Monday, November 8, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -2-


Kyra merenung syiling biliknya sambil berbaring di atas katil. Satu keluhan berat dilepaskan. Penat betul dia hari ini. Dari pagi hingga ke petang dia bertemu client. Bukan senang nak yakinkan client, bukan senang nak pujuk client walaupun nama syarikat daddynya sudah terkenal di Malaysia. Ada pulak client yang gatal merenyam, nak sain kontrak after dapat layanan istimewa. Hah? Dorang ingat ni apa? Gila betullah. Pening kepala Kyra dengan karenah mereka.

Balik saja dari jumpa client, Tan Sri Haidar dah tanya soalan cepu cemas. Soalan apa lagi, kalau bukan pasal perkahwinan dia? Kyra sendiri pelik, kenapa daddy nak jugak dia kahwin tahun ni. Macam tergesa-gesa pulak.

Pusing, pusing... Siapa nak kahwin dengan aku ni? Tiba-tiba Kyra teringat peristiwa di Restoran Home Village semalam. Semerta bayangan lelaki tampan itu menjenguk mindanya. Hmm, boleh pakai tak idea gila dia tu? Kyra menimbang-nimbang ideanya. Belum cuba, belum tahu.

Senyuman nakal meniti di bibir Kyra. Dia terus bangun dari pembaringannya. Beg tangan digeledahnya. Dia mencari-cari nombor telefon lelaki itu.

“Mana pulak kertas tu pergi ni. Aku dah tebalkan muka minta nombor lelaki tu, janganlah hilang pulak.” Kyra mengomel sambil tangannya masih mencari cebisan kertas yang tercatit nombor lelaki itu.

“Hah, jumpa pun,” jerit Kyra, gembira kerana sudah menjumpai apa yang dicarinya.

Dia merenung kertas itu. Handphone dicapai. Dia duduk semula di birai katil. Kyra berfikir-fikir lagi. Nak telefon ke tak? Lama Kyra berfikir. Hmm, telefon jelah. Kyra terus mendail nombor telefon lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Ezo.

“Assalamualaikum,” jawab suara di hujung sana.

Kyra tersentak dari lamunannya .“Err, waalaikumsalam. Ni Ezo ke?” soal Kyra.

“Hmm, yup. Siapa ni? Do I know you?” soal Ezo.

‘Ceh, speaking London. Tahu pulak dia speaking. Meh, aku test sikit,’ gumam Kyra dalam hati.

Kyra membersihkan tekaknya. “Hmm, yesterday noon.. I’m Kyra. Remember me?”

“Kyra? Err, sorry… I didn’t remember you.”

Kyra mengigit bibir. ‘Kurang asam betul lelaki ni. Takkan dia tak ingat aku? Ni Kyra Nurailiz la. Anak Tan Sri Haidar, pemilik syarikat Delima Indah. Siapa tak kenal Kyra Nurailiz? Anak jutawan tau.’

Kyra menyabarkan dirinya. “I asked your number yesterday. Home Village.”

“Owhh… that girl? That cute girl. I remember now. So, why you called me at, err… 2 in the morning?”

Kyra memandang jam di dinding. Oh God, dah pukul 2 pagi! Apa kejadah dia telefon jantan malam-malam buta ni? Opps, bukan jantan tetapi lelaki. Tak senonoh betul Kyra ni.

“Err, I’m sorry for calling you at this time. Maybe I should call you back later,” kata Kyra cuba menutup malu.

No, silly. I still awake. There must be something important you want to tell me, right sweety? So, just say it.”

Meremang bulu roma Kyra bila dengar suara Ezo yang boleh dikatakan romantic tu. Dah la pukul 2 pagi. Suasana sunyi je. Suara Ezo pulak mendayu-dayu. Ni nak mengorat Kyra ke? Kyra cuba berlagak biasa.

“Err, could we meet tomorrow?”

Of course, sweety. You set the place… and time,” balas Ezo dengan nada yang sama.

5 pm at Home Village. Is it okay with you?”

No probs.”

Okay then. See you tomorrow. Good night.”

Good night. Sweet dream.”

Kyra terus mematikan talian. Handphone dicampak ke atas tilam. Mulutnya dicebikkan.

“Hisy, gatal betullah mamat ni. Ada hati nak panggil aku sweety. Memang kasanova betullah. Tahulah muka macam orang putih, mata warna biru. Tapi takat kuli je nak kecoh. Nak mengurat aku pulak. Apa kelas? Hmm, tapi pandai pulak dia speaking ekh?”

Kyra meletakkan tangannya di dagu. Macam menjadi je plan Kyra ni. Ezo tu ada rupa, pandai speaking pulak tu. Ada slang mat saleh lagi. Ingatkan mat saleh celup je. Senyuman lebar sudah menghiasi bibirnya.

_____________________________________________________________

Keesokan harinya, seperti yang telah di janjikan, Kyra menemui Ezo di Restoran Home Village. Dan seperti biasa, Kyra Nurailiz yang selalunya tak menepati masa, tiba lewat lima belas minit dari masa yang dijanjikan.

Walaupun Kyra sedar dia lambat, dia tidak minta maaf pun. Selamba saja dia duduk di depan Ezo. Ezo mengukirkan senyuman. Kyra buat tak tahu saja. Dia naik menyampah pula tengok Ezo ni. Macam playboy je. Dalam benci, Kyra masih lagi memerhatikan Ezo.

‘Ceh, pakaian smart. T-shirt berjenama Diesel. Wangian CK. Kalau aku tak nampak dia pakai baju pekerja Home Village hari tu, pasti aku ingat dia ni orang kaya. Entah mana dia curi semua ni. Nak berlagak la tu. Kuli tetap kuli.’ Kyra berfikir dalam hati.

“Dah puas tengok saya? Saya ni handsome sangat ke?”

Kyra yang sedang asyik merenung Ezo tersentak. Dia menjeling Ezo. “Perasan. I just feel weird okay. Mana you curi baju ni? Minyak wangi yang you pakai ni tiruan punya ke?”

Wajah Ezo berubah. Dia memandang t-shirt yang tersarung di badannya. “Kenapa awak cakap macam tu?”

Kyra mencebik. “Lupakan saje. So, you tahu kenapa I nak jumpa you?”

Ezo menggelengkan kepalanya. “Awak tak nak order apa-apa ke?” soal Ezo.

Give me Apple Juice.”

Ezo memanggil pelayan dan memesan minuman untuk Kyra. Setelah pelayan pergi, Ezo memandang Kyra.

So, why you want to meet me? Nak mengorat saya ke?” soal Ezo selamba.

Kyra tergelak kecil. Dia memetik jarinya. “Hello…! I nak ngorat you? Hidup mati balik pun I takkan tau.”

Ezo merenung Kyra. Aneh! Kyra telefon dia pukul 2 pagi, suara macam serius je. Sekarang pula macam angkuh je. Berlagak tak hengat. Lepas tu, ada ke patut dia kata Ezo curi baju ni. Apa la perempuan ni.

Don’t staring at me, okay. I tak suka. I have a good proposal for you.”

Ezo kerut dahi. “Proposal?”

Kyra mengangguk. “You kerja kat sini kan? Berapa gaji you? Well, I nak upah you kerja dengan I. I boleh bayar berapa saja you nak.”

“Kerja dengan awak? Kerja apa?”

Kyra cuba mengawal riak muka. “Be my husband.”

Wajah Ezo jelas menunjukkan dia terperanjat dengan bicara Kyra. Dia mahu mengatakan sesuatu namun terhenti apabila pelayan menghatar pesanan mereka. Kyra selamba saja. Dia menyedut minumannya, Apple Juice.

Husband?”

Kyra mengangguk. “Yes. I want to hire you to be my husband. I boleh bayar empat kali ganda gaji you kat sini. Berapa you nak?”

“Apa yang awak merepek ni?”

I tak merepek. I serius. I nak you jadi husband I untuk satu tempoh masa. I nak kita kahwin tahun ni. I boleh bagi you duit. You cakap je you nak berapa.” Kyra menyedut minumannya lagi. “Maybe you terkejut. So, I give you time to think. Ni kad I. I nak jawapan you secepat mungkin. Lagi cepat lagi bagus.”

Ezo menyambut huluran kad dari Kyra. Dia merenung kad nama itu. ‘Kyra Nurailiz, CEO Delima Indah,’ desis hati Ezo.

I got to go. Biar I bayar minuman ni.”

Ezo tercengang-cengang. ‘Perempuan ni biar betul? Nak aku jadi husband dia? Dah terdesak ke perempuan ni? Nak kahwin tahun ni jugak.’ Ezo terbayang wajah Kyra Nurailiz. Comel. Rambutnya yang panjang, mukanya yang comel, matanya yang bulat. Kyra sangat cantik.

________________________________________________

Ezo pulang ke apartmentnya. Dia duduk di sofa. Tv dipasang. Dia membuka saluran Sport. Matanya terpaku pada kaca tv tetapi fikirannya melayang pada seraut wajah Kyra Nurailiz. Dia mengambil kad nama perempuan itu di dalam kocek jeansnya. Nama itu direnung lagi. Bibirnya tidak lekang dari senyuman.

“Delima Indah?”

Ezo tersenyum lagi. Dia memikirkan proposal Kyra. Kahwin? Terlepas gelakan kecil di mulut Ezo. Bunyi handphone mengejutkan Ezo dari lamunan. Dia mengambil handphone. Umi. Terus Ezo menjawab panggilan dari uminya.

“Assalamualaikum umi.” Ezo memberi salam.

“Waalaikumsalam. Erwan sihat?” soal umi.

Keluarga Ezo memanggil Ezo, Erwan. Hanya kawan-kawan saja yang memanggil Ezo, Ezo.

“Sihat umi. Umi buat apa tu?” soal Ezo berbasa-basi.

“Tak ada apa. Erwan bila nak balik? Kerjalah dengan abah. Apa yang Erwan nak buat kat Malaysia tu? Tak puas lagi enjoy? Bila nak kerja?”

Ezo mengaru kepalanya. Umi dah mula membebel. “Erwan suka duduk Malaysia la umi. Biarlah Erwan kat sini.”

“Habis Erwan tak nak kerja ke? Umi suruh abah buat syarikat kat Malaysia, ya. Nanti Erwan boleh kerja kat situ.”

“Eh, takpe-takpe umi. Tak payah. Erwan dah ada kerja kat sini. Erwan okay je.”

“Sejak bila dah pandai tipu umi? Macam umi tak tahu kamu tu asyik tolong kawan je.”

Ezo tergelak kecil. “Alah umi… Erwan tak sukalah kerja kat office. Bagilah Erwan enjoy puas-puas.”

“Kamu tu dah 28 tahun. Dah tua dah. Hah, bila kamu nak kahwin ni? Adik kamu pun dah bertunang tahu tak?”

Ezo mengurut tengkuknya. Ni yang malas ni. Asyik-asyik cakap pasal bila dia nak balik, bila dia nak masuk office, bila dia nak kahwin. Haiz…

“Nantilah umi. Erwan malas nak fikir. Tapi kalau pasal kahwin tu, Erwan boleh timbangkan.” Ezo tergelak kecil. Dia terbayangkan Kyra.


5 comments:

~ZYX~ said...

pertimbangkan ye ezo..nak kawin ngan kyra anak org kaye tu...

~ZYX~ said...

pertimbangkan ye ezo..nak kawin ngan kyra anak org kaye tu...

~ZYX~ said...

pertimbangkan ye ezo..nak kawin ngan kyra anak org kaye tu...

Siti Wardah said...

beznya ! hahaha
kyra kawen mcm org nak bwat business :D
tpi xper , nsib baik ezo hensem :P

Anonymous said...

kyra tu sgt cold-hearted...mmg patut pon nme dy gadis ego....btw, good job my friend...