Saturday, November 13, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -6-


Setelah menonton wayang, Kyra membawa Ezo ke Restoran Michellete, restoran lima bintang yang sungguh terkenal di Kuala Lumpur. Tujuan Kyra membawa Ezo ke restoran ini hanya untuk melihat cara Ezo membawa diri di restoran mewah. Mampu ke dia memenuhi protokol-protokol restoran ini?

Dia tahu Ezo mampu membawa diri dengan baik. Tengok saje tadi. Tanpa di suruh Ezo menarikkan kerusi untuk Kyra. So sweet. Tak susah pun nak suruh Ezo berlakon. Dia pandai bawa diri.

“Awak suka pergi tempat macam ni?” soal Ezo sewaktu di meja makan.

Kyra mengangguk. “Kenapa? Awak tak suka?”

“Bosan. Macam nak tidur tahu tak dengar alunan piano tu,” komen Ezo.

“Lah… Awak tak suka dengar bunyi piano ke? Saya suka. Tenang je. Apalah awak ni.”

Ezo mencebik. Dia tak suka ke tempat macam ni. Dia perlu menjaga kelakuan. Tak bebas langsung. Bayaran mahal pulak tu. Mereka terus menjamah makanan yang dipesan.

“So… you anak kacukan?” soal Kyra bersahaja. Dia sudah boleh berbual dengan Ezo tanpa rasa meluat.

Ezo mengecilkan matanya. “Awak ni sengaja… atau terlupa?”

Kyra menyedari kesilapan diri. “Opps… I’m sorry. Saya terlupa. Saya dah biasalah guna I-you. Hmm, awak anak kacukan?”

Ezo mengangguk. “Abah I orang French. Umi I orang sini.”

“Patutlah dapat anak mata biru.”

Ezo senyum menggoda. “Asal? You dah terpikat ke?”

“Perasan. So, parents you sekarang kat… err… parents awak kat mana sekarang ni?”

Ezo terdiam sebentar. “Err… awak tak perlu tahu. Tak penting pun. Kenapa awak tanya macam-macam ni?”

Kyra membalas pandangan Ezo. “Tak boleh ke? Saya nak tahu pasal diri awak. Nanti daddy saya tanya, saya tak boleh jawab pulak.”

Ezo tersenyum. “Oh… nak kenal saya la ni. Okay.. nama saya Erwan Zakwan Omar. Panggil Ezo. 28 tahun. Jobless tapi currently saya kena jadi suami upahan awak. So kira saya ni ada kerjalah.”

“Itu saya dah tahulah. Awak tak cakap pun saya tahu. Hmm, family awak macam mana orangnya.”

“Abah saya seorang yang tegas tapi penyayang. Dia tak banyak cakap. Umi saya baik, caring tapi dia… hmm.. dia tak suka tengok anak Melayu yang lupa asal usul macam awak.”

Kyra tersentak. “What? Saya lupa asal usul?”

Selamba saja Ezo mengangguk. “Tengoklah pakaian awak. Dah macam orang Barat. Umi saya tak suka. Umi saya suka perempuan pakai pakaian yang sopan. Dia tak kisah kalau pakai seluar asalkan tutup aurat. Tapi kalau boleh pakai baju kurung. Lepas tu dia suka perempuan yang lemah lembut, yang sopan santun, yang pandai hormatkan orang tak kira tua atau muda. Tak macam awak. So, awak kenalah belajar jadi calon menantu pilihan umi saya,” jelas Ezo panjang lebar.

Kyra menundukkan wajahnya. Dia teringatkan Alfie. Alfie pun pilih perempuan yang macam tu. Yang lemah lembut, yang sopan, yang hormatkan orang tua. Dan orang itu ialah Farsha. Perempuan yang selalu memakai baju kurung kapas. Kenapa? Kenapa orang suka perempuan macam Farsha? Kenapa? Apa yang tak kena dengan diri Kyra?

“Awak suka perempuan yang macam mana? Sama macam umi awak?” Kyra ingin tahu.

Ezo mengangguk. “Saya suka perempuan yang macam tu tapi kalau saya dapat orang yang macam awak ni… saya akan try ubah diri dia supaya memenuhi cita rasa saya.”

“Kenapa dengan perempuan macam saya? Kenapa awak tak suka?”

Ezo berasa pelik dengan soalan Kyra. Lain macam saja bunyinya. “Asal awak tanya?”

“Nak tahu.”

“Kenapa nak tahu?”

“Tak boleh ke?”

Ezo melepaskan keluhan. Dia merenung Kyra. Berbeza betul cara Kyra bercakap. Sedih saja suaranya. Kenapa? Kenapa Kyra sedih?

Ezo meletakkan tangan atas meja. “Apa yang awak nak tahu sebenarnya?”

Kyra menarik nafas. “Apa pendapat awak tentang saya?”

“Awak nak saya bagi jawapan jujur atau yang sedap di dengar?” tanya Ezo sopan.

“Jujur,” jawab Kyra sambil merenung Ezo.

Ezo menghela nafas. “Personally, saya rasa awak not bad la. Kadang-kadang awak okey. Macam sekarang ni. Tapi kadang-kadang awak terlalu angkuh. Awak mesti tak ramai kawan kan? Sebab awak ni panas baran. Kata-kata awak berbisa. Awak berlagak. Ego. Awak suka hina orang. Awak pandang darjat. Awak suka judge orang. Awak terlalu prejudis. Awak pandang rendah pada orang lain. Awak ingat awak dah cukup hebat. Awak…”

Kata-kata Ezo terhenti apabila Kyra meletakkan napkin di atas meja dengan kasar. Serentak dengan itu, Kyra bangun dari duduknya.

“Cukup-cukuplah cakap buruk pasal saya. Saya nak ke ladies kejap,” kata Kyra tanpa perasaan.

Ezo tercenggang. Kyra sudah pun menuju ke ladies. ‘Aku salah cakap ke? Betul apa… Dah kenyataan.’

Kyra memandang wajahnya di depan cermin. Kenapa dengan dia hari ni? Selamba je dengar Ezo kutuknya. Tak marah pulak tu. Tak boleh jadi ni. Sedap betul Ezo mengata dirinya. Bukan main syok lagi. Hari ni je Ezo dah banyak lawan katanya. Menyampahnya. Ezo menggunakan kontrak untuk mengugut Kyra. Tak boleh jadi ni. Kyra tak boleh kalah dengan Ezo. Macam manalah Kyra boleh tanya soalan macam tadi tu?

Setelah menenangkan diri di ladies, Kyra keluar dan menuju ke mejanya. Dia duduk semula. Ezo tampak bersahaja.

“Well, I think enough for today. Kita jumpa lain kali saja. I nak balik.” Sengaja Kyra tidak menggunakan saya-awak.

Ezo malas mahu membetulkan bahasa Kyra. Dia hanya menurut. Mereka berdua pulang ke rumah masing-masing.

__________________________________________

Kyra berendam di tab mandi selepas pulang bertemu Ezo. Haruman lavender menenangkan fikiran Kyra yang sedikit serabut.

Kenapa dengan Kyra hari ni? Dia sendiri pelik. Kelakuan Kyra pelik. Tak seperti biasa. Bukan kah Kyra selalu mengeluarkan kata-kata bisa yang bisa menyakitkan hati orang yang mendengarnya? Bukankah Kyra tak pernah tunduk pada sesiapa? Kenapa hari ini dia kalah dengan lelaki bernama Ezo? Dia ikut saja kehendak Ezo. Kenapa?

Kyra memarahi dirinya sendiri. Dia tak suka Ezo mengarahkan dirinya. Dia sudah membayar Ezo. Hmm, tahulah nasib Ezo esok. Dia tak akan bagi muka pada Ezo. Ezo harus terima balasan. Suka hati dia je nak ugut Kyra.

_________________________________________________

Ezo menonton televisyen setelah pulang dari bertemu dengan Kyra. Penat betul dia hari ini. Sehari suntuk berjalan dengan Kyra. Penat dan sakit hati. Hmm, asal jumpa Kyra je hati Ezo membara. Selamat Kyra tu comel kalau tak… dah lama Ezo bahasakan gadis itu.

Tadi dia tengok Kyra tu okey je masa tengok wayang. Boleh pulak gadis tu tergelak sakan tengok cerita hantu. Ezo sengaja membeli tiket Death Place. Cerita hantu Thai. Dia ingatkan Kyra akan takut. Bolehlah dia bantai gelak. Gelakkan Kyra yang pengecut. Rupanya selamba je Kyra tengok cerita hantu. Siap boleh tahu apa yang akan berlaku. Matanya membulat menonoton cerita tu.

Waktu nak dekat ending, Kyra boleh pulak tergelak sakan. Sebab kelakar. Memanglah kelakar. Ezo tak boleh nafikan. Kelakar habis lah. Satu panggung gelak. Tapi suara Kyra yang paling kuat. Pelik Ezo dibuatnya. Apa karakter Kyra sebenarnya? Kejap nampak feminine, kejap nampak ego, kejap nampak gila-gila, kejap nampak angkuh, kejap nampak mendengar kata… Pelik, pelik…

Lepas tengok wayang, Kyra bawa ke restoran mewah. Bosan betul. Tak suka Ezo pergi tempat macam tu. Abahnya suka la pergi tempat macam tu. Abah memang suka makan sambil dengar alunan muzik sentimental tapi Ezo tak suka. Siap ada etika. Leceh betul.

Kyra pulak okey je berbual dengan Ezo. Ezo mula rasa selesa dengan Kyra yang tak banyak songeh tapi… lepas Kyra pergi ladies, gadis tu dah jadi macam dulu. Angkuh! Tahu tak apa Kyra cakap sebelum mereka berpisah.

“I tak suka lelaki yang banyak karenah. I tak suka lelaki yang selekeh. Kalau you nak jumpa I, make sure penampilan you okay. Opss, lupa pulak… you mana ada baju yang sesuai kan. Senua baju you tu beli kat pasar malam. Don’t worry, esok I masukkan deposit gaji you. You boleh shopping habis. 100 ribu cukup tak? Kalau tak cukup I boleh tambah.”

Kelu lidah Ezo masa tu. Kyra mula memandang rendah padanya. Lepas tu cakap I-you.. bukan saya-awak lagi. Berapi Ezo mendengar kata-kata Kyra. Baru je dia nak balas, Kyra dah sambung balik.

“And… please meet me tomorrow. I have something for you. Err, tolong pakai pakaian yang elok sikit. Kalau tak I halau you dari office I. You jangan ingat I tak berani.”

Wah… berasap je Ezo dengar. Dia hanya mampu bersabar. Berlagak betul. Nak je Ezo cakap siapa sebenarnya Ezo. Pasti mulut Kyra terlopong. Huh… Macam manalah Ezo boleh suka kat Kyra? Perempuan macam tu memang perlu di ajar.

Handphone Ezo berdering. Dia melihat nama umi. Terukir senyuman di bibir Ezo. Dia menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum,” ucap umi penuh kelembutan.

Macam ni lah yang Ezo nak. Perempuan macam uminya. Lemah lembut, beragama, pandai bawa diri. Walaupun umi duduk di luar negara, umi masih kenal Tuhan Pencipta. Umi yang mengajarnya dan abah tentang Islam. Umi berjaya menyedarkan abahnya tentang Islam. Abahnya masuk Islam bukan sebab umi tapi sebab abah mula mencintai agama Islam.

“Waalaikumsalam. Umi rindu Erwan eh?”

Umi tergelak. “Yelah… umi je rindu Erwan. Erwan tak rindu umi pun.”

“Eh, merajuk ke? Alah, janganlah merajuk. Nanti Erwan pergi sana ya.”

“Hmm… yelah tu. Dah tiga bulan kat Malaysia. Bila nak balik sini? Adik kamu pun asyik tanya. Dia bertunang pun kamu tak balik. Abang apa kamu ni, Erwan? Apa yang kamu buat kat Malaysia tu?”

Ezo melepaskan gelakan kecil. “Adalah… umi mana boleh tahu. Umi, abah sihat?”

“Sihat. Dia ada projek baru. Abah kamu tu walaupun dah 50 tahun, masih lagi nak design. Baru-baru ni dia nak lancarkan design dia. Dia tak berapa suka dengan design pekerjanya. Dia kata tak nampak Nur. Hisy, abah kamu tu. Macam-macam…”

“Biarlah umi. Abah memang minat kan. Lagipun rekaan abah dapat sambutan apa. Okaylah tu. Umi… waktu adik bertunang, abah yang reka cincin tunang adik eh?”

“A’ah… kenapa?”

Ezo senyum segaris. “Nothing.”

“Hey… Umi dapat sense something ni… Kamu dah nak bertunang ke?” soal umi ceria.

Ezo mengelengkan kepalanya. “Merepeklah umi ni. Siapa nak kat Erwan ni?”

“Ramai je. Kamu kenal Yasmin tak? Pekerja abah? Yasmin orang Singapore tu.”

“Hmm…”

“Dia minat kamu tahu tak. Budaknya pun baik je. Umi suka. Erwan suka dia tak?”

“Entahlah umi… malas nak fikir. Tapi kan umi… baru-baru ni Erwan ada jumpa seorang perempuan.”

“Oh… macam mana orangnya?”

Ezo mengeluh. “Itulah masalahnya. Dia ni lain sikit umi. Dia ingat Ezo ni miskin umi. Sebab dia nampak Ezo kerja kat restoran Rezza. Dia berlagak sikit. Eh bukan sikit. Banyak.” Ezo tergelak mendengar bicaranya sendiri.

“Dia tak lemah lembut… dia tak pandai hormatkan orang. Dia suka perlekehkan Erwan. Ada ke patut dia kata Erwan pakai baju Diesel curi? Macamlah Erwan ni sengkek sangat. Dia tu kan… hmm, teruklah umi,” adu Ezo.

Dia memang tak kisah berkongsi cerita dengan umi. Ezo ni agak manja dengan uminya. Yelah… kalau tak bermanja dengan umi, nak bermanja dengan siapa? Isteri takde… makwe pun.. mana ada.

“Tapi Erwan suka dia kan? Kan?” duga umi.

Ezo terdiam.

“Kan betul cakap umi. Kamu dah jatuh cinta kan? Siapa perempuan yang berjaya curi hati anak umi ni? Bukan calang-calang orang ni. Anak umi ni bukannya senang jatuh cinta.”

Ezo ketawa. Hambar saja bunyinya. “Tak tahulah umi. Tapi dia tak macam umi. Dia.. err… susahlah umi.. dia tu berlagak. Dia anak Tan Sri Haidar. Umi kenal tak?”

“Jutawan tu? Yang dapat ranking ketujuh dalam senarai jutawan Malaysia tu?”

“Hmm… sebab tu la dia berlagak. Tak suka lah umi. Dia pandang darjat. Suka hina orang. Ayat dia berbisa tau umi.”

“Sikap manusia kan boleh diubah.. kamu cubalah ubah dia. Dia ingat kamu ni orang miskin ke?”

“Yelah umi… suka je cakap bukan-bukan kat Erwan. Bila Erwan guna kad kredit platinum, dia kata Erwan gigolo. Entah apa-apa je.”

Ezo terdengar umi tergelak. Panjang muncung ditarik apabila mendengar uminya gelak.

“Baguslah dia tak tahu siapa sebenarnya kamu. Baru kamu tahu dia ikhlas atau tak. Erwan sukakan dia kan? Erwan tak pernah cerita pada umi pasal perempuan pun. Ni first time tau. Umi gembira sangat.”

“Apa yang umi merepek ni? Erwan cerita sebab Erwan sakit hati dengan dia. Kalau umi jumpa dia, mesti umi menyampah dengan dia. Umi akan reject dia la. Umi kan nak menantu yang lemah lembut, sopan, hormat orang, pandai jaga diri dan yang paling penting tutup aurat. Tu kan syarat umi.”

Umi gelak lagi. “Umi belum jumpa dia mana umi tahu. Kalau dia tak tutup aurat, kamu ajarlah dia. Umi boleh bimbing abah takkan kamu yang lelaki ni tak boleh bimbing dia… Kamu cubalah. Umi macam nak terbang ke Malaysia je. Umi nak jumpa dia.”

“Eh… tak payah umi. Kami baru kenal. Nantilah Erwan kenalkan dia dekat umi.” Ezo mula gelabah.

“Hmm.. ceritalah lagi pasal dia. Macam mana boleh kenal?”

“Kat restoran Rezza. Dia minta nombor Erwan…”

“Hah? Dia minta nombor? Mesti dia jatuh cinta pandang pertama pada kamu ni. Dan Erwan bagi nombor Erwan? Pelik ni… Bukan anak umi tak suka perempuan call ke?”

Ezo mengerutkan dahinya. Kyra jatuh cinta pada dia? Hmm… umi tak tahu yang Kyra sebenarnya nak upah dia je.

“Kenapa kamu bagi nombor kamu pada dia?” soal umi lagi bila Ezo hanya diam.

“Sebab dia comel.”

“Oh… Yasmin yang cantik tu tak di layan.. perempuan tu layan pulak. Apa nama dia?”

“Kyra… Kyra Nurailiz.”

“Sedap nama dia. Hmm, umi kena letak phone ni. Ada orang datang pulak. Erwan kena didik dia baik-baik tau. Ingat pesan umi. Bawa dia pulang ke pangkal jalan. Manusia tak lari dari melakukan kesilapan.”

“Baik umi. Assalamualaikum.”

Talian dimatikan setelah mendengar umi menjawab salamnya. Ezo melunjurkan kakinya.

“Kyra… hmm, macam mana lah aku nak tundukkan dia? Pagi tadi macam dah berjaya. Dia macam ikut je cakap aku. Tak banyak songeh. Tapi malam tadi… hisy… angin sombong dia datang balik lah. Bila agaknya perempuan tu nak sedar? Aku kena banyak bersabar ni.”

Ezo tergelak tiba-tiba. “Kalau aku guna cara kasar tak boleh… aku ugut dia, dia berani lawan balik.. aku guna cara haluslah… tengok saje esok. Aku Ezo lah… anak kepada Omar Guillaume Abdullah dan Samsiah Yussof tau. Aku mesti boleh tundukkan Kyra. Macam aku tak tahu Kyra suka tengok muka aku yang kacak ni.”

Ezo gelak lagi. Hmm… nampaknya Ezo pun dah terikut-ikut sikap Kyra. Dia dah mula riak. Tapi takpelah. Sekali sekala. Kyra tu riak sangat. Ezo pun rasa geramlah. Apa? Ingat Ezo ni orang biasa-biasa ke? Eh.. habis tu.. takkan luar biasa pulak kan?

Ezo ni bukannya luar biasa tapi dia bukan calang-calang orang tau. Ramai yang tak tahu siapa Ezo sebenarnya hatta Rezza sekali pun. Kawan-kawan Ezo pun tak tahu siapa Ezo sebenarnya. Mereka cuma tahu Ezo anak orang senang. Itu je. Ezo ni low profile.

Sejak kecil dia di didik sebegitu oleh uminya. Ezo juga berpegang pada ajaran Islam walaupun masih kurang lagi. Kira okey la. Ezo solat lima waktu, puasa, sedekah… Semuanya hasil didikan umi dan arwah atuknya. Sewaktu Ezo kecil, keluarganya menetap di Malaysia kerana abah Ezo ingin pelajari agama Islam dari arwah atuk Ezo. Ezo selalu dengar arwah atuknya mengajar abahnya sampai kan Ezo pun ikut belajar sekali. Abahnya belajar mengaji, Ezo pun ikut sama.

Ramai yang tak tahu siapa Ezo sebenarnya. Kisah hidup Ezo. Ezo malas nak cerita. Bagi Ezo, dia biasa saje. Dia tak suka cerita pasal dirinya. Biarlah ramai tak tahu. Buat apa nak bagitahu. Tak penting pun. Kyra pun tak kenal Ezo.


6 comments:

syikin said...

best.....
bia ezo aja skit kyra tuh..
ego sgt...
suka suki jea ckp org gigolo..
mntang2 laa dye kaya melangit...
huhu.....
xsaba nk tggu n3 bru niyh...
sobsobsob~

pipvz devil said...

ler..ok je cite ni..xbosan pn..cume..rse xsabo lak nk bce n3 strusnye..kalu leh cpt lbih bgus..hehehe..

Anonymous said...

bezzz.....
like3...

Anonymous said...

bezzz.....
like3...

Anonymous said...

bezzz.....
like3...

Anonymous said...

gigolo yg hot..hahaha....ezo cool......tp nme dy erwan zakwan..like cousin of mine...xske! (xske cousin, ske ezo)