Friday, November 26, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -18-

Kyra mengurungkan dirinya dalam bilik setelah pulang dari KLCC. Mindanya asyik terbayangkan peristiwa di luar kedai Dream Shine. Persoalan demi persoalan menerjah ke kotak fikiran Kyra. Namun, Kyra tiada jawapan untuk setiap persoalan itu.

Siapakah gadis itu? Apa yang Ezo buat kat situ? Kenapa Ezo masuk kedai Dream Shine? Nak beli apa?

Kyra teringat pula babak di mana gadis itu memaut erat tangan Ezo. Kenapa Ezo tak kisah bila gadis tu paut tangan dia? Walaupun berlapik tapi…. Err… bukan Ezo tu jaga batas pergaulan ke? Kyra ingat lagi betapa malunya dia apabila Ezo tidak mahu menyambut huluran tangannya. Kata Ezo, “Sorry, kita bukan mahram. Belum sah lagi. Lepas kahwin nanti, awak nak lebih dari pegang tangan pun boleh.”

‘Lepas kahwin nanti, nak lebih dari pegang tangan pun boleh? Err… takkan Ezo dengan gadis itu dah kahwin? Yelah… Gadis tu pegang tangan Ezo. Benarkah Ezo dah berkahwin? Tapi kenapa dia tak cakap?’ fikir Kyra dalam hati.

Hati Kyra bagai dicarik-carik. Sakit. Kepalanya menggeleng laju. ‘Tak mungkin… tak mungkin Ezo dah kahwin. Habis siapa gadis itu?’

Pening kepala Kyra. Ligat otaknya mencari jawapan tapi hanya Ezo yang ada jawapan pada setiap persoalannya. Tiba-tiba muncul satu andaian. Kalau Ezo mencintai gadis itu, apa yang akan Kyra buat?

Perit tekak Kyra menelan air liur. Jika betul andaian Kyra itu, apa yang akan dia buat? Kyra melepaskan keluhan. Dia sedar cintanya bertepuk sebelah tangan. Hanya dia mencintai Ezo.

Jika Ezo mencintai gadis itu, Kyra akan mengalah. Ini keputusan Kyra. Biarlah Ezo berbahagia dengan pasangannya. Kyra tak mahu dianggap perampas. Tapi… kuatkah hati Kyra untuk menghadapi semua ini? Melihat Ezo bersama gadis lain. Ezo berpelukan dengan gadis lain. Arghh…. Tengok tangan Ezo dipaut oleh orang lain pun hati Kyra dah sakit… ni kan pulak tengok Ezo berkahwin dengan perempuan lain. Pasti hatinya lebih sakit.

Kyra mengeluh lagi. ‘Jangan selfish Kyra… Ezo berhak dapatkan kebahagiaan. Jangan ganggu dia. Lepaskan dia. Kalau kau cintakan dia, kau lepaskan dia. Kau nak tengok dia terseksa? Kecewa? Kau nak dia bersama kau sebab terpaksa?’ Kyra berdebat dalam hatinya.

Ezo melangkah keluar dari keretanya. Dia memandang panorama malam yang terbentang luas di hadapannya. Dia kini berada di atas bukit. Dari tempat dia berdiri, dia dapat melihat lampu-lampu yang membanjiri Kuala Lumpur. Menara Berkembar Petronas pun dia nampak. Jelas.

Mata Ezo melihat pemandangan indah tetapi fikirannya memikirkan hal lain. Memikirkan Kyra. Hatinya tidak tenang sejak bertemu Kyra dengan seorang lelaki. Dia macam pernah nampak lelaki tu. Tapi siapa ya?

Ezo memerah otak. Cuba mengingati di mana dia pernah melihat lelaki itu. Lama dia berfikir. Akhirnya, Ezo mula mendapat jawapan. Bukankah lelaki itu ex Kyra.

Ezo terduduk lemah di atas rumput. Dia memeluk lutut. Hatinya tiba-tiba saja rasa cemburu. Bibir diketap.

‘Kyra dah balik semula pada ex dia… mereka sudah bersama semula… patutlah Kyra tak layan dia… Kyra tak call dia. Pasti saje lelaki itu sudah kembali pada Kyra. Bukankah Kyra sudah berubah…. Kyra sudah pakai selendang… dah tak macam dulu.’ Kata hati Ezo.

“Arghh… tak guna… lelaki tu tak ikhlas mencintai Kyra. Dulu dia lepaskan Kyra… dia pergi dekat perempuan lain… sekarang, bila Kyra dah berbubah… dia nak Kyra balik. Tak guna. Tak guna…,” marah Ezo separuh menjerit.

‘Relax lah Ezo… yang kau nak marah kenapa? Cemburu? Aik… bukan dulu kau kata kau benci Kyra ke? Biarlah dia dengan hidup dia…’ bisik hati asing Ezo.

Ezo mengerutkan dahinya. Cemburukah Ezo? Kalau dia tak cemburu, kenapa hatinya sakit? Sakit hati Ezo apabila melihat Kyra bergelak tawa dengan lelaki itu. Geramnya….

Ezo terus mengambil handphone di dalam poket seluar. Dengan kasar dia mendail nombor Kyra. Dia mahu bercakap dengan Kyra. Lama Ezo menunggu panggilannya berjawab. Akhirnya masuk voice mail. Dia dail sekali lagi. Kali kelima dia call, baru Kyra jawab.

“Assalamualaikum,” sapa orang di sana setelah menjawab panggilan.

Ezo terdiam. Kelu lidahnya. Baru dia sedar yang dia merindui suara Kyra. Suara Kyra yang lembut mengucapkan salam membuatkan Ezo terpaku dan marahnya surut serta merta.

“Hello… Ezo… awak ada ke ni?” soal Kyra apabila Ezo hanya diam.

Ezo tersedar. Dia berdehem-dehem seketika. “Waalaikumsalam. Saya ada ni… Hmm, saya nak jumpa awak.” Ezo memberitahu niat asalnya.

Kyra diam sebentar. “Err.. sekarang ke?” soal Kyra perlahan.

“Hmm… kenapa? Tak boleh ke?” soal Ezo bersahaja.

“Err… sekarang kan dah pukul 12. Takkan kita nak jumpa malam-malam buta macam ni.”

Ezo mengerling jam di tangannya. Spontan tangannya menepuk dahi. ‘Bodoh betul. Takkan nak ajak anak dara orang keluar malam-malam buta. Tak sedar pulak dah pukul 12,’ rungut Ezo dalam hati.

“Err… esok… kita jumpa esok. Boleh?”

“Hmm… boleh je. Tak kisah. Kat mana?”

Ezo berfikir sejenak. “Old Town… Boleh?”

“Okey.”

“Okey, set. Jumpa esok. Bye.”

“Bye.”

Kyra meletakkan handphone di meja sisi katil. Dia baru saja nak terlelap. Tiba-tiba Ezo menghubunginya. Hati Kyra pada mulanya berbunga-bunga apabila menerima panggilan dari Ezo. Tapi kini Kyra rasa cuak pula.

Kenapa Ezo nak jumpa dia? Pasal gadis tadi ke? Hati Kyra mula gundah-gelana. Takkanlah… takkan Ezo nak cakap pasal tu… Kyra cuba menyedapkan hatinya.

Tanpa sedar, Kyra sudah pun terlena.

Keesokan harinya, Kyra bertemu dengan Ezo di Old Town White Coffee seperti yang telah dijanjikan. Mereka hanya memesan minuman. Kyra masih kenyang lagi. Begitu juga Ezo.

“Awak sihat?” soal Ezo sebagai mukadimah.

Kyra angguk perlahan.

“Kalau saya nak tanya awak sesuatu, boleh?” soal Ezo.

“Tanya apa? Tanya jelah…”

Ezo menghela nafas. “Semalam awak dengan ex awak kan? Awak dah berbaik dengan dia ke?”

Kyra menelan air liur. Tak sangka Ezo akan menyoal soalan ini. Kyra berpura-pura membetulkan selendangnya. Nak cover mukanya yang terperanjat.

“Dia ex saya. Kami memang dah berbaik semula. Tapi sebagai ka—”

Belum sempat Kyra nak habiskan ayatnya, Ezo dah potong. “Owh… baguslah. Awak dengan dia dah back together. Tahniah…,” ucap Ezo bersama senyuman lebar.

Kyra mula blur. Ezo dah salah faham ke? Siap ucap tahniah… Untuk apa tahniah tu? Dia dengan Alfie dah berbaik sebagai kawan je. Tak lebih, tak kurang.

Ezo tergelak kecil. “Lega saya. So, perkahwinan kita ni kira batal lah? Well, awak kan dah ada dia. Mestilah awak nak kahwin dengan lelaki yang awak cinta, betul tak?”

Gulp! Perkahwinan batal? Apa yang cuba Ezo sampaikan? Dan kenapa pula dia rasa lega. Kyra mula gelisah. Hatinya mula tidak tenang. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.

“Err…. Apa maksud awak?” soal Kyra gugup.

Ezo gelak kecil. “Well, awak dah ada boyfriend. Saya pun dah ada tunang. So mudahlah. Perkahwinan kita cancel. Actually, saya nak beritahu awak pasal perkahwinan kita. Saya nak batalkan sebab tunang saya tak suka saya teruskan perkahwinan kontrak ni. Tapi saya takut nak cakap. Sekarang, lega hati saya.

Mengigil badan Kyra mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari bibir Ezo. Mukanya pucat. Bibirnya bergetar. Kolam matanya panas. Tunang? Ezo ada tunang? Kenapa Ezo tak pernah beritahu?

“Awak… awak dah bertunang?” soal Kyra terketar-ketar.

Ezo mengangguk laju. Riak wajahnya biasa saja.

“Kenapa awak tak bagitahu saya?”

“Awak tak tanya…”

Kyra mengenggam tangannya. Dia sedih dan dalam masa yang sama dia marah. Kenapa Ezo mempermainkannya?

“Kenapa awak nak kahwin dengan saya?”

Ezo menjongketkan bahunya sedikit. “Saya perlukan duit. Dan dengan kahwini awak, saya akan dapat duit. Mudah je. Siapa nak tolak tawaran awak ni…,” ucap Ezo selamba.

Hati Kyra makin membara mendengar kata-kata Ezo. Bibirnya sudah mengigil. Mata Kyra membesar. Dirinya bagaikan dihina. Mata Kyra mula berair.

Kyra bangkit. Dia memandang Ezo tajam. Air matanya mula gugur. Tapi dia endahkan air mata yang mengalir.

“Kontrak kita batal. Duit yang saya dah bagi pada awak, sila pulangkan semula. Lepas ni, antara kita dah tak ada apa-apa lagi. Saya tak nak tengok muka awak,” kata Kyra separuh marah.

Kyra terus berlalu meninggalkan Ezo. Hatinya sakit. Dia dipermainkan. Ezo kejam. Ezo jahat. Kyra tak sangka selama ini Ezo sudah bertunang. Jahat. Kejam. Ezo tak guna. Ezo jahat. Ezo keji.

Kyra masuk ke dalam keretanya. Pintu ditutup. Air mata makin deras mengalir. Kyra menyembamkan wajahnya pada stereng kereta.

“Aku benci kau Ezo. Kau jahat. Tak guna. Pembohong. Penipu. Aku benci kau. Benci kau,” marah Kyra dalam sendu.


8 comments:

.:kiwi:. said...

Oh TIDAK!!!
mengapakah ini yang terjadi???

pipvz devil said...

waaaa..menci..menci..menci..hahaha smkin panas..bkn stkt mcm duk kt sauna..ni mcm duk dlm oven dah ni..bile2 mse leh rentung..'hancur hatiku mngenang dkau mnjd keping2 stlah kau prgi..tnggl kn ksh syg...' ngek tul ar ezo ni..nk aje aku luku2 pale c ezo ni..geram..gggrrrr...

yana aryana said...

Ala, wzo, len kali dgr la bebaik.
huh..makin parah ni..
alfie, tulun mereka..

Anonymous said...

arghhhh...
gramnyerrrrrrrrr ngn ez0 tue... asal ckp cm g2... rse nk luku jer kpale si ezo tue...

zura asyfar said...

hadoi macam mane ni? semua dah salah fhm..br je nak baik, gaduh plak..last2 btl plak kontrak tu..huhu..

tp best la kau zuera, aku gi kuar jap je kau dh post entry baru..pasal cite balqis n reza tu, aku rase la macam best cz semua cite kau best2 blake :)

Anonymous said...

eeeeeeeee..... xs shuke2!!! mencinya... cian Kyra... skrg dh terbalik.. EZO plak yg ego.. xnk ngaku cintakn KYra.. dua2 ego...!!

vanilla_ice said...

eiii la ezo ni pun ! aku ketuk ngan senduk kang , x pasal2 jd beruk ! ade telinga tu dgr la dulu ! hai laaaaa ! geram nye aku !

Nurul Hadtimins said...

Alahai Ezo,, Ezo,, Sengal betullah -.- Rasa mcm nk tolak dalam gaung jehh !!