Wednesday, November 17, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -9-

Kyra keluar dari bilik mandi setelah setengah jam bertapa di situ. Badannya masih bertuala. Dia membaringkan badannya di atas katil. Penatnya hari ni. Hmm, mana ada hari yang Kyra tak penat. Hari-hari dia penat. Semuanya untuk syarikat. Untuk memajukan syarikat. Memang tidak dapat dinafikan, Kyra telah memajukan syarikat sejak dia memegang jawatan CEO.

Matanya merenung syiling. Sengaja ingin melepaskan tekanan. Mata dipejam. Dan… apa yang Kyra bayangkan agaknya ya? Hehehe. Aneh… memang aneh. Dia membayangkan seseorang. Seseorang yang sering menganggu setiap hari. Seseorang yang selalu menghubunginya. Sudah dua hari mereka tidak bertemu. Namun, mereka selalu berhubung. Bukan Kyra yang menghubungi orang itu. Kalau Kyra yang telefon, memang dunia nak kiamat agaknya.

“Eh, dah pukul 12 malam. Kenapa dia tak call pulak?”

Kyra bangun dari pembaringan. Dia menuju ke meja solek. Ingin mecari handphone yang berada di dalam tas tangan. Badannya masih bertuala. Biarlah. Bukan siapa nak tengok.

Skrin handphine di pandang. Terukir senyuman di bibirnya, tanpa dia sendiri sedari. Ada mesej dari dia. Dan juga tiga missed called. Pasti lelaki itu menghubunginya sewaktu Kyra sedang mandi. Sebab tu Kyra tak dengar. Kyra mula membaca mesej dari lelaki itu. Kakinya melangkah semula ke katil. Dia duduk di situ.

+ Salam. Awk x nak jawab call sy ke?

Kyra mengukirkan senyuman. Bukannya dia tak nak jawab, tapi dia tak dengar. Kyra menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Kaki dilunjurkan. Dia mula berfikir-fikir. Nak call atau pun mesej saje. Setelah lama berfikir, Kyra memutuskan untuk mesej saje. Malas lah nak call.

I mandi tadi.

Tak lama kemudian, mesejnya dibalas.

+ Oh… Jgn lupa esok. Sy jemput awk k? =)

I no. U nk jemput I dgn Kancil u. S’ok. I think better we meet sumwher.

+ ‘KNOW’ not ‘NO’. So, u set d place then.

U set d place. I dunno wher u wanna go.

+ Lunch wif me. We meet at Home Village. Izzit ok wif u?

I dun wan lunch wif u. Can u tell me wher u wan 2 go? I wanna no.

Handphone Kyra berbunyi. Ada panggilan masuk. Dari Ezo. Dia terus menjawab panggilan itu. Tanggannya menyelitkan rambut ke telinga.

“Assalamualaikum,” ucap Ezo.

“Waalaikumsalam.”

“Why you like to spell know as N-O? It’s K-N-O-W. Awak ingat ni macam novel Cecelia Ahern ke? Yang tajuk dia Where Rainbows End tu. Rosie selalu je eja know as N-O.”

Kyra mengerutkan dahinya. “You baca novel ke?”

“Hmm… kenapa? Tak percaya ke?”

Kyra tersengih. “Nah… it’s just… you baca novel Cecelia Ahern?”

Ezo tergelak kecil. “Kelakar ke kalau say abaca cerita Cecelia Ahern? Actually, saya suka baca novel thriller. Tapi since saya tengok PS I Love You, saya jatuh cinta pulak dengan novel Romance. So, saya belilah buku PS I Love You. Best. And then saya beli pulak Where Rainbows End. Awak minat baca novel juga ke?”

“Dulu… time study.. I selalu baca novel. Sekarang tak la. Banyaknya masa you nak baca novel. Orang tak kerja kan… Free 24 jam. Macam-macam boleh buat.”

“Eh, awak perli saya eh? Teruk sangat orang yang jobless macam saya ni?”

Kyra mula bermain-main dengan rambutnya yang masih basah. “Kinda. Kenapa you tak kerja?”

“Malas.”

“You are 28 already. Kenapa malas pulak? Habis tu, macam mana you sara hidup you? Jadi gigolo eh?” duga Kyra.

Kyra sebenarnya pelik dengan kehidupan Ezo. Relax je. Tak kerja. Tak risau pasal duit. Sekarang semuanya guna duit. Kyra pun kena kerja walaupun hartanya sudah cukup untuk menyara hidupnya. Tapi… lain pula si Ezo ni. Selamba je.

“Slut!”

“Hey, I’m not slut, okay?” marah Kyra. Tapi kali ni suara Kyra tak tinggi pun. Bunyi macam manja je.

Belakangan ini, Ezo dan Kyra jarang bertengkar. Mungkin sebab mereka hanya bercakap dalam telefon. Malas pula nak jerit-jerit kat handphone.

“You are slut.”

“Ezo… tak baik tau cakap I macam tu. You ingat I ni apa? I tahulah I ni tak alim. Tak pakai tudung. Tak ayu. Takde cirri-ciri menantu pilihan umi you. Tapi I tak pernah tidur dengan lelaki okay. Lebih-lebih lagi tidur dengan ramai laki.”

“Hah… tahu pun. Apa yang awak rasa bila saya cakap awak slut? Apa yang awak rasa, itu yang saya rasa. Ceh, dah macam lagu Kerispatih pulak. Bila Rasaku ini Rasamu.” Ezo tergelak dihujung bicaranya.

Kyra ikut gelak walaupun dia tak pernah tahu kewujudan lagu itu.

“Saya bukan gigolo. Saya tak buat kerja macam tu. Satu hari nanti, awak akan tahu juga macam mana saya sara hidup saya,” kata Ezo lagi.

Kyra membetulkan posisinya. “Kenapa satu hari nanti? Kenapa tak nak bagitahu sekarang?”

“Tak penting pun.”

“Hmm…”

“So, Kyra… kita jumpa esok ya. Dah pukul 1.30 ni. Mata pun dah mengantuk.”

Kyra memandang jam di dinding biliknya. Sudah pukul 1.30 pagi. Lama jugak dia bergayut. Tak perasan pulak dah pukul 1.30.

“Hmm, okay… See you tomorrow.”

“And, please… jangan salah eja lagi. K-N-O-W. Okey? Bukan N-O.”

Kyra ketawa kecil. “It’s my habit since childhood, okay. I can’t change it. I know the correct spelling but.. you know… habit.”

“It will affect your paperwork, sayang.”

Terkedu Kyra apabila Ezo memanggilnya sayang. Air liur ditelan berkali-kali.
“Don’t worry. So far belum ada masalah. I alert bila buat paperwork. Cuma kalau informal I use N-O.”

“Hmm, suka hati awaklah. Jumpa esok. Miss you sweetheart.”

Ezo mematikan talian.

Kyra sedikit tersentak mendengar ayat terakhir Ezo. Ezo rindukan Kyra? Betulkah?

_____________________________________________________________

“Kita buat apa kat sini?” soal Kyra pada Ezo.

Ezo memandang Kyra. Bahunya terangkat sedikit. “Beli tudunglah. Awak pilihlah tudung yang awak suka. I mean selendang. Awak kan nak pakai selendang.”

Kyra mula melangkah masuk ke dalam Butik Busana Muslimah. Ezo mengekori dari belakang. Mata Kyra meliar memandang pelbagai jenis dan warna tudung serta selendang.

Kyra memandang Ezo. Mukanya tampak bingung. “I tak tahu nak pilih.”

Ezo mengaru kepalanya. “Awak pilih jelah yang mana awak suka.”

Berkerut dahi Kyra. “Banyak sangatlah… you pilihkan lah. I tak kisah.”

“Hisy, mengada-ngada la awak ni. Awak ikut saya,” arah Ezo.

Ezo mula memerhati selendang yang dijual di butik itu. Tangannya mula mencari selendang yang sesuai untuk Kyra. Mana yang dia berkenan, dia ambil. Lepas satu, satu. Kyra hanya mengekori Ezo.

“Sepuluh cukup tak?” tanya Ezo.

“Kenapa banyak sangat? Satu sudah.”

Ezo melepaskan keluhan kecil. “Lah… takkan hari-hari awak nak pakai selendang yang sama?”

“What? Everyday?” soal Kyra terperanjat.

“Ya Allah Kyra oi.. berapa kali saya nak cakap. Saya nak awak pakai selendang mulai sekarang. Saya tak nak awak tayang rambut awak ni,” jelas Ezo.

“Hey… kenapa pulak? You tak ada hak nak suruh I pakai selendang tau.”

Kyra mula naik angin. Dia belum bersedia untuk memakai selendang. Dia sudah selesa dengan cara pemakaiannya kini. Tiba-tiba saja ada lelaki menyuruhnya memakai selendang. Mengamuk lah Kyra. Dia kan tak suka dipaksa.

Ezo menghela nafas. Dia cuba menenangkan dirinya. Kalau dia juga naik angin, memang habislah. Api lawan api. Apa akan jadi. Makin marak lah kan. So, Ezo kena jadi air. Air yang memadam api kemarahan Kyra.

“Kyra sayang… cuba awak dengar cakap saya. Saya nak awak pakai selendang. Susah sangat ke? Awak tak suka pakai selendang? Kan kita dituntut untuk menutup aurat. Dan aurat awak dari kepala hingga ke kaki kecuali muka dan tapak tangan.”

Kemarahan Kyra tiba-tiba terpadam sendiri apabila mendengar kata-kata Ezo. Suara Ezo yang tenang dan lembut turut memadamkan api kemarahan Kyra. Dia kelu. Tiada idea untuk membidas kata-kata Ezo. Ya, Ezo memang betul. Dia tahu. Dia tahu dia orang Islam. Dan dia juga tahu dia harus menutup aurat. Tapi…

“Kyra… awak tak suka pakai selendang ke?” soal Ezo lagi apabila Kyra hanya membisu. Perlahan saja nada Ezo.

Kyra menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.

“Then… kenapa awak tak nak pakai?”

Kyra mengetap bibirnya. “I… I tak ready lagi. I dah biasa macam ni.”

Ezo mengukirkan senyuman manis. “Awak cuba dulu, ya. Belum cuba belum tahu.”

“Tapi…”

“Tapi apa?”

Kyra memandang Ezo. “I… I tak pandai pakai selendang.”

Terlepas gelakan dari mulut Ezo. Kenapa Ezo gelak? Pertama, sebab ayat Kyra. Kedua, sebab nada Kyra yang malu-malu. Ketiga, sebab wajah Kyra yang merah tu. Comel betul.

Kyra tarik muncung. “Janganlah gelak.”

Ezo berhenti ketawa. “Sorry, sorry… tapi muka awak nampak comel. Awak tak pandai pakai selendang?”

Kyra mengangguk perlahan.

“Hmm, takpe. Nanti saya minta kawan saya ajar awak, okay?”

“Siapa kawan awak tu?”

“Adalah… Sekarang kita beli dulu. Sepuluh okey tak?”

Kyra mengangguk lagi. “Okeylah tu. Kalau tak cukup, I beli sendiri.”

“Okey. Kita beli yang ni, ya? Okey tak?” Ezo menujukkan selendang-selendang yang berada di tangannya.

“Hmm, okey. I suka. Pandai you pilih.”

“Tengok oranglah.”

Ezo membawa selendang-selendang itu ke kaunter pembayaran. Dia mengeluarkan wallet dari poket.

Kyra memandang Ezo pelik. “Kenapa you keluarkan wallet?”

“Nak bayarlah.”

Kyra menunding jarinya ke arah selendang yang berada di atas kaunter. “Bayar ni?”

Ezo angguk. Blur je muka Ezo.

“I’ll pay for this. I yang pakai. So, I yang bayar.”

“It’s ok. Saya bayarkan.”

“No, no, and no. I bayar,” balas Kyra tegas.

Tengok!! Benda kecik pun nak gaduh. Depan kaunter pulak. Sama je masa kat kedai kasut tempoh hari. Bukan setakat kat kedai kasut… setiap kali mereka keluar, mesti mereka gaduh kat kaunter. Semuanya sebab, siapa yang bayar. Ezo nak bayar. Sebab… lelaki kan. Takkan nak biar perempuan yang bayar. Tercalarlah ego si Ezo ni.

Apa? Ingat Kyra je ada ego? Ezo pun ada. Ezo ada duit. Bukannya tak ada. Dia tak nak gunakan duit perempuan. Dan Kyra pulak… Kyra kan? Ego dia melangit. Lebih tinggi dari Ezo tau, ego si Kyra ni. Dia tak boleh tengok kalau Ezo yang bayar. Melenting la dia. Tadi elok-elok je bebaik. Tak gaduh. Bila tiba time bayar je, dah mula perang. Tapi dalam hal ni, Kyra tak akan bertolak ansur seperti sebelum-sebelumnya.

Kyra selalu je bertolak ansur bila Ezo nak bayar untuk lunch mereka, untuk dinner mereka. Bila dia tanya, mana Ezo dapat duit, dengan selamba Ezo jawab, duit yang Kyra bank in kan banyak. Kyra hanya mampu menahan geram. Kalau Ezo guna duit yang dia bank in, tak ada bezalah dengan guna duit Kyra. Betul tak? Duit Kyra jugak.

Kali ni, Kyra tak akan bertolak ansur sebab selendang ini, dia yang punya. Yang pakai, Ezo jugak.

“I’ll pay. I yang pakai, okay. So, biar I yang bayar.” Tegas.

“I pay for you.”

Kyra merenung Ezo tajam. “Waktu kat kedai kasut, you yang bayar kan? Sebab you kata kasut tu you punya. Same goes to this situation. I yang pakai, I yang bayar. Full stop.”

Akhirnya Ezo mengalah. Malu pula pada pekerja di kaunter yang mendengar pertengkaran mereka.

Setelah membuat pembayaran, mereka keluar dari butik itu. Muka Kyra masam. Ezo mengaru kepalanya yang jelas tak gatal.

‘Dah mengamuk pula mak cik ni. Kena pujuk pulak. Susah betullah,’ rungut Ezo dalam hati.

“Kyra…,” panggil Ezo lembut.

Kyra buat tak tahu je. Hatinya masih panas. Menonong je dia jalan. Tanpa hala tuju.

“Awak nak pergi mana tu? Kita nak pergi beli baju ni?”

Kyra berhenti melangkah. Dia memusingkan badannya, menghadap Ezo. Tetapi matanya memandang tempat lain.

Ezo senyum kecil. Dia mendekati Kyra. “Awak marah ke?”

Diam.

“Saya minta maaf,” kata Ezo lembut.

Diam lagi.

“Janganlah marah sayang,” tutur Ezo seakan merengek.

Kyra menjeling Ezo. Bertambah geram Kyra bila Ezo panggil dia sayang.

“Eleh… jeling kita pulak. Awak ni kan… sengaja je kan.. nak goda saya eh? Selamatlah iman saya kuat lagi. Kalau tak… pipi awak tu, saya dah cubit-cubit sampai lebam,” seloroh Ezo.

Sekali lagi Kyra menjeling Ezo.

“Eh, jeling lagi…”

Diam. Tiada balasan.

“Awak… saya minta maaf, okey.”

Kyra pandang Ezo. “I maafkan you, kalau you tak buat hal macam tadi. Lepas ni, barang I, biar I yang bayar. Barang you biar you yang bayar.”

“Okey, okey… saya faham. Tapi kalau bab makan, biar I yang bayar. Okey?”

“Reason?”

“Malulah saya… Takkan nak guna duit perempuan kut. Nanti orang kata, cuba tengok lelaki tu. Tak malu. Guna duit girlfriend dia. Awak suka ke orang kutuk boyfriend awak?”

Tanpa sedar, Kyra menggeleng.

Ezo senyum. “Awak mengaku saya ni boyfriend awak?”

“Bila masa pulak?”

“Baru tadi.”

“Bila?”

Ezo gelak. Kelakar juga Kyra ni. Reaksi Kyra yang buat Ezo ketawa. Kelakar tengok muka Kyra yang binggung.

“Jomlah… kita beli baju kurung pulak.” Ezo menukar topic perbualan.

“Baju kurung?”

Ezo angguk.

“Kenapa kena beli baju kurung?”

“Lah… untuk awak pakai la.”

“Pakai seluar tak boleh ke?” protes Kyra.

“Awak ada ke seluar panjang? Awak asyik pakai skirt pendek je.”

“I adalah. Banyak kat rumah. Tak payahlah beli baju kurung.”

Ezo renung Kyra. Lembut saje renungannya. Dia tahu Kyra pasti akan kalah dengan renungannya. Baru tadi Ezo perasan kelemahan Kyra. Kelemahan Kyra ialah renungan Ezo.

“Kita beli ya. Sesekali, awak pakailah baju kurung pergi kerja. Mesti sweet kan? Comel je.”

“Yelah, yelah… ikut suka you lah. I ikut je.”

Kemudian, mereka menuju ke butik yang jual baju kurung. Beli yang dah siap jahit. Senang sikit. Seperti tadi, Kyra menyuruh Ezo memilihkan untuknya. Ezo memilih dua pasang baju kurung moden, dua pasang baju kurung biasa, sepasang kebaya labuh dan empat pasang baju kurung kapas. (Baju kurung cotton). Ezo suka tengok perempuan pakai baju kurung kapas. Nampak macam budak-budak. Remaja.

Kyra memandang baju yang dipilih Ezo. Banyak betul. Dah gila ke Ezo ni. Sembilan baju kurung? Bukannya Kyra tak ada baju kurung kat rumah. Ada je. Cuma dia jarang pakai. Mengarut betullah Ezo ni.

“Awak cubalah baju ni. Saya pilih saiz M. Muat tak untuk awak.”

Kyra mengambil baju-baju di tangan Ezo. “Cotton?”

Ezo angguk. “Kenapa? Awak tak suka ke?”

“Nah… tapi kenapa you ambik sampai empat pasang?”

“Owh… saya suka baju kurung cotton. Cantikkan bunga dia. Kalau awak pakai, lagi cantik. Try la. Saya nak tengok.”

Kyra terus melangkah ke Fitting Room yang disediakan. Fikirannya sedang ligat berfikir. Apabila ternampak baju kurung kapas, Kyra teringatkan Farsha. Gadis yang merampas Alfie darinya. Alfie meninggalkannya demi Farsha. Farsha yang gemar berbaju kurung kapas. Dan sekarang… Ezo pulak. Ezo pun suka baju kurung kapas. Kenapa? Apa keistimewaannya?


1 comment:

eija said...

suka.. next entry ok..
xsbr mnti..