Tuesday, November 9, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -3-


Ezo membuka matanya perlahan-lahan. Jam di dinding biliknya di pandang. Pukul 11.30 pagi. ‘Awal lagi,’ detik hati Ezo. Dia menarik comforter menyelimuti badannya yang terdedah. Sejuk. Penghawa dingin di‘set’kan 220 celcius, namun tetap terasa sejuknya. Ezo menaikkan lagi suhu ke tahap maksima. Kemudian dia cuba melelapkan mata semula.

Nak bangun awal pun buat apa? Bukannya dia ada aktiviti hari ni. Tidur pun lebih baik. Malam nanti baru dia lepak dengan kawan-kawannya. Ezo menukar posisi. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Namun matanya tidak mahu lelap jugak. Lalu Ezo merenung syiling di biliknya.

“Hai, bosanlah pulak. Nak tidur tak boleh,” rungut Ezo.

Terukir senyuman Ezo apabila teringatkan gadis comel bernama Kyra. Proposal gadis itu bermain-main di minda Ezo. Sambil memikirkan gadis itu, Ezo mengoyangkan kakinya.

“Nak terima ke tak ekh? Jadi husband perempuan tu…” Ezo tergelak.

Fikirannya ligat berfikir. “Kalau aku tolak, apa yang aku dapat? Kalau aku terima pulak apa yang aku dapat?”

Ezo berfikir-fikir lagi. Tiba-tiba dia suka pula memikirkan hal ini. “Kalau aku tolak permintaan dia, aku hidup macam biasa je. Tak dapat tengok muka dia selalu.” Ezo mencebik.

“Kalau aku terima…” Ezo tersenyum lebar. “First, aku dapat kahwin dengan perempuan comel tu walaupun suami upahan je. Second, kalau aku dah kahwin, umi mesti happy. Takdelah dia bising-bising suruh aku kahwin ke, suruh aku balik Paris ke… malas aku nak balik sana. Malaysia lagi best. Third, aku akan dapat duit tapi.. duit tu aku tak kisah sangat. Ingat aku ni sengkek ke? Aku tak kerja pun dapat hidup mewah tau. Tapi perempuan tu ingat aku ni miskin. Ada ke dia cakap aku pakai baju Diesel curi. Entah apa-apa je. Forth, umi tak akan suruh aku kerja dengan abah lagi, maksudnya tak payah balik Paris jugak. Fifth, aku ada hiburan baru… wah, dapat buli perempuan tu mesti best kan? Gaya macam berlagak je perempuan tu. Hidung tinggi.”

Ezo sudah tersenyum-tersenyum. “Wah… banyak juga manfaat yang aku dapat ekh kalau kahwin dengan perempuan tu. Lagipun aku ni macam dah tertarik je kat perempuan tu cuma perempuan tu hidung tinggi je.”

Ezo sudah berkira-kira mahu menerima proposal Kyra. Tiba-tiba dia teringatkan pesanan uminya.

“Erwan… kalau kamu nak cari makwe, carilah yang pandai jaga diri, yang pandai hormat orang tua, lemah lembut dan yang paling penting tutup aurat.”

Mati terus senyuman Ezo. Alamak!! “Kyra tu… pandai ke dia hormat orang tua?? Sombong je aku tengok. Pandang aku pun kerek je. Dia ingat aku ni miskin kan. Pandang hina betul. Padahal aku ni punyalah kacak. Kalah Asyraff Sinclair tu. Jejaka idaman Malaya ni. Ceh, perasan pulak aku ni. Hmm… Si Kyra ni mana tutup aurat. Pakai skirt pendek pula tu. Umi terima ke Kyra jadi menantu dia ni?”

Ezo mengurut tengkuknya. Dia umpama memikirkan masalah negara saja. Macam Malaysia bakal berperang saja. “Macam mana nak buat ni?”

Ezo memerah otak. Mencari penyelesaian kemelut ini. Dia memetik jari. “Hah… Suruh jelah si Kyra tu pakai tudung. Tak pun pakai selendang. Aku pun tak suka bini aku tayang rambut. Rambut dia tu hanya aku je boleh tengok, bukan orang lain. Lepas tu, aku kena ajar sikit si Kyra tu supaya hormatkan orang. Jangan nak diskriminasi. Macam aku tak tahu. Kyra tu pandang darjat. Kalau tak takkan Kyra selamba je hina aku kat Home Village. Huh, Kyra perlu di ajar.”

Senyuman Ezo kembali mekar. Dia tahu apa yang patut dia lakukan. Handphone di ambil. Dia menelefon Kyra. Tidak lama kemudian, panggilannya dijawab.

“Hello,” ucap suara di sana.

“Assalamualaikum,” kata Ezo.

“Waalaikumsalam,” jawab Kyra malas. “Siapa ni?” soal Kyra lemah.

“Aik… takkan dah tak ingat? I’m your future husband lah…”

Ezo terdengar Kyra mendengus.

“Jangan nak main-main boleh tak? I penat ni. You siapa?” nada Kyra sudah berubah.

Ezo mengetap bibir. Geram pulak dengan Kyra. “Saya Ezo. Saya nak cakap pasal proposal awak. Kalau awak busy, takpelah. Bye!”

Ezo terus mematikan talian. Dia geram. Dia tak suka Kyra buat dia macam tu. Kyra ingat dia ni siapa? Ezo terus melangkah ke bilik air.

___________________________________________________

Kyra terkesima. Ezo call dia ke tadi? Macam mana Kyra boleh tak perasan? Kyra menepuk dahinya. Pasti Ezo nak beri kata putus tentang cadangannya semalam. ‘Hisy bodohnya aku,’ desis Kyra dalam hati.

Dia bukannya apa. Dia geram dengan pekerjanya. Cuai sangat buat kerja. Macam manalah boleh salah buat kira-kira. Dorang ingat kira duit seringgit dua ke? Melibatkan juta tahu tak? Bukannya sikit. Kalau silap, siapa yang rugi? Syarikat dia jugak. Ah… Kyra rasa ingin menjerit.

Disebabkan pegawai kewangannya yang cuai, Kyra melepaskan geram pada Ezo. Harapannya. Ezo lah satu-satu harapannya. Dia tahu Ezo calon yang sesuai untuk menjadi suaminya. Kyra membaling pen di tangannya.

Handphone di ambil kasar. Dia mendail nombor Ezo. Lama dia tunggu. Namun Ezo tak jawab pun. Sekali lagi Kyra menghubungi Ezo. Tak dapat juga. Setelah beberapa kali mencuba, Kyra memutuskan untuk pergi ke Restoran Home Village. Dia terus keluar dari biliknya.

“Yani, I nak keluar sekejap. Kalau siapa-siapa cari I, cakap I lawat site,” kata Kyra dengan nada yang tegas pada setiausahanya.

Yani hanya mengangguk faham. Yani tak berani kata apa-apa memandangkan mood Kyra tak baik.

Setelah Kyra pergi, Farim YM Yani. Keluar pop-up-window di computer Yani. Yani merenung skrin sambil membaca taipan Farim.

Princess_Farim: Weh, kenapa dengan witch turtle tu? Moody je.

Yani tergelak kecil membaca gelaran Cik Kyra. Witch turtle. Kelakar je.

YaniCullen: Entah. Tadi dia marah Yazeed. Mengamuk sakan witch tu.

Lepas tu, dia kata nak lawat site. Entah betul ke tak.

_______________________________________________________

“Mana pekerja you yang bernama Ezo?” tanya Kyra dengan nada biasa setelah berada di Restoran Home Village.

Pekerja perempuan di hadapan Kyra tercengang. Ezo? Siapa pulak tu. “Maaf cik. Kat sini tak ada pekerja nama Ezo.”

“Apa yang you merepek ni? Hari tu I nampak dia kerja kat sini. You jangan nak tipu I. Ezo suruh you cakap macam ni kan? Mana dia?” Kyra mula naik angin.

Pekerja perempuan itu mengerutkan dahi. “Eh, betul cik. Saya dah lama kerja kat sini. Mana ada orang nama Ezo kat sini.”

“Cik cari Ezo ke?” soal seorang lelaki.

Kyra mengalihkan pandangannya. “Yup. Where is him?”

“Maaf cik. Ezo memang tak kerja sini. Hari tu dia tolong saya je. Sebab restoran ni tak cukup pekerja,” balas lelaki itu.

“You ni siapa?” soal Kyra ingin tahu.

“I Rezza, pemilik restoran ni.”

Kyra mengangguk kecil. “You tahu Ezo kat mana?”

“Rumah kot.”

“I nak alamat rumah dia. You tahu dia tinggal kat mana?”

Rezza mengerutkan dahi. “Sorry. Ezo tak suka orang yang dia tak kenal pergi rumah dia.”

Kyra menjeling Rezza. “Dia kenal I okay. Bagi cepat. I tak ada masa nak layan benda remeh ni.”

Rezza mula rasa jengkel. “Jap ya. I call dia.”

Kyra mendengus kasar. ‘Kecoh betul mamat ni. Nak telepon bagai,’getus Kyra.

Rezza buat tak tahu dengan reaksi menyampah Kyra. Dia mendail nombor Ezo, kawan baiknya. Tidak lama kemudian, panggilannya dijawab. Seperti biasa, Rezza memberi salam.

“Waalaikumsalam. Nape Rezza? Pekerja kau tak cukup ke?” tanya Ezo.

“Kau ni… asal aku call je cakap pasal kerja. Taklah. Ni, ada minah sesat cari kau. Dia nak alamat kau.”

Kyra menjeling Rezza bila Rezza menggelarnya minah sesat. Ingat Kyra tak dengar ke? Kyra terus merampas handphone di tangan Rezza. Rezza memandang Kyra tak puas hati. Kyra buat tak tahu saja. Dia lekapkan handphone ke telinga.

“Hello… I Kyra.”

“Hmm, nak apa?” jawab Ezo lemah.

Kyra menghela nafas. Dia kena buat baik dengan Ezo. Nak minta tolong kan. “I nak jumpa you.”

“Hmm… I busy lah.”

“Look, I’m sorry okay. Pasal tadi tu. I tahu I tak patut marah-marah you. Kenapa you call I tadi? Pasal proposal tu ke?”

“Hmm….” Sengaja Zoey bagi respon dingin. Nak uji Kyra je.

“Okay, Ezo… I’m so sorry. I nak jumpa you boleh tak? Kat mana rumah you?”

“Eh… Tak payah datang rumah saya. Kita jumpa kat… err… suka hati awak la nak jumpa kat mana.”

“I dah ada kat Home Village ni. You ke sini lah. I pun belum lunch ni.”

“Err, awak nak lunch dengan saya ke?”

“Hisy, perasan lah you ni. I nak lunch dulu before tunggu you sampai. I dah lapar ni tahu tak. Kalau nak lunch dengan I, cepat sikit.”

_______________________________________________

Mata Kyra membulat. Terperanjat dia mendengar permintaan Ezo. Dia menyedut minumannya yang tinggal separuh.

“What? You nak I pakai tudung?” soal Kyra tak percaya.

Ezo selamba je mengangguk. Dia sudah jangka reaksi dari Kyra.

“Are you out of your mind? Kenapa pulak I kena pakai tudung?” Kyra tak puas hati.

Tak munasabah betul permintaan Ezo. Ezo hanya akan mengahwininya jika dia memakai tudung. Ada syarat lain pulak tu. Mengada-ngada betul. Siapa bos kat sini? Siapa yang bagi gaji?

“Well, umi saya nak menantu dia pakai tudung. Kalau awak tak nak tak ape. Tak payah kahwin. Senang cerita.”

“Okay, okay… I akan pertimbangkan.”

“Bukan pertimbangkan. Listen. Kalau awak nak saya kahwin dengan awak, awak kena dengar cakap saya. Tak boleh nak lawan kata saya. Kalau saya suruh awak pakai tudung, awak kena pakai. Get it?”

Kyra terkesima. Ni perintah mandatori ke apa? Dah macam pemerintahan kuku besi je. Ada pulak bos kena ikut cakap pekerja?

“Awak nak ke tak nak?” soal Ezo sedikit sinis.

“Okay, okay… I cuba. So, berapa wang yang you nak?”

Ezo tersenyum sinis. Dia memandang Kyra dengan pandangan sedikit sinis juga. “Berapa awak sanggup bayar?”

Kyra mengerutkan dahi. Orang tanya dia, dia tanya kita balik. “Hmm, I tak kisah. You nak berapa?”

“Betul awak tak kisah?”

Kyra hanya mengangguk.

“Awak sanggup bayar berapa je?”

Kyra angguk lagi.

“Kalau macam tu, saya nak 1 juta. Err, banyak sangat tu. Saya kurangkan. Saya nak half a million,” putus Ezo dengan wajah tak bersalah.

“What? Half a million? You jadi husband I je? Takkan you nak half a million?”

Ezo tergelak sinis. “Eh, tak sanggup ke? Or awak tak ada duit? Half a million tu macam 500 ringgit je bagi orang kaya macam awak.”

“Awak ni memang miskin eh? Sebab tu awak minta 500 ribu.”

Giliran Kyra pula menyakiti hati Ezo. Geram Kyra bila Ezo menyindirnya. Minta 500 ribu pulak. Padahal suruh jadi suami je.

Ezo terpempan mendengar hinaan Kyra. Tak sayang mulut betul si Kyra ni. Ezo cuba mengawal diri. “It’s up to you. Kalau awak tak nak takpe. Saya tak paksa.”

“Okay deal. 500 ribu tu tak ada hal lah bagi I. Tak luak pun. So, you setuju jadi husband I?”

Ezo hanya mengangguk. Dia merenung wajah Kyra.

“Deal.” Kyra menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Macam yang dia selalu buat bila berurusan dengan pelanggan.

Ezo tidak menyambut huluran itu. Dia tersenyum nipis. “Sorry, kita bukan mahram. Belum sah lagi. Lepas kahwin nanti, awak nak lebih dari pegang tangan pun boleh.”

Kyra termalu sendiri. Pijar pipinya. Dia menarik semula tangannya. “Err, kalau macam tu, kita jumpa lain kali. I akan sediakan kontrak.”


5 comments:

n@mie said...

like dis novel... huhu interestg..

n@mie said...

wow...!!!! interestg... suka sgt2 citer nie... plz continue..!!!

Anonymous said...

ohoho....menarik...

miss TuLiepP said...

bleh thn ezo...
slaluny prmpn j ckp xbley sntuh..
different!
hopefully acceptance of proposal to work be a husband xdslh gunakn ezo..

cik baba said...

Menarik dan tertarik utk baca lebih lanjut......