Friday, November 12, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -5-


Pemakaian Ezo semalam merungsingkan Kyra. Ezo kacak, Ezo ada rupa tapi… dress up dia… Hisy, hisy… Takkan lah Kyra nak kahwin dengan orang selekeh macam Ezo. Oleh itu, hari ini Kyra menjalankan misi penting untuk bakal suaminya. Mujur saja hari ni Ahad. Oleh itu, bolehlah Kyra luangkan masa bersama bakal suami terchenta.

Kyra membawa Ezo ke spa kegemarannya. Dia mahu membuat treatement untuk Ezo. Ezo hanya mengikuti langkahnya. Sangka Ezo, dia hanya perlu menemani Kyra. Rupanya dia pun kena buat sekali.

“Kenapa pulak saya pun kena buat treatment ni?” soal Ezo tak puas hati. Dia tak suka.

Kyra memandang Ezo. “You jangan banyak tanya boleh tak? Ikut jelah. You mana tahu semua ni,” balas Kyra dengan nada geram.

“Hah… ni nak kena denda ke apa ni? Baru je semalam bagitahu kan? Kan? Dah lupa ekh?” Ezo menjongketkan keningnya.

Kyra mendengus kasar. Kakinya menendang kaki Ezo. “Mengada-ngadalah. Tak biasa tahu tak. Tiba-tiba nak cakap saya-awak. Tengok keadaanlah. By the way, siapa kuli kat sini?” soal Kyra dengan nada perlahan, hanya bisa didengari mereka berdua saje. Nak mati kalau orang lain tahu?

Ezo beriak selamba. Dia menyilangkan tangan rapat ke dada. Kepalanya ditundukkan sedikit pada Kyra. “Perkara nombor empat dalam kontrak…..” sinis sekali nada Ezo.

Kyra menghentakkan kakinya pula. Ezo sudah pandai mengugutnya. “Okay, okay… You..err.. awak jangan melampau boleh tak? Saya.. yuck.. am I say saya just now?” Kyra mengeluh. “Oh, whatever… hmm, saya tahulah saya kena ikut cakap awak tapi jangan minta lebih-lebih. Kalau tak…..”

“Kalau tak apa sayang?”

Kyra menjeling Ezo. “Sudahlah… Saya nak buat treatment. Tenang sikit hati saya ni. Awak pun jangan nak mengada-ngada. Tengok muka awak tu. Pucat je. Saya nak bagi seri sikit.”

“Ceh… naik seri. Macam nak kahwin esok je. And Kyra darling, muka saya tak pucat okey. Mana ada pucat. Pandai je.”

“Bagi saya muka awak nampak pucat. So, awak nak buat ke tak nak?”

“Perlu ke?”

Kyra mengangguk laju.

“Kalau saya tak nak?”

Kyra mengeluh. “Janganlah degil….”

Ezo tergelak kecil. Kyra pandang Ezo. Pelik mendenagar gelakan Ezo.

“Asal awak gelak?”

“Muka awak tadi…” kata Ezo bersama sisa gelakan.

Kyra memegang mukanya. “Kenapa dengan muka saya?”

Ezo gelak lagi. Kali ni kelakar dengan reaksi Kyra. “Tak.. tak.. muka awak comel.”

Kyra memandang Ezo dengan pandangan jengkel. Ingatkan apa tadi. Hisy, menyampahnya Ezo ni. Tak matang ke?

“So, jomlah…” Ezo sudah melangkah.

“Ke mana?”

“Lah… buat rawatanlah.”

“Tapi tadi awak kata tak nak…”

Ezo merapatkan dirinya dengan Kyra. Gaya menggoda saja. Matanya merenung Kyra yang sedang blur.

“I’ll do anything to cheer up my princess, darling.”

Berderau darah Kyra mendengar bicara Ezo yang seakan berbisik. Terasa hembusan nafas Ezo dek kedudukan mereka yang dekat.

____________________________________

Setelah membuat rawatan di spa, Kyra membawa Ezo ke saloon kawannya. Kyra mencari-cari kelibat Caren. Caren Yeoh… pedandan rambut terkenal tau dan dia jugak kawan kepada Kyra waktu sekolah dulu. Kyra memang selalu ke saloon ni kalau dia nak potong rambut ke, style-kan rambut ke..

“Hey, Kyra. What cha doing here?” soal Caren.

Kyra mencari suara itu. Sewaktu dia menoleh ke tepi, dia nampak seorang wanita yang begitu anggun persis model. Siapa lagi kalau bukan Caren. Kyra mendekati Caren dan seperti biasa mereka berpelukan.

“Hey… I want ask you a favor?”

“What is it? You want to cut your hair? But… its looks nice already.”

Kyra tersenyum kecil. “Nah.. it’s not for me. It’s for my gentleman. So, Caren.. this is Ezo. I want you style his hair.”

Ezo hanya mengukirkan senyuman pada Caren.

Caren memandang Ezo. Rambut Ezo tercacak-cacak tapi still nampak okey, kemas. Memang trend sekarang. Style Ezo pun okey je. Pandai Kyra cari. Muka handsome. Tapi…

“Err, you want to style his hair?” Caren meminta kepastian.

Kyra mengangguk pasti. “Why? Is there any problem?”

“No… but… I think it is not necessary. His style just perfect. I like.”

Ezo tersenyum lagi. Bangga dengan pujian Caren. Tengok.. Caren pun tahu trend sekarang. Ada ke patut Kyra cakap style rambut dia macam nak bunuh cicak je. Sebab terpacak-pacak. Kyra cakap style dia style kampung. Tak ada class. Ezo hanya mampu bersabar dalam hati saja.

“Thanks, Caren.. I like my style but.. this young lady.. too fussy,” rungut Ezo.

Caren tergelak. “Eh, Kyra… are you sure you want me to re-style his hair?”

“Yup. I don’t like his current style. I want you style his hair… mmm… to make him look like a successful man. Not a young man with no future like this. Let it look nice, soft, smart but still trendy.”

“What? You said he has no future with this style? Oh, come on Kyra. Don’t be narrow minded. This is popular style nowadays okay,” kata Caren tidak menyetujui kata-kata Kyra.

Kyra mula berasa tidak selesa. Caren menyelebahi Ezo. Dari tadi Ezo hanya tersenyum seolah-olah menyindirnya.

“Caren.. I knew it is a popular style. But I think it’s more suit with teens. I want my man looks so perfect, gorgeous to stand by my side. Get it?”

“Ohh… you want him looks perfect with you. Okay, okay… don’t worry.”

Kyra menghela nafas lega. Faham jugak si Caren ni. Takkanlah Caren nak Kyra bergandingan dengan Ezo yang nampak macam tak matang tu. Style rambut Ezo tu menunjukkan Ezo seolah-olah awal 20-an saje. Padahal si Ezo tu sama baya je dengan Kyra. 28 jugak. Ezo kenalah ada style setaraf dengan Kyra.

Hah… selesai kisah style rambut. Ezo hanya menurut saja. Terpaksalah dia potong rambut. Lagipun dia setuju dengan pendapat Kyra. Dia faham apa yang bermain di fikiran Kyra. Sewaktu buat pembayaran, Ezo dengan selamba mengeluarkan wangnya. Total semuanya RM 98. Dekat kaunter pun Kyra boleh gaduh dengan Ezo.

“Biar saya bayar ya,” tutur Ezo lembut.

Ezo bukannya nak berlagak. Tapi rambut Ezo yang dipotong. For sure pakai duit Ezo. Takkan nak pakai duit Kyra. Cukuplah Kyra yang membayar rawatan di spa tadi. Takkan yang ni pun Kyra nak bayar. Bukannya Kyra yang gunting rambut. Ezo tak suka pakai duit perempuan. Bukannya Ezo tak ada duit.

“Saya yang bayar. Kenapa pulak awak nak bayar?” soal Kyra.

Ezo buat tak tahu. Si Kyra ni kalau dilayan, memang bergaduh kat sini gamaknya. Buat malu saja.

“I’ll pay for the service,” ucap Ezo sambil tersenyum manis pada amoi cantik di kaunter.

Amoi tu pun senyum jelah balik. Dia mengambil duit di tangan Ezo.

Kyra mula geram. Ezo ni nak tunjuk hero apa? Terus Kyra merampas duit di tangan Ezo.

“Apa ni? Bagi duit tu balik. Jangan nak buat malu kat sini.” Ezo berkata tegas. Matanya tajam memandang Kyra.

Nada Ezo yang tegas lagi keras bersama pandangan tajam membuatkan Kyra terasa hati. Dia menghulurkan balik wang yang dirampasnya. Perlahan-lahan Kyra meninggalkan kaunter. Dia terasa dengan Ezo.

Ezo memerhatikan langkah Kyra. Merajuk ke perempuan ni? Dia cakap kasar ke? Ezo meneruskan pembayaran. Setelah mendapat baki dua ringgit dia mendekati Kyra.

“Hey… awak nangis ke?” soal Ezo apabila ternampak mutiara jernih di pipi Kyra.

Kyra menyeka air matanya. Dia pun tak tahu kenapa dia menangis. Time putus cinta takde pun nangis. Kyra memandang Ezo, nak lepaskan geram pada Ezo. Dia tak mahu tunjuk lemah dekat Ezo.

“Awak ni nak berlagak dengan saya ke? Nak tunjuk awak ada duit? Nak tunjuk awak ni mampu bayar? Kalau tak ada duit tu, buatlah cara tak ada duit. Ni tak. Berlagak je. Apa salahnya saya yang bayar. Memang saya yang nak bayar. Saya yang nak awak re-style rambut awak. Hmm, tipikal orang miskin… kononnya tak nak pakai duit perempuan. Sedarlah diri tu.”

Sengaja Kyra sakitkan hati Ezo. Pasti Ezo membencinya. Pasti Ezo geram dengannya.

Ezo terpempan dengan kata-kata Kyra. Mahu saja ditampar mulut Kyra yang tak ada insuran tu. Melampau betul. Suka sangat perlekehkan orang miskin.

“Perkara nombor lima dalam kontrak. Awak kena belajar hormatkan orang, sayang. Berhenti menghina saya.” Ezo bernada keras.

Kyra mencebik. “Ada saya kisah? Awak tak suka saya hina awak ke? Hmm, bagus…”

Ezo meletakkan tangannya di dinding. Memerangkap Kyra. Tiada ruang untuk Kyra melepaskan dirinya. Jantung Kyra berdegup laju.

“Berhenti berlakon. Suka hati awaklah kalau awak nak hina saya. Saya tak kisah. Tapi awak jangan sesekali hina orang lain. Kalau saya dengar… siap awak. Awak jangan cuba cabar saya.” Ezo seakan mengugut.

Kyra menolak badan Ezo. Dia cuba mengawal dirinya. “Jangan berani dekatkan diri awak dengan saya. Sudah. Saya nak bawa awak beli kasut pulak.”

Kyra terus berjalan. Ezo mengikuti langkah Kyra dari belakang. Suasana agak tegang. Mereka menuju ke kedai kasut jenama Alain Delon. Okay kut dengan Ezo. Kyra hanya duduk di kerusi.

“Awak cari kasut yang awak suka. Satu kasut kulit, satu sandal. Pilih cepat sikit,” arah Kyra. Dia sudah malas nak layan Ezo.

Ezo menjeling Kyra. Nak beli kasut lagi ke? Kasut dah ada kat rumah. Beli kat Paris lagi. Sandal pun dah banyak. Tapi si Kyra suruh pilih pulak. Alah, setakat Alain Delon je. Belum tengok kasut aku lagi. Eh.. Ezo berisgtifar. Dia sudah riak. Ni mesti sebab Kyra yang suka riak. Padahal selama ni Ezo tak pernah ambil tahu kasut berjenama yang dia ada. Bagi Ezo, kalau dia sudah suka, dia beli je. Tak kira murah atau mahal. Ezo tak ambil peduli tentang jenama. Yang penting selesa.

Ezo memerhatikan rak kasut yang ada. Dia mula mengelilingi rak kasut. Matanya tajam memerhatikan rekaan kasut yang ada.

“Miss…,” panggil Ezo penuh sopan.

Seorang jurujual menghampiri Ezo. “Yes sir, anything I can help you?”

“Err… Do you have shoes collection 2074?”

“Hmm, sorry sir. We are short of 2074 but we have 2072 and 2073. Do you want to take a look?”

Ezo geleng. “S’ok. I don’t like 2072’s and 2073’s design. What is the latest design?”

“2088 sir. There is lots of designs. You should take a look. We have six different design for 2088.”

“Okay. Where is it?”

Jurujual wanita itu membawa Ezo ke satu tempat exclusive. Kyra terkaku mendengar perbualan Ezo dengan pekerja wanita itu. Apa yang Ezo cakap ni? Kyra langsung tak faham nombor-nombor yang Ezo cakap. Apa semua tu? Kyra masih memerhatikan Ezo.

“Sir, this is 2180, 2181, 2182, 2183, 2184 and 2185. You can try sir. It is more comfort then other design.”

Ezo mengambil kasut 2180. Dia membelek-belek kasut itu.

“For 2180, after you brush, the shoe looks more shine and smart. Yet it will looks rugged sir,” terang jurujual itu.

Ezo mengangguk tanda faham. Dia sedikit tertarik dengan rekaan 2180. Kasut itu diletak kembali ke rak. Ezo memandang kasut yang lain. 2181, 2183 dan 2185 nampak biasa je. Common. Ezo memgambil kasut 2182. Matanya tajam memerhatikan kasut itu. Membeli kasut yang mahal perlukan pemerhatian yang cukup. Itu prinsip Ezo.

Setelah lama membelek, Ezo tertarik pada kasut 2184. Dia memakai kasut itu. Selesa.

“You have a good taste sir,” puji jurujual itu. “It is cow leather upper, very fine texture. Full grain quality cow leather. Very high quality sir. The surface is smooth, absorb sweay and comfortable. Good gripping outsole.”

“I like it but it is brown. I prefer black.”

“But it is dark brown sir. Still, it looks nice with brown. What size are you sir? You should try wear the shoe and show your girl. I bet she’ll like it.”

Ezo tersenyum manis. “I’m eight.”

Jurujual itu meninggalkan Ezo di situ. Kyra mula merapat Ezo.

“So, macam mana awak tahu pasal collection number kasut-kasut ni?” soal Kyra ingin tahu.

Ezo pandang Kyra sekilas. “Kenapa? Awak ingat orang miskin tak tahu semua ni ke?”

Selamba Kyra menangguk.

“Hmm… saya ni memang miskin. Sebab tu saya hanya mampu google je design-design kasut berjenama. Alang-alang nak beli ni, saya kenalah cari the perfect one. Ye tak?”

Sengaja Ezo membalas kata-kata Kyra dengan sindiran. Kyra betul-betul ingat Ezo ni sengkek sangat. Si Kyra ni memang tak tahu siapa Ezo sebenarnya. Alang-alang Kyra tak kenal Ezo, Ezo memutuskan untuk berlakon menjadi miskin saja. Dia mahu tahu penerimaan Kyra. Ezo tersenyum sinis. Dia ada misi.

Misinya ialah buat Kyra jatuh cinta padanya. Pada seorang lelaki miskin. Mampukah Ezo menundukkan ego Kyra Nurailiz? Kita tunggu dan lihat saja. Biarlah Kyra menganggapnya miskin. Biar Kyra hina dia. Dia mahu lihat sejauh mana Kyra mampu bertahan.

Hari ini, Ezo, Erwan Zakwan Omar berjanji akan meruntuhkan ego Kyra Nurailiz Haidar. Kyra pasti jatuh cinta pada dia tanpa mengetahui identiti sebenar Ezo. Ezo nekad. Selepas ini dia akan berpura-pura.

Apa agaknya tujuan Ezo ya? Hmm… senang saja. Ezo ni dah jatuh cinta pada Kyra. Tapi Kyra ni… ego dia melangit. Sombong tak bertempat. Angkuh. Berlagak. Ingat dia sorang je kaya. Belum kenal lagi siapa Ezo ni. Mentang-mentang si Kyra ni anak jutawan… anak je pun. Bukannya dia yang jutawan. Jauh di sudut hati Ezo, dia mahu Kyra menyayanginya dengan ikhlas. Mampukah Ezo meraih kasih Kyra?

Setelah lama memilih kasut kulit dan sandal, akhirnya Ezo memilih untuk membeli kasut 2184. Sandal pula Ezo membeli 2972-AL03. Kemudian, Ezo turut membeli kasut 2780-FC01. Dia tertarik dengan rekaan kasut ini. Nampak trendy. Warna putih pulak tu.

Kyra hanya menjadi pemerhati. ‘Lebih-lebih pulak si Ezo ni beli kasut. Aku suruh beli dua. Dia beli tiga,’ omel Kyra dalam hati.

Mereka menuju ke kaunter pembayaran. Total semuanya RM 655. Kyra hanya mampu menahan geram. Sampai RM 655.

‘Si Ezo ni memang sengaja nak kenakan aku. Beli kasut melebih-lebih. Sampai enam ratus. Orang miskin kalau dapat peluang keemasan macam ni… inilah jadinya. Joli sakan. Duit siapa? Duit aku jugak,’ getus Kyra dalam hati lagi.

Mata Kyra terbeliak tatkala melihat Ezo mengeluarkan kad kredit platinum dari wallet lelaki itu. Wah.. Kyra baru je nak hulurkan kad kreditnya.

Timbul rasa pelik. Kyra mula mencurigai Ezo. Jangan-jangan…

“Awak ni gigolo eh? Perempuan mana yang bagi kau kad kredit tu?” soal Kyra setelah keluar dari kedai.

Ezo hanya tergelak. ‘Apa-apa jelah Kyra. Cakaplah apa yang kau nak cakap. Aku malas nak layan.’ Ezo memang mahu membeli kasut itu pakai duitnya. Gila ke nak pakai duit Kyra? RM 655 tau. Bukan seringgit dua. Tak mah Ezo pakai duit Kyra. Ingatkan Kyra akan mula curiga. Tapi Kyra ingat di gigolo pulak. Simpang malaikat 44.

“Hisy… awak biar betul? Awak ni gigolo kan? Kan?” Kyra mula risau.

Tak nak dia kahwin dengan gigolo. Hisy… geli,geli…

“Janganlah risau sayang. Ni saya punya lah. Kad kredit je pun. Pandailah saya bayar nanti.”

Kyra pandang Ezo pelik. “Kad awak? Macam mana awak nak bayar? Awak tak kerja pun.”

“Lah… kan saya kerja sekarang. Awak kan nak bagi 500 ribu. Saya bayar pakai duit tulah.” Panjang akal Ezo.

Kyra mengangguk faham. Pintar juga si Ezo ni.

“Janganlah fikir yang bukan-bukan. Jomlah. Awak nak ke mana pulak?”

“Kedai baju.”

“Lah… awak nak suruh saya shopping ke hari ni? Awak tak beli apa-apa pun.”

“Yelah… saya nak make over awak. Saya tak nak awak pakai macam semalam. Hodoh tahu tak.”

Ezo tergelak. Pasal semalam rupanya. Adui… Baju Ezo dah banyaklah.

“Tak payahlah… Nanti saya beli sendiri. Awak jangan risau. Lepas ni saya takkan malukan awak. Saya tahu saya ni memalukan awak.”

“Tahu pun.”

“Hmm…. Tapi sekarang saya nak tengok wayang. Saya malaslah nak shopping. Penat tau. Awak nak tengok wayang tak?” soal Ezo pada Kyra dengan nada yang lembut.

Kyra menunding jari ke arahnya. “Saya? Saya tengok wayang dengan awak?”

Ezo mengangguk laju.

“Buang masa je.”

“Alah jomlah… Eh, ingat sikit awak tak boleh bantah kata saya.”

Kyra tarik muncung sedepa. “Awak mengugut. Tak adil!!”

“Ceh… buat muka comel pulak. Jomlah.”

Kyra terpaksa setuju. Dia melangkah beriringin dengan Ezo. Kadang-kadang Kyra selesa bersama Ezo. Ezo kelakar, pandai ambil hati…. Eh, apa yang Kyra fikir ni?


4 comments:

Nina Aziz said...

like2...nk lgi...hehehe

cik anna said...

comey2..nak lagi..
nwey zuera, ade typing error kot kat ats tu..hehe...
"mendenagar gelakan" should b mendengar rite?

tq...nk lg bley?? hehe

Zuera said...

opps... sorry... typin error ya.
Tak perasan pulak. Thx cik anna. nak tukar jap. hehe.

nina aziz n cik anna, nak lagi eh? bole2... tunggu esok eh... hehe... thx...

syikin said...

sweet~