Monday, November 22, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -13-


Beberapa minit kemudian, mereka selesai menjamu selera. Tan Sri Haidar masih lagi rancak berbual dengan Ezo. Nyata sekali Tan Sri Haidar menyenangi Ezo. Tan Sri Haidar memesan tiga hot coffee. Perbualan diteruskan dan Kyra masih menjadi pendengar.

“So, perniagaan Erwan okey? Maklumlah, sekarangkan ekonomi tengah gawat. Business pun gawatlah.”

Ezo tarik senyum. “Biasa jelah daddy. Indeks harga pengguna pun 2.12. Ekonomi tahun ni slow lah daddy. Tak dapat nak recover kerugian pada tahun 2009.”

Tan Sri Haidar mengangguk. Setuju dengan kata-kata Ezo. “In fact, pemulihan ekonomi negara kita banyak dibantu oleh pemulihan ekonomi dunia. Sebabnya ekonomi kita berorientasikan eksport. Sebab tulah…”

“Daddy boleh bayangkan tak, untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ni, ekonomi kita menguncup by 3.8% dan titik pemulihan hanya kelihatan pada suku keempat tahun 2009. And for this year, pertumbuhan KDNK(Keluaran Dalam Negara Kasar) diramal around 3 to 5%.” Ezo meluahkan pendapatnya.

“Such a small amount, huh? Kita gagal untuk bersaing dengan negara jiran. Sebab apa? Hah… sebab system pendidikan kita yang menjana para graduan tidak dapat memenuhi kehendak pasaran,” kata Tan Sri Haidar pula.

Ezo mengangguk setuju. “We are talking about knowledgeable worker but the fact is our worker don’t have any talent at all. Not innovative yet creative. Plus, ratio penduduk dengan pekerja-pekerja mahir sangat kecil compare to Singapore. So, macam mana kita nak capai ekonomi berpendapatan tinggi?”

Dahi Kyra berkerut. Matanya memandang Ezo, kemudian Tan Sri Haidar. ‘Apa yang mereka bualkan? Ekonomi? Tak hairanlah kalau daddy tahu pasal ekonomi in detail tapi Ezo? Ezo yang tak bekerja tu? How on earth he knows about economy in detail? Me myself pun tak tahu. I just know economy is not in good condition but why on earth Ezo know everything? It’s flipping weird,’ omel Kyra dalam hati.

“That’s why, young man. It’s so nice talking with you, okay. But could you please excuse me for a while?”

Ezo mengangguk. Tanda tidak kisah.

Tan Sri Haidar meninggalkan meja mereka dan menuju ke washroom. Tinggallah Kyra berdua dengan Ezo. Kyra mula gelisah. Tak senang duduk. Rasa berdebar bila berdua saja. Ezo diam. Kyra diam.

Lama juga mereka berkeadaan begitu. Kesepian antara mereka membuatkan Kyra terseksa. Kyra sungguh terseksa. Kenapa Ezo layan dia macam ni? Akhirnya Kyra memutuskan untuk memulakan perbualan.

“Well, how do you know about our current economy?” soal Kyra.

Ezo memandang Kyra sekilas. “Entah. Cakap jelah.”

“You read a lot, huh?”

“Maybe.”

Kyra menelan air liur. Nada Ezo sangat berbeza. Bila Ezo cakap dengan Tan Sri Haidar, nada dia mesra saja. Tapi sekarang… bila cakap dengan Kyra, nada Ezo dingin saje.

“Well, I thought that I’ve told you earlier that you shouldn’t force yourself to wear selendang and baju kurung,” kata Ezo selamba. Nadanya sedikit sinis.

Kyra mengetap bibir. Perlahan-lahan dia bersuara, “I like to.”

Ezo memandang Kyra sinis. “Oh really.”

Kyra cuba menahan rasa. Itu ayat penyata. Bukan soalan pun. Seolah-olah Ezo tidak mempercayai dirinya. Pedihnya hati Kyra. Kyra menundukkan wajahnya.

“Sayang nak dessert?” soal Ezo mesra.

Kyra terus mendongak. Terperanjat dengan kata-kata Ezo. Terperanjat dengan nada mesra dari Ezo. Namun, apabila Kyra mengangkat wajahnya, dia mulai faham. Ezo hanya berlakon. Tan Sri Haidar sudah berada di meja. Kyra pun tak sedar bila Tan Sri Haidar mendekati meja mereka.

“Kyra… awak nak dessert tak?” ulang Ezo.

Kyra menggeleng perlahan. Hatinya benar-benar pedih hari ni. Sangat pedih.

_____________________________________

Seminggu kemudian….

Sejak bertemu dengan Ezo di Restoran Michellete, Kyra tidak lagi berjumpa dengan Ezo. Call pun tidak. Ezo pun sama. Ezo menyepikan diri semula. Dalam tempoh seminggu ini, Kyra sering berlawan dengan perasaannya.

Hatinya mahu bertemu Ezo tapi akalnya melarang. Hatinya mahu menghubungi Ezo tapi akalnya kata jangan. Kyra pelik. Sungguh pelik. Setiap masa dia hanya memikirkan Ezo, Ezo dan Ezo. Dia mula tertekan.

Kyra menuju ke biliknya. Dia baru saja pulang dari Syarikat HT. Dia melihat meja Yani, setiausahanya. Kosong. Mana Yani pergi ni? Kyra memerhati sekeliling. Tak ada pun. Lalu Kyra terus menuju ke pintu biliknya. Dia mula melangkah masuk.

Terkaku kaki Kyra sewaktu melihat tubuh seorang lelaki sedang membelakangkannya. Lelaki itu sedang menikmati panorama Kuala Lumpur dari tingkat 20. Sekelip mata Kyra dapat meneka tubuh itu milik siapa. Tubuh itu milik Ezo. Kyra berdehem. Dan deheman Kyra membuatkan Ezo memusingkan badannya. Mereka kini berdepan.

Kyra membisu. Dia hanya memandang Ezo. Memerhatikan Ezo. Dan terbit rasa sebak di dasar hatinya. Dia merindui lelaki ini.

Ezo memeluk tubuh. Dia membalas pandangan Kyra. Keningnya terangkat. “So… what is your plan next?” soal Ezo bersahaja.

Kyra masih berdiri di situ. Tidak bergerak. Dahinya berkerut. “What plan?”

Ezo mengangkat bahunya sedikit. “Our marriage. You didn’t call me after we met at Michellete… Is that means you want to revoke the contract?”

Kyra melarikan pandangannya. Ezo menyeksa dirinya. Ezo membuatkan dia sesak nafas. Kyra tak suka. Kyra benci.

“So, you want to put an end to your game?” soal Ezo lagi.

Kyra menarik nafas. Mencari kekuatan. Kemudian, dia memandang Ezo. Dia menuju ke mejanya dan duduk di kerusi. Dia memandang Ezo sekali lagi. Kyra cuba bertegas. “The contract will not be revoke. So, have a seat first, Mr Ezo. I’ve something to discuss with you.”

Ezo menurut. Dia duduk di kerusi hadapan Kyra. Dia bersandar. Matanya hanya tertumpu pada laman wajah Kyra yang ayu. Terbit rasa kagum dalam diri Ezo.

“Well, Mr Ezo… As I planned, our marriage will be on November which means 3 months from now. So, have you tell your parents ‘bout me?”

Ezo geleng kepala. “Belum…”

“Takpe. You call your umi and tell her ‘bout us. Next 2 week, you hantar orang pinang I.”

Ezo tergelak kecil. Dan gelakan Ezo yang tampak sinis itu membuatkan darah merah menyerbu ke pipi Kyra. Malunya.

“Whoa… awak suruh saya pinang awak? For God sake, I just can’t believe it,” sindir Ezo.

Kyra menarik nafas. Dia menyandarkan badannya. “What happened to you?” soal Kyra lemah.

“What? What had happened? I’m okay…”

“You are acting like a jerk, you know.”

“What? Am I? Why should I?” soal Ezo lagi.

Kyra mengetap bibirnya. “Look Ezo… Boleh tak kalau kita berbaik je?”

“What did you mean?”

“Boleh tak kita berbaik. Jadi kawan. Saya penatlah. I hate the way you treat me. It’s hurt me, okay. I know I was wrong. So, I’m so so sorry. I’m begging you to stop being jerk, Ezo.”

Ezo menjeling Kyra. “Now you blame me for the damage you done?”

“Saya tak salahkan awak. Saya yang silap. Well, I’m not a good person. Saya mengaku. Tak boleh ke kita bebaik? Jadi kawan?” soal Kyra perlahan.

Hari ini dalam sejarah, Kyra merendahkan egonya. Dan semuanya demi lelaki bernama Ezo.

“Bebaik? Jadi kawan? Awak mimpi apa semalam ya? Mind to share with me? As far as I’m concerned, orang macam awak ni tak suka kawan dengan orang macam saya. Saya ni miskin, sampah masyarakat, gigolo and whatsoever. Takkan awak sanggup kawan dengan saya.”

Kyra terdiam. Kolam matanya mula panas. Dia tidak memandang Ezo. Tiada kekuatan untuk memandang wajah Ezo.

“Saya balik dulu. Just call me if you want discuss further about our contract. Assalamualaikum.”

Gugur air mata Kyra sewaktu Ezo menutup pintu biliknya. Kyra menekup wajahnya. Kenapa? Kenapa jadi macam ni? Apa yang perlu dia lakukan untuk dapatkan Ezo yang dulu. Kyra merindui Ezo yang dulu.

_________________________________________________

Ezo pulang ke rumahnya. Setelah pulang dari pejabat Kyra, Ezo tidak pulang ke pejabatnya. Dia menuju ke bowling centre. Fikirannya bercelaru. Ezo menghempaskan badannya ke atas katil. Lengan kanan diletak atas dahi.

‘Kenapa boleh jadi macam ni? Ini ke yang aku nak? Kyra… betul ke dia dah berubah? Tapi tadi… aku nampak… aku nampak kolam matanya berair. Dia menangis ke? Sebab aku? Tapi kenapa? Takkan dia nangis sebab aku. Kejam sangat ke aku ni? Tadi… tadi Kyra dah tak gunakan I-You. Dia gunakan saya-awak. Drastik betullah perubahan Kyra. Pelik. Sangat pelik,’ fikir Ezo dalam hati.

‘Boleh tak kita berbaik. Jadi kawan. Saya penatlah. I hate the way you treat me. It’s hurt me, okay. I know I was wrong. So, I’m so so sorry. I’m begging you to stop being jerk, Ezo.’

Ezo teringatkan kata-kata Kyra. Kyra nak mereka berbaik? Betulkah? Nak jadi kawan Ezo? Bukan selama ni Kyra anggap Ezo sebagai pekerja saja ke? Dan… kenapa Kyra kata dia benci cara Ezo melayannya. Kyra terseksa ke? Yang paling pelik ialah ‘I’m begging you to stop being jerk, Ezo.’

Ezo teringat pula hinaan Kyra padanya. Disebabkan hinaan itu, Ezo mula bekerja dengan syarikat abahnya. Memang syarikat Dream Shine mempunyai cawagan di Malaysia. Selama ini, orang lain yang uruskan tetapi kali ini Ezo yang uruskan syarikat abahnya. Dia tidak mahu dirinya dipandang rendah. Dihina sewenang-wenangnya. Ezo benar-benar terasa dengan kata-kata Kyra. Mulai detik itu, dia mula membenci Kyra. Dia akan membalas dendam pada gadis ego itu. Ezo nekad. Kyra perlu di ajar.


6 comments:

.:kiwi:. said...

xde butang like ke? nk like ni... haha c(=

greeny gurlz said...

Oh my...
so pity la kat kyra...akhirnya, terpaksa rendahkan ego demi cintanya pd Ezo...
Ezo, sudah2 la tu...

hazulfa said...

sakitnya perbuatan dari kata2....sian kyra..bila dh nk berubah peluang seolah2 tertutup...

aiRiNa_aiNuN said...

hohoho..bile ezo da terase hati...
kyra yang jd mangse..tp mmg drastik la perubahan kyra...ezo brjaya wt kyra berubh...hrp sngt ezo x dendam lame2 n sedar die slh wt cmtu...

ala terexcited komen plak..sori yer cik zuera..hehehe...cm bese nk lg n3 bru...

Anonymous said...

Ciannya Kyra.. apa plan Ezo sbnrnya nie.. kyra dh ok tp Ezo plak wt hal!!

Can't wait 4 d'next n3. :)

Nina Aziz said...

wahhh~~ best2