Monday, November 15, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -8-

Tan Sri Haidar menyandarkan badannya di sofa. Cermin mata di buka. Dia baru saja tamat perbincangan dengan Kyra. Wajah anak kesayangannya di pandang. Timbul rasa kasihan pada anaknya. Anaknya tidak ramai kawan sebab dia tidak pandai bergaul dengan orang.

“So, macam mana? Bila nak kahwin?” soal Tan Sri Haidar.

Kyra yang sedang mengemas fail-fail yang berterabur di atas meja sedikit tersentak. Dia mendongak sedikit, memandang wajah daddynya.

“Hah? Kahwin?” soal Kyra tidak faham.

Tan Sri Haidar mengjongketkan keningnya. “Yelah kahwin. Daddy dengar Kyra selalu keluar dengan seorang lelaki.”

‘Mana daddy tahu? Berapa kali je aku keluar dengan Ezo. Bukan selalu pun. Jangan-jangan daddy pasang spy,’ detik hati Kyra.

“Daddy spy Kyra eh?” teka Kyra.

Tan Sri Haidar tersengih. “Tak payah pasang spy. Ramai je yang suka bagitahu daddy pasal kamu. Apa nama lelaki tu?”

“Daddy.. Kyra baru kenal dia la.”

“So, kamu tak nak kahwin dengan dia?”

“I don’t know. I just know him, okay? Kami kawan saje.”

‘Gila ke? Baru beberapa kali jumpa, nak kahwin. Memang daddy takkan percayalah. Ni mesti nak uji aku,’ fikir Kyra dalam hati.

Kyra sudah mengatur strategi. Bulan depan dia akan kenalkan Ezo dengan daddy. Berlakon macam loving couple yang tak boleh berpisah. Then, mereka akan kahwin. Cuba fikir ikut logik, takkan Kyra yang baru putus cinta tu, tetiba je cakap nak kahwin sebab dah jatuh cinta dengan lelaki lain. Memang Tan Sri Haidar takkan percaya. Pasti Tan Sri Haidar syak sesuatu.

“Daddy tanya nama dia je. Salah ke?”

Kyra cuba senyum nipis. Kena lah berlakon sikit. Kononnya dia suka bila daddynya tanya pasal Ezo. Kononnya lah!

“Ezo…”

“Owh… so bila nak bawa jumpa daddy.”

Kyra tersipu-sipu malu. Hmm, berlakon je ni. Jangan ingat Kyra tak pandai berlakon eh. “Apa daddy ni.. kami baru je kenal. Nantilah.”

Tan Sri Haidar tergelak kecil.

____________________________________________________

Kyra masuk ke dalam biliknya. Fail yang berada di tangan, diletakkan atas meja. Punggung dihempaskan di atas kerusi. Minda Kyra ligat berfikir.

“Haiz… macam mana daddy tahu ni? Siapa yang bawa mulut? Sibuk betul lah. Terpaksa aku mula berlakon tadi. Menyampahnya.”

Interkom berbunyi. Suara Yani kedengaran.

“Miss Kyra, Mr. Ezo is here. Do you want to see him?”

‘Lah… ni lagi satu masalah. Kan aku dah cakap datang bulan depan. Tak faham bahasa ke? Semalam bukan main marah lagi.’

“Suruh dia masuk,” arah Kyra lemah. Dia tiada mood untuk berjumpa Ezo.

Tidak lama kemudian, Ezo masuk ke biliknya. Senyuman manis terukir di bibirnya. Dengan selamba, Ezo duduk di depan Kyra. Kyra memerhatikan Ezo.

“Kenapa you datang sini?”

Ezo buat muka selamba. “Bosan. Datang jelah. Tak boleh ke?”

“I tak faham lah… you ni pekak atau tak faham bahasa. Kan I dah kata jumpa I bulan depan. Yang you datang hari ni kenapa?”

“Lunch dengan saya hari ni,” kata Ezo berbaur arahan.

“No way! Malas I nak lunch dengan you. Hilang selera.”

Ezo mendekatkan wajahnya. “Better you use saya-awak when you speak n listen to me. Otherwise, I ask you to kiss me. Awak jangan ingat selama ni saya diam, saya tak kisah. Do remember our contract. Awak kena ikut cakap saya. Tak boleh bantah.”

Nada Ezo keras. Dia mula mengugut Kyra. Sebenarnya, Ezo masih lagi marah dengan Kyra pasal hal semalam. Dan hari ini dia datang untuk memberi pengajaran pada Kyra. Dia tak akan berlembut dengan Kyra.

“Contract, contract, contract… itu je alasan you kan? Mr. Ezo… you jangan ingat I diam selama ni I bodoh okey. I’m totally sick of you.” Kyra mengambil kontrak mereka yang disimpan dalam laci. “You baca betul-betul contract tu. Kalau you tak tahu baca, biar I bacakan. Kontrak ini sah pada hari pernikahan antara Erwan Zakwan Omar dan Kyra Nurailiz Haidar. So, you tak ada hak nak ugut I dengan kontrak ni. In fact, I perlu bagi upah you bila kita kahwin tapi I dah bank-in RM 100 ribu.”

Ezo menjeling Kyra. Tahu pulak perempuan ni pasal hal tu. Ingatkan tak tahu. Dulu ikut je cakap aku, fikir Ezo sendiri.

“Kalau awak tahu pasal tu, kenapa awak diam je? Sebab awak tak sanggup bantah cakap saya? Sebab awak dah suka saya?” Nada Ezo sudah lembut. Dia mula menggoda Kyra.

“Hello… tolong sikit okay. I malas je nak lawan cakap you. I malas nak gaduh. Tapi bila you asyik ugut I dengan kontrak tu, I bagitahu jelah. Suka betul you main-mainkan I ya.”

Ezo mencebik. “Jom lunch.”

“Hey, siapa nak lunch dengan you. I ada cakap ke?”

Ezo menggaru kepalanya. “I don’t get it. Kenapa kita kena jumpa after a month? Apa motif awak sebenarnya?”

Kyra melepaskan keluhan. “Okeylah… macam ni ya Mr Ezo a.k.a gigolo.”

“Stop calling me like that,” marah Ezo.

“Whoa~~ You marah ke?” Sinis je nada Kyra.

Ezo merenung Kyra dengan perasaan geram. “Do you like if I call you slut?”

“What? Slut?” marah Kyra pulak.

“See! Awak marah kan. Tahu pun. Sedap-sedap je panggil orang gigolo. If you call me like that again, I call you slut.”

Kyra mencebik. “Dah gigolo tu tak mengaku pulak.”

“Slut!”

Mencerlung mata Kyra memandang Ezo. Bibir diketap. “I’m not slut!”

“I’m not gigolo!”

“Yes, you are!”

“No, I’m not.”

“Yes.”

“No.”

“Gigolo!”

“Slut!”

Sudah… Gaduh pulak. Benda kecik pun nak kecoh. Si Kyra ni tak boleh nak toleransi ke? Janganlah panggil si Ezo tu gigolo. Ezo panggil dia slut marah pulak.

“Stop it okay! Don’t call me slut.”

“If you stop call me gigolo.”

Kyra mengangkat tangannya tanda surrender. “Okay, okay… Mengada-ngada jelah.”

Ezo tersenyum bangga. Dia sudah berjaya. Lepas ni dia akan terus buat Kyra tunduk padanya.

“Okey, listen. I cakap sekali je tau. Takde siaran ulangan. Next month, I akan bawa you jumpa daddy I. Kenal-kenal je. Lepas tu, we’ll start acting like we are in love. Kita tunang and kahwin. That’s it. I nak kita kahwin bulan sebelas. Lima bulan dari sekarang. Faham?”

Ezo mengangguk kecil. “Okey.. saya faham awak nak bawa saya jumpa daddy awak bulan depan. Tapi kenapa saya tak boleh jumpa awak pula within this month. It ridiculous okey. Kata kita tengah bercinta.”

“I tak nak tengok muka you. Menyampah tahu tak.”

“Lah… kata bercinta. Kita kenalah sentiasa bersama. Lunch sama-sama. Dating.”

Kyra membuat aksi nak termuntah. Mual tekaknya. “Yuck… you ingat kita betul-betul bercinta ke? Daddy I tak tahu pun kalau kita keluar dating tau. Buang masa je I keluar dengan you. Muka macam tak siap je.”

“What? Muka saya yang handsome ni, awak kata macam tak siap? Are you blind?”

Kyra hanya mencebik.

Ezo pula merenung Kyra. Mereka sepi. Lama. Mata Ezo terpaku pada lama Kyra. Dia sendiri tak tahu kenapa dia suka tengok muka Kyra sejak kali pertama dia jumpa Kyra.

Kyra mula gelabah. Pandangan Ezo membuatkan Kyra berdebar-debar. Suasana sunyi di dalam bilik itu membuatkan Kyra kekok. Dia tak suka suasana ini. Kyra berdehem.

“So, see you next month. You boleh pergi,” kata Kyra cuba mengawal debar di hati.

Ezo masih lagi merenung Kyra. Kata-kata Kyra bagai angin lalu saja.

Kyra memandang Ezo. Makin berdebar Kyra. Tapi dia beranikan diri memandang Ezo. “What are you waiting for?”

Ezo diam. Matanya terpaku pada anak mata Kyra. Beberapa minit kemudian, Ezo bagaikan tersedar. Lama dia menatap wajah Kyra sehinggakan dia sendiri tak sedar. Ezo meraup wajahnya. Berisgtifar dalam hati. Macam manalah dia boleh leka.

“Lunch… lunch with me today.” Ezo bersuara setelah lama menyepi.

Kyra menyelitkan rambutnya ke telinga. “Kenapa? Kenapa you nak lunch dengan I? I ma―”

“Please!” rayu Ezo dengan suara yang sedikit romantis.

Kyra terkedu. Tanpa sedar, kepalanya mengangguk setuju.

Ezo mengukirkan senyuman bahagia.

Kyra pula kelihatan bingung. Apa yang dia buat ni? Kenapa dia setuju? Kyra sendiri tak faham dengan dirinya.

______________________________________________________

Mereka makan tengah hari di Restoran Rasa Kampung. Ezo yang berkeras mahu makan di sini. Kyra memang tak nak. Dia tak pandai lah makan makanan berlauk kat gerai. Dia tak biasa. Tapi Ezo yang mahu makan di sini. Puas Ezo memujuk Kyra. Sengaja Ezo bawa Kyra ke tempat macam ni. Dia nak ajar Kyra. Dia tahu Kyra tak pandai makan kat tempat macam ni. Tu pun Yani yang cakap padanya semalam.

Kata Yani, Kyra bukannya tak suka makan masakan kampung. Kyra makan je masak lemak cili padi, asam pedas… semua tu.. Pembantu rumah Kyra selalu je masak masakan macam tu. Tapi Kyra tak pernah makan kat luar masakan kampung ni sebab dia tak pandai nak layan diri, tak pandai nak pilih lauk kat restoran macam ni.

“Thanks…,” ucap Kyra malu-malu.

Ezo yang sedang mengunyah makanan, mengerutkan dahinya. “Thanks? For what?”

Kyra memaksa diri untuk mengukirkan senyuman sungguhpun dia malu. “Tolong I pilih lauk.”

Ezo gelak kecil. “No probs. Bukan susah pun pilih lauk.”

“Tapi I tak tahu.”

Ezo hanya tersenyum. Mereka meneruskan suapan. Beberapa minit kemudian, kedua-dua pinggan sudah licin. Ezo memandang Kyra.

“Berselera nampak… lapar ke?”

“Sedap…”

“Kan saya dah cakap.. sedap kan. Lain kali boleh datang lagi.”

Kyra hanya diam. Tak menjawab. Dia menyedut minuman kegemarannya. Teh o ais.

“Sabtu ni ikut I,” tutur Ezo lembut.

Ternaik kening Kyra. “Ikut you. Buat apa?”

“Makeover awak pulak. Hari tu awak makeover saya walaupun tak perlu. Sabtu ni giliran awak pulak,” jelas Ezo selamba.

Kyra menyandarkan tubuhnya. Ezo dipandang. “Kenapa I kena makeover pulak? I tak fahamlah.”

“Awak lupa ke… awak kan kena memenuhi menantu pilihan mak saya. Umi saya nak perempuan yang menutup aurat. So, saya kenalah ajar awak… macam mana nak penuhi permintaan umi saya tu.”

“Hah… tudung? I kena pakai tudung ke?”

Ezo angguk.

“Nantilah… bila umi you datang, I pakailah.”

Ezo goyangkan jarinya di hadapan Kyra. “No, no… awak kena praktis dari sekarang. Kan senang.”

“I thought I make it clear. I tak nak jumpa you. Next month baru kita jumpa. You tak faham ke?”

Ezo mengeluh. Banyak betul alasan Kyra. “Boleh tak awak dengar cakap saya? Apa salahnya saya jumpa awak. Kalau awak tak nak belajar pakai tudung, then saya akan terus berpakaian selekeh. Jumpa daddy awak pun saya pakai selekeh. Awak nak?”

Kyra mendengus geram. “Apa ni? Main ugut-ugut pulak.”

“Betullah. Awak tak dengar kata. Degil sangat.”

Kyra diam je. Muka masam. Muncung panjang sedepa. Dia dah tak ada idea untuk berlawan kata. Kyra tak mahu Ezo berpakaian selekeh lagi.

Ezo senyum kecil. “So… Sabtu ni okey. Saya ambik awak.”

“You nak ambik dengan apa?” soal Kyra pelik.

“Keretalah.”

“Oh… you ada kereta ke? Kereta apa?”

‘Budak ni… aku cakap kereta Audi karang, dia gelakkan aku pulak. Mesti dia cakap aku curi. Tak pun aku ni gigolo. Dia mana percaya aku bawak Audi R8 Coupe,’ omel Ezo dalam hati.

“Kancil,” bohong Ezo selamba.

“Kancil? You nak I naik kancil?” soal Kyra tak percaya.

Ezo angguk je.

“Oh no… I tak nak naik kancil. Naik kereta I. Isy, kereta I lagi selesa tau.”

“Whatever…”

Diam. Kyra tidak membalas kata Ezo.

“So, jadi eh Sabtu ni? Saya nak bawa awak beli tudung, baju… err, awak nak pakai tudung or selendang?”

“I prefer selendang.”

“Awak tahu ke nak pakai selendang? Nak lilit-lilit lagi…,” duga Ezo.

Kyra menjeling Ezo. “Nanti I belajar la.”

“Saya suka bila awak ikut cakap saya. Sejuk hati saya. Tak payah gaduh dengan awak.” Ikhlas Ezo berkata-kata.

Kyra buat tak tahu saja. Padahal hati dia sudah rasa semacam bila Ezo cakap macam ni.


8 comments:

pipvz devil said...

bez nyer..ntah nape lepas je abis bce msti nk lg..nk lg..nk lg..aduh parah ni..hehehe

Zuera said...

thx... i try my best.. huhu

Anonymous said...

salam..not at all..it really nice to read ur story..hope u will post next episode soon...can't wait to read ur story....

Zuera said...

thx... 2moro i'll post nw n3 if n only if my mom tak kacau. haha. dia suka je ajak ke sana ke mari...

.:kiwi:. said...

Zuera!! best!! ^^

Dewi said...

best citer nie... x sabar nak tunggu next entry... cpt2lah post ya... :-)

Anonymous said...

cter ni best..post la byk2 sket..hari2 bukak blog nie..hehe
~mira~

Zuera said...

kiwi, thx cuz sudi follow citer ni n bace...

dewi, tggu ya. raya la... x sempat nak buat.

mira, thx mira... hari2 bukak blog ni ya? thx. x bole la nak post byk2. satu ari aku buat 1 bab je. cuz aku bz dgn manuskrip AKU TAK LAYAK! hehe.