Saturday, November 27, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -19-


Kyra membuka matanya perlahan-lahan. Matanya merenung syiling. Dahinya berkerut-kerut. Dia bangun dari pembaringan. Mukanya kelihatan binggung. Dia cuba memikirkan apa yang telah terjadi. Bibir diketap.

“Ya Allah… aku mimpi rupanya,” kata Kyra setelah mengingati apa yang terjadi.

Dia meraup mukanya beberapa kali. Jam di dinding dipandang. Pukul 6.15 pagi. Kyra bingkas dari pembaringan. Langkah dituju ke bilik air. Dia ingin menunaikan solat subuh. Beberapa minit kemudian, dia keluar dari bilik air. Telekung disarungkan. Sejadah dibentangkan dan dia mula menghadap yang Maha Esa. Menunaikan kewajipan yang telah lama dia tinggalkan.

Usai solat, Kyra mula berdoa. Memohon keampunan kepada Allah S.W.T di atas kekhilafan dirinya selama ini dan juga meminta hidayah pada Allah. Kemudian, Kyra termenung di atas tikar sejadah.

Dia teringatkan mimpinya semalam. Hatinya mula berdegup kencang. Mimpi itu seakan nyata. Seakan benar-benar berlaku. Kyra bertemu Ezo di Old Town White Coffee dan Ezo memberitahu tentang tunangnya. Dan Ezo ingin membatalkan kontrak mereka. Kyra mula cemas. Benarkah mimpinya itu? Sudah bertunang kah Ezo?

Kyra mengetap bibir. Kenapalah selama ini dia tidak pernah bertanya pada Ezo? Kenapa dia tidak pernah terfikir tentang ini? Kalau mimpi itu benar, macam mana?

Semalam Ezo kata nak jumpa. Tapi untuk apa? Kyra mula gelisah. Ezo ingin berjumpanya pukul sembilan pagi. Adakah Ezo ingin membatalkan perkahwinan kontrak mereka? Ezo sudah ada gadis itu. Apa yang perlu Kyra lakukan? Dia belum bersedia. Walaupun dia sudah nekad untuk membebaskan Ezo jika itu yang Ezo pinta, tetapi dia masih belum bersedia.

Kyra mula berperang dengan perasaannya. Separuh dari dirinya, mahu lepaskan Ezo. Biarlah Ezo dengan hidupnya. Separuh lagi tidak merelakan Ezo pergi darinya. Kyra sedar dia tak boleh pentingkan diri tapi… dia belum bersedia untuk melepaskan Ezo. Dia takut.

Kyra menanggalkan telekungnya. Telekung itu dilipat dan disangkut pada penyidai. Sejadah dilipat dan diletakkan di tempat asal. Kyra membuka laptopnya. Dia cuma alihkan perhatiannya. Dia tidak sanggup memikirkan tentang dirinya dan Ezo lagi.

Masa terus berlalu. Tanpa Kyra sedari jam sudah pukul lapan pagi. Ada sejam lagi sebelum dia akan bertemu Ezo. Hati Kyra kembali gelisah. Nak jumpa atau tak. Sanggupkah Kyra menghadapi Ezo? Mendengar bicara Ezo tentang hubungan mereka. Mimpi semalam bermain di minda Kyra semula.

“Owh… baguslah. Awak dengan dia dah back together. Tahniah…,” ucap Ezo bersama senyuman lebar.

Kyra mula blur. Ezo dah salah faham ke? Siap ucap tahniah… Untuk apa tahniah tu? Dia dengan Alfie dah berbaik sebagai kawan je. Tak lebih, tak kurang.

Ezo tergelak kecil. “Lega saya. So, perkahwinan kita ni kira batal lah? Well, awak kan dah ada dia. Mestilah awak nak kahwin dengan lelaki yang awak cinta, betul tak?”

Gulp! Perkahwinan batal? Apa yang cuba Ezo sampaikan? Dan kenapa pula dia rasa lega. Kyra mula gelisah. Hatinya mula tidak tenang. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.

“Err…. Apa maksud awak?” soal Kyra gugup.

Ezo gelak kecil. “Well, awak dah ada boyfriend. Saya pun dah ada tunang. So mudahlah. Perkahwinan kita cancel. Actually, saya nak beritahu awak pasal perkahwinan kita. Saya nak batalkan sebab tunang saya tak suka saya teruskan perkahwinan kontrak ni. Tapi saya takut nak cakap. Sekarang, lega hati saya.

Mengigil badan Kyra mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari bibir Ezo. Mukanya pucat. Bibirnya bergetar. Kolam matanya panas. Tunang? Ezo ada tunang? Kenapa Ezo tak pernah beritahu?

“Awak… awak dah bertunang?” soal Kyra terketar-ketar.

Ezo mengangguk laju. Riak wajahnya biasa saja.

“Kenapa awak tak bagitahu saya?”

“Awak tak tanya…”

Kyra mengenggam tangannya. Dia sedih dan dalam masa yang sama dia marah. Kenapa Ezo mempermainkannya?

“Kenapa awak nak kahwin dengan saya?”

Ezo menjongketkan bahunya sedikit. “Saya perlukan duit. Dan dengan kahwini awak, saya akan dapat duit. Mudah je. Siapa nak tolak tawaran awak ni…,” ucap Ezo selamba.

Hati Kyra makin membara mendengar kata-kata Ezo. Bibirnya sudah mengigil. Mata Kyra membesar. Dirinya bagaikan dihina. Mata Kyra mula berair.

Kyra bangkit. Dia memandang Ezo tajam. Air matanya mula gugur. Tapi dia endahkan air mata yang mengalir.

“Kontrak kita batal. Duit yang saya dah bagi pada awak, sila pulangkan semula. Lepas ni, antara kita dah tak ada apa-apa lagi. Saya tak nak tengok muka awak,” kata Kyra separuh marah.

Kyra terus berlalu meninggalkan Ezo. Hatinya sakit. Dia dipermainkan. Ezo kejam. Ezo jahat. Kyra tak sangka selama ini Ezo sudah bertunang. Jahat. Kejam. Ezo tak guna. Ezo jahat. Ezo keji.

Kyra menggelengkan kepalanya. Bibirnya bergetar. Dia tak mahu. Tak mahu berjumpa Ezo. Dia belum cukup kuat untuk menghadapi perpisahan. Dia tak sanggup mendengar kata-kata Ezo yang mampu merobek hatinya. Tidak. Kyra tak sanggup. Biarlah orang kata dia pengecut. Kyra tetap tak mahu jumpa.

Akhirnya Kyra memutuskan untuk tidak berjumpa Ezo. Dia mula sibukkan dirinya dengan kerja. Sebelum itu, Kyra menyegarkan badannya. Dia masih belum mandi lagi. Setelah lengkap berpakaian ringkas, Kyra mula menghadap laptop. Dia cuba melupakan Ezo.

Kyra mula leka dengan kerjanya sehingga jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Sedang Kyra meneliti sebuah fail mengenai projek Taman Hijau, pintu bilik Kyra diketuk beberapa kali. Kemudian, suara Kak Limah mula kedengaran. Kyra menyuruh Kak Limah masuk.

“Kyra tak nak makan ke?” soal Kak Limah.

Kyra menggeleng perlahan. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Dia masih belum lapar.

“Makanlah. Daddy Kyra dah tunggu. Kawan Kyra pun ada tu,” beritahu Kak Limah.

Kyra mengerutkan dahi. “Kawan?? Siapa Kak Limah?”

“Alah… yang macam Mat Saleh tu. Dia ada datang time Kyra demam dulu,” balas Kak Limah.

Kyra terpempan. Ezo? Ezo datang ke rumahnya? Kenapa? Kyra mula gelabah. Jantung mula berdegup tidak normal.

“Err, Kak Limah… Saya tak nak turunlah. Saya nak buat kerja. Kalau saya lapar, saya turun.”

“Habis, kawan kamu macam mana? Dia nak jumpa kamu?”

Kyra mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Tak apalah Kak Limah. Kak Limah cakap saya tidur lagi.” Kyra mula memberi alasan yang akan memalukan dirinya sendiri.

Tidur? Matahari dah tegak kat atas kepala pun masih tidur? Anak dara apa ni… tapi biarlah. Ini je alasan yang Kyra boleh bagi.

Kyra mengecilkan matanya. Tangan dirapatkan tanda ingin meminta tolong. Muka dicomelkan. “Kak Limah… please… cakap Kyra dah tidur. Tolonglah Kak Limah,” rayu Kyra.

“Kenapa awak nak tipu saya?”

Suara itu membuatkan Kyra tersentak. Dia terus memandang pintu biliknya. Ezo memandangnya tajam. Muka Ezo merah. Kyra menelan air liur. Alamak!! Kantoi…

Kyra menggaru-garu tengkuknya. Adui.. malunya. Apa yang Ezo buat kat sini? Siapa yang benarkan Ezo naik ke biliknya?

Ezo mendekati Kyra. Dalam masa yang sama Kak Limah meninggalkan bilik itu. Rasa tidak selesa pula berada di situ. Dia tidak mahu masuk campur.

Ezo berhenti di hadapan Kyra yang sedang duduk. Tangan disilang. “Kenapa awak tak nak jumpa saya? Kenapa awak nak tipu saya?” soal Ezo sedikit marah.

Kyra gugup. Tak tahu nak jawab apa. Dia cuak. Tambah pula suara Ezo yang garang tu. Perut Kyra mula rasa tak sedap. Macam ada rama-rama saja dalam perutnya.

“Kenapa awak diam? Jawablah… Tiga jam saya tunggu awak kat situ. Awak ingat saya ni apa? Tunggul? Saya call awak, awak tak angkat. Awak tahu tak saya risaukan awak. Saya ingat awak accident ke apa ke… saya risau tahu tak. Saya terus pergi ke rumah awak. And surprisingly, awak ada kat rumah. Kereta awak ada kat garaj. Bila saya nak jumpa awak, awak suruh Kak Limah kata awak tidur. Apa yang awak cuba lakukan huh?” jerkah Ezo dengan nada yang tinggi.

Kyra tersentak mendengar jekahan Ezo. Mengigil badannya. Dia takut. Kolam matanya mula panas. Dia takut tengok Ezo. Muka Ezo bengis. Kyra tunduk. Dia tak berani nak pandang wajah Ezo.

“Kyra Nurailiz!! Pandang muka saya. Jawab soalan saya!” arah Ezo tegas.

Takut-takut Kyra mendongakkan kepalanya. Dia cuba memandang Ezo. Tanpa sedar, air matanya mengalir.

“Oh my God! I hate it. Why are you crying? I’m asking you. I want your answer. Not your tears,” marah Ezo sambil menumbuk meja di hadapan Kyra, melepaskan geramnya.

Makin menjadi-jadi tangisan Kyra. Dia takut tengok Ezo. Seumur hidup dia, dia tidak pernah dimarahi. Dan kini, dia dimarahi oleh jejaka yang dia cintai.

Ezo menjeling Kyra. Sakit hatinya melihat tangisan Kyra. Hatinya yang panas membara tadi tiba-tiba bagaikan terpadam dengan air mata Kyra. Perasaan marahnya pada Kyra terus surut. Dia mula rasa bersalah kerana memarahi Kyra. Ezo melepaskan keluhan.

“Janganlah menangis lagi. I’m sorry. Saya cuma risaukan awak je. Saya tak bermaksud nak marah awak,” ucap Ezo dengan nada yang lembut.

Ezo memandang Kyra. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia lap air mata Kyra, raih Kyra dalam pelukannya, tenangkan Kyra. Tapi Ezo masih sedar, masih waras, masih tahu yang mana haram dan yang mana halal. Dia cuba melawan godaan syaitan. Sudahlah dia pakai masuk je bilik Kyra, melihat aurat Kyra. Ah, berdosanya Ezo. Tapi… dia tak boleh tinggalkan Kyra dalam keadaan macam ni.

“Kyra… maafkan saya. Saya langsung tak ada niat nak marah awak. Langsung tak ada. Cuma saya geram dengan awak. Lama saya tunggu awak, risaukan awak. Awak tahu tak saya pecut ke sini. Semata-mata nak tahu awak ada ke tak. Saya risau. Tapi bila saya sampai je, saya tengok kereta awak ada kat garaj. Kak Limah kata awak ada kat bilik. Saya ingat awak tak sihat tapi awak cuba tipu saya. Kenapa Kyra?”

Kyra menyeka air matanya. “Saya… saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak buat awak risau. Maafkan saya,” kata Kyra tersekat-sekat.

Ezo cuba mengukirkan senyuman manis tapi senyumannya nampak hambar saja. “Takpelah. Hmm, saya ada hal nak cakap dengan awak. Kita cakap kat luarlah. Maaf sebab ceroboh bilik awak,” kata Ezo.

Kyra mengangguk perlahan.

Ezo melangkah pergi.

Setelah Ezo meninggalkan Kyra, Kyra melangkah ke bilik air. Dia membasuh mukanya. Baru Kyra rasa malu kerana menangis di depan Ezo. Nak buat macam mana… tanpa sedar. Beberapa minit kemudian, Kyra keluar dari bilik. Cardigan nipis disarungkan ke tubuhnya. Selendang dipakai ringkas. Tak ada lilit-lilit. Nak jumpa kat bawah je pun.

Kyra mula melangkah keluar. Nak tak nak, dia harus hadapi juga. Dia tak boleh larikan diri. Kyra cuba menguatkan semagatnya. Berhati-hati Kyra menuruni tangga. Kakinya sedikit mengigil.

Tan Sri Haidar dan Ezo sedang berbual di ruang tamu. Kyra menuju ke situ sambil melemparkan senyuman palsu.

“Ah… dah turun pun tuan puteri ni. Apa yang susah sangat nak turun makan ni. Erwan panggil baru nak turun. Jomlah makan. Daddy dah lapar ni,” ucap Tan Sri Haidar.

Kyra hanya mengangguk. Mereka mula melangkah ke meja makan.

Setelah makan tengahari bersama, Kyra dan Ezo duduk di meja kecil yang berad di tepi kolam renang. Cuaca tidak terik sangat dan juga tidak mendung. Biasa je. Kyra diam. Dia menunggu bicara dari Ezo.

“Saya nak tanya sesuatu boleh?” soal Ezo.

Kyra hanya mengangguk.

Ezo mencari-cari ayat yang sesuai untuk mengutarakan soalan yang bermain-main di mindanya.

“Hmm… semalam awak keluar dengan ex awak eh? Awak dah berbaik dengan dia ke?”

Gulp! Dahi Kyra berkerut. Jantung berdegup laju. Soalan Ezo.. soalan Ezo sama dengan soalan dalam mimpinya. Kyra pantas menggeleng. Dia tak mahu perkara yang sama terjadi. Dia tak nak Ezo salah faham seperti dalam mimpinya.

“Tak… kami kawan je. Dia kan dah ada Farsha,” jawab Kyra bersungguh-sungguh.

“Awak buat apa semalam? Kenapa awak pergi kedai Dream Shine? Beli apa?” soal Ezo bertalu-talu.

“Saya temankan dia. Hari ni birthday Farsha. Saya cadangkan dia bagi Farsha rantai. Kami kawan je. Tak lebih dari itu. Dia sangat cintakan Farsha.”

“Awak masih cintakan dia?” tanya Ezo.

Kyra menggeleng. “Saya tak cintakan dia.”

“Then, awak cintakan siapa?” duga Ezo sambil tersenyum kecil.

Darah merah menyerbu ke muka Kyra. Malu. Dia membuang pandang. Tidak lagi memandang Ezo. “Kenapa awak tanya semua ni?” soal Kyra menukar topik.

Ezo hanya senyum. Dalam hati Ezo, dia berasa lega. Lega kerana Kyra tiada apa-apa perasaan pada lelaki semalam.

“Awak dengan siapa semalam?” Giliran Kyra pula bertanya.

Ezo senyum nakal. “Awak jealous ke?”

Kyra menjeling Ezo. “Perasan.”

Tergelak Ezo dibuatnya. Comel muka Kyra. Hati Ezo mula terhibur. “Lambat laun awak akan kenal juga dia. So, family saya dah ada kat KL. Malam ni awak jumpa dengan family saya ye. Mereka dah tak sabar nak jumpa awak.”

Kyra memandang Ezo. “Saya takutlah…”

“Apa yang nak takutkan?” soal Ezo.

Kyra diam.

“Don’t worry. Keluarga saya tak makan awak. Well, insyaAllah esok, family saya datang risik awak. Kita bertunang terus nak tak?” soal Ezo.

Teruja pula Ezo ingin berkahwin dengan Kyra. Padahal kahwin kontrak je. Ah… Ezo akan pastikan Kyra jatuh cinta pada Ezo. Ezo dah nekad. Semalaman dia berfikir tentang ini. Andai kata Kyra sudah berbaik dengan bekas teman lelakinya, Ezo akan merampas Kyra. Dia tak mahu lepaskan Kyra. Dia sedar, dia cintakan Kyra. Hatinya cemburu melihat Kyra bersama bekas teman lelakinya. Dia tak sanggup Kyra pergi darinya.

“Kenapa nak cepat sangat?” soal Kyra tersipu-sipu.

“Salah ke?” soal Ezo pula.

Kyra menggeleng perlahan.

Ezo tersenyum lebar. Hatinya gembira. Berbunga-bunga hatinya. Dia akan pastikan Kyra menjadi miliknya.

14 comments:

Anonymous said...

besr...sambung cpt

EijA RoSniZa:) said...

best2.sukaaaaaaaaaaaaa sgt.
upload la lg:)

aiRiNa_aiNuN said...

best2.ske n3 nie.smbg lg zuera

Hanna Iha said...

ahhhh~ best best..
go Ezo!!

zura asyfar said...

best la zuera..rupenye mimpi ek..penat aku duk kutuk ezo..huhu

Anonymous said...

Alhamdulliah.. mimpi jer... suke la dorg dh baik.. hehe

Anonymous said...

ahhhhhh...
bez glerzzz2....
nk lg n3!!!!
heeeeeeee.... ~~~

Anonymous said...

ahhhhhh...
bez glerzzz2....
nk lg n3!!!!
heeeeeeee.... ~~~

Ishihara Bieyla said...

Love it!
Bgus EZo!
Go, Go!

miza_misza said...

hahaha..time bc entry 18 cam n cepuk je ezo...suka2 je wat conclusion awl...rupa2ny mimpi je..haha
BTW,suka sgt2 cite ni...humor +emosi n sweet sgt...upload lg eh..tq dear..=)

miza_misza said...

sweet story=)

pipvz devil said...

cheddd..mimpi je..fuuuhhhh lega jiwa raga ku..skrg dlm ati ada taman..

Anonymous said...

ala....
sweetnya depa ni...
best2..

~aki~

Nina Aziz said...

comey ngat eh!!
isy...