Monday, November 29, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -22-


Seminggu Kyra melarikan diri dari Ezo. Panggilan dari Ezo tidak dijawab. Mesej dari Ezo dibiarkan sepi. Apabila Ezo mencarinya di pejabat, dia melarikan diri. Kalau Ezo datang rumah pulak, Kyra mengunci pintu biliknya.

Kyra buntu dan keliru. Pengakuan cinta dari Ezo terlalu drastik. Kyra masih tidak dapat menerima kenyataan. Tetapi bukankah Ezo pernah meluahkan perasaan pada Kyra? Namun… Ezo juga pernah mengucapkan benci.

Benarkah Ezo mencintainya? Kalau benar, Kyra merupakan orang yang paling gembira. Pasti saja dia akan tersenyum lebar. Ezo mencintainya. Tentu saja Kyra suka jika ia benar-benar berlaku.

Tetapi… kalau Ezo hanya ingin mempermainkannya, macam mana? Pasti Kyra akan kecewa. Terlalu kecewa. Pasti dunianya terasa gelap. Kyra ada perasaan. Dan perasaan Kyra sama dengan insan lain. Perasaannya rapuh. Bukankah hati manusia ini umpama kaca? Tentu saja hati Kyra sakit jika Ezo menipunya. Dan sudah tentu dia akan menitiskan air mata.

Argh… sejak bila pula Kyra suka menangis? Kyra sedar… sejak dia bertemu Ezo, air matanya sering tumpah kerana lelaki itu. Lelaki bermata biru bernama Ezo. Acap kali dia menangis kerana Ezo. Ezo benar-benar memberikan impak yang besar dalam diri Kyra. Lemah sungguh Kyra apabila berdepan dengan Ezo. Dari gadis yang tegas, Kyra jadi lembik apabila berhadapan dengan Ezo. Dia jadi lemah.

Pagi ini, apabila Kyra masuk ke pejabatnya, dia menerima sejambak bunga mawar. Bunga itu dari Ezo. Bibir Kyra mengukirkan senyuman. Suka bila mendapat bunga dari insan yang tersayang.

Pintu bilik Kyra diketuk. Muncul Yani di sebalik pintu. Kyra menghadiahkan senyuman buat setiausahanya.

“Miss Kyra, you got an invitation letter,” ucap Yani sambil menghulurkan sepucuk surat.

Kyra menyambut huluran itu. “Thanks.”

Yani mengangguk kecil. “Welcome.”

Kemudian, Yani keluar dari bilik Kyra.

Kyra membuka sampul surat itu. Lipatan surat yang kemas di buka. Dia mula membaca surat itu. Matanya terpaku pada perenggan kedua surat itu.

Kami menghargai jasa Cik Kyra Nurailiz binti Haidar kerana sudi menyumbangkan RM 100 ribu kepada badan kebajikan kami. Justeru, kami ingin mengundang Cik Kyra Nurailiz ke majlis amal kami.

Dahi Kyra berkerut. Keningnya ternaik sedikit. Fikirannya cuba mencari-cari jawapan pada persoalan yang timbul di benaknya.

‘Bila masa aku sumbang duit? RM 100 ribu pulak tu…,’ soal Kyra dalam hati.

Mata Kyra meneliti surat itu semula. Mencari nama badan kebajikan yang memberinya surat undangan ini.

“Teratak Kasih? Macam tak pernah dengar je,” komen Kyra.

Sekali lagi, Yani masuk ke bilik Kyra di saat Kyra sedang asyik berfikir tentang surat undangan yang penuh misteri dari Teratak Kasih.

“Miss Kyra… Mr. Kevin dari WL Developer sudah sampai. Dia sedang menunggu Miss Kyra di bilik mesyuarat,” beritahu Yani.

Kyra mengangguk tanda faham. Surat disimpan dalam laci. Tangannya mencapai beberapa buah fail. Kemudian, dia mula mengatur langkah untuk bertemu Mr. Kevin.

Tepat jam lapan malam, Kyra mula bersiap untuk pulang. Bersama briefcase di tangan kanan, dia mula melangkah keluar, menuju ke parking lot. Butang lif ditekan. Beberapa saat kemudian, pintu lif terbuka. Kyra melangkah masuk ke dalam kotak lif. Dia menekan punat basement.

Ding! Kyra melangkah keluar. Sewaktu dia ingin menuju ke keretanya, dia terserempak dengan Ezo. Terhenti langkah Kyra tatkala Ezo berada di depan mata. Senyuman manis terukir di bibir Ezo. Err, senyuman manis dan nakal.

“Gotcha!!” ucap Ezo sambil mengenyitkan mata kirinya.

Kyra mengetap bibir.

Ezo mendekati Kyra. Senyumannya semakin lebar apabila dia melihat Kyra memeluk jambangan bunganya.

“Awak suka bunga tu?” soal Ezo setelah berada beberapa inci dengan Kyra.

Kyra mengangguk perlahan. “Hmm… thanks…”

“My pleasure. Well, you’re avoiding me, ain’t you?” soal Ezo sambil tersenyum sinis.

Kyra buat muka bersahaja. “No, I’m not…”

“Great… Ikut saya. Saya nak bawa awak ke satu tempat,” ucap Ezo selamba.

“Ke mana?”

“Awak ikut jelah. Naik kereta saya… Kereta awak biar kat sini.”

Kyra menggeleng laju. “Mana boleh...”

“Why?”

“Siapa nak bawa kereta saya balik?” tanya Kyra.

Ezo senyum nipis. “Biarlah kat sini. Kereta awak takkan kena curi. Kan ada security…”

“Maksud awak, biar kat sini semalaman?”

Ezo mengangguk.

“Habis, macam mana saya nak pergi kerja esok?”

“Saya hantarlah, sayang. Jom…” ajak Ezo lagi.

Kyra menelan air liur. Sayang? Kyra tak dapat menahan dirinya dari mengukirkan senyuman nipis. Okey… Kyra sudah kalah. Dia tidak dapat menafikan perasaanya pada Ezo lagi. Sudah seminggu tidak berjumpa… sekarang Ezo berjumpa dengannya pula. Macam-macam yang Kyra rasa. Dan salah satunya, hati Kyra berbunga-bunga. Dia mengikut kata hati. Bukan kata akal. Dia akan lakukan apa yang dia mahu.

“Awak nak bawa saya ke mana ni?” tanya Kyra dengan nada biasa sewaktu di dalam kereta.

Kereta yang sama. Audi R8 Coupe. Aneh!! Tidak pula Kyra tanya tentang kereta Ezo ni. Diam je.

“Rahsia… Awak tengok jelah.”

Kyra tarik muncung.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di sebuah tempat atas bukit. Kyra memandang luar. Cantik! Banyak lampu. Kenapa selama ini dia tak pernah tahu kewujudan tempat ini?

Kyra terus membuka pintu. Dia melangkah keluar. Matanya memandang panorama di hadapannya. Dia leka di situ.

Ezo hanya tersenyum melihat reaksi Kyra. Dia menuju ke bonet kereta. Barang-barang dikeluarkan. Ezo mula membentangkan kain alas empat segi di atas rumput. Dia mula menghias tempat itu.

Kyra tidak sedar akan tingkah Ezo. Dia leka. Leka menghayati keindahan malam dari atas bukit.

“Awak suka?” soal Ezo.

Kyra menoleh ke kiri. Dia mengangguk perlahan. “Suka. Cantik. Mana awak tahu tempat ni?”

Ezo senyum nipis. “Saya kan suka merayau dulu. Tak ada kerja. Merayau jelah. Then, saya terjumpa tempat ni. Rahsia tau. Jangan bagitahu orang lain. Ni tempat kita,” ucap Ezo separuh bergurau.

Kyra tergelak kecil. Dia menoleh ke belakang sekilas. Kemudian dia berpusing semula. Badannya turut terpusing ke belakang. Mulutnya terlopong. Matanya membulat.

“Oh my God!!” ucap Kyra dalam nada terkejut.

Di hadapan Kyra kini, dia melihat beberapa buah lilin membentuk love. Kelopak bunga mawar merah bertaburan di dalam bentuk love itu. Dan di sebelah lilin-lilin itu, terbentang kain dan di atasnya terhidang makanan dan minuman.

“You love it?” soal Ezo separuh berbisik.

Kyra mengangguk laju. Dia terharu. Bila masa pula Ezo sediakan semua ni? Kyra tak perasan.

“I know. Jom.” Ezo menjongketkan keningnya.

Kyra mengukirkan senyuman lebar. Dia dan Ezo mula mendekati kain alas yang terbentang di atas rumput. Punggung mereka dilabuhkan.

Kyra tersenyum apabila melihat makanan kegemarannya. Sushi. Bertambah lebar senyuman Kyra.

“Ezo… awak tahu makanan kegemaran saya?” soal Kyra terharu.

“Mestilah. Awak yang suruh saya baca tentang diri awak dulu. Saya tahu semuanya tentang awak. Cuma… awak yang tak tahu tentang saya.”

Kyra mengigit bibir perlahan. “Sorry… but I promise, I’ll get to know you soon.”

“S’ok… saya tak kisah pun.”

“Merajuk ke? Okey… tell me ‘bout you now. I wanna know.”

Ezo tergelak kecil. “Makan dululah… We eat first, then, we do the talking. Okey?”

Kyra mengangguk.

Mereka sudah pun selesai mengisi perut. Kini mereka duduk sambil menghadap pemandangan malam. Kedudukan mereka tidaklah rapat. Masih ada jarak. Batas pergaulan harus di jaga walaupun mereka sudah bertunang.

“Kyra… saya nak minta maaf,” ucap Ezo lembut, tanpa memandang Kyra.

Kyra menoleh ke kiri, memandang Ezo. “Untuk apa?”

Ezo menundukkan wajahnya. “Saya terlalu drastic waktu luahkan perasaan pada awak. Saya tahu awak terkejut.”

Kyra mengalihkan pandangannya. Dia memandang depan. Malu pula bila Ezo bangkitkan isu ini.

Ezo memandang Kyra. “Tapi… itulah perasaan saya pada awak. Saya tak nak nafikan perasaan saya pada awak. Saya nak berterus terang. Saya memang cintakan awak. Awak gadis pertama yang mengetuk pintu hati saya. Saya tak tipu.”

Gulp! Pipi Kyra mula memerah. Malu! Tangan digengam. Terasa mengigil pula tangannya waktu ini.

‘Kyra… ni waktu yang sesuai untuk kau luahkan perasaan kau. Grab the opportunity. Jangan tunggu lagi,’ desis hati Kyra.

Kyra memberanikan dirinya memandang Ezo. Dia mengukirkan senyuman nipis. “Terima kasih. Terima kasih kerana mencintai saya. Dan saya… err.. saya pun.. hmm, Ezo… I do love you.”

Setelah habis berbicara, Kyra terus memalingkan wajahnya. Gugup Kyra apabila dia ingin melafazkan kata cinta. Malu. Tapi dia kena juga luahkan. Dia tak mahu kehilangan Ezo.

Ezo tersenyum lebar. Yes! Kyra sudah mengaku. Gembiranya Ezo. Sudah lama dia menunggu detik ini. Saat di mana Kyra mengakui kata hatinya.

“Thanks sayang,” tutur Ezo.

Malam itu merupakan malam yang bersejarah bagi Ezo dan Kyra. Akan mereka ingati malam ini sampai bila-bila. Kyra terasa dirinya bermimpi. Dan jika ini mimpi, jangan kejutkan dia. Dia tak mahu sedar. Dia mahu begini. Dia mahu bersama Ezo.

Hari-hari Kyra dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Gembiranya Kyra. Hanya Tuhan saja tahu perasaanya. Sejak malam yang bersejarah itu, hubungan Kyra dan Ezo makin rapat. Setiap hari, Kyra akan menerima sekuntum bunga dari Ezo. Ezo mahu Kyra menunggu detik perkahwinan mereka. Ah… gaya seperti tidak sabar sahaja.

Dua minggu lagi… dua minggu sebelum mereka akan disatukan sebagai pasangan suami isteri. Masing-masing mula sibuk. Kad undangan, mak andam, pakaian… Semuanya dilakukan bersama. Kadang-kadang Julia dan umi menemani mereka.

Malam ini, Kyra ada temu janji dengan Ezo. Dia akan makan malam bersama Ezo. Tak sabar Kyra menunggu waktu malam walhal jam baru menunjukkan pukul sembilan pagi.

Kyra membuka lacinya. Tiba-tiba dia terpandangkan surat di dalam laci tersebut. Semerta dia teringat perihal rumah kebajikan Teratak Kasih. Surat itu dibaca semula.

Macam mana Kyra boleh lupa akan kehadiran surat ini? Sudah lama surat ini terperuk di dalam laci. Nampak sangat Kyra jarang membuka lacinya. Maklumlah… laci ini selalunya dibiarkan kosong. Hari ini, Kyra terdetik untuk membukannya kerana dia ingin mencari buku cek yang hilang.

“Dah lepas pun majlis ni…”

Kyra mula rasa bersalah. Dan dalam masa yang sama, dia tertanya-tanya. Bila masa dia menyumbangkan duit? Kyra mengangkat ganggang telefon. Nombor telefon Teratak Kasih yang tercatat pada surat itu didail.

“Assalamualaikum,” ucap orang di sana.

“Waalaikumsalam… ni Teratak Kasih ke?” soal Kyra.

“Ya… Cik ni siapa? Nak cari siapa?”

Kyra mencari nama pengirim. “Hmm, Puan Nabilah.. dia ada ke?”

“Saya Puan Nabilah. Cik ni siapa?”

“Err, saya Kyra… Kyra Nurailiz.”

“Oh… cik Kyra. Cik Kyra pernah memberi sumbangan kan?” soal Puan Nabilah.

Berkerut dahi Kyra. “Saya nak minta maaf sebab tak datang majlis amal tu. Saya sibuk sejak akhir-akhir ni. Err, boleh saya tanya sesuatu?”

“Pasal majlis amal tu Cik Kyra jangan risau. Cik Kyra kan dah hantar orang ganti tempat Cik Kyra. Saya menghargai jasa Cik Kyra. Hmm, Cik Kyra nak tanya apa?”

Orang ganti? Bila masa pulak ni? Makin pelik Kyra di buatnya.

“Puan Nabilah… boleh saya tahu siapa yang gantikan tempat saya?” soal Kyra.

“Lah… orang yang sama, yang serahkan duit sumbangan Cik Kyra… “

“Dia yang sumbangkan RM 100 ribu atas nama saya?” tanya Kyra lagi.

“Ya… ada masalah ke Cik Kyra?” tanya Puan Nabilah pelik.

Kyra terkedu. “Err… tak, tak… Siapa nama dia? Saya nak tahu.”

“Hmm… saya lupa lah nama dia. Saya pangil dia Wan je.”

“Muka dia macam mana?”

Puan Nabilah terdiam sebentar.”Err, putih-putih… handsome. Mata dia warna biru. Kenapa ni Cik Kyra? Ada masalah ke?”

“Tak… tak ada masalah. Terima kasih puan.”

“Sama-sama. Kalau Cik Kyra lapang, datanglah sini. Saya nak berkenalan dengan Cik Kyra. Bersyukur saya bila ada orang yang sanggup hulurkan bantuan.”

“InsyaAllah.”

Beberapa minit kemudian, talian dimatikan. Fikiran Kyra ligat berfikir. Hanya satu orang saja yang mampu Kyra fikirkan. Ezo. Tapi… untuk apa Ezo buat macam ni? Mana Ezo dapat duit? Duit yang dia bank-in dulu ke? Err, bukan Ezo cakap dia dah gunakan duit tu ke?

Kyra mencapai handphonenya. Nombor Ezo didail. Lama Kyra menunggu, akhirnya masuk voice mail. Beberapa kali Kyra menghubungi nombor lelaki itu tetapi tidak dapat. Kali keenam dia telefon, panggilannya dijawab.

“Assalamualaikum… kenapa lambat jawab call saya?” soal Kyra tak sabar.

“Waalaikumsalam… err, cik… Maaf. Encik Ezo sedang bermesyuarat.”

Kyra terkedu apabila mendengar suara perempuan. Hatinya mula diasak perasaan cemburu. “Awak ni siapa?”

“Saya setiausaha dia.”

“Err, okey. I’ll call him later.”

Kyra mematikan talian.

‘Setiausaha? Ezo kerja kerani je. Kerani pun ada setiausaha ke? Pelik!’ gumam hati Kyra.

Pintu bilik Kyra diketuk. Tidak lama kemudian, Yani melangkah masuk. Di tangannya terdapat surat khabar.

“Ada apa Yani?” soal Kyra lemah. Fikirannya sarat memikirkan tentang Ezo. Dia rasa pelik. Teramat pelik.

“Miss Kyra… saya bawakan surat khabar untuk Miss Kyra. Bakal suami Miss Kyra masuk surat khabar. Untung Miss Kyra dapat orang macam dia,” tutur Yani.

Hah? Makin pelik Kyra dibuatnya. Masuk surat khabar? “Give me the newspaper,” pinta Kyra.

Yani menghulurkan surat khabar di tangannya kepada Kyra. Kyra menyambutnya. “Thanks Yani. Awak boleh keluar.”

Yani senyum nipis sambil melangkah keluar.

Kyra memandang surat khabar di tangannya. Terbeliak mata Kyra memandang muka depan surat khabar Berita Harian. Wajah Ezo terpampang bersama abahnya. Tangan Kyra mula mengigil. Rahangnya jatuh. Badannya menggeletar. Terketar-ketar tangannya memegang akhbar itu.

7 comments:

Anonymous said...

heee... sme lar kte nie erkk..
lps sbuh bru tdo...
xlar... bez jer...
u do a gud job miz writer...
x sbr nk 2nggu ctre balqis & rezza... ~~~

Anonymous said...

heee... sme lar kte nie erkk..
lps sbuh bru tdo...
xlar... bez jer...
u do a gud job miz writer...
x sbr nk 2nggu ctre balqis & rezza... ~~~

n@mie said...

Drastik ke?? ok jerr....
pas ni komfem nek angin plak si Kyra nie coz dia rs Ezo mainkn dia... Pdhal dia tu xnk amek tau hal Ezo lgsung...

zura asyfar said...

aku pun tak tido jugak malam td.lepak2 duk layan novel baru beli..lepas subuh br tdo..huhu..pasal emel tu, take ur time la..aku just tny sebab ingt nk buat citer baru tapi tak pandai nak letak dlm blog..tu je..hehe..aku tak perasan pulak ade entry utk ep 22 ni..best ape..

Nina Aziz said...

adoi..kntoi plak ezo...

Hanna Iha said...

oh.!! tidak..

.:kiwi:. said...

O'oh! O.o
Apakah yang bkl terjadi seterusnya? huhuh