meja itu. Kerusi di tarik untukku. Teringat pula waktu kami makan malam di rumah bersama spaghetti tak jadiku. Aku terasa diriku dilayan seperti puteri. Fizwan pun tak pernah buat aku macam ini.

Izzat duduk di hadapanku. Mukanya tidak lekang dengan senyuman.

“Do you like it?” soal Izzat perlahan.

Aku mengangguk. “Kenapa kau buat macam ni?” soalku pelik.

Izzat tarik sengih. “Saja. Tak boleh ke?”

“Taklah. Aku tanya je. Mana tahu hari ini ada apa-apa special ke. Birthday aku dengan kau lama lagi.”

Izzat tersenyum kecil. Murah senyuman pula dia malam ni. Asyik tersenyum sahaja dari tadi.

“Tak nak makan ke?” soal Izzat.

Aku mengangguk laju. “Nak! Laparlah.”

Izzat membaca doa makan, kemudian kami mula menjamah makanan. Entah mengapa, aku rasa pelik dengan sikap Izzat hari ini. Pelik sangat.

“Are you okay?” soalku apabila kami sudah habis menjamu selera.

Izzat mengerutkan dahi.

“What do you mean?”

“Err, maksud aku… tak adalah… Forget it.”

Setelah menjamu selera kami berjalan-jalan di tepi pantai. Suasana yang sangat pelik dapat aku rasakan. Sikap Izzat yang pelik hari ini membuatkan aku tertanya-tanya. Rasa lain pula. Rasa kami ni macam pasangan kekasih. Merepek betul aku ni!

“Dah lama tak rasa macam ni. Syoknya,” luah Izzat.

“Rasa apa?”

“Rasa bebas.”

Aku mengerutkan dahi. “Habis, selama ni kau tak bebas ke?”

“Tak ada apa-apalah,” jawabnya ringkas sambil merangkul bahuku.

See! Kan aku dah cakap Izzat lain macam. Mesti something goes wrong somewhere. Aku merasa dahi Izzat.

“Kenapa?” soal Izzat pelik dengan aksinya.

“Kau demam ke? Tapi dahi kau tak panas pun,” jawabku.

Izzat tergelak kecil. “Mana ada. Merepek la kau ni. Kenapa?”

“Kau pelik sangat hari ni. Gatal semacam je.”

Izzat ketawa kuat. “Alah, bukan ada orang marah pun. Apa salahnya sesekali aku nak bermanja dengan kau.”

Aku berhenti melangkah. Mataku memandang Izzat. “Aku marah sekarang. Well, I don’t like you act like this, okay. I’m not comfortable. Plus, kalau Iwan tahu, pasti perang nanti.”

Izzat melepaskan pelukannya. Wajahnya tidak seceria tadi. Oh my God! Takkan Izzat dah…. Takkan dia… Tak boleh! Benda ni tak boleh berlaku.

“Do you fall in love with me?” soalku dalam getar. Dadaku berkocak hebat. Entah dari mana datangnya sifat beraniku. Selamba aku mengutarakan soalan ini.

Izzat tersentak. Dia mengalihkan pandangannya. Adakah benar dia sudah jatuh cinta padaku? Tak boleh! Izzat tak boleh jatuh cinta pada aku! Dadaku mula berdebar. Aku takut! Aku takut jika andaianku benar.

“Izz, you know very well that you should not have any feeling to me, right? We are friends. Good friend. Close friend. That’s it. Nothing more, and nothing less.”

“Well, Musfira Azwany, I’m sorry but I can’t control myself from loving you,” tutur Izzat perlahan. Matanya tepat memandang mataku.

Aku terlopong. Biar betul! Aku menggelengkan kepala beberapa kali. Aku rasa macam nak menangis. Kenapa boleh jadi macam ni? Sejak bila Izzat jatuh cinta kat aku? Tak boleh… Izzat tak boleh jatuh cinta kat aku. Sebab aku tak cintakan Izzat. Aku tak mampu nak balas cintanya. Aku cintakan Fizwan.

Tiba-tiba Izzat tergelak kuat. Aku yang masih bingung memandangnya pelik. Izzat masih lagi ketawa. Tangannya menekan perut.

“Kelakarlah muka kau Fir. Macam… macam beruk…” Izzat masih lagi tergelak.

Aku binggung. Dahiku berkerut.

“I was joking okay,” jelas Izzat.

Barulah aku sedar yang aku sedang dimainkan. Tanganku mencekak pinggang. Bibirku ketap. Geram!! Sangat-sangat. Boleh pula Izzat mainkan aku. Mati-mati aku fikir dia cintakan aku. Tak guna kau, Izzat!

“Izz, kau dah menempah maut,” ucapku sambil merenung Izzat tajam. Tanganku mula mencubit Izzat.

Izzat mengaduh kesakitan.

“Padan muka! Kenakan aku lagi.”

Izzat tarik sengih. “Sorry. Tak ada niat pun. By the way, sorrylah kalau aku ada buat sesuatu yang kau tak suka.”

“Hmm…”

Keesokan harinya, aku dan Izzat pergi ke sebuah pulau menaiki speed boat. Di situ kami snokerling. Seronok sangat dapat lihat ikan yang bewarna-warni. Izzat yang membawaku meneroka lautan ini. Aku sebenarnya sedikit gerun tatkala melihat batu karang.

Seharian kami di pulau ini. Pukul lima baru pulang. Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja kami pulang jam 6. Tetapi mengenangkan kami belum solat, kami terpaksa juga pulang. Sesungguhnya, aku tak akan lupakan hari ini. Seronok sangat.

Sebelah malam, kami menjamu selera di restoran. Tidak seperti semalam. Selepas seharian berada di dalam air, aku kelaparan. Banyak makanan yang kau ambil. Melantak habis! Selamat depan aku ni Izzat. Kalau Fizwan, memang tak adalah aku buat macam ni. Jatuhlah saham aku nanti.

“Banyaknya makan,” tegur Izzat.

Aku tarik sengih segaris. “Lapar sangatlah.”

Izzat tergelak kecil. “Seronok tak?”

Aku mengangguk laju. “Best sangat-sangat. Aku tak akan lupakan percutian ni. Seronok sangat.”

Senyuman kecil terukir di bibir Izzat. Dia kembali menjamah makanannya.

“By the way, thanks sebab bawa aku bercuti kat sini. FOC lagi. Terima kasih banyak-banyak,” ucapku ikhlas.

“Kasih diterima,” gurau Izzat.

Aku tersenyum kecil. “Aku harap aku boleh ke sini lagi. Best sangat tempat ni. Aku suka. Esok dah balik. Sekejap sangatlah. Macam tak puas. Nak buat macam mana? Kau kan ada kerja.”

“Chill lah. Nanti kita pergi lagi ya?” Izzat cuba memujuk.

Aku ketawa kecil. “Hmm, sempat ke? Lepas ni, masing-masing busy. Minggu depan dah kena pergi class, buat assignment, test, presentation and bla bla. Then, habis je final, hubungan kita pun over.”

Izzat tersenyum hambar. “Lupa pulak. Tapi kita boleh datang ke sini sebagai kawan kan? Kau tak nak kawan dengan aku lagi?”

Aku angguk laju. “Mestilah aku nak kawan dengan kau. Kau lah kawan baik aku. Dunia dan akhirat. Takkan nak putus kawan.”

1 comment:

idA said...

sedihnya..akak berharap sgt sgt mrl ditakdirkan bersama sehingga hujung nyawa..