Thursday, November 11, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -4-


Ezo melangkah masuk ke dalam syarikat Delima Indah. Ezo melihat rekaan bangunan ini. Cantik. Lantai licin berkilat. Besar. Sesuai dengan status syarikat ni. Ezo tahu syarikat ni salah satu syarikat yang terkemuka di Malaysia.

Ezo menaik lif ke tingkat 20 untuk bertemu Kyra. Kyra menyuruhnya datang ke sini siang tadi. Sepatutnya Ezo datang pukul 11 pagi tetapi sengaja Ezo lengah-lengahkan. Dia nak sakitkan hati Kyra. Pukul 12 tengahari baru dia sampai di syarikat Kyra.

Setelah pintu lif terbuka, Ezo melangkah keluar. Dia perasan sejak tadi dirinya menjadi perhatian. Ezo buat selamba je. Dia berhenti melangkah di sebuah meja yang dia pasti meja setiausaha Kyra.

“Saya nak jumpa Kyra. Dia ada?” soal Ezo dengan nada bersahaja.

Perempuan yang duduk di meja itu memandang Ezo. Dari atas sampai bawah. Perempuan itu tersenyum sinis.

“Awak ada temu janji dengan dia ke?”

Ezo geleng. “Tapi dia yang suruh saya datang.”

“Maaf ya encik. Kalau encik nak jumpa Miss Kyra, kena buat temu janji dulu. Dia sibuk sekarang ni,” balas perempuan itu.

Ezo mencebik. Kakinya laju saja menuju ke bilik yang tentera nama Kyra Nurailiz. Pintu bilik di buka. Dia melihat Kyra sedang memicit-micit kepala.

Kyra yang sedang pening kepala sedikit tersentak bila ada orang merempuh masuk biliknya. Dia mendongak. Kelihatan Ezo dan setiausahanya, Yani. Yani memandang Kyra dengan perasaan takut.

‘Mati aku. Witch turtle ni mesti mengamuk,’ getus hati Yani.

“Maaf Miss Kyra. Saya dah cuba haling dia tapi dia degil,” kata Yani gugup.

Kyra memandang Yani yang sedang menikus. “It’s okay. You may go now.”

Yani menghela nafas lega.

“And Yani… I tak nak diganggu.” Sempat Kyra berpesan.

Yani hanya mengangguk.

Ezo buat muka selamba. Sempat dia hadiahkan Yani senyuman sinis. Setelah Yani pergi, Ezo terus menuju ke meja Kyra. Dengan selamba Ezo duduk di kerusi hadapan Kyra. Mata Ezo memandang bilik Kyra. Besar. Luas. Elegan. Cantik.

Kyra hanya mengeluh melihat kelakuan Ezo. Dia melihat pakaian Ezo. Baju apa yang Ezo pakai ni? Seluar koyak sana-sini. Pakai selipar je pulak tu. Ini ke bakal suami Kyra Nurailiz, CEO Delima Indah?

“Apa yang you pakai ni Ezo? Tak ada baju lain ke?” soal Kyra dengan nada lemah.

Hari ini dia tiada mood untuk bergaduh. Dia pening kepala hari ini. Sudahlah Ezo datang lambat dari masa yang dijanjikan.

Ezo buat muka tak bersalah. Dia memandang Kyra. “Salah ke? Saya memang selalu pakai macam ni.”

Ezo tersenyum sinis. Sememangnya, dia sengaja pakai macam ni. Biar nampak serabai. Mesti Kyra malu. Bakal suami CEO Delima Indah seorang yang selekeh. Berita hangat tu. Terhangat di pasaran.

“I dah tak tahu nak cakap apa. Lepas ni you kena ikut I. Hmm, I nak bincang pasal kontrak kita. Before that, I nak you tahu kita kahwin atas kertas saja. I upah you jadi husband I buat satu jangka masa. I tak tahu sampai bila tapi you kena ceraikan I bila masanya tiba. Faham? And as a return, I’ll pay you half a million. Is it okay with you Ezo?” soal Kyra.

Kyra bersuara tegas. Gaya cakap dengan client saja. Tegas. Ezo yang mendengar hanya mengangguk.

“Tapi… saya nak awak dengar cakap saya sepanjang awak jadi isteri saya. Awak tak boleh lawan kata saya. Setuju?”

Krya mengecilkan matanya. Dia mengigit bibirnya perlahan. Ezo menjongketkan sedikit keningnya. Lagak macam cabar Kyra.

“Kalau I bantah kata you macam mana?” duga Kyra.

“Awak akan kena denda.”

“Denda? Denda apa?” soal Kyra pelik.

Ezo sudah tersengih-sengih. “Dendanya… awak kena kiss saya.”

“Gila!!” jerit Kyra.

Melampau betul Ezo ni. Macam-macam syarat dia.

Ezo mengangkat bahunya sedikit. “Saya serius. Tak main-main.”

“Whatever!! But you have to bear in your mind that you cannot touch me. Never and ever. Kita tidur bilik asing-asing. I dengan hidup I. You dengan hidup you.”

Ezo mengangkat tangannya. “Wait, wait… saya tak faham. Kalau saya tak boleh sentuh awak, kenapa kita kahwin?”

“Sebab I perlu kahwin tahun ni.”

Terlepas ketawa yang kuat dari mulut Ezo. Dia tidak menahan dirinya dari ketawa. Ezo menekan perutnya yang terasa sakit akibat ketawa.

Kyra mendengus geram. Bengkak hatinya melihat Ezo gelakkan dirinya. Kalau boleh, mahu saja dia tampar mulut Ezo tu.

“Stop it!!” marah Kyra.

Ezo cuba berhenti gelak. “Awak dipaksa kahwin? Siapa yang paksa awak ni?”

Kyra mengeluh. Dia menyandarkan badannya ke kerusi. “I tak ada mood nak gaduh hari ni. Better I tell you the truth. I pun malas nak rahsiakan dari you. I harap you faham situasi I.”

Ezo sudah berhenti gelak. Dia merenung Kyra. Gadis itu macam serius je. “Saya pun tak suka gaduh-gaduh. So, go ahead. Tell me.”

“Daddy I suruh I kahwin tahun ni. Kalau tak I takkan dapat harta dia. And I of course tak boleh biarkan ia terjadi. So I kena jugak kahwin tahun ni. I guess you are the perfect person to be my-fake-husband.”

“Fake husband? You called me fake husband?” tanya Ezo tak puas hati.

“Habis tu nak panggil apa?”

Ezo hanya mendengus. “Hmm… awak tak ada boyfriend ke?”

“Kalau ada, I tak upah you lah.”

“So, macam mana ni?”

Kyra merenung Ezo. Budak ni lembap ke apa? Tak faham-faham lagi. “I upah you jadi husband I untuk satu jangka masa. You kena kahwin dengan I. I akan bayar you. You tak boleh sentuh I. Masuk campur urusan I. You kena berlakon depan daddy I. That’s it!”

Ezo mengangguk-angguk faham. “Tak ada masalah. I like this game. Tapi saya nak tambah element kahwin kita. Kita akan bercerai bila atas keputusan bersama. Awak kena dengar kata saya. Tak boleh bantah. Awak kena belajar hormatkan orang even orang tu lebih rendah darjat dari awak. Dan yang paling penting, awak kena belajar pakai tudung.”

“Is it necessary?”

Ezo mengangguk yakin.

“Perlu ke I pakai tudung? I tak biasa lah.”

“Kenalah biasa-biasakan sayang,” kata Ezo penuh romantik.

Berdebar jantung Kyra dibuatnya. Merah pipi Kyra. Dia cuba mengawal diri. “Hmm… I cuba. So, kalau macam tu I akan suruh peguam I buatkan kontrak.”

“Lah… kena pakai peguam ke?” tanya Ezo.

“Eh, mestilah.”

“Awak ni hal kita. Rahsia kita. Takkan awak nak bagitahu orang lain. Kalau peguam awak tu bagitahu media macam mana?”

“Takkanlah. I percaya my lawyer.”

Ezo merenung Kyra. “Are you sure?”

Kyra mengangguk.

“Pretty sure?”

Kyra melepaskan keluhan. “Do you have any other options?”

Ezo tersenyum lebar. “Yup. Kita buat kontrak sendiri. Bagi saya laptop awak.”

Kyra menghulurkan laptop Apple-nya pada Ezo. Dia memejamkan matanya. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Ezo terus menaip. Tangannya laju menaip, membuat perjanjian. Dalam masa lima belas minit, Ezo sudah siap menaip. Dia memandang Kyra yang sedang memejamkan matanya. Dia melihat dahi Kyra berkerut-kerut.

“Are you okay?” soal Ezo prihatin.

Kyra membuka matanya. Dia memandang Ezo. Kepalanya diangukkan perlahan. “So, dah siap?”

Ezo mengangguk. Dia menunjukkan hasil kerjanya. Kyra merenung skrin laptop.

“Nama you Erwan Zakwan bin Omar?” soal Kyra pelik apabila membaca nama Ezo.

Ezo hanya mengangguk.

Kyra memandang Ezo. “Kenapa panggil Ezo?”

“E for Erwan. Z for Zakwan. And O for Omar. So, EZO. Faham?”

Kyra tergelak kecil. Fahamlah dia kini. Kelakar juga laki ni. “Nice name by the way. Well, I setuju dengan syarat kontrak ni. I print kejap. Kita sign hari ni jelah. Lagi cepat lagi bagus.”

“As you wish darling.”

“Oh man, stop calling me darling or sayang or whatsoever. I hate it. I’m not your sayang lah,” rungut Kyra.

Ezo hanya tergelak. Dia berasa selesa berbual dengan Kyra hari ini. Gadis itu tidak banyak karenah. Sangkanya, Kyra akan mengutuknya hari ini kerana cara pemakaiannya.

“Hmm… you bukan pekerja tetap kat Home Village eh?” soal Kyra sementara tunggu kontrak mereka di‘print’.

Ezo geleng kepala. “Saya tolong kawan saya je. Kenapa?”

“You kerja apa?”

“Saya tak kerja.” Selamba saja Ezo menjawab.

“What??” soal Kyra terperanjat.

Ezo hanya tenang. “Saya tak suka kerja. Saya suka hidup bebas.”

“Then, macam mana you nak sara hidup you?”

Ezo tarik senyum segaris. “Good question… sebab saya malas lah saya kerja dengan awak. Boleh dapat duit kan? Kerja saya pun senang je. Jadi suami awak.”

Kyra hanya mampu menggelengkan kepalanya. Macam gigolo pulak si Ezo ni. Jangan kata itu kerja dia selama ni. Simpang malaikat 44. Boleh mati daddy Kyra jika tahu Kyra akan berkahwin dengan gigolo.

Kyra menarik kertas yang keluar dari mesin printer. Dia membaca isi kontrak buat kali kedua. Setelah berpuas hati dia menurunkan tanda tangan. Kertas itu diberi kepada Ezo pulak. Ezo turut menurunkan tanda tangannya.

“Awak buat satu salinan je ke?” soal Ezo.

Kyra mengangguk.

“Lah… print 1 lagi. Takkan awak sorang je nak simpan kontrak ni. Mana boleh. Saya pun nak.”

“Menganda-ngadalah awak ni.”

Ezo senyum manis. “What did you called me just now? Awak?”

Kyra tersedar. Tak perasan pulak dia sebut ‘awak’.

“I like. Lepas ni awak tak boleh ber ‘I’ ‘you’ lagi. Saya nak awak guna ganti nama saya-awak.” Ezo memulakan perintah pertama.

Kyra kedut dahi? “Kenapa pulak? Apa rationalnya?”

“Saya suka. Macam sweet je. Bila awak cakap saya-awak, nampak awak ni macam nice je orangnya. Bila awak cakap I-you, awak nampak macam berlagak. Awak perasan tak?”

Kyra menggeleng.

“Macam mana awak nak perasan… apa-apa pun, awak kena guna saya-awak. Saya tak kira. Titik.”

Kyra petik jari. “Hello…!! Kita belum kahwin tau. Awak tak ada hak nak suruh saya buat itu ini.”

“See… Awak dah mula guna saya-awak. Good!! Dengar kata jugak awak ni.” Ezo sudah tergelak-gelak.

Kyra menutup mulutnya. Macam manalah dia boleh terlepas cakap ni. Ni semua sebab Ezo lah. Saya, awak lagi. Hisy, tensi, tensi… (tension)

Ezo mendekatkan wajahnya ke Kyra. “Perkara empat dalam kontrak. Awak kena dengar cakap saya. Tak boleh bantah. Yet, kat situ tak tulis pulak it is enforceable once we married.”

Kyra memandang Ezo geram. Menyampah betullah. Mujur saja hari ini Kyra tak ada mood nak gaduh. Kalau tak, dah lama Ezo ni kena maki hamun. Sabar jelah Kyra oi. Kyra malas nak layan Ezo. Dia print sekali lagi kontrak mereka. Dan perkara yang sama diulang, iaitu tandatangan. Satu salinan pada Ezo dan satu lagi pada Kyra.

“Okay… kalau dah tak ada apa-apa, you boleh keluar sekarang. Esok kita jumpa lagi. I ada agenda untuk you.”

Ezo mengoyang-goyangkan jarinya di udara. “Opss, no no… Awak salah cakap. Awak nak kena denda ke? Perkara lima, awak akan kena denda jika awak ingkar arahan saya. Dendanya awak kena cium saya. Awak nak ke? Better awak betulkan kata-kata awak.”

Kyra mendengus kasar. Sakit hati betul dengan Ezo ni. Naik tocang. Lawan bos pulak.

Ezo menjongketkan keningnya. Sabar menanti Kyra membetulkan ayatnya.

Kyra menghela nafas. “Sayang… kalau dah tak ada apa-apa, awak boleh keluar sekarang. Esok kita jumpa lagi ya. Saya ada agenda khas untuk awak, sayang.” Sinis sekali nada Kyra.

Ezo tergelak kuat. “I’m not your sayang lah. Awak cakap tadi….”

Kyra mengengam tangannya. Geram pada Ezo hanya Tuhan saja yang tahu. Hisy… menyampah, menyampah, menyampah…. Benci, benci, benci…..

“Eh, janganlah benci… nanti awak jatuh sayang pulak,” usik Ezo.

Kyra terkedu. Dia dengar ke? Setahu Kyra, dia cakap dalam hati je. Ezo guna ilmu apa ni? Seram pulak.


13 comments:

cactaceous opuntia said...

yosh...haha

pipvz devil said...

yeshh..I like..truskn krya anda..jgn de y tbntut2 tau..t pnat le nk tunggu n3 strusnye..cite ni mng bez..

mama_ariana09 said...

i like,,cpt smbung k

aiRiNa_aiNuN said...

waa best2..sambung lagi....

Zuera said...

Thx cactaceous opuntia, pipvz devil, mama_ariana09 dan airina_ainun...

Thx a lot. Baru ingat nak stop writing citer ni. Nak sambung nex week. Tp 4 u guys, esok aku sambung ya. aku akan post esok jugak. hari ni, aku nk wat cite balqis dan Rezza. hehe.

Dun worry... satu hari satu bab. InsyaAllah jika aku ada di rumah. LOL.

n@mie said...

dush....!! hehe. like it :)

cik anna said...

wakaka...comey giler ar!!!
oh ezo..ai like ur style..!!
sengal yg amat..hikhik..

nak lagi cik penulis...
hehe...tq!!

eija said...

cite nie best..
sbg cpt ok..

eija said...

cite nie best..
sbg cpt2 ok..

eija said...

sbg cpt ok...

♥cikHanNa ♥ said...

sweetnya....
nak lagi..
hehe~

Anonymous said...

best2!!!

ishatasya said...

hehehe... really sweet la dear...