Wednesday, November 24, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -15-


Sudah seminggu Kyra tidak bekerja. Dia duduk di rumah saja. Badannya panas. Dia demam panas. Selera makannya hilang. Keadaan Kyra merungsingkan Tan Sri Haidar. Tan Sri Haidar yakin, Kyra demam pasti ada kaitan dengan Ezo. Tapi apa masalah mereka?

Tan Sri Haidar ingin bertanya tapi dia tiada kekuatan. Dia tak mahu membuat Kyra bertambah sedih. Sebak hati Tan Sri Haidar melihat keadaan Kyra. Demam Kyra sudah kebah tapi Kyra nampak tak bermaya. Perasaan Tan Sri Haidar membuak-buak ingin tahu apa yang telah Ezo lakukan.

Akhirnya, Tan Sri Haidar memutuskan untuk berjumpa dengan Ezo. Bukannya dia mahu memarahi Ezo. Tetapi dia mahu tanya Ezo, apa yang terjadi sebenarnya? Tan Sri Haidar sedar bahawa Ezo memberi impak yang besar pada Kyra. Diam-diam, Tan Sri Haidar mencari nombor telefon Ezo di handphone Kyra. Kemudian, dia mengajak Ezo untuk bertemu. Ezo tidak membantah. Dia hanya menurut.

_____________________________________________________________

Seperti yang telah dijanjikan, Tan Sri Haidar bertemu dengan Ezo di sebuah kafe. Tan Sri Haidar hanya memesan hot cappuccino manakala Ezo memesan Milo Iced. Dari tadi Tan Sri Haidar memerhatikan Ezo. Ezo tampak bersahaja. Santai. Pelik Tan Sri Haidar dibuatnya.

“Kenapa daddy nak jumpa saya?” soal Ezo sopan.

“Tak boleh ke?” duga Tan Sri Haidar bersama senyuman.

Ezo gelak kecil. “Apa salahnya. Saya tak kisah pun.”

“Hmm, macam mana business Erwan?” soal Tan Sri Haidar. Dia tak mahu tergopoh-gopoh menyoal Ezo tentang Kyra.

“So far so good. Biasalah daddy. Kadang-kadang ada problem juga.”

Tan Sri Haidar mengangguk kecil. Dia menyisip minumannya seketika. Kemudian, dia memandang Ezo semula. “Parents Erwan sihat?”

Ezo tarik senyum segaris. “Sihat daddy. Oh ya… mereka kirim salam.”

Tan Sri Haidar menjawab salam dalam hati.

Sementara Tan Sri Haidar sedang menyusun kata, Ezo gelisah di tempat duduknya. Dia tiada topik untuk dibualkan. Dia mula rasa kekok. Ezo cuba mengawal dirinya dengan minum minumannya.

Tan Sri Haidar memandang Ezo. “Erwan tak jumpa Kyra ke sejak akhir-akhir ni?”

Gulp! Alamak! Apa nak jawab ni? Takkan nak jawab tak? Logik ke kalau couple yang tengah hangat bercinta sampai nak bertunang tak jumpa selama seminggu? Logik la kalau pasangan dia tu duduk jauh. Sabah ke, Sarawak ke, Perlis ke… Tapi… dia dengan Kyra duduk kat KL je pun. Pasti bersua sesekali. Nampaknya, terpaksa Ezo menipu. Demi permainannya dengan Kyra.

“Ada daddy. Kenapa daddy tanya?”

Ternaik kening Tan Sri Haidar. Bila masa pulak Ezo jumpa Kyra. Seminggu anaknya itu terperap di rumah. Tak keluar-keluar…

“Bila kamu jumpa dia?”

Ezo mengurut tengkuknya. “Err, rabu lepas…”

Ezo mengigit bibir. ‘Pandai-pandai je cakap rabu lepas. Mana ada aku jumpa Kyra? Masaklah kalau kantoi,’ desis hati Ezo.

Tan Sri Haidar berfikir sejenak. Rabu lepas? Eh, pelik ni. “Hmm, kat mana kamu jumpa dia?”

Bertambah gelisah Ezo dengan soalan-soalan dari Tan Sri Haidar. Makin lama, makin banyak penipuan yang dia lakukan.

“Erwan…,” panggil Tan Sri Haidar apabila Ezo seakan berkhayal.

“Ah? Ada apa daddy?” soal Ezo terpinga-pinga.

Tan Sri Haidar mengeluh kecil. “Daddy tanya… kat mana Erwan jumpa Kyra?”

Ezo mengangguk kecil. “Err… waktu lunch… kitorang lunch sama-sama. Saya ambik dia kat office.”

Tercenggang Tan Sri Haidar. Lunch? Ezo tipu ke? Kyra tak pernah keluar rumah. Muka pun macam mayat hidup. Dan… bila masa pulak Kyra ada kat office. Sah! Ezo tipu pada dia.

“Erwan… betul ke kamu keluar dengan Kyra?” tanya Tan Sri Haidar sekadar ingin menguji.

Gulp! Ezo terdiam. Tekaknya terasa berpasir. Pandangan Tan Sri Haidar membuatkan Ezo serba salah. Lalu, dia menundukkan wajahnya. Merenung lantai. Dia bukanlah seorang yang pandai berbohong.

“Kamu tahu apa yang jadi kat Kyra?” soal Tan Sri Haidar lagi.

Nadanya tidak tinggi. Tiada tanda-tanda marah. Nada Tan Sri Haidar perlahan je. Bunyinya macam kesal dan berduka saja. Ezo dihambat rasa bersalah.

“Err… saya… daddy, saya… saya―”

Tan Sri Haidar memotong kata-kata Ezo. “Apa dah jadi sebenarnya? Kyra ada buat salah ke?” soal Tan Sri Haidar sedih.

Dia tak mahu salahkan Ezo. Dia mahu mengetahui punca masalah mereka. Tan Sri Haidar sedar dan dia juga tahu perangai anaknya. Dia sudah masak dengan perangai Kyra. Kyra suka cakap lepas. Kyra tidak pandai hormatkan orang. Mungkin Kyra sudah melukakan hati Ezo. Siapa tahu…

Ezo melepaskan keluhan. Dia tiada kekuatan untuk membaritahu Tan Sri Haidar. Dia rasa malu. Takkan dia mahu buka pekung di dada? Cintanya dihina, dipandang rendah, dipijak-pijak. Takkan dia mahi beritahu Tan Sri Haidar bahawa Kyra sudah mempermainkan hatinya?

Tan Sri Haidar membetulkan duduknya. “Erwan… daddy tak tahu apa masalah kamu berdua. Tapi, kalau Kyra ada buat salah, maafkanlah dia. Daddy tahu kata-kata Kyra berbisa, boleh buat orang terasa. Tapi, maafkanlah dia. Dia dah berubah, Erwan. Sejak kenal kamu, dia sudah banyak berubah. Terlalu drastik perubahan dia. Dan semuanya sebab kamu. Daddy tahu dia sayangkan kamu. Maafkanlah dia,” pujuk Tan Sri Haidar lirih.

Ezo terkedu. Terkesima. Tergamam. Biar benar? Tapi… hati Ezo masih sakit. Dia terlalu kecewa. Lukanya terlalu dalam. Itu cinta pertama Ezo. Hanya Allah saja yang tahu bertapa Ezo terluka mendengar setiap hinaan dari Kyra.

“Maafkanlah dia Erwan. Sudah seminggu dia duduk kat rumah. Badannya dah susut. Dia demam panas. Tapi sekarang dah okey. Cuma… dia asyik termenung. Tak makan. Tak cakap.” Sayu nada Tan Sri Haidar. Kolam matanya panas.

Hati Ezo bagaikan dijentik sesuatu yang berbisa. Sakit. Dia rasa bersalah apabila melihat keadaan Tan Sri Haidar. Dia tak sampai hati untuk menghampakan Tan Sri Haidar.

“Daddy jangan risau. Saya akan selesaikan masalah saya dengan dia. Maaf sebab menyusahkan daddy,” ucap Ezo lembut.

Tan Sri Haidar mengenggam tangan Ezo. “Kamu jumpa dia ya. Jumpalah Kyra. Dia rindukan kamu. Janji dengan daddy, ya?”

Ezo mengangguk perlahan. “Ya, daddy. Saya akan jumpa dia.

Ezo berdiri di hadapan pintu bilik tidur Kyra. Tan Sri Haidar yang membawanya ke sini selepas pertemuan mereka di kafe. Ezo mula menimbang-nimbang. Nak ketuk atau tak. Nak masuk atau tak.

Sudah lama dia tidak bertemu Kyra. Sudah lama dia tidak menatap wajah Kyra, senyuman Kyra, wajah Kyra yang marah, wajah Kyra yang comel. Terbit rasa rindu di dasar hati Ezo. Dia mula berdebar-debar.

Lama dia berdiri di depan pintu itu. Akhirnya dia beranikan diri untuk mengetuk pintu itu. Ezo menunggu respon dari Kyra.

Sepi.

Ezo ketuk sekali lagi. Lama dia tunggu tapi tetap tiada respon.

Pintu diketuk lagi. Kali ini lebih kuat.

Masih sepi.

Akhirnya, Ezo memutuskan untuk membuka saja pintu itu. Tombol di pulas. Kemudian, dia mula mengintai. Matanya memerhatikan keadaan bilik Kyra. Tiba-tiba, matanya tertancap pada sebatang tubuh yang sedang duduk di balkoni.

‘Hey, dia ada kat balkoni. Takkan tak perasan aku datang kot,’ fikir Ezo dalam hati.

Ezo mula melangkah masuk. Pintu dibiar terbuka. Tak manis pula berdua dengan Kyra dalam bilik ni. Dia memerhatikan tubuh Kyra. Ya, memang benar. Badan gadis itu sudah susut. Apa yang berlaku sebenarnya?

Ezo berdehem. Dia tak tahu nak cakap apa. Dia berdehem jelah. Mengharapkan Kyra akan berpaling dan menyedari kedatangannya.

Tepat seperti sangkaan Ezo, Kyra terus berpaling. Rambut Kyra yang panjang beralun cantik. Macam iklan syampu saja. Ezo terpaku.

Apabila Kyra berpaling, dia ternampak tubuh Ezo. Terkesima Kyra. Dia cuba mengecilkan matanya. Menumpukan perhatiannya pada tubug itu. Benarkah itu Ezo? Adakah Kyra bermimpi? Adakah Kyra berilusi? Matanya dipejam beberapa kali. Tapi Ezo tetap berada di situ.

Ezo hampir tergelak melihat reaksi Kyra. Tentu saja Kyra tidak percaya yang dia kini berada di bilik Kyra. Ezo menghela nafas. Dia memandang Kyra. “Awak tak bermimpi. Ini saya,” ucap Ezo.

Kyra tersedar. Bergetar bibirnya. “Ma… macam mana awak… masuk bilik saya?” soal Kyra gugup.

Ezo menjongketkan bahunya sedikit. Dia tidak menjawab soalan Kyra.

Kyra memegang kepalanya. Alamak! Dia tidak bertudung. Terus Kyra berlari ke dalam bilik dan mengambil selendangnya. Dia menutupi rambutnya dengan selendang.

Ezo hanya memerhati gelagat Kyra. Kakinya melangkah ke balkoni. Lebih elok dia berada di situ. Kalau ikutkan hati, memang Ezo tak nak masuk bilik anak dara orang. Tapi Tan Sri Haidar yang mendesak.

Kyra mendekati Ezo. Dadanya berdebar-debar. “Awak buat apa kat sini?” soal Kyra perlahan.

Tanpa memandang Kyra, Ezo menjawab, “Jumpa future wife… tak boleh ke?”

Kyra terkedu. Sangkanya Ezo akan membatalkan perkahwinan mereka. Tapi ternyata sangkaannya salah. Kyra diam. Tak tahu nak cakap apa. Dia rindukan Ezo. Terlalu rindukan Ezo. Dan sebab rindunya yang mendalam, Kyra tiada selera nak makan, tiada mood untuk berbual, keluar atau pergi ke pejabat. Walaupun dia rindu pada Ezo, tapi lidahnya kelu untuk berkata-kata.

Ezo memeluk tubuh. “Family saya tak dapat pinang awak minggu ni. Sorry. Sepatutnya minggu ni kan? Hmm, insyaAllah family saya akan datang meminang awak next week. Awak bersedialah,” tutur Ezo bersahaja.

Kyra menelan air liur. “Err… Ezo…”

Ezo memandang Kyra.

“Kenapa awak nak teruskan perkahwinan ni? Kalau awak nak hentikan, saya tak kisah. Saya tak kan minta ganti rugi. Awak boleh bebas,” ucap Kyra serba salah.

Kyra tak mahu Ezo berasa terpaksa. Dia tak mahu menyekat kebebasan Ezo. Dia tak mahu menyeksa Ezo.

“Kenapa awak cakap macam ni?” tanya Ezo sambil merenung Kyra.

Renungang dari Ezo membuatkan jantung Kyra berdegup lagi pantas.

“Err.. emm… last time… awak cakap dalam phone… awak… awak benci saya.” Begitu payah Kyra menuturkan bicaranya.

Hati Kyra bagai ditoreh dengan pisau saat mengucapkan Ezo membenci dirinya. Kyra membuang pandang. Dia tidak memandang Ezo. Dia takut. Dia berdebar.

Ezo menghela nafas. Kemudian, dia melepaskan keluahan berat. “Lupakan pasal hal tu. Kita teruskan saja perkahwinan kita.”

“Tapi kenapa?” soal Kyra ingin tahu.

“Awak jangan banyak tanya boleh tak?” Nada Ezo naik sedikit.

Terperanjat Kyra. Terdiam terus.

Ezo mendengus. Dia tak marah Kyra. Tetapi dia marah dirinya sendiri kerana meninggikan suara pada Kyra. Entah mengapa, bila dia bertemu Kyra, perasaan sedihnya hilang. Lukanya seakan-akan terubat. Hatinya tidak berasa sakit. Dia kesian melihat keadaan Kyra. Muka Kyra pucat. Mata Kyra sembab. Badan Kyra cengkung. Mahu saja dia memeluk Kyra. Menenangkan Kyra. Menceriakan Kyra. Tapi dia masih sedar batas pergaulannya.

“Daddy kata awak demam panas…,” ucap Ezo memecahkan tembok kesepian antara mereka.

Spontan, Kyra memandang Ezo. Air liur ditelan. ‘Kenapa daddy bagitahu Ezo?’ soal Kyra dalam hati.

“Awak dah okey?” soal Ezo berbaur prihatin.

Kyra hanya mengangguk perlahan.

“Baguslah. Jangan sakit lagi. Saya tak suka tengok awak sakit. Satu lagi, saya tak suka bakal isteri saya murung je. Tak makan. Saya tak suka. Saya tak suka badan awak cengkung. Mata awak sembab. Satu lagi, saya nak awak mula kerja esok.”

Kyra terdiam. Kata-kata Ezo meresap ke dalam kalbunya. Tanpa sedar, dia rasa gembira dengan kata-kata Ezo. Ezo seolah-olah prihatin padanya. Kyra senyum nipis. Ezo tidak membencinya lagi. Ezo bercakap dengannya dengan nada lembut. Tidak kasar. Dan… dan Ezo ambil berat padanya.


6 comments:

.:kiwi:. said...

I'm falling in ♥! huhu
Best²! ske²!

Zuera, sorry la eh. kite mmg mcm ni.. terlebih emosi.. haha

aiRiNa_aiNuN said...

wah ske gler2 ngn n3 kali nie...
ad button like x??? huhuhu
best bile dorg da berdamai...

x sbr tggu next n3...keep it up k..

pipvz devil said...

hah mcm ni ler..bru btmbh200x bez..buang y kruh amik y jrneh..xpyh ler nk dendm lme2 sgt..hrp2 ezo trima kyra dgn hati y ikhlas..bkn sbb simpti..ye lah kn atie tgh mare..n3 kali ni mng aku nti kn..biar ezo tgk sndry pe jd ngan kyra..kuang..kuang..kuang..

♥cikHanNa ♥ said...

yeah~ suke2
ada prkembngn.
harap2 dioarng terus berbaik.

Nina Aziz said...

wahhh ttbe nmpk bunga2....ehhehe

likelikelikelikelike x100
huhuhu terpakse create butang like sndri plak...heheheh

Kim Seungie y0seob2st said...

ahh cutenyer!!! like like like!! <3<3