Sunday, November 7, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -1-


Kyra Nurailiz atau lebih mesra dipanggil Kyra menjeling jam di tangannya. Satu keluhan dilepaskan. Langkah dicepatkan. Dia sudah terlewat. Terlewat untuk temu janjinya dengan Alfie, teman lelakinya.

Dari jauh Kyra sudah nampak figura Alfie yang sedang menunggunya di Starbuck. Kesian Alfie! Sudah setengah jam dia menunggu Kyra. Sungguh, Kyra rasa bersalah. Bukan niatnya untuk terlewat untuk temu janji mereka tetapi jalan jammed tadi. Maklumlah hari minggu.

“Alfie… I’m so sorry. I know I’m late,” ucap Kyra dengan nafas tercunggap-cunggap.

Alfie mengukirkan senyuman buat gadis di depannya. Selalunya, dia akan merungut jika Kyra lambat tetapi tidak hari ini. Dia ada hal penting untuk disampaikan. Dia mampu bersabar atas kelewatan Kyra.

Kyra duduk di depan Alfie. Dia berasa sedikit pelik dengan sikap Alfie hari ini. Alfie tidak marah. Malah, Alfie senyum padanya. Kenapa? Oh ya, kan Alfie cakap dia ada hal penting nak cakap. Hal apa ya? Wajah Alfie di renung. Tiba-tiba, Kyra terfikirkan sesuatu. Entah-entah Alfie nak melamarnya. Senyuman mekar meniti di bibir Kyra. Terus saja dadanya berdebar-debar.

You tak kisahkan I belikan Mocha Iced untuk you?” kata Alfie merujuk kepada air yang sudah berada di depan Kyra.

Pantas Kyra menggeleng. “I tak kisah. Sorrylah.. I lambat. Jammed tadi.”

S’ok. I tak kisah pun.”

Kyra menyedut minuman di depannya. Haus benar tekaknya. Penat dia berkejar ke sini, tidak mahu Alfie menunggunya.

So, you nak cakap apa? Hal penting apa? Curious pulak I,” kata Kyra tak sabar.

Alfie merenung Kyra. Kyra makin berdebar-debar apabila Alfie merenungnya. Kyra yakin Alfie ingin melamarnya. Akhirnya, hari yang ditunggu tiba jua. Hari ini akan menjadi hari paling bersejarah buat Kyra. Kyra sudah tersipu-sipu malu. Bagaimana agaknya perasaan wanita bila dilamar?

Alfie menarik nafas, mencari kekuatan. Kemudian dihela perlahan-lahan. Muka Kyra di pandang. Dia kena juga bagitahu Kyra hari ini. Dia tak mahu berpura-pura lagi.

I nak kita berpisah saja!”

Hampir ternganga mulut Kyra. Tidak berkelip matanya memandang Alfie. Berpisah? Pisah? Bukan melamar. Kepala Kyra digeleng ke kiri dan ke kanan. Tak mungkin, tak mungkin… Alfie nak berpisah. Kyra tergelak kecil. Hambar saja bunyinya.

“Apa yang you cakap ni? Tak kelakar okay. Jangan nak berguraulah.” Kyra cuba menyedapkan hatinya.

Alfie mengeluh. “I tak gurau. I serius. I nak putus. Anggap saja kita tak ada jodoh.”

Berderau darah Kyra apabila mendengar bicara Alfie. “You gurau kan?” soal Kyra gugup.

Alfie menggeleng. “Nope! I serius. Deadly serius. I nak kita berpisah.” Nada Alfie tegas.

“Tapi kenapa?” soal Kyra dalam nada sedih.

“Kyra, please… Be matured. You are 28 already. I dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan you. That’s it. Full stop. Never ask me why.

Terpempan Kyra dibuatnya. Dia tidak mendapat menerima kenyataan yang berlaku di depan matanya kini. Tak mungkin. Sudah lima tahun mereka bercinta.

“Apa salah I, Alfie? I sayang you. You cakaplah apa salah I.”

Alfie menggeleng kepalanya. “You tak salah apa-apa. I yang salah. You perfect.”

You ada orang lain?” duga Kyra.

Alfie terdiam. Dia menundukkan wajahnya. Dia tidak berani memandang Kyra. Dia rasa bersalah.

“Betul kan? You ada orang lain kan?” Nada Kyra sudah naik sedikit.

Alfie meraup wajahnya. “I’m so sorry. I tak tahu macam mana I boleh jatuh cinta pada dia. I’m sorry. You baik, you perfect, you tak salah apa-apa… cuma I yang dah berubah hati.”

Kyra merenung Alfie. Dia tidak dapat terima Alfie tinggalkan dirinya untuk wanita lain. Hebat sangat ke perempuan tu?

“Siapa perempuan tu?” marah Kyra.

Alfie tidak memberi respon. Dia diam sahaja. Kyra semakin berang. Dia nak tahu siapa perempuan yang sudah merampas Alfie.

“Siapa perempuan tu?” soal Kyra lagi. Kali ini nadanya lebih tinggi.

“Farsha…,” jawab Alfie lemah. Dia tidak mahu Kyra meninggikan suara lagi. Dia tidak mahu mereka menjadi tumpuan ramai.

Terbeliak mata Kyra bila Alfie menyebut nama Farsha. “What?? Perempuan kampung tu? Are you out of your mind? Dia kolot okay. Pakai baju kurung kapas 24 jam… Sejak bila you tukar taste ni,” sindir Kyra.

Alfie merenung Kyra tajam. Dia geram, dia benci, dia marah… Dia tak suka Kyra memperlekehkan Farsha. Farsha tidak kolot. Kalau dibandingkan Farsha dan Kyra, Farsha jauh lebih baik dari Kyra. Farsha lemah lembut, baik, mendengar kata, memahami, pandai menjaga pergaulan.

You jangan nak mengata Farsha. I tak suka.” Alfie memberi amaran. Keras suaranya.

Kyra tersentak. “What? You marah I sebab perempuan kampung tu? You dah gila ke? Dia kuno tahu tak.”

Enough! I tak nak dengar lagi. Antara kita, it’s over. I tak nak dengar you kutuk Farsha lagi. I sayang dia. I cinta dia,” kata Alfie kuat.

Alfie terus berdiri dan meninggalkan kafe. Tinggallah Kyra di situ. Merah muka Kyra menahan marah dan pada masa yang sama menahan tangis. Dia sudah ditinggalkan. Alfie sudah pergi. Alfie meninggalkannya. Alfie meninggalkannya demi Farsha, perempuan kampung tu. Tercalar ego Kyra Nurailiz.

___________________________________________________

Kyra Nurailiz pulang ke rumahnya setelah puas melayan perasaan di luar. Lama dia merayau tidak tentu hala di luar. Setelah keluar dari kafe, Kyra terus menuju ke pusat boling untuk melepaskan tekanannya. Kemudian, dia pergi berkaraoke. Dua jam dia di situ. Melalak sorang-sorang. Setelah puas melalak baru Kyra menangis sorang-sorang di bilik karaoke.

Tan Sri Haidar memandang anak tunggalnya yang baru saja pulang. Dia memang menunggu kepulangan Kyra. Ada hal yang ingin dibincangkan. Dia harus berbincang hari ini juga walaupun jam sudah menunjukkan angka 12 malam. Sudah lama dia menunggu Kyra. Dari tadi dia menghubungi Kyra tapi tak dapat. Geram dia dibuatnya.

“Kyra.”

Panggilan Tan Sri Haidar menghentikan langkah Kyra yang ingin menuju ke tingkat atas. DIa sudah penat. Perlahan-lahan, Kyra memandang daddynya.

“Yes, daddy. Ada apa?” soal Kyra lemah.

Daddy ada hal nak bincang dengan Kyra.”

Kyra mengeluh. “It’s late already, daddy. Kyra penat. Kyra nak tidur. Kita bincang di pejabat saje esok.”

Tan Sri Haidar menggelengkan kepalanya. “No! Daddy nak bincang sekarang juga. Kyra duduk sini.”

Nada yang tegas dari Tan Sri Haidar membuatkan Kyra terpaksa akur. Dia tidak berani membantah. Dia sudah masak dengan perangai daddynya. Sejak kecil dia dibesarkan daddynya itu. Dia tidak pernah kenal mummynya. Mummy Kyra meninggal sewaktu melahirkannya. Kyra duduk di sofa berdepan dengan Tan Sri Haidar.

Daddy nak Kyra kahwin tahun ni jugak,” kata Tan Sri Haidar tanpa berkias.

Ternganga Kyra mendengar kata-kata Tan Sri Haidar. “Daddy, apa yang daddy cakap ni? Kyra tak faham.”

Daddy rasa daddy dah cakap dengan jelas. Kyra ada enam bulan untuk bersedia menjadi isteri.”

Daddy, apa ni? Kenapa tiba-tiba je? Kyra tak fikir pasal kahwin lagi.”

“Kyra dah 28 tahun. Sepatutnya umur macam Kyra ni dah kahwin tahu tak. Daddy tak Kyra. By hook or by crook, Kyra kena kahwin juga tahun ni. Kyra kan dah ada pakwe. Si Alfie tu. Daddy suka dia. Daddy tak kisah dia jadi menantu daddy. Suruh dia masuk meminang Kyra. Daripada Kyra ke hulur ke hilir dengan Alfie, lebih baik kamu kahwin je. Senang cerita.”

Kyra mula rasa sebak bila Tan Sri Haidar menyebut nama Alfie. Dia baru saja putus dengan Alfie. Sekarang, daddynya mahu dia berkahwin dengan Alfie pula. Ah, kusutnya fikiran.

“Kyra tak nak kahwin lagi. Kyra muda lagi.” Kyra memberi alasan.

“Kalau Kyra tak kahwin juga within this year, Kyra jangan harap dapat harta daddy walau sesen pun. Daddy tak akan bagi Kyra langsung. Get it?”

Kyra terkejut. Banyak sungguh kejutan buatnya hari ini. “Daddy, what on earth you have on your mind? Lagipun Kyra waris tunggal daddy. Memang Kyra yang patut dapat harta daddy. Daddy nak bagi siapa lagi kalau bukan Kyra.”

Tan Sri Haidar tergelak sinis. “Daddy akan sedekah pada Yayasan Wardah. Keputusan Daddy muktamad. Kyra tak kahwin tahun ni, harta daddy akan di sedekahkan pada Yayasan Wardah. Tiada tolak ansur.”

_________________________________________________

Seminggu sudah berlalu sejak peristiwa lewat malam itu. Hari-hari Tan Sri Haidar bertanya tentang Alfie. Naik rimas Kyra dibuatnya. Akhirnya dia terpaksa beritahu Tan Sri Haidar yang dia sudah berpisah dengan Alfie. Tan Sri Haidar hanya tenang mendegar. Tan Sri Haidar suruh Kyra mencari yang lain saje. Geram Kyra dibuatnya.

Kyra ingatkan daddynya akan menarik balik kata-katanya apabila dia tahu Kyra dan Alfie sudah putus. Namun, daddynya tetap dengan keputusannya. Kyra harus berkahwin juga. Ah, gila! Takkan Kyra nak izinkan daddynya sedekahkan semua harta daddynya pada Yayasan Wardah. Memang kerja gila. Ingat beribu ke harta Tan Sri Haidar? Berjuta-juta tahu tak. Tujuh keturunan pun tak habis. Daddy memang sudah gila, desis Kyra.

Macam mana Kyra nak kahwin tahun ni? Calon pun tak ada. Alfie tak guna tu dah tinggalkan dia. Takkan dia nak merayu pada Alfie. Huh, tak mungkin. Kyra tak akan merayu. Nak pergi, pergilah. Ada Kyra kisah? Dia tak akan merayu. Kyra Nurailiz binti Tan Sri Haidar nak merayu? Jangan harap.

Kyra melangkah ke Restoran Home Village untuk mengisi perutnya. Teringin pula dia nak makan western food. Dia hanya makan bersendirian. Kyra tidak ada kawan. Kawan bisnes adalah. Kawan rapat tak ada langsung. Tiada siapa berani berkawan dengan Kyra.

“Opps, sorry. Tak sengaja,” ucap seorang lelaki yang melanggar bahu Kyra.

Kyra memandang lelaki itu. ‘Pekerja di sini rupanya,’ kata Kyra dalam hati bila dia ternampak lelaki itu memakai pakaian seragam Home Village. Boleh tahan juga lelaki ni. Nampak macam orang kaya, tapi kuli rupanya. Hmm… tiba-tiba Kyra mempunyai satu idea.


4 comments:

syikin said...

mesty kira ad plan nk guna kn dak laki yg laggar dye tdy....
kn kn kn ....
am i rite ?

Zuera said...

hehehe.... gud thinker... baca la lg.. t syikin tahu jwpnnya. haha.

ishatasya said...

gud job dear... nice story...

ScOobiii said...

cam kebnyakan cite je kene paksa kawen kalau x xdapat harta...
huhuhuhuuhu...