Wednesday, November 24, 2010

Teman Serumah atau Cinta 1

-blog version-


Bab 1

Hari ini aku tidak keluar ke mana-mana. Hanya duduk di rumah bersama Izzat. Fizwan sudah pun sampai ke Singapura malam semalam. Dia akan berada di sana selama sebulan atas urusan keluarga. Izzat, suami merangkap teman serumahku, seperti biasa sedang memantau syarikat abahnya yang berada di Kuala Lumpur melalui internet. Dunia semakin canggih. Semua maklumat berada di hujung jari. Begitulah hidup Izzat sepanjang cuti semester ini. Aku saja yang asyik bersuka ria. Dia?? Memerap di rumah. Tempat dia bertapa kat meja makan. Cuma sesekali dia keluar berhibur dengan teman-temannya.

Aku menghempaskan tubuhku ke atas sofa di hadapan TV. Remote control dicapai. Aku mula mencari rancangan yang menarik untuk ditonton. Satu keluhan dilepaskan. Semua cerita membosankan. Ada yang aku dah tengok.

“Hai, Fir… Kau tak keluar ke hari ni?” tanya Izzat.

Aku memandangnya sekilas. “Tak. Iwan kat Singapore.”

“Patutlah muka macam ayam berak kapur. Selalunya, kau keluar dengan dia. Malam baru balik,” perli Izzat.

Aku menjelingnya. “Alah, jealous ke? Daripada kau… 24 jam menghadap kerja? Tak ada life ah.” Selamba aku mengutuknya. Sudah menjadi kebiasaan kami.

Izzat memang selalu memantau syarikat ayahnya yang berada di Kuala Lumpur. Walaupun dia masih belajar, dia sudahpun dilatih untuk menguruskan serba sedikit tentang urusan syarikat. Izzat merupakan pewaris kepada syarikat ayahnya, Syarikat Impian Jaya. Setahu aku, sejak Izzat Form 4, dia sudah pun dilatih oleh Uncle Hisyam untuk menjadi pewaris. Uncle Hisyam merupakan orang kepercayaan abah Izzat. Sekarang, Uncle Hisyam lah yang menerajui ibu syarikat di Kuala Lumpur. Izzat hanya memantau sahaja.

“Dah memang kerja aku. Kau apa tahu?” Izzat membalas lemah.

Aku tidak memberi sebarang respon. Malas pula nak layan. Makin dilayan, makin menjadi-jadi. Aku masuk ke dalam bilik dan mengambil teddy bear pemberian arwah nenek Rogayah, nenek kepada Izzat. Aku memang suka teddy bear ni. Aku keluar semula dan duduk di hadapan Izzat.

Izzat memandangku sekilas. “Kau dah check result?” soal Izzat.

Aku mengerutkan dahi. “Dah keluar ke?” soalku bodoh.

“Dah. Kau ni memang tak peka dengan isu semasa lah.”

Aku hanya memuncungkan mulut.

“Nak check tak?”

“Hah? Tak naklah. Nanti je.” Takut pula aku nak tengok keputusan aku. Maklumlah, semester pertama. Takut juga. Takut kena repeat. Waktu asasi law dulu, aku tak adalah takut macam ini.

“Apa yang kau nak tunggu?”

“Takutlah.”

“Relax ar. Jom check sama-sama.” Izzat cuba menenangkan hatiku. Pandangannya dihalakan padaku.

“Kau belum check ke?” soalku sambil mengecilkan mataku.

Izzat menggelengkan kepalanya.

“Kau check dulu,” arahku.

“Okay. Lepas ni, kau. Kalau tak aku cubit kau sampai lebam,” ugut Izzat.

Izzat mula melayari student portal UiTM. Aku bangun dari tempat dudukku yang di hadapan Izzat dan duduk di sebelah Izzat. Teddy bear aku peluk.

“3.85!!” Aku terjerit. “Pergh! Tinggi gila. Tahniah, tahniah,” ucapku sambil menepuk bahunya. Bangga dengan Izzat.

Izzat tersenyum sambil mengucapkan Alhamdulillah. Kemudian dia memandangku. “Tahniah je? Kiss tak ada ke?”

“Banyak la kau punya kiss. Aku tampar mulut kau baru tahu.”

“Alah… Garangnya. Hmm, giliran kau pula. Nah! Isi student id and password.”

Dengan lafaz basmallah, aku click pada Examination Result setelah log in. Mataku terpaku pada skrin laptop. 3.33. Aku hanya membisu namun sempat aku mengucapkan syukur di dalam hati. Mujur aku lulus. Kemudian aku menuju ke sofa semula. Mataku tertancap pada kaca tv yang kaku itu. 3.33. Hmm, tak dapat 3.5 above. Aku dah janji dengan Izzat nak dapat 3.5.

“Hey, Fir… Kau sedih ke? Alah, okay apa dapat 3.33. Biasalah first sem. Aku dulu pun dapat biasa-biasa je.”

Aku diam.

“Fir…” panggil Izzat lembut.

Aku tak menyahut. Otakku sedang memikirkan sesuatu. Akhirnya, Izzat datang kepadaku. Dia memegang kepalaku. “Jangan sedih, ok? Aku tak sukalah tengok kau sedih. Tak bestlah.”

Mulutku dimuncungkan. Dah macam itik. “Aku tak sedihlah. Tapi aku tak tahu nak masak apa. Kau kan suruh aku masak yang special kalau dapat below 3.5.”

Setelah aku habis berbicara, aku terdengar gelakan yang kuat dari Izzat. “Sengal ar. Aku fikir pasal apa tadi. Hmm, aku pun dah lupa perjanjian kita. Selamat kau ingatkan. Bestnya. Malam ni aku dapat makan makanan special.”

Aku menjelingnya. Dia dah lupa rupanya perjanjian kami. Kalau aku tahu, tak adalah aku cakap tadi. Menyesalnya. “Izz, aku tak tahu nak masak apa…”

“Masak jelah.”

Aku berfikir sebentar. Special? Masak apa eh? Spaghetti. Makanan kegemaranku. Eka atau nama sebenarnya Zulaika, teman baikku pernah mengajarku cara-cara nak masak Spaghetti. Senang je aku tengok dia masak.

“Spaghetti boleh tak?”

Izzat menggarukan kepalanya. “Spaghetti pun spaghettilah. Aku makan je. Kau pun tak pernah masak kan?” Izzat berkata dengan nada yang sinis.

Aku tersenyum. Kemudian, aku melangkah ke dalam bilikku dan menukar pakaian. Tudung Ariani disarungkan ke kepala. Kunci kereta MyVi ku capai. Aku hanya mampu pakai kereta MyVi je. Itu pun atas ihsan Izzat. Pada mulanya, Izzat mahu membelikan kereta mewah tetapi aku menolak. Segan pulak! Izzat terlalu baik padaku.

“Nak ke mana pulak ni? Nak beli spaghetti kat Secret Recipe ke?” soal Izzat sewaktu aku melangkah keluar dari bilik.

“Perli ke apa ni? Aku nak beli barang masak spaghetti la. Apa lah kau ni.”

“Nak aku temankan?”

Aku menggeleng. “Tak payah.”

“Nak ikut jugak!” Izzat bertegas.

“Kau kan ada kerja nak buat.”

Izzat buat muka selamba. “Dah siap pun. Jomlah. Naik kereta aku. Aku tahu kau suka naik kereta aku.”

“Tapi….”

“Tapi apa?” soal Izzat pantas.

“Kalau ada orang nampak kita?” Aku menyuarakan kebimbanganku. Selama ini, tiada siapa yang tahu akan hubungan kami kecuali keluargaku, keluarga Izzat, Eka dan Fizwan.

“Tak ada siapa nampak kita. Tunggu jap. Aku nak tukar baju.”

Aku menunggu Izzat di sofa. Kalau ada orang nampak macam mana? So far, kami tak pernah keluar bersama. Kalau keluar pun, pergi KL. Teman Izzat settle kerja kat sana. Tu pun dua kali je.

“Apa yang kau fikirkan? Kau tengok aku ni. Aku pakai cap la. Orang tak perasan pun siapa aku ni. Don’t worry, okay.”

Aku berdiri. Aku tidak memberi sebarang respon.

“Alah, nak keluar dengan isteri sendiri pun susah,” gumam Izzat perlahan.

Walaupun perlahan, aku masih mendengarnya. Mataku menjeling Izzat. Pantang aku dengar ayat tu.

“Opps… Sorry, sorry.. Gurau je. Jangan marah. Jomlah.”

“Dah cukup tak semua barang?” soal Izzat sewaktu kami membeli barang di Tesco.

Aku menggeleng. “Daging kisar. Jom pergi tempat beku.”

Setelah mengambil daging kisar, aku letak ke dalam troli. Mataku membesar. Banyaknya. Coklat. Snek. Ais Krim. Biskut. Aku memandang Izzat yang hanya tersengih.

“Alah… Kalau lapar, boleh makan. Kau kan jarang masak.”

“Banyak sangat la. Mesti mahal ni. Aku bawak RM 50 je.”

Hidung aku ditarik. “Cik Fir sayang, aku yang bayar. Bukan kau. Kedekut la kau ni.”

“Yelah. Aku memang kedekut. Aku tak kaya macam kau. Kau tiap-tiap bulan abah kau bagi duit. Aku ni tak pernah pun papa nak bagi duit,” ucapku sedih.

Muka Izzat berubah serius. “Fir… Don’t say like that. Papa didn’t give you money because you are my responsibility now. Plus, I give you money every month, right?”

Aku menepuk bahu Izzat. “Asal serius sangat ni? Aku gurau jelah. Alang-alang kau nak bayar, aku nak beli macam-macamlah.”Aku berpura-pura ceria. Langkahku atur ke tempat makanan. Tanganku mencapai semua makanan kegemaranku.

Sebenarnya, aku memang sedih. Papa dah lupakan aku. Sejak aku berkahwin, aku tak pernah jumpa papa lagi. Papa tak pernah menghubungiku. Duit belanja pun papa tak masukkan lagi. Terpaksa aku guna duit yang Izzat bagi walaupun pada mulanya aku berazam tidak mahu menggunakannya. Yuran pengajian pun ditanggung oleh Izzat. Hidupku bergantung pada Izzat. Apabila kami bercerai nanti, tentu hidup aku akan susah. Oleh sebab itu, aku berjimat cermat.

Dapur rumahku yang selalunya sepi, kini menjadi riuh. Mana taknya, dua orang yang jarang masak sedang bertungkus lumus memasak spaghetti. Izzat dengan selamba menolongku menyediakan makan malam kami. Dia yang merebus spaghetti.

“Fir, kau tahu ke nak masak ni?” soal Izzat ragu-ragu.

“Of course. Tengok oranglah.”

Sebenarnya, aku tak pernah pun cuba masak spaghetti walaupun Eka sudah mengajarku. Inilah kali pertamaku.

“Eleh… kau tahu masak yang segera je.”

Aku menjeling Izzat. Suka sangat kutuk aku. Tapi memang aku tak pandai masak pun. “Weh, aku tengah bersemangat ni. Janganlah kacau mood aku.”

“Baiklah tuan puteri.”

Empat puluh minit kemudian, makanan sudahpun terhidang. Aku sudahpun mengemas dapur yang sangat berkecah tadi. Izzat menyuruhku mandi dahulu. Dia sudah pun mandi sewaktu aku mengemas dapur. Aku melangkah ke dalam bilik.

Setelah menyegarkan badan dan siap berpakaian, aku menuju ke luar. Asal gelap semacam je ni? Aku mengatur langkah ke ruang tamu. Oh my God!

Mataku terpaku di meja makan. Izzat sedang berdiri sambil tersenyum kepadaku. Makanan sudah terhidang atas meja. Terdapat dua lilin di atas meja itu. Candle light dinner ni. Sempat pulak Izzat sediakan semua ni. So sweet!

Aku mengukirkan senyuman sambil menghampiri meja makan. “Apa mimpi kau sediakan semua ni?”

Izzat tersengih. “Special untuk kau yang dah bersusah-payah masak untuk aku,” bisik Izzat sewaktu menolak kerusiku.

“Wow… So sweet.”

Izzat duduk berhadapan denganku. “Fir, kau suka tak?”

Aku tersenyum. “Suka. Siapa tak suka. Jom makan. Aku laparlah.”

“Biar aku rasa dulu masakan kau ya,” tutur Izzat sambil memandang tepat ke wajahku.

Aku menganggukkan kepala. Izzat sudah bersedia untuk menyuapkan spaghetti ke mulutnya. Berdebar juga aku untuk menantikan komen dari Izzat. Seketika, muka Izzat agak kelat. Kemudian, dia mengangguk perlahan.

“Not bad,” komennya. Dia terus menjamah spaghettiku.

Giliran aku pula untuk merasa masakanku. Aku mengerutkan dahi. Lain macam je rasanya. Telebih garam ke? Masin je. Aku merenung Izzat yang asyik menjamah masakanku.

“Izz…!” panggilku dengan nada yang sedikit kuat.

Izzat memandangku dengan wajah yang selamba.

“Kau tak rasa masin ke?” soalku perlahan.

Izzat mengangkat bahu. “Biasa je.”

Aku mengigit bibir. “Jangan nak tipu. Aku makan sekali pun dah terasa masin.”

“Okaylah tu… Kau kan baru first time masak. Normallah.”

Aku memandangnya tajam. Izzat masih lagi menjamah masakanku. “Izz, janganlah makan lagi. Nanti sakit perut la. Masin sangat tu,” marahku.

“No problem. Selagi aku boleh makan, aku makan. Ni kan masakan pertama kau. Khas untuk aku pula tu. Mestilah aku makan.”

Entah mengapa aku rasa terharu dengan kata-katanya. Walaupun masin, Izzat masih lagi menjamah masakanku. Tapi… Mana boleh biarkan dia makan masakan aku ni. Masin sangat-sangat. Kalau masin sikit tak apa. Ini terlalu masin.

“Izz, janganlah makan lagi,” marahku sambil menarik pinggannya. “Aku pun tak boleh nak telan.”

Izzat menarik balik pinggannya. Dan terus menjamah masakanku. Aku menjelingnya. Geram melihat perangai Izzat. Aku terus bangun dan duduk di sofa. Sebenarnya aku terharu dengan kedegilan Izzat yang masih sudi menjamah masakanku walaupun aku sudah melarang dan dalam masa yang sama aku malu dengan Izzat. Macam mana aku boleh terlebih letak garam ni?

Sedang aku asyik melayan perasaan, Izzat duduk di sebelahku. Tubuhnya dipusingkan menghadapku. Aku diam. Tidak beri sebarang reaksi.

“Fir…,” panggilnya lembut.

Diam. Mataku masih memandang depan.

“Fir… Kenapa ni? Kau marah aku ke?” soal Izzat dengan nada yang sama.

Aku masih berdiam diri. Izzat memanggil aku sekali lagi dan responku masih sama. Akhirnya Izzat memegang bahuku dan badanku di pusing menghadapnya. Kini kami sedang berdepan. Buat seketika kami bertentangan mata. Aku menundukkan wajahku tatkala mata Izzat bertentang dengan mataku.

“Kau marah aku kan?” duga Izzat.

Lambat-lambat aku menggelengkan kepalaku.

“Then, kenapa kau duduk sini?”

“Habis tu, nak duduk mana?” soalku balik dengan nada yang selamba.

Izzat tergelak kecil. “Duduk kat tempat tadi. Makan dengan aku.”

“Izz, spaghetti tu masin. Kenapa kau nak makan jugak?” Akhirnya aku luahkan kegeraman aku.

Izzat tersenyum. “Kan aku dah cakap, ni first time kau masak untuk aku, special untuk aku. Kau dah bersusah payah masak untuk aku.”

“You don’t have to do like this. Jangan paksa diri kau.” Aku berkata tegas.

Izzat menggeleng. “Aku tak paksa pun diri aku untuk makan spaghetti tu.”

“Tipu!”

“Tak!”

“Tipu, tipu, tipu!”

“Tak, tak, tak!”

Aku semakin geram dengan tingkah Izzat. Aku memusingkan badanku semula. Tiba-tiba loceng rumah kami berbunyi. Siapa pula yang datang malam-malam ni? Kawan Izzat ke? Tapi Izzat tak pernah bawa kawan datang rumah kami.

Sebelum sempat aku bangun untuk membuka pintu, Izzat sudah mendahuluiku. Aku hanya mengintai. Eh, delivery Pizza Hut la. Bila pula kami buat pesanan. Aku masih mengintai. Izzat membuat pembayaran. Sekotak Pizza Hut dibawa masuk dan diletakkan di meja makan. Aku memandangnya pelik.

“Siapa yang order?” soalku ingin tahu.

Izzat menggarukan kepalanya sambil tersengih. “Err, actually aku dah agak masakan kau mesti tak jadi. So, awal-awal lagi aku dah order pizza.” Izzat masih tersengih.

Aku terlopong. “Oh… Jahatlah kau ni.” Aku sudah menjerit.

Tak patut betullah Izzat ni. Ada ke patut dia order Pizza Hut sebab dia dah agak masakan aku tak menjadi? Tapi betul juga kan. Memang tak jadi pun. Aku melangkah semula ke meja makan. Izzat sudahpun berdiri di situ. Aku berdiri di hadapan Izzat sambil menyilangkan tanganku.

“Kau pandang rendah kat aku…. Penat je aku masak,” tuturku seakan merajuk.

Izzat menyentuh kedua-dua bahuku. “Sorrylah. Kalau aku tak bijak, kau nak makan apa? Aku tak kisah makan spaghetti kau tapi takkan kau tak makan apa-apa,” pujuk Izzat.

“Yelah… Kau kan ‘bijak’,” ucapku sinis . Sengaja aku menekankan perkataan ‘bijak’.

Izzat tersenyum. “Jom, sambung makan. Laparlah.”

Aku menurut. Kami duduk semula di meja makan. Aku membuka kotak pizza yang berada di atas meja. Wah! Pizza Island Supreme. Tahu-tahu je si Izzat ni yang aku hanya makan pizza ni.

“Thanks,” ucapku ikhlas.

“My pleasure.”

Aku memandang Izzat. Hisy, dia ni. Dah ada pizza pun, nak makan spaghetti aku. Entah apa yang sedap pun aku tak tahu. “Izz, janganlah makan spaghetti tu lagi.”

Izzat geleng. Dia masih berkeras nak makan spaghetti tu. Siap tambah lagi. Aku menggigit bibir. Menahan geram.

“Aku akan masakkan yang lain untuk kau bila aku dah pandai nanti.”

Izzat masih menggelengkan kepala. “Aku takut tak sempat.”

Aku mengerutkan dahi. Tak faham. “Apa yang tak sempat?”

Izzat memandangku. Mukanya tampak sedih. “Aku takut kau tak sempat nak masak untuk aku. Mana tahu, kau mahir masak spaghetti time kau dah kahwin dengan Iwan, masa tu takkan kau nak masakkan untuk aku.”

Aku tersentak. Jauh sungguh pemikiran dia. Aku tak tahu nak cakap apa. Lalu aku hanya mendiamkan diri. Melihat kesungguhan Izzat makan spaghetti yang tak jadi itu, membantutkan hasratku daripada terus menghalangnya. Aku mula menjamah pizza. Entah kenapa aku rasa pelik.

“So, apa kau nak buat lepas ni? Cuti ada dua minggu lagi,” tutur Izzat memecahkan kesunyian antara kami.

Aku mengangkat bahu. “Entah. Iwan tak ada. Eka pulak ada kat kampung. Duduk rumah jelah.”

“Kau tak nak balik rumah papa kau ke?”

Aku menggeleng.

“Aku boleh temankan.”

“Takpelah. Papa tak ingatkan aku pun. Auntie Masyitah pun tak suka aku.”

“Fir.. Tak baik cakap macam tu,” tegur Izzat lembut.

Aku tunduk. “Kau tak tahu apa-apa.”

Izzat melepaskan nafas yang berat. “Okay.. Aku tak nak cakap pasal hal ni lagi. Nanti kau sedih pulak. Sorry, okay. My bad.”

Kami kembali sepi.

“Fir, nak pergi bercuti tak?” tanya Izzat setelah lama kami menyepikan diri.

Aku memandang Izzat. Entah kenapa aku teruja. “Kat mana?”

“Pulau. Best kan?”

Aku mengangguk laju. “Pulau mana?”

“Hmm… Pulau Sibu, nak?” cadang Izzat.

“Tak kisah. Bila?”

Izzat tersengih. “Hmm, aku uruskan dulu. Tapi secepat yang mungkinlah.”

“Bestnya. Tak sabar aku.”


2 comments:

Anonymous said...

best cite nie..
baiknyer izz..sanggup makan walaupun masin..

iman najjwa said...

ni yang giler mmbace nie...