Sunday, November 28, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -20-


Malam ini, Kyra akan bertemu dengan keluarga Ezo buat pertama kali. Ezo akan menjemputnya di rumah. Usai solat Maghrib, Kyra mula bersiap-siap. Dia menyarungkan kebaya ke badannya. Muka disolek ringkas. Selendang dililitkan supaya tampak kemas.

Setelah bersiap-siap, Kyra menunggu Ezo di ruang tamu. Tan Sri Haidar tidak dapat ikut serta kerana Tan Sri Haidar ingin menjemput kawan lamanya yang baru pulang dari Jepun. Sudah lama Tan Sri Haidar berjanji untuk menjemput rakannya. Takkan nak cancel pula.

Beberapa minit kemudian, bunyi hon kedengaran. Pasti Ezo. Kyra bingkas dari duduknya. Sebelum keluar rumah, sempat dia menilik dirinya di cermin. Perfect! Kyra mula membuka pintu. Sempat dia memberitahu Kak Limah akan pemergiannya.

Kyra melangkah ke luar pagar. Ezo sedang menantinya di pintu kereta bersama senyuman. Kereta Audi R8 Coupe lagi. ‘Kereta siapa yang Ezo pakai?’ soal Kyra dalam hati.

Renungan tajam dari Ezo membuatkan Kyra mula rasa cemas. Jantungnya berdetak kencang. Namun, kakinya tetap melangkah.

Ezo membukakan pintu kereta untuknya. Kyra mengukirkan senyuman nipis. Ezo turut membalas senyumannya. Mata Ezo yang bewarna biru itu tampak bersinar-sinar, melemahkan terus jantung Kyra.

Pintu kereta ditutup. Ezo melangkah ke tempatnya dan masuk ke dalam kereta. Setelah menutup pintu, Ezo mula memandu. Tiada bicara antara mereka. Hanya bahasa tubuh.

Kyra mula rasa lain macam. Umpama mereka ini pasangan bercinta. Ah… mereka hanya berlakon. B-E-R-L-A-K-O-N. Tak lebih dari itu.

‘Kyra, ini bukan date. Ini bukan real. Lakonan saje. Behave yourself.’ Kyra mengingatkan dirinya. Dia tidak mahu hanyut. Yang akan kecewa, dia juga. Ezo benci dia. Dia harus ingat.

Mereka hanya sepi. Tidak bersuara. Kyra melayan perasaannya. Begitu juga Ezo. Mereka hanya ditemani lagu yang berkumandang dari corong radio. Irama lagu Just Like a Star nyanyian Corrine Bailey Ray membuatkan suasana di dalam kereta kelihatan sedikit romantic. Kyra terus dibuai perasaan, menghayati lirik lagu ini. Ezo juga begitu. Sengaja dia pasang CD lagu-lagu sentimental.

Ezo mula menyanyi kecil. Mengikuti rentak lagu ini. Mukanya tampak bersahaja. Namun, jauh di dasar hati Ezo, dia menyanyi dengan sepenuh hati. Menghayati lagu ini. Lagu ini buat Kyra. Kyra umpama bintang baginya, umpama bidadari buat Ezo. Lagu ini memang bermakna buat Ezo.

Just like a star across my sky
Just like an angel off the page
You have appeared to my life
Feel like I'll never be the same

Just like a song in my heart
Just like oil on my hands
Oh, I do love you

Still I wonder why it is
I don't argue like this
With anyone but you
We do it all the time
Blowing out my mind

You've got this look I can't describe
You make me feel like I'm alive
When everything else is a fade
Without a doubt you're on my side

Heaven has been away too long
Can't find the words to write this song
Oh, your love

Still I wonder why it is
I don't argue like this
With anyone but you
We do it all the time
Blowing out my mind

I have come to understand
The way it is, it's not a secret anymore
'Cause we've been through that before
From tonight I know that you're the only one
I've been confused and in the dark, now I understand

I wonder why it is
I don't argue like this
With anyone but you
I wonder why it is

I won't let my guard down
For anyone but you
We do it all the time
Blowing out my mind

Just like a star across my sky
Just like an angel off the page
You have appeared to my life
Feel like I'll never be the same
Just like a song in my heart
Just like oil on my hands

Kyra memandang Ezo yang sedang menghayati lagu ini. Suara Ezo merdu. Kyra mula terbuai dengan perasaan sendiri. Suara Ezo yang lunak membuatkan hati Kyra tidak tentu arah. Degupan jantungnya laju. Hatinya mula melayan perasaan. Hatinya bagaikan terpaut. Bagaikan memahami apa yang Ezo cuba sampaikan. Tetapi akalnya mula menidakkan apa yang dia bayangkan. Dia dapat rasakan Ezo mencintainya. Dia dapat rasakan Ezo menujukan lagu ini buat dirinya. Tetapi akalnya meminta Kyra berpijak pada bumi yang nyata. Dia harus sedar diri. Ezo hanya menyanyi. Tiada maksud lain. Tiada isi tersirat. Kyra harus sedar.

Ezo membawanya ke Restoran Michellete. Restoran kegemaran Kyra. Kyra mula berasa pelik. Sangkanya dia akan dibawa ke rumah Ezo tetapi lain pula yang jadi. Kenapa mereka perlu bertemu di luar? Kenapa tidak di rumah Ezo? Dan… Ezo membawanya ke restoran lima bintang. Mampukah Ezo?

“Err… Ezo,” panggil Kyra di luar pintu Restoran Michelette.

Ezo berpaling ke belakang, memandang Kyra sambil menjongketkan keningnya.

Kyra mendekatkan bibirnya di telinga Ezo, ingin berbisik. “Kenapa kita makan kat sini?”

“Tak boleh ke? Ni kan restoran favorite awak…”

“Mahallah makan kat sini. Awak ada duit ke?” tanya Kyra masih lagi berbisik.

Ezo sedikit tersentak dengan pertanyaan Kyra. Namun dia cepat tersedar. Bukankah Kyra menyangkakan Ezo ni miskin? Ezo mengukirkan senyuman nipis.

“Don’t worry… Saya bawa banyak duit hari ini. Jomlah masuk. Family saya dah tunggu,” ucap Ezo lembut.

Kyra masih binggung tetapi dia tetap melangkah mengikuti Ezo. Keluarga Ezo sedang menunggu mereka. Ezo membawanya ke bilik VVIP. Semakin pelik Kyra dibuatnya. VVIP? Mana Ezo dapat duit nak tempah bilik ni? Satu malam je dah RM 500. Belum campur makan lagi. Fikirannya ligat mencari jawapan tetapi kakinya tetap mengikuti Ezo. Mulutnya terkunci rapat. Tidak pula menyuarakan kepelikannya.

Ezo membuka pintu bilik itu. Kyra mula berdebar. Dia melemparkan senyuman manis apabila matanya melihat wajah wanita bertudung lingkungan 40-an. Pasti itu umi Ezo. Kyra menyalami tangan wanita itu. Kyra tersentak apabila badannya diraih dalam pelukan. Entah mengapa dia rasa lain. Dia dapat rasakan kasih sayang. Kasih sayang seorang ibu. Dia tidak pernah merasainya sementelah mummynya meninggal sewaktu melahirkannya.

“Cantiknya bakal menantu umi. Manis je. Patutlah Ezo gila bayang,” ucap umi Ezo.

Kyra hanya tersengih. Kemudian, dia memandang seorang lelaki separuh abad tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat. Nak salam, tak boleh pula. Bukan mahram. Lelaki itu tersenyum.

“Ju macam pernah nampaklah kak Kyra ni. Kat mana ya?”

Soalan dari seorang gadis membuatkan Kyra menoleh, memandang gadis itu. Terpempan Kyra. Gadis semalam. Gadis yang dia nampak bersama Ezo. Siapa gadis ini? Apa yang dia buat kat sini?

“Salamlah kak Kyra. Ni tak… tanya yang bukan-bukan pulak. Bakal kak ipar tu,” usik Ezo sambil memeluk bahu gadis itu.

Kyra mengerutkan dahi. Kak ipar? Adakah gadis ini adik Ezo?

Gadis itu menarik muncung. Tetapi dia mula mendekati Kyra. Tangan Kyra disalam.

“Saya adik Ezo. Julia. Panggil Ju. Ju macam pernah nampaklah akak. Kat mana ya? Kita pernah jumpa ke?” soal Julia sekali lagi.

Kyra tersenyum lega. Adik Ezo rupanya. Dalam mimpi, gadis ni tunang Ezo. Memang tak boleh percayalah mimpi ni. Mainan tidur je.

“Ju jumpa dia semalam. Kat KLCC… ingat tak? Ju langgar dia,” kata Ezo.

“Oh… ya, ya… Ju dah ingat…”

“Apa lagi ni? Jomlah duduk. Boleh borak panjang sikit. Umi tak sabar nak berkenalan dengan Kyra,” ucap umi.

Mereka mula mengambil tempat di meja bulat. Kyra duduk di sebelah Ezo, berdepan dengan umi dan abah sementara Julia di tepi meja.

Sesi soal jawab bermula. Macam-macam soalan ditanya. Kyra cuba jawab sebaik mungkin. Dia cuba menjaga adab di hadapan orang yang lebih tua darinya. Kadang-kadang Ezo yang jawab bagi pihak Kyra. Kesian pula bila asyik Kyra yang kena jawab. Masa terus berlalu. Tetapi perut belum di isi.

“Umi… Ju dah lapar lah… Bila nak makan ni? Asyik borak je…,” rungut Julia.

Masing-masing tergelak mendengar rungutan Julia. Kesian pada Julia. Asyik mendengar je. Ezo memberi isyarat pada pelayan yang berdiri di hujung bilik. Pelayan itu mengangguk kecil dan mula menghidangkan makanan.

Kyra melihat makanan dipinggannya? Michellete Sushi Special? Menu ni merupakan kegemaran Kyra. Macam mana Ezo tahu? Kyra memandang Ezo. Dia mendekatkan telinga pada Ezo.

“Macam mana awak tahu makanan kegemaran saya?” soal Kyra.

Ezo tersenyum sambil mengeyitkan matanya. Soalan Kyra dibiarkan sepi.

Berderau darah Kyra apabila melihat kenyitan mata Ezo.

Kemudian, mereka terus berbual. Umi Ezo sungguh peramah. Abah Ezo pula sedikit pendiam tetapi pandai bergurau. Kyra mula selesa dengan keluarga Ezo. Julia pula banyak mendengar dari bercakap.

Ezo menghantar Kyra pulang setelah menjamu selera. Jam sudah menunjukkan 11.30 malam. Di dalam kereta, Kyra mula bertanya tentang persoalan-persoalan yang bermain di mindanya.

“Mana awak dapat duit untuk bayar bil tadi? Cash pulak tu. Awak pakai gaji awak ke?” tanya Kyra.

Ezo memandang Kyra sekilas. Dia hanya mengangguk perlahan. Berbohong lagi. Nak buat macam mana? Ini je yang mampu Ezo jawab.

Kyra mula rasa bersalah. Bil mereka tadi semuanya RM 730. Kesian pula pada Ezo. Terpaksa guna duit gaji. “Saya bayar balik eh? Kesian awak. Tu kan gaji pertama awak.”

Ezo pantas menggeleng. “Tak payah… saya tak kisah. Memang saya ikhlas nak belanja awak dengan family saya.”

Kyra mengeluh kecil. “Kenapa awak bawa saya ke tempat macam tu? Tempah bilik VVIP lagi. Saya tak kisah kalau awak nak bawa saya kat tempat biasa je. Kat rumah pun boleh. Kenapa awak susahkan diri awak?” tanya Kyra lembut.

Lampu isyarat bertukar merah. Ezo mula memperlahankan keretanya. Brek ditekan. Setelah keretanya berhenti, dia menurunkan brek tangan. Ezo mula memandang Kyra. Pandangannya cukup menggoda. Membuat Kyra tidak keruan. Lagi-lagi bila dengar lagu sentimental.

“Saya ikhlas bawa awak ke situ. Awak langsung tak menyusahkan saya. Saya gembira bila tengok muka awak makan sushi tu. Awak suka makan sushi kan? Comel betul muka awak bila makan sushi tu. Saya suka tengok. Tak salah kan kalau saya nak buat awak happy?” tanya Ezo sambil menjongketkan keningnya.

Kyra menundukkan mukanya. Pipinya merah. Dia malu. Malu dengan kata-kata Ezo. Dan dia juga terharu.

“Terima kasih,” ucap Kyra perlahan.

Ezo senyum menggoda. “No big deal, sweetie…”

Gulp!! Ezo panggil dia sweetie? Jantung Kyra mula berdetak lebih kencang.

Lampu bertukar hijau semula. Ezo mula memandu, menuju ke rumah Kyra. Mereka kembali sepi. Kyra melayan perasaan. Hatinya berbunga-bunga.

Dua puluh minit kemudian, mereka tiba di rumah Kyra. Ezo membukakan pintu untuk Kyra. Kyra melemparkan senyuman buat Ezo.

“Thanks… I’ve a great night today. And thanks for the ride,” tutur Kyra.

Ezo tarik senyum. Manis sekali senyumannya.

Kyra mula melangkah bila Ezo hanya diam sahaja. Langkahnya di atur perlahan. Kyra seolah-olah tidak mahu masuk ke dalam rumah. Dia mahu bersama Ezo lagi. Dia tak mahu kemanisan malam ini tamat. Dia takut jika dia bangun keesokan pagi, ini semua mimpi. Kyra tak mahu.

“Kyra…”

Panggilan lembut dari Ezo membuatkan langkah Kyra terhenti. Dia menarik nafas dalam. Kemudian dihembus lembut. Dia berpaling ke belakang. Ezo sedang mendekatinya. Kyra hanya berdiri di situ, menunggu Ezo mendekatinya. Langkah Ezo mati apabila dia sudah berdiri di depan Kyra.

“Saya lupa nak cakap sesuatu,” beritahu Ezo sambil merenung Kyra.

Kyra cuba mengawal dirinya. Renungan Ezo membuatkan Kyra berdebar. Bibirnya bergetar. Air liur ditelan beberapa kali. “Awak nak cakap apa?” Kyra kuatkan dirinya untuk bersuara.

“Awak nampak sangat cantik malam ni. Macam bidadari,” ucap Ezo penuh romantis.

Berderau darah Kyra. Darah merah mula menyerbu ke mukanya. Malunya. Kelu terus lidah Kyra. Tak terkata. Dia bagaikan berada di awang-awangan.

“Saya balik dulu. Good nite. Sweet dream,” tutur Ezo lagi.

Kyra hanya mengangguk perlahan.

“Umi tak tidur lagi?” soal Ezo apabila masuk ke rumahnya.

Ezo baru saja pulang dari menghantar Kyra. Apabila dia masuk ke dalam rumah, uminya sedang duduk di sofa.

“Umi tunggu Erwan. Duduklah sini… Umi nak cakap ni.”

Ezo mendekati uminya.”Nak cakap pasal Kyra ke?” teka Ezo.

“Iyelah… Duduklah kat sebelah umi ni.”

Ezo hanya menurut. Ezo menyandarkan tubuhnya ke sofa.

“Okey je Kyra tu umi tengok. Tutup aurat, sopan, ramah, hormat orang tua… kenapa Erwan kata Kyra tu teruk?”

Ezo tarik sengih. Dia mengurut tengkuknya yang terasa lenguh. “Memanglah… umi tak kenal dia dulu. Kyra yang dulu, dengan Kyra yang sekarang… macam langit dengan bumi. Umi pun mesti tak suka Kyra waktu tu.”

“Oh… maksudnya Erwan dah berjaya ubah Kyra la? Bagus, bagus… bangga umi dengan Erwan. Macam nilah anak umi. Umi suka Kyra.”

Ezo hanya senyum segaris. Dalam hatinya, dia bertanya, ‘Aku ke yang ubah Kyra? Entahlah… tiba-tiba je Kyra berubah. Takkan pasal aku kot. Aku pun tak tahu kenapa Kyra berubah. Ingatkan dia berlakon. Tapi betul-betul dia dah berubah.’

“Esok umi dengan abah risik dia untuk kamu lah. Kalau boleh, umi nak kamu berdua cepat-cepat kahwin. Abah kamu tu tak boleh lama-lama kat Malaysia. Hujung tahun ni kami kena balik Paris semula,” kata umi.

Ezo pandang uminya. “Umi… kalau Erwan dengan Kyra terus bertunang, boleh tak?”

Umi mengerutkan dahinya. “Kamu serius ke ni?”

Ezo menangguk laju. “Serius la umi. Takkan main-main pulak. Erwan cintakan Kyra.”

Umi tergelak halus. “Dulu tak nak kahwin, bila dah jumpa yang berkenan di hati, tak sabar-sabar pulak,” sindir umi.

Ezo tarik muncung. “Umi jugak yang nak Erwan kahwin cepat-cepat.”

“Yelah, yelah… kita tengok dulu macam mana. Kalau boleh, kamu bertunang esok. Cincin dah ada ke?”

Ezo mengangguk laju. “Erwan yang reka tau. Cincin tanda, cincin tunang, cincin kahwin… semuanya Erwan yang reka,” beritahu Ezo bangga.

“Wah… ni dah memang kes tak sabar ni. Mana cincin tu? Umi nak tengok… Tak pernah-pernah reka barangan kemas, tiba-tiba je nak reka.”

“Mestilah… baru ada sentimental value. Khas untuk Kyra tau. Dia sorang je ada. Tunggal. Orang lain tak ada pun.”

Umi tersenyum melihat gelagat anaknya. “Cepatlah ambik. Umi nak tengok.”

Ezo terus bangkit dan menuju ke dalam biliknya. Beberapa minit kemudian, dia keluar semula dan duduk di sebelah umi. Cincin ditunjukkan.

Terbeliak mata umi Ezo. “Ya Allah… cantiknya Erwan. Sesuai dengan Kyra. Tak sangka umi kamu ni pandai mereka.”

Ezo tersenyum bangga. “Demi future wife Erwan… Cantikkan umi? Mesti Kyra suka.”

“Mestilah. Bertuahnya Kyra.”

“Alah… umi lagi bertuah. Abah mengorat umi lagi romantik. Macam Erwan tak tahu,” kata Ezo.

Umi sudah tersipu malu. “Hisy, kamu ni… janganlah cakap. Malu umi tau. Eh, Kyra dah tahu ke siapa Erwan ni? Dulu kan dia ingat Erwan ni miskin.”

Ezo geleng.

“Ya Allah, budak ni… kenapa tak bagitahu? Sampai bila Erwan nak tipu Kyra. Tak baik tau Erwan main-mainkan dia.”

Ezo tarik sengih. “Erwan ingat nak bagitahu dia malam pertama kami. Bagi kejutan sikit. Baru syok.”

Umi menepuk peha Ezo. “Mana boleh… kalau Kyra tahu Erwan tipu dia, mesti dia kecewa, marah… Erwan nak macam tu?”

“Alah, umi… chill lah… Erwan nak uji cinta dia. Nak tahu, dia betul-betul cintakan Erwan atau tak…”

“Nak uji apa lagi… Dia cintakan kamu. Dari mata dia, umi dah tahu. Cara dia pandang Erwan, penuh dengan perasaan cinta tahu tak.”

Ezo tergelak halus. “Alah… biarlah umi. Ezo nak buat surprise pada malam pertama kami.”

Umi mendengus. “Suka hati kamulah. Kalau apa-apa terjadi, jangan salahkan umi. Umi nak ingatkan kamu.”

Ezo hanya mengangguk. Dia tetap dengan pendiriannya. Dia akan rahsiakan identitinya.


7 comments:

zura asyfar said...

entry baru, aku suke..sweet sgt ezo..i'm fallin in love with u ezo..hehe..

Anonymous said...

waduh2... beshhh bangat sih....
hehehe.... sweet glerzzz ez0...
sis zuera, i'm jelez wif kyra...

n@mie said...

WAH.. Best kn KYra nti dpt cincin xklusif design dr Ezo..

Syg awk lebih coz kdg2 ada 2 n3 1 hari... :)

pipvz devil said...

tgezut den..da n3 bru.nmpk tjuk blum bce lg dah sengeh smpi telinge..aduhhh..syg kmu300x..xsbo nk tnggu mlm prtma dorg adakah kyra akn mngamuk?@trime je dgn hati tbuke..btul2 mjd prsoalan dhati..

Hanna Iha said...

suke3..
baik2 ezo..
jgn smpai pecah rahsia sebelum masanya..

.:kiwi:. said...

Kyra, Ezo LOVES you so much.. Percayalah!
Ezo, gler r... klu xjd kwen dh Kyra... ku sudi menjadi ganti.. haha...
Gurauan. Sweet gler kowt!! haha... +++♥♥♥ hoho...

Nina Aziz said...

huhuuh...romantiknye...the one n only!!
ske la...