Wednesday, November 24, 2010

Teman Serumah atau Cinta 2

-blog version-


Bab 2

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Percutian ke Pulau Sibu selama tiga hari dua malam. Syoknya! Percutian kali ini ditanggung sepenuhnya oleh Izzat. Sudah lama aku impikan bercuti di pulau namun tak pernah kesampaian. Sekadar mendengar kawan-kawanku bercerita tentang percutian mereka di pulau itu, pulau ini.

“Semua barang dah bawak?” soal Izzat sewaktu aku melabuhkan punggung ke dalam kereta.

Aku tersenyum. “Dah! Jom. Aku tak sabar ni.”

“Baiklah ma’am. Kita gerak sekarang.”

Kami memulakan perjalanan ke jeti Pulau Sibu yang terletak di Tanjung Leman tepat jam 8 pagi.

“Weh, aku pasang radio eh. Bosanlah,” tuturku.

“Pasanglah.”

Aku tersengih. Pantas tangan aku menekan punat on di radio. Lagu Faizal Tahir berkumandang. Sampai Syurga. Aku memang minat lagu ni. Mulutku mula menyanyi kecil.

“Fir, sakitlah telinga aku dengar kau nyanyi,” kutuk Izzat.

Aku merenungnya tajam. Kemudian sengaja aku nyanyi lagu Sampai Syurga dengan nada yang lagi kuat.

“Woi, agak-agak ar. Bisinglah kau ni,” marah Izzat.

“Padan muka. Aku nyanyi perlahan kau kutuk.”

Izzat mencebik. “Dah tak sedap. Aku kutuklah.”

Aku tampar lengan Izzat. “Kau suka cari pasal dengan aku kan?”

“My pleasure!”

Aku memandang Izzat dengan perasaan geram. Dia kalau sehari tak buat aku geram tak sah. Aku tak tahu nak balas apa kat dia. Tapi sebenarnya, aku senang dengan situasi ini. Tak tahu kenapa.

“Fir, aku laparlah. Kau ada bawa bekal kan?” soal Izzat setelah sejam perjalanan.

Aku angguk. Kemudian aku mencapai Tupperware yang aku isi sandwich. Sempat juga aku buat sandwich pagi tadi.

“Nah!” Aku menghulurkan sekeping sandwich.

“Takkan aku nak makan pakai tangan aku. Berminyaklah. Kotor stereng aku nanti. Suapkanlah.”

“Mengada la kau ni,” tuturku kasar. Namun tangan aku sudah pun bersedia untuk menyuap Izzat.

“Thanks. Nak satu keping lagi,” pinta Izzat setelah menjamah sekeping sandwich.

Aku tersenyum kecil. Sekeping sandwich aku ambil. Tiba-tiba handphoneku berbunyi.

“Sekejap ya.” Sandwich aku letak semula ke dalam Tupperware. Handphone di dalam beg aku capai. Fizwan. Hatiku melonjak gembira. Dengan pantas aku menekan punat “Answer” dan memberi salam. Seketika kemudian, salamku dibalas.

“Sayang, you kat mana ni? I miss u so much, sayang,” tutur Fizwan manja.

“I pun rindu kat you lah sayang. I dalam kereta ni.”

“You nak ke mana?”

Aku tergelak kecil. “Pulau Sibu.”

“Wow… Sayang tak cakap pun you nak pergi holiday,” ucap Fizwan separuh merajuk.

“Alah… I pun tak rancang. It’s just happen in sudden.”

“You pergi dengan siapa?” soal Fizwan.

Aku terdiam. “Err, kalau I cakap, you jangan marah, ya sayang?”

Aku terdengar Fizwan mengeluh. “Dengan dia kan?”

“Sayang.. Janganlah marah.”

“Do u love me?”

“Of course I do.”

“Then say it. I want you to say it,” rayu Fizwan.

Hisy, kenapa pula ni? Tiba-tiba je. Perangai Fizwan ni peliklah sejak aku berkahwin. Kadang-kadang macam tak ambil kisah pasal aku. Kadang-kadang terlebih prihatin.

“Sayang… I’m waiting,” tutur Fizwan lagi.

“I love you sayang. Puas?”

“Macam tak ikhlas je,” komen Fizwan.

“Lah… I ikhlaslah. You pulak?”

“Seluruh nafas I hanya untuk you, sayang.”

Aku tergelak mendengar kata-kata Fizwan.

“Sayang, take care. Jaga diri you. Jangan rapat sangat dengan dia.”

“Okay… Don’t worry. Sayang, bila you nak balik?” soalku.

“2 more weeks. You tunggu I, okay.”

“Okay.”

“Sayang, I got to go. I call you later, okay. Love you.”

“Ok. Da… Love you too.”

Talian dimatikan. Aku meletakkan handphone di dalam beg.

“I love you more, sayang,” ucap Izzat tiba-tiba. Seakan memerli.

Aku menjelingnya. “Izzat!!!!”

“Apa?”

Aku menggengam tangan erat. “Hee… Geramnya aku dengan kau ni.”

“So what?”

“Tak ada apa-apalah.”

Izzat tergelak kuat.

“Dahlah kau. Aku nak buat tahi mata jap.” Mataku pejam rapat.

“Kau ni, tak ada kerja lain ke. Membuta je. Temankanlah aku drive ni,” rungut Izzat.

Aku mencebik. “Tak nak!”

“Kalau aku mengantuk macam mana?”

“Eleh, kau sebenarnya nak gaduh dengan aku kan? Bukannya nak aku temankan kau.”

Izzat tersengih. “Tahu tak apa.”

“Then, I want to sleep,” putusku sambil memalingkan wajahku darinya.

“Kalau kau tidur, aku cium kau. Mesti kau bangun punya,” gertak Izzat.

Aku membuka mata. Tanganku sudahpun mencubit lengan Izzat. Izzat terjerit kecil. “Padan muka kau. Cuba senonoh sikit.”

“Sakitlah, mak cik. Aku tengah drive ni.”

Aku tidak membalas. Malas nak layan. Nanti, menjadi-jadi pula dia usik aku. Akhirnya, aku juga yang sakit hati.

Kami sampai juga ke Sibu Island Resort pada pukul 12.25 tengahari. Kedatangan kami disambut meriah oleh pihak pengurusan. Ada alunan muzik lagi. Di sebabkan kami pasangan suami isteri, kami mendapat sebentuk cincin sebagai cenderahati. Selain itu, kami juga di beri kalungan bunga. Best gila. Macam anak raja pula layanan yang di beri.

Selepas menjamu selera, kami mula menuju ke resort. Cantik! Ada dua bilik. Aku bersyukur sangat. Tak nak aku sebilik dengan Izzat. Mungkin Izzat yang mengaturkan supaya ada dua buah bilik.

“Izz, aku nak bilik ni,” ucapku separuh menjerit.

Izzat yang sedang mengangkat beg kami memandangku. Kemudian, dia melangkah mendekatiku.

“Sorry.. Ni bilik aku.”

“Alah… aku nak bilik ni,” pujukku.

“Tak boleh!” tegas Izzat.

“Please!” Aku buat muka comel.

“Kita duduk kat bilik ni sama-sama,” cadang Izzat.

“Gila!” jeritku.

Izzat tergelak melihat responku. “Ambiklah bilik ni. Aku duduk bilik satu lagi.”

Aku sudah tersenyum lebar mendengar kata-kata daripada Izzat. “Betul ke?”

Izzat mengangguk.

“Yeah, yeah… Sayang kau,” ucapku kegembiraan.

“Aku sayang kau jugak,” tutur Izzat selamba.

“Yelah tu,” dugaku.

“Aku serius!” tegasnya pula.

“Apa-apa jelah.”

Izzat keluar dari bilikku setelah meletakkan beg pakaianku. Aku terus menukar pakaian kepada yang lebih santai. Tudung di kepala sudah ditanggalkan. Memandangkan waktu Zohor sudah masuk, aku menunaikan solat terlebih dahulu. Usai solat, aku keluar dan mencari Izzat. Nak ajak dia jalan-jalan. Takkan nak duduk dalam resort ni je.

Izzat tiada di luar. Dalam biliklah tu. Dengan selamba, kaki ku melangkah ke biliknya dan membuka pintu. Aku terlupa untuk mengetuk pintu. Teruja untuk berjalan-jalan di pulau ini mungkin.

Ah!!!! Izzat dalam keadaan separuh bogel. Dia hanya bertuala. Izzat yang tersentak mendengar jeritanku, berpaling ke belakang.

“Mak cik, sakitlah telinga aku dengar kau jerit,” marah Izzat.

“Yang kau bertuala tu kenapa?”

“Lah… suka hati aku la. Bilik aku. Yang kau tak ketuk dulu kenapa?”

Aku termalu sendiri. Betul juga. “Hehe… Sorry. Aku keluar dulu lah.”

Aku terus keluar. Malu gila. Pipi dah merah ni. Aku duduk di sofa. Untuk menghilangkan debar di hati yang dari mana datang, aku membuka tv. Tv dibiarkan terpasang. Fikiranku melayang entah ke mana.

“Kau nak apa tadi?” soal Izzat tiba-tiba. Entah bila dia duduk sebelah aku, aku pun tak sedar.

“Hah? Apa?”

“Hisy kau ni.. Berangan eh? Kenapa kau datang bilik aku tadi? Kau nak apa?”

Aku mengangguk kecil. “Ohh… Err, aku nak ajak kau jalan-jalan. Nak tak?”

Izzat menggeleng kecil. “Penatlah.”

Aku hampa. “Tak apalah. Aku jalan sorang-sorang je,” tuturku perlahan. Aku sudah pun bangun namun belum sempat aku melangkah, Izzat mencapai tanganku.

“Fir, bahaya la jalan sorang-sorang.”

“Alah, selama ni aku jalan sorang-sorang jugak. Okay je.”

“Panas la kat luar tu. Petang ni, kita jalan-jalan eh,” cadang Izzat.

Aku pandang Izzat. “Betul ni?”

Dia mengangguk. Kemudian dia tarik tanganku supaya aku duduk semula. Dalam sekelip mata, Izzat meletakkan kepalanya di atas pehaku. Aku tersentak.

“Dulu, aku pergi sini dengan family aku. Nenek pun ada,” tutur Izzat sayu.

Tatkala mendengar Izzat menyebut perkataan nenek, aku terdiam. Sedih. Terbayang raut wajah arwah nenek Rogayah yang menyayangiku seperti cucunya.

“Err, kau teringatkan nenek ke?”

Izzat menganggukkan kepalanya. “Fir, boleh tak aku baring atas peha kau sekejap?”

“Kau dah baring pun,” selorohku.

Izzat tergelak kecil. “Dulu aku selalu baring kat peha nenek.”

Sekali lagi aku terdiam. Kenapa hari ini Izzat cakap pasal arwah nenek Rogayah? Rindukah dia pada nenek kesayangannya itu? Alah, mestilah. Aku pun rindu kat nenek juga.

Izzat melepaskan keluhan. “Entah kenapa, bila aku datang sini, aku teringatkan nenek.”

“Mesti kau rindu nenek kan? Aku pun rindu.”

Izzat mengangguk perlahan. Matanya sudah terpejam. Sudah tidur agaknya. Aku meletakkan tanganku di atas kepalanya. Entah mengapa tanganku ingin sekali bermain dengan rambutnya.

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Bila pula aku terlena ni? Mataku terpaku pada seraut wajah. Izzat. Dia tersenyum.

“Morning, princess,” tuturnya sambil tunduk, mendekatkan wajahnya.

Aku terus bangkit tatkala tersedar kepalaku di atas pehanya. Aku mengerutkan dahi. Macam mana boleh jadi macam ni ya? Jam di pergelangan tangan ku lihat. Pukul 5.15. Morning? Gila apa si Izzat ni. Dah petang pun. Sekejap! Macam mana aku boleh tidur atas peha dia? Bukan dia ke yang tidur atas peha aku? Hmm, ni mesti kerja si Izzat.

“Nak jalan-jalan tak?” soal Izzat sambil memandangku.

Lambat-lambat aku mengangguk. Baru bangun tidur. Penatlah. Nama pun tidur petang. Memanglah penat. Mengikut kajian, tidur pada waktu petang memerlukan tenaga yang banyak. Sebab itu, kita selalu letih setiap kali bangun dari tidur petang.

Aku bangun dan menuju ke bilik. Ingin mencuci muka dan menunaikan solat asar. Izzat masih lagi menonton televisyen. Dua puluh minit kemudian, aku keluar dari bilik dengan wajah yang segar. Tak sabar nak jalan-jalan sekeliling pulau ni. Izzat kini berada di anjung. Aku menuju ke arahnya.

“Izz…,” panggilku perlahan.

Izzat menoleh, memandangku. Sebuah senyuman dihadiahkan kepadaku.

“Dah solat?” soalku.

Izzat mengangguk. “Jom… Dah redup ni,” ajak Izzat sambil tersenyum kecil.

Aku mengangkat kening. Gembira. “Jom.”

Aku melangkah keluar dan mengunci pintu. Kunci ku simpan dalam beg yang ku bawa. Izzat menarik tanganku. Tanganku digenggam lembut. Aku mengikut langkahnya yang santai.

Aku berdehem. “Perlu ke?” soalku sarkastik.

Izzat memandangku dengan kening yang terangkat sebelah. Tidak faham agaknya.

Aku tarik sengih. “Tangan ni. Perlu ke?”

Izzat ketawa kecil. “Lah… Tak boleh ke? Tak salah kan? Dosa pun tak,” Izzat menjawab selamba.

Aku merenungnya tajam. Langkah masih di atur. Perlahan-lahan aku melepaskan tanganku dari genggamannya. Aku berpeluk tubuh.

“Bestnya angin kat sini,” komenku.

“Kau pernah pergi pulau?” soal Izzat.

Aku menggeleng perlahan. “Papa tak pernah bawa aku bercuti. Harapkan aktiviti sekolah sahaja. Kalau tak, memang aku tak pernah melancong.”

“Tak apalah. Sekarang kan, aku dah bawa kau jalan.”

Sepi. Aku tidak memberi sebarang respon. Fikiranku melayang. Aku agak sensitif dengan hal-hal yang berkaitan papa. Hidup aku bukan macam Izzat. Izzat memilik keluarga yang sempurna. Sedangkan aku?

Mungkin ada hikmah di sebalik perkahwinan palsu kami. Aku kini mampu berbahagia di samping Izzat. Izzat selalu buat aku tersenyum. Dia seperti abangku. Seperti keluargaku sendiri. Berkahwin dengan Izzat membuatkan hidupku berubah. Aku ada abah dan umi yang menyayangiku dan adik perempuan yang comel.

“Thanks,” ucapku lembut.

“Ah?” soal Izzat.

“Thanks,” ulangku sedikit kuat.

“For what?” tanya Izzat pelik.

Aku memandangnya sekilas. “For everything.” Senyuman terukir di bibirku.

Izzat turut tersenyum. “My pleasure. Kau kan orang yang aku sayang.”

Sayang? Aku tersentak. Dadaku berdebar tatkala terdengar perkataan sayang. Serta-merta langkahku terhenti. Izzat yang sedar dengan perubahan wajahku turut berhenti melangkah.

“Err, maksud aku… Sayang… Sayang as a friend,” bicara Izzat.

Lega. Kepalaku geleng. Apa yang aku fikirkan tadi? Haisy… Aku memandang Izzat sambil tersenyum lebar. “Aku pun sayang kat kau. Sayang sangat,” tuturku tanpa rasa malu.

Izzat mendekati ku lalu memaut bahuku rapat ke badannya. “Aku sayang kau lebih dari kau sayang aku.”

“Mana kau tahu?”

“Aku tahulah.”

Aku mencebik. “Yelah… Kau kan nak menang je… Okay… Kau sayang aku lebih dari aku sayang kau. Puas?” Sinis.

Izzat tersengih sambil mengangguk. “Pandai pun. Kau dah pandai mengalah ya. Great. Aku suka.”

Aku melepaskan pelukan di bahuku. “Malas nak layan kau.”

Izzat gelak lepas. Aku tidak menghiraukannya. Mataku terpaku pada seekor rusa. Comelnya! Tanpa mempedulikan Izzat, aku mendekati rusa itu. Aku menangkap gambar rusa itu. Perlahan-lahan tanganku menyentuh rusa itu. Aku tersenyum.

“Nama dia Ronald,” ucap Izzat.

Aku menoleh ke arahnya. “Really.” Satu ayat penyata bukan pertanyaan. Izzat ni bukan boleh percaya pun.

“Nama dia memang Ronald,” tegas Izzat.

Aku masih bermain dengan rusa itu. “So?” ucapku tanpa memandangnya.

“Kau tak percaya eh?” duga Izzat.

“Yes, of course,” jawabku selamba.

“Why?” soal Izzat perlahan.

Aku tarik sengih. “Kau kan suka tipu aku.”

“Bila?”

Entah mengapa aku dapat merasakan perbualan kami agak janggal. Izzat bukan dalam mood bergurau. Dia serius. Takkan dia terasa dengan kata-kataku? Tubuhku dipusingkan menghadap Izzat. Aku memandangnya sambil memeluk tubuh. Wajahnya nampak sedikit tegang. Dia tidak memandangku. Pandangannya tertumpu pada rusa yang dikatakan bernama Ronald itu. Aku melepaskan keluhan ringan.

“Look! Izz… Why on earth you can’t take this as a joke? Why you are so serious?” soalku sedikit kuat. Geram melihat sikap Izzat yang cepat terasa.

“I’m not,” nafi Izzat. Tegas!

“Then, kenapa out of sudden you act like this? I didn’t get it.”

Izzat tidak menjawab. Dia leka bermain dengan rusa itu. Tiba-tiba seorang budak lelaki menghampiri kami.

“Hai, kak. Nak bagi rusa ni makan tak?” tawar budak itu.

“Rusa ni makan apa?” soalku pada budak lelaki itu. Izzat di sebelah hanya diam.

Budak lelaki di hadapanku, menunjukkan satu plastik. Makanan rusa ni agaknya.

“Kamu jual ke?”soalku.

Budak lelaki itu mengangguk.

“Berapa?”

“Seringgit je kak.”

Aku menghulurkan wang kepada budak lelaki itu. Plastik bertukar tangan.

“Kak, nama rusa ni Ronald. Akak mainlah dengan dia. Saya nak jumpa kawan kat sana kejap,” beritahu budak itu.

Aku terkedu! Memang nama rusa ni Ronald la. Hisy, malunya. Aku hanya menundukkan wajahku. Tak berani nak tengok muka Izzat. Pasti dia sedang mengejekku.

“So?” tegur Izzat bersama senyum kemegahan. Megah yang dia betul. Menyampah!

“Okay... kau betul… Aku salah…”

Izzat tergelak. “Nak bagi Ronald makan ke tak ni?”

Aku mengangguk laju. Kemudian Izzat mengajarku cara-cara memberi rusa itu makan. Aku mengikut tunjuk ajarnya. Mula-mula takut juga kerana rusa itu akan makan makanan di telapak tanganku. Takut pula jika rusa itu gigit aku. Lama-lama aku dah tak takut.

No comments: