Friday, November 26, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -17-


Petang Jumaat, setelah menghabiskan kerjanya di pejabat, Kyra menuju ke KLCC. Dia ada temu janji dengan seorang lelaki. Sudah lama dia tak jumpa lelaki itu. Maklumlah… masing-masing sibuk.

Kyra mula memandu menuju ke destinasi. Satu keluhan terlepas dari mulut Kyra. Jammed. Menyampahlah. Penat nak tekan brek je. ‘Cepatlah sampai,’ doa Kyra dalam hati. Tanpa sedar, Kyra teringatkan Ezo.

Hmm… memang sukar untuk Kyra membuang wajah Ezo dari ingatannya. Setiap masa dia teringatkan lelaki itu. Kadang-kadang dia berharap sesuatu keajaiban akan berlaku. Ezo akan menghubunginya. Gembiranya hati jika Ezo menghubunginya. Tetapi… cubalah berdiri di atas bumi yang nyata. Masakan Ezo menghubunginya.

Kyra sedar… Kyra juga tahu… Ezo tidak menyukai dirinya. Kyra mula belajar melupakan Ezo. Dia tidak boleh terlalu harapkan Ezo. Dia tahu antara dia dan Ezo tiada perkataan cinta. Tiada perkataan sahabat. Ezo hanya menganggapnya sebagai rakan niaga.

Hah? Adakah mereka dianggap rakan niaga? Niaga apa? Kyra tersenyum sinis. Semua ni idea dia juga. Kyra yakin Ezo tiada apa-apa perasaan padanya lagi walaupun Ezo pernah kata, dia suka Kyra. Suka? Bukan cinta. Berbeza kan? Suka dan cinta? Ada beza ke? Hmm, entahlah… Suka macam suka pada Farsha. Kyra suka Farsha. Sebab Farsha baik. Itu suka. Tapi cinta lain. Ezo hanya suka dirinya. Mungkin sebab Ezo suka buli Kyra. Kyra sedar dirinya selalu dibuli dulu. Jika diingat semula, macam sweet je. Kelakar pun ada.

Kyra menurunkan brek tangan apabila lampu isyarat sudah bertukar warna. Kakinya mula menekan minyak. Mata Kyra tertumpu pada jalan raya. Tapi fikirannya masih teringatkan Ezo. Huh… sungguh bahaya!

Sejak pertemuan Kyra dan Ezo di Old Town White Coffee, Kyra tidak lagi berjumpa dengan lelaki itu meskipun call. Kyra tak mahu menganggu Ezo. Kyra tak mahu menyusahkan Ezo. Kyra tak mahu Ezo bersimpati padanya. Kyra tidak boleh hanyut dengan layanan palsu Ezo. Semuanya sebab terpaksa. Semuanya sebab kesian. Simpati. Argh!! Malunya. Ezo melihat keadaan Kyra yang teruk dulu. Ezo nampak matanya yang sembap. Malu, malu.

Kyra sudah berjanji dengan dirinya. Dia tak mahu menunjukkan kesedihannya pada Ezo. Dia tak mahu tunjuk dirinya lemah. Dia juga ada maruah. Ah… egonya masih ada. Malu. Malu pada Ezo. Takkanlah dia mahu tunjuk pada Ezo betapa remuknya hati dia saat Ezo melafazkan kata benci? Pasti Ezo akan gelakkan dirinya. Dulu, Kyra juga kata dia tak suka Ezo. Dia juga menghina Ezo. Takkan, out of sudden, dia nak cakap ‘Ezo, saya cintakan awak.’ Gila!!

Kalau Ezo bagi respon positif, okeylah. Kalau negatif, macam mana? Mana Kyra nak letak muka. Sudahlah mereka bakal berkahwin. Tidak ke janggal nanti? Lagipun, Kyra yakin Ezo akan beri respon negative.

Buktinya… Sudah jelas. Lihat saja pertemuan terakhir mereka di Old Town White Coffee. Betapa dinginnya layanan Ezo padanya. Ezo bagaikan terpaksa saja. Semuanya tampak hambar.

Sewaktu Ezo menghantarnya pulang, Kyra sengaja pura-pura ceria. Dia hanya berlakon. Persoalannya, adakah dia seorang pelakon yang berbakat? Huh… tentu saja tidak. Waktu Kyra asyik cakap itu ini pada Ezo, tangan Kyra mengigil. Nervous. Tapi mulutnya macam murai tercabut ekor. Dia puji kereta Ezo, dia cakap pasal family Ezo… macam-macam dia cakap. Tak henti-henti. Walaupun Ezo diam saja, Kyra tidak peduli langsung. Dia asyik membebel. Sampai keluar topik cerita hantu Pontianak Harum Sundal Malam. Mengarut betul. Tahulah Kyra ni minat cerita hantu. Tapi, agak-agaklah. Keluar dari topik.

Namun, apa yang boleh Kyra lakukan? Dia tidak mahu mereka sepi sepanjang perjalanan. Dia tak nak. Dia akan rasa lagi kekok. Hatinya akan makin berdebar-debar. Sebab tu, dia asyik cakap je. Walaupun keluar topik. Macam-macam cerita hantu Kyra cakap. Jangan Pandang Belakang, Congkak, Jangan Tegur… semua keluar dari mulutnya. Tapi Ezo diam saja.

Walaupun mulut Kyra tak henti-henti bercakap, otaknya ligat mencari jawapan pada persoalan yang bermain di minda. Kereta siapa yang Ezo bawak? Audi ni… Takkan kereta Ezo? Bila Kyra tanya, Ezo diam je…

Dua puluh minit kemudian, Kyra sudah pun berada di KLCC. Dia bertemu dengan Alfie. Alfie sudah lama menunggunya. Mereka mula berjalan mengelilingi mall. Mereka melangkah masuk dari sebuah kedai ke kedai yang lain. Alfie ingin mencari hadiah buat Farsha. Hari jadi Farsha esok. Alfie meminta Kyra menemaninya. Kyra tidak menolak. Kawan tolong kawan. Apa salahnya.

“You nak beli apa sebenarnya untuk Farsha?” soal Kyra.

Alfie memandang Kyra sekilas. “Hmm… Entah. I tak tahu.”

“Eh… tak tahu pulak. Nak beli baju ke, tudung ke, barang kemas ke… cuba specific sikit,” tutur Kyra.

Alfie tarik sengih. “Alah… I tak tahu lah. I ingat nak bagi something special. You ada idea tak?”

Kyra berfikir-fikir sejenak. Special? Apa dia ya? Matanya masih memerhatikan sekeliling. Tiba-tiba matanya terpaku pada sebuah kedai yang tidak jauh dari mereka. Kyra mula mendapat idea. Dia memandang Alfie. Langkahnya terhenti.

“Berapa budget you?” soal Kyra.

Alfie mengangkat keningnya. “Hmm… kenapa?” soal Alfie pelik.

“Yelah… I kenalah tahu budget you berapa….”

Alfie menjongketkan bahunya sedikit. “Tak kisah…”

“So, you nak belikan dia rantai tak?”

Kyra mula melangkah bila dengan selamba Alfie meninggalkannya. Langkah mereka perlahan je. Kyra pandang Alfie yang seperti sedang berfikir.

Lama mereka diam. Langkah perlahan je.

“Alfie… you setuju tak?” soal Kyra apabila Alfie hanya diam.

Alfie memandang Kyra. Dia seperti tercenggang. Muka blur je.

Kyra mengeluh perlahan. Berangan ke si Alfie ni. “Okey tak suggestion I tu?”

“Owh… ah… okey jugak… tapi… Farsha kan pakai tudung. Kalau dia pakai rantai yang I bagi tu, tak nampaklah. Tudung dah tutup,” komen Alfie.

Kyra tergelak kecil. “Jauh you fikir eh… macam nilah.. bila dia pakai rantai tu… rantai tu mestilah melekat kat leher dia kan? Secara tak langsung… dekat dengan hati dia. Kiranya you dekat dengan dia. Sweet tak idea I. Mesti dia akan ingat you. Tak payah tunjuk kat orang, asalkan ia dekat pada hati Farsha. Cukuplah… Lagipun… in case Farsha ni suka main rantai… suka pegang rantai… setiap kali dia sentuh rantai yang you bagi, dia akan ingatkan you. Dia akan rasa you dekat dengan dia. Okey? Dah cukup romantic?” soal Kyra seakan memerli.

Alfie menepuk tangan perlahan. “Wah… hebat-hebat… mana you dapat idea ni?”

Kyra mencebik. “I kan perempuan. Lagipun, I tahu you maksud special you tu apa… you nak bila dia pandang pemberian you, dia akan ingat you kan? Kalau I cadang baju… si Farsha tu dah ada banyak baju. Tak bestlah… Kalau rantai tu… macam-macam maksud tersirat ada. Jam pun ya gak. Yelah… setiap kali dia nak tengok pukul berapa, dia akan pandang jam… automatically, dia akan ingat you.”

Alfie gelak kecil. “Pandai, pandai… habis tu, nak beli apa ni? Jam ke rantai?”

“Suka hati you. You pilihlah…”

“Hmm… rantailah…”

Mereka mula menuju ke kedai Drema Shine. Dream Shine merupakan kedai barangan kemas. Semuanya berasaskan batu permata. Pemiliknya orang Perancis. Rekaan yang ada memang superb la. Mereka mencari rantai buat Farsha di situ.

Setelah hampir setengah jam mencari, akhirnya Alfie memilih seutas rantai silver bertahtakan ruby. Cantik. Nampak simple tapi menawan.

“Thanks Kyra sebab tolong I,” ucap Alfie bersama senyuman.

“No sweat!”

“Hope dia tak campak dalam tong sampah,” ucap Alfie cuba bergurau.

Kyra gelak halus. Siapa yang nak buang benda cantik macam tu? Merepek je.

Bumm!!

Kyra terdorong ke belakang apabila badannya dilanggar seseorang. Kyra mendongak. Terpempan Kyra apabila melihat insane di depannya.

Mata Kyra terpaku pada lengan lelaki itu. Lengan yang dipaut mesra oleh gadis yang berdiri di sebelahnya. Cantik gadis itu. Manis bertudung. Tapi kenapa… kenapa dia paut lengan Ezo? Apa hubungan mereka? Kekasih?

“Sorry, sorry… tak sengaja. Awak tak apa-apa ke?” soal gadis itu.

Kyra cuba menganggukan kepalanya. “Err… saya okey…,” jawab Kyra gugup.

Mata Kyra terpaku pada anak mata Ezo. Begitu juga Ezo. Mereka saling berbalas pandangan. Semuanya berlaku tanpa sedar.

“Abang… jomlah masuk… tunggu apa lagi,” ucap gadis itu.

Gulp! Abang?? Siapa gadis ini? Hati Kyra bagaikan dipanah. Sakit. Pedih.

Ezo melarikan pandangan matanya. Tanpa sebarang kata, Ezo meninggalkan Kyra dan berlalu pergi bersama gadis manis itu.

“Kyra… are you okey? Macam nampak hantu je. You kenal ke?” soal Alfie.

Kyra tersedar… Separuh mamai, Kyra menggelengkan kepalanya. Dia mula mengatur langkah. Hatinya masih mengingatkan insiden tadi.

“Wait… don’t tell me that guy is Ezo?”

Perlahan-lahan Kyra menganggukkan kepalanya. Kolam matanya mula berair.Ezo ada perempuan lain. Ezo… dia… dia ada perempuan lain. Kyra memegang dadanya yang terasa perit.

“Oh God!! That is hurt! Dia dah ada girlfriend ke?” soal Alfie.

Kyra diam. Tidak memberi sebarang respon.

6 comments:

yana aryana said...

Ezo!!!!
sape gadis y bersama kamu....????
Grrrr....
(alamak, ter 'emo' plk...)

Ishihara Bieyla said...

ezo ad adik tak??
harap2 tu adq dy...
huuhhu...

along said...

sian kyra...teremo dah ni..adik dia kot...jgn le ezo ada org lain...sian kyra..

.:kiwi:. said...

adk kut? xkan la...
Ezo kn jaga perlakuan sket orgnya...
Adik tu...
(nk tenangkn hati je ni sbnrnya)

cik anna said...

ade n3 baru...ai like..
xpe pendek pun..janji ade..
tanx zuera..hehe...:D

ayoyo..siapakah yg bersama ezo itu??
adiknya kah..?? atau sepupu dia..??
hehe...
xpe2..kita tgk nanti siapa gadis itu ye..ahaks!!

Nina Aziz said...

what?what??
spe kah...
huhuuh....
kyra xmo nangis...