Tuesday, November 23, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -14-


Seminggu berlalu. Kyra dengan hidup Kyra. Ezo dengan hidup Ezo. Kadang-kadang Kyra rasa pelik. Pelik dengan dirinya sendiri. Dia sudah tidak kenal dengan dirinya sendiri. Satu ayat yang sering bermain di fikiran Kyra ialah ‘I am not who I am.’ Kyra merasakan dia sudah lain.

Dulu, Kyra tak pernah ambil tahu hal orang lain. Kyra tak pernah ambil kisah tentang apa yang orang rasa. Tapi sekarang Kyra terlalu berhati-hati apabila berkata-kata. Yani buat silap pun Kyra tak melenting. Walaupun sudah jelas lagi nyata yang Yani tu cuai. Kyra cuma cakap ‘Tak apalah Yani. Lain kali jangan ulang lagi.

Dulu Kyra tidak suka senyum, dulu Kyra tak suka berbual dengan pembantu rumahnya, dulu Kyra tak suka bergaul dengan pekerjanya. Tapi sekarang semua dah berubah. Hakikatnya, semua orang pelik dengan Kyra. Tan Sri Haidar pun rasa pelik. Kyra tampak lain. Seolah-olah Kyra bukan dirinya lagi. Namun, dasar hati Tan Sri Haidar mengatakan bahawa dia suka dengan perubahan Kyra. Anaknya itu sudah tidak sombong lagi. Sudah pandai tersenyum. Sudah tidak marah-marah. Tan Sri Haidar selalu pening kepala melayan karenah Kyra yang degil tu.

Sungguh drastik perubahan Kyra. Terlalu drastik. Sehinggakan ada orang menyangka Kyra telah dipukau. Kyra sudah pandai menutup aurat. Baju-baju berjenama yang seksi sudah di buang. Walaupun mahal, Kyra campak saje ke tong sampah. Almari pakaian Kyra kini penuh dengan baju kurung. Selendang pun banyak. Pelik. Terlalu pelik.

Lepas tu, Kyra mula belajar solat. Sejak masuk universiti, Kyra sudah pandai tinggal solat. Dia sudah lupa pesan daddynya. Dia lalai. Pelik tak? Mesti pelik kan? Kyra mula pulang ke jalan yang benar. Jalan yang lurus. Jalan yang diredhai Allah. Takkan semua yang dia buat sebab Ezo? Takkan Ezo memberi effect yang besar pada Kyra?

Nah!!! Bukan sebab Ezo saje. Sebenarnya, pada hari Kyra memaki hamun Ezo, dia mendapat satu mimpi. Mimpi itu begitu ngeri. Dan mimpi itu sering menganggu Kyra sehingga kini. Setiap malam, Kyra akan dapat mimpi yang sama. Dia mimpi Ezo akan tinggalkannya di satu padang pasir. Cuaca waktu itu terik. Ezo memakai pakaian serba putih. Ezo tersenyum padanya. Kemudian Ezo menggelengkan wajahnya. Tidak lama kemudian, wajah Ezo diganti dengan wajah daddynya. Tan Sri Haidar turut memakai pakaian serba putih. Manis sekali wajah daddynya. Tapi wajah yang manis itu dicacatkan dengan air mata. Kyra ingin mengelap air mata itu tapi kakinya bagaikan diikat.

Setelah bayangan Tan Sri Haidar hilang, Kyra dikelilingi dengan api. Api yang marak. Kemudian, ada beberapa ekor ular mula mendekatinya. Kyra mula berpeluh-peluh. Rambutnya pula bagaikan dibakar. Kyra takut. Mimpi itu yang membuat Kyra tak senang duduk. Tak lena tidur. Kemudian, Ezo pula menghilangkan diri. Dan tanpa sedar, Kyra mula merindui lelaki itu. Rindunya pada Ezo makin menebal dari hari ke hari. Dan akhirnya, Kyra tersedar sendiri. Dia sedar dia sudah banyak lakukan kesilapan. Mimpi yang ngeri itu selalu menganggu Kyra. Rindu pada Ezo membuatkan Kyra sesak nafas dan akhirnya dia jatuh tersungkur. Dia mula sedar.

Alfie banyak membantu Kyra. Begitu juga Farsha dan Kak Limah (pembantu rumah Kyra). Kyra mula rapat dengan Farsha. Farsha juga menyedarkan Kyra tentang betapa pentingnya solat. Kyra rasa malu pada dirinya sendiri.

Walaupun perubahan Kyra mengembirakan Tan Sri Haidar tetapi Tan Sri Haidar tetap risau. Bimbang dengan keadaan Kyra. Sejak belakangan ini, Kyra selalu murung. Tak banyak cakap. Gaduh dengan Ezo ke? Tan Sri Haidar tiada jawapan. Bila ditanya, Kyra hanya tersenyum.

________________________________________

Hari Ahad selalunya Kyra membeli belah di shopping complex. Buat rawatan muka. Re-style rambut. Tapi hari ni, Kyra hanya duduk di rumah. Termenung. Merenung handphone. Ini saje yang Kyra lakukan. Dia mengharapkan panggilan dari Ezo. Tapi tiada.

Untuk menghubungi Ezo, dia tiada keberanian. Ezo menghilangkan diri lagi. Kenapa? Argh… Kyra buntu. Masa terus berlalu. Kyra hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik. Dia mengimbas kembali saat-saat pertemuannya dengan Ezo. Kadang-kadang Kyra tersenyum. Lama-lama senyuman itu bertukar kepada air mata.

Kyra merindui Ezo. Kyra mula memeluk lutut. Air mata semakin deras mengalir.

‘Aku bodoh… aku jahat… Ezo benci aku… Ezo dah tak nak jumpa aku. Ezo tak nak maafkan aku. Semuanya sebab aku. Kenapa aku jahat sangat? Memang patut Ezo layan aku macam ni. Aku ego. Aku angkuh. Aku jahat. Aku tak layak untuk berkawan dengan Ezo. Ezo baik. Ezo tak macam aku. Tapi… tapi aku suka Ezo. Aku tak sedar bila aku suka dia tapi aku suka tengok muka Ezo. Ezo comel. Ezo kacak. Mata Ezo biru. Pertama kali tengok dia, aku dah terpikat. Tapi aku prejudis. Pada pandangan aku, orang handsome macam Ezo tu semuanya jahat. Semuanya hanya tahu ambil kesempatan. Pasti Ezo ramai teman wanita. Sebab tu aku selalu sakitkan hati dia. Aku suka sindir Ezo. Aku suka maki dia. Biar padan muka Ezo. Ezo suka flirt dengan aku. Sebab tu, aku ingat dia nak main-mainkan aku je. Tapi sebenarnya sangkaan ku salah. Ezo tak macam tu. Ezo tak pernah ambil kesempatan. Lama kelamaan, aku mula jatuh sayang pada dia. Tapi semua sudah terlambat. Ezo benci aku.’

“Ezo… I miss you. Miss you damn much,” ucap Kyra sayu. Dia masih memeluk lututnya.

Kyra mengetap bibir. Hatinya pedih menanggung rindu. Perlahan-lahan dia mengambil handphonenya. Dia ingin menelefon Ezo. Pedulikan rasa malu. Buang ego dalam diri. Kalau sudah rindu, telefon saja. Kyra mencari-cari nama Ezo dalam senarai contact. Kemudian, dia merenung nama Ezo. Ya, dia nekad untuk menelefon Ezo. Air mata diseka. Dia cuba tenangkan diri sebelum menghubungi Ezo.

“Assalamualaikum,” ucap Ezo.

Berdebar dada Kyra tatkala mendengar suara Ezo. Sudah seminggu dia tidak mendengar suara itu.

“Hello… Kyra… are you there?” soal Ezo apabila Kyra hanya diam.

Kyra menelan air liurnya. Handphone dirapatkan ke telinga. “Waalaikumsalam,” ucap Kyra terketar-ketar.

Diam. Kyra menunggu bicara Ezo. Tapi Ezo masih diam.

Beberapa saat kemudian, baru Ezo berbicara. “Ada apa ni?” soal Ezo bersahaja.

“Tak… takde apa-apa,” jawab Kyra gugup.

Sungguh! Kyra rasa gugup. Dia mula nervous. Macam nak cakap dengan Perdana Menteri je.

“So, kenapa call?”

“Err… saje. Kenapa awak tak jumpa saya?”

Ezo tergelak kecil. “Jumpa awak? Buat apa?”

Kyra menelan air liur lagi. Tangannya digenggam. “Hmm… awak… awak tengah buat apa?”

Kyra memejamkan matanya. Malunya. Kenapa dia soal soalan bodoh macam tu?

“Kyra… awak nak apa sebenarnya?” Nada Ezo sedikit tinggi.

Kyra tersentak. “Err, saya nak jumpa awak, boleh?”

“Hah? Pasal hal kita ke?”

“Hmm…”

“Err… tak bolehlah. Hari ni saya ada hal. Saya jumpa awak esok jelah.”

Kecewa. Hampa. Kyra mengigit bibir. “Err, takpelah kalau macam tu…,” balas Kyra lemah.

“Okaylah. Saya letak dulu.”

“Err… Ezo,” panggil Kyra cemas.

“Hmm, ada apa lagi?” soal Ezo malas.

Kyra menghela nafas. “Awak… awak masih marah saya ke?” soal Kyra berani.

“Hah? Marah? Sebab apa?”

“Err… pasal saya marah awak. Saya hina awak.”

Diam.

Kyra menarik nafas dalam. “Look Ezo, I’m so sorry. Saya tahu saya over hari tu. Saya tahu awak sakit hati. Saya tahu awak marah. Saya tahu awak benci saya. Tapi… boleh tak awak―”

“Kyra… I don’t want to talk about this. You never know how much I hurt by your flipping words. You never know my feeling. You have no idea at all. I hate you. I hate you when you easily insult me. I hate you when you simply tease me. I hate you when you said that I’m gigolo. I hate when you throw my dignity into dustbin. You never know how much I hate you.”

Air mata mula jatuh membasahi pipi Kyra. Kata-kata Ezo menikam kalbunya. Hatinya bagai ditoreh.

“Ezo… I’m so sorry. Saya minta maaf. Can’t you forgive me?”

“Not when you insulted me. Awak tahu tak awak tu menjengkelkan. Saya benci awak. Sangat bencikan awak. Suka hati awak je hina saya. Awak ingat awak tu siapa? Saya dah lama menyampah dengan awak. Awak berlagak. Awak ego. Awak baran. I hate you. I hate you so much Kyra Nurailiz Haidar.”

Terhinjut-hinjut bahu Kyra menahan tangis. Pipinya sudah lencun dengan air mata.

“I’m so sorry Ezo. Salah saya. Saya memang teruk. Saya berlagak. Saya ego. Maafkan saya.”

“I’m sorry Kyra. I can’t forgive you. You are too much. Hati saya masih sakit. Saya boleh terima kalau awak cakap saya pakai baju curi. Saya boleh terima kalau awak kata saya pakai perfume tiruan. Saya boleh terima kalau awak kata saya miskin. Tapi bila awak hina perasaan saya, awak mainkan perasaan saya, saya tak boleh terima. Saya tak nak duit awak. You hurt me so much, Kyra Nurailiz.”

Berkerut dahi Kyra. “Saya tak hina perasaan awak. Saya tak mainkan perasaan awak. Kenapa awak cakap macam tu?”

“Bila saya cakap saya suka awak, I really mean it. Tapi awak tuduh saya. Awak kata saya hanya nakkan duit awak. Awak hina saya, Kyra. Saya ikhlas temankan awak menangis hari tu. Waktu awak nampak ex awak. Saya ikhlas nak temankan awak. Comfort awak… sebab saya suka awak. Tapi awak… awak tak ucap terima kasih pun. Awak bagi saya 100 ringgit. Awak ingat saya ni apa? Awak ingat saya nak duit awak? For your information, saya setuju kahwin dengan awak bukan sebab duit awak. Bukan juga sebab harta awak. Saya tak hairan. Jika awak jatuh muflis pun, saya akan tetap kahwini awak. Sebab saya cintakan awak. Tapi awak langsung tak hargai perasaan saya. Awak permainkan perasaan saya.”

Kyra terpempan. ‘Sebab saya cintakan awak.’ Betulkah? Ezo mencintai Kyra? Tapi sejak bila?

“Saya tak boleh maafkan awak Kyra. Awak dah hancurkan maruah saya. Awak kejam. Awak sangat kejam Kyra. Saya sedar kita hanya kahwin kontrak. Tapi saya yakin awak akan jatuh cinta dengan saya. Saya buat semua ni sebab saya dah mula sukakan awak. In fact, saya mula terpikat dengan awak waktu pertama kali kita berjumpa Kyra. Awak ingat saya nak bagi nombor phone saya, kalau saya tak suka awak? Awak minta nombor phone saya. I’m so happy that time. I thought you have the same feeling with me but you just want to use me. You want me to be your husband,” luah Ezo perlahan.

Kyra menekan dadanya. Hatinya begitu pedih saat ini. Dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin gambarkan kesedihannya. Semuanya berlaku dengan pantas. Kyra tak pernah tahu Ezo menyukainya. Kyra tak pernah sangka.

“At first, I was fine with it. Saya setuju dengan cadangan awak sebab saya nak dekat dengan awak. Saya nak bersama awak. Saya tutup telinga saya bila awak hina saya. Tapi saya tak boleh terima bila awak hina perasaan saya pada awak. Saya tak pernah rasa perasaan macam ni. Pertama kali saya jatuh cinta, tapi awak hina perasaan saya dengan kekayaan awak. Awak anggap saya nak duit awak.”

“Ezo… saya tak tahu. Saya tak tahu awak suka saya. Saya tak tahu—”

“Saya belum habis cakap lagi Kyra. Biar saya selesaikan hari ni. Saya tak kisah kalau awak tak ada perasaan pada saya. Saya tak kisah. Tapi saya tak boleh terima bila awak hina perasaan saya. Saya cakap dengan jujur yang saya suka awak. Saya tak pernah kata macam tu pada mana-mana perempuan. Awak dah hancurkan hati saya Kyra. Perasaan saya pada awak tidak ternilai. Perasaan saya pada awak bukan berharga 100 ringgit. Saya benci awak. Saya sangat bencikan awak.”

Kyra menyeka air matanya. “Ezo… saya cintakan awak. Saya cintakan awak.”

Diam. Tiada respon.

“Ezo… I love you so much. Maafkan saya. Maafkan saya Ezo. Saya cintakan awak. Maafkan saya. Saya ego. Maafkan saya.”

Kyra terdengar Ezo tergelak kecil. “Sudahlah Kyra. Saya dah penat. Awak hanya berlakon kan? Awak nak sedapkan hati saya? It’s okay, Kyra. Hati saya dah lama terluka. Awak takut saya batalkan kontrak kita? Jangan risau. Perkahwinan kita akan diteruskan juga. Assalamualaikum.”

Ezo mematikan talian.

Kyra melepaskan tangisannya. Teresak-esak Kyra. Dia sudah kecewakan hati seorang lelaki. Dia kecewakan Ezo. Dia lukakan hati Ezo.

‘Ezo… aku tak tahu. Aku tak tahu kau cintakan aku. Aku minta maaf. Aku takde niat nak mainkan perasaan kau. Aku takde niat nak kecewakan kau. Aku minta maaf Ezo. Aku minta maaf,’ ucap Kyra dalam hati.

Hati Kyra begitu pedih. Hatinya bagai dicucuk-cucuk. Dia memegang dada. Nafasnya tidak teratur. Ezo membenci dirinya. Ezo membencinya. Apa yang patut Kyra lakukan? Ezo membenci Kyra. Argh… kenyataan yang pahit untuk Kyra telan. Kyra mengigit bibir. Badannya mengigil. Kata-kata Ezo benar-benar membuatkan Kyra sedih. Kyra tak pernah tahu Ezo menyukainya. Kyra tak tahu. Oh Tuhan, apa yang patut dia lakukan? Dia juga mencintai Ezo. Tapi… hati Ezo benar-benar terluka. Kata-kata Ezo mengcengkam jiwa.

Kyra teringat semula saat mereka di tasik. Saat dia menangis di dalam kereta bersama Ezo. Saat itu, dia telah melukakan hati Ezo.

______________________________________________________________

*Flashback*

“Sudahlah… janganlah sedih lagi. Dia dah ada orang lain. Awakkan ada saya?”

Ezo cuba menceriakan suasana.

Kyra tarik muncung. “I ada you?” soal Kyra pelik.

“Yelah… saya suka awak.” Pengakuan jujur dari Ezo.

Kyra menyeka air matanya dengan sapu tangan Ezo. “You suka I atau you suka duit I?”

“Kenapa awak cakap macam tu?” soal Ezo sedikit geram. Dia terasa dengan kata-kata Kyra.

Kyra sudah tenang. Mood dia sudah okey sedikit. Oleh itu, mulutnya lancang saja berkata-kata.

“Jangan ingat I bodoh, okay. You nak duit I je kan?”

“Tak!” jawab Ezo sedikit emosi.

Suasana yang tadinya sedih sudah bertukar sedikit dingin. Kyra ni memanglah. Tadi menangis. Tak malu pulak tu. Nangis depan Ezo. Selamba je. Tak tercalar pulak ego dia. Sekarang, dia nak tuduh Ezo yang bukan-bukan pulak. Kyra, Kyra… prejudis aje.

“Kalau you tak nak duit I, takkan you terima proposal I? Kalau you tak nak duit I, kenapa you guna 100 ribu yang I bagi you? Nah, ambik duit ni. Thanks cuz dengar I menangis.” Kyra menghulurkan not 50 dua keping.

Tercenggang Ezo. Hatinya mula membara. Dia marah. Dia geram. Kata-kata Kyra begitu pedih. Umpama pisau yang menikam-nikam dadanya. Kyra ingat Ezo ni apa? Kucing? Anjing?

“I tahu you suka naik kereta mewah I ni. Sebab tu you nak drive. Tak nak lepaskan peluang drive kereta mewah macam ni kan? You mana ada kereta macam ni? You ada kancil je,” tambah Kyra lagi.

Ezo sudah tidak mampu menahan perasaan. Dia merenung Kyra. Tajam sekali renungan Ezo. Penuh dengan api kemarahan. Well, Ezo manusia biasa juga. Dia pun tahu marah. Kata-kata Kyra memang melampau. Betul tak?

“Enough!” jerit Ezo.

“Wah… dah pandai marah nampak. Kenapa? You tak suka? I tahu lah… orang macam you ni…berlambak kat luar sana. Malas nak kerja. Inilah yang mampu you buat. Kikis duit orang. You tak ada rasa malu ke?”

“I said ENOUGH!! Better you shut your mouth now!” marah Ezo.

“Mulut I. Suka hati I lah. You ni kan… memang sampah masyarakat tahu tak. Berpelesaran sana sini. Tak ada hala tuju. Kikis duit perempuan. I pun you nak kikis kan. Minta upah sampai 500 ribu. Dasar pengkikis.”

Ezo mengepal penumbuk. Mahu saja dia tampar mulut Kyra yang celupar itu. Tapi dia masih waras. Ezo cuba menenangkan hatinya. Bumbung kereta ditutup. Enjin dihidupkan. Ezo mula memandu pulang.

________________________________________________________

Ezo mencampakkan telefonnya. Hatinya pedih. Air matanya mengalir buat pertama kali. Hatinya benar-benar terluka. Kenapa Kyra sanggup buat dia macam ni? Kenapa Kyra memainkan perasaanya? Dia sedar, Kyra hanya ingin gunakan dirinya. Kyra hanya mahu mengupahnya untuk menjadi suami dia. Ezo tahu. Ezo tahu Kyra tidak mencintainya. Tapi… Kyra tak patut hina perasaannya. Perasaannya bukan mainan. Pertama kali dia mempunyai perasaan terhadap perempuan. Pertama kali dia jatuh cinta. Selama 28 tahun dia hidup, dia tak pernah jatuh cinta. Kenapa dia harus menerima penghinaan di saat dia sudah jatuh cinta pada wanita itu?

Ezo akui. Pada mulanya, dia hanya mahu menyedarkan Kyra. Dia hanya mahu membuli Kyra. Ezo hanya suka Kyra. Ezo suka tengok muka Kyra yang comel. Mata Kyra yang bulat. Tapi lama kelamaan, perasaan suka bertukar pada cinta. Dia suka bila Kyra marah. Dia suka tengok pipi Kyra merah. Dia suka bila Kyra muncungkan mulutnya sebab terpaksa ikut katanya. Tapi Kyra sudah menghina perasaannya. Perasaannya bukan bernilai RM 100.

Ezo mengepal penumpuk. “Aku benci kau. Aku benci kau, Kyra. Kau kejam. Aku benci kau.” Air mata Ezo gugur satu persatu. Mulutnya kata benci tapi hatinya kata sayang.

“Kenapa kau layan aku macam ni Kyra? Kenapa kau seksa hati aku? Aku benci kau.”

Hatinya sakit bila Kyra mengatakan dirinya sampah masyarakat tapi hatinya lebih terluka bila Kyra menghina perasaan sucinya. Sudah lama dia pendam perasaannya. Hari ini, dia lepaskan segalanya.

__________________________________________________

Readers, ok x? Cam keliru eh? Aku pun keliru sikit. 2 la buat citer xde draf. Aku bantai je. Sorry la. Mmg citer ni cam kucar-kacir sikit. Tapi layan jelah. Aku meraban je apa yg terlintas di kepala. Hehe.


12 comments:

♥cikHanNa ♥ said...

takpe..
sy tetap tunggu sampai ending nnti

pipvz devil said...

waa da n3 bru ar..bguzzz..zuera..syg ko lebih..mcm ni lah slu..cpt je n3 bru mnyusul..hahaha..syg da makna 2~ lalalalalala...

Anonymous said...

xkesah ler merapu-meraban pun.. jnji aku suke jln citer nie...
klau bleh post n3 pnjg2 lg syok... haha. :)

.:kiwi:. said...

xde la... Okay la...
huuu sdeynye... time dah sedar pihak len lak yg dh twar hati... ~(T.T)~

Zuera.. awk ske buat kte nangis kan?? haha :DD

Zuera said...

cik hanna: tunggu, jgn x tunggu... hehe.

pipvz devil:syg ko jugak la. lately, aku da bole afal nama readers aku (sikit). sebab kowg selalu komen. nma ko pun aku ingt. thx. ^^

anonymous: suka panjang2? yg ni panjang x? huhu. 12 pg tau kt MS word. selalunya aku buat 6 pg je. hehe.

kiwi:hmm, thx kiwi. aku suka buat org menangis? ko nangis ke? huhu.

THX 4 ur COMMENTS. <3

Nina Aziz said...

wah triple like, x2 likelikelikelikelikelikelike x100

huhuhu ske2...

greeny gurlz said...

yeeeeyyy....terubat hati....
best4...
alamak...dua-dua terluka...sape nk satukan hati mereka...???
zuera....nk lagi...!!!!

Anonymous said...

waa, dh ada entry baru..bestnyaaa i loike..cpt2 smbng ek..thanks zuera..=)

Anor said...

tak ape walaupun Zuera rasa keliru tapi saya suke sgt citer ni. Akan tunggu sehingga endingnya. Sedih juga kali ni 2 sekali hati terluka. harap dapatlah hati yg terluka diubatikan dgn rasa kasih dan sayang.

Anonymous said...

haa suke sangat buat orng nangis! tengok huhu.. dh ngalir dh air mata ni!!! huhu sediyh giler seyh!!

hazimah said...

tak keliru pon .

aina aila said...

citer nie x kucar kacir pun sbb jalan citer dye best...mcm da kt alam realiti so fantastic..i love it...:D