Sunday, November 28, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -21-


Hari ini Kyra sudah sah menjadi tunang kepada Erwan Zakwan Omar. Perasaan Kyra biasa saje. Tidaklah gembira seperti pasangan yang baru ditunangkan. Kyra sedar semua ini adalah palsu. Semuanya kerana kontrak. Kyra tidak boleh mengeluh kerana dia yang memulakan permainan ini. Silap dia juga kerana terjebak dalam perkahwinan ini. Silap dia juga kerana jatuh cinta pada Ezo. Dia sudah kalah. Kalah pada perasaannya. Dan ini merupakan harga yang perlu dia bayar. Kyra redha. Dia sedia menerima hukuman di atas perbuatannya sendiri.

Malam itu, setelah Kyra menunaikan solat Isyak, dia mula menyarungkan pakaian renang di badannya. Dengan langkah bersahaja, dia menuruni tangga dan menuju ke kolam renang. Kyra perlukan ketenangan. Otaknya perlu berehat. Hanya satu saja yang Kyra akan lakukan bila hatinya kusut iaitu renang.

Kakinya mula mencecah air. Sejuk. Dia mula berenang. Beberapa pusingan dilakukan. Sudah lama dia tidak berenang. Sungguh selesa bila dapat berenang malam-malam begini. Dia cuba melupakan Ezo buat seketika.

Setelah puas berenang, Kyra berehat di kerusi panjang yang berada di kolam renang. Dia ingin menikmati angin malam di samping mengeringkan bajunya. Tidak lama kemudiam, dia menyarungkan bathrobe di tubuhnya. Dia mula naik ke bilik.

Dia melangkah ke bilik air. Badannya mula dibasahkan. Rambut disyampu. Badannya dimanjakan dengan sabun Lux. Setelah selesai, dia mula melangkah keluar dan menyarungkan pajamas berwarna ungu. Handphone di atas meja dicapai.

Mata Kyra sedikit membesar apabila melihat 7 missed calls dari Ezo. Hatinya tertanya-tanya. Kenapa Ezo hubunginya?

Bersama handphone ditangan, Kyra menuju ke katil. Badannya disandarkan di kepala katil, kaki dilunjurkan. Tiba-tiba handphonenya berdering. Panggilan dari Ezo. Kyra mula menimbang-nimbang, mahu jawab atau tidak. Nafas ditarik dalam. Mencari kekuatan untuk hatinya yang sudah rapuh. Tangan menekan punat ‘Answer.’

“Assalamualaikum,” sapa Kyra perlahan.

“Waalaikumsalam… kenapa tak jawab call saya tadi?” soal Ezo dengan nada biasa.

Kyra menyelitkan rambutnya ke telinga. Rimas pula. “Saya tak perasan awak call. Ada apa ni?”

“Saje… apa yang awak rasa sekarang ni?” tanya Ezo.

Kyra mengerutkan dahi. Apa yang dia rasa? Rasa apa? Biasa je. “Maksud awak?”

“Yelah… kita dah sah bertunang. Apa perasaan awak? Happy tak?”

“Biasa je… tak rasa apa-apa pun,” bohong Kyra.

“Oh yeah? Saya happy. Awak dah jadi tunang saya. Dua bulan lagi awak akan jadi isteri saya. Of course I’m happy. Betul ke awak tak rasa apa-apa? Entah-entah awak malu nak cakap,” usik Ezo.

Kyra melepaskan keluhan kecil. Dia tak faham dengan sikap Ezo. “Kita bukan nak kahwin betul-betul pun…”

“Hah? Habis tu tipu-tipu?” seloroh Ezo.

“Bukanlah… tapi kita kahwin kontrak je… untuk apa saya gembira?”

Kyra terdengar Ezo mengeluh.

“Awak masih ingat pasal kontrak tu?” soal Ezo perlahan.

Kyra menghela nafas. “Apa yang awak cuba sampaikan Ezo? Saya tak faham… mana saya boleh lupa tentang kontrak tu.”

“Boleh tak kalau kita abaikan kontrak tu?” tanya Ezo.

Berkerut dahi Kyra. “Apa maksud awak?”

“Err… tak ada apa-apalah. Hmm, awak suka tak cincin yang saya bagi tu?” soal Ezo sekali gus menukar topik perbualan.

Kyra memandang cincin yang berada di meja sisi katil. Dia yang tanggalkan tadi. Hatinya tidak keruan bila memandang cincin itu. Tangan Kyra mula menjalar ke meja sisi katil, mengambil dua bentuk cincin. Cincin itu direnung, lama. Cantik. Kyra suka. Pertama kali melihat cincin ini, hatinya sudah tertarik. Tetapi cincin ini juga yang membuatkan Kyra tak senang duduk. Hatinya tidak keruan.

“Kyra… are you still there?” tanya Ezo apabila Kyra hanya diam.

“Hah? Oh… ah.. ada… saya ada ni,” ucap Kyra gugup.

“So, awak suka tak?”

Kyra merenung cincin itu lagi. “Hmm… cantik. Mana awak dapat duit beli cincin ni? Macam mahal je. Ukiran halus. Mesti berpuluh ribu ni…”

“Biasa je. Cincin tu khas buat awak. Awak jaga elok-elok ya,” pinta Ezo.

“InsyaAllah… hmm, Ezo… saya dah mengantuk ni. Kita bual lain kali eh?”

“Hmm, good night. I love you.”

Kyra terkedu. Talian sudah pun putus tetapi handphone masih melekap di telinganya. Tangannya yang satu lagi melekap di dada.

‘Ezo… kenapa kau suka main-mainkan hati aku?’ desis hati Kyra.

Sudah dua minggu Kyra menjadi tunang Ezo. Hubungan mereka semakin lama semakin baik. Ezo melayannya dengan baik. Mereka selalu keluar bersama, makan tengahari bersama… persis pasangan yang sedang hangat bercinta.

Dalam tempoh dua minggu ini, Kyra selalu tersungkur. Selalu kalah dengan perasaannya. Kadang-kadang dia alpa. Dia lalai. Dia terbuai dengan layanan Ezo. Cintanya makin mendalam. Berkali-kali Kyra mengingatkan dirinya. Dia dan Ezo hanya kawan. KAWAN. Titik.

Namun… walaupun beribu kali Kyra mengingatkan dirinya, dia masih lupa. Dia masih melayan perasaannya. Tambahan pula, Ezo selalu memanggilnya ‘sweetie.’ Acap kali Kyra berperang dengan perasaannya. Sukarnya hidup Kyra. Inilah hukumannya. Inilah balasannya. Kyra yang memulakan semuanya.

Kyra mula bersiap-siap. Hari ini Ezo mengajakknya keluar lagi. Mulanya Kyra menolak. Malas dia mahu bertemu Ezo. Kyra mahu menjauhkan dirinya dengan Ezo. Tetapi Ezo memujuknya. Kata Ezo, dia ingin membeli barang hantaran bersama. Terpaksa Kyra bersetuju.

Kyra berpakaian ringkas hari ini. Seluar slacks bewarna coklat dipadankan dengan baju bewarna putih. Selendang pula, selendang abstrak bewarna coklat. Muka disolek ringkas. Perfume dicalit sedikit pada nadi tangan dan leher.

Kemudian, Ezo menunggu Ezo di ruang tamu. Kata Ezo, dia dalam perjalanan.

“Cantiknya anak daddy. Keluar dating ke?” tanya Tan Sri Haidar sewaktu Kyra berada di ruang tamu.

Kyra mengukirkan senyuman nipis. “Beli barang hantaran lah, daddy. Mana ada dating…”

“Datinglah tu…”

Kyra tergelak kecil. “Daddy tak main golf ke?”

“Kejap lagi.”

Kyra mengangguk. Dia melabuhkan punggungnya di sofa panjang. Sementara menunggu Ezo, Kyra berbual dengan Tan Sri Haidar.

“Kata nak beli barang hantaran… kenapa nak tengok wayang pulak?” soal Kyra sewaktu Ezo membawanya ke Golden Screen Cinema.

Ezo senyum nipis. “Kita tengok wayang dululah. Awak tak suka ke?”

Kyra tidak menjawab pertanyaan Ezo. Sememangnya, dia tidak selesa bersama Ezo. Dia sudah tanam azam baru. Dia tak mahu terlalu rapat dengan Ezo. Tetapi hari ini, dia menonton wayang dengan Ezo pula.

“Apa yang awak fikirkan tu? Jomlah,” ajak Ezo.

Kyra mengikuti langkah Ezo. Lemah saja langkahnya.

Setelah menonton wayang, Ezo membawa Kyra ke bowling centre. Kyra mula rasa gelisah. Tadi wayang. Sekarang boling pula. Apa yang Ezo nak sebenarnya? Bila nak beli barang hantaran?

“Nak main berapa game?” soal Ezo pada Kyra.

“Kita buat apa kat sini?”

“Main bolinglah sweetie… takkan makan pulak,” balas Ezo bersahaja.

Kyra mengetap bibir. “Saya tahulah. Tapi kenapa nak main boling. Bila kita nak beli barang hantaran? Dah pukul 3 ni.”

“Alah… relaxlah… kita enjoy dulu. Awak tak suka ke? Tak suka keluar dengan saya?” Kening Ezo ternaik sedikit.

“Bukan tak suka tapi… saya nak balik cepat. Jomlah beli barang hantaran,” tutur Kyra separuh merayu.

Ezo memandang Kyra. “Kenapa nak balik cepat?”

Kyra mencari-cari helah untuk menjawab soalan Ezo. “Err, saya ada kerja nak buat.”

“Kerja apa?”

“Kerja ofislah,” jawab Kyra.

“Esok tak boleh buat ke?”

Kyra melepaskan keluhan berat. “Ezo… kenapa dengan awak ni?”

“Kenapa dengan saya?” soal Ezo pelik.

“Saya pelik dengan awak. Dulu awak kata awak benci saya… tapi sekarang tak nampak pun awak benci saya. Kadang-kadang awak marah saya, kadang-kadang awak baik. Kejap awak layan saya. Kejap awak tak hiraukan saya. Apa yang awak nak sebenarnya?” luah Kyra.

Ezo menghela nafasnya. Wajah Kyra dipandang, lama. Fikirannya ligat berputar. “Kyra… saya minta maaf. Saya tak bencikan awak. Dulu saya marah sebab tu saya kata macam tu. Tapi, awak perlu tahu, saya cintakan awak. Dah lama saya pendam perasaan ini pada awak. Saya tak nak hubungan kita sekadar di atas kontrak. Saya nak lebih dari itu. Saya sayang awak. Ikhlas dari hati saya,” ucap Ezo sepenuh perasaan.

Kyra terkesima. Fikirannya kosong. Dia terperanjat dengan kata-kata Ezo. Dia blur. Otakknya tidak dapat berfikir. Kepalanya menggeleng-geleng perlahan. Bibirnya bergerak sedikit.

“Tak.. tak mungkin. Tak mungkin,” tutur Kyra.

Kyra memandang Ezo yang sedang merenungnya. “Saya nak balik.”

Kyra terus berlalu, meninggalkan Ezo.

“Kyra…”

Ezo mendekati Kyra. “Saya hantar awak balik,” tutur Ezo.

Ezo tahu Kyra terperanjat dengan pengakuannya. Dia tak marah. Dia cuba fahami situasi Kyra.

“Saya nak bersendirian.”

“Saya hantar awak. Awak pergi dengan saya. Awak balik pun dengan saya lah,” tegas Ezo.

Kyra mengetap bibir. Dia mengangguk perlahan.


13 comments:

Hanna Iha said...

suke3

n@mie said...

ezo dh ngaku tp asal lak Kyra nie nk lari2 lg... diorg nie suka main tarik2 tali tol la...

mieza said...

like it..:)suka wtak ezo y sweet n watak kyra y dh berubah..nice gurlz...n for zuera,pnulisan y baik sgt2...:)

.:kiwi:. said...

Aku suka kau... kau tak suka aku..
haduih! =.='

pipvz devil said...

ni kompom tym kecik2 xpnah main tarik tali ni..haha..kyra asl nk lari lak..jgn le amik mse lme sgt dlm mnilai keikhlsn cinta ezo..t melepas melopong ko..x dapek den nk nolong...

Anonymous said...

wahhh... bez2...
ez0, u r so swettttt....
hehehe...
i want more n3...
gud job miz writer...

Anonymous said...

wahhh... bez2...
ez0, u r so swettttt....
hehehe...
i want more n3...
gud job miz writer...

Anonymous said...

wahhh... bez2...
ez0, u r so swettttt....
hehehe...
i want more n3...
gud job miz writer...

Nina Aziz said...

adoiyai..mreka bdua ini...

~ZYX~ said...

suke2..at last ezo ngaku gak..

Anor said...

kenapa pula Kyra terkejut dgn luahan cinta dari Ezo. Agar Kyra juga berterus terang dgn Ezo tentang perasaannya dn buangkanlah ego Kyra tu...

EijA RoSniZa:) said...

nak lagi!!addicted dgn cita nie dah:)

Rissa said...

Best...apalh Kyra ni,waktu Ezo luahkn perasaan cinta dia,Kyra plak x percaya...