Friday, November 19, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -11-


Kyra menyandarkan badannya ke kerusi. Pen di tangan diletakkan atas meja. Mata dipejam rapat. Jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Namun Kyra masih di pejabat. Masih ada kerja yang perlu dia selesaikan.

Kyra memicit-micit tengkuknya. Terasa letih pula. Buat seketika, Kyra cuba merehatkan mindanya. Tiba-tiba dia terbayangkan wajah seseorang. Dan wajah itu milik Ezo. Lama Ezo menghilang. Sudah tiga minggu dia tak jumpa Ezo.

Sejak kejadian Ezo memarahinya dulu, Ezo tidak lagi berjumpa dengan Kyra. Call pun tidak. Mesej pun tidak. Mula-mula tu, Kyra tak kisah pun. Lagi suka adalah. Seminggu kemudian, Kyra mula rasa pelik. Dia mula rindu pada wajah Ezo yang umpama mat saleh tu. Dia mula rindu pada mata Ezo yang berwarna biru. Kyra sendiri pelik. Dan secara tiba-tiba, Kyra mula belajar pakai tudung. Dia mula berbaju kurung.

Pelik kan? Selepas bertengkar, baju dan selendang yang dia beli, Kyra campak ke dalam stor. Dia tak nak pakai baju kurung. Dia tak nak pakai selendang. Tapi seminggu kemudian, Kyra mengambil baju dan selendang itu di dalam stor. Dia mula mengayakan selendang. Kekok juga Kyra nak gayakan selendang tu. Nak lilit-lilit lagi. Akhirnya, dia belajar sendiri dari majalah.

Entah kuasa apa yang rasuk Kyra waktu tu. Tiba-tiba je dia nak berubah. Tiba-tiba je nak pakai baju kurung cotton. Padahal dulu tak suka. Lepas tu pakai selendang. Pekerja-pekerja Kyra pun terperanjat. Tan Sri Haidar pula tak cakap banyak cuma dia kata, “Wah… anak daddy makin ayu la sekarang. Penangan cinta ke ni? Bila nak kenakan dengan daddy.”

Kyra hanya mampu tersengih buat masa tu. Rindu sangat ke Kyra pada Ezo? Sampai sanggup ubah penampilan. Kini genap tiga minggu dia tak bertemu dengan Ezo. Rindu? Jangan cakaplah. Setiap masa dia terbayangkan lelaki itu. Kyra juga keliru dengan perasaannya. Dia mula tertanya-tanya. Ke mana lelaki itu menghilang? Satu keluhan dilepaskan.

‘Ke mana agaknya Ezo menghilang? Dia marah ke? Hmm… tentu saje dia marah. Ish.. kenapalah aku rindu kat dia? Sebab tak ada orang yang nak gaduh dengan aku ke?’ Kyra berkata dalam hati.

Mengikut perancangan, dia perlu memperkenalkan Ezo dengan papa hari minggu ni. Tapi di mana Ezo? Nak call, Kyra malu. Takkan dia nak call Ezo? Tak mahulah. Kyra masih ingat lagi kata-katanya. Dia yang suruh Ezo berjumpa dengannya sebulan kemudian. Tapi kalau Sabtu ni Ezo tak jumpa Kyra, dia akan hubungi Ezo. Mana boleh Ezo menghilang macam tu je.

Fikiran Kyra ligat berfikir. Kata-kata Ezo tiga minggu yang lepas terngiang-ngiang di telinga Kyra.

“Sebab perangai awak macam nilah, teman lelaki awak tinggalkan awak tahu tak? Ubah sikit perangai awak ni. Panas baran. Perempuan tadi tu… jauh lagi baik dari awak. Sebab tu awak ditinggalkan walaupun awak ni cantik. Orang macam awak ni, takde siapa yang nak.”

Benarkah? Kyra mahu tahu. Teruk sangat ke dirinya. Dia teringat pula peristiwa di restoran Michellete. Malam itu dia membawa Ezo makan di situ setelah make over Ezo.

“Tengoklah pakaian awak. Dah macam orang Barat. Umi saya tak suka. Umi saya suka perempuan pakai pakaian yang sopan. Dia tak kisah kalau pakai seluar asalkan tutup aurat. Tapi kalau boleh pakai baju kurung. Lepas tu dia suka perempuan yang lemah lembut, yang sopan santun, yang pandai hormatkan orang tak kira tua atau muda. Tak macam awak. So, awak kenalah belajar jadi calon menantu pilihan umi saya.”

“Personally, saya rasa awak not bad la. Kadang-kadang awak okey. Macam sekarang ni. Tapi kadang-kadang awak terlalu angkuh. Awak mesti tak ramai kawan kan? Sebab awak ni panas baran. Kata-kata awak berbisa. Awak berlagak. Ego. Awak suka hina orang. Awak pandang darjat. Awak suka judge orang. Awak terlalu prejudis. Awak pandang rendah pada orang lain. Awak ingat awak dah cukup hebat.”

‘Ini kah pandangan Ezo terhadap aku?’ soal Kyra dalam hati.

Dia teringat pula pada Alfie. Kenapa Alfie pilih Farsha? Kenapa? Kata-kata Alfie pula yang kendengaran.

“I’m so sorry. I tak tahu macam mana I boleh jatuh cinta pada dia. I’m sorry. You baik, you perfect, you tak salah apa-apa… cuma I yang dah berubah hati.”

‘Betul ke aku ni perfect? Alfie kata aku baik, aku perfect cuma Alfie je berubah hati. Tapi Ezo pulak kata aku teruk.’

Kyra melepaskan keluhan. Dia ingin mencari jawapan pada setiap persoalannya. Mata yang terpejam terus celik. Handphone di capai. Dia mendail nombor seseorang. Tidak lama kemudian, panggilannya di jawab.

“Hello, Alfie,” sapa Kyra lembut.

“Err, hello… Kyra. What’s up?”

“I nak jumpa you. Boleh?”

Diam seketika. “Err, kenapa you nak jumpa I?”

“Don’t worry. I bukan nak suruh you balik semula dengan I. I tahu you happy dengan Farsha.”

“Ohh…”

“Hmm, I nak jumpa you. I nak tanya something. Boleh tak?”

“Okey. Nak jumpa kat mana?”

“Secret Recipe near your office. Lunch time. Okey tak?”

“No probs. So see you tomorrow.”

_____________________________________________________________

Kyra melangkah masuk ke Kafe Secret Recipe tepat jam 12 tengahari. Matanya meliar mencari kelibat Alfie. Setelah nampak kelibat Alfie, Kyra melangkah ke situ. Terukir senyuman manis di bibirnya.

Alfie memandang Kyra. Tergamam dia. Adakah ini Kyra? Berbeza benar. Kyra nampak lain. Terpaku Alfie dibuatnya. Kyra pakai selendang. Baju kurung.

Kyra berdehem. “Hai…,” sapa Kyra sambil melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Alfie.

“Hai. You look different,” kata Alfie.

Kyra mengukirkan senyuman nipis. “People changed.”

Alfie membalas senyuman Kyra. “Well, I’m impressed. Dulu you tak suka pakai baju kurung kan?”

Kyra mengangguk perlahan. “You dah order ke?”

Alfie menggeleng. Lalu dia memanggil pelayan. Seorang pelayan perempuan datang bersama menu. Menu diberikan kepada Kyra dan Alfie.

“Give me lasagnea chicken and Chocolate Iced,” ucap Kyra.

“Same with me,” kata Alfie pula.

Pelayan perempuan itu mengambil pesanan kami. Kemudian dia berlalu dari situ. Alfie memandang Kyra.

“So, apa yang buat you berubah?” tanya Alfie ingin tahu.

Kyra tidak memberi sebarang respon. Dia tidak tahu nak jawab apa. Dia sendiri tak tahu kenapa dia berubah. Apa yang buat dia berubah. Kyra tak tahu. Yang dia tahu, dia nak berubah. Sebab Ezo ke? Hmm… Kyra tak pasti.

“Kenapa you suka Farsha?” soal Kyra tanpa menjawab soalan Alfie.

Alfie tergamam. Kenapa tiba-tiba Kyra bertanya tentang Farsha?”

“Don’t worry. I nak tahu. Tu je. So, kenapa you suka Farsha?”

Alfie memandang Kyra. “Kenapa you nak tahu?”

Kyra menghela nafas. “I nak tahu kenapa you tinggalkan I. Kenapa you pilih Farsha? Kenapa bukan I?”

“Kyra, I think I have already made it clear. Between you and I, it’s over. Kenapa you tanya pasal ni. I thought kita jumpa atas dasar kawan saje. Kenapa you tanya pasal Farsha. Kalau you ingat I akan back together with you sebab you dah pakai baju kurung, dah pakai selendang, you silap. I love Farsha. Not you. I minta maaf sebab kecewakan you tapi I cintakan Farsha.”

Kyra terkedu. Tergores hatinya mendengar bicara Alfie. Alfie ingat Kyra berubah sebab nak dapatkan Alfie semula. Tidak! Bukan sebab ini. Kyra sudah tiada hati pada Alfie. Dia juga menganggap Alfie sebagai kawan. Air liur ditelan. Dia cuba sabarkan diri. Dia sendiri tak tahu dari mana datangnya kesabaran ini. Kalau dulu, pasti saja dia sembur balik si Alfie ni.

“Alfie, don’t get me wrong. I bukan nak you balik semula dengan I. I just nak tahu. It’s just someone told me that I ni teruk, sebab tu you tinggalkan I. I ni teruk ke, Alfie?”

Alfie terdiam. Malu juga. Dia sudah salah faham. Alfie membetulkan duduknya. “Err, sorry. So, siapa yang cakap macam tu kat you? Someone special?”

Kyra geleng. “Dia selalu kutuk I. Dia marah-marah I. Hmm, I ni teruk eh?”

“Okeylah… I boleh jawab soalan you secara jujur. Tapi you jangan ambik hati pulak.”

“Hmm, I sedia dengar jawapan you. Maybe selama ni I tak sedar kesilapan I.”

Alfie senyum. “You dah lain Kyra. Actually, you takde lah teruk sangat. Orang yang tak kenal you maybe fikir you ni menjengkelkan. Nak tahu sebab apa? You terlalu prejudis. You suka hina orang. Mungkin sebab you anak orang kaya. So, you pandang rendah pada orang lain. You cakap lepas. Tanpa sedar, you dah lukakan hati orang. You berlagak.”

Alfie berkata jujur. Memang kenyataa sikap Kyra begitu. Nak buat macam mana? Takkan dia nak tipu. Alfie takut Kyra dibenci semua orang. Dia tak mahu macam tu.

Kyra terdiam. Dia terbayangkan saat di mana dia menghina Ezo. Pasti Ezo marah. Sebab tu Ezo tak jumpa dengan dia lagi.

“Kyra, are you okay?” soal Alfie bila Kyra hanya diam.

Kyra tersedar. “Hmm… I tak sedar. Mulut I ni laser jugak ya. Alfie… I hina seseorang. Dia marah. Apa yang I perlu buat?”

Bicara mereka terhenti apabila seorang pelayan menghantar pesanan mereka. Setelah pelayan itu pergi, Alfie memandang Kyra.

“You hina siapa? You kan… kalau cakap.. ikut sedap je. You cakap apa?”

“I tak ingat tapi I rasa teruk juga. Dia tak kerja. I cakaplah dia tu sampah masyarakat. Tak ada hala tuju. Berpelesaran je. You tahu kan I tak suka orang yang melepak tak tentu hala ni. Pencemaran mata betul bila I tengok anak muda melepak, hisap rokok. Lepas tu ada yang hisap dadah. I tak suka. Dia tu dahlah tak kerja, tapi ada pulak duit. I cakaplah dia tu gigolo.”

Alfie menggelengkan kepalanya. “You ni… sampai hati tuduh orang macam tu. Tak baik tau. Dari dulu, suka je prejudis. Mana tahu dia tu dari keluarga kaya. Kalau you kata I ni gigolo, I pun marah tau. Lepas tu, you kata macam tu kat dia. Tak baiklah.”

Kyra mengeluh. “Habis tu, macam mana ni? Apa yang perlu I buat?”

Alfie tergelak kecil. “Minta maaf lah. Sorry kan magic word. Dia tu siapa? Lelaki eh?” duga Alfie sambil tersenyum nakal.

“Ada pulak you ni. Eh, you tak nak makan ke?”

“Nak! Tapi you kan tengah ada masalah cinta. I tolong bagi nasihatlah.”

Kyra tarik muncung. “Dia tu kawan I jelah. Selalu je gaduh. Dia pun ada kutuk I. Tapi apa yang dia cakap tu, ada benarnya.”

Alfie mengangguk kecil. “Jomlah makan. I lapar.”

Mereka terus menjamu selera. Sambil makan, mereka berbual-bual. Kyra pun ambik kesempatan. Dia tanya Alfie, kenapa Alfie suka Farsha. Dan jawapan Alfie mudah saje, Farsha tu mempunyai ciri-ciri idaman lelaki. Walaupun muka Farsha biasa-biasa tapi hati Farsha baik. Tak macam Kyra. Baru Kyra sedar selama ini dia berhati busuk. Dia telah melukakan hati orang di sekelilingnya dengan kata-kata kesat. Kyra sedar. Dia termalu sendiri dengan perangai buruk dia. Dia menyesal. Patutlah dia tak ramai kawan. Patutlah ramai yang benci dia. Alfie je yang sanggup layan karenah Kyra. Tapi Alfie pun dah tinggalkan Kyra. Ezo pulak… Ezo benci Kyra. Hati Kyra terasa pedih untuk mengakui Ezo membenci dirinya.

____________________________________________________________

Setelah berjumpa dengan Alfie, Kyra ingin pulang ke pejabat semula. Langkah di atur ke tempat parkir. Sewaktu Kyra sedang mengatur langkah, dia terpandangkan Ezo. Langkahnya terhenti di situ. Tergamam. Berdebar-debar. Jantung berdegup pantas. Mulut terkunci.

Ezo. Ezo sedang berjalan ke arahnya. Tetapi Ezo tidak perasan. Ezo nampak sungguh tampan. Dia memakai kemeja berwarna ungu dan seluar slack bewarna hitam. Tie tersarung di leher. Ezo nampak smart, kacak.

Kyra terkedu saat mata Ezo menangkap matanya. Degupan jantung semakin pantas. Mata Kyra masih merenung Ezo. Ezo juga merenungnya. Buat seketika cuma. Kemudian, Ezo memalingkan wajahnya dan terus berlalu tanpa menghiraukan Kyra. Tiada senyuman di bibir lelaki itu.

Kyra kecewa. Hampa. Malu. Kenapa Ezo yang melarikan pandangan dulu? Sepatutnya dia. Hmm… Kenapa Ezo tidak senyum? Kenapa Ezo tidak tegur. Kyra mula rasa sebak. Dia sedih. Tapi kenapa pula dia sedih.


16 comments:

greeny gurlz said...

Hey, dear...
Its ok,ya...dun wori...juz spell out what's around ur mind...it's ur idea,k...
whatever, keep in touch..
sy follow cite awk,k...
;-D

.:kiwi:. said...

Zuera, don't worry ok... i don't think that this story is going to fail. It's good. i'm looking forward for the next entry.

please, jgn merendahkn smangat awak. awk patut yakin dgn kbolehan awk tau. jgn la ckp tiap² entry awk xbest. kte rse best jer... readers lain pun sme. siap tak sbr² nk tggu next entry tau. haha :DD

so, don't u ever give up okay. we will always support u... =) insyaALLAH, Zuera boleh.

Anonymous said...

cita ny not bad la....
ok jew...
gambate....

Rissa said...

bestlh...tpi lain kali sambung panjang2 lgi tau

Anonymous said...

aku rs ok je cter nie,u hv talent juz nk kene susun btl2 jer..buktinyer,aku bace sume epi ko nie,ok what..go on jer..
chill out, setiap kejayaan bermula drpd kegagalan.. :)

~pembaca setia~
peace

hanna said...

best ape citer nih..
jganlah berhenti..
please~

Zuera said...

First of all, i wana say a lot of THANKS to you guys... *touching*...

buka je laptop, tibe2 dpt byk komen. supportive comment. Thx a lot. Sorry kalau aku cam gedik plak sbb kata citer aku ni x best. cam ngada2. cuz adik aku ckap cam 2. dia 2 suka kutuk citer aku. semua citer aku, dia kata bosan. pfhh...

Readers, dun worry. aku x kan stop. aku ada idea utk nex n3 cuma xde masa. nak taip mlm td, tp tgk 2 alam yg xbest langsung tu. selamat ada aaron. nk buat arini tapi nk g sagil lak. insyaAllah esok pg aku taip.

Mungkin hanya perasaan aku saje yg kata citer ni x best. bt honestly, aku rasa d prob is aku x buat dgn spnuh jiwa. myb gangguan dr manuskrip Aku tak Layak!. aku x sempat nk berigimaginasi. aku pakai taip apa yg ada on my mind.

Dun worry. aku akan sambung. tp mayb citer ni cepat sgt. pkembagan dia. sbb aku xde masa nk wat panjang2. 20/11 sudah. bulan 12, aku akan bz. sbb 2 kena cepat.

Again n again, thx 2 greeny gurlz, kiwi, anonymous 1 n 2(pmbaca setia), Rissa dan Hanna.

Thx a lot. Sangat hargai. Lepas ni, aku xkan kutuk citer aku lg. THOUSANDS OF THANKS.

vanilla_ice said...

haila kau ni pun ... ckit2 je ckp x leyy la itu la ini la . ape kate kau buat je , aku x sbr dh bce ni . ^^ kau tu bnyk sgt imaginasinye . cite ni best ko kate will be fail la ape la .

bagi aku , aku rse baik ko go on je . jgn to serious sgt time tlis . klau x leyy nk bg new n3 , tinggal je la . esk2 pun leyy tlis gak . jgn kelam kabut sgt sbb nnti cite pun jd kucar kacir *cm cite aku la tu*

and one more thing , klau aku tau ko stop cite ni , mmg la ...

kau ckp kt adek ko tu , jgn sesedap oren je nk kutuk cite ko . klau die nk kutok gak , kau sruh die tlis stu nvel . pastu ko plak kutok nvel die tu . klau bleh gelak habisan !

p/s : 2 alam x best kott . abg aku gi tgk semalam , balek je trus mke frust . kate perabis duit je gi tgk . hehehe~

Nina Aziz said...

best je cter zuera, evn nina pun rse nina msih lacking in typing cter...coz nina xreti nk wat cter based on realiti, tp zuera bley mmg nina jeles la....

btw, ape yg adik zuera ckp tu mayb cter zuera bkn jiwa dia that's why die ckp xbest...
ad org cter mcm ni xbest, die ske cter action...mcm tgk movie la...

huhuhu...eh pnjang plak nina membebel any way, nina tggu next part....

Zuera said...

Yes, miss vanilla da start nagging. biar aku sambung~~~ ^^

yelah, cik vanilla. ko pun same. kalau aku tau ko stop, siap ko. aku try, ok. n vanilla thx 4 ur supportive comment. hehe. LOL. <3

adik aku ada wat satu citer. bila owg bg -ve feedbax, die ngamuk. ingt x time kte chat 2. yg aku nk tukar design blog 2. time 2 la die ngamuk. klaka betul. hahaha.

P/s: aku x tau citer 2 alam 2 pasal apa sbnrnya. i tot alam kita ngan alam barzakh. upanya guy turn 2 gal. mmg x best gila. censor. x ramai pun pegi. slamat duit mak aku. da 2 adik aku yg 16 thn pun nak pegi. over betullah citer 2. msg die x sampai. btw dis 16 dec ada cite Aku Masih Dara. Cam syurga cinta. Interesting. Asyraf muslim blakon. mmg aku mau tgk.

2nd p/s: 2 alam: even x bes, aku dapat pgalaman. utk novel Aku Tak Layak! sbb dalam citer 2 Balqis ni dulu sosial. slalu g club. aku nak describe x tau. aku mana pena g club malam ni semua. dalam citer 2, aku dapat la idea utk wat part Balqis g kelab. huhu.

Zuera said...

Nina, thx ya. FYI, adik zuera 2 lelaki. mmg la dia x tau psal novel2 ni. die 2 tau baca komik je. huhu. Thx 4 ur support. LOL. <3

vanilla_ice said...

*sorry nagging bnyk td . mkn space je*

aik ? adek kau pun reti tlis novel gak ke ? mau bce leyy x ? hehehe~ biase la laki kn , ckit2 je nk ngamuk .

aku x ske la klau cite cm guy-girl . mcm geli je aku nk tgk . 2 alam kn 18 above . adek ko pun tgk gak ke ? hahaha~

kire worth it la klau x best pun cite tu . ko bleh tlis novel ko . nnti boleh aku bce . hikhikhik~

pipvz devil said...

adat ar..name pn lelaki..biase ar 2..jrg lelaki mnt novel kalu komek ye lah..dunia depa..rmai je pminat cite ni..menarik..kalu de kesilapan pn..msh bleh dtrime..abai kn je lah kate2 adik ko 2..yakin pd krya sndry..kalu rse kurg prnch ko tmbh je gula 1ts,garm scukup rse,aji scubit,asm semangkuk..haha(msm sgt xbez tmbh gule ar biar manis je spnjng bce cite ni..)hehe mngarut kjap..pape pn..jgn sesekali kutuk krya sndri..hargai lah hasil nukilan sndry..kalu de y kutuk amik sbg pnduan..jgn mlmhkn smngat diri..bkn smue org mmpu mnulis cerpen,novel..ko pnye bakat kalu asah ckit demi ckit xmustahil 1ari nanti ko leh duk sbaris je ngan bikash nur idris,fauziah ashri,syrifah abu salem(btul ke name ni lupe lak),ramlee awg murshid,zuraida othman,dmya hana..n y sewaktu dgn nye..pape pn go go power rangers..hahaha...

Zuera said...

pipvz devil, thx a lot. LOL. mayb aku ni kurang pgalaman kut. aku kan cam katak bawah tempurung skit. *bak kata kakak aku* aku try improve 4 my other story k. Thx.

pipvz devil said...

katak bwh tmprung?bkn 'katak atas kawah astro' ke skrg?depa xmain bwh tmprung..xup 2 date..lah katakn..tmprung 2 zaman etam puth je..hahaha..watever..jgn mare melawak je..pec..

kak long said...

salam,akak suka stroy ni..ada kelainan mmg best.boleh pula tergelak srg2 bila baca part ezo n kyla gaduh.......teruskan berkarya...klu adik zuela kata x best...itu terpukamg kt dsia le...ntah2 dia jeles x sbb awak boleh berkarya tp dia tidak.....jadikan kata2nya sbg satu cabaran n dorongan utk terus berkarya.....cepat new n3...akak selalu singgah kt blog ni...ok salam