Sunday, November 14, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -7-

Suasana bilik Kyra agak dingin walaupun penghawa dingin sudah dipasang pada takat 19o Celcius. Mana tak dingin. Kalau yang berada di depan ni Ezo. Ezo yang menjengkelkan. Kyra menghempaskan sebuah fail di hadapan Ezo yang duduk di depannya. Kyra memandang Ezo. Wajahnya serius.

“Dalam fail tu, ada semua kisah pasal diri I. I nak you baca dan ingat semuanya. You boleh balik. Kita jumpa bulan depan pada tarikh yang sama. I nak you ingat setiap perkara pasal I. I bagi tempoh sebulan. Kalau I tanya you tak jawab, tahulah you masa tu,” kata Kyra dengan nada tegas.

Terkedu Ezo. Nampaknya angin gila Kyra sudah kembali. Ezo mengendahakan fail di depan matanya. Dia memandang Kyra dengan pandangan yang lembut. Lama dia memandang Kyra.

Kyra tak senang duduk. Dari tadi Ezo memandangnya. Berdebar jantung Kyra. Tapi dia cuba kawal. Fail yang dia beri, Ezo tak hiraukan pun. Kyra memberanikan diri memandang Ezo. Pandangan sinis diberi.

“What are you waiting for? Ambil fail tu, keluar dari bilik I, dan kita jumpa bulan depan. Okay?”

Ezo tersenyum sinis. “Kalau saya tak nak keluar?” duga Ezo berani.

Kyra terkedu dengan balasan Ezo. “Kalau you tak nak keluar, I panggil security. You jangan ingat I tak berani. Lebih baik you keluar sekarang. I ada banyak kerja nak buat. Tak macam you.” Sempat Kyra menyindir Ezo.

Ezo tak ambil hati pun dengan kata-kata Kyra. “Saya selekeh ke hari ni?” Ezo memandang tubuhnya. “Okay je. Saya pakai t-shirt Polo, seluar Diesel, kasut yang beli semalam. Okay what? So what is the problem? Awak kata awak akan halau saya kalau saya pakai pakaian yang selekeh.”

Kyra menjeling Ezo. Ya, memang Ezo nampak smart dan kasual. Handsome lagi sampai Kyra pun hampir tergugat. Tapi sekarang ni Kyra suruh Ezo keluar. Ezo tak nak keluar. Sebab tu dia nak call security.

“You ni kan… memang suka buat orang meluat dengan you eh? I suruh you balik, baliklah… Apa yang you tunggu lagi?” Suara Kyra sedikit meninggi.

Ek eleh perempuan ni. Nak emo pulak. Sabar Ezo, sabar… “Saya memang suka orang meluat dengan saya. Awak ada masalah ke?”

Eh, berani pulak dia lawan kata Kyra. Kyra terus mencapai ganggang telefonnya. Dia menyambungkan talian ke bahagian security.

“Hello, sila datang—”

Kyra tersentak bila Ezo mencabut wayar telefon. Makin berapi Kyra dibuatnya. Meluat betul dengan Ezo. “What the heck you are doing?” marah Kyra. Bergema bilik itu dengan suara Kyra.

Ezo mengorek telinganya. ‘Haish… cair tahi telinga aku dengar minah ni jerit.’ “Awak tahu tak awak dah banyak buat salah kat saya?” soal Ezo selamba.

“Apa pulak? You yang buat salah dengan I. Tak faham bahasa.”

“Pertama, awak tak gunakan bahasa saya-awak. Kedua, awak tak hormatkan saya. Ketiga, awak meninggikan suara pada saya.”

Kyra memandang Ezo sinis. Tangan disilang ke dada. “Pertama, suka hati I tak nak guna bahasa saya-awak. Kedua, suka hati saya lah tak nak hormatkan awak ke apa ke. Dan ketiga, you bukan suami I yang sah lagi Encik Ezo. Tak ada hukum mengatakan I berdosa tinggikan suara dengan you sekarang.”

“Oh… awak tahu pasal hukum. Saya ingat awak tak tahu. So, awak tahu tak hukum orang yang riak dan takbur macam awak ni?” Selamba saja Ezo membidas kata-kata Ezo.

Kyra terus berdiri. Tangannya menunding ke wajah Ezo yang selamba tu. “You… you..” Nafas Kyra tercunggap-cunggap menahan marah. “You… I hate you. I ada meeting sekarang ni. I tak nak tengok muka you lagi lepas I balik dari meeting. Faham? Kita jumpa sebulan kemudian.”

Kyra terus mengambil briefcase-nya dan keluar dari bilik yang terasa panas tu walaupun penghawa dingin sudah dipasang.

Ezo hanya kaku di tempat duduknya. Satu minit, dua minit, ti… Bergema bilik Kyra dengan gelakan Ezo. Ezo tak mampu menahan dirinya dari ketawa. Kelakar betul. Padan muka Kyra. Berapi perempuan tu. Yes! Ezo dah berjaya. Ezo menekan perutnya yang terasa sakit akibat ketawa yang terlampau. Kelakar betul muka Kyra bila marah macam tadi. Comel je. Macam nak cubit-cubit je pipi Kyra tu.

Setelah ketawa Ezo reda, dia mengambil fail di atas meja Kyra. Dia mula menyelak-yelak helaian kertas dalam fail itu.

“Mak oi.. banyak gila. Panjang betul. Ayat je pulak tu. Tak ada gambar ke? Bosan, bosan…”

Ezo bangkit dari kerusi. Dia menuju ke sofa panjang bilik Kyra. Badannya dibaringkan. Dia mula membaca kisah hidup Kyra. Kadang-kadang dia ketawa sendiri. Bosan betullah hidup Kyra ni. Sekolah rendah dah belajar main alat muzik. Piano, biola, cello. Hisy, bosan betul. Main gitar ke, drum ke… okay jugak. Ni biola? Cello? Piano? Husy, mengantuknya. Sekolah menengah pulak aktif dengan public speaking, debate. Dekat U pun sama. Hmm, memang membosankan.

Makanan kegemaran sushi. Tapi boleh makan sushi yang dibuat oleh chef terkenal saja. Hisy, ni dah kes mengada-ngada. Minuman kegemaran… terbeliak mata Ezo. Minuman kegemaran Kyra teh o ais. Tergelak Ezo. Ingatkan jus buah mana si Kyra minat. Tak pun air blended ke. Ni teh o ais? Pelik betullah.

Suka pulau tak suka pantai. Aik? Pelik je. Suka pulau tapi tak suka pantai? Macam mana pulak ni. Apa bezanya? Ezo meneruskan pembacaan. Oh… Kyra tak suka pantai sebab dia selalu mimpi yang dia lemas waktu mandi pantai. Mimpi waktu kecik-kecik. Tapi pulau boleh pulak. Alasan Kyra senang. Kat pulau, air jernih. Boleh nampak ikan warna-warni. Batu karang. Ezo gelak lagi. Boleh tak kalau Ezo cakap yang Kyra ni mengada-ngada? Nak pulau je. Pantai tak main. Ceh… lepas tu sushi pun nak chef terkenal je buat. Alahai…

Suka tengok cerita hantu, tak suka cerita cinta. Lah… patut la Kyra okay je time tengok cerita Death Place. Suka tengok cerita hantu rupanya. Waktu orang lain terjerit sebab takut, Kyra selamba je. Makan popcorn.

Tak suka orang yang selekeh. Eh, ni nak perli Ezo ke apa ni. Baru sehari Ezo pakai selekeh. Ceh, demand betul minah ni. Bila Ezo pakai smart, Kyra kata Ezo curi. Macam kat café tempoh hari. Diesel ori, Kyra cakap Ezo curi. Melampau betul.

___________________________________________________

Kyra melangkah masuk ke dalam biliknya setelah empat jam berada di luar. Penat betul dia. Meeting sana, meeting sini. Lama pulak tu. Kyra menghempaskan punggungnya di kerusi empuk. Badan disandar ke belakang.

Baru saja Kyra nak berehat, dia ternampak sesusuk tubuh yang sedang lena di sofa biliknya. Terus Kyra berdiri.

‘Tak faham bahasa betul. Aku suruh balik tu, balik jelah. Ni buat tahi mata kat ofis aku pulak. Dia ingat ofis aku ni apa,’ marah Kyra dalam hati.

Kyra terus menuju ke arah Ezo. Wajah Ezo yang nyenyak tidur nampak sungguh mempesonakan. Ezo tidur dengan penuh bergaya. Kyra cuba mengawal dirinya. Dia menelan air liur berkali-kali.

“EZO!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Kyra lantang.

Terjaga Ezo tatkala mendengar jeritan yang kuat. Macam Tarzan je. Ezo terus bangun dari pembaringannya. Dia duduk. Matanya terpisat-pisat. Dia memandang Kyra. Masih dalam keadaan mamai. Dia sendiri tak sedar bila masa dia tertidur di situ.

“I dah suruh you balik kan? Kenapa you masih ada dalam bilik I?” tanya Kyra dengan nada yang tinggi.

Ezo meraup wajahnya. Nafas ditarik, hembus. Tarik, hembus. Dia pandang Kyra. Mukanya tampak bersahaja walaupun Kyra dah macam gunung berapi yang hanya menunggu masa untuk melepaskan ledakan lava.

“Saje je.. saya tunggu awak.”

Kyra menyilangkan tangannya. “Huh! Ada I suruh you tunggu I? Ada? Takde kan? You boleh keluar sekarang.”

“Saya yang nak tunggu. Saya nak ajak awak tengok cerita The Child’s Eye. Mesti awak nak tengok kan?”

The Child’s Eye? Cerita hantu cina. Memang Kyra berhasrat untuk tengok cuma tak ada masa je.

“So, nak pergi tak?”

“Tak nak. I ada banyak kerja. So, boleh you keluar sekarang?”

Ezo berdiri. Mendekati Kyra yang tampak tegang. Ezo mula buat aksi menggodanya. Dia mengukirkan senyuman maut untuk Kyra. Dia mendekati Kyra.

“Kalau nak, cakap nak Kyra Nurailiz Haidar. Awak nak tengok kan? Saya boleh temankan awak, sayang,” bisik Ezo dengan nada yang cukup romantis.

Suara Ezo begitu hampir dengan Kyra. Berdebar jantung Kyra dibuatnya. Tangan Kyra menolak badan Ezo supaya menjauhinya.

“You jangan sesekali dekat dengan I. I nak you keluar sekarang,” kata Kyra dengan nada yang tinggi.

Ezo hanya tersengih-sengih. “Pipi awak dah merah, sayang. Malu ke?”

Kyra mengetap bibir. “Jangan panggil I sayang. I tak suka. Jijik tahu tak. Jijik. Nak termuntah.”

“Muntahlah,” balas Ezo selamba.

Kyra menendang kaki Ezo. Melepaskan geram yang berbuku di hatinya. “I suruh you baca fail tu kan? Apa yang you buat?” Kyra cuba menukar topik.

“Saya dah baca lah ‘SAYANG’.” Sengaja Ezo tekankan perkataan sayang.

“Semuanya?” tanya Kyra seolah-olah tak percaya. Tebal kot fail tu.

Ezo mengangguk dengan penuh perasaan bangga.

Kyra menjeling Ezo. “I sekolah menengah kat mana?” soal Kyra.

Ezo tersenyum sinis. Ini pun Ezo kena tahu. Macamlah daddy Kyra akan tanya. “CBN,” jawab Ezo dengan wajah bosan.

“I buat degree apa?”

“Business admin.”

“Dekat mana?”

“German.”

“I tak allergic apa?”

“Kacang tanah, telur.”

“I tak suka apa?”

Ezo duduk semula di sofa. Bosan betullah. “Awak tak suka kopi sebab pahit, tak suka pantai, tak suka semut, tak suka cerita cinta, tak suka lipas… banyak sangat yang awak tak suka. Sampai esok pun tak habis kalau awak nak saya cakap.”

“I lahir kat mana?”

“Johor.”

“Berapa orang adik beradik?”

“Awak anak tunggal. Awak… stop tanya soalan yang membosankan ni boleh tak? Saya dah baca semuanya. Saya dah tahu pasal awak. Awak pandai main piano, biola dan cello. Tapi awak tak boleh main lagi sekarang sebab tulang tangan awak retak akibat kemalangan dua tahun yang lalu. Awak suka seni hias tapi kena belajar bisnes. Saya tahu okey.”

Terdiam Kyra. Setahu dia, dia tak ada tulis pasal accident dan seni hias. Mana Ezo tahu?

“Mana you tahu pasal tu?”

Ezo mencebik. “Setiausaha awak kan ada. Tanya jelah dia.”

Kyra mendengus. Kenapa Ezo lebih-lebih pulak? Baca jelah apa yang dia tulis. Ni nak tanya Yani pulak. Yani pun satu. Kenapa bagitahu Ezo?

“Marah ke? Tak baik tau marah-marah ni. Nanti cepat tua,” usik Ezo.

Kyra menjeling Ezo.

“Hah… lagi satu… I noticed you like to spell know as ‘no’. K-N-O-W is know. N-O is no. Faham tak? Eja pun salah,” ejek Ezo.

“I punya sukalah nak eja macam mana.”

Ezo mencebik. “Saya dah tahu setiap inci pasal diri awak. Tapi awak tak tahu pun pasal saya. Kalau daddy awak tanya macam mana?”

“Tak penting. Karakter awak tu… yuck… no class. Takkan I nak cakap kat daddy yang you ni jobless, gigolo part time, mengharapakan duit perempuan je. Pengsan pulak daddy I nanti.”

Ezo bangun dari duduknya. “Saya bukan gigolo okey. And saya tak mengharapkan duit perempuan. Yes, I’m jobless tapi saya tak heran lah dengan duit awak.”

Kesabaran Ezo sudah hilang. Dia tak suka bila Kyra cakap dia gigolo dan harapkan duit perempuan.

Kyra menyilang tangan. “Oh yeah? Then 500 ribu tu apa?”

Ezo merenung Kyra tajam. “If you know nothing ‘bout me, better you shut your mouth.”

Ezo terus meninggalkan bilik itu.

“See you next month, gigolo.” Sempat Kyra menyakitkan hati Ezo lagi.

Gembira hati Kyra bila dapat mengenakan Ezo. Dari tadi Ezo mengenakannya. Padan muka Ezo. Degil sangat. Orang suruh balik tu, balik jelah. Degil! Tak faham bahasa! Kan dah kena.

3 comments:

Anonymous said...

kihkihkih...
so sweet la ezo nie..
selamba jer..
ai like part gaduh2 nie..
muahahaha...
next pls..haha..
nwey tanx..!!

~cik anna~

eija said...

xsbr mnti next episod

Anonymous said...

ahakz...CBN ye zura....trase eden di sini..hehehe...tp ak xnafikn..bdak CBN mmg ckp berapi, klu part nk lecture org...(cehh, ak pon buat cmtu mse skolah..)