Sunday, November 21, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -12-


Kyra pulang ke rumah tepat jam 9 malam. Memang Kyra selalu pulang lewat. Nak balik awal pun buat apa. Di rumah, hanya ada Kak Limah, pembantu rumah Kyra. Tan Sri Haidar pun selalu je pulang lewat.

Wajah Kyra nampak muram. Tiada seri di wajahnya. Hatinya berduka. Hatinya sedih. Fikirannya asyik mengulangi soalan yang sama. Soalan itu juga asyik bermain-main di fikirannya. Dan soalan itu ialah kenapa Ezo tidak menegurnya? Pelbagai andaian muncul di benaknya.

Andaian pertama: Ezo membencinya sebab perangai dia yang teruk lagi menjengkelkan.

Andaian kedua: Ezo tidak mahu bertemunya lagi.

Andaian ketiga: Ezo memarahi dia.

Andaian keempat dan seterusnya ialah Ezo MEMBENCI dirinya. Auch… kenyataan yang begitu menyakitkan hati Kyra. Ezo benci Kyra? Benarkah? Hati Kyra bagai dirobek jika Ezo benar-benar membenci dirinya. Tapi kenapa Kyra perlu ada perasaan macam ni? Owh… kusutnya fikiran. Kyra keliru. Keliru dengan perasaannya.

Kalau Ezo membenci dirinya, bagaimana pula dengan kontrak mereka? Takkan Ezo nak revoke pulak? Mana boleh. Lagipun Kyra dah bank-in RM 100 ribu. Mana boleh Ezo lepas tangan. Tapi… kontrak tu mula efektif pada hari pernikahan mereka. Kyra buntu, Kyra runsing. Pening kepalanya memikirkan perkara ini. Macam mana ni? Takkan Ezo nak lepas tangan?

“Kyra…,” panggil Tan Sri Haidar sewaktu Kyra melangkah masuk ke rumahnya.

Terhenti langkah Kyra. Bertaburan lamunannya. Hilang entah ke mana. Kyra memandang Tan Sri Haidar yang sedang duduk di sofa. ‘Awal pulak daddy balik,’ desis hati Kyra.

“Mari sini kejap. Daddy nak cakap dengan Kyra.” Tan Sri Haidar mengajak Kyra untuk duduk di situ.

Kyra melangkah ke arah Tan Sri Haidar. Dia melabuhkan punggungnya di sofa. Berhadapan dengan Tan Sri Haidar.

Tan Sri Haidar mengukirkan sebuah senyuman buat anak tunggalnya itu. “Kenapa muram ni? Lain macam je daddy tengok.”

Kyra tersenyum hambar. “Takde apa-apa lah, daddy. Kyra penat je. Banyak kerja.”

“Ye ke banyak kerja? Daddy tengok Kyra asyik termenung je lepas balik lunch tadi. Kenapa ni? Cuba cakap sikit. Daddy nak jugak tahu,” kata Tan Sri Haidar prihatin.

Kyra terkedu. Macam mana pulak Tan Sri Haidar tahu yang dia termenung di office? Pasang spy ke? Kyra diam seribu bahasa. Tiada jawapan untuk soalan itu.

“Kyra fikir pasal perkahwinan Kyra?” duga Tan Sri Haidar.

Kyra tersentak. Secara spontan, dia memandang Tan Sri Haidar. Matanya sedikit membulat. Mulutnya separuh terbuka. Dia terperanjat dengan soalan yang diutarakan.

Tan Sri Haidar senyum kecil. Kelakar dengan reaksi Kyra yang terperanjat macam nampak hantu. “Kyra ada lagi lima bulan, sayang. Dah jumpa calon? Kalau tak jumpa, daddy boleh tolong carikan.”

Laju saja Kyra menggeleng. Tanpa sedar dia berkata, “Kyra dah ada calon. I like him. Kyra akan bawak dia jumpa daddy Sabtu ni.”

Di hujung bicara, baru Kyra sedar yang dia telah membuat satu janji yang tak pasti. Mahu saja dia tampar mulut dia tu. Macam mana ni? Kalau Ezo tak nak teruskan kontrak, macam mana? Argh… pusing Kyra dibuatnya.

__________________________________________________________

Hari Sabtu muncul jua. Kyra kini berada di dalam biliknya. Skrin computer direnung. Kemudian, dia mengalihkan pandangan pada timbunan fail di atas meja. Satu keluhan dilepaskan. Badan disandarkan. Kerja berlambak tapi Kyra tiada mood untuk menyemak fail-fail di atas mejanya. Dia gelisah. Tak senang duduk.

Kepalanya mula berdenyut-denyut. Pening Kyra dibuatnya. Pagi tadi, Tan Sri Haidar ceria semacam je. Kata Tan Sri Haidar, dia tak sabar nak jumpa bakal menantu. Makin tertekan Kyra dibuatnya.

Nak telefon Ezo ke? Kyra malu. Dia tak mahu. Dia segan. Entah-entah Ezo tak nak ada sebarang hubungan lagi dengan dia. Kyra sedar dirinya teruk. Dirinya sudah melampau. Hatinya mula sebak. Mengapa dia perlu lalui semua ini? Dia tak ramai kawan. Dia tak pernah keluar dengan kawan-kawannya. Dia tak tahu macam mana nak berbual bersama kawan. Apa yang Kyra rasa, Kyra lepaskan saja. Dia langsung tak sedar kata-katanya akan membuat orang lain kecewa, sakit hati dan sebagainya.

Contohnya, hari dia mengutuk Ezo. Sewaktu Ezo membawa keretanya untuk membeli selendang dan tudung. Dia cakap saje apa yang dia rasa. Dia tak tahu pun Ezo akan marah. Dia cakap saje. Kini, baru Kyra sedar kata-katanya telah mengguris perasaan Ezo.

Kepala Kyra mula terasa berat dan berpinar-pinar. Lalu, dia mengambil aspirin di dalam laci meja. Ubat itu ditelan. Tangannya menekan interkom.

“Yani, I nak bersendirian for a while. I tak nak jumpa sesiapa. Jangan bagi sesiapa masuk bilik I,” ucap Kyra lemah.

“Baik Miss Kyra.”

Kyra melangkah ke sofa panjang. Badannya dibaringkan di situ. Dia sudah tidak tahan. Nak balik rumah, dia tidak mampu untuk memandu. Kepalanya betul-betul pening. Beberapa hari ni, Kyra selalu tidur lewat. Makan pun tak teratur. Semuanya gara-gara Ezo. Hebat benar penangan Ezo pada Kyra.

Kyra membuka pin selendangnya. Rimas pulak. Matanya terus terpejam dan tanpa sedar dia terlelap.

___________________________________________________________

Perlahan-lahan, Kyra membuka matanya. Kepalanya tidak lagi terasa berat. Sudah beransur pulih. Dia memusingkan badannya. Terasa kejang pulak.

Membutang mata Kyra tatkala melihat sekujur tubuh lelaki sedang duduk di sofa bertentangan dengannya. Lelaki itu sedang membaca majalah. Oleh itu, Kyra tidak dapat melihat wajahnya. Wajah lelaki itu dilindungi oleh majalah tersebut.

Kyra bangun dari pembaringan. Selandang dibetulkan. Dia duduk sambil memerhatikan lelaki itu. Lelaki itu masih leka membaca. Adakah itu Ezo? Kyra mula berdebar-debar. Kyra berdehem untuk menarik perhatian lelaki itu.

Lelaki itu sedikit tersentak. Dia menurunkan majalah itu. Dan… Kyra dapat melihat wajah Ezo kini. Makin berdebar Kyra dibuatnya. Dia benar-benar tak sangka. Adakah dia bermimpi?

Ezo memandang Kyra. Mukanya lansung tiada kecerian. Kemesraan pun tiada. Hambar saja. “Dah sebulan… I keep my promise.”

Bergetar dada Kyra sewaktu mendengar suara garau lelaki kacukan ini. Dia mengetap bibir. Lidahnya kelu.

“Awak nak jumpa saya after a month kan? Or… awak dah tak nak jumpa langsung?” soal Ezo bersahaja.

Gulp! Kyra memberanikan diri memandang Ezo. Ezo tampak lain. Tidak mesra. Tidak ceria. Mukanya tidak tegak. Juga tidak masam. Tapi hambar. Kosong. Kenapa? Adakah Ezo tidak mahu berjumpa dengannya? Hati Kyra mula terasa pedih.

“S’ok kalau awak tak nak jumpa. Saya balik dulu,” ucap Ezo sambil mengangkat punggungnya.

Kyra kaget. “Err, Ezo…”

Ezo meletakkan punggungnya semula. Dia memandang Kyra tanpa perasaan. Lama dia memandang Kyra. Kyra hanya membisu saja.

Lama mereka berkeadaan seperti itu. Ezo mula bosan. Dia memandang jam di tangan. “Kalau awak takde benda nak cakap, saya balik dulu. Saya busy.”

Ezo bangun semula.

Kyra terluka. Kolam matanya mula panas. Kenapa Ezo macam ni? Kenapa Ezo melayannya dengan dingin? Kyra menundunk. Dia merenung lantai. Bibir diketap menahan tangis.

“Maaf,” kata Kyra ikhlas.

Langkah Ezo terhenti. Dia sedikit tersentak dengan ucapan itu. Kyra minta maaf? Biar benar. Dia memalingkan wajahnya. Memandang Kyra yang merenung ke lantai.

“What did you say?” soal Ezo.

Kyra memberanikan diri memandang Ezo. Dia menangkat wajahnya. Dia bangun dan mendekati Ezo.

“Saya minta maaf atas kata-kata saya tempoh hari,” ucap Kyra seikhlas hati.

Ezo tergelak sinis. Dia memandang Kyra atas bawah. “Awak minta maaf dengan saya? Oh Tuhan. Saya tak boleh percaya pulak. Are you kiddin’ me?”

Kyra terkedu. Ezo sudah berubah. Dia cuba menahan tangis.

“So, macam ni la, Miss Kyra… awak kata malam ni, awak nak bawa saya jumpa daddy awak kan? Hmm, okey. Jom. Saya tahu awak minta maaf dengan saya sebab apa. Awak takut saya mungkir janji kan? Hah… jangan risau la. Saya bukannya manusia yang suka mengambil kesempatan. Awak dah bagi saya duit so saya kenalah buat kerja saya.” Ezo tersenyum sinis.

“Kerja saya kan menyamar jadi husband awak. Tak payahlah nak rendah diri, nak minta maaf bagai. I don’t need that. And kalau awak tak selesa pakai selendang ni, pakai baju kurung, awak tak payah pakai. I don’t mind at all.”

Kyra melarikan wajahnya. Dia tiada kekuatan untuk memandang Ezo. Kata-kata Ezo begitu kejam. Agaknya, inilah Ezo rasa bila dia kutuk Ezo. Kyra cuba menabahkan dirinya. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Ezo. Nafas ditarik. Cuba dihalau emosi sedih yang datang. Kemudian dia memandang Ezo. Dia memeluk tubuhnya.

“Baguslah kalau you dah tahu. Hmm, so sad. I ni tak pandai berlakon ke? I ingat I dah buat yang terbaik. But you lagi bijak kan. So, malam ni I nak bawa you jumpa daddy I. Dekat Restoran Michellete. You tahu kan kat mana? Pukul 8 malam kat situ. Is it okay with you?” soal Kyra bersahaja.

Ezo mengangguk. “Okay. I’ll meet you there. So, saya balik dulu.”

Air mata Kyra mengalir sewaktu Ezo melangkah keluar. Terduduk Kyra. Hatinya pedih. Terlalu pedih. Kalau boleh, mahu saja dia tarik hatinya keluar. Sakit. Sangat sakit. Ternyata kini Ezo membencinya. Sangat membenci dirinya. Apa yang perlu dia lakukan? Dia sudah meminta maaf tapi… Ezo menyanka dia hanya berlakon.

‘Kenapa hati aku sangat sakit? Pedih? Kenapa? Kenapa mesti Ezo? Aku tak pernah rasa macam ni. Alfie tinggalkan aku pun aku masih okey lagi. Tak rasa sakit. Tak rasa pedih. Yang ada hanya kesedihan tapi… kenapa aku rasa macam ni? Kenapa sebab Ezo bencikan aku, aku terasa sangat pedih? Kenapa?’ rintih Kyra.

______________________________________________

Tepat jam lapan malam, Kyra membawa Tan Sri Haidar ke Restoran Michellete. Dia telah memesan menu special untuk makan malam ni. Dari tadi, wajah Tan Sri Haidar berseri-seri. Tidak lekang senyuman di bibirnya. Kyra hanya mampu tersengih. Dia cuba kuatkan hati, tabahkan perasaan. Dia perlu berlakon di depan Tan Sri Haidar. Kyra sedar ini semua permainannya. Dia yang mulakan dulu. Dan dia juga harus menamatkannya.

“Tak sabar daddy nak jumpa bakal suami Kyra,” beritahu Tan Sri Haidar. Jelas dia teruja dari nada suaranya.

Kyra senyum nipis. Dia cuba memaniskan muka. “Daddy ni.. ada-ada je.”

“Of course daddy tak sabar. Daddy yakin dia yang buat Kyra berubah. You know what? You changed a lot after you met him. Kyra dah tak marah-marah. Kyra dah mula pakai baju kurung. Pakai selendang. Even daddy pun tak mampu nak ubah Kyra.” Tan Sri Haidar mengeluh. “Daddy tahu daddy tak mendidik Kyra dengan betul. I’m so sorry. Daddy terlalu pentingkan kerja dari anak daddy ni,” kesal Tan Sri Haidar.

Kyra memegang tangan Tan Sri Haidar. Terukir senyuman manis di bibirnya. Hari ini Tan Sri Haidar tampak lain. Kyra dapat merasakan dia sedang duduk dengan Tan Sri Haidar dalam erti kata ‘keluarga’. Kebiasaannya mereka hanya akan berjumpa jika ada kerja. Semuanya atas dasar kerja. Tidak pernah mereka meluangkan masa untuk berbual biasa. Setiap perbualan mereka atas dasar perniagaan. Tapi sekarang… Kyra dapat rasakan kasih sayang dan prihatin seorang lelaki yang bergelar daddy. Dia gembira. Baru dia sedar, sudah bertahun lamanya dia tidak berbual dengan daddynya seperti hari ini.

“Assalamualaikum,” sapa seseorang.

Serentak Kyra dan Tan Sri Haidar berpaling. Kyra senyum hambar. Dalam hati dia menjawab salam. Dia mula mengangkat punggung dan mendekati lelaki itu. Bibir lelaki itu terukir senyuman palsu.

“Daddy, ni Ezo. And Ezo, ni daddy I,” ucap Kyra lembut.

Tan Sri Haidar dan Ezo saling berbalas senyuman. Ezo menyalam tangan Tan Sri Haidar.

“Duduklah,” pelawa Kyra.

Ezo duduk di depan Tan Sri Haidar sementara Kyra di bahagian tepi. Dia duduk antara Tan Sri Haidar dan Ezo.

“Uncle apa khabar?” soal Ezo ramah.

“Apa pulak uncle. Panggil je daddy. Nanti kena panggil daddy jugak. Apa salahnya panggil sekarang.” Tan Sri Haidar bercanda.

Ezo tersengih. “Daddy apa khabar?”

“Sihat. Ezo… nama penuh apa? Pelik betul nama ni. Ezo… Yelah, nama budak zaman sekarang semuanya pelik-pelik.”

Ezo senyum sagaris. “Erwan Zakwan Omar. Daddy boleh panggil saya Erwan. Family saya pun panggil Erwan,” jelas Ezo. Dia tidak nampak kekok pun.

Tan Sri Haidar mengangguk kecil. “Owh… Daddy lebih suka panggil Erwan. So, Erwan ni mix ke? Muka macam mix je.”

Tan Sri Haidar sudah memulakan soal siasat. Kyra sedari tadi hanya berdiam diri. Tidak tahu nak mencelah. Lagipun, matanya terpaku pada Ezo. Pandangan Ezo dan tengahari tadi, sangat berbeza. Tengahari tadi, mata Ezo penuh dengan kebencian tapi sekarang penuh dengan kemesraan.

“Mak saya orang sini. Tapi abah saya France,” jawab Ezo sopan.

“Oh… patutlah muka handsome. Anak daddy pun terpikat. Dah berapa lama kenal?”

Ezo tarik senyum. “Baru je daddy. Kami kenal tanpa sengaja.”

“Erwan kerja apa?”

Kyra tersentak apabila Tan Sri Haidar menyoal pekerjaan Ezo. Dia gelisah. Mulutnya terus menjawab, “Dia uruskan perniagaan abahnya, daddy.”

Serentak mata Ezo dan Kyra beradu. Kyra terkedu. Pandangan Ezo membuatnya dia lemah.

Ezo melarikan pandangan. Dia mengangguk kecil. “Ya, daddy. Saya uruskan business abah saya.”

“Really. So you are in which company?”

Kyra semakin gelabah. Kenapa dia tak bersedia dengan soalan ini? Apa nak jawab ni? Hentam jelah. Baru Kyra nak jawab, tiba-tiba Ezo bersuara.

“Dream Shine Holdings,” jawab Ezo bersahaja.

Kening Tan Sri Haidar sedikit ternaik. “Dream Shine? Its connect with diamond and jewelry, isn’t it?”

Ezo mengangguk.

Kyra terdiam. Pakai hentam je Ezo ni. Kalau Tan Sri Haidar tahu Ezo tipu, habislah Kyra. Kyra terus mencari idea untuk menghentikan perbualan yang merepek ini. Kyra memandang Tan Sri Haidar. Wajah dimaniskan.

“Daddy… Kyra dah lapar lah. Tak nak makan dulu ke?”

Tan Sri Haidar tergelak kecil. “Okay, okay kita makan dulu.”

Kyra memberi isyarat pada pelayan untuk menghantar makanan ke meja mereka. Tidak lama kemudian, meja mereka penuh dengan pelbagai hidangan yang istimewa.

Mereka mula menjamu selera dan berbual kosong. Kadang-kadang terdengar gelakan dari bibir Tan Sri Haidar dan Ezo. Hanya Kyra yang diam membisu. Perbualan dimanopoli oleh Tan Sri Haidar dan Ezo. Kyra lebih selesa menjadi pendengar yang setia.

9 comments:

aiRiNa_aiNuN said...

semakin menarik yer...

keep it up writter..i'll support u...

Anonymous said...

~like3~

pipvz devil said...

yezzz..de n3 bru..amboi ezo tegas nyer p xpe..pngajaran wt kyra..hahaha 2 lah xbaek kerek ngan org..so mcm biase..nk lg..hehehe..

Anonymous said...

like it.. keep it up!!!!

Anonymous said...

ada 2 3 typing errors zuera..hehe..
mengomen je tau..haha..
nwey, cite smkn menarik neh..
sambung le lg eh..hikhikhik..
thanx zuera..;)

~cik anna~

greeny gurlz said...

suke..suke..suke...
nmpknye da ade taman lam hati Kyra yer...Ezo berjaya...!!!!!
hahahaha...

♥cikHanNa ♥ said...

yeah~
da sambung..
teruskan hingga yg terakhir ya..
hehe

.:kiwi:. said...

oh sedinya... cian Kyra...
xpe2.. kyra fighting!

Zuera pon... FIGHTING!! :)

Suhana Shahril said...

nice story..kiut!