Friday, November 19, 2010

Gadis Ego vs Lelaki Misteri -10-


Mereka melangkah keluar dari butik setelah membuat pembayaran. Ezo yang membawa barang-barang yang telah dibeli. Mata Ezo memandang Kyra. Dari fitting room tadi, Kyra diam je. Kenapa ya? Ezo pelik. Kyra seperti memikirkan sesuatu. Tapi apa yang dia fikirkan?

Kyra berjalan sambil memandang depan. Suasana di antara mereka sepi. Diam saja. Ezo mula rasa kekok. Dia ada buat salah ke? Setahu dia tak ada pulak. Tadi Kyra yang bayar. Tak gaduh pun kat kaunter.

Langkah Ezo terhenti apabila Kyra tiba-tiba saja berhenti melangkah. Tersentak Ezo. Tengah berangan tadi. Tiba-tiba je Kyra stop. Ezo memandang Kyra. Mata Kyra terbeliak. Bibirnya bergetar. Pelik. Semakin pelik.

Ezo melarikan pandangannya pada tempat yang Kyra pandang. Sepasang kekasih sedang berjalan. Mesra saja. Walaupun tidak bersentuhan. Wajah mereka jelas menunjukkan yang mereka sedang bergembira. Lelaki itu tampak kasual. Gadis itu pula nampak ayu saja. Cantik bertudung litup dan berbaju kurung kapas. Gadis idaman Ezo ni. Umi dia pun pasti suka.

Ezo pandang Kyra semula. Tersasar pula pemikiran Ezo tadi. Hati Ezo mula rasa tak sedap. Dia nampak. Dia nampak mata Kyra berair. Kenapa? Siapa pasangan tadi? Jangan-jangan lelaki itu, bekas teman lelaki dia?

“Kyra...,” panggil Ezo lembut.

Kyra diam.

“Awak okey ke?”

Diam lagi.

“Kyra, awak okey tak?” Kali ini nada Ezo sedikit tinggi.

Kyra tersentak. Dia memandang Ezo. “Hah? Apa dia?”

“Awak okey tak?”

Kyra menganggukkan kepalanya. Perlahan saja. “I nak balik.”

Kyra terus melangkah. Ezo tercenggang.

__________________________________________________

Di dalam kereta, Ezo tenang memandu. Memang Ezo yang berkeras untuk memandu kereta Kyra. Tak nak lah dia jadi penumpang.

Sesekali, Ezo mengerling sekilas ke arah Kyra. Gadis itu diam saje. Akhirnya Ezo memutuskan untuk membawa Kyra ke tasik.

Dua puluh minit kemudian, Ezo menghentikan kereta betul-betul di hadapan tasik. Bumbung kereta Kyra dibuka.

“Awak okey ke?” soal Ezo lembut sambil memandang Kyra.

Kyra diam saja.

“Siapa lelaki tu? Ex awak?”

Masih diam lagi. Tiada respon.

Ezo melurutkan rambutnya. “Kalau awak nak nangis, awak nangis jelah. Jangan simpan dalam hati. Saya kan ada,” pujuk Ezo.

Ezo memandang depan. Tidak lama kemudian, dia terdengar esakan dari Kyra. Ezo terus memandang Kyra. Kyra menangis. Kyra yang angkuh sedang menangis sekarang. Dan di depan Ezo? Ezo bagaikan tak percaya. Betulkah ini?

Kyra masih lagi menangis. Tersedu-sedu dia.

Ezo mula rasa simpati. “Awak tak nak cerita pada saya ke?”

“Dia… dia Alfie,” ucap Kyra dalam sendu.

“Ex awak?”

Kyra angguk. “Dia tinggalkan I.”

“Kenapa?”

“Sebab dia suka Farsha.”

“Perempuan tadi?” teka Ezo.

Kyra hanya mengangguk. Badannya ternaik-naik. Air mata deras mengalir di pipi gebu milik Kyra. Kalau ikutkan hati, mahu saja Ezo lapkan air mata Kyra. Tak sanggup dia melihat Kyra menangis. Tapi apakan daya… ada batas pergaulan yang mereka harus patuhi. Ezo masih berpegang pada ajaran arwah atuknya. Oleh itu, Ezo menghulurkan sapu tangannya pada Kyra. Sapu tangan yang dihadiahkan oleh abahnya tahun lepas.

“Awak cintakan lelaki tu?”

Kyra angguk lagi.

“Sudahlah… janganlah sedih lagi. Dia dah ada orang lain. Awakkan ada saya?”

Ezo cuba menceriakan suasana.

Kyra tarik muncung. “I ada you?” soal Kyra pelik.

“Yelah… saya suka awak.” Pengakuan jujur dari Ezo.

Kyra menyeka air matanya dengan sapu tangan Ezo. “You suka I atau you suka duit I?”

“Kenapa awak cakap macam tu?” soa Ezo sedikit geram. Dia terasa dengan kata-kata Kyra.

Kyra sudah tenang. Mood dia sudah okey sedikit. Oleh itu, mulutnya lancang saja berkata-kata.

“Jangan ingat I bodoh, okay. You nak duit I je kan?”

“Tak!” jawab Ezo sedikit emosi.

Suasana yang tadinya sedih sudah bertukar sedikit dingin. Kyra ni memanglah. Tadi menangis. Tak malu pulak tu. Nangis depan Ezo. Selamba je. Tak tercalar pulak ego dia. Sekarang, dia nak tuduh Ezo yang bukan-bukan pulak. Kyra, Kyra… prejudis aje.

“Kalau you tak nak duit I, takkan you terima proposal I? Kalau you tak nak duit I, kenapa you guna 100 ribu yang I bagi you? Nah, ambik duit ni. Thanks cuz dengar I menangis.” Kyra menghulurkan not 50 dua keping.

Tercenggang Ezo. Hatinya mula membara. Dia marah. Dia geram. Kata-kata Kyra begitu pedih. Umpama pisau yang menikam-nikam dadanya. Kyra ingat Ezo ni apa? Kucing? Anjing?

“I tahu you suka naik kereta mewah I ni. Sebab tu you nak drive. Tak nak lepaskan peluang drive kereta mewah macam ni kan? You mana ada kereta macam ni? You ada kancil je,” tambah Kyra lagi.

Ezo sudah tidak mampu menahan perasaan. Dia merenung Kyra. Tajam sekali renungan Ezo. Penuh dengan api kemarahan. Well, Ezo manusia biasa juga. Dia pun tahu marah. Kata-kata Kyra memang melampau. Betul tak?

“Enough!” jerit Ezo.

“Wah… dah pandai marah nampak. Kenapa? You tak suka? I tahu lah… orang macam you ni…berlambak kat luar sana. Malas nak kerja. Inilah yang mampu you buat. Kikis duit orang. You tak ada rasa malu ke?”

“I said ENOUGH!! Better you shut your mouth now!” marah Ezo.

“Mulut I. Suka hati I lah. You ni kan… memang sampah masyarakat tahu tak. Berpelesaran sana sini. Tak ada hala tuju. Kikis duit perempuan. I pun you nak kikis kan. Minta upah sampai 500 ribu. Dasar pengkikis.”

Ezo mengepal penumbuk. Mahu saja dia tampar mulut Kyra yang celupar itu. Tapi dia masih waras. Ezo cuba menenangkan hatinya. Bumbung kereta ditutup. Enjin dihidupkan. Ezo mula memandu pulang.

Dia memandu ke kediaman Kyra. Sepanjang perjalanan, Kyra asyik mengutuk Ezo. Kemudian gelak. Sinis saje. Ezo hanya mampu menadah telinga. Cuba disabarkan hatinya.

“You ni belajar takat SPM ke? Entah-entah you ni SPM pun tak lepas kan. Orang macam you ni berlambak tau kat KL ni. Melepak je 24 jam. Buat pencemaran mata je. Pakai baju entah apa-apa. Kalau you ni tak pandai pun, cuba lah ambik kursus kemahiran. Belajar menukang ke, belajar gunting rambut ke, apa ke. Ni tak. Berpeleseran je. Harapkan duit dari orang saje. Tak malu ke?”

Kyra membebel panjang lebar di dalam kereta. “I tak tahulah orang macam you ni. You nak I hormat you tapi you ni…. Orang yang kerja sapu sampah pun tu pun tak sehina you tau. Nak mewah. Guna jalan singkat. Kenapalah kat dunia ni wujud manusia macam you?”

Ezo memberhentikan kereta di hadapan banglo Kyra. Kemudian, dia melangkah keluar. Telinganya sudah panas mendengar bebelan Kyra.

“Jalan kaki ke?” soal Kyra yang sudah keluar dari kereta.

“Kesian betul you kan? Mesti penat? Nak I hantarkan ke? Opps, lupa pulak. I ada kerja la. Bye… pengkikis kelas atasan.”

Ezo mengigit bibirnya. Mahu berdarah bibir Ezo. Dia menuju ke arah Kyra. Mukanya merah menahan marah.

“Awak dengar sini eh Kyra Nurailiz Haidar. Awak jangan ingat, yang awak ni anak Tan Sri, anak jutawan, awak boleh megah. Apa yang awak ada? Semua ni hasil dari papa awak. Bukan dari awak. Awak pernah rasa hidup susah? Awak pernah tak makan selama seminggu? Tak pernah kan? Jaga mulut tu. Jangan nak hina orang je. Sedar sikit. Harta yang awak ada ni, kat dunia je.”

“And for your information, saya tak heranlah duit awak tu. Saya tak heranlah dengan kereta awak ni. Awak tahu tak awak ni berlagak. Sangat-sangat berlagak. Awak ni perempuan yang… yang… argh.. tak tahulah nak cakap. Mulut awak tu takde insurans langsung.”

Ezo mendengus geram. “Sebab perangai awak macam nilah, teman lelaki awak tinggalkan awak tahu tak? Ubah sikit perangai awak ni. Panas baran. Perempuan tadi tu… jauh lagi baik dari awak. Sebab tu awak ditinggalkan walaupun awak ni cantik. Orang macam awak ni, takde siapa yang nak.”

Pang!

Hinggap sebiji penampar di pipi Ezo. Terkesima Ezo dibuatnya.

Kyra memandang Ezo dengan geram. Turun naik badan dia menahan marah. Kyra terus masuk ke dalam rumah.

Ezo memegang pipinya. Perit. Tapi dia tak kisah. Asalkan dia puas. Dia sudah ajar si Kyra tu. Kyra memang melampau. Lega hati Ezo apabila dapat meluahkan rasa hatinya. Padan muka Kyra.

_______________________________________________________

Kyra masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas. Geram betul dia dengan Ezo. Ezo puji Farsha. Ezo kutuk dia. Beg kertas ditangan dicampak ke bawah. Dia terus menuju ke katil. Wajahnya disembamkan atas katil. Air matanya mengalir lagi. Kata-kata Ezo bermain-main di mindanya.

“Sebab perangai awak macam nilah, teman lelaki awak tinggalkan awak tahu tak? Ubah sikit perangai awak ni. Panas baran. Perempuan tadi tu… jauh lagi baik dari awak. Sebab tu awak ditinggalkan walaupun awak ni cantik. Orang macam awak ni, takde siapa yang nak.”

‘Teruk sangat ke aku ni? Seumur hidup aku, tak pernah orang cakap macam tu kat aku. Alfie pun tak pernah hina aku. Ezo kata Alfie tinggalkan aku sebab perangai aku? Betul ke? Aku ni teruk ke?’ Kyra berkata dalam hati. Air matanya merembes keluar membasahi pipi.

‘Apa yang baiknya tentang Farsha? Apa kurangnya aku? Farsha biasa je. Nak kata cantik, aku lagi cantik. Tapi… kenapa Alfie pilih Farsha? Tadi mereka nampak mesra. Alfie tak pernah senyum macam tu kat aku. Kenapa?’

Kyra bangun dari pembaringannya. Air mata diseka. Nafas ditarik. “Argh!!! Pergi mampus sama Ezo. Lelaki tak guna. Jantan pengikis. Gigolo. Lelaki gatal.”

Kyra mula melepaskan geram. Dia benci Ezo.

______________________________________________________

Ezo membawa diri ke mall. Tempat yang dia tuju ialah arcade. Nak main game ke Ezo ni? Baru lepas dihina, ada mood lagi nak main game? Huhu. Taklah. Ezo nak lepaskan tumbukannya. Hatinya begitu geram. Tempat yang selalu Ezo pergi bila geram ialah arcade dan bowling. Tapi bowling tak best sangat. Slow. Kalau tengah berapi macam ni, baik pergi arcade.

Ezo membeli token. Lima token tau. Langkah diatur menuju ke mesin REAL PUNCHER. Di mesin inilah, Ezo selalu lepaskan geram. Baru real. Takkan nak tumbuk orang? Takkan nak tumbuk Kyra? Dayus namanya. Takkan nak tumbuk dinding? Gila, gila. So, dia pun tumbuklah mesin ni.

Lima kali Ezo melepaskan tumbukan padunya. Puas hatinya. Ezo geram. Ezo marah. Kyra sudah melampau. Hina sangat ke Ezo? Hina sangat ke orang macam Ezo?

Ya, Ezo tahu dia tak bekerja. Ezo tahu dia menumpang harta umi dan abahnya. Tapi… perlukah dirinya dihina? Mungkin benar kata Kyra.

Dalam hati Ezo, dia sedikit malu dengan Kyra. Kyra bekerja. Maksudnya… Kyra menyumbang kepada kekayaan daddynya. Sedangkan Ezo…

Ezo mahu menjerit dalam hati. Dia perlu bangkit. Dia akan buktikan pada Kyra yang dia mampu menyara hidupnya dengan menggunakan duit sendiri. Ezo nekad.

7 comments:

aiRiNa_aiNuN said...

gile laser la mulut si kyra tuh...
geram plak rasenye...
ezo nie mmg penyabar la...
terkejut kot nanti kyra bile die tw sape ezo..cpt2 smbg lagi...

♥cikHanNa ♥ said...

sabar ezo...

Nina Aziz said...

wahhh~~sgt la pedas mulut kyra tu...

cactaceous opuntia said...

wow...the story become more interesting....xsbr nk tggu next episod...

Anonymous said...

pergh....mmg laser abih mulut Kyra...ikutkan hati mmg dah kena ganyang mulut siKyra tu hehehe....anyway mmg superb la Zuera...

Anonymous said...

woo..klu nk berapi pon..xde la smpai hina org cmtu skali...cian ezo..

ishatasya said...

cian ezo.... saba je la... hi hi...