Thursday, November 25, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -16-

Sudah seminggu Kyra tidak bekerja. Dia duduk di rumah saja. Badannya panas. Dia demam panas. Selera makannya hilang. Keadaan Kyra merungsingkan Tan Sri Haidar. Tan Sri Haidar yakin, Kyra demam pasti ada kaitan dengan Ezo. Tapi apa masalah mereka?

Tan Sri Haidar ingin bertanya tapi dia tiada kekuatan. Dia tak mahu membuat Kyra bertambah sedih. Sebak hati Tan Sri Haidar melihat keadaan Kyra. Demam Kyra sudah kebah tapi Kyra nampak tak bermaya. Perasaan Tan Sri Haidar membuak-buak ingin tahu apa yang telah Ezo lakukan.

Akhirnya, Tan Sri Haidar memutuskan untuk berjumpa dengan Ezo. Bukannya dia mahu memarahi Ezo. Tetapi dia mahu tanya Ezo, apa yang terjadi sebenarnya? Tan Sri Haidar sedar bahawa Ezo memberi impak yang besar pada Kyra. Diam-diam, Tan Sri Haidar mencari nombor telefon Ezo di handphone Kyra. Kemudian, dia mengajak Ezo untuk bertemu. Ezo tidak membantah. Dia hanya menurut.

_____________________________________________________________

Seperti yang telah dijanjikan, Tan Sri Haidar bertemu dengan Ezo di sebuah kafe. Tan Sri Haidar hanya memesan hot cappuccino manakala Ezo memesan Milo Iced. Dari tadi Tan Sri Haidar memerhatikan Ezo. Ezo tampak bersahaja. Santai. Pelik Tan Sri Haidar dibuatnya.

“Kenapa daddy nak jumpa saya?” soal Ezo sopan.

“Tak boleh ke?” duga Tan Sri Haidar bersama senyuman.

Ezo gelak kecil. “Apa salahnya. Saya tak kisah pun.”

“Hmm, macam mana business Erwan?” soal Tan Sri Haidar. Dia tak mahu tergopoh-gopoh menyoal Ezo tentang Kyra.

“So far so good. Biasalah daddy. Kadang-kadang ada problem juga.”

Tan Sri Haidar mengangguk kecil. Dia menyisip minumannya seketika. Kemudian, dia memandang Ezo semula. “Parents Erwan sihat?”

Ezo tarik senyum segaris. “Sihat daddy. Oh ya… mereka kirim salam.”

Tan Sri Haidar menjawab salam dalam hati.

Sementara Tan Sri Haidar sedang menyusun kata, Ezo gelisah di tempat duduknya. Dia tiada topik untuk dibualkan. Dia mula rasa kekok. Ezo cuba mengawal dirinya dengan minum minumannya.

Tan Sri Haidar memandang Ezo. “Erwan tak jumpa Kyra ke sejak akhir-akhir ni?”

Gulp! Alamak! Apa nak jawab ni? Takkan nak jawab tak? Logik ke kalau couple yang tengah hangat bercinta sampai nak bertunang tak jumpa selama seminggu? Logik la kalau pasangan dia tu duduk jauh. Sabah ke, Sarawak ke, Perlis ke… Tapi… dia dengan Kyra duduk kat KL je pun. Pasti bersua sesekali. Nampaknya, terpaksa Ezo menipu. Demi permainannya dengan Kyra.

“Ada daddy. Kenapa daddy tanya?”

Ternaik kening Tan Sri Haidar. Bila masa pulak Ezo jumpa Kyra. Seminggu anaknya itu terperap di rumah. Tak keluar-keluar…

“Bila kamu jumpa dia?”

Ezo mengurut tengkuknya. “Err, rabu lepas…”

Ezo mengigit bibir. ‘Pandai-pandai je cakap rabu lepas. Mana ada aku jumpa Kyra? Masaklah kalau kantoi,’ desis hati Ezo.

Tan Sri Haidar berfikir sejenak. Rabu lepas? Eh, pelik ni. “Hmm, kat mana kamu jumpa dia?”

Bertambah gelisah Ezo dengan soalan-soalan dari Tan Sri Haidar. Makin lama, makin banyak penipuan yang dia lakukan.

“Erwan…,” panggil Tan Sri Haidar apabila Ezo seakan berkhayal.

“Ah? Ada apa daddy?” soal Ezo terpinga-pinga.

Tan Sri Haidar mengeluh kecil. “Daddy tanya… kat mana Erwan jumpa Kyra?”

Ezo mengangguk kecil. “Err… waktu lunch… kitorang lunch sama-sama. Saya ambik dia kat office.”

Tercenggang Tan Sri Haidar. Lunch? Ezo tipu ke? Kyra tak pernah keluar rumah. Muka pun macam mayat hidup. Dan… bila masa pulak Kyra ada kat office. Sah! Ezo tipu pada dia.

“Erwan… betul ke kamu keluar dengan Kyra?” tanya Tan Sri Haidar sekadar ingin menguji.

Gulp! Ezo terdiam. Tekaknya terasa berpasir. Pandangan Tan Sri Haidar membuatkan Ezo serba salah. Lalu, dia menundukkan wajahnya. Merenung lantai. Dia bukanlah seorang yang pandai berbohong.

“Kamu tahu apa yang jadi kat Kyra?” soal Tan Sri Haidar lagi.

Nadanya tidak tinggi. Tiada tanda-tanda marah. Nada Tan Sri Haidar perlahan je. Bunyinya macam kesal dan berduka saja. Ezo dihambat rasa bersalah.

“Err… saya… daddy, saya… saya―”

Tan Sri Haidar memotong kata-kata Ezo. “Apa dah jadi sebenarnya? Kyra ada buat salah ke?” soal Tan Sri Haidar sedih.

Dia tak mahu salahkan Ezo. Dia mahu mengetahui punca masalah mereka. Tan Sri Haidar sedar dan dia juga tahu perangai anaknya. Dia sudah masak dengan perangai Kyra. Kyra suka cakap lepas. Kyra tidak pandai hormatkan orang. Mungkin Kyra sudah melukakan hati Ezo. Siapa tahu…

Ezo melepaskan keluhan. Dia tiada kekuatan untuk membaritahu Tan Sri Haidar. Dia rasa malu. Takkan dia mahu buka pekung di dada? Cintanya dihina, dipandang rendah, dipijak-pijak. Takkan dia mahi beritahu Tan Sri Haidar bahawa Kyra sudah mempermainkan hatinya?

Tan Sri Haidar membetulkan duduknya. “Erwan… daddy tak tahu apa masalah kamu berdua. Tapi, kalau Kyra ada buat salah, maafkanlah dia. Daddy tahu kata-kata Kyra berbisa, boleh buat orang terasa. Tapi, maafkanlah dia. Dia dah berubah, Erwan. Sejak kenal kamu, dia sudah banyak berubah. Terlalu drastik perubahan dia. Dan semuanya sebab kamu. Daddy tahu dia sayangkan kamu. Maafkanlah dia,” pujuk Tan Sri Haidar lirih.

Ezo terkedu. Terkesima. Tergamam. Biar benar? Tapi… hati Ezo masih sakit. Dia terlalu kecewa. Lukanya terlalu dalam. Itu cinta pertama Ezo. Hanya Allah saja yang tahu bertapa Ezo terluka mendengar setiap hinaan dari Kyra.

“Maafkanlah dia Erwan. Sudah seminggu dia duduk kat rumah. Badannya dah susut. Dia demam panas. Tapi sekarang dah okey. Cuma… dia asyik termenung. Tak makan. Tak cakap.” Sayu nada Tan Sri Haidar. Kolam matanya panas.

Hati Ezo bagaikan dijentik sesuatu yang berbisa. Sakit. Dia rasa bersalah apabila melihat keadaan Tan Sri Haidar. Dia tak sampai hati untuk menghampakan Tan Sri Haidar.

“Daddy jangan risau. Saya akan selesaikan masalah saya dengan dia. Maaf sebab menyusahkan daddy,” ucap Ezo lembut.

Tan Sri Haidar mengenggam tangan Ezo. “Kamu jumpa dia ya. Jumpalah Kyra. Dia rindukan kamu. Janji dengan daddy, ya?”

Ezo mengangguk perlahan. “Ya, daddy. Saya akan jumpa dia.

Ezo berdiri di hadapan pintu bilik tidur Kyra. Tan Sri Haidar yang membawanya ke sini selepas pertemuan mereka di kafe. Ezo mula menimbang-nimbang. Nak ketuk atau tak. Nak masuk atau tak.

Sudah lama dia tidak bertemu Kyra. Sudah lama dia tidak menatap wajah Kyra, senyuman Kyra, wajah Kyra yang marah, wajah Kyra yang comel. Terbit rasa rindu di dasar hati Ezo. Dia mula berdebar-debar.

Lama dia berdiri di depan pintu itu. Akhirnya dia beranikan diri untuk mengetuk pintu itu. Ezo menunggu respon dari Kyra.

Sepi.

Ezo ketuk sekali lagi. Lama dia tunggu tapi tetap tiada respon.

Pintu diketuk lagi. Kali ini lebih kuat.

Masih sepi.

Akhirnya, Ezo memutuskan untuk membuka saja pintu itu. Tombol di pulas. Kemudian, dia mula mengintai. Matanya memerhatikan keadaan bilik Kyra. Tiba-tiba, matanya tertancap pada sebatang tubuh yang sedang duduk di balkoni.

‘Hey, dia ada kat balkoni. Takkan tak perasan aku datang kot,’ fikir Ezo dalam hati.

Ezo mula melangkah masuk. Pintu dibiar terbuka. Tak manis pula berdua dengan Kyra dalam bilik ni. Dia memerhatikan tubuh Kyra. Ya, memang benar. Badan gadis itu sudah susut. Apa yang berlaku sebenarnya?

Ezo berdehem. Dia tak tahu nak cakap apa. Dia berdehem jelah. Mengharapkan Kyra akan berpaling dan menyedari kedatangannya.

Tepat seperti sangkaan Ezo, Kyra terus berpaling. Rambut Kyra yang panjang beralun cantik. Macam iklan syampu saja. Ezo terpaku.

Apabila Kyra berpaling, dia ternampak tubuh Ezo. Terkesima Kyra. Dia cuba mengecilkan matanya. Menumpukan perhatiannya pada tubug itu. Benarkah itu Ezo? Adakah Kyra bermimpi? Adakah Kyra berilusi? Matanya dipejam beberapa kali. Tapi Ezo tetap berada di situ.

Ezo hampir tergelak melihat reaksi Kyra. Tentu saja Kyra tidak percaya yang dia kini berada di bilik Kyra. Ezo menghela nafas. Dia memandang Kyra. “Awak tak bermimpi. Ini saya,” ucap Ezo.

Kyra tersedar. Bergetar bibirnya. “Ma… macam mana awak… masuk bilik saya?” soal Kyra gugup.

Ezo menjongketkan bahunya sedikit. Dia tidak menjawab soalan Kyra.

Kyra memegang kepalanya. Alamak! Dia tidak bertudung. Terus Kyra berlari ke dalam bilik dan mengambil selendangnya. Dia menutupi rambutnya dengan selendang.

Ezo hanya memerhati gelagat Kyra. Kakinya melangkah ke balkoni. Lebih elok dia berada di situ. Kalau ikutkan hati, memang Ezo tak nak masuk bilik anak dara orang. Tapi Tan Sri Haidar yang mendesak.

Kyra mendekati Ezo. Dadanya berdebar-debar. “Awak buat apa kat sini?” soal Kyra perlahan.

Tanpa memandang Kyra, Ezo menjawab, “Jumpa future wife… tak boleh ke?”

Kyra terkedu. Sangkanya Ezo akan membatalkan perkahwinan mereka. Tapi ternyata sangkaannya salah. Kyra diam. Tak tahu nak cakap apa. Dia rindukan Ezo. Terlalu rindukan Ezo. Dan sebab rindunya yang mendalam, Kyra tiada selera nak makan, tiada mood untuk berbual, keluar atau pergi ke pejabat. Walaupun dia rindu pada Ezo, tapi lidahnya kelu untuk berkata-kata.

Ezo memeluk tubuh. “Family saya tak dapat pinang awak minggu ni. Sorry. Sepatutnya minggu ni kan? Hmm, insyaAllah family saya akan datang meminang awak next week. Awak bersedialah,” tutur Ezo bersahaja.

Kyra menelan air liur. “Err… Ezo…”

Ezo memandang Kyra.

“Kenapa awak nak teruskan perkahwinan ni? Kalau awak nak hentikan, saya tak kisah. Saya tak kan minta ganti rugi. Awak boleh bebas,” ucap Kyra serba salah.

Kyra tak mahu Ezo berasa terpaksa. Dia tak mahu menyekat kebebasan Ezo. Dia tak mahu menyeksa Ezo.

“Kenapa awak cakap macam ni?” tanya Ezo sambil merenung Kyra.

Renungang dari Ezo membuatkan jantung Kyra berdegup lagi pantas.

“Err.. emm… last time… awak cakap dalam phone… awak… awak benci saya.” Begitu payah Kyra menuturkan bicaranya.

Hati Kyra bagai ditoreh dengan pisau saat mengucapkan Ezo membenci dirinya. Kyra membuang pandang. Dia tidak memandang Ezo. Dia takut. Dia berdebar.

Ezo menghela nafas. Kemudian, dia melepaskan keluahan berat. “Lupakan pasal hal tu. Kita teruskan saja perkahwinan kita.”

“Tapi kenapa?” soal Kyra ingin tahu.

“Awak jangan banyak tanya boleh tak?” Nada Ezo naik sedikit.

Terperanjat Kyra. Terdiam terus.

Ezo mendengus. Dia tak marah Kyra. Tetapi dia marah dirinya sendiri kerana meninggikan suara pada Kyra. Entah mengapa, bila dia bertemu Kyra, perasaan sedihnya hilang. Lukanya seakan-akan terubat. Hatinya tidak berasa sakit. Dia kesian melihat keadaan Kyra. Muka Kyra pucat. Mata Kyra sembab. Badan Kyra cengkung. Mahu saja dia memeluk Kyra. Menenangkan Kyra. Menceriakan Kyra. Tapi dia masih sedar batas pergaulannya.

“Daddy kata awak demam panas…,” ucap Ezo memecahkan tembok kesepian antara mereka.

Spontan, Kyra memandang Ezo. Air liur ditelan. ‘Kenapa daddy bagitahu Ezo?’ soal Kyra dalam hati.

“Awak dah okey?” soal Ezo berbaur prihatin.

Kyra hanya mengangguk perlahan.

“Baguslah. Jangan sakit lagi. Saya tak suka tengok awak sakit. Satu lagi, saya tak suka bakal isteri saya murung je. Tak makan. Saya tak suka. Saya tak suka badan awak cengkung. Mata awak sembab. Satu lagi, saya nak awak mula kerja esok.”

Kyra terdiam. Kata-kata Ezo meresap ke dalam kalbunya. Tanpa sedar, dia rasa gembira dengan kata-kata Ezo. Ezo seolah-olah prihatin padanya. Kyra senyum nipis. Ezo tidak membencinya lagi. Ezo bercakap dengannya dengan nada lembut. Tidak kasar. Dan… dan Ezo ambil berat padanya.


Post 16

Hari ini Kyra mula bekerja setelah seminggu terperap di rumah. Menimbun kerja yang perlu disemak. Maklumlah… seminggu tak kerja kan… Kyra sudah berasa tenang. Ezo sudah memaafkannya. Ezo tidak membencinya. Mereka sudah boleh berbual seperti biasa.

Bagi Kyra, cukuplah sekadar Ezo tidak membencinya. Dia sudah berpuas hati. Dia sedar dia tidak layak untuk Ezo. Ya, memang dia cintakan Ezo. Tapi get real la… takkan Ezo suka dia. Kyra akui dirinya tidak layak untuk Ezo. Cukuplah Ezo menjadi kawannya. Dia tidak mahu minta lebih-lebih. Dia nak berkawan dengan Ezo. Berbual dengan Ezo.

Walaupun mereka bakal dinikahkan, Kyra harus sedar. Dia harus berpijak pada bumi yang nyata. Perkahwinan mereka merupakan perkahwinan kontrak. Kyra harus mengawal perasaannya pada Ezo. Dia tidak mahu dirinya merana. Biarlah dia simpan perasaan itu sorang-sorang.

Tangan Kyra menyelak helaian seterusnya. Matanya melekap pada isi fail di atas meja. Dia sedang meneliti laporan projek di Kuantan. Dia mula leka dengan kerjanya.

Setengah jam kemudian, Kyra menutup fail. Pen diletak atas meja. Badan disandarkan. Jam dipandang. Dah pukul 12.05 tengahari. Pantas sungguh masa berlalu. Tangan Kyra melekap pada perutnya. Lapar. Seleranya yang dulu hilang sudah kembali. Seperti mana kembalinya Ezo dalam hidupnya.

Tiba-tiba muncul satu idea dalam kotak fikiran Kyra. Bibirnya menguntum senyum. Handphone dicapai. Dia mula mendail nombor seseorang.

“Assalamualaikum,” ucap Kyra lembut apabila panggilannya berjawab.

“Waalaikumsalam.”

“Awak kat mana?” soal Kyra. Tangannya bermain-main dengan pen.

“Office. Kenapa?”

Kyra mengigit bibir. Nada Ezo tidak mesra. Dingin pun tak. Hambar je. Ezo tak suka ke Kyra call?

“Err… tak… saya cuma… hmm, saya ingat saya…,” gugup Kyra bersuara.

“Awak apa?” soal Ezo sedikit tinggi.

“Saya nak ajak awak lunch.”

Kyra menutup mulutnya. Laju saja mulutnya menuturkan kata. Terlepas pula niatnya. Haisy…. Malunya. Pipi Kyra mula pijar.

Ezo diam seketika. “Awak nak ajak saya lunch?”

Entah mengapa, saat ini Kyra berasa malu sangat. “Hmm…”

“Oh… boleh jugak. Saya ambik awaklah. Awak nak lunch kat mana?” tanya Ezo dengan nada yang sama. Hambar.

“Tak kisah. Awak tak kisah ke nak ambil saya.”

“Habis tu? Saya ada pilihan lain ke?”

Gulp! Hati Kyra bagaikan ditikam. Kata-kata Ezo membuatkan Kyra terdiam. Kenapa dengan Ezo? Masih marahkah lelaki itu pada Kyra.

“Awak tunggu kat ofis awak. Kejap lagi saya sampai.”

“Okey.” Hanya ini saja yang mampu Kyra ucapkan.

Kyra mengelapkan mulutnya dengan tisu. Ezo membawanya makan tengahari di Old Town White Coffee. Tangan Kyra menarik gelasnya supaya lebih dekat. Dia mula menyedut minumannya. Sedapnya. Chocolate Iced. Terasa coklatnya. Begitu nikmat. Kyra memang suka minum air coklat di sini.

Kemudian Kyra memandang Ezo. Ezo nampak segak dengan pakaian kerjanya. ‘Hmm, Ezo sudah kerja sekarang. Tapi di mana? Di Dream Shine ke? Tapi sebagai apa?’ omel Kyra sendirian.

“Awak kerja apa?” soal Kyra pada Ezo.

Ezo yang sedang bermain dengan straw minuman, memandang Kyra. Keningnya ternaik sedikit. “Kenapa awak nak tahu? I thought you don’t care,” ucap Ezo separuh sinis.

Kyra senyum hambar. Dia tahu Ezo menyidirnya. Kyra menahan rasa. “I do care now. So, awak kerja dekat Dream Shine? As what?”

“Oh yeah? Hmm, saya kerja kat situ. Jadi kerani je. Low class kan? Awak tu CEO. Saya ni kerani je.”

Kyra terdiam. Kepalanya ditundukkan. Bukannkah Ezo sudah memaafkannya? Tapi kenapa Ezo melayannya seperti ini? Kenapa Ezo seolah-olah ingin menyakitkan hatinya? Dari tadi, kata-kata Ezo sungguh sinis. Kyra melepaskan keluhan perlahan.

Kyra mendongak. Dia memandang Ezo. “Ezo… awak masih marah pada saya?” soal Kyra lirih.

Ezo memandang Kyra. Wajah Kyra yang sedih itu membuatkan Ezo kaget. Kenapa Kyra sedih? Kerana kata-katanya kah? Adakah dia sudah keterlaluan? Kyra masih memandangnya. Mengharapkan jawapan dari Ezo.

Ezo mengalihkan pandangannya. Dia tidak mampu menatap seraut wajah itu. Dia keliru. Dia buntu. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya. Dia sukakan Kyra. Dan dalam masa yang sama dia bencikan Kyra. Hatinya masih sakit. Dia sudah memaafkan Kyra. Dia sedar Kyra sudah berubah. Dia tahu. Tapi… hmmm…

Pernah tak dengar pepatah, ‘It’s easy to forgive but not to forget.’ Inilah yang berlaku pada Ezo. Dia sudah memaafkan Kyra. Tapi bukan mudah untuk dia melupakan apa yang telah Kyra lakukan pada dia.

Kyra mengetap bibir. Hatinya kembali terasa pedih. Terasa sakit. Dia merenung Ezo. Lama Ezo mendiamkan diri. Masihkah Ezo membencinya? Tapi semalam… Kyra mengeluh. Dia baru tersedar. Ah, kenapalah dia bodoh. Ezo hanya berlakon. Berlakon di hadapan daddynya. Bukankah mereka ini pasangan yang sedang hangat bercinta, pada pandangan Tan Sri Haidar?

Bodohnya Kyra. Dia sudah terpedaya dengan lakonan Ezo. Dia tidak salahkan Ezo. Memang Ezo menjalankan kerjanya. Cuma dia yang salah anggap. Argh… bodohnya Kyra. Fahamlah Kyra kini. Ezo masih membencinya. Ezo cuma bersimpati padannya.

‘Ezo…. Aku tak nak simpati dari kau. Aku mahu kau maafkan aku. Tapi aku tahu… aku tahu susah untuk maafkan aku. Aku kejam, aku jahat… aku sedar Ezo. Maafkan aku kerana telah menyusahkan kau. Kau terpaksa bersimpati padaku. Kau terpaksa melayan karenahku sebab kau kesiankan aku. Kau setuju lunch dengan aku pun sebab simpati kan? Patutlah kau hambar saja. Diam saja. Maafkan aku Ezo. Aku janji, aku tak akan menyusahkan kau lagi.’ Kyra berkata dalam hatinya.

Kyra menarik nafas. Dia memaksa dirinya untuk mengukirkan senyuman. Dia berpura-pura ceria. “Jomlah balik. Dah lambat ni. Nanti awak kena marah dengan bos pulak. Sorrylah sebab saya menyusahkan awak,” ucap Kyra sambil tersenyum.

Ezo tersentak. Dia memandang Kyra yang tiba-tiba saja ceria. Kenapa dengan Kyra? Tadi sedih je. Tapi… kenapa mata Kyra berair?

“Apa yang awak tunggu lagi ni. Jomlah… Kalau awak kena marah, jangan salahkan saya.” Kyra cuba bergurau.

Ezo hanya mampu mengangguk. Dia mula bangun. Kyra juga bangun. Mereka jalan seiring menuju ke tempat parkir. Kyra hanya diam. Begitu juga Ezo.

Ezo merenung skrin handphonenya. Kosong. Dari tadi, Ezo tak senang duduk. Sudah tiga hari Kyra mendiamkan diri. Tapi kenapa? Pelik pula. Skrin handphone dipandang lagi. Masih kosong. Ke mana Kyra? Sakitkah.

Hari ini, satu kerja pun Ezo tak buat. Fikirannya asyik memikirkan Kyra. Sejak mereka makan tengahari di Old Town White Coffee, Kyra menyepikan diri. Call tidak. Mesej tidak. Kenapa ya? Hari tu Kyra okey je. Sewaktu Ezo menghantar Kyra pulang, mulut Kyra asyik berceloteh. Happy je. Cuma Ezo je diam. Ezo mula terbayang saat itu.

*Flashback*

“Ezo, ni kereta awak ke? Mewahnya. Mana awak dapat duit beli kereta ni?” soal Kyra.

Waktu itu, Ezo memandu keretanya. Kereta mewahnya. Audi R8 Coupe. Ezo tidak memberi sebarang respon. Dia diam je. Tiada mood untuk berbual. Sebenarnya dia pelik dengan perubahan Kyra. Tadi sedih sekarang happy. Macam tiada apa yang berlaku pada mereka.

“Awak kata awak pakai kancil. Awak tipu eh? Smart la kereta awak,” ucap Kyra lagi.

Ezo diam lagi.

“Hmm… Ezo… family awak datang meminang saya minggu ni eh? Tapi kan… saya rasa lebih baik saya jumpa family awak dulu. Saya tak pernah jumpa family awak. Umi awak mesti lemah lembutkan. Dia mesti baik. Sebab awak pun baik.” Kyra gelak di akhir bicaranya.

Ezo masih lagi sepi.

*End Flashback*

Ezo melepaskan keluhan. Kyra berkecil hati dengannya ke? Hmm… pelik pula bila Kyra menyepikan diri padanya. Entah mengapa, Ezo terasa pelik. Dia dapat rasakan Kyra berkecil hati dengannya. Ezo mula dipagut rasa bersalah.

*Ezo has some debates in his heart*

‘Kenapa aku mesti fikirkan dia? Kenapa aku perlu rindukan dia? Aku masih sukakan dia ke? Tapi… dia dah hancurkan hati aku.’

‘Argh… Ezo… Cinta pertama bukannya senang nak dilupakan. Kyra tu cinta pertama kau. Takkan kau dah lupakan dia. Mestilah kau ingat. Kau cintakan dia kan?’

‘Aku cintakan dia? Tak mungkinlah.’

‘Alah Ezo… jangan nak bohong hati kau sendiri. Kalau suka, cakap suka. Satu hari ni, kau asyik fikirkan dia je.’

‘Merepek. Aku cuma pelik dengan dia. Kenapa dia sepikan diri tiba-tiba?’

‘Mengaku jelah kau cintakan dia. Even dia dah sakitkan hati kau but you still love her. EZO CINTAKAN KYRA. Admit it, man!’

Ezo menggelengkan kepalanya. Dia menafikan perasaanya pada Kyra. Tak mungkin. Tak mungkin dia cintakan Kyra. Dia cuma tertarik pada Kyra. Ya, dia cuma tertarik pada Kyra. Dia suka Kyra. Tapi bukan cinta.

‘Suka dengan cinta tu tak sama ke? Sama jelah. Habis tu, kenapa kau rasa sakit bila Kyra tak percaya time kau kata kau suka dia? Hati kau sakit kan? Dan sebab tu kau marah dia. Kau benci dia. Hati kau terluka kan? Why? Because you love her. You do love her.’

Cinta? Betulkah suka dan cinta itu sebenarnya sama? Adakah Ezo cintakan Kyra. Benarkah? Argh… Ezo mahu saja menjerit. Dia keliru. Keliru dengan perasaannya. Apa itu cinta? Tapi jujur Ezo katakan, Kyra orang pertama yang telah mengetuk pintu hatinya.

Pertama kali bertemu Kyra, hati Ezo sudah terpaut. Dia mahu mendekati Kyra. Dia mahu mengenali Kyra. Kyra comel. Rambutnya lurus paras bahu. Klip rambut Kyra yang terspit di rambutnya membuatkan Kyra nampak comel but still nampak elegen. Pakaian Kyra elegen. Scarf yang dililit pada lehernya benar-benar sesuai dengan Kyra.

Hati Ezo berdegup kencang sewaktu pertama kali bertentang mata dengan Kyra. Tapi… Itu hanya tarikan. Dia cuma tertarik pada Kyra. Kyra kan cantik. Well, siapa tak suka tengok perempuan cantik.

Argh… Ezo keliru. Sangat keliru dengan perasaanya. Betulkah dia sudah jatuh cinta? Ezo tak tahu. Dia tak pandai menilai hatinya sendiri.

‘Kalau aku tak ada hard feeling pada Kyra, kenapa aku terluka. Terluka bila Kyra memainkan perasaan aku? Kecewa apabila Kyra menyamakan perasaannya dengan 100 ringgit. Kenapa?’

‘Oh, Ezo… bukankah kau sudah mengaku… kau sudah jatuh cinta pada dia. Kenapa kau nak nafikan lagi. Jangan jadi bodoh Ezo. Jangan ego. Kyra dah berubah.’

Ezo meraup mukanya. Dia pening. Kepalanya berasa sakit. Sedari tadi dia berperang dengan perasaannya. Melawan bisikan hatinya.

Ezo sedikit tersentak apabila handphonenya bergetar. Pantas Ezo mengangkat handphonenya. Pasti Kyra. Ezo melihat skrin handphone. Melihat nama pemanggil.

Ezo mengeluh. Bukan Kyra. Tapi uminya. Dengan lemah, Ezo menjawab panggilan dari uminya.

10 comments:

yana aryana said...

suke..suke..suke...!!!!

hahahaha, paham jer..;-D

hurm...bile la dorang nk jd real loving couple...???
mst sweet....
;-D

pipvz devil said...

faham cikgu..y kaler biru 2 blue,y kaler etam 2 black..aah y kaler puth 2 yellow kn cikgu kn kn kn..hahaha..bez nyer knape la tiap kli bce cite ni rse mcm xcukup pnjng.kejap je dah abiz..2 makne nyerrrr...cite ni bez..bru bce aik dah abizzz..nk lg..nk lg..nk lg..hehehe..

Anonymous said...

sambung cpt...bestlh

♥cikHanNa ♥ said...

sukenya!!!...
hehehe~

writer: teruskan~

aiRiNa_aiNuN said...

best...smbg lg...

emo kaco said...

ntah nape atie aku sakit bila ezo wt kyra mcm 2..xpe kyra..brikn ezo mse..pe kte kalu kyra prgi bcuti..leh tnangkn fkiran..kalu ezo msh dgn dendm nyer pe sush..lepaskn ezo dr hatimu..kumbng bkn seko..hahaha..emo lah plak..

Kim ManDa said...

wahaha...

Nina Aziz said...

wahhhh~~~
huhuhu...
ezo relax la...klo dh ske tu call je la kyra blik...

heehhe

best2...
nk lgi bley x??

Nisha said...

=) karya yang sedap dibaca. tahniah. tapi saya ada sedikit komen: ambil dari sudut positif ya! :)

seperti mana saya sayang bahasa melayu, seperti itu juga saya sayang bahasa inggeris. bila saya baca karya awak, saya rase menarik tapi banyak sangat kelemahan bahasa inggeris pada hampir setiap ayat yang awak gunakan.

cth:

awak tulis:
Ezo have some debate in his heart.

bahasa inggeris yang tepat:

Ezo HAS some DEBATES in his heart

dan banyak lagi. saya harap awak dapat proof-read karya awak terlebih dahulu sebelum di publish. :)

ambil dari sudut positif ya! :)

Anonymous said...

Dear Nisha... hehe. Sy kawan penulis. Will tell her. Take note. Suruh dia double check her grammar before publish. Dia mmg malas nk double check. Bt sy akn suruh juga for her next karya once dia balik. =) Thanx 4 d comment.